Portal Jawatan Kosong Terkini

Perkataan-perkataan Yang Wajib Digunakan Dalam Resume & Cover Letter

0 531

Penyusunan dan penggunaan ayat serta perkataan dalam resume dan Cover Letter sangatlah penting dalam usaha menarik perhatian penemuduga. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu menyusun ayat seperti mengarang esei. Ingat! Resume dan Cover letter hendaklah ringkas dan mudah difahami pembaca.

Pemilihan perkataan merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam menghasilkan resume serta Cover Letter yang baik. Anda perlulah bijak dalam menggunakan perkataan-perkataan yang menarik dan sesuai.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 Perkataan Terbaik Yang Wajib Digunakan Dalam Resume Dan Cover Letter anda. Berikut merupakan 10 perkataan tersebut.

  • Positif
  • Fokus
  • Mengukuhkan
  • Mengurus
  • Meningkatkan
  • Kreativiti
  • Menyesuaikan
  • Tertib
  • Berdaya Saing
  • Bertanggungjawab

POSITIF

Positif membawa maksud melihat atau memikirkan sesuatu dengan kaca mata yang sentiasa baik. Seseorang yang positif akan sentiasa mencari hikmah ataupun kebaikan dalam sesuatu perkara walaupun ditimpa masalah.

FOKUS

Fokus adalah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, memberi fokus yang penuh kepada kerja dengan cara komited terhadap kerja tersebut.

MENGUKUHKAN

Mengukuhkan pula bermaksud memperkemaskan atau memperhebatkan. Perkataan ini berkaitan dengan diri conthnya seperti ayat ini. Saya akan mengukuhkan semnagat setiakawan dengan rakan sejawatan yang lain dalam berkhidmat untuk syarikat ini.

MENGURUS

Mengurus pula membawa erti melaksanakan sesuatu perkara dengan baik. Contoh ayatnya adalah dalam bahagian pengalaman dalam resume anda. Contoh: Menguruskan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri VIP.

MENINGKATKAN

Maksud meningkatkan adalah menambah atau menaik. Contoh ayat adalah seperti berikut. Kegigihan dalam bekerja sangat perlu dalam meningkatkan hasil kerja.

KREATIVITI

Perkataan kreativiti sangat sinonim dengan kita sebenarnya. Malah, majikan hari ini juga lebih gemar memilih pekerja yang kreatif untuk bekerja.

Kreatif membawa maksud keupayaan seseorang dalam menghasilkan sesuatu yang menarik. Contoh penggunaan perkataan ini dalam resume adalah seperti berikut. Mempunyai kreativiti dalam mengendalikan ICT.

MENYESUAIKAN

Kita sering mendengar ayat seperti ini. “Anda perlu menyesuaikan diri di tempat kerja baru.” Namun, apakah maksudnya menyesuaikan itu.

Menyesuaikan adalah membiasakan diri dengan sesuatu contohnya jika anda tidak pernah ada pengalaman kerja sebagai operator pengeluaran tetapi anda telah ditawarkan jawatan tersebut dan anda menerimanya. Anda perlulah menyesuaikan diri dengan jawatan itu.

TERTIB

Tertib adalah kemas atau teratur atau tersusun. Tertib ini selalunya merujuk kepada susunan ataupun penampilan. Anda bolehlah menggunakan perkataan ini dalam resume pada bahagian pengalaman.

BERDAYA SAING

Maksud perkataan ini adalah mempunyai keupayaan dalam bersaing secara sihat. Perkataan berdaya saing biasanya merujuk kepada sikap. Contoh ayatnya adalah seperti berikut. Sikap berdaya saing penting dalam memastikan pekerja di sesebuah syarikat berkualiti dan mampu memajukan syarikat.

BERTANGGUNGJAWAB

Maksudnya adalah berupaya menjalankan sesuatu amanah yang diberi dengan baik dan penuh dedikasi. Sikap bertanggunjawab juga sangat diminati oleh semua majikan. Jadi, gunakanlah perkataan bertanggungjawab ini dalam resume anda untuk menarik perhatian majikan.

Itulah 10 perkataan terbaik yang mampu menawan hati penemuduga yang membaca resume serta Cover Letter anda. jadi, anda jangan lupa pula untuk meletakkan perkataan-perkataan ini dalam resume serta Cover Letter anda. Selamat menulis resume dan Cover Letter!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.