Portal Jawatan Kosong Terkini

Langkah-langkah Mengemukakan Permohonan Pegawai Bomba Gred KB19 Menggunakan SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

0 785

Tahukah anda permohonan setiap jawatan yang ditawarkan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlulah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Untuk maklumat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuka peluang permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Bomba KB19.

Permohonan jawatan Pegawai Bomba KB19 ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dilakukan pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan dalam jawatan tersebut.

Adakah anda berminat untuk mempunyai kerjaya sebagai seorang Pegawai Bomba Gred KB19? Jika anda berminat, pastikan anda baca panuan permohonan ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pegawai Bomba KB19.

Berdasarkan hebahan diatas diharapkan anda mengambil peluang ini untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Untuk memohon jawatan Bomba anda boleh ikuti panduan permohonan di bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Beberapa syarat-syarat kelayakan permohonan perlu anda penuhi sebelum anda mengisi permohonan. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
    • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
    • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
      memanjat tali.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEGAWAI BOMBA KB19

Untuk memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19, sebaiknya anda mengetahui bidang tugas ataupun skop kerja yang dijalankan oleh seorang pegawai bomba. Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh seorang Pegawai Bomba KB19 adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi pemohon yang permohonannya telah berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini adalah dijalankan secara online. Anda akan diuji dalam pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Anda perlulah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Untuk lulus dengan temuduga ini, tunjukkan keyakinan diri anda serta kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik.

PEMERIKSAAN FIZIKAL BOMBA

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA. Sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda. Anda boleh klik link yang kami sediakan.

Link Permohonan SPA9: Klik Sinii

Untuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.