Portal Jawatan Kosong Terkini

Tips Dapat Kerja Walaupun Anda Tidak Ada Pengalaman

0 660

Hakikat yang agak pahit untuk ditelan oleh “fresh graduate” pada hari ini adalah terlalu banyak majikan memilih pekerja yang memiliki pengalaman kerja. Hal ini seolah-olah sijil pengajian seperti Diploma, Degree dan lain-lain tidak bernilai lagi kerana majikan lebih menumpukan kepada pengalaman seseorang yang memohon pekerjaan.

Perkara ini sedikit-sebanyak meruntuhkan semangat graduan kerana sememangnya mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bekerja. Namun, anda tidak perlulah berputus asa kerana masih terdapat cara untuk anda lakukan bagi mendapatkan pekerjaan yang anda pohon itu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips untuk anda mendapatkan kerja walaupun anda tidak ada pengalaman bekerja. Pastikan anda mengikut tips ini untuk memastikan anda berjaya diterima menjawat jawatan yang anda pohon. Berikut merupakan tip-tip tersebut.

BERSEDIA UNTUK BELAJAR BENDA BARU

Mungkin anda mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pencari kerja lain yang sudah mempunyai pengalaman bekerja. Namun, anda sebenarnya ada suatu lagi peluang iaitu menyatakan kesediaan anda untuk berusaha belajar benda baru.

Ramai yang tidak menyedari perkara ini tetapi majikan sebenarnya sangat menyukai pekerja yang meletakkan “effort” yang tinggi untuk belajar perkara baru selain daripada individu yang mempunyai pengalaman bekerja.

Anda perlulah berusaha lebih sedikit dan tunjukkan kepada majikan bahawa anda sudah bersedia untuk belajar benda baru di samping memikul tanggungjawab besar yang akan diamanahkan kepada anda. Letakkan “effort” anda yang tinggi bagi memastikan majikan benar-benar yakin dengan keinginan anda untuk belajar benda baru.

KETAHUI KEMAHIRAN YANG DIMILIKI OLEH DIRI ANDA

Anda perlulah menyenaraikan setiap kemahiran yang dimiliki. Hal ini demi memastikan anda tahu apakah kelebihan yang ada pada diri anda. Lebih menarik lagi jika kemahiran-kemahiran yang anda miliki itu berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kemahiran yang wajib anda kuasai bersesuaian dengan zaman perkembangan teknologi hari ini. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti computer skill, communication skill, technical skill, research skill, problem-solving skill dan lain-lain.

BUAT KAJIAN TENTANG JAWATAN YANG ANDA MOHON

Letakkan persoalan mengapa anda memilih kerjaya yang dipohon itu? Tentunya ada sebab bukan? Jadi, cuba jalankan sedikit kajian tentang jawatan yang anda pohon itu dan kaitannya dengan diri anda.

Cuba cari pengalaman yang anda miliki sama ada secara formal mahupun tidak formal dan juga karakter diri anda yang berkaitan sehingga menyebabkan anda sesuai dengan jawatan yang dipohon itu.

KETENGAHKAN KEMAHIRAN INSANIAH YANG ANDA MILIKI

Kemahiran insaniah ataupun juga lebih dikenali sebagai “soft skills” sangatlah penting terutama pada zaman moden ini. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang tidak anda pelajari di dalam kelas. Pada zaman moden ini, ramai graduan hanya mementingkan ilmu yang disuap serta melupakan kemahiran insaniah ini.

Oleh yang demikian, anda akan dianggap sebagai istimewa dan dianggap lebih daripada orang lain sekiranya anda menunjukkan kemahiran-kemahiran insaniah yang anda miliki.
Jadi ketengahkanlah soft skill ini. Percayalah, penemuduga akan tertarik dengan anda.

TAHU UNTUK MENILAI DIRI SENDIRI

Meskipun anda tidak mempunyai pengalaman kerja namun, anda masih boleh menilai diri anda untuk mencari nilai-nilai yang baik yang ada pada diri anda. Hal ini demi memastikan majikan nampak kelebihan yang anda pada diri anda seterusnya mengambil anda bekerja dengan mereka. Pengalaman hidup anda boleh dikira juga jika ianya berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

PERLU SENTIASA REALISTIK

Anda perlu bersikap realistik terutama sekali dalam pemilihan kerjaya. Anda tidak mempunyai pengalaman jadi, adalah dinasihatkan supaya anda tidak sesekali memohon jawatan yang tidak sesuai dengan diri anda.

Jangan terlalu yakin memilih kerja yang terlalu berat untuk anda terima. Sebaliknya pilihlah kerja yang memang ideal dengan kelayakan yang anda miliki. Walaupun gaji yang ditawarkan tidaklah terlalu mewah namun percayalah, lama-kelamaan anda akan berjaya juga.

Oleh yang demikian, amalkanlah tips yang telah dikongsikan ini. Jangan sesekali berputus asa walaupun anda tidak ada pengalaman seperti pencari kerja yang lain. Anda sebenarnya masih mempunyai peluang yang cerah. Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.