Categories
Kerjaya

25 Perkataan Paling Top Dalam CV Bahasa Inggeris Yang Anda Harus Guna

Perkataan Paling Top Dalam CV

Apakah perkataan yang terbaik untuk dimasukkan dalam CV untuk menonjolkan diri anda kepada bakal majikan? Perkataan ini juga merupakan antara keywords yang terbaik untuk anda masukkan ke dalam CV.

Perkataan Positif Untuk Ceritakan Diri Anda

Untuk menggambarkan tentang diri anda, anda boleh gunakan perkataan berikut :

1. Dependable (Boleh Diharap)
I am a dependable person who is great at time management.

2. Able ( Kemampuan)
I am able to handle multiple tasks on a daily basis.

3. Flexible (Fleksibel)
I am flexible in my working hours, being able to work evenings and weekends.

4. Innovative (Inovatif)
I am always coming up with innovative ideas.

5. Experience (Berpengalaman)
I have experience working as part of a team and individually.

6. Organised (Tersusun)
I have organised the staff functions for the last four years with great success.

7. Creative (Kreatif)
I use a creative approach to problem solve.

8. Hardworking (Rajin)
I am hardworking and always the last to leave the office in the evening.

9. Sense of humour 
Even though I take my work seriously, I do have a good sense of humour.

10. Imaginative (Berimaginasi)
I work with the team to provide imaginative solutions for our customers.

11. Energetic (Bertenaga)
I am always energetic and eager to learn new skills.

12. Motivated (Bermotivasi)
I am motivated to go to the gym before work to get fit and healthy.

13. Honest (Jujur)
I am honest and trustworthy when I am counting money after our church bake-sales.

14. Reliable (Boleh Dipercayai)
Co-workers rely on me to be on time.

Perkataan Positif Untuk Menggambarkan Pencapaian Anda

Manakala untuk menggambarkan pencapaian anda pula, anda boleh gunakan perkataan berikut :

15. Managed (Pengurusan)
Lucy has managed the team through several large projects.

16. Competed (Berdaya Saing)
I competed at national competitions in cheerleading.

17. Won (Menang)
I won gold in my very first cross-fit competition.

18. Delivered (Penyerahan)
I delivered all projects in a timely fashion.

19. On time (Menepati Masa)
I am always on time for organised events, work-related or otherwise.

20. Helped (Membantu)
I helped out at the local care home during my spare time.

21. Participated ( Ambil Bahagian)
Alice participated in her local Race for Life 10k charity run.

22. Supervised (Pengawasan)
During this time, I supervised swimming galas at her local pool.

23. Achieved (Pencapaian)
I achieved a pass grade for my Level 2 Exercise to Music Instructor course.

24. Savings (Penjimatan)
I made cost savings on projects by using local manufacturers.

25. Identified (Penilaian)
In the role, I identified a need for a new system and, with management backing, it has since been implemented.

Contoh Ayat

I am a talented, ambitious and creative individual, with broad skills and experience in digital and printed marketing, social media and leading projects.

Furthermore, I am adept at handling multiple tasks on a daily basis competently and at working well under pressure.

A key strength is communication; building strong relationships with people in order to deliver the best results.

Recently, I completed Graphic And Design degree, including Business and Management modules at the UITM Shah Alam and I am now fully employed by Kreatif Anggun as a Digital Media Manager.

Categories
Kerjaya

3 Rahsia Mudah Dapat Kerja Sebelum Konvo

3 Rahsia Mudah Dapat Kerja Sebelum Konvo

Belum lagi grade sudah dapat kerja dan gaji tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan konvo pula. Apa rahsianya sehinggakan belum lagi konvo sudah dapat kerja? Terdapat 3 cara mudah untuk anda mendapatkan kerja sebelum konvo dan ianya bukan lagi rahsia buat anda. Cuma ianya terletak pada diri anda sendiri sama ada hendak amalkan atau tidak 3 tips yang akan dikongsikan ini.

Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengisi borang memohon kerja dengan betul ya. Jika anda ingin dapatkan tips untuk mengisi borang dengan betul sehingga majikan memanggil anda untuk datang kerja secepat mungkin, dapatkan panduan dan tipsnya disini.

3 Cara Mudah Untuk Dapatkan Kerja Sebelum Konvo

Sebelum konvo pastinya ada masa terluang untuk diisi oleh para graduan. Jadi, anda boleh mengisi masa yang ada dengan :

1. Buat Kerja Part Time

Semasa berada di tahun akhir mungkin pelajar IPT mempunyai banyak masa yang agak lapang. Jadi, anda boleh membuat kerja part time yang berkaitan dengan subjek yang anda belajar. Contohnya anda boleh membuat kerja part time seperti sebagai seorang pereka grafik, web designer, akauntan, pelukis draft dan pelbagai jenis lagi pekerjaan yang sesuai dengan anda.

Gunakan sahaja bakat yang ada untuk membuat kerja part time anda serta menghasilkan duit untuk anda. Sebagai permulaan, anda boleh minta upah antara RM30 hingga RM100 bergantung pada sesuatu tugasan yang diberikan.

Setiap tugasan anda boleh menjadi satu portfolio yang hebat untuk ditunjukkan kepada bakal majikan anda pada masa hadapan. Malah anda juga boleh bekerja sendiri dengan menjadi seorang freelancer dalam bidang yang anda pakar. Portfolio tersebut juga boleh ditunjukkan kepada pelanggan anda untuk memastikan mereka telah memilih orang yang betul dan tepat dalam menyelesaikan tugasan yang akan diberikan nanti. Bukankah itu sudah menunjukkan bahwa anda adalah seorang graduan yang sudah mempunyai pekerjaan?

2. Membina Hubungan Baik Dengan Majikan

Eh, belum kerja lagi bagaimana datangnya majikan? Sudah pastinya majikan ini wujud ketika anda menghadiri latihan industri / praktikal atau internship.

Jadilah seorang student yang peramah dengan penyelia, majikan juga dengan staf-staf yang lain. Bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dan ringankan mulut untuk sentiasa bertanya perkara berkaitan kerja yang anda lakukan.

Pastikan juga anda sentiasa bertukar idea yang baru dan kreatif dengan penyelia, staf dan majikan. Tanyakan pendapat mereka untuk memastikan anda menghasilkan kerja yang berkualiti dan pelanggan berpuas hati dengan kerja yang anda berikan.

Lama kelamaan anda akan rasa hubungan anda dengan penyelia, staf dan majikan menjadi semakin rapat malah akan membina networking yang lebih luas.

3. Berdikari Dan Multitasking

Pada masa kini kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang berdikari dan boleh melakukan pelbagai jenis kerja. Jadi, semasa belajar mahirkan diri anda dengan skill-skill yang sememangnya diperlukan majikan pada masa kini.

Anda juga boleh try and error sesuatu tugasan yang diberikan supaya anda tahu cara yang betul untuk membuat tugasan anda dengan betul. Jadi, anda tidak perlu untuk bertanyakan perkara yang sama dan berkali-kali dengan majikan untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Categories
Kerjaya

Cara Isi Borang Permohonan Kerja Dengan Betul

Mengisi Borang Permohonan Kerja Dengan Betul Dan Paling Win

Isi borang minta kerja pun ada caranya ya. Anda boleh mengisi borang mengikut maklumat yang diperlukan. Tetapi bagaimanakah caranya yang betul agar permohonan anda menjadi perhatian majikan sehingga terus dipanggil untuk bekerja dalam masa yang terdekat?

Tips Mengisi Borang Permohonan Kerja Dengan Betul Dan Paling Win

Sebelum dan semasa mengisi borang permohonan kerja,

  • Baca dan fahamkan dengan teliti semua arahan yang terdapat pada borang permohonan tersebut agar anda dapat mengisi dengan betul seperti yang diarahkan.
  • Pastikan tulisan terang, mudah dibaca dan semak semula semua ejaan selepas menulis. Tulis dengan kemas agar dapat dibaca oleh bahagian pengambilan pekerja.
  • Jika perlu menulis karangan pendek, buat draft pada kertas lain dan tulis semula dengan kemas pada ruangan tersebut. Sekurangnya anda boleh kurangkan kesalahan dan tidak menconteng borang permohonan tersebut.
  • Isikan semua soalan-soalan yang ada di dalam borang seperti hobi, minat dan aktiviti luar anda dengan betul. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana aktifnya anda selaras dengan Sijil, Diploma atau Ijazah yang dimiliki.
  • Beri gambaran Sijil, Diploma atau Ijazah yang dimiliki mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Pastikan nama rujukan yang dimasukkan telah mendapat persetujuan daripada mereka terlebih dahulu dan pastikan mereka adalah orang yang mengenali prestasi kerja anda.
  • Isikan ruangan yang tidak berkaitan dengan perkataan TIDAK atau dengan tanda “-“.
  • Jangan lupa untuk membawa pen dan buku nota anda sendiri ketika proses mengisi borang permohonan kerja.
  • Buat semakan sekali lagi sebelum anda menghantar borang permohonan dan pastikan anda menghantar kepada orang / syarikat yang betul.
  • Sertakan bersama COVER LETTER dan RESUME anda.
  • Juga sertakan salinan sijil serta dokumen yang berkaitan dan berikan bersama borang permohonan anda.
  • Sediakan gambar berukuran pasport. Letakkan pada borang sekiranya diminta.

Nota : Sentiasa update resume anda dan sediakan resume yang khusus untuk jawatan tersebut sahaja.

Categories
Kerjaya

5 Jenis Pekerjaan Sesuai Untuk Mereka Yang Mempunyai IQ Tinggi

IQ Tinggi? Ini 5 Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Anda

Mungkin anda adalah seorang pelajar atau pekerja yang memiliki tahap IQ yang tinggi. Apakah pekerjaan yang sesuai dengan anda? Hal ini kerana orang yang memiliki IQ yang tinggi sangat diperlukan oleh majikan untuk sama-sama membangunkan kaedah baru dalam menyelesaikan satu masalah dan kreatif dalam melakukan sesuatu tugasan.

Apa Itu IQ?

IQ atau Intelligence Quotient atau darjah kecerdasan otak yang mengukur kepintaran seseorang individu berdasarkan skor markah yang tertentu. Jika skor yang diperolehi melebihi 125, anda adalah seorang yang mempunyai nilai IQ yang lebih tinggi daripada orang biasa.

5 Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Anda

Bagi mereka yang mempunyai IQ tinggi, ini adalah 5 pekerjaan yang sesuai dengan anda :

Doktor Dan Pakar Bedah

Mengapa pekerjaan ini memerlukan seorang individu yang tinggi IQ nya? Ini kerana setiap doktor memerlukan masa yang lama untuk belajar dalam bidang ini sebelum mereka benar-benar bekerja sebagai seorang doktor. Mereka juga perlu bijak dalam membuat keputusan kerana ia melibatkan nyawa seorang manusia.

Jurutera Elektrik

Menjadi seorang jurutera elektrik sangat memerlukan tahap IQ dan kecerdasan yang tinggi kerana mereka perlu berfikir secara kreatif dan tidak sama seperti orang lain. Malahan sebagai pekerjaan jurutera elektrik tidak dapat dilakukan oleh semua orang dimana setiap keputusan perlu dilakukan dengan kepintaran yang tinggi.

Saintis

Sebut sahaja saintis, semua orang sudah tahu bahawa golongan ini sememangnya mempunyai IQ yang tinggi kerana mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang. Mereka sangat bijak mencipta sesuatu dengan keputusan yang logik. Seperti setiap orang tahu, saintis sangat berupaya mencipta sesuatu yang baru untuk kebaikan kita semua. Jadi tidak mustahil jika saintis ini mempunyai IQ yang tinggi tidak seperti orang yang lain.

Pegawai Software Dan IT

Pekerjaan ini adalah berkaitan dengan teknologi terkini yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Malahan pegawai software dan IT juga perlu memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa membuat permintaan mengikut apa yang mereka perlukan. Mungkin pada pandangan mata kita, pekerjaan yang mereka lakukan nampak biasa sahaja, tetapi untuk mencipta dan selesaikan masalah yang berkaitan IT ini tidak mampu kita lakukan sendiri.

Jurutera Bahan Dan Reka Bentuk

Untuk pekerjaan ini pula, anda perlu mempunyai pemahaman yang sangat mendalam terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Jurutera dalam bidang ini sangat kreatif untuk menghasilkan sesuatu rekacipta serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Jadi, dengan IQ yang tinggi, ia bukanlah satu masalah buat mereka kerana bagi mereka setiap perkara yang dilalui adalah perkara kecil sahaja.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Panduan Untuk Dapatkan Kerja Yang Sesuai Dengan Anda

Panduan Dapatkan Kerja Yang Sesuai Dan Terbaik Dengan Anda. Jom Cuba Sekarang

Biasanya kita hanya memikirkan tentang mencari pekerjaan untuk perkara yang tertentu. Mungkin untuk mendapatkan wang dan mencari pengalaman sahaja. Tetapi ada yang mencari pekerjaan mengikut minat, cita-cita dan berkaitan dengan kemahiran tertentu. Sudah tentunya mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik adalah satu perkara yang agak rumit bagi anda.

Dikongsikan disini, mengenai ciri dan panduan tentang cara mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Cara Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Dan Terbaik

  1. Tentukan apa yang anda mahukan dalam pekerjaan.
  2. Teliti jawatan dan maklumat kerja.
  3. Kaji trend gaji terkini.
  4. Kenal pasti tawaran yang disediakan.
  5. Selidik syarikat
  6. Tentukan sama ada anda memenuhi syarat.

1. Tentukan apa yang anda mahukan dalam pekerjaan

Luangkan masa dengan memikirkan perkara yang membuatkan anda minat dengan pekerjaan tersebut. Adakah anda berminat untuk melakukan pekerjaan yang sama untuk majikan yang berbeza? Adakah anda mahu mengubah haluan kerjaya? Adakah anda baru memasuki bidang pekerjaan untuk pertama kali? Atau anda sanggup untuk memulakan kerja bermula dari bawah semula?

2. Teliti jawatan dan maklumat kerja

Anda juga boleh memilih dan meneliti jenis jawatan dan maklumat kerja secara online melalui :

Melalui agensi dan laman web tersebut, anda boleh menyemak jenis jawatan dan skop pekerjaan yang terdapat di Malaysia.

Kenal pasti kemahiran, kelayakan dan minat yang sesuai dengan anda. Ini kerana agensi dan laman web tersebut sentiasa menyediakan maklumat yang terkini untuk rujukan pencari kerja.

3. Kaji trend gaji terkini

Anda juga boleh menentukan kerja yang  anda minat dengan melihat terlebih dahulu trend gaji terkini yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti gaji minimum permulaan mengikut lokasi atau negeri dan juga mengikut kemahiran dan industri pekerjaan.

4. Kenal pasti tawaran yang disediakan

Langkah seterusnya dalam mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik untuk anda adalah dengan mengenal pasti perkara yang tidak boleh dirunding dan yang anda boleh bertolak ansur.

Contoh yang tidak boleh dirundingkan ialah :

  • Gaji minimum
  • Faedah seperti insurans kesihatan, cuti sakit dan cuti tahunan
  • Lokasi dan masa berulang-alik
  • Tuntutan wang kerja lebih masa

Contoh yang anda boleh bertolak ansur :

  • Bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
  • Bekerja di syarikat kecil atau syarikat besar
  • Kepelbagaian tugasan
  • Perjalanan luar kawasan

5. Selidik syarikat

Tempat kerja yang sesuai juga sangat penting untuk anda. Anda boleh menyelidik syarikat yang anda rasakan sesuai dengan minat dan kemahiran anda. Dapatkan maklumat melalui laman web atau melalui ulasan pekerja atau bekas untuk mendapatkan gambaran budaya kerja syarikat tersebut.

6. Tentukan sama ada anda memenuhi syarat

Apabila anda mendapat catatan pekerjaan yang anda anggap sesuai dengan anda, pastikan anda membaca keseluruhan keterangan kerja dan ikuti arahan. Pastikan anda layak dengan pekerjaan tersebut walaupun ianya memenuhi minat anda dan merasakan ianya terbaik dengan anda. Jika anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak majikan, kebarangkalian anda tidak mendapat pekerjaan tersebut adalah tinggi.

Melalui perkongsian ini. anda boleh menilai secara terperinci mengenai pekerjaan yang sesuai dan terbaik buat anda. Tidak semestinya yang anda minat dan suka itu terbaik buat anda. Tetapi kaji dengan teliti apa yang diperlukan oleh sesebuah syarikat dan teliti juga apa yang anda ada untuk diberikan kepada syarikat tersebut.

Semoga anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Categories
Kerjaya

Rujukan Lengkap Minta Kerja “Offshore” Tanpa Gunakan Orang Tengah

Kerja Offshore

Kerja Offshore? Perlu kerja ditengah laut kan? Mesti tak boleh balik ke daratan selama berbulan dan susah nak jumpa ahli keluarga kalau kerja di tengah laut.

Tetapi tahukah anda, kerja dalam bidang ini anda akan mendapat gaji yang sangat lumayan. Tambahan pula jika anda mempunyai beberapa sijil kemahiran dan sijil profesional yang diiktiraf oleh badan dan agensi tertentu.

Cara Untuk Mohon Kerja OffShore

Terdapat 3 cara untuk mohon kerja di Offshore iaitu :

  • Pemohon tanpa pengalaman
  • Pemohon lepasan Diploma dan Ijazah
  • Pemohon mula dari bawah / berpengalaman

1. Pemohon Tanpa Pengalaman

  • Pergi ke Google dan search OFFSHORE COMPANY IN MALAYSIA.
  • Pergi ke website tersebut dan klik SECTION CAREER atau DEPT. STRUCTURE.
  • Jika ada kekosongan, hantar CV, RESUME, COVER LETTER atau terus emel ke HR syarikat tersebut.
  • Tunggu jawapan daripada syarikat tersebut.

Anda juga boleh dapatkan alamat syarikat tersebut dan hantar CV, RESUME, COVER LETTER terus disana. Pastikan anda telefon dan membuat temujanji terlebih dahulu. Manakan tahu nasib anda baik dan terus dipanggil untuk temuduga. Jika tidak dipanggil temuduga, anda boleh buat follow-up melalui emel atau telefon.

2. Pemohon Lepasan Diploma dan Ijazah

  • Boleh mohon sebelum anda tamatkan pengajian
  • Pastikan CGPA adalah yang terbaik
  • Buat latihan industri di syarikat Oil & Gas dan bina networking untuk persediaan kerjaya anda serta recommendation daripada staf tersebut.
  • Siapkan CV, RESUME, COVER LETTER yang khusus dalam bidang Oil & Gas.

3. Pemohon Mula Dari Bawah / Berpengalaman 

  • Ada ijazah tetapi tidak berkaitan dengan petroleum, engineering, marine perlu bermula dari bawah seperti : general purpose, rigger, roughneck, roustabout, steward, ordinary seamen, wiper dan helper.
  • Buat research mengikut minat masing-masing kerana setiap entry level mempunyai jabatan masing-masing.
  • Research juga apakah jawatan yang sesuai dengan pengalaman anda yang berbelas tahun.
  • Research juga harga minyak terkini

Jawatan Lain Di Offshore

Antara pekerjaan lain yang terdapat di Offshore adalah :

  • Technician

Sekurangnya mahir untuk overhaul maintenance pump, purifier, diesel engine, boiler, accommodation, hydraulic system, electrik, aircons, HVAC, cooler dan sebagainya.

  • Bahagian catering

Pernah bekerja di hotel, restoren, kedai makan, cruise dan sebagainya merupakan satu bonus untuk anda. Ini kerana anda akan memasak untuk pekerja yang lain di offshore.

Checklist Mohon Kerja Offshore

1. Pastikan anda lihat section yang ada kaitan dengan ijazah dan offshore seperti Mechanical sesuai dengan Pipeline, Petrophysis, Production Engineering, Reservoir, Rotating dan Static Equipment.

Rujuk pautan ini : DEGREE MATCHER

2. Dapatkan Syarikat Oil & Gas Di Malaysia Yang Menyediakan Pekerjaan Di Offshore

Anda boleh check di pautan ini : MPRC 

Ini kerana anda boleh dapatkan syarikat yang menyediakan pekerjaan di offshore dan anda perlu tahu bahawa ada syarikat yang hanya menjalankan projek di onshore sahaja.

Antara contoh bidang yang berkaitan dengan offshore adalah seperti : Upstream Consultancy, Offshore COnstructions, FPSO Operator dan Subsea.

3. Perbanyakkan Sijil Kemahiran Teknikal Yang Berkaitan

Antara sijil yang sangat bernilai adalah seperti :

  • API
  • IECEx
  • Introduction to Oil & Gas
  • ASME
  • IWCF
  • Operation & Maintenance
  • AutoCAD
  • Primavera
  • Ms Project

Ini kerana ia sangat berkaitan dengan bidang kerja, syarikat boleh jimatkan kos dan pekerja sudah ada pengalaman dan hanya perlu ikuti latihan asas sahaja.

4. Resume Yang Power 

Pastikan resume anda difokuskan dengan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan bidang offshore dan highlight kan dalam resume anda.

5. Gunakan Linkedin 

Gunakan Linkedin  dan belajar untuk menggunakan teknik Linkedin untuk berhubung dengan pengurus dan pengarah syarikat Oil & Gas tersebut. Jadi, anda boleh terus untuk hubungi mereka melalui mesej Linkedin atau emel.

Categories
Kerjaya

Surat Pengesahan Jawatan & Majikan

Surat Pengesahan Jawatan & Majikan

Setelah lama bekerja, pastinya anda memerlukan surat pengesahan jawatan dan majikan. Ia merupakan satu bukti yang kukuh dan penting dimana ia telah mengesahkan bahawa anda bekerja di sesebuah syarikat dan organisasi.

Seperti anda sedia maklum, surat pengesahan ini menggunakan format yang sama seperti surat formal yang lain. Cuma isi kandungannya agak berbeza.

Untuk ketahui cara membuat surat pengesahan yang betul dan ringkas anda boleh rujuk contoh seperti dibawah.

Isi Kandungan Surat Pengesahan Jawatan & Majikan

Antara isi kandungan surat pengesahan ini ialah :

  • Logo syarikat
  • Letter head
  • Alamat syarikat
  • Nombor rujukan
  • Nama pekerja, nombor kad pengenalan pekerja
  • Jawatan pekerja, gaji dan elaun
  • Nama, tandatangan dan jawatan majikan
  • Tarikh

Nota : Isi kandungan mungkin berbeza mengikut organisasi.

Contoh Surat Pengesahan Jawatan & Majikan

 

Categories
Kerjaya

11 Nasihat Terbaik Untuk Graduan Melayu

Nasihat Terbaik Buat Graduan Melayu

Nasihat ini tidak berbaur rasis ya. Tetapi nasihat ini merupakan luahan seorang majikan bumiputera yang telah membuat analisis berdasarkan penilaian beliau berhadapan dengan graduan Melayu terutamanya. Nasihat ini ditujukan buat pencari kerja dan juga kepada mereka yang telah bekerja supaya tidak lalai dan bersyukur kerana dikurniakan pekerjaan.

Sebelum perkongsian ini diteruskan kepada nasihat-nasihat beliau yang agak “makan dalam” ini, kita lihat secara ringkas cara untuk menghasilkan resume dengan baik sebelum dihantar kepada bakal majikan anda.

Untuk menghasilkan resume dengan baik, apa yang anda perlu lakukan ialah :

  • Membuat resume mengikut format yang betul
  • Membuat resume dengan menggunakan template yang disediakan oleh Microsoft Word, Excell atau Powerpoint dan save dalam bentuk PDF.
  • Masukkan maklumat yang penting dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
  • Spesifikkan resume tersebut dengan jawatan dipohon.
  • Jadikan ia ringkas tetapi padat dengan maklumat

11 Nasihat Terbaik Buat Graduan

  1. Anda dinasihatkan untuk bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan ditempat kerja sekarang. Bukan semua graduan mendapat peluang untuk bekerja dan mendapat pengalaman. Jangan bekerja 2,3 bulan kemudian berhenti. Ini kerana pengalaman ini boleh dimasukkan ke dalam resume anda. Majikan suka dengan graduan yang mempunyai pengalaman bekerja dalam tempoh 6 bulan ke atas tau.
  2. Berhenti dengan cara yang elok dan sopan. Semasa anda mohon kerja, anda mohon dengan baik dan sopan. Jadi, jika anda mendapat pekerjaan yang baru, berhentilah dengan cara yang sama. Jadilah seorang pekerja yang bersikap profesional. Mana tahu, pada masa akan datang anda mohon kerja di tempat yang sama pula.
  3. Sekiranya anda diterima kerja sebagai seorang kerani logistik dipejabat, tidak bermakna anda hanya membuat kerja kerani sahaja. Sebaiknya rajinkan diri untuk membuat tugasan lain yang diminta oleh majikan anda. Inilah peluang untuk mencipta kemahiran baru. Jika tidak tahu, sila bertanya kepada orang lain yang lebih berpengalaman.
  4. Jangan lepaskan segala kemarahan kepada rakan sekerja anda dan juga ke Facebook anda. Bayangkan jika majikan rakan Facebook dan membaca luahan anda. Apa anggapannya terhadap anda? Anda juga dinasihatkan supaya tidak menghasut rakan sekerja yang lain untuk membenci majikan sekiranya anda dimarahi beliau. Perbaiki kesilapan anda dan ingat, jangan lakukan lagi kesalahan yang sama.
  5. Siapkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan tanpa banyak alasan. Jika tidak tahu atau tidak faham, tanyakan kepada orang lain atau minta bantuan mereka. Jangan pertikaikan mengapa tugasan yang diberikan susah atau sebagainya. Rungutan anda mampu menjadikan tugasan yang diberikan siap sekelip mata.
  6. Jangan sibuk nak cari kerja yang sesuai dengan bidang yang dipelajari sahaja. Kerja sahaja dengan apa jua jawatan yang ditawarkan kepada anda. Disinilah peluang untuk anda menimba pengalaman dan boleh dimasukkan ke dalam resume anda. Sambil-sambil bekerja, boleh sahaja anda mohon jawatan yang lain.
  7. Anda juga diingatkan supaya tidak berlagak seolah-olah menjadi jutawan apabila mendapat gaji, Bercita-cita menjadi jutawan itu tidak salah. Tetapi gunakan duit gaji anda dengan betul. Jangan membazir dan sentiasa berjimat cermat untuk masa hadapan anda.
  8. Walaupun anda telah bekerja dalam tempoh yang lama di syarikat tersebut, jangan jadikan syarikat tersebut sebagai keluarga anda yang punya. Ada sebilangan daripada pekerja yang menjemput rakan serta ahli keluarga ke pejabat tanpa mengira masa untuk perkara yang tidak penting. Ingat, hormati privasi kerja dan syarikat anda.
  9. Mungkin majikan atau staf yang telah lama bekerja di syarikat tersebut tidak mempunyai Diploma atau Ijazah seperti ana. Tetapi hormatilah mereka atas pengalaman serta amalan profesional anda sebagai seorang pekerja.
  10. Paksa diri anda untuk suka dengan pekerjaan anda sekarang. Sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Zaman belajar tidak sama dengan suasana pekerjaan.
  11. Nikmati alam pekerjaan dengan penuh keseronokan. Abaikan hal-hal negatif yang ada disekeliling anda. Kalau baru sebulan dua bekerja, buat tugasan masih terkial-kial, jangan sibuk minta gaji dinaikkan atau minta cuti melebihi kuota yang ditetapkan. Sabar.

Inilah 11 nasihat terbaik buat graduan Melayu supaya anda tidak lalai dan membuat perubahan demi masa hadapan anda yang lebih terjamin.

Categories
Resume

Ketahui 6 Part Dalam Resume Yang Majikan Akan Scan Terlebih Dahulu

6 Part Paling Penting Dalam Resume

Tahukah anda majikan terkini hanya membaca resume anda selama 6 saat sahaja dan jika kandungannya menarik, mereka akan meluangkan masa dengan lebih lagi untuk mendapatkan maklumat anda dengan lebih lanjut.

Tinggalkan resume anda yang old school dan ikuti perkembangan masa resume dan jadikan resume anda fresh serta lebih menarik.

6 Part Paling Penting Dalam Resume Dan Sering Di Scan Dahulu Oleh Majikan

Terdapat 6 part penting dalam resume anda yang menjadi fokus utama majikan adalah :

1. Nama Penuh Dan Jantina

Letakkan nama penuh dan jantina dengan betul pada resume.

2. Tempat Kerja Terdahulu

Masukkan sahaja nama tempat kerja anda yang terdahulu serta nama tempat anda menjalani latihan industri anda.

3. Pangkat Dan Posisi

Jangan lupa untuk memasukkan pangkat dan posisi pekerjaan anda di syarikat anda yang terdahulu.

4. Pengalaman Kerja

Bagi pengalaman kerja pula, majikan akan melihat pada jangka masa perkhidmatan anda sama ada anda seorang yang bertukar-tukar kerja dari satu tempat ke tempat yang lain.

5. Tarikh Mula Dan Tamat Kerja

Tarikh ini sangat penting kerana majikan akan menilai anda adalah seorang pekerja yang suka bertukar kerja atau tidak. Kebanyakan majikan sukakan seorang pekerja yang setia dan berkhidmat dalam tempoh masa yang lama.

6. Latar Belakang Pendidikan

Latar belakang pendidikan sangat penting kerana majikan inginkan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mempunyai kaitan dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Ini tidak bermakna bahagian lain tidak penting, tetapi majikan akan terus membaca resume anda pada bahagian yang seterusnya sekiranya ingin memilih dan membuat saringan bagi mendapatkan calon yang tepat dengan kehendak mereka.

Semoga bermanfaat!

Categories
Resume

Ketahui 4 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Resume Internship Anda

Ketahui 4 Perkara Yang Wajib Ada Dalam Resume Internship Anda

Kurang pengalaman? Boleh ke masukkan pengalaman internship dalam resume? Sebelum itu, anda perlu tahu maksud internship terlebih dahulu. Internship adalah bermaksud pelatih atau seorang pelajar yang menjalani latihan praktikal / amali sebelum melalui dunia pekerjaan yang sebenar.

Untuk menyiapkan resume internship, terdapat 4 perkara penting yang perlu anda masukkan iaitu :

Pendidikan

Pada bahagian pendidikan, anda perlu tekankan kepada latar belakang pendidikan anda beserta maklumat seperti berikut :

  • Nama institusi (Kolej / Universiti)
  • Jenis ijazah / diploma yang diambil
  • Pencapaian anda (Anugerah Dekan dan lain-lain yang berkaitan)

Juga, masukkan kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon ke dalam resume anda.

Pekerjaan Yang Berkaitan

Sebagai seorang pelajar, masukkan sahaja pengalaman latihan industri atau praktikal anda ke dalam resume. Jika sebelum ini anda pernah melakukan pekerjaan sambilan dan mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan pekerjaan yang dipohon, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Nyatakan kelebihan pekerjaan tersebut dan kaitkan dengan jawatan yang dipohon.

Jika pekerjaan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon bagaimana pula? Pastinya setiap pekerjaan mempunyai pengalaman yang agak berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Masukkan pengalaman yang diperolehi dengan meletakkan keywords seperti :

  • Kepimpinan
  • Bertanggungjawab
  • Tolong menolong
  • Kreatif
  • Menyelesaikan masalah

Aktiviti Kurikulum

Aktif dalam aktiviti kurikulum? Senaraikan seberapa banyak aktiviti kurikulum yang telah anda sertai dan masukkan pencapaian yang telah anda capai sepanjang aktiviti kurikulum.

Mengapa aktiviti kurikulum ini perlu dimasukkan ke dalam resume? Ini kerana pengalaman yang ada ketika aktiviti dijalankan boleh menonjolkan kemahiran dan kebolehan yang ada pada anda.

Contohnya :

  • Menjadi Pengerusi Persatuan Berbasikal Universiti / Mengetuai Acara Berbasikal Universiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

Pengalaman Kepimpinan

Seorang majikan pastinya melihat potensi seorang bakal pekerjanya melalui pengalaman yang lain terutamanya pengalaman dalam persatuan atau kelab yang disertai.

Mungkin anda pernah menjadi pengerusi, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Malahan anda menjadi tulang belakang persatuan dan bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Disitulah majikan dapat melihat kelebihan anda untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Semoga Bermanfaat!