Portal Jawatan Kosong Terkini

7 Tanda Anda Lulus Temuduga. Confirm Dapat Kerja Lah.

0 765

Confirm Dapat Kerja & Lulus Temuduga

Setelah tamat temuduga, pastinya setiap calon tertanya-tanya sama ada telah berjaya atau tidak dalam sesi temuduga yang dijalankan sebentar tadi. Tahniah kerana anda telah berjaya dalam temuduga dan anda boleh buat persiapan untuk dipanggil melapor diri. Bagaimanakah caranya untuk tahu tanda-tanda telah lulus dalam temuduga tersebut? Terdapat beberapa tanda-tanda positif yang akan ditunjukkan oleh penemuduga bahawa anda telah lulus temuduga dan anda telah menambat hati mereka untuk mengambil anda bekerja dengan mereka.

Tanda-Tanda Anda Lulus Temuduga

Antara tanda-tanda anda lulus temuduga ialah :

1. Penemuduga Bertanyakan Soalan Peribadi

Maksudnya disini, penemuduga akan bertanya tentang diri anda dengan lebih lanjut. Ini tandanya penemuduga sangat berminat dengan anda untuk diambil bekerja dan bersama dengan mereka. Tetapi perlu diingatkan, hadkan jawapan anda dan tidak semua soalan berkaitan peribadi perlu dijawab oleh anda.

2. Masa Temuduga Lebih Panjang

Sepatutnya anda telah tamat sesi temuduga 15 minit yang lalu. Tetapi dilanjutkan lagi dengan pelbagai soalan yang tidak formal. Ini menunjukkan mereka berminat dengan anda dan ingin mengenali anda dengan lebih rapat. Jangan rimas sebaliknya teruskan perbualan anda dengan penemuduga dan jawab soalan dengan formal dan profesional.

3. Penemuduga Tersenyum

Apa sahaja jawapan yang anda berikan, penemuduga akan tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju dengan setiap jawapan yang anda berikan. Ini adalah satu tanda yang positif dan peluang anda untuk lulus dalam temuduga adalah sangat tinggi.

4. Perbincangan Manfaat Pekerjaan, Gaji dan Kelebihan

Setelah penemuduga menghabiskan sesi bertanyakan soalan, tiba-tiba penemuduga berbincang mengenai manfaat pekerjaan, gaji dan pelbagai kelebihan yang diberikan kepada anda sekiranya ditawarkan pekerjaan tersebut.

5. Anda Dibawa Melawat Pejabat

Tiba-tiba anda diajak melawat pejabat dan diperkenalkan kepada staf yang lain. Kemudian penemuduga juga akan memperkenalkan anda kepada staf atasan yang lain dan menyatakan bahawa “Inilah calon yang akan mengisi jawatan yang telah lama kosong”.

6. Meminta Kad Nama Anda

Sebelum tamat sesi temuduga, penemuduga meminta kad nama anda serta nombor telefon yang boleh dihubungi dan berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk menghubungi anda semula dengan segera.

7. Adakah Anda Memohon Pekerjaan Di Tempat Lain?

Terdapat penemuduga bertanyakan soalan ini selepas sesi temuduga tamat. Mereka berharap anda menjawab “Tidak ada” kerana ingin menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Jadi, bagaimana? Masih ragu-ragu dengan temuduga anda? Jika anda sudah lakukan yang terbaik dalam temuduga, pastinya kejayaan akan datang pada anda.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.