Portal Jawatan Kosong Terkini

Ketahui Tips Pemilihan Tali Leher Berdasarkan Saiz Badan Anda.

0 1,322

Untuk menghadiri sesuatu temuduga, adalah menjadi kewajiban buat anda bagi mengenakan pakaian yang betul dan mengikut kod etika pemakaian yang betul. Adalah menjadi kewajiban juga buat anda untuk memakai tali leher ketika menghadiri temuduga.

Kesesuaian pemilihan tali leher sebenarnya bergantung kepada saiz badan anda. Hal ini bermakna jika anda berbadan kurus, jenis tali leher yang sesuai buat anda tidak sama seperti jenis tali leher yang sesuai dengan orang yang berbadan gempal. Namun, harus diingat bahawa tidak semua jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda boleh dipakai semasa temuduga.

Meskipun tali leher ini dilihat sebagai suatu perkara yang remeh dan tidak penting tetapi tahukah anda bahawa tali leher sebenarnya mempunyai banyak jenis dan tidak semua jenis tali leher ini sesuai dipakai semasa temuduga?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 jenis tali leher yang dijual di pasaran dan juga kesesuaian tali leher tersebut untuk dipakai semasa temuduga. Jadi, pastikan anda memilih jenis tali leher yang betul kerana pemilihan yang betul bakal menampakkan diri anda sebagai seorang yang profesional.

Ketiga-tiga jenis tali leher yang selalu anda jumpa adalah seperti berikut:

  • Tali leher Jenis Skinny
  • Tali Leher Jenis Narrow
  • Tali Leher Jenis Standard

Berikut merupakan contoh gambar ketiga-tiga jenis tali leher ini.

JENIS-JENIS TALI LEHER DAN KESESUAIANNYA

Berikut merupakan ketiga-tiga jenis tali leher iaitu Skinny, Narrow dan juga Standard serta kesesuaian setiap daripada jenis tali leher ini.

1.) Tali Leher Jenis Skinny

Tali leher jenis skinny mempunyai kelebaran antara 1.5 inci sehingga 2.0 inci. Tali leher jenis ini merupakan tali leher yang paling kecil. Tali leher ini juga sering menjadi pilihan anak muda kerana nampak lebih bergaya dan cantik berbanding tali leher jenis lain.

Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh orang yang berbadan kurus kerana saiznya yang kecil. Tali leher jenis skinny juga hanya sesuai dipakai ketika menghadiri majlis yang berbentuk kasual dan separa formal sahaja.

Walaupun tali leher jenis ini sesuai untuk anda yang berbadan kecil tetapi jangan sesekali pakai tali leher skinny semasa menghadiri temuduga kerana ia tidak sesuai sama sekali untuk aktiviti formal. Anda perlu pakai tali leher jenis standard atau jenis narrow.

2.) Tali Leher Jenis Narrow

Tali leher jenis narrow sesuai dipakai oleh semua bentuk badan tidak kisahlah sama ada berbadan kecil, berbadan sederhana mahupun berbadan gempal. Tali leher jenis ini mempunyai kelebaran antara 2.75 inci sehingga 3 inci.

Anda boleh memakai tali leher jenis narrow ketika menghadiri majlis-majlis formal serta urusan-urusan rasmi yang berkaitan dengan kementerian atau jabatan kerajaan. Tali leher jenis narrow juga boleh anda pakai semasa menghadiri temuduga.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memakai tali leher jenis ini ketika anda membuat pembentangan kertas kerja ataupun ketika menghadiri mesyuarat. Dalam erti kata yang lebih mudah, setiap aktiviti formal bolehlah anda kenakan tali leher ini.

3.) Tali Leher Jenis Standard

Sama seperti tali leher jenis narrow, tali leher jenis standard juga sesuai untuk anda pakai ketika majlis-majlis formal. Tali leher jenis ini juga boleh dipakai ketika menghadiri temuduga dan juga ketika menghadiri mesyuarat atau semasa pembentangan.

Tali leher standard memiliki ketebalan antara 3.5 inci hingga 4 inci. Tali leher ini adalah yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis-jenis tali leher yang lain. Individu yang berbadan gempal sahaja sesuai untuk memakai tali leher jenis ini.

Diharapkan semoga dengan perkongsian jenis-jenis tali leher serta kesesuaiannya ini dapatlah memberi anda panduan dalam pemilihan jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda. Selain itu, pemilihan jenis tali leher juga penting untuk anda menghadiri temuduga dan majlis-majlis formal.

Pastikan anda memilih jenis tali leher yang sesuai terutama sekali ketika menghadiri temuduga kerana penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang tidak profesional sekiranya tersalah pilih jenis tali leher yang tidak sesuai dipakai

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.