Portal Jawatan Kosong Terkini

Rabun Tapi Berminat Nak Jadi Polis! Boleh Ker? Ok Baca Ni

0 5,205

Berminat nak mohon kerja badan beruniform seperti Polis, Bomba, Imigresen dan sebagainya tetapi anda rabun? Boleh lepas ujian penglihatan kah nanti? Boleh tipu dan pakai contact lense tak nanti semasa ujian?

Pelbagai soalan lagi anda boleh ajukan. Tapi masih tidak menghilangkan keraguan anda sama ada anda boleh hadir ke sesi ujian pemilihan atau tidak. Sebenarnya, ramai yang mengalami masalah ini.

BOLEH KER MOHON JAWATAN BERUNIFORM?

Sebenarnya anda boleh mohon jawatan-jawatan idaman ramai ini tetapi dengan syarat melepasi ujian fizikal pada tahap yang ditetapkan.

Jangan risau, tahap rabun akan diuji dan ada kemungkinan juga untuk anda lulus ujian ini! Mungkin ramai yang takut nak mohon sebab mengalami masalah yang sama. Belum cuba belum tahu, tidak salah untuk anda mohon dan cuba hadir dulu ujian untuk tahu kelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana ujian penglihatan calon diuji semasa ujian fizikal bagi jawatan badan beruniform.

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

Biasanya kelayakan fizikal yang ditetapkan bagi jawatan badan beruniform adalah seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm (lelaki) dan 157cm (wanita) tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg
  • Mempunyai kurusan BMI di antara julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
  • Lulus UJIAN PENGLIHATAN bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lengkap)
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Nota: Syarat kelayakan mungkin berbeza mengikut jenis jawatan.

BAGAIMANA UJIAN PENGLIHATAN DIUJI

Seperti yang dinyatakan dalam syarat, calon mestilah lulus ujian penglihatan seperti berikut:

  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa cermin mata/ kanta lekap
  • Ujian pengecaman warna (tidak rabun warna)

Ujian Pengecaman Warna

Untuk ujian pengecaman warna, tidak susah pun untuk anda LULUS, yang penting adalah anda TIDAK RABUN WARNA. Ujian pengecaman warna ini diuji dengan cara:

  • Calon diminta baca nombor pada gambar tertera

Contohnya seperti berikut:

Rabun, Tetapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Melepasi Ujian Penglihatan

Jika anda dapat melihat dengan jelas, ini bermaksud anda tidak ada masalah rabun warna.

Ujian Penglihatan (Rabun Jauh)

Bagi menentukan calon melepasi syarat ujian penglihatan, calon akan diuji dengan ujian rabun jauh. Penglihatan mestilah sekurang-kurangnya vision 6/9 untuk LULUS.

Apa maksud vision 6/9?

  • Vision 6/9 (V/6/9) adalah barisan minimum (garisan hijau dalam gambar) yang perlu dibaca dengan betul
  • Hanya 3 minimum kesalahan diberi untuk setiap calon

Jika calon dapat baca semua barisan yang diarahkan tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap, anda LULUS ujian ini.

Ini bermaksud, tiada masalah pun untuk orang rabun memohon kerja badan beruniform seperti polis dan sebagainya, dengan syarat tahap penglihatan tidak terlalu teruk dan melepasi syarat.

Tidak salah untuk mencuba. Jika dapat panggilan menghadiri ujian pemeriksaan fizikal, pergi sahaja! Anda tidak akan tahu tahap kemampuan anda jika anda tidak cuba. Jangan jadikan ‘rabun’ sebagai alasan untuk anda putus asa mohon kerja badan beruniform.

Semoga bermanfaat!

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.