Portal Jawatan Kosong Terkini

Langkah-langkah Menulis Maklumat Peribadi Dalam Resume Yang Menarik Perhatian

0 972

Maklumat peribadi yang biasa kita tulis dalam resume adalah sangat penting untuk kita ambil berat sebagai pemohon kerja yang berdaya saing. “First impression” majikan terhadap resume kita adalah penting bagi memastikan resume kita menjadi pilihan. Pentingnya resume kepada setiap pemohon kerja, tetapi masih ada yang memandang ringan kepentingannya.

Menulis maklumat diri yang menarik dan ringkas adalah lebih mudah jika kita tahu caranya.

Ikuti perkongsian ini untuk ketahui apa itu maklumat diri dan cara menulis maklumat diri di dalam resume yang menarik.

APA ITU MAKLUMAT DIRI?

Maklumat diri yang biasa kita tulis di bahagian paling awal dalam resume merupakan pengenalan ringkas yang memberikan gambaran ringkas mengenai pencapaian profesional, kelayakan, pendidikan dan maklumat lain yang berkaitan.

Maklumat diri sering digunakan ketika mencari pekerjaan sebagai sinopsis tentang diri kita dan ringkasan yang menceritakan mengapa anda adalah calon yang layak untuk posisi yang diminta.

CARA MENULIS MAKLUMAT PERIBADI DI DALAM RESUME

Salah satu bahagian yang paling sukar dalam menulis maklumat diri adalah bahagian permulaan ayat. Luangkan sedikit masa anda untuk fokus dan masukkan butiran yang anda ingin sampaikan secara ringkas dan padat.

Ikuti garis panduan ini untuk memperoleh maklumat diri yang dapat menarik perhatian majikan.

1. Perkenalkan Diri

Mulakan penulisan maklumat diri anda dengan pengenalan ringkas yang menunjukkan siapa anda. Ayat pertama harus merangkumi nama anda diikuti dengan beberapa butiran penting yang anda ingin ketengahkan seperti pendidikan, perakuan atau pencapaian anda.

Selepas pengenalan diri yang ringkas, sertakan pula beberapa hasrat dan pandangan secara umum mengenai beberapa aspek diri anda dalam bidang tersebut:

  1. Kemahiran: Apa yang dapat anda bawa kepada kedudukan atau syarikat? Apa yang telah anda latih atau kuasai?
  2. Atribut: Faktor apa yang membuat anda pandai dalam apa yang anda lakukan?
  3. Nilai peribadi: Nilai apa yang membantu membentuk diri anda sekarang? Apa yang menolong anda menuju pekerjaan anda sekarang?
  4. Nilai profesional: Apa yang paling anda hargai di syarikat lama anda bekerja? Apa matlamat yang anda ada dalam kehidupan profesional anda?

Jawab semua persoalan tersebut secara ringkas dalam maklumat diri anda. Sertakan butiran lain yang berkaitan seperti tajuk pekerjaan anda sekarang, industri tempat anda bekerja dan apa tugas tugas anda.

2. Pastikan Ringkas

Maklumat ringkas tentang diri anda mestilah dalam satu perenggan sahaja untuk menggambarkan siapa anda. Sebaiknya maklumat peribadi diterangkan dalam 300 hingga 500 patah perkataan sahaja. Maklumat yang lebih pendek sebenarnya lebih menarik perhatian pembaca dan mendorong mereka membaca resume anda dengan lebih lanjut.

Pastikan ia ringkas dan menarik. Sekiranya anda ada banyak maklumat yang ingin disertakan, pastikan anda atur maklumat yang paling penting terlebih dahulu. Keluarkan maklumat yang tidak berkaitan.

3. Gunakan Orang Ketiga

Mungkin ada sesetengah orang berasa pelik atau mencabar untuk menulis mengenai diri sendiri. Jika anda berasa seperti itu, anda boleh gunakan kaedah lain untuk penulisan iaitu jadi seperti orang ketiga seolah-olah orang lain menulis tentang anda. Jika anda menjadi orang ketiga yang menulis tentang diri sendiri, anda perlu masukkan nama anda dalam maklumat tersebut.

Contohnya:

“Ali has spent his life using his personal and career experiences to help his clients overcome post-traumatic stress disorder and provide them with the support they need when their life seems to be more than they can handle. As the son of a Vietnam veteran, he knows how post-traumatic stress can affect every facet of one’s life as well as the lives of their loved ones. While his focus is on veteran care, he also provides services for children, adults and families who are dealing with traumatic situations of their own.”

4. Tulis Secara Strategik

Jika anda ingin masukkan banyak pencapaian dalam keterangan, elakkan memasukkan senarai yang terlalu banyak.

Sekiranya anda berasa sukar untuk memulakan ayat, mulakan dengan bertanya pada diri sendiri:

  • Siapa sasaran pembaca anda?
  • Apa yang anda peroleh dari bio anda?

Pastikan resume anda adalah lain daripada calon lain iaitu dengan menulis kisah menarik yang boleh dibaca oleh orang lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda.

Baca juga: Cara Ubah Resume Menjadi CV Dengan Mudah. Ikut Panduan Lengkap Ini

Sertakan kisah yang memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan kerjaya anda sekarang atau membentuk matlamat profesional anda.

5. Sertakan Maklumat Contact Anda

Maklumat diri dalam resume anda adalah perkara pertama yang dilihat oleh pembaca resume anda. Masukkan maklumat untuk hubungi anda supaya pihak pengurus pengambilan pekerja mudah untuk hubungi anda. Maklumat ini harus merangkumi:

  • Alamat emel
  • Nombor telefon
  • Sosial media

Maklumat hubungan anda mestilah di hujung bio anda dan mudah dilihat.

6. Edit Keseluruhan

Bahagian maklumat diri dalam resume anda menggambarkan anda sebagai seorang penulis dan penyunting. Pastikan anda membaca semula maklumat  yang anda tulis untuk semak tatabahasa dan ejaan sebelum menerbitkannya. Anda juga boleh minta kenalan untuk memberi maklum balas yang jujur dan perspektif luar mengenai apa yang boleh diperbaiki.

Menyunting keseluruhan resume anda adalah satu langkah penting untuk memastikan tiada kesilapan yang dilakukan dalam penulisan anda kerana ini akan menggambarkan watak anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam memberi gambaran jelas mengenai penulisan maklumat diri dalam resume anda. Selamat maju jaya!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.