Portal Jawatan Kosong Terkini

Terbuka Untuk Lepasan SPM & Graduan Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM

0 753

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini membuka pengambilan Bakal Pegawai dan Perajurit Muda buat lepasan SPM dan juga graduan yang memenuhi syarat kelayakan. Pelbagai elaun dan kelebihan ditawarkan.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan mempunyai keupayaan serta kemampuan (capability and capacity), selain jati diri yang tinggi dipelawa menjadi Bakal Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Akademik

  • Pegawai PSSTLDM
    – Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 ke atas.
    – Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam peperiksaan SPM atau setaraf
  • Perajurit Muda PSSTLDM
    – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM atau setaraf

Kelayakan Lain

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 45 tahun (Pegawai), 18 – 35 tahun (Anggota Lain-Lain Pangkat)
  • Sihat tubuh badan/ Penglihatan terang dan jelas
  • Syarat minima ukuran fizikal
    – Ketinggian: 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita)
    – Berat Minima: 47.5 kg (Lelaki) / 45.0kg (Wanita)
    – Body Mass Index: 18 – 26.9 (Lelaki/Wanita)
    – Ukuran Dada: 76.2cm biasa/ 81.2cm kembang

KELEBIHAN MENYERTAI PSSTLDM

Antara kelebihan menyertai PSSTLDM adalah:

  • Elaun latihan
  • Elaun perjalanan
  • Saguhati tahunan
  • Pakaian seragam disediakan
  • Rawatan Hospital/ Masuk Wad sempurna (Terma & syarat)
  • Peluang diserap menjadi anggota tetap TLDM (Terma & syarat)

Pelbagai latihan ketenteraan yang menarik juga menanti anda:

  • Latihan menembak
  • Kem tahunan
  • Kelas Renang
  • Pelayaran Bersama Kapal-Kapal TLDM

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan bagi pengambilan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan langkah berikut:

  1. Layari laman hqnr.navy.mil.my/nrrex/ 
  2. Klik REGISTER/LOGIN untuk daftar akaun

  3. Pilih kategori anda RMNVR OFFICER (Pegawai) atau RMNVR RATINGS (Perajurit muda)

  4. Klik LOGIN TO APPLY JOB untuk mohon
  5. Lengkapkan langkah permohonan seperti yang diminta

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk terus ke laman hqnr.navy.mil.my/nrrex.

 

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.