Categories
Temuduga

16 Contoh Soalan Temuduga Bagi Jururawat Gred U41 Beserta Panduan Lulus Temuduga

Temuduga Bagi Jururawat Gred U41

Jika nama anda telah naik untuk temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U41, anda boleh buat persiapan dan persediaan mulai sekarang. Apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk lulus temuduga nanti? Tetapi  sebelum itu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa penilaian atau checklist yang digunakan oleh panel penemuduga untuk memberikan markah kepada anda. Antara checklist tersebut ialah : 1. Penilaian Bermula Sejak Anda Mengetuk Masuk Bilik Temuduga Jika anda ingin tahu, penilaian terhadap anda bermulanya anda mengetuk pintu bilik temuduga. Seterusnya meletakkan fail sijil akademik serta dokumen berdekatan pada panel penemuduga. 2. Masa Seperti yang ditetapkan oleh pihak SPA, anda perlu hadir temuduga 30 minit awal daripada masa temuduga yang telah ditetapkan. 3. Cara Anda Tackle Setiap Soalan Temuduga Sekiranya anda telah membuat persediaan atau latihan menjawab soalan temuduga, pastinya itu adalah satu bonus buat anda kerana sudah pasti anda mampu menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh panel penemuduga. Ingin tahu checklist yang sepenuhnya?

Info Ringkas Jawatan Jururawat Gred U41

Sebelum dikongsikan mengenai contoh-contoh soalan temuduga, sedikit info ringkas mengenai jawatan Jururawat Gred U41 iaitu berada dalam kumpulan Pelaksana / Pengurusan dan Profesional dan akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan.

Gaji Yang Ditawarkan

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Jururawat Gred U41 ialah :

  • Gaji Minimum : RM2,429.00
  • Gaji Maksimum : RM9,656.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41

Tugas seorang Jururawat Gred U41 ialah : Tugas mereka secara amnya ialah :

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Manakala tugas khusus seorang Jururawat Gred U41 pula ialah : Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

Contoh Soalan Temuduga Jururawat Gred U41

Antara contoh soalan temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U41 ialah :

  1. Perkenalkan diri anda dan terangkan secara ringkas mengenai pendidikan anda.
  2. Adakah anda sudah mempunyai pengalaman sebagai seorang jururawat sebelum ini?
  3. Adakah kelayakan akademik anda memenuhi kriteria yang diperlukan untuk jawatan ini?
  4. Terangkan deskripsi tugas sebagai seorang Jururawat Gred U41.
  5. Apakah 3 tugas khusus seorang Jururawat Gred U41?
  6. Terangkan secara ringkas misi dan visi serta objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.
  7. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah dan Ketua Setiausahanya?
  8. Apakah isu terkini yang diperkatakan mengenai kesihatan dan penyakit seluruh dunia?
  9. Sekiranya anda dipanggil untuk bertugas pada bila-bila masa, adakah anda bersedia?Mengapa?
  10. Apakah WHO dan tugas mereka?
  11. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengekang daripada penularan wabak penyakit berjangkit dan sebutkan salah satu daripadanya.
  12. Apakah perkembangan terkini mengenai Covid-19?
  13. Apakah itu penyakit Rabies?
  14. MySejahtera, terangkan fungsinya dan kaitannya dengan KKM.
  15. Apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah disiplin jururawat yang berada di bawah kendalian anda?
  16. Adakah anda boleh memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian?
Categories
Temuduga

3 Cara Yang Betul Padankan Kemeja Dengan Tali Leher Untuk Hadir Temuduga

Cara Yang Betul Padankan Kemeja Dengan Tali Leher Untuk Hadir Temuduga

“Rasa macam dah betul dah ni pakai tali leher begini.” Tetapi hakikatnya buat mata penemuduga sakit dan boleh mendatangkan rasa kelucuan pada mereka. Ingat ya calon-calon temuduga semua, anda akan hadir untuk ditemuduga kerja dan sebolehnya anda terus mendapat pekerjaan tersebut. Jadi, jaga penampilan anda dengan sebaiknya.

3 Cara Yang Betul Padankan Kemeja Dengan Tali Leher Untuk Hadir Temuduga

Untuk memadankan tali leher dengan kemeja sangat mudah sahaja jika anda mengamalkan 3 tips yang akan dikongsikan ini seperti :

Tips 1 (Bercorak + Bercorak)

Kemeja berjalur / kotak 

  • Padankan dengan tali leher jenis kosong, polka dot dan warna yang bertona.

Tips 2 (Polos + Bercorak)

Kemeja kosong / plain

  • Padankan dengan tali leher yang berjalur atau berkotak.

Tips 3 (Polos + Polos)

Kemeja berwarna cerah

  • Padankan dengan tali leher yang berwarna gelap.

Elakkan Perkara Ini

  • Elakkan daripada memakai tali leher jenis licin dan lembut kerana ia sukar untuk diikat bagi mereka yang baru belajar memakai tali leher.
  • Elakkan daripada memakai tali leher jenis skinny.
  • Elakkan juga tali leher jenis bercorak bunga besar dan corak kartun.
  • Elakkan tali leher yang berwarna terang.

Untuk calon lelaki, anda boleh rujuk sini untuk dapatkan jenis kasut yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga anda nanti.

Categories
Temuduga

Macam Mana Nak Jawab Jika Ditanya Mengenai Perlembagaan Malaysia Dan Bendera Malaysia Semasa Temuduga SPA?

Apa Nak Jawab Jika Ditanya Mengenai Perlembagaan Malaysia Dan Bendera Malaysia Ketika Temuduga SPA?

Agak-agak apa yang akan anda jawab jika disoal dengan soalan seperti ini ketika sesi temuduga anda nanti? Mesti anda akan mencari maklumat atau nota terutamanya daripada pelajar Tingkatan 6 bagi modul Pengajian Am untuk dapatkan jawapan berkaitan Perlembagaan Malaysia.

Apakah Perlembagaan Malaysia?

  • Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
  • Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
  • Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
  • Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Peruntukan Yang Terkandung Dalam Perlembagaan Malaysia

  • Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
  • Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
  • Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
  • Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Perkara Dalam Perlembagaan Malaysia Yang Tidak Boleh Dipersoalkan

  • Pemerintahan beraja
  • Agama Islam
  • Kedudukan Bahasa Melayu
  • Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

Mengapakah Perkara Tersebut Tidak Boleh Dipersoalkan?

  • Menghormati ketuanan Melayu
  • Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
  • Menjaga keharmonian kaum
  • Menjamin hak asasi penduduk
  • Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
  • Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu

Apakah Maksud Warna Yang Ada Pada Bendera Malaysia?

Categories
Temuduga

Jangan Over Friendly Masa Interview Sehingga Kantoikan 6 Perkara Ini Kepada Penemuduga

Jangan Terlebih Ramah Ketika Temuduga Sehingga Terbongkar 6 Perkara Ini Pada Penemuduga

Anda mungkin terlalu yakin dan terlalu ramah sehingga terlupa bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak perlu di nyatakan ketika menjawab soalan temuduga anda.

Sebelum itu. ketahui beberapa tips yang sesuai untuk anda amalkan sebelum. semasa dan selepas temuduga dengan klik disini sahaja.

Jangan Bongkar 6 Perkara Ini Pada Penemuduga

Berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada penemuduga anda dan jangan bongkarkan 6 perkara ini kepada mereka :

1. Soal Gaji

Walaupun soal gaji sangat penting bagi seseorang pekerja, namun anda jangan sesekali menyebutnya ketika menjawab soalan penemuduga. Ingat, majikan lebih tahu berapakah gaji yang sesuai untuk anda terima dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri mengenai gaji anda.

2. Bercerita Mengenai Masalah Kewangan Anda

Setiap majikan tidak peduli tentang masalah kewangan anda. mungkin benar anda mempunyai masalah kewangan ketika itu, tetapi jangan terlalu jujur sehingga nampak anda seolah-olah mendesak mereka untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda. Akibatnya, majikan melihat anda sebagai seorang pekerja yang hanya bekerja kerana duit dan akan berhenti pada bila-bila masa setelah semua masalah selesai.

3. Mohon Banyak Pekerjaan

Tidak salah sekiranya anda memohon pelbagai jenis pekerjaan. Tetapi elakkan daripada bercerita perkara ini kepada penemuduga. Diingatkan juga supaya tidak menceritakan kepada penemuduga bahawa anda ada memohon atau menunggu pekerjaan lain dalam pada masa yang sama. Mungkin kejujuran anda akan menyebabkan majikan memandang negatif terhadap jawapan anda.

4. Anda Sering Diburu Oleh Majikan Lain

Tahulah bahawa anda mempunyai kemahiran yang tidak ada pada orang lain. Tetapi tidak perlu anda ceritakannya pada penemuduga. ini menyebabkan majikan risau untuk menawarkan anda untuk mengisi kekosongan jawatan kerana anda terlalu ramai ‘peminat’ dan bakal tidak kekal bekerja di syarikat tersebut.

5. Banyak Menolak Tawaran Lain

Sekiranya anda disoal mengenai, “Adakah anda ditawarkan pekerjaan di syarikat lain?’, jawab dengan berhati-hati. Tidak perlu terlalu jujur dengan menyatakan. “Ya, saya menolak banyak tawaran kerja yang lain semata-mata untuk bekerja disini”. Tahukah anda, jawapan ini akan menyebabkan majikan menganggap anda tidak serius dalam sesuatu pekerjaan mungkin anda juga akan menolak tawaran daripada mereka.

6. Membezakan Pekerjaan

Anda tidak perlu membeza-bezakan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain serta syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut kerana setiap syarikat atau pekerjaan itu sendiri mempunyai caranya yang tersendiri. Berhenti untuk membuat perbandingan kerana anda sedang memohon pekerjaan di syarikat tersebut.

Ingin dapatkan pekerjaan sebelum konvo? Amalkan 3 cara mudah ini dan anda terus mendapat pekerjaan sebelum tamat belajar. Selamat mencuba.

Categories
Resume

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)

Temuduga Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya untuk temuduga bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam). Sebelum hadir temuduga, elok kiranya anda membuat persediaan dengan sebaiknya dan dapatkan tips serta contoh soalan temuduga untuk tingkatkan keyakinan di hadapan penemuduga nanti.

Ingin Lulus Temuduga?

Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Info Ringkas Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) akan diletakkan di dalam kumpulan Pelaksana ( Skim Perkhidmatan Bersepadu) dan akan diletakkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,549.00
  • Gaji Maksimum : RM5,701.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyelenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)

Diingatkan kepada para calon bahawa soalan yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman calon terdahulu yang telah melalui temuduga ini. Antara contoh soalan-soalan temuduga ini ialah :

  1. Secara ringkas, sila perkenalkan diri anda.
  2. Apakah kelayakan akademik anda yang terakhir?
  3. Mengapakah anda memohon jawatan ini?
  4. Terangkan tugas sebagai seorang Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam).
  5. Sanggupkah anda sekiranya anda dihantar bekerja jauh dari keluarga?
  6. Bagaimanakah untuk ketahui kebocoran air apabila membuat loji dalam tanah?
  7. Sekiranya anda menjadi ketua dalam sesebuah organisasi, apa yang akan anda terapkan dalam organisasi tersebut?
  8. Apakah isu semasa terkini yang berlaku di Malaysia?
  9. Terangkan serba sedikit senario politik negara.
  10. Apakah misi dan visi Kementerian / Jabatan ini?
  11. Siapakah Perdana Menteri dan Timbalannya?
  12. Apakah itu NBOS? Terangkan kepada saya?
  13. Berapa jarak yang diluluskan untuk membuat bangunan dari jalan utama?
  14. Apakah yang anda faham mengenai “maintenance”?
  15. Ceritakan tentang pengalaman kerja anda dan kaitannya dengan jawatan ini.
  16. Adakah anda mempunyai sebarang soalan?
Categories
Temuduga

5 Perkara Wajib Dijawab Bagi Soalan “Tell Me About Yourself?

Tell Me About Yourself? Fokus Dengan Menjawab 5 Perkara Ini Sahaja Untuk Tarik Majikan Anda

Owh, soalan ini senang untuk dijawab. Jika senang pada anda, mungkin tiada nilainya pada bakal majikan anda. Untuk menjawab soalan ini, tidak semudah yang anda fikirkan. Jadi apa yang perlu dijawab untuk soalan ini?

Sebelum kita teruskan mengenai perkara penting yang perlu dijawab bagi soalan ini, mari lihat dahulu 5 soalan bocor yang sering disoal ketika temuduga.

Perkara Yang Tidak Perlu Disebut Ketika Menjawab Soalan “Tell Me About Yourself?”

Terdapat beberapa perkara yang tidak perlu anda sebutkan ketika menjawab soalan ini kerana ia kelihatan seperti temuduga semasa sekolah. Antaranya ialah :

  • Umur anda
  • Hobi anda
  • Bilangan adik beradik
  • Pekerjaan ibu bapa
  • Serta perkara-perkara yang agak tidak relevan

Perkara diatas adalah perkara yang boleh dikatakan sebagai sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu dinyatakan ketika menjawab soalan “Tell Me About Yourself?” ini.

5 Perkara Wajib Dijawab Bagi Soalan “Tell Me About Yourself?”

Seperti yang dinyatakan seorang penemuduga, mereka tidak lagi ingin mendengar jawapan yang tidak relevan dan lebih memilih supaya calon bercakap dengan ringkas dan tepat dengan kehendak mereka.

5 perkara yang perlu anda sebutkan ialah :

Skop Kerja

Sebutkan skop kerja pekerjaan anda yang terdahulu serta tugasan anda yang telah anda lakukan sebelum ini. Tonjolkan kelebihan anda dalam tugasan tersebut dan pastikan ianya sepadan dengan pekerjaan yang anda pohon.

Cara Selesaikan Masalah

Mungkin anda mengalami beberapa masalah ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh majikan yang terdahulu. Jadi, ceritakan cara anda mengatasi masalah tersebut dengan efektif dan ceritakan kejayaan anda menyelesaikan masalah tersebut.

Pencapaian Anda

Juga ceritakan pencapaian anda selama anda bekerja di tempat kerja anda. Apa sahaja pencapaian anda, ceritakan dalam sisi positif kerana bakal majikan mahukan seorang pekerja yang cemerlang untuk bersama mereka dalam syarikat.

Cabaran Yang Dihadapi

Pastinya setiap pekerjaan mempunyai pelbagai cabaran yang anda hadapi. Ceritakan cabaran tersebut dan bagaimana anda mengatasinya. Jadikan setiap cabaran tersebut sebagai cerita yang positif dan mempunyai nilai di mata bakal majikan anda.

Pengetahuan Yang Ada

Sebutkan kemahiran yang ada pada anda dan sesuai untuk djadikan aset pada syarikat baru anda. Masa inilah masa yang sesuai untuk anda menjual diri anda. Majikan memang mencari bakal pekerja yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut dan anda pula perlu yakinkan mereka bahawa andalah calon yang paling sesuai.

Jadi, mulai hari ini anda boleh menukar cara menjawab soalan “Tell Me About Yourself?” ini dengan lebih kreatif dan unik. Kelainan yang anda tonjolkan boleh menjadikan anda calon yang paling sesuai untuk sesebuah syarikat.

Mahu tips untuk menjawab soalan temuduga dengan mudah? Baca ini untuk membantu anda menjawab soalan-soalan temuduga dengan mudah dan jadikan anda lebih yakin.

Categories
Temuduga

Cara Follow Up Permohonan Kerja Melalui Telefon

Follow Up Permohonan Kerja

Setelah anda membuat permohonan kerja dan anda dapati setelah 2 minggu berlalu, tiada sebarang maklumbalas daripada syarikat tempat anda memohon kerja. Apa yang harus anda lakukan? Buat follow up. Perlu ke anda follow up? Ya, sangat perlu sekiranya anda ingin dapatkan pekerjaan tersebut.

Jika anda ingin mendapatkan tips untuk buat follow up permohonan kerja, ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara follow up permohonan kerja anda.

Ingat, anda tidaklah terdesak dan mendesak majikan ya. Gunakan tips ini untuk follow up ya.

Tips Follow Up Permohonan Kerja

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk membuat follow up ialah :

1. Memahami Tugas Pengambilan Pekerja

Anda hanya membuat follow up untuk mengetahui apakah keputusan permohonan anda. Jadi sudah pasti anda memahami tugas bahagian pengambilan pekerja bahawa mereka perlu membuat tugasan pengambilan pekerja mengikut langkah satu persatu.

2. Tujuan 

Pastinya anda tahu tujuan anda membuat panggilan atau pertanyaan kepada bahagian pengambilan pekerja. Anda tidak perlu membazirkan masa mereka dan yakin dengan apa yang akan anda perkatakan kepada mereka. Ikuti langkah-langkah ini ketika anda menelefon mereka :

  • Beri salam / greeting
  • Kenalkan diri
  • Nyatakan jawatan yang dipohon
  • Jelaskan mengapa anda membuat panggilan telefon iaitu membuat follow up untuk ketahui status permohonan.

3. Berdiri

Mengapa mesti berdiri walaupun bercakap dalam telefon? Anda lebih yakin ketika bercakap dan tidak akan merasa gugup malah lebih yakin. Jika anda hendak bercakap sambil duduk, boleh sahaja. Pastikan postur tubuh badan anda dalam keadaan yang betul. Bayangkan seolah-olah anda bercakap secara berhadapan dengan bahagian pengambilan pekerja.

4. Senyum Sambil Bercakap

Mengapa anda perlu senyum sambil bercakap walaupun mereka tidak nampak? Ini kerana mereka pastinya dapat mengenal nada suara ketika anda bercakap. Suara yang santai, ceria dan lemah lembut pastinya akan menarik perhatian ambilan pekerja. Kita juga tidak tahu apakah situasi yang berlaku di sana. Sekurangnya, mereka tidak tertekan dan tenang ketika mendengar percakapan anda.

5. Pastikan Suasana Tenang

Sekiranya kawasan sekeliling bising, jangan telefon dahulu. Tunggu keadaan tenang dan agak sunyi barulah anda telefon syarikat tersebut untuk membuat follow up. Risau juga nanti anda terjerit-jerit ketika bercakap dengan mereka.

6. Ringkaskan Perbualan

Fahami bahawa mereka juga mempunyai tugasan yang lain untuk diselesaikan dan bukan melayan anda sahaja untuk membuat follow up. Jadi ringkaskan dengan terus kepada point yang anda ingin tahu dan fokus kepada perkara tersebut sahaja.

7. Ucap Terima Kasih

Apa sahaja keputusan yang dinyatakan kepada anda, ucapkan terima kasih. Tidak perlu bersedih dan kecewa sehingga menghempaskan telefon anda. Ucap terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk melayan anda. Jika anda mendapat temuduga atau pekerjaan disyarikat tersebut, tahniah. Tetapi jangan lupa ucapkan terima kasih ya.

8. Follow Up Semula

Follow up semula sekiranya anda diminta berbuat demikian. Kadangkala sesuatu pekerjaan mengambil masa untuk dibuat keputusan. Jangan mudah membuat andaian negatif, hubungi semula untuk ketahui status permohonan anda.

Categories
Temuduga

9 Cara Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Dapat Jawatan Yang Dipohon

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi Untuk Mendapatkan Jawatan Yang Dipohon

Tahukah anda bahawa terdapat 9 teknik psikologi yang membantu anda untuk mendapatkan jawatan yang anda pohon ketika sesi temuduga?

Baca perkongsian ini sehingga habis untuk mendapatkan cara yang betul bagaimana menggunakan 9 teknik psikologi tersebut ketika temuduga anda.

9 Tips Menggunakan Teknik Psikologi

9 tips tersebut adalah :

1. Gunakan “power-priming tactics”

Anda boleh gunakan teknik ini sekiranya anda ditemuduga secara berkumpulan. Anda perlu menarik perhatian penemuduga dengan menjadi seorang calon yang aktif memberikan jawapan dan pendapat. Jawab dengan penuh bertenaga setiap kali anda mendapat soalan daripada penemuduga.

Walaubagaimanapun anda perlu menjawab setiap soalan berkaitan dengan pekerjaan, pengalaman dan peribadi anda.

Namun, anda boleh sahaja menggunakan teknik ini ketika anda menghadapi temuduga secara berseorangan.

2. Senyum

Anda perlu senyum ketika temuduga dijalankan. Tapi jangan pula senyum dengan keterlaluan. Ramah dan sopan tetapi serius ketika menjawab soalan. Fokus untuk menjawab soalan yang diajukan.

3. Tahu nama penemuduga beserta panggilan

Anda bukan sahaja mengingati penemuduga, tetapi ia memberikan satu pandangan positif kepada penemuduga. Ia menunjukkan anda membuat kajian tentang syarikat, penemuduga dan juga kedudukan seseorang yang penting dalam syarikat.

4. Kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran melayan dan mendengar yang perlu anda lakukan adalah dengan mengulangi semula pernyataan atau pertanyaan daripada penemuduga. Ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang pendengar yang aktif dengan memberikan respon terhadap pertanyaan mereka.

Contoh ;

Penemuduga : “Jawatan ini memerlukan seorang penulis yang boleh membuat liputan mengenai kisah politik negara, gosip artis tanah air dan seterusnya dapat melakukan kedua-dua tugasan sekaligus tanpa sebarang paksaan. Bagaimana? Bolehkah anda?”

Calon : “Sekiranya Tuan Rosli mencari penulis serba boleh yang bersemangat dan berminat untuk melakukan kedua-dua tugasan, kriteria tersebut ada pada saya. Seperti mana portfolio saya yang telah Tuan Rosli lihat, saya telah melakukan semua tugasan bermula daripada seorang penulis biasa hingga menjalankan tugasan sebagai seorang wartawan siasatan jenayah. Jadi saya percaya bahawa saya sangat sesuai dengan tugasan ini.”

5. Pastikan tangan tidak basah dan berpeluh

Tangan sejuk dan berpeluh adalah tanda anda dalam kegelisahan. Sebelum anda berjabat tangan dengan penemuduga, pastikan tangan anda kering dan tidak berpeluh. Lap tangan anda sehingga kering.

6. Menjadi cerminan positif

Ia bermaksud anda meniru bahasa badan sesorang iaitu penemuduga anda. Contohnya, jika mereka senyum, anda juga turut senyum bersama mereka. Sekiranya mereka menggunakan isyarat tangan, anda juga menggunakan isyarat tangan ketika menjawab soalan. Ia menghasilkan satu tindakan yang positif sekiranya anda menggunakan teknik ini ketika temuduga.

7. Gunakan bahasa badan

Pentingnya komunikasi nonverbal ketika temuduga anda. Apakah bahasa badan yang sesuai digunakan?

  • Tunjukkan tenaga dan semangat yang tinggi
  • Tunjukkan ekspresi positif di wajah anda
  • Kekalkan eye contact dengan penemuduga
  • Angguk tanda faham
  • Gunakan isyarat tangan yang sesuai ketika bercakap
  • Pelbagaikan nada suara anda mengikut kesesuaian

8. Gunakan “Construal Level Theory”

Menurut Construal Level Theory, semakin jauh anda dari objek atau orang, semakin abstrak pemikiran anda. Semakin dekat anda dengan sesuatu objek atau orang, semakin konkrit pemikiran anda.

Jadi sekiranya calon duduk dekat dengan penemuduga, mereka lebih mudah menceritakan tentang diri dengan lebih yakin dan dihuraikan dengan lebih kreatif berbanding calon yang kedudukannya sedikit jauh daripada penemuduga.

9. Jangan memotong percakapan penemuduga

Sekiranya penemuduga anda sedang bercakap atau bertanyakan soalan, dengarkan sehingga penemuduga habiskan percakapannya. Sekiranya anda memotong percakapannya, ia menunjukkan satu pandangan yang negatif terhadap anda. Anda akan kelihatan tidak sopan kerana memotong percakapan orang lain.

Apa salahnya praktikkan 9 teknik psikologi ini ketika anda melalui proses temuduga. Tampilkan yang terbaik dalam diri sendiri untuk menjadi seorang calon yang memang dicari oleh majikan.

Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Tips Untuk Lulus Temuduga PTD Dengan Cemerlang

Tips Untuk Lulus Temuduga PTD Dengan Cemerlang. Simpan Untuk Rujukan Anda

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan salah satu langkah akhir untuk anda mendapatkan pekerjaan sebagai seorang PTD. Ini kerana terdapat pelbagai peringkat yang calon perlu lalui sebelum nama dipanggil untuk temuduga iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

Untuk pengetahuan anda, hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja yang akan dipanggil untuk PAC, kemudian lulus ketika PAC pula akan dipanggil temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

JIka anda ingin lulus dengan cemerlang ketika temuduga nanti, sila ikuti tips yang dikongsikan ini dan simpan untuk rujukan anda pada masa akan datang.

Contoh Soalan Dan Cara Menjawab

Apakah soalan yang bakal ditanya ketika temuduga serta contoh jawapan yang sesuai untuk dijawab?

1. Sila Perkenalkan Diri Anda

Untuk soalan ini, anda tidak perlu perkenalkan ahli keluarga anda dengan begitu terperinci. Panel penemuduga hanya ingin mengetahui tentang :

  • Latar belakang pendidikan
  • Pengalaman
  • Pencapaian

Fokus pada 3 perkara di atas ketika panel penemuduga bertanyakan soalan ini dan cipta jawapan yang mempunyai WOW FACTOR dan bina persepsi positif panel penemuduga kepada calon.

2. Nyatakan Deskripsi Tugas Untuk Jawatan Ini

Pastikan anda tahu keseluruhan tugasan untuk jawatan sebagai seorang PTD. Nayatakan :

  • Skim jawatan
  • Gaji yang ditawarkan
  • Elaun yang diberikan
  • Penempatan jawatan
  • Serta tugas PTD secara spesifik

Untuk ketahui deskripsi tugas dengan lengkap, anda perlu membuat sedikit penyelidikan mengenai jawatan sebagai PTD sebelum anda hadir temuduga.

3. Kenapa Anda Memohon Jawatan Ini?

Anda boleh nyatakan bahawa anda ingin memohon jawatan tersebut kerana jawatan tersebut adalah tetap, bekerja dengan kerajaan dan mempunyai pencen. Kemudian tambahkan dengan pengalaman anda dan skill yang ada dan sesuaikan dengan jawatan sebagai seorang PTD. Tunjukkan pada panel bahawa anda layak dan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

4. Bagaimana Anda Wujudkan Integriti Yang Tinggi Di Kalangan Penjawat Awam?

Untuk menjawab soalan ini, gunakan kreativiti anda dan berikan idea, pandangan, cadangan yang bersifat menyeluruh dan berfikir di luar kotak.

Ingin dapatkan tips lulus dengan cemerlang temuduga kenaikan pangkat anda? Klik sahaja disini dan buat persediaan mulai sekarang.

Categories
Temuduga

Tips Elakkan Kaki Sakit Ketika Temuduga Untuk Panduan Anda

Cara Elakkan Kaki Sakit Ketika Hadir Temuduga. Ini Tips Untuk Anda

Nak pergi interview, tetapi kaki sakit jika memakai kasut terutamanya kasut yang bertutup. Tidak sopan pula sekiranya memakai sandal. Sudah tentu markah untuk penampilan akan dipotong. Jadi, apa yang berlaku anda perlu memakai kasut bertutup kerana perkara ini tidak dapat dielakkan terutamanya ketika hadir temuduga.

Bagaimanakah untuk mengelakkan kaki daripada sakit atau melecet ketika memakai kasut?

Tips Elakkan Kaki Sakit Atau Melecet Ketika Berkasut

Untuk mengelakkan kaki anda berterusan sakit atau melecet ketika memakai kasut, ini tips yang boleh anda ikuti :

Memakai Stokin Yang Tebal

Cuba pakai stokin yang agak tebal supaya kaki anda tidak rasa sakit atau melecet. Sekurangnya ada sedikit ruangan pada kasut. Manakala kasut anda juga mempunyai ruangan yang sedikit terbuka dan kaki anda dapat bernafas seperti biasa.

Gunakan Spray Lembutkan Kasut

Dapatkan spray khas yang boleh disembur ke kasut anda dan boleh melembutkan bahagian kasut. Kasut yang baru memang agak keras dan spray yang digunakan dapat melembutkan kasut anda sebelum dipakai.

Masukkan Ke Dalam Beg Air

Ini adalah cara yang paling mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan isikan kasut anda dengan beg air yang tertutup rapat. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga beg air beku sepenuhnya. Biarkan seketika dan keluarkan beg tersebut.

Pakai Kasut Sekerap Mungkin

Untuk melembutkan kasut anda, pakai kasut anda sekerap mungkin di dalam rumah. Apabila anda memakai kasut dengan kerap, kasut anda akan menjadi lebih lembut berbanding semasa awal anda membelinya. Jadi, semasa awal pembelian, cuba pakai kasut anda sekerap mungkin di rumah sebelum hadir temuduga.