Categories
Temuduga

Elak Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Tamat Temuduga Jika Tidak Mahu Gagal

Selalunya anda dengar tips-tips hadiri temuduga atau semasa temuduga. Namun kali ini anda akan didedahkan dengan perkara yang anda tidak boleh lakukan SELEPAS tamat temuduga. Mana tahu, dalam tidak sedar anda lakukan perkara ini dan menjadi punca anda gagal temuduga!

Jangan terkejut jika anda dah ‘perform‘ sebaik mungkin semasa temuduga, tetapi tiba-tiba anda dapat keputusan bahawa anda GAGAL. Mungkin anda telah lakukan 5 perkara ini selepas temuduga!

ELAKKAN 5 PERKARA INI SELEPAS TEMUDUGA

Memburukkan Penemuduga

Memang lumrah kehidupan remaja sekarang semua benda kena bagitahu di media sosial! Tidak salah nak update media sosial, tetapi jangan sesekali memburukkan penemuduga di media sosial selepas tamat sesi temuduga.

Dalam tidak sedar mungkin ada pekerja di syarikat yang anda temuduga mengikuti anda. Jadi, sebarang perkara berkaitan temuduga jangan ceritakan di media sosial. Ceritakan yang baik-baik sahaja seperti pengalaman anda.

Bercakap Santai

Dah tamat sesi temuduga, kadang-kadang ada penemuduga yang suka berborak dengan calon. Sebenarnya mereka hanya ingin melihat tingkah laku sebenar calon. Jangan bercakap dengan cara yang santai walaupun sesi temuduga anda tamat.

Cakap dalam keadaan yang biasa sahaja, jangan berlebihan macam mereka itu kawan anda!

Tidak Hantar Email Terima Kasih

Cuba anda lihat balik permohonan kerja anda yang lepas, ada tak anda hantar email terima kasih selepas sesi temuduga? Jika tidak pernah, sila ubah! Pastikan anda hantar emel ucapan terima kasih atas masa mereka menemuduga anda. Pastikan anda hantar dalam tempoh 24 jam.

Terlalu Agresif Follow Up

Nak follow up selepas temuduga, jangan terlalu agresif. Apa yang dimaksudkan dengan agresif adalah hantar email atau pesanan whatsapp kepada majikan/ penemuduga setiap minit untuk ketahui keputusan temuduga. Perkara ini hanya akan membuatkan majikan berasa rimas dengan anda.

Berhenti Memohon Kerja Lain

Dah tamat sesi temuduga jangan terlalu selesa. Jangan pernah berhenti memohon kerja lain dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap temuduga yang anda hadiri. Ingat, bukan anda seorang sahaja hadir untuk sesi temuduga. Jadi, peluang untuk anda diterima kerja bukanlah 100%.

Teruskan mohon kerja dan jangan pernah jemu untuk hadir temuduga. Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

Soalan Temuduga Yang Mencabar Dan Anda Perlu Berhati-hati Ketika Menjawab. Kami Senaraikan 5 Soalan Sebagai Panduan Anda

Setiap calon yang akan menghadiri temuduga pasti akan membuat persiapan dari segi persediaan jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga. Untuk peringatan semua, jangan terlalu berharap soalan yang anda hafal akan sepenuhnya ditanya nanti.

Tak salah nak hafal jawapan, tetapi jangan terlalu hafal sehinggakan tak tahu nak jawab soalan lain. Sebenarnya ada beberapa soalan temuduga mencabar yang kerap ditanya semasa temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 7 soalan temuduga mencabar yang sering ditanya.

5 SOALAN TEMUDUGA MENCABAR

1 Mengapa anda tidak bekerja dalam tempoh ini?

Setiap penemuduga pasti akan membaca sekali impas resume yang anda hantar sebelum saat temuduga sebenar tiba. Perkara yang paling diambil perhatian adalah pada bahagian pengalaman kerja. Sekiranya mereka mendapati terdapat kekosongan pada tahun tertentu, pasti mereka ingin tahu apa yang anda lakukan pada tempoh tersebut.

Jangan tersalah langkah, jangan pula anda cakap anda tidak melalukan apa-apa. Jawapan ini hanya akan menampakkan diri anda sebagai seorang yang pemalas dan tiada usaha untuk bekerja atau melakukan sesuatu.

Contoh jawapan

“Untuk pengetahuan tuan, pada tempoh kekosongan tersebut, saya tidak bekerja kerana menyambung pengajian di universiti. Sepanjang tempoh pengajian, saya memperolehi banyak pengalaman dan mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran”

2 Apa yang anda suka dan tidak suka dengan kerja sebelum ini?

Jika ditanya soalan begini, pastikan anda jaga intonasi suara anda. Sama ada anda suka atau tidak pada pekerjaan lama, jangan sesekali  berbicara hal negatif tentang syarikat lama. Kadang-kadang penemuduga saja nak “pancing” anda dengan memulakan perbualan mengenai soalan negatif. Jangan sesekali terpedaya, walau apa pun jenis soalan pastikan anda fokus kepada benda-benda positif sahaja.

Contoh Jawapan

“Banyak kelebihan dan pengalaman yang saya peroleh ketika bekerja di syarikat lama. Majikan merupakan seorang yang sentiasa bertolak ansur dan memberi tunjuk ajar kepada saya sekiranya saya diberikan tugasan yang tidak pernah dilakukan. Secara tidak langsung, pelbagai ilmu dan kemahiran baru yang saya peroleh di syarikat tersebut.”

3 Siapakan staf yang terbaik dan tidak di syarikat lama

Anda ada simpan dendam dengan staf lama? Jangan terus menjawab dengan penuh emosi dan jangan jadikan temuduga tempat anda luah perasaan. Soalan ini ditanya kerana penemuduga nak lihat personaliti anda sama ada anda seorang yang mudah bekerja dengan orang ataupun tidak.

Contoh Jawapan

“Saya sangat berterima kasih kepada rakan sekerja dan pengurus saya kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh melakukan pelbagai tugasan dengan baik. Rakan sekerja sentiasa memberi semangat untuk saya hadir bekerja. Semua rakan sekerja saya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memberi semangat.”

4 Apakah yang kamu harapkan daripada majikan anda?

Penemuduga ingin tahu apakah anda harapkan daripada seorang majikan apabila bekerja. Nyatakan perkara yang positif sahaja berbanding hal-hal negatif. Namun, jangan pula anda menyatakan anda mengharapkan  majikan anda naik gaji atau sebagainya.

Contoh Jawapan

“Apa yang saya harapkan adalah majikan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya agak prestasi kerja saya semakin baik dan berada pada landasan yang betul. Ini kerana saya sangat minat cara kerja majikan saya yang sentiasa up to date dan seiring dengan cara kerja pada masa kini.”

5 Berapakan anggaran gaji yang anda harapkan?

Nampak mudah kan soalan ni? Tersilap langkah, gagal lah temuduga anda! Jangan main jawab sahaja bab gaji ini. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu. Bagi anggaran gaji yang logik. Tidak salah nak meminta gaji lebih daripada yang ditawarkan sekiranya anda mempunyai kepakaran atau pengalaman yang tidak ada pada orang lain.Yang penting sekali yakinkan penemuduga bahawa berbaloi jika ambil anda bekerja.

Contoh Jawapan

“Berdasarkan pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dalam bidang ini, saya mohon gaji sebanyak RM4,500 sebulan kerana kepakaran yang saya ada diiktiraf oleh agensi yang berkaitan dan saya bersedia untuk berunding mengenai hal ini.”

Jika anda merupakan fresh graduate, jangan sesekali demand gaji anda! Terima sahaja gaji yang ditawarkan memandangkan anda masih tiada pengalaman dalam bekerja. Ingat, setiap orang yang berjaya pasti bermula dari bawah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Kerja Bagus, Tapi Pengalaman Kurang! Cuba Praktikkan Tips Ini

Categories
Kerjaya

Gred Hakiki Dengan Gred KUP Apakah Perbezaannya? Ramai Yang Keliru.

Walaupun sudah bertahun-tahun kerja sebagai penjawat awam, namun masih ramai yang sebenarnya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) dan apakah perbezaannya dengan jawatan hakiki.

Sedangkan penjawat awam yang menyandang jawatan tersebut sendiri pun tidak tahu, inikan pula orang awam! Jadi untuk menambahkan pengetahuan semua, ketahui perbezaan antara kedua jawatan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk keterangan lanjut perbezaan antara Jawatan KUP dan Jawatan Hakiki.

GRED KUP

KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu itu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawa juga gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Ini bermaksud jika Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP) berpindah ke mana-mana sekolah sekali pon jawatan sebagai Guru Cemerlang tetap akan kekal dengan gred DG48(KUP)

GRED HAKIKI

Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan. Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred Hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tersebut masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau mereka nak pindah juga, mereka kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.

Contoh jawatan lain yang guna Gred Hakiki adalah Guru Tingkatan 6, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan, Pengetua dan lain-lain jawatan yang lebih tinggi.

PERBEZAAN PENCEN ANTARA KUP DAN HAKIKI

Persoalan mengenai pencen juga sering menjadi tanda tanya. Antara soalannya adalah:

“Jika Guru Cemerlang DG48 (KUP) diberi jawatan Guru Kanan DG44 (Hakiki) akan terima gaji untuk yang mana satu?”

Untuk persoalan ini, jawapannya adalah gaji berdasarkan gred yang disandang pada gred DG48.. Pengisian pula tertakluk kepada kategori tempat yang diisi. Contohnya jika guru di sekolah Gred penyandang ialah 48 KUP tetapi isi untuk gred 41 dan sekolah adalah post sehingga 54, guru tersebut akan terima gaji mengikut 48 KUP.

Persoalan kedua adalah:

“Ada beza tak jika pencen dengan gaji Hakiki atau gaji KUP?”

Untuk makluman anda, pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji terakhir yang diterima. Tiada kaitan dengan gred KUP atau Hakiki. Istilah KUP ini merujuk kepada kaedah penempatan dan kenaikan pangkat,

Semoga perkongsian di dapat menjawab segala persoalan anda berkaitan gred jawatan KUP dan Hakiki.

Categories
Kerjaya

5 Kesalahan Utama Calon Apabila Memohon Kerja Di Laman Web Kerjaya

Dah mohon pelbagai jawatan daripada pelbagai syarikat tetapi masih tiada panggilan temuduga sehingga sekarang? Jangan diam, anda perlu bertindak sekarang dan lihat balik apa sebenarnya yang bermasalah menjadi punca anda tidak mendapat apa-apa tawaran.

Laman permohonan kerja di negara kita ini ada pelbagai, contohnya MyFutureJobs, LinkedIn, Jobstreet dan sebagainya. Sebagai pencari kerja anda hanya perlu bijak memohon dan lengkapkan profile sesuai dengan yang majikan cari.

Ketahui 5 kesalahan dalam memohon kerja melalui laman web kerjaya yang ramai calon tidak sedar dan menjadi punca gagal mendapat tawaran.

5 KESALAHAN MOHON KERJA

Berikut adalah antara kesalahan dalam memohon kerja melalui laman web kerjaya yang sering calon lakukan:

Profile Calon

Kesalahan utama yang calon terlepas pandang adalah profile tidak lengkap. Pastikan anda semak semula profile dan segala maklumat yang diperlukan tanpa tertinggal walaupun satu. Isi maklumat dengan lengkap termasuk maklumat pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya.

Kebanyakan calon malas nak isi kerana agak leceh. Jangan begitu jika anda rasa anda perlukan kerja. Muat naik gambar profile dan resume juga adalah penting. Sudah selesai lengkapkan profile baru mohon kerja yang diiklankan.

Kemahiran

Ada calon yang isi bahagian kemahiran hanya sekadar Microsoft Office sahaja. Jangan begitu, pastikan anda tulis juga kemahiran yang lain juga contohnya adobe photoshop, autocad dan sebagainya. Ataupun jika ada pengalaman guna apa-apa instrumen semasa belajar/praktikal dulu anda boleh masukkan.

Tak cukup kemahiran nak masukkan? Jangan jadikan itu alasan, gunakan masa yang anda ada untuk belajar kemahiran-kemahiran penting yang berkaitan dengan bidang yang dicari.

Expected Salary

Fresh graduate jika nak cepat dapat kerja, jangan letak gaji jangkaan yang terlampau tinggi dan tidak masuk akal. Lain lah jika anda memang hebat dan mempunyai pengalaman yang cukup menarik untuk demand gaji.

Bila nak mohon sesuatu kerja itu, lihat dulu info gaji untuk jawatan yang dipohon. Kalau jawatan tersebut anggaran gaji dalam RM2,500 hingga RM3,500, anda boleh cuba mohon RM2500 sebagai permulaan.

Work Location

Ramai yang tak tahu sebenarnya pihak HR syarikat akan lihat preferred work location calon dalam memilih calon pekerja. Contohnya syarikat yang berminat dengan anda terletak di Kuala Lumpur tetapi anda meletakkan preferred location di Kedah.

HR akan beranggapan anda terlalu jauh dan memang tidak berkeinginan untuk bekerja luar dari tempat tinggal. Jika anda betul-betul mahukan kerja, anda tidak sepatutnya memilih lokasi kerja.

Pitching

Setiap laman web kerjaya mesti ada sediakan bahagian pitching di mana calon perlu mengulas sedikit mengenai matlamat calon. Ramai calon yang abaikan bahagian ini dan terus hantar permohonan sahaja. Ubah sekarang! Pastikan anda isi bahagian itu juga.

Contohnya anda boleh gunakan ayat seperti berikut:

As a ____________ graduate, I am familiar with _______________. I am able to work independently as well as in group environment. I am also equipped with the hands-on experience of using _____________ machine.

Selebihnya, anda boleh tambah sendiri sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang anda ada.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Bolehkah Majikan Memecat Pekerja Yang Masih Dalam Tempoh Percubaan?

Biasanya bila mula bekerja di syarikat baru kita pasti akan lalui tempoh percubaan. Selalunya tempoh percubaan yang diberi oleh majikan adalah 3 hingga 12 bulan untuk menilai prestasi kita di syarikat tersebut. Selepas tempoh itulah selalunya majikan akan putuskan sama ada kita layak bekerja di syarikat tersebut atau tidak.

Persoalannya sekarang adalah, boleh ke majikan pecat pekerja sebelum tempoh percubaan tamat? Lagi-lagi bila majikan pecat tanpa beri apa-apa alasan tentang pemecatan itu dan anda sendiri yakin anda tidak buat apa-apa kesalahan.

Bagi menjawab persoalan itu, jom kita fahamkan terlebih dahulu apa itu “tempoh percubaan”.

APA ITU TEMPOH PERCUBAAN?

Pekerja dalam tempoh percubaan adalah mereka yang baru bekerja untuk tempoh tertentu supaya syarikat dapat mengenalpasti sama ada calon baru masuk kerja ini sesuai atau tidak untuk menjawat jawatan tetap yang diiklankan oleh majikan sebelum ini.

Selalunya majikan akan menggunakan terma tertentu dalam kontrak kerja untuk mewujudkan kontrak dengan pekerja percubaan. Contoh terma percubaan yang selalu digunakan dalam kontrak kerja adalah seperti di bawah.

“Anda akan menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan, dan pengesahan status tetap anda sebagai pekerja selepas tempoh yang disebutkan adalah bergantung kepada perkhidmatan yang memuaskan dari pekerjaan yang telah diberikan kepada anda”

Berdasarkan contoh di atas, anda akan jalani tempoh percubaan bekerja selama 6 bulan. Menurut Pusat Sumber Manusia Kebangsaan, selepas tempoh 6 bulan tamat, syarikat berhak memutuskan sama ada:

  • Mengesahkan anda, bermakna melantik anda sebagai pekerja tetap
  • Melanjutkan tempoh percubaan anda, sebab mereka masih lagi perlukan masa untuk menilai sama ada anda sesuai atau tak untuk jadi pekerja tetap
  • Tamatkan perkhidmatan anda, sebab mereka tak rasa yang anda sesuai untuk syarikat

BOLEH KE SYARIKAT PECAT ANDA SEBELUM TEMPOH PERCUBAAN TAMAT?

Jawapan untuk persoalan ini adalah, pekerja percubaan tidak boleh dipecat tanpa alasan munasabah. Bagi soal pemecatan atau penamatan perkhidmatan, pekerja percubaan dan pekerja tetap ada hak yang sama.

Kes seorang pekerja percubaan menang kes dan dapat pampasan apabila dipecat sebelum tamat tempoh percubaan

Dalam kes Mak Teck Mun v Ginova Marketing Sdn Bhd, seorang lelaki bernama Mak dah diambil bekerja oleh Ginova Sdn Bhd sebagai pekerja percubaan. Malangnya, dia dah dipecat sebelum tempoh percubaannya tamat. Dia kemudiannya ambil tindakan terhadap syarikat itu di mahkamah. Di akhir kes berkenaan, Mak diputuskan menang dan mahkamah menganugerahkannya pampasan untuk gaji yang sepatutnya dia dapat kalau dia tidak dipecat.

Menurut mahkamah, sebab kenapa Mak menang adalah:

“… pelantikan dalam tempoh percubaan selama enam bulan tidak memberi majikan hak untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja sebelum tempoh enam bulan tamat kecuali atas alasan salah laku atau alasan lain yang mencukupi, yang dalam hal itu juga perkhidmatan pekerja tetap boleh ditamatkan. Selepas tamat tempoh enam bulan, majikan boleh sama ada mengesahkan atau menamatkan perkhidmatannya, kerana perkhidmatannya didapati tidak memuaskan.”

Ini bermaksud, Mak ada hak yang sama dengan pekerja tetap lain dan dia tidak boleh dipecat sebelum tempoh 6 bulan tamat tanpa sebab munasabah. Tambahan lagi, mahkamah juga ada kata yang syarikat hanya boleh pecat Mak, sekiranya mereka rasa Mak tak sesuai jadi pekerja tetap SELEPAS tempoh percubaannya.

AMBIL TINDAKAN TERHADAP SYARIKAT YANG MEMECAT ANDA SECARA TIDAK ADIL

Negara kita ada undang-undang. Undang-undang Malaysia juga melindungi hak-hak pekerja dengan beri mereka peluang untuk ambil tindakan terhadap syarikat.

  • Menurut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, mana-mana pekerja di Malaysia (sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak) boleh mengadu kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan jika berdepan dengan keadaan dipecat secara salah.
  • Aduan boleh dibuat di Jabatan Sumber Manusia terdekat, dan sebaik sahaja aduan dihantar kepada Ketua Pengarah, dia akan menyerahkannya kepada Menteri Sumber Manusia yang kemudiannya boleh merujuk perkara itu kepada Mahkamah Perusahaan.
  • Di Mahkamah Perusahaan, anda diminta untuk buktikan yang anda dipecat secara salah oleh syarikat. Anda boleh buatnya secara sendirian atau diwakili peguam atau ahli kesatuan sekerja (jika ada). 

Jika situasi ini berlaku kepada anda, jangan takut untuk mempertahankan hak anda. Ingat, majikan tidak boleh sesuka hati memecat kita tanpa sebab munasabah sebelum tamat tempoh percubaan. Hak kita sebagai pekerja percubaan adalah sama seperti pekerja tetap.

Categories
Resume

Tidak Yakin Untuk Menghadiri Interview Bahasa Inggeris? Anda Boleh Praktis Cara Yang Kami Kongsikan Disini

Jika diikutkan hampir semua temuduga kerja dalam sektor swasta adalah dalam Bahasa Inggeris. Ada juga yang temuduga dalam Bahasa Melayu, tetapi tak banyak. Manakala temuduga kerajaan pula, calon memang akan ditanya dalam Bahasa Melayu, tetapi ada juga 1 – 2 soalan calon akan disoal dalam Bahasa Inggeris.

Baca juga: Soalan Temuduga Kerajaan Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu

Anda tidak berasa yakin untuk berbahasa Inggeris dalam temuduga? Jika ya, anda patut lakukan beberapa persediaan sebelum tiba hari temuduga sebenar.

PERSEDIAAN JAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS

Baca Suarat Khabar / Artikel Dalam BI

Amalkan tabiat suka membaca surat khabar atau artikel dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda membaca, lebih banyak perkataan yang anda akan faham. Apabila anda faham, anda juga mudah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tak Faham, Terus Buka Kamus

Sambil-sambil membaca surat khabar atau artikel dalam BI, letakkan kamus di sebelah anda. Jika tidak faham satu-satu ayat, jangan malas. terus buka kamus ataupun Google Translate. Tidak susah pun nak faham Bahasa Inggeris ni. Kena rajin sahaja, jangan sombong dah tak tahu, tak mahu rujuk pula.

Dengar Lagu Inggeris

Selain membaca dengan menggunakan penglihatan, dengan mendengar juga lebih mudah untuk masuk ke dalam kepala. Lebih kerap anda mendengar laju Bahasa Inggeris, lebih mudah anda faham jika anda mendengar soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris.

Sambil-sambil dengar, hayati setiap patah lirik lagu dan susunan ayat.

Tonton Filem BI

Jangan asyik nak tonton drama melayu sahaja, filem atau drama Inggeris juga ada baiknya. Sambil menonton, sambil belajar. Kaedah ini adalah satu kaedah yang paling seronok dan paling tidak bosan. Hayati setiap patah perkataan yang dikeluarkan. Sambil-sambil tonton, cuba anda ulang balik perkataan yang pelakon keluarkan sebagai praktis.

Berlatih Bercakap Dalam BI

Bertutur dalam Bahasa Inggeris sangat membantu anda lebih yakin dan mampu berpetah dalam temuduga nanti. Biasakan bercakap BI dengan kawan-kawan. Tidak kira untuk suka-suka atau secara serius. Jangan hiraukan grammar, yang penting anda ada keyakinan nak bercakap dalam BI.

Jika masih tidak yakin untuk bercakap dengan rakan-rakan, anda boleh juga cuba bercakap dengan cermin. Ini pun dikira cara belajar juga.

Belajar Balik Basic Grammar

Cuba buka balik buku-buku BI yang lama atau adik-adik punya. Belajar balik sedikit-sedikit basic grammar Bahasa Inggeris. Lumrah pemikiran ramai orang yang tidak berasa yakin untuk berbahasa Inggeris adalah kerana takut Grammar salah.

Jangan kira Grammar atau cari kesalahan. Apa yang penting sekali adalah anda YAKIN bercakap dalam Bahasa Inggeris. Orang-orang luar negara pun bercakap belum tentu Grammar mereka betul!

Calon kena ingat, apa yang dilihat semasa temuduga adalah keyakinan diri calon menjawab setiap soalan yang ditanya. Oleh itu, penting untuk calon berlatih berasa YAKIN menjawab soalan

Categories
Kerjaya

7 Langkah Mudah Untuk Menarik Perhatian Majikan Melalui Account Linkedln Dan Cara Menjadikan Account Anda Kelihatan Profesional.

Zaman sekarang yang serba canggih ini kita kena kenalpasti pelbagai peluang digital yang ada untuk ‘market’ kan diri. Antara salah satu medium Resume Online yang mudah untuk anda marketkan diri dan selalu digunakan oleh orang ramai adalah LinkedIn.

Penting buat pelajar yang bakal menamatkan pengajian mahupun bagi yang sudah bekerjaya. Anda perlu ambil tahu beberapa perkara mudah untuk membuatkan profile Linkedin anda nampak profesional supaya anda lebih mudah untuk mendapat perhatian daripada majikan-majikan di luar sana apabila memohon pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk tips dan cara menjadikan profil LinkedIn anda nampak lebih gempak dan profesional.

7 LANGKAH MUDAH UNTUK PROFIL LINKEDIN NAMPAK PROFESIONAL

1. First Impression Kena Power

Antara perkara paling utama yang majikan yang akan lihat dahulu adalah Profile Picture. Ia sebenarnya menjadi first impression yang sangat penting di LinkedIn kerana itu adalah cara pertama untuk orang lain berhubung dengan kita.

 

Cuba anda lihat gambar Hari Srinivasan,

  • Gambar dia simple tapi menarik tambah lagi dengan senyuman yang manis tu.
  • Pastikan update gambar anda yang terkini dan jadikan muka anda dalam ruangan di bulatan tu memenuhi hampir 60% daripadanya kerana ia lebih jelas dan mudah dilihat.
  • Lengkap tulis jawatan dengan lokasi terkini.
  • Nak tambah lagi impression, tambahkan background photo yang memberitahu minat diri anda sendiri.

Mengikut LinkedIn, profile yang ada gambar akan dilihat 21 kali lebih banyak berbanding yang tiada gambar.

2. Kongsi Cerita Di Profile LinkedIn

Anda juga patut manfaatkan ruangan summary untuk ceritakan kepada umum tentang diri anda. Jangan hanya sekadar senaraikan skill ataupun pangkat yang anda pernah ada, tapi jadikan ruangan summary ini untuk terangkan diri anda dengan lebih terperinci lagi.

Ini merupakan salah satu bahagian personal anda yang sangat berguna untuk content marketing dan ia terbukti sangat membantu!

Jika anda ada lebih masa, boleh juga guna ruangan artikel untuk kongsi sebarang ilmu dan pengalaman untuk memperlihatkan diri anda lebih professional. Waktu yang paling sesuai untuk post artikel di LinkedIn ialah hari Selasa antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, dan waktu paling banyak perkongsian antara pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

3. Ceritakan Pengalaman & Jawatan Dengan Lebih Mendalam

 

Jika kita lihat di ruangan pengalaman kerja, LinkedIn ada memberi pilihan untuk kita memilih nama syarikat, tempoh bekerja dan huraian tentang jawatan dan pengalaman dengan lebih spesifik. Gunakan ruangan tersebut dengan sepenuhnya termasuklah internship sebab semua tu nilai berharga buat seseorang individu yang mempunyai pencapaian tersendiri.

Pastikan juga anda pilih nama syarikat yang sudah disenaraikan supaya dapat keluarkan logo syarikat tersebut. Setiap gambar dan logo akan menarik perhatian pembaca. Itu merupakan bonus tapi kalau company anda tiada dalam senarai, tidak jadi masalah untuk create senarai baru untuk company tersebut.

Yang penting sekali mestilah kandungan dan content di profile LinkedIn anda tu dibuat dengan baik.

4. Jelaskan Semua Kelulusan Akademik

Ini juga disebut sebagai “badan” kepada profile Linked anda. Sama seperti resume bercetak– dimana anda akan menyatakan segala kelulusan dan pencapaian akademik di ruangan ini. Anda boleh terus isikan maklumat akademik sama seperti dalam resume bercetak anda itu.

Biasanya kesilapan selalu terjadi terutamanya dari fresh graduate sebab ramai yang tidak nyatakan kelulusan mereka. Rugilah kalau anda dah ada pencapaian di universiti tapi tak ditulis. Ini mampu menjadi nilai tambah untuk setiap fresh graduate supaya dipilih untuk bekerja oleh bakal majikan nanti.

5. Nyatakan Pengalaman

Nampaknya ruangan sukarelawan menjadi salah satu elemen penting dalam profile LinkedIn. Ini juga menjadi nilai tambah bagi seseorang individu untuk memberitahu pengalaman yang ada. Sememangnya aktiviti sukarelawan di Malaysia dah semakin banyak. Jadi jangan biarkan ruangan ini kosong, pastikan semuanya diisi.

Kalau ada masa yang terluang, pastikan anda cari masa untuk join aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti sukarelawan ni terutama bagi penggangur dekat luar sana. Setiap yang kita buat tu mesti akan bagi kelebihan dekat diri kita semula.

Mengikut kajian LinkedIn, 42% majikan akan selidik dan melihat pengalaman sukarelawan sama seperti pengalaman bekerja. Satu daripada lima majikan memilih individu yang mempunyai kelebihan sukarelawan ini. Nampak tak betapa pentingnya pengalaman aktiviti sukarelawan.

6. Nyatakan Kemahiran Yang Relevan

Skill dan kemahiran menjadi kepentingan yang patut diisi mengikut urutan keutamaan berdasarkan kerja yang anda ingini. Sekurang-kurangnya senaraikan 5 skill yang anda ada. LinkedIn juga dah membolehkan skill kita di-endorse atau diiktiraf oleh individu yang berpengalaman dan ini boleh meningkatkan kadar pembaca di profile Linked anda.

Senaraikan skill yang berkaitan dengan pengalaman dan keupayaan diri dan yang paling penting sekali setiap kandungan yang diisi perlulah jujur. Kalau anda tidak mempunyai banyak skill yang menarik minat majikan, masih tidak terlambat untuk anda cuba sesuatu yang baru. Majikan suka kepada individu yang penuh skill dan multitasking.

  • Profile LinkedIn anda akan dilihat lebih 13 kali jika menyatakan skill dan sejumlah 10 juta endorsement akan diberi setiap hari.
  • Untuk mendapat endorse yang cepat, anda boleh memohon dan meminta daripada kenalan di LinkedIn.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya ini merupakan salah satu langkah mudah untuk profil LinkedIn anda nampak profesional. Bila ramai yang iktiraf kemahiran anda, makin tinggi kepercayaan bakal majikan melihat diri anda.

7. Ikuti Page Atau individu Yang Memberi Pengaruh Kepada Industri

Dengan mengikuti perkembangan individu yang relevan di LinkedIn, ini akan membantu kita memperoleh maklumat yang lebih menarik pada ruangan feed. Kenalpasti individu atau organisasi yang boleh memberi inspirasi kepada anda dan share sesuatu yang menarik daripada mereka kepada kenalan lain untuk menjadi nilai tambah serta meningkatkan ilmu dengan isu semasa yang ada mengikut peredaran zaman.

Ini ruangan terakhir dan ia patut digunakan sepenuhnya. Kalau anda minat tentang kejuruteraan, mungkin boleh ikut organisasi yang hebat dalam bidang tersebut. Segala minat boleh menjadi kelebihan jika kita ikut secara professional. Majikan akan kagum melihat perkara yang kita kongsikan di feed.

Jangan lepaskan peluang untuk gunakan medium media ini untuk perkara yang lebih baik dan positif! Sekarang ini semua golongan profesional wajib ada profil LinkedIn. Semoga berjaya!

Categories
Kerjaya

7 Tips Untuk Dapat Kerja Yang Bagus Walaupun Kurang Pengalaman. Baca Tips Yang Dikongsikan Ini

Dilema setiap lepasan graduan untuk dapatkan kerja adalah tidak mempunyai pengalaman yang cukup. Maklumlah, rata-rata majikan mahu pekerja yang mempunyai pengalaman. Macam mana nak dapat pengalaman kerja kalau baru lepas tamat pengajian?

Masuk ke dalam dunia pekerjaan tanpa pengalaman yang cukup boleh diibaratkan seperti berlepas dengan roket. Ini kerana anda berasa sangat teruja untuk berlepas tetapi, pada masa yang sama anda rasa takut dan risau apa yang akan jadi akhirnya.

Sama ada anda baru habis belajar dan graduate ataupun anda memang ingin menukar angin ke industri pekerjaan yang berbeza tidak mustahil untuk anda memperoleh kerja dengan pengalaman yang kurang.

Berikut adalah tips untuk anda boleh lakukan selain daripada pengalaman semata-mata untuk mendapatkan kerja yang bagus.

TIPS DAPAT KERJA DENGAN PENGALAMAN KURANG

1 Jangan Terlalu Membangga Diri

Jadilah seorang yang merendah diri. Tidak salah untuk cakap benda baik baik tentang diri sendiri, tetapi janganlah pula anda terlalu membanggakan diri sendiri. Majikan anda boleh nampak semua itu dan menilai diri anda.

Jangan risau jika majikan nampak kelemahan anda. Tetapi dalam menunjukkan kelemahan, anda perlu tunjukkan bahawa anda akan berusaha untuk bekerja lebih kuat dan tunjukkan kepada mereka bahawa tiada apa yang boleh menghalang anda untuk mencapai sesuatu.

Dengan mindset begini, percayalah bahawa anda akan jumpa peluang pekerjaan yang sesuai dengan anda.

2 Lebihkan Diri Sendiri, Bukan Media Sosial

Kebanyakan di kalangan kita menyatakan diri sibuk. Betul ke sibuk? Secara puratanya, pengguna media sosial akan luangkan masa lebih kurang 50 minit untuk Facebook, Instagram dan Whatsapp. Media sosial merupakan medium terbaik jika anda gunakan ia sebaik mungkin dan dengan cara yang betul. Lebih baik lagi jika ada yang gunakan medium ini untuk memajukan lagi kareer anda.

Sebenarnya perkara yang penting disini ialah kesederhanaan. Luangkan lebih banyak masa dengan diri sendiri. Sebenarnya internet merupakan perpustakaan terbaik di seluruh dunia. Sekiranya anda ada benda untuk belajar, terdapat banyak sumber yang anda boleh cari. Apa yang anda perlukan hanyalah masa untuk cari semua itu.

3 Berhenti Bergantung Kepada Seminar Bertemakan ‘Perubahan Dalam Hidup’

Walaupun terdapat banyak info di luar sana, anda perlulah ingat bahawa sebenarnya semua itu tak cukup untuk anda teruskan. Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu ingat semua itu. Praktikkan perkara tersebut dan hidupkan ia. Tak akan ada ‘self-book’ yang akan membantu anda untuk merubah hidup anda serta bukan juga apa apa ceramah atau persidangan.

Tak dinafikan bahawa kebanyakkan pihak yang menabur janji untuk ubah hidup anda, meningkatkan potensi anda secara berlipat ganda. Namun sebenarnya perubahan adalah bergantung pada diri anda sendiri.

4 Gagal Terlebih Dahulu Baru Berjaya

Untuk berjaya, kita perlulah gagal terlebih dahulu bukan? Contohnya seorang pelawak dari luar negara Chris Rock. Dia bukannya terus mendapat kuasa sakti dengan bakatnya itu. Sebenarnya dia telah pun mencuba banyak kali untuk membuat lawak.

Kebanyakan lawaknya gagal dan tak diterima oleh penonton dan dia telah menyuruh untuk penonton tidak merekodnya pada waktu itu. Tetapi ada beberapa lawak yang diterima baik. Penonton bersorak dengan kuat sekali, jadi dia ambil perhatian di situ dan catatkan dalam sebuah buku.

Setiap kejayaan disebalik orang yang berjaya, percayalah mereka pernah gagal dahulu. Samalah dengan mencari kerja. Percayalah yang setiap pakar sebenarnya pernah menjadi hingusan terlebih dahulu. Anda cuma perlu tahu untuk mula dari mana dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

5 Ikhlaskan Hati Walaupun Di Tempat Networking Event

Mark Cuban ada membuat satu ilustrasi kartun dimana ketika beliau hadir pada satu networking event, ia menunjukkan kepada orang ramai bagaimana event tersebut terjadi sebenarnya. Ianya hanyalah palsu dan hanya sekadar terpaksa.

Dia menekankan supaya orang ramai tidak mengikut trend tersebut (fake&forced). Carilah jalan lain untuk tolong orang.

Jangan pentingkan diri sendiri, tambahkan nilai kepada diri sendiri. Apabila peluang pekerjaan tersebut muncul, akan ada pihak lain yang ingin membantu anda. Berapa banyak sahaja perbezaan untuk networking yang boleh mereka capai? Ada survey yang merekodkan lebih kurang 70% ke 85% dari semua pekerjaan terisi disebabkan networking.

Contoh yang tepat yang boleh diambil ialah Benjamin Harris iaitu bagi Nickle & Dime Supplement Club, beliau telah berkenalan dengan pengasas syarikat ini melalui networking.

Sebenarnya anda tak akan tahu dengan setiap jalinan persahabatan akan membawa anda peluang yang lebih baik yang anda tak pernah bayangkan

6 Bersedia Untuk Direject Berkali-kali

Jika anda mencuba mohon pekerjaan namun gagal diterima, jangan putus atas. Sebaliknya buka mata seluas-luasnya dan anggap jika anda tidak ditolak itu bermaksud anda tidak berusaha dengan lebih kuat. Itu sebenarnya salah satu daripada proses. Jadikan ia sebagai satu pembakar semangat untuk anda terus memohon kerja.

Jangan ambil hati. Walaupun anda boleh dilatih dan mencuba untuk perbaiki skills anda, sebenarnya tidak mustahil yang anda boleh mendapat kerja idaman yang anda impikan. Gunakan masa yang ada untuk anda perbaiki diri anda yang dapat dilihat dari kesilapan lepas.

7 Jangan Terlalu memilih

Jangan bersikap terlalu memilih dan cerewet. Kerja pertama dalam industri baru ini bukanlah kerja idaman anda. Anda kena sedar perkara ini, ukur baju di badan sendiri. Jika anda lihat orang yang berjawatan tinggi, sebenarnya tidak semua di kalangan mereka terus berada di atas. Kebanyakannya bermula dari menjadi pekerja biasa.

Semakin banyak kita belajar, semakin tinggi kedudukan yang boleh dicapai. Apa yang penting adalah sabar dan tidak terlalu memilih pada awal-awal pencarian kerja.

Semua ini memakan masa dan memerlukan usaha yang banyak untuk cari kerja tanpa memiliki pengalaman kerja yang diperlukan. Tetapi sekiranya anda cuba praktikkan taktik yang diberikan tadi supaya nampak lebih menonjol dan mencari peluang baru dan membantu anda untuk mulakan kareer baru.

Jika anda tahu bawa diri dimana pun tempat anda berada, sesiapa sahaja akan ambil anda dengan mudah walaupun anda tidak mempunyai pengalaman. Semoga tips untuk anda mendapatkan kerja yang bagus tanpa pengalaman yang banyak ini sedikit sebanyak membantu untuk terus mencari pekerjaan. Selamat maju jaya!

Categories
Kerjaya

Urusan Dalam Perkhidmatan Penjawat Awam Yang Perlu Anda Tahu Selepas Lapor Diri

Anda mendapat tawaran bekerja dalam Jabatan Perkhidmatan Awam? Tahniah! Sememangnya bekerja dalam sektor awam adalah impian ramai orang berikutan dengan pelbagai faedah dan kemudahan yang ditawarkan. Bagi anda yang baru berkhidmat atau baru mendapat tawaran berkhidmat dalam sektor ini, anda wajib tahu beberapa urusan dalam perkhidmatan awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk step-by-step urusan dalam perkhidmatan awam yang Penjawat Awam akan lalui sebelum pemberian taraf berpencen.

URUSAN PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM

Langkah 1  – Lapor Diri

Langkah pertama sebaik sahaja yang perlu calon lantikan yang melepas temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah perlu Lapor Diri bekerja. Panduan untuk pemakaian semasa Lapor Diri akan disertakan dalam surat tawaran Lapor Diri jadi anda tidak perlu risau memikirkan etika pakaian .

Langkah 2 – Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan adalah proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran. Antara dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pengesahan pelantikan adalah:

  • Surat Tawaran
  • Aku Janji
  • Surat Setuju Terima
  • Akuan Berkanun
  • KEW-8
  • Kad Pengenalan
  • Laporan perubatan yang mengesahkan sihat

Langkah 3 – Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)

Bila dah dapat pengesahan pelantikan, anda akan mendapat pengesahan dalam pelantikan. Syarat untuk mendapatkan pengesahan dalam perkhidmatan adalah:

  • Telah disahkan pelantikan
  • Hadir Program Transformasi Minda
  • Lulus peperiksaan ditetapkan
  • Tempoh berkhidmat minimum 1 tahun

Langkah 4 – Pemberian Taraf Berpencen

Dah dapat pengesahan dalam perkhidmatan? Anda akan dapat pemberian taraf berpencen dengan syarat:

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan
  • tempoh berkhidmat minimum 3 tahun
  • Mengemukakan Jadual Keenam – Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam memberi gambaran urusan dalam perkhidmatan penjawat awam bermula daripada lapor diri sehinggalah pemberian penjawat awam.

Categories
Kerjaya

Apakah Maksud Calon Simpanan Lantikan & Berapa Lama Tempoh Untuk Mendapat Lantikan Tetap? Baca Disini

Jika anda perasan setiap iklan jawatan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pasti akan dinyatakan juga jumlah kekosongan untuk “SIMPANAN” dan jumlah “KEKOSONGAN”. Contohnya seperti berikut:

Apa yang dimaksudkan dengan simpanan? Ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan calon simpanan dan macam mana pula calon simpanan ini akan diserap menjadi calon lantikan tetap.

Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu maksud sebenar lantikan simpanan dan tempoh penyerapan ke lantikan tetap.

MAKSUD SIMPANAN LANTIKAN

Untuk calon lantikan simpanan, proses untuk mendapatkannya sama sahaja seperti lantikan tetap. Namun apa yang menentukan calon akan mendapat calon lantikan tetap atau simpanan adalah selepas proses temuduga.

Calon Simpanan ini adalah calon yang telah menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat keputusan ” DITERIMA SEBAGAI CALON LANTIKAN”. Ini bermakna, calon ini tidak gagal temuduga, tetapi masih juga belum berjaya untuk kerja.

Calon simpanan ini umpana telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

TEMPOH SIMPANAN LANTIKAN

Biasanya calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.

Jika dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status tetap atau kontrak SPA. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status tetap dalam masa setahun perkhidmatan.

TEMPOH KE LANTIKAN TETAP

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Namun, ada juga yang tidak dapat diserap ke lantikan tetap. Pemilihan lantikan ini adalah berdasarkan tapisan yang dibuat oleh pihak SPA dan berdasarkan rezeki masing-masing.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Jangan meletakkan harapan 100% untuk diterima masuk ke sektor awam.

Sekiranya anda berjaya mendapat keputusan sebagai calon simpanan, jangan kecewa. Itu adalah satu kejayaan buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Anda juga boleh simpan keputusan calon simpanan itu untuk dibawa ke temuduga sektor awam di lain masa.