Cara Susun Dokumen / Sijil Serta Cara Lengkapkan Resume Untuk Temuduga SPA
Tahukah anda bahawa terdapat panduan untuk anda hadir temuduga jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan panduan ini anda perlu patuhi tanpa gagal.
Untuk mematuhi arahan ini sangat mudah, anda hanya perlu teruskan membaca perkongsian ini dan lengkapkan segala keperluan yang dikehendaki.
Mari kita lihat apakah keperluan yang perlu anda ikuti supaya anda tidak gagal dalam temuduga nanti.
Semasa Hadir Temuduga
Semasa anda hadir temuduga SPA, anda perlu membawa bersama dokumen ASAL semasa temuduga serta anda perlu menyusun mengikut turutan seperti :
- MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak.
- Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan).
- SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf.
- STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan). - Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah.
- Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah.
- Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan.
- Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan).
- Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan).
- Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan).
- Sijil kegiatan luar.
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun.
- Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
Cara Melengkapkan Resume
Anda juga perlu melengkapkan resume dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
- Untuk melengkapkan resume, anda perlu klik di pautan myResume.
- Kemudian, anda perlu muat naik gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah, sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan dan skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Jangan lupa untuk mencetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume.
- Anda juga perlu membuat semakan pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA.
- Berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
Anda juga diingatkan untuk mematuhi arahan dan panduan ini dan anda juga perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tidak palsu kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan pihak SPA untuk membuat lantikan.
Keputusan Temuduga
Anda akan mengetahui keputusan temuduga dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temuduga dengan melayari portal rasmi SPA disini.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan temuduga, anda boleh hubungi SPA di :
- Telefon: +603 8091 9000
- Portal Rasmi : SPA