Categories
Resume

8 Perkara Yang Harus Diupdate Dalam Resume Anda

Resume : Pastikan Sentiasa Update Dengan 8 Perkara Berikut

Dalam dunia yang sentiasa banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, pentingnya disini untuk sentiasa update resume anda agar mudah mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

Anda juga perlu menyemak semula resume anda sekiranya membuat permohonan baharu untuk mendapatkan pekerjaan dan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menghantar resume anda.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika update semula resume anda?

Juga diingatkan kepada pencari kerja agar tidak mengulangi 9 kesilapan ketika menghantar resume. Nombor 5 adalah kesalahan yang paling kerap dilakukan. Klik disini untuk dapatkan apakah 9 kesilapan tersebut tersebut.

8 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Update Resume

1. Masukkan Keywords Yang Bersesuaian

Semak semula apakah deskripsi tugasan yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut. Kemudian masukkan keywords yang sesuai dan sepadan dengan pekerjaan tersebut. Pastikan keywords tersebut adalah berkaitan dengan kehendak pekerjaan, kemahiran, majikan yang lalu dan kelayakan anda.

2. Keluarkan Maklumat Lama

Maklumat yang berkaitan dengan pengalaman kerja yang lalu 10 hingga 15 tahun lepas boleh digantikan dengan pengalaman kerja yang terkini.

Juga, tidak perlu masukkan maklumat persekolahan serta pengajian kolej semata-mata untuk padatkan resume anda dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan.

3. Masukkan Maklumat Yang Terkini

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Masukkan maklumat profesional anda seperti :

  • Pekerjaan terkini
  • Maklumat pendidikan terkini
  • Kemahiran terkini

4. Keluarkan Objektif Resume

Gantikan objektif resume anda dengan profil resume anda. Ia lebih menekankan tentang :

  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pencapaian

Pastikan 3 perkara ini mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon kerana profil resume adalah cara yang terbaik untuk anda menawarkan kepada majikan perkara yang mereka inginkan.

5. Tonjolkan Pencapaian Anda

Senaraikan pencapaian anda ketika update resume anda. Masukkan nombor seperti peratusan pencapaian anda pada pengalaman kerja yang lalu. Ini menunjukkan anda berjaya mencapai target dan melakukan tugasan dengan baik.

6. Baca Semula

Setelah siap di update, pastikan anda membaca semula atau meminta rakan untuk membaca resume anda agar dapat mengenalpasti kesilapan atau kesalahan kecil yang dilakukan.

7. Update Resume Online

Jika anda pernah menghantar resume secara online dimana-mana laman web, juga gantikan atau update resume anda dengan resume yang terkini. Apabila anda update dengan resume terkini, secara automatik juga sistem akan padankan dengan pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan anda.

8. Update Dengan Kerap

Ia adalah satu perkara yang bagus kerana apabila anda mendapat pekerjaan yang baru, pencapaian terkini dan menyambung belajar, anda boleh terus masukkan ke dalam resume anda. Ia lebih mudah apabila anda sentiasa update resume berbanding update selepas berpuluh tahun.

Categories
Kerjaya

Contoh Bagaimana Memohon Kenaikan Gaji Dengan Majikan

Memohon Kenaikan Gaji Dengan Majikan

Kerja di syarikat ini sudah masuk 5 tahun. Tetapi kenaikan gaji hanya satu kali sahaja serta tidak mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui semasa anda tandatangan surat tawaran kerja yang dikeluarkan syarikat.

Jika anda ingin mohon kenaikan gaji atas kerana sebab yang lain, anda mesti mengetahui cara dan prosedur yang betul agar majikan boleh bertolak ansur dengan anda dan berikan kenaikan gaji kepada anda seperti mana permohonan anda.

Baca perkongsian ini untuk tahu cara membuat permohonan kenaikan gaji anda.

 

Cara Membuat Surat Permohonan Kenaikan Gaji

Untuk membuat surat permohonan kenaikan gaji anda, ikuti langkah-langkah berikut :

  • Berjumpa dahulu dengan Pengurus Sumber Manusia untuk membincangkan permohonan anda.
  • Dapatkan pandangan Pengurus Sumber Manusia mengenai permohonan anda.
  • Buat surat permohonan dengan betul.
  • Nyatakan sebab dan alasan yang kukuh mengapa gaji anda perlu dinaikkan.
  • Sertakan bersama dokumen yang berkaitan termasuk surat tawaran kerja.
  • Hantar surat permohonan anda kepada Pengurus Besar dan Pengurus Sumber Manusia.
  • Buatkan salinan surat simpanan kepada anda.
  • Pastikan anda mendapat salinan surat jawapan daripada pihak majikan anda.

Format Surat Permohonan Kenaikan Gaji

Sama seperti surat rasmi yang lain, anda perlu meletakkan :

  • Nama dan alamat anda serta tarikh.
  • Nama dan alamat majikan.
  • Tajuk surat.
  • Pendahuluan
  • Isi surat anda.
  • Penutup.
  • Tandatangan dan nama anda.

Contoh Surat Permohonan Kenaikan Gaji

Berikut adalah contoh surat permohonan untuk rujukan anda.

permohonan kenaikan gaji

Sekiranya termaktub dalam perjanjian tawaran kerja bahawa ada kenaikan gaji mengikut sebab-sebab tertentu seperti prestasi kerja, tahun, peratus dan sebagainya, penting untuk anda menyimpan dengan baik surat tawaran kerja tersebut agar dapat digunakan semula untuk membuat permohonan ini.

Diharap perkongsian ini membantu anda untuk membuat permohonan kenaikan gaji yang setimpal dengan kerja yang anda lakukan dan mendapat pertimbangan daripada pihak majikan anda.

Categories
Kerjaya

11 Tips Mudah Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menjadi Cikgu

Berminat Untuk Menjadi Cikgu

Anda sangat berminat untuk menjadi seorang cikgu sekolah? Tetapi tidak tahu dengan pasti apakah cara yang lain selain daripada permohonan melalui lepasan SPM dan Ijazah? Dikongsikan disini 11 cara untuk anda mohon pekerjaan sebagai seorang cikgu.

11 Laluan Mudah Menjadi Guru

Berikut adalah 11 laluan mudah menjadi guru yang ada di Malaysia yang boleh anda mohon :

1. SPM – IPGĀ 

Ini adalah laluan mudah bagi pelajar lepasan SPM terutamanya bagi anda yang mendapat keputusan cemerlang antara 4 hingga 5 A dan ke atas. Anda boleh mohon melalui kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM).

Anda perlu mengikuti latihan selama 5 iaitu 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mengajar sekolah rendah setelah tamat pengajian. KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang layak dan berminat menjadi guru.

2. SPM-Matrikulasi-Universiti

Terdapat cara yang seterusnya iaitu selepas SPM, anda perlu mohon masuk ke kolej matrikulasi dan mohon di universiti yang menawarkan program perguruan setelah anda mendapat keputusan peperiksaan yang bagus.

Anda boleh ikuti cara ini jika berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

3. SPM-STPM-Universiti

Bagi anda yang ingin mengajar subjek tertentu di sekolah menengah seperti subjek Kimia, Fizik, Ekonomi, Perdagangan, Pengajian Am, Biologi dan sebagainya, anda hanya perlu menyambung pengajian dalam tingkatan 6 dan ambil STPM dan seterusnya menyambung pengajian di universiti dalam pengajian pendidikan

4. STPM-Universiti

Cara ini mempunyai beberapa persamaan dengan laluan di atas dan majoriti lepasan program perguruan ini akan dihantar untuk mengajar sekolah menengah melainkan mereka mengambil subjek sekolah rendah.

5. Diploma-Universiti

Jika anda menyambung pengajian di tahap diploma seterusnya ijazah, anda boleh menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan di universiti yang ditawarkan kepada anda.

Anda akan sambun gpengajian selama 4 tahun dan mungkin tempoh pengajian lebih pendek sekiranya universiti membenarkan anda membuat pengecualian subjek.

6. Ijazah-DPLI

Anda yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang boleh memohon kursus DPLI atau Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.

Anda akan menerima elaun dan terikat dengan perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.

7. Ijazah-KPLI

KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama 1 tahun sahaja dan terhad bagi pengajian subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan diperlukan dalam kadar yang segera.

8. Ijazah-JQAF

Sesuai untuk anda yang mempunyai ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan. Anda berpeluang untuk terus menjadi Guru JQAF disekolah yang ditetapkan oleh KPM.

Anda harus mengikuti pengajian semasa cuti selama 2 tahun dan akan di tempatkan semula di sekolah lama dan bergantung pada kekosongan.

9. Ijazah-MRSM

Apa kata anda mencuba nasib dengan menjadi guru MRSM dan ia adalah satu laluan mudah untuk anda sekiranya anda merupakan bekas pelajar MRSM dan bekas penerima biasiswa MRSM.

Anda hanya perlu peka dengan iklan daripada MRSM dan bergantung pada kekosongan subjek dan keperluan.

Ā 10. Ijazah

Anda boleh menjadi guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa sekiranya ada keperluan berdasarkan kelayakan bakal guru.

Anda hanya perlu mengekalkan prestasi agar kontrak anda disambung dari masa ke semasa.

11. Ijazah- Teach for Malaysia

Ini merupakan satu laluan yang disediakan oleh NGO iaitu NGO Teach For MalaysiaĀ  yang aktif menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah yang memerlukan guru untuk subjek tersebut.

Pemohon akan disaring dan diberikan penempatan sekolah serta perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan.

Anda akan bekerja secara kontrak selama 2 tahun dibawah NGO Teach For Malaysia.

Melalui 11 cara atau laluan ini, pastinya anda dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menjadi seorang guru.

Categories
Kerjaya

Pekerjaan Gaji Lumayan Tanpa Perlukan Ijazah

Tidak Ada Ijazah Tetapi Gaji Lumayan

Jangan rungsing sekiranya anda tidak mempunyai sebarang ijazah untuk memohon pekerjaan dan mengharapkan gaji yang lumayan. Ini kerana bukan sekadar ijazah sahaja yang dipandang oleh bakal majikan malahan beberapa kemahiran yang menjadi fokus utama sesetengah majikan.

Antara kemahiran yang menjadi fokus utama majikan adalah kemahiran teknikal dan kemahiran soft skill dan ianya bergantung pada jawatan yang dipohon oleh anda.

Satu kelebihan buat anda sekiranya anda mempunyai kedua-dua kemahiran ini dan anda juga memperolehi sijil profesional atau sijil ikhtisas yang diperakui oleh agensi atau badan tertentu.

Malahan sekiranya anda merupakan seorang yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah atau kolej, ia merupakan satu bonus buat anda untuk mendapatkan pekerjaan yang berikan gaji yang sangat lumayan walaupun anda tidak mempunyai sekeping ijazah.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui apakah pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan walaupun tidak menggunakan ijazah.

Jenis Kerjaya

Antara kerjaya yang menawarkan gaji yang lumayan buat anda ialah :

1. Welding Inspector & Welding QC Co-Ordinator

Tugas welding inspector adalah bertanggung jawab mengawasi semua aktiviti dan memastikan kualiti kimpalan serta menyiapkan tugas kimpalan mengikut masa yang ditetapkan.

Oleh kerana tidak semua orang mampu melaksanakan tugas ini kerana persekitaran yang panas, menggunakan tenaga yang yang terlalu banyak serta faktor yang agak sukar maka kebanyakan syarikat menawarkan gaji yang tinggi untuk pekerjaan ini.

Gaji : RM39,000/bulan

2. Agen Hartanah

Broker tanah atau broker rumah merupakan gelaran buat agen hartanah di Malaysia. Sebelum anda menjadi agen hartanah yang profesional, anda perlu memiliki sijil perakuan sebagai ejen hartanahĀ  dan mereka yang bekerja dalam bidang ini, anda boleh mengaut hasil yang sangat lumayan dan ia juga bergantung pada tahap kerajinan anda.

Gaji : RM30,000/bulan

3. Penasihat Kewangan

Penasihat kewangan bertanggungjawab untuk urus dan memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan kewangan anda. Penasihat kewangan juga berkaitan dengan bank yang menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang untuk memperolehi faedah keuntungan. Jadi mereka membantu anda untuk uruskan beberapa pelaburan anda pada bank atau institusi kewangan tersebut.

Gaji : RM3000-RM6000 ke atas/bulan

4. Pengendali Pelantar Minyak / Rig Operator

Tanggungjawab seorang pengendali pelantar minyak adalah bertindak sebagai penyelia dan menyelia anak-anak kapal pelantar dan bertanggungjawab dalam menyelia operasi harian di pelantar minyak. Pengendali pelantar minyak akan memberi jadual kerja dan merupakan penyelaras yang akan berhubung dengan semua krew di pelantar minyak.

Gaji : RM15,000/bulan

5. Wireman

Tugas seorang wireman adalah berkaitan pemasangan dan membaikiĀ  pendawaian elektrik. Wireman boleh bekerja dalam pelbagai bidang sama ada dalam kediaman ataupun bidang komersial. Ketika membuat pendawaian elektrik dan pada masa yang sama wireman tersebut perlu memastikan keselamatan menerusi sistem perlindungan api.

Gaji : RM10,000/bulan

6. Chargeman

Tugasan seorang chargeman adalah mengendali, menyenggara, merancang dan menyelia kemudahan serta pengurusan utiliti dan aktiviti operasi dalam premis syarikat. Selain itu, mereka perlu menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian dan aksesori. Juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik.

Gaji : RM5,000/bulan

7. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan akan menggalakkan budaya kesihatan dan keselamatan yang positif di tempat kerja dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka. Juga bertanggungjawab untuk memastikan majikan dan pekerja mematuhi undang-undang keselamatan serta membantu untuk merancang, melaksana, memantau dan mengkaji semula langkah-langkah keselamatan, perlindungan dan pencegahan sesebuah syarikat.

Gaji : RM10,000/bulan

8. Agen Insuran

Ejen insurans menjual produk syarikat kepada pihak yang berminat dan mesti aktif dalam mencari pelanggan baru dan menerangkan jenis insurans yang mungkin dapat membantu pelanggan. Mereka juga perlu memahaminya dengan mengikuti perkembangan kadar dan dasar-dasar yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans lain untuk menjual produk mereka.

Gaji : RM5000/bulan

9. Offshore Inspection

Kerjaya sebagai Offshore Inspection ini sangat sesuai dengan anda sekiranya anda berminat untuk bekerja di dalam bidang ā€˜oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy dan syarikat berkaitan dengannya. Tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti CSWIP , Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia), NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut. Sijil ini diiktiraf di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa. Memandangkan syarikat oil and gas ini sememangnya syarikat besar dan bertaraf antarabangsa sudah tentu keuntungan syarikat bernilai berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Jika keuntungan yang diperolehi besar sudah tentu gaji pekerja, bonus tahunan juga lumayan walaupun jika anda pekerja sebagai pencuci pelantar minyak sekalipun.

Gaji : RM10,000/bulan

10. Plastics Welders

Bertanggungjawab untuk mengimpal plastik seperti paip dan sebagainya. Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.

Gaji : RM10,000/bulan

Lihat, sesuatu sijil bukanlah penentu untuk anda mendapatkan gaji yang lumayan. Namun pendidikan dan kerajinan itu sangat penting dalam kehidupan anda. Jika anda mempunyai kemahiran yang unik dan profesional lain daripada orang lain, itu adalah satu kelebihan buat anda.

Categories
Kerjaya

Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu, Patutlah Ramai Nak Kerja Kerajaan

Kelebihan Kerja Kerajaan

Terdapat banyak kelebihan kerja dengan sektor awam yang anda semua perlu tahu. Bukan tidak digalakkan untuk bekerja dengan sektor swasta, tetapi ada kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh dimanfaatkan anda sekiranya berpeluang untuk bekerja dalam sektor awam. Bekerja dalam sektor swasta juga banyak kelebihan dan manfaatnya juga.

Cuma kali ini kita fokus kepada beberpa kelebihan bekerja dalam sektor awam yang perlu anda ketahui kerana terdapat segelintir penjawat awam itu sendiri tidak tahu apakah kelebihan yang bakal mereka perolehi.

15 Kelebihan Kerja Kerajaan

Antara 15 kelebihan kerja kerajaan yang perlu anda tahu ialah :

1. Pelbagai Jenis Elaun

Untuk pengetahuan anda, penjawat awam akan menerima pelbagai jenis elaun untuk memudahkan mereka. Malahan elaun yang diberikan juga memberikan beberapa kelebihan kepada anda sebagai kakitangan kerajaan. Antara elaun yang diberikan ialah :

  • Elaun Rumah
  • Elaun Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance).
  • Elaun Kritikal
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Khas / Gred Khas

2. Pelbagai Jenis Cuti

Sudah pasti anda mendapat cuti yang agak banyak jika dibandingkan dengan sektor swasta. Pembahagian cuti adalah :

  • Pekerja am : 20 hari cuti tahunan
  • Golongan professional : 25 hari cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Cuti bersalin sehingga 3 bulan.

3. Bayaran Pencen

Sebagai permulaan, anda akan diberikan pilihan untuk mencarum skim Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Pencen. Pastinya penjawat awam akan memilih Skim Pencen kerana mendapat pencen setiap tahun selepas bersara dengan bayaran separuh gaji akhir.

4. Gaji Tetap & Kenaikan Tahunan

Gaji permulaan penjawat awam kini telah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan ramai orang mula memilih bekerja dalam sektor awam kerana gaji yang agak lumayan dan kelebihan-kelebihan lain apabila bekerja sebagai pekerja sektor awam.

Selain daripada itu, semua penjawat awam mempunyai kadar kenaikan gaji tahunan yang akan diperolehi setiap tahun.

5. Kesihatan

Antara kelebihan yang seterusnya, pekerja sektor awam tidak perlu bimbang dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan. Ini kerana kos perubatan anda akan dibayar oleh pihak kerajaan setelah anda mengajukan surat Guarantee Letter kepada hospital.

6. Status Pekerjaan Yang Selamat

Anda lebih selamat untuk terus bekerja dalam sektor ini selagi anda menjaga tatatertib sebagai seorang penjawat awam dan tidak pernah ingkar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

7. Kemudahan Pinjaman Kerajaan

Anda juga akan diberikan beberapa kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada penjawat awam. Penjawat awam boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk pembelian rumah, tanah mahupun perkara-perkara lain. Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji penjawat awam tersebut. Ramai yang memilih menggunakan pinjaman kerajaan kerana kadar bayaran bunga yang lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.

8. Kemudahan Pendidikan

Anda yang berminat untuk menyambung akan ditawarkan dengan pelbagai bentuk tajaan untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai tersebut yang seterusnya akan meningkatkan prestasi kementerian dan kerajaan umumnya.

9. Bonus

Bahagian ini adalah satu bahagian yang paling ditunggu oleh setiap penjawat awam. Ini kerana setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan pelbagai bonus kepada penjawat awam sama ada bonus hari raya atau bonus awal tahun.

10. Diskaun Khas Hotel

Diskaun khas hotel ini akan dapat apabila penjawat awam memberikan kad kerja atau kad pengenalan anda untuk di akses bahagian hotel untuk membuat semakan. Anda akan mendapat diskaun serta rate yang dijangka untuk tujuan kerja luar dan juga percutian.

11. Duduk Hotel Percuma

Jika anda perlu menyewa hotel kerana tugas luar, anda juga boleh membuat tuntutan sewa hotel dengan jabatan anda. Anda boleh membawa resit pembayaran dan bawa kepada kerani kewangan dan boleh claim semula.

12. Tuntutan Perjalanan

Jika anda perlu bekerja diluar daerah dan memerlukan anda membuat perjalanan jauh, anda boleh menghimpunkan resit minyak dan sebagainya untuk membuat tuntutan.

13. Tuntutan Elaun Makan atau Harian

Jika anda bertugas diluar daerah melebihi 8 jam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun harian. Tetapi jika anda bekerja diluar daerah dan bermalam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun makan seperti yang terdapat di dalam pekeliling kewangan penjawat awam.

14. Kenaikan Pangkat

Sekiranya anda menepati kelayakan kursus serta kelayakan yang seterusnya, anda pasti dengan mudah menikmati kenaikan pangkat dalam tempoh tertentu.

15. Manfaat Kepada Keluarga Terdekat

Keluarga terdekat dengan anda juga kan menikmati pelbagai manfaat sekiranya anda bekerja dalam sektor awam. Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan.

Wah! Banyaknya kelebihan sekiranya bekerja dalam sektor awam. Semoga pekerja sektor awam memanfaatkan kelebihan yang diberikan dengan sebaiknya.

Categories
Kerjaya

Rupanya Kerja Swasta Pun Banyak Kelebihannya. Jom Check Kelebihan Kerja Sektor Swasta Disini

Kerja Swasta Pun Banyak Kelebihan

Ramai betul rakyat Malaysia memilih untuk bekerja dalam sektor awam berbanding kerja swasta sekarang ini. Almaklumlah, katanya :

  • Kerja kerajaan lebih terjamin.
  • Gaji tinggi dan ada kenaikan gaji
  • Ada pelbagai elaun
  • Cuti tahunan dan cuti-cuti lain yang banyak
  • Faedah untuk membeli rumah
  • Mudah buat loan
  • Mudah naik pangkat
  • Jaminan kerja tetap
  • Dapat bonus

Kalau difikirkan, memang banyak kelebihan bekerja dalam sektor awam. Tetapi cuba kita lihat kelebihan sekiranya bekerja dalam sektor swasta pula.

Kelebihan Kerja Swasta

Terdapat beberapa kelebihan bekerja dalam sektor swasta seperti :

Caruman KWSP

Syarikat akan membuat caruman KWSP dan caruman ini semestinya sangat membantu tabungan masa hadapan anda. Ini kerana pihak majikan wajib membuat caruman kepada setiap pekerjanya mellaui potongan oleh majikan dan beberapa peratus daripada gaji anda. Jika anda bekerja dalam bidang swasta selama 10 tahun, tabungan anda boleh mencecah sebanyak RM100,000.

Ā Menentukan Gaji

Tahukah anda, anda boleh menentukan gaji anda sendiri sekiranya anda bekerja dalam sektor swasta? Pastikan anda highlight pada pengalaman serta kepakaran yang tidak ada pada orang lain dan anda boleh demand gaji yang tinggi bersesuaian dengan kepakaran anda.

Bonus Yang Besar

Bonus bekerja dalam sektor swasta sangat bessar berbanding kerja dalam sektor awam. Ini kerana pengiraan bonus adalah berdasrkan keuntungan sesbuah syarikat. Kemungkinan bonus yang anda dapat boleh mencecah 3 bulan gaji anda. Lumayan bukan?

Pakej Percutian

Jika anda bekerja yang memerlukan anda out station, sudah pasti ianya dilengkapi dengan pakej percutian. Manakan tidak, syarikat menghantar anda untuk deal dengan pelanggan sehingga ke luar negara sambil melancong di tempat tersebut.

Latihan Secara Percuma

Jika ada kenaikan pangkat, anda mungkin ditawarkan untuk menjalani latihan untuk memantapkan skill anda. Ada syarikat besar dimana HQ nya terletak di luar negara dan anda perlu menimba ilmu disana. Jadi, secara tidak langsung, anda boleh melancong dan melihat negara orang percuma sahaja. Ilmu dapat, melancong pun dapat.

Kemudahan Cuti

Syarikat swasta sekarang memberikan cuti mengikut Akta yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Buruh dan sudah pasti anda mendapat faedah seperti yang telah ditetapkan.

Mudah Naik Pangkat

Berikan komitmen yang tinggi dalam pekerjaan anda. Jika anda bertahan lama dalam pekerjaan ini dan KPI anda maintain, pasti mudah untuk anda naik pangkat serta ada kenaikan gaji.

Tidak Terikat

Seronoknya kerja dalam sektor swasta ini, anda tidak terikat dengan satu syarikat sahaja. Anda boleh bekerja dalam tempoh percubaan dalam 3-6 bulan dan sekiranya tidak sesuai, anda boleh mohon kerja di syarikat baru. Malahan anda juga boleh mengembangkan kerjaya anda di syarikat lain yang mempunyai jawatan yang leibih baik dan lebih tinggi daripada syarikat lama.

Pelbagai Elaun

Terdapat pelbagai elaun yang disediakan kepada pekerja swasta seperti :

  • Elaun kedatangan
  • Elaun rajin
  • Elaun makan
  • Elaun kenderaan
  • Elaun pakaian
  • Elaun bekerja lebih masa

Sedikit sebanyak, elaun yang diberikan ini dapat menampung gaji para pekerja swasta setiap bulan.

Inilah beberapa kelebihan-kelebihan bekerja dalam sektor swasta yang perlu anda tahu dan dinikmati oleh mereka yang bekerja dalam sektor ini. Jom minta kerja swasta dan nikmati kelebihan yang ada.

Categories
Temuduga

Amalkan Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga Ini

Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga. Amalkan Ini Ketika Temuduga Nanti

Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan diri ketika sesi temuduga dijalankan. jadi, ketika sesi memeprkenalkan diri, Anda perlu menjadi calon yang unik dan berbeza dengan calon yang lain dan menarik perhatian bakal majikan anda.

Namun diingatkan disini supaya anda tidak lagi memperkenalkan diri dengan menggunakan teknik yang lama seperti berikut :

” Nama saya Laila. Saya berasal dari Perlis. Tarikh lahir saya adalah 1 Disember 1999 dan saya baru menamatkan pengajian di…..”

3 Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga

Pastikan anda mencipta kelainan ketika memperkenalkan diri untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Cipta kelainan dan tunjukkan kesungguhan dan minat anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Tips yang boleh anda amalkan ialah :

Fokuskan Kelebihan Anda

Pada bahagian ini, lihat dahulu apakah jawatan yang anda mohon. Dapatkan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan jawatan tersebut dan nayatakan pada sesi awal perkenalan.

Contoh :

” Nama saya Laila. Saya mempunyai kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan. Saya percaya kemahiran ini akan membantu saya untuk meningkatkan prestasi syarikat dari semasa ke semasa.”

Elevator Pitch

Teknik ini adalah teknik yang paling banyak digunakan ketika sesi memperkenalkan diri. Ia diibaratkan anda sedang menaiki sebuah lif dari tingkat 1 ke tingkat 5 dan bertemu dengan bakal majikan di dalam lif. Apakah yang akan anda sebutkan dalam masa yang singkat itu supaya bakal majikan itu ingat akan anda.

Ada tiga komponen utama dalam elevator pitch iaitu :

  • Siapa anda?
  • Apakah kepakaran anda?
  • Kenapa anda berminat terhadap jawatan ini?

Contoh :

” Nama saya Laila binti Munir. Saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Pengurus HR di Syarikat ABC. Impian saya adalah untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga percaya jawatan ini dapat membantu saya merealisasikan impian ini.”

PBN

Anda perlu fokus menjawab soalan cara memperkenalkan diri terbaik adalah dengan memasukkan 3 elemen ini iaitu :

  • Pencapaian
  • Bakat istimewa
  • Nilai yang boleh diberikan

Contoh :

” Nama saya Ahmad bin Husin. Saya merupakan pelajar terbaik SPM di Sekolah Kebangsaan Tuanku Mahmud. kawan-kawan menggelarkan saya ‘The Precious Genius’. Kemahiran saya adalah menyelesaikan sesuatu yang dimulakan dengan terbaik dan saya percaya kemahiran ini dapat menjadi satu aset bernilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat.”

Jadi, ini adalah 3 cara memperkenalkan diri semasa temuduga dan anda boleh gunakan ketika sesi perkenalkan diri kepada penemuduga.

Categories
Temuduga

Sebagai Panduan Anda Kami Senarai 10 Dokumen Yang Perlu & Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan rapi sangatlah diperlukan buat anda yang akan menghadiri temuduga. Selain persediaan, pengetahuan tentang temuduga juga sangatlah penting. Salah satu perkara yang harus anda beri perhatian tentang temuduga adalah dokumen-dokumen yang perlu anda bawa bersama semasa temuduga tersebut.

Dokumen-dokumen sokongan ini adalah sebagai bukti ataupun sebagai ringkasan tentang diri anda. Penemuduga juga ingin melihat dokumen-dokumen ini bagi sebagai protokol temuduga. Namun, tahukah anda bahawa bukan semua dokumen perlu anda bawa semasa hari temuduga tersebut?

Terdapat beberapa dokumen yang wajib anda bawa tetapi ada juga beberapa dokumen yang tidak perlu anda bawa semasa temuduga. Hanya dokumen yang ada kaitan dengan dunia pekerjaan yang dimohon sahaja perlu dibawa bagi menarik perhatian majikan manakala selebihnya tidak perlulah dibawa. Hal ini untuk memastikan penemuduga tidak berserabut memeriksa dokumen anda yang terlalu banyak tetapi sebenarnya tidak diperlukan.

Terdapat ramai calon yang menyangka membawa dokumen-dokumen yang banyak adalah penting untuk memastikan penemuduga tertarik dengan anda. Tanggapan tersebut salah sama sekali. Penemuduga sebenarnya tidak tertarik dengan dokumen yang banyak dan tidak penting.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 dokumen yang perlu dan juga yang tidak perlu anda bawa bersama semasa temuduga. Jadi, bolehlah anda sediakan semua dokumen yang perlu dibawa ke temuduga dan juga bolehlah anda simpan dokumen yang tidak perlu di rumah.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

Pastikan kesemua dokumen-dokumen ini dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda dalam membawa semua dokumen ini bakal menjejaskan keputusan penemuduga sama ada ingin mengambil anda bekerja atau tidak. Berikut merupakan kesemua dokumen-dokumen tersebut.

1.) Kad Pengenalan

Kad pengenalan sebenarnya perlu dibawa ke mana-mana bukan sahaja ke temuduga. Kad pengenalan menunjukkan identiti anda dan menjadi bukti bahawa anda merupakan warganegara Malaysia. Semasa temuduga, kad pengenalan akan menjadi bukti identiti diri anda seperti umur, taraf kewarganegaraan dan lain-lain.

Bukan sahaja kad pengenalan yang wajib anda bawa semasa temuduga. Anda juga wajib membawa salinan kad pengenalan kerana penemuduga akan menyimpan salinan kad pengenalan tersebut. Adalah dinasihatkan untuk anda membawa sekurang-kurangnya tiga salinan kad pengenalan bersama anda semasa temuduga.

Terdapat banyak kes sebelum ini, ramai calon yang menghadiri temuduga tidak membawa salinan kad pengenalan. Penemuduga akan memberi peluang untuk fotokopi kad pengenalan anda tetapi perkara ini akan menyebabkan penemuduga memberi tanggapan buruk kepada anda kerana anda seolah-olah tidak membuat persediaan rapi sebelum datang temuduga.

2.) Resume

Resume merupakan maklumat secara ringkas tentang diri anda. Resume sangat penting untuk penemuduga mengetahui maklumat diri anda seperti pencapaian, pendidikan serta pengalaman anda.

Adalah sangat penting juga untuk anda menyusun resume ini dengan baik bagi mengelakkan penemuduga hilang mood. Susun resume dengan baik dan teratur. Anda boleh membuat bacaan di internet tentang cara-cara menyusun resume dengan baik.

Resume sangat penting dan perlu dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda membawa resume akan menyebabkan permohonan kerja anda di tempat itu ditolak kerana majikan akan menganggap anda tidak serius.

3.) Sijil

Bukan semua sijil yang perlu dibawa sebenarnya. Hanya sijil yang berkaitan dengan alam pekerjaan sahaja perlu dibawa. Sijil ini menjadi bukti pencapaian dan penglibatan anda.

Penemuduga mahu melihat sijil anda untuk memastikan anda layak bekerja dengan syarikat tersebut. Bawa juga bersama salinan sijil tersebut kerana penemuduga berkemungkinan ingin memintanya untuk disimpan.

4.) Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan merupakan apa-apa sahaja dokumen yang berkaitan dengan permohonan pekerjaan anda. Dokumen sokongan ini penting bagi meningkatkan lagi keyakinan penemuduga terhadap diri anda di samping melihat sejauh mana kesediaan anda untuk bekerja di situ.

Contoh dokumen sokongan adalah seperti surat kebenaran majikan, surat panggilan temuduga dan lain-lain. Jangan sesekali lupa untuk membawa dokumen sokongan ini semasa temuduga.

5.) Dokumen Peribadi

Dokumen peribadi wajib dibawa untuk penemuduga memastikan status anda. Dokumen jenis ini termasuklah surat kahwin, surat beranak dan lain-lain. Susunlah kesemua dokumen ini secara teratur. Jangan lupa juga untuk membawa salinan dokumen-dokumen ini jika penemuduga memerlukannya.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG TIDAK PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

Di samping anda mengetahui dokumen-dokumen yang wajib anda bawa semasa temuduga, anda juga perlu ambil tahu dokumen-dokumen yang tidak sepatutnya anda bawa semasa temuduga.

Kesemua dokumen-dokumen ini sebenarnya tidak pun diperlukan oleh penemuduga. Oleh itu, anda tidak perlulah bawa, simpan sahaja di rumah. Contoh dokumen-dokumen yang tidak perlu dibawa adalah seperti berikut.

1.) Slip Keputusan Peperiksaan Semester

Tidak perlu bawa slip peperiksaan anda untuk setiap semester. Ini akan menyebabkan penemuduga menjadi serabut melihat terlalu banyak slip peperiksaan anda.

Ya! memang benar penemuduga perlu tahu keputusan anda. Namun, anda sebenarnya tidak perlu membawa slip keputusan peperiksaan setiap semester. Anda hanya perlu bawa transkrip sahaja ketika temuduga.

2.) Sijil-sijil Semasa Zaman Persekolahan

Tidak kiralah jika anda merupakan Ketua Tingkatan, Ketua Pengawas atau Ketua Keceriaan Kelas sekalipun, anda tidak perlu membawa sijil-sijil yang anda peroleh di sekolah dahulu. Tidak dapat dinafikan sijil-sijil ini sangat diperlukan semasa anda menghadiri temuduga ke IPT dahulu tetapi sijil-sijil ini tidak lagi laku untuk anda memohon kerja.

Mungkin ada di antara anda yang suka membawa banyak sijil bagi menarik perhatian penemuduga. Sebenarnya, penemuduga tidak tertarik langsung malah beliau akan rimas dengan sijil yang terlalu banyak. Bagi siji berkaitan peperiksaan awam seperti Sijil Ujian Lisan, letakkan sekali bersama dengan Sijil SPM dan perlu dibawa semasa temuduga.

3.) Keputusan UPSR & PMR

Sijil peperiksaan awam di sekolah yang perlu anda bawa semasa temuduga hanyalah sijil SPM dan STPM. Sijil UPSR dan PMR tidak perlu sama sekali. Sebenarnya, penemuduga tidak berminat dengan sijil-sijil di sekolah kerana beliau akan lebih berminat dengan pencapaian anda di IPT.

4.) Sijil AJK Kelab Kampung

Jika anda menjawat jawatan dalam kelab-kelab bertaraf kampung dan memperoleh sijil penghargaan bagi menghargai jasa anda itu, maka simpan sahaja sijil itu. Tidak perlu dibawa ke temuduga. Penemuduga tidak berminat sama sekali dengan sijil-sijil seperti itu. Sijil-sijil tersebut tidak langsung membantu dalam menarik perhatian penemuduga.

5.) Sijil Penyertaan

Jika sijil penghargaan pun tidak dilayan, apatah lagi sijil penyertaan. Penemuduga akan memberi reaksi yang buruk kepada anda kerana beliau akan menganggap anda ingin menunjuk-nunjuk dengan penyertaan anda. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah bawa sijil-sijil ini. Bawalah sijil yang diperlukan sahaja.

Pihak kami berharap agar artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Pastikan anda teliti setiap dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga dan juga dokumen yang tidak perlu dibawa. Selamat berjaya buat anda!

Categories
Temuduga

Tips Hadapi Walk-in Interview Kerja Kilang. Pasti Berguna Untuk Anda

Cara Hadapi Walk In Interview Kerja Kilang. Ini Tips Berguna Untuk Anda

Ingin hadir walk in interview kerja kilang? Terdapat pelbagai kategori pencari kerja bermula daripada sijil SPM, Diploma dan juga yang memiliki Ijazah.

Namun anda harus ingat, terdapat pelbagai jenis pekerjaan di kilang ya. Tidak semestinya sebagai operator atau penjaga mesin sahaja. Malahan terdapat juga seperti supervisor, bahagian kualiti, pentadbiran dan pelbagai jawatan yang ditawarkan.

Kebiasaannya walk in interview akan dilakukan dengan cepat untuk menjimatkan masa sekiranya calon yang hadir terlalu ramai.

Tips Persediaan Agar Lulus Walk In Interview Kerja Kilang

Jika anda ingin lulus dan berjaya dalam walk in interview apa yang perlu anda lakukan ialah :

Resume

Sediakan resume dalam 2 salinan. Mengapa 2 salinan? 1 salinan untuk simpanan anda dan 1 lagi untuk diserahkan kepada panel penemuduga.

Gambar Ukuran Pasport

Bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport yang terkini milik anda. Apabila anda mengisi borang, lekatkan gambar anda agar bahagian HR lebih mengenali siapa anda dan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan mudah.

Pakaian

Pakai pakaian dengan kemas dan tampil dengan personaliti yang menarik perhatian bakal majikan anda.

Latar Belakang Syarikat

Buat sedikit research tentang kilang yang bakal anda pergi temuduga. Ambil tahu latar belakang kilang dan ketahui industri pembuatan kilang tersebut.

Yakin

Ketika nama anda dipanggil untuk temuduga, masuk dengan yakin dan jaga emosi anda. Jangan gemuruh dan gugup. Jawab soalan dengan penuh keyakinan dan berikan jawapan yng boleh menarik perhatian penemuduga anda.

Jika anda berjaya ikut tips yang dikongsikan diatas, anda sangat berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang ditawarkan.

Sekiranya anda ingin dapatkan soalan-soalan yang mencabar ketika sesi temuduga beserta jawapan, klik sini dan jadikan soalan-soalan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda.

Categories
Kerjaya

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Pada Hari Pertama Bekerja? Kami Kongsikan 5 Tips Untuk Anda Ikut

Hari Pertama Bekerja

Bagaimana dengan hari pertama anda bekerja sebelum ini? Adakah anda mengalami pengalaman yang menyeronokkan atau pun sebaliknya?Bagi anda yang belum pernah mempunyai pengalaman bekerja, ikuti tips yang disediakan ini.

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Pada Hari Pertama Bekerja

Antara 5 perkara yang perlu anda elakkan ketika masuk bekerja di hari pertama ialah :

1. Serba Tahu

Sebelum anda hadir bekerja, pastikan anda ambil tahu cara bekerja atau cara syarikat tersebut beroperasi. Tetapi janganlah menunjukkan bahawa anda serba tahu tentang syarikat tersebut seolah-olah anda pekerja yang paling lama bekerja di syarikat tersebut. Jadilah orang yang merendah diri dan bertanya jika perlu.

2. Bawa Bekal

Pastinya rakan setugas akan mengajak anda untuk makan diluar pada waktu tengahari. Inilah masa yang paling sesuai untuk anda mengenali rakan setugas serta rakan yang lain. Anda juga boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ketika makan bersama mereka. Jadi, jangan bawa bekal dari rumah jika anda ingin mengenali rakan-rakan setugas anda.

3. Diam & Tidak Bertanya Soalan

Jangan malu untuk mengambil nota dan bertanyakan soalan berkaitan dengan kerja anda sekiranya tidak tahu. Jangan takut untuk bertanyakan soalan kepada staf yang lebih tahu dan berpengalaman. Lebih baik anda bertanyakan soalan daripada anda didapati melakukan kesalahan yang berulang. Jika anda dia, anda mungkin dianggap sombong dan anti sosial pula.

4. Melebih-Lebih

Bersemangat itu bagus. Tetapi anda tidak perlu terlalu bersemangat sehingga nampak melebih-lebih ketika bekerja. Ambil sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru.

5. Tidak Tahu Budaya Kerja Syarikat

Perhatikan cara kerja atau budaya kerja syarikat anda bekerja. Adakah para pekerja bekerja dalam keadaan yang sunyi dan tertekan? Adakah majikan akan datang awal pagi? Adakah mesyuarat dilakukan sebulan 2 kali? Adakah para pekerja memakai pakaian yang bersesuaian? Jadi, ambil tahu cara kerja dan budaya syarikat tersebut.

Jadi, sebagai seorang pekerja baru dan ini adalah hari pertama anda bekerja, ikuti tips yang dikongsikan ini. Anda perlu bersederhana di hari pertama bekerja dan sentiasa bersemangat. Tanya soalan mengenai tugasan anda sekiranya tidak tahu.

Anda ingin siapkan resume untuk buat permohonan kerja yang baru? Pastikan anda tidak melakukan 9 kesalahan ini di dalam resume anda.

Semoga anda sentiasa bersemangat untuk bekerja dan mengembangkan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi.