Categories
Temuduga

Tips Bagaimana Cara Jawab Soalan Berkaitan Pandangan Politik Semasa Di Malaysia Ketika Temuduga

Soalan Temuduga Berkaitan Pandangan Politik Semasa Di Malaysia. Ini Tips Untuk Anda

Terdapat pelbagai soalan yang sering disoal oleh penemuduga ketika proses temuduga dijalankan.

Untuk soalan berkaitan ini juga, ia adalah berkaitan dengan pengetahuan anda terutamanya dalam bidang politik atau keadaan politik yang sedang berlaku dalam negara.

Persediaan Menghadapi Soalan Berkaitan Politik Negara

Untuk mendapatkan jawapan berkaitan soalan politik negara, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Sentiasa mengambil tahu dan membaca surat khabar mengenai isu politik terkini yang sedang berlaku.
  • Buat pencarian di internet kerana isu politik terkini negara sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.
  • Pastikan info yang diperolehi adalah betul dan lengkap serta jawab dengan memberikan jawapan yang betul kepada penemuduga anda.

Cara Untuk Menjawab Soalan Berkaitan Politik Negara

Sekiranya anda mendapat soalan ini ketika temuduga anda, tarik nafas dan sila berfikir secara rasional. Ini kerana soalan ini adalah salah satu soalan yang agak sensitif dan juga agak tricky dimana penemuduga akan menilai cara anda menjawab, tahap kecergasan anda serta apakah arah politik anda.

Untuk menjawab soalan berkaitan politik ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Jawab dengan jujur dan yakin serta ringkaskan jawapan anda dengan jawapan yang padat dengan info.
  • Ketika menjawab soalan, anda perlu menjadi seorang yang neutral dan tidak terlalu taksub dengan pegangan politik anda.
  • Hindarkan daripada mengutuk parti bukan kerajaan walaupun anda tidak menyukai parti atau pembangkang tersebut.
  • Hati-hati ketika memberikan jawapan walaupun anda sangat menyokong kerajaan yang terkini. Ini kerana tidak semua panel penemuduga sependapat dengan anda.
  • Sentiasa bersederhana dalam memberikan pandangan dan jawapan ketika menjawab soalan ini.
  • Pastikan jawapan anda tidak terlampau ke arah sesebuah pihak sahaja dan berikan pandangan secara umum dan menyeluruh.

Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Politik Negara

Contoh-contoh soalan berkaitan politik yang sering ditanya ketika temuduga ialah :

  1. Antara Perdana Menteri sekarang dan terdahulu, siapakah yang paling anda minati? Mengapa?
  2. Apakah parti politik yang ada sokong? Nyatakan mengapa.
  3. Saya suka pimpinan Dato Seri Najib berbanding Perdana Menteri sekarang. Apa pula pendapat anda?
  4. Adakah keadaan politik sekarang dalam keadaan yang stabil?
  5. Apakah kekurangan kerajaan yang sekarang?

Contoh Jawapan Soalan Berkaitan Politik Negara

Buntu untuk menjawab soalan berkaitan politik negara? Lihat contoh ini dan ubahsuai mengikut soalan yang disoalkan kepada anda.

  • Pada pendapat saya, keadaan politik sekarang berada dalam keadaan yang baik dan saya sentiasa mendukung apa sahaja yang dinyatakan oleh pihak kerajaan untuk kebaikan bersama.
  • Bagi saya, apa yang telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pada masa kini adalah sangat baik dan buat masa sekarang tiada penambahbaikan yang perlu dilakukan.
  • Setiap pemimpin mempunyai kelebihan masing-masing. Pastinya mereka memikirkan hal ehwal rakyat dan lakukan yang terbaik untuk negara secara amnya.

Terdapat beberapa lagi soalan-soalan yang agak mencabar yang sering ditanya ketika temuduga. Ingin dapatkan soalan tersebut beserta contoh jawapan? Klik sini, baca dan sesuaikan dengan contoh jawapan yang diberikan.

Categories
Temuduga

Cara Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Anda?”

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Terkedu juga apabila disoal dengan soalan “Perkara apakah yang memotivasikan kamu?”. Ini kerana kebanyakan calon lebih bersedia dengan soalan-soalan asas yang sering disoal dimana-mana sahaja temuduga dijalankan. Jadi, pentingnya disini anda membuat persediaan dengan soalan-soalan lain yang mungkin akan ditanya ketika temuduga nanti.

Mari kita lihat dahulu bagaimanakah caranya untuk menjawab soalan mengenai motivasi sekiranya disoal oleh panel penemuduga.

Cara Menjawab Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Untuk menjawab soalan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Membaca Deskripsi Tugas

Mengapa anda perlu membaca deskripsi tugas jawatan yang dipohon terlebih dahulu? Ini kerana terdapat pernyataan dimana bakal majikan mungkin memerlukan seorang pekerja yang berdikari dan bermotivasi tinggi. Jadi, anda boleh jadikan senarai tugasan dan pernyataan yang diiklankan sebagai jawapan untuk menjawab soalan ini.

Contohnya :

” Apa yang saya lihat, syarikat ini ingin menjadi pengeluar barangan elektrik yang paling maju di Malaysia. Jadi, sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang inovasi, saya ingin berkongsi idea yang sentiasa segar dengan syarikat ini untuk menjadikan misi dan visi tercapai dalam masa yang akan datang. ”

Fikirkan Idola Anda

Anda juga boleh dapatkan maklumat mengenai idola anda yang berjaya dalam karier masing-masing untuk memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tidak semestinya anda menyatakan tentang idola yang bekerja di syarikat itu sahaja. Malahan anda boleh sahaja ceritakan mengenai usahawan yang baru meningkat naik atau yang tidak dikenali oleh bakal majikan anda untuk dijadikan motivasi anda untuk berjaya dalam karier yang diceburi.

Jawapan Yang Perlu Dielakkan

Ingat, terdapat beberapa jawapan yang perlu anda elakkan ketika menjawab soalan ini seperti :

  • Saya sebenarnya inginkan sebuah rumah yang besar, duit yang banyak untuk masa hadapan saya. Jadi, itulah motivasi saya yang sebenarnya.
  • Saya sebenarnya bermotivasi tinggi dalam pekerjaan sebab saya ingin membayar hutang. Jadi, saya tidak mahu kehilangan pekerjaan ini.
  • Saya mempunyai motivasi yang tinggi kerana ingin mendapatkan idea untuk membuka perniagaan saya sendiri selepas ini.

Ingat, berikan jawapan yang sepadan dengan jawatan yang dipohon kerana bakal majikan biasanya memerlukan anda untuk sama-sama bekerja dengan pekerja yang lain untuk memberi tambah nilai yang berbaloi dengan syarikat mereka.

Contoh Jawapan Soalan Temuduga “Perkara Apakah Yang Memotivasikan Kamu?”

Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan anda.

  • Saya memang suka bekerja dalam satu pasukan kerana saya suka menyumbang idea dan berkongsi pandangan dengan rakan sekerja yang lain. Ini kerana rakan sekerja juga mempunyai semangat serta motivasi yang tinggi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama.
  • Peluang yang diberikan serta kepercayaan yang tinggi oleh majikan serta rakan sekerja menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk menyiapkan tugasan dengan jauh lebih baik daripada sebelum ini. Malahan, saya lebih berpuas hati dan berharap ia juga menjadi contoh untuk pekerja yang lain.
  • Apa yang menjadikan diri saya bermotivasi dalam melakukan tugasan ialah apabila membaca kejayaan idola-idola saya dalam bidang ini yang sentiasa berusaha dan mencapai kejayaan satu demi satu. Mereka menjadikan saya sangat kuat dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan seperti mana mereka lakukan.

Nak tahu lagi contoh-cotoh soalan yang mencabar untuk dijawab ketika temuduga anda? Dapatkan disini serta hafal jawapan yang dikongsikan ini.

Categories
Temuduga

Ada 4 Soalan Yang Anda Tak Perlu Jawab Ketika Temuduga

Anda sering mendapat tips daripada pelbagai media ataupun orang lain yang mengatakan bahawa untuk berjaya dalam temuduga, anda perlu menjawab kesemua soalan yang ditanya oleh penemuduga dengan lengkap dan baik.

Namun, tahukah anda, terdapat beberapa soalan yang anda tidak perlu memberikan jawapan jika penemuduga mengajukan soalan-soalan tersebut kepada anda? Soalan-soalan ini termasuklah soalan yang melibatkan privasi anda, status anda, agama yang anda anuti dan sebagainya.

Anda sebenarnya tidak boleh terus berdiam diri dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh penemuduga itu. Pastikan anda menolak untuk menjawab soalan tersebut dengan baik. Anda perlulah berhemah dan menghormati penemuduga walaupun soalannya menyinggung perasaan anda.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 4 soalan yang tidak perlu anda jawab semasa temuduga kerana soalan-soalan ini sememangnya tiada kaitan dengan bidang kerja yang anda pohon. Penemuduga sebenarnya sudah melampaui batas jika bertanya soalan seperti ini.

Berikut merupakan 4 soalan yang tidak perlu anda jawab semasa temuduga. Jadi, pastikan anda menolak untuk menjawab soalan-solaan ini dengan baik.

ADAKAH ANDA SUDAH BERKAHWIN/ ADAKAH ANDA SUDAH MEMPUNYAI ANAK?

Soalan seperti ini berbentuk peribadi dan sangat tidak sesuai untuk ditanyakan oleh seorang penemuduga. Soalan ini juga sudah jelas tidak ada kaitan dengan kerjaya yang anda pohon. Jelas sekali, anda tidak perlu menjawab soalan ini.

Cara untuk anda menolak bagi menjawab soalan ini mudah sahaja. Katakan sahaja kepada penemuduga begini.

“Maafkan saya. Saya memohon untuk tidak menjawab soalan tersebut.”

Penemuduga akan faham dan tidak akan mengulangi soalannnya lagi. Beliau juga tidak akan memaksa anda untuk menjawab soalan itu.

APAKAH KAUM SERTA KEPERCAYAAN ANDA?

Soalan ini pula berbentuk keagamaan dan melibatkan kaum. Bagi seorang penemuduga, bertanya soalan tentang kepercayaan dan kaum adalah tidak masuk akal sama sekali.

Anda bebas mengamalkan agama dan kepercayaan di negara ini kerana itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Majikan juga tidak sepatutnya bersikap rasis dalam memilih pekerja.

Satu lagi, jika dalam kepercayaan atau agama anda memerlukan hari ataupun masa untuk anda keluar sebentar daripada kerja sebagai contoh Solat Jumaat bagi orang Islam, anda boleh menyatakan perkara itu. Namun, anda perlulah memastikan bahawa anda boleh memberi yang terbaik untuk syarikat itu.

BERAPAKAH UMUR ANDA?

Walaupun soalan ini dilihat tidak sensitif dan tidak ada masalah untuk ditanyakan tetapi anda sebenarnya berhak untuk menolak daripada menjawab soalan ini. Maklumat ini sudah pun tercatat dalam resume anda.

Namun, penemuduga berhak bertanya soalan ini sekiranya pekerjaan yang anda pohon itu melibatkan permohonan visa ataupun untuk memastikan anda tidak melepasi umur maksimum bagi kerja yang dipohon itu.

ADAKAH ANDA MEROKOK?

Merokok sememangnya tidak dibenarkan di sesetengah tempat kerja. Namun, penemuduga tidak berhak sebenarnya untuk bertanya sama ada anda merokok atau tidak.

Anda boleh merokok di kawasan-kawasan yang dibenarkan tetapi jangan sesekali merokok di tempat kerja jika majikan tidak membenarkan anda berbuat demikian. Jika penemuduga bertanya soalan ini, anda hanya perlu menjawab begini. “Yang pastinya jika saya merokok sekalipun saya tidak akan merokok di tempat kerja.”

Tugas penemuduga sememangnya adalah menyoal anda namun anda perlu ingat bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bertanya semua soalan kepada anda. Terdapat soalan yang mereka tidak berha untuk tanyakan kepada anda dan anda boleh memohon untuk tidak menjawab soalan tersebut.

Categories
Resume

7 Jenis Hobi & Minat Yang Perlu Dimasukkan Dalam Resume. Ini Panduan Dan Contoh Untuk Rujukan Anda

Dalam menghasilkan resume ada tips menyatakan yang anda tidak perlu meletakkan hobi atau minat dalam resume kerana ianya akan membazir ruang. Ada yang menyarankan agar calon menggunakan ruangan hobi dan minat untuk mengisi maklumat lain berkaitan yang mempunyai lebih kepentingan.

Persoalannya sekarang ialah benarkah maklumat berkaitan hobi dan minat ini membazirkan ruang resume? Tak perlu masukkan terus hobi dan minat? Apa yang perlu dilakukan sekiranya nak masukkan juga maklumat hobi dan minat?

BERGANTUNG KEPADA SITUASI DAN KEADAAN

Sebenarnya anda boleh sahaja memasukkan bahagian hobi serta minat ke dalam resume bergantung kepada situasi dan keadaan. Ada sesetengah hobi dan minat tertentu akan menjadi “added advantage” kepada calon. Ya, hobi dan minat anda sekiranya berbeza dan ramai mempunyai pencapaian seperti anda merupakan satu kelebihan kepada anda berbanding calon lain.

Ok sekiranya anda memutuskan untuk memasukkan hobi dan minat, pasti anda keliru yang mana perlu dimasukkan ke dalam resume dan apa jenis hobi dan minat yang sesuai dimasukkan.

Untuk menyelesaikan kekeliruan anda, perkongsian ini akan membincangkan panduan untuk memasukkan hobi dan minat dalam resume dan contoh jenis hobi dan minat apa yang sesuai dimasukkan.

PERBEZAAN ANTARA HOBI DAN MINAT

Kita seringkali menggunakan istilah hobi dan minat untuk maksud yang sama. Namun ia sebenarnya merupakan dua istilah yang berbeza.

Maksud Minat

Minat adalah istilah yang lebih kabur. Contohnya anda berminat dengan permainan bola keranjang dan anda suka menonton permainan di televisyen, mengikuti perkembangan sukan tersebut dan bersorak tetapi anda tidak bermainnya. Hanya menyukai sukan itu merupakan minat, bukan hobi.

Maksud Hobi

Bagi istilah hobi pula apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti bola keranjang tersebut dan jadikannya aktiviti harian atau aktiviti kegemaran.

Walaupun minat dan hobi merupakan 2 perkara yang berbeza, ini tidak bermaksud anda perlu pecahkan kepada 2 bahagian dalam resume.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan memasukkan keduanya di bawah bahagian yang sama.

BILA PERLU MASUKKAN HOBI & MINAT DALAM RESUME?

Jika sebelum ini kita sering difahamkan bahawa masukkan hobi dan minat dalam resume adalah tidak penting. Namun hari ini banyak syarikat yang mencari pekerja sesuai dengan budaya syarikat, dan mempunyai idea yang baik.

Jika anda berhasrat untuk memasukkan hobi dan minat dalam resume pastikan hobi dan minat tersebut menjadikan anda calon pekerja yang menarik.

Berikut adalah situasi yang sesuai di mana anda perlu menyenaraikan hobi dan minat dalam resume:

  • Apabila jawatan kerja sesuai dengan hobi dan minat anda
  • Apabila anda mempunyai pendidikan atau pengalaman kerja yang terhad dalam resume
  • Semasa majikan mencari calon yang unik
  • Apabila majikan meminta senarai hobi dan minat dalam resume

SENARAI HOBI DAN MINAT YANG BAIK DAN BOLEH DIMASUKKAN DALAM RESUME

Berikut adalah senarai hobi dan minat  yang baik dan boleh anda masukkan dalam resume:

1) Hobi Kreatif

Contohnya seperti hobi melukis. Minat ini menunjukkan bahawa anda mempunyai fikiran yang kreatif dan dapat melihat masalah dari perspektif inovatif.

2) Sukan Berpasukan

Contohnya seperti bola keranjang, bola keranjang, bola tampar dan bola sepak. Sukan ini menunjukkan bahawa anda dapat bekerja dengan baik dengan orang lain, mempunyai sifat kepemimpinan dan mempunyai kemampuan untuk bekerjasama.

3) Sukan Daya Tahan

Sukan ketahanan merangkumi lari maraton dan berenang. Sukan ini melambangkan semangat dan ketabahan anda.

4) Sukan Individu

Yoga dan memanah adalah contoh sukan individu yang boleh anda sertakan dalam resume anda. Minat ini menunjukkan anda seorang yang tenang, terkawal dan fokus.

5) Hobi Yang Perlu Berfikir

Contohnya termasuk catur, trivia dan bermain alat muzik. Hobi ini menunjukkan bahawa anda seorang yang suka berfikir secara strategik dan menunjukkan kemahiran analitik dan kreatif.

6) Penglibatan Komuniti

Contoh penglibatan komuniti boleh merangkumi sukarela di luar kawasan atau tempat perlindungan haiwan. Minat ini menunjukkan bahawa anda selesa bekerja dengan orang lain dan anda berminat untuk melayani komuniti anda.

7) Hobi Sosial

Contoh hobi sosial boleh merangkumi kelab buku dan kelab taman. Minat ini menunjukkan bahawa anda berpengalaman berkolaborasi dengan orang lain dan mengambil bahagian dalam projek kumpulan.

Walaupun anda mungkin mempunyai pelbagai minat yang dapat anda sertakan dalam resume,  anda hanya perlu masukkan minat yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda minta. Cuba hadkan pilihan anda kepada maksimum empat atau lima hobi dan minat.

CARA MEMILIH HOBI YANG BAIK UNTUK RESUME

Dalam menyenaraikan hobi dan minat dalam resume, perkara pertama yang perlu anda lihat adalah syarikat.

Buat Research Tentang Syarikat

Mulakan dengan mengumpulkan maklumat mengenai syarikat beserta budaya kerjanya. Lihat perihal pekerjaan dan lihat apa ciri syarikat yang kita ingini. Seterusnya, pergi ke laman web syarikat dan lihat profil pekerja untuk melihat sama ada mereka menyenaraikan hobi mereka atau tidak. Anda juga boleh menyemak LinkedIn dan akaun media sosial lain untuk mendapatkan maklumat ini.

Sesuaikan Minat Anda

Jika anda lihat keterangan jawatan yang anda minta menginginkan calon yang boleh bekerja dalam pasukan, sesuaikan dengan hobi anda. Contohnya anda boleh sertakan hobi dan minat anda terhadap bola keranjang. Hobi ini menunjukkan anda seorang yang boleh bekerja dalam pasukan.

Senaraikan Pelbagai Hobi

Dalam memasukkan hobi dan minat dalam resume, cuba pelbagaikan hobi dan minat anda. Dengan memberikan hobi yang berbeza pada resume anda, anda menunjukkan bahawa anda boleh berhubungan dengan orang yang berbeza dan cukup fleksibel untuk menangani pelbagai situasi.

CARA SENARAIKAN HOBI DAN MINAT DALAM RESUME

Walaupun hobi dan minat boleh menjadi ‘penambah perasa’ resume anda dan menonjolkan kemahiran penting, pastikan anda menonjolkan pendidikan dan pengalaman kerja anda terlebih dahulu.

Berikut adalah butiran penting lain yang perlu diingat tentang cara menyenaraikan hobi dan minat pada resume:

  • Masukkan hobi dan minat di bahagian akhir resume
  • Berikan pernyataan ringkas sahaja tentang bobi dan minat anda.
  • Rangka minat secara kreatif. Fokuskan keterangan anda pada kemahiran profesional yang anda gunakan semasa mempraktikkan hobi anda atau yang anda perolehi semasa mengikuti minat anda.

3 SYARAT PENTING UNTUK MASUKKAN HOBI DAN MINAT

Dalam masukkan hobi dan minat dalam resume, ada 3 syarat penting yang perlu anda ingat:

  1.  Anda perlu jujur dalam resume anda termasuk dalam menyatakan hobi dan minat
  2. Selain bersikap jujur, anda juga harus bersikap spesifik. Spesitfikkan deskripsi minat anda sehingga menampakkan ia memberi manfaat.
  3. Menjadikan resume anda satu resume yang akan diingat oleh majikan. Contohnya anda minat dalam ‘base jumping’ menunjukkan sisi berisiko yang mungkin mengujakan majikan.

KELEBIHAN MASUKKAN HOBI DAN MINAT DALAM RESUME

Apabila anda masukkan hobi dan minat dalam resume, kelebihan yang anda dapat adalah:

  • Sekiranya anda membuat kajian dan mendapati bahawa anda dan pengurus pengambilan pekerja mempunyai hobi atau minat yang serupa, ini dapat membantu anda menjalin hubungan yang baik dengan pengurus pengambilan pekerja. Ini juga akan memberi anda sesuatu topik lain yang boleh dibincangkan semasa temuduga.
  • Dalam menjalin hubungan yang baik dengan pengurus kerana mempunyai minat yang sama, ini sebenarnya boleh membuatkan anda dan resume lebih menonjol daripada calon lain.
  • Berupaya ‘rebrand’ diri anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kelulusan dalam bidang sains komputer tetapi anda berminat untuk beralih ke kerjaya pemasaran, anda boleh memasukkan kemahiran yang berkaitan dengan fotografi, reka bentuk, perjalanan dan penglibatan masyarakat untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai kemahiran kreatif yang diperlukan.

CONTOH RESUME BESERTA HOBI DAN MINAT

Berikut adalah satu contoh resume yang dilengkapi dengan hobi dan minat:

John Smith
New York City, New York
(123) 456-7891
[email protected]

Summary

Talented and motivated sales associate with six years of experience. Achieved 40% increase in sales during the past year. Interested in using my skills as a Senior Sales Associate at ABC Clothing Company.

Professional History

Sales Associate, Ace Clothing Retailer

July 2015 – Present

  • Exceeded sales goals by at least 10% every year.
  • Voted Sales Person of the Year in 2016.
  • Maintained customer satisfaction rating above 75%.

Education

Buffalo State College
Bachelor of Science in Fashion and Textile Technology
August 2011 – May 2015

Sales Skills

  • Expert-level Microsoft Office
  • Expert inventory tracking skills
  • Strong communicator
  • Team player

Hobbies and Interests

  • Trumpet: Played the trumpet for 10 years, taught lessons in an after-school program and was part of a small band for five years.
  • International travel: Traveled to six international countries in order to experience new cultures and traditions.
  • Painting: Took continuing education classes in painting and visual design to learn a new hobby.
  • Volunteering: Volunteer with the local hiking club to pick up trash and maintain trails in the park.

Menyenaraikan minat dan hobi anda dalam resume adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan keberkesanan resume anda. Setelah anda ikuti perkongsian ini dan ketahui cara memasukkan minat dan hobi dalam resume, kini masanya untuk anda buktikan bahawa anda adalah calon yang perlu mereka pilih.

Categories
Temuduga

Sample Soalan Untuk Anda Tanya Penemuduga Diakhir Sesi Interview

Kebiasaannya, pada akhir sesi temuduga setiap calon akan diberikan peluang untuk bertanya sebarang soalan kepada penemuduga. Tidak kiralah apa jenis soalan pun yang ingin anda tanya, anda boleh berbuat demikian.

Namun, jangan pula tanya soalan yang mengarut dan tidak ada kaitan dengan temuduga ataupun jawatan yang anda pohon tersebut. Ambillah peluang ini sebaiknya.

Tanyalah soalan yang bermanfaat serta menampakkan anda sebagai seorang yang bersemangat dan meinginkan pekerjaan itu.

TANYA SOALAN SIMPLE KEPADA PENEMUDUGA ANDA

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan dengan anda satu soalan yang simple sahaja tetapi sangat superb kerana kesannya sangatlah positif. Melalui soalan ini, nescaya penemuduga akan mengingati anda walaupun berbulan-bulan selepas sesi temuduga itu tamat. Dalam erti kata lain, soalan ini sangatlah mendalam dan akan kekal dalam hati penemuduga itu.

Ini merupakan salah satu impak positif buat anda. Pada hari pemilihan calon nanti, penemuduga tersebut akan mengingat semula calon-calon yang datang temuduga dan tentunya nama anda yang pertama diingatinya kerana dia akan terfikir “Calon inilah yang bertanya soalan tentang syarikat tempoh hari.”

Anda pastinya ingin tahu apakah soalan tersebut bukan? Soalan simple tetapi superb tersebut berbunyi begini.

“I was wondering what your best moment so far at (company name here) was?”

BAHASA MELAYU

Berikut pula merupakan terjemahan soalan ini dalam Bahasa Melayu:

“Bolehkah saya tahu saat-saat terbaik tuan di syarikat ini?”

Tidak dapat dinafikan soalan ini sememangnya pendek dan simple sahaja namun impaknya sangatlah besar. Penemuduga bukan sahaja akan mengingati anda tetapi anda juga sebenarnya boleh mengetahui banyak perkara melalui jawapan yang akan diberikannya nanti.

Sebagai contoh, anda boleh melihat pattern syarikat tersebut sama ada sedang menaik atau menurun. Anda juga boleh tahu sama ada penemuduga tersebut betul-betul suka syarikat itu ataupun sebaliknya. Sekiranya jawapan yang diberikannya berbaur positif itu bermakna anda bolehlah selesa untuk menerima tawaran bekerja di situ.

Namun, jika jawapan yang keluar daripada mulut penemuduga itu berbunyi negatif ataupun penemuduga tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada jawapannya, anda bolehlah fikir masak-masak untuk menerima tawaran bekerja di situ.

Jadi, sebelum sesi temuduga berakhir, berikan kejutan kepada penemuduga dengan bertanyakan soalan ini. Selamat menghadapi temuduga!

Categories
Kerjaya

Jom Selidik Background Company, Kewangan & Lain-lain Sebelum Attend Interview

Dalam membuat permohonan kerja, adalah penting untuk kita menyemak latar belakang kewangan syarikat terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dan sebelum temuduga. Dalam mencari kerja, pastinya ada beberapa aspek yang kita ambil kira seperti gaji yang ditawarkan, lokasi tempat kerja, pengalaman kerja yang bakal diperolehi dan lain-lain.

Selain daripada aspek berikut, ada lagi aspek penting yang perlu kita ambil tahu iaitu latar belakang syarikat bakal majikan kita terutamanya syarikat yang kita mohon dalam kategori Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS).

Perkara yang paling merisaukan adalah kemampuan syarikat PKS untuk membayar gaji pekerja secara konsisten, tidak lebih dari tarikh bayaran yang ditetapkan. Sebab itu kita kena tahu latar belakang kewangan syarikat yang kita mohon kerja dan biasanya maklumat kewangan tidak akan dipaparkan dalam laman web syarikat tersebut.

Jadi di mana kita boleh dapatkan maklumat kewangan syarikat berikut? Ikut perkongsian di bawah untuk jawapannya.

CARA DAPATKAN MAKLUMAT LATAR BELAKANG KEWANGAN SYARIKAT

Terdapat dua portal yang kita boleh gunakan untuk daftar dan beli profile sesebuah syarikat iaitu:

  1. SSM E-info
  2. SSM mydata

Jika anda membeli profile syarikat yang anda ingini, anda akan memperoleh ringkasan maklumat kewangan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Dalam Kunci Kira-kira, ada maklumat jumlah tunai syarikat di bank dan di tangan. Jumlah tunai ini adalah penanda aras bagi syarikat untuk terus menjalankan aktiviti perniagaan untuk tempoh setahun yang berikutnya.

Selain itu, kita juga boleh melihat jumlah liabiliti semasa syarikat. Jika jumlah liabiliti semasa syarikat lebih besar dari aset semasa, maksudnya syarikat berkemungkinan besar akan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perbelanjaan operasi syarikat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA INGIN BEKERJA DI SYARIKAT YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN?

Apabila kita mengetahui syarikat itu bakal menghadapi masalah kewangan dan kita tetap ingin bekerja di syarikat itu, kita boleh cuba dapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang perancangan syarikat untuk meningkatkan aliran tunai dan menstabilkan kewangan syarikat semasa sesi temuduga.

Di dalam profile syarikat yang berharga RM15 itu, kita juga boleh memperolehi maklumat pemegang saham syarikat dan senarai ahli lembaga pengarah. Pemegang saham adalah pemilik syarikat sebenar. Ada dari kalangan pemegang saham yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan turut bekerja dalam syarikat. Kebanyakan syarikat PKS tidak mendedahkan maklumat ini kerana menganggap maklumat ini adalah sulit.

APA MAKSUD JIKA LAPORAN KEWANGAN SYARIKAT TIDAK DIKEMASKINI DALAM SSM E-INFO & SSM MYDATA?

Sekarang kita berada di tahun 2020, sepatutnya laporan audit yang dikemaskini dalam ssm e-info dan ssm mydata ialah laporan kewangan beraudit bagi tahun 2019. Namun masa kita beli profile tersebut telah menunjukkan laporan terkini yang ada ialah tahun 2017 atau ke bawah.

Jika anda mendapat situasi seperti ini, kita boleh mengandaikan bahawa syarikat mempunyai masalah dengan audit kerana gagal membuat laporan kewangan beraudit setiap tahun.

Kita juga boleh mengandaikan bahawa syarikat mempunyai masalah tadbir urus, sehingga juruaudit enggan mengesahkan akaun syarikat. Juruaudit mungkin mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mengeluarkan laporan audit untuk syarikat tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi berkongsi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan risiko tidak dibayar gaji atau lambat dari tarikh yang sepatutnya.

Categories
Temuduga

6 Tips Untuk Anda Follow Jika Kelulusan Anda “Overqualified” Untuk Jawatan Yang Di Pohon. Cerah Peluang Untuk Diterima Kerja

BIASA tak anda dengar bila pergi interview kerja bukan mengikut kelayakan. Penemuduga akan cakap begini kepada calon;

“Maaf awak tidak layak kami hanya nak lepasan SPM sahaja”.

Atau, soalan-soalan seperti berikut diajukan kepada anda dalam sesi temuduga.

Awak ok ke kerja tak ikut kelayakan, gaji sikit je ni?. Kenapa awak mohon kerja tak ikut kelayakan awak?” dan bermacam lagi soalan yang diajukan.

SEBAB MAJIKAN TAKNAK AMBIL CALON YANG KELULUSAN OVERQUALIFIED

Kenapa mereka tak nak ambil anda sedangkan anda belajar tinggi kot. Senang memahami dan mengetahui isu-isu semasa. Ini antara sebab majikan kurang berminat untuk gajikan “overqualified candidate”.

  • Anda akan kurang motivasi/semangat untuk bekerja
  • Anda bakal minta gaji yang lebih tinggi
  • Mudah bosan dengan kerja
  • Majikan Tahu Anda Takkan bekerja lama

Betul ke semua alasan-alasan di atas tu?

Mungkin benar dan mungkin tidak. Namun dari alasan-alasan di atas situasi di bawah yang mungkin bakal menjelma. Ianya bakal takutkan majikan untuk mengambil calon over qualified bekerja.

Bekerja semata-mata untuk mendapatkan duit sementara mendapat tawaran kerja yang lain. Kedua, anda mungkin bercadang untuk minta dinaikkan gaji selepas ditawarkan jawatan tetap disitu mengikut kelayakan akademik. Ketiga, mudah bosan dengan kerja mungkin anda menganggap kerja tersebut terlalu senang. Lama-kelamaan sudah hilang minat dan akhir sekali berniat untuk berhenti.

JADI APA NAK JAWAB JIKA MAJIKAN TANYA ANDA TAK SESUAI UNTUK JAWATAN INI KERANA OVER QUALIFIED?

Sebenarnya ini caranya bagaimana anda nak dapat kerja yang bukan layak dengan kelulusan anda. Ikut tips menjawab seperti di bawah.

Jujur

Ya, anda perlu jujur untuk maklumkan sebab kenapa anda berminat untuk mengisi jawatan tersebut. Contoh bekerja shift jadi anda mahu bekerja normal working hours atau jika anda belum memperolehi sebarang tawaran kerja selepas tamat pengajian. Maklumkan anda tidak kisah bermula dari bawah untuk menimba pengalaman.

Kaitan skills dengan jawatan yang dimohon

Selain memaklumkan skills yang anda ada, jangan lupa untuk kaitkan skills dengan jawatan yang dimohon. Contohnya, anda memohon jawatan kerani untuk sebuah syarikat insurans, maklumkan kepada mereka yang anda cekap menggunakan pelbagai aplikasi microsoft seperti microsoft excel, word, powerpoint dan sebagainya.

Tunjukkan komitmen

Tunjukkan kepada mereka yang anda memang komited dengan jawatan yang dipohon. Boleh bekerja dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Gaji boleh dirunding

Gaji merupakan salah satu perkara yang menjadi kebimbangan utama majikan. Jadi jika anda memang mahukan jawatan tersebut be open to salary negotiations. Jangan tunjukkan yang anda memang mahu meminta gaji yang tinggi mengikut kelayakan. Anda perlu berpijak pada bumi yang nyata. Jawatan yang dipohon itu kelayakannya lebih rendah. Letak tepi kelayakan ijazah kelas pertama anda itu kalau memang betul mahukan jawatan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran untuk anda menjawab soalan-soalan berkaitan kelulusan overqualified di dalam temuduga nanti.

Categories
Temuduga

Haram Tanya “Berapa Gaji Saya” & Dua Lagi Soalan Semasa Temuduga

Temuduga merupakan suatu proses yang sangat mencabar sebenarnya walaupun anda hanya menganggapnya sebagai proses soal jawab namun temuduga sangat memerlukan anda untuk memerah otak bagi menjawab soalan-soalan yang ditanya. Temuduga ini bolehlah disamakan dengan menjawab peperiksaan. Semestinya ada debarannya. Bukan itu sahaja, sama seperti peperiksaan, anda perlulah memiliki skil yang tepat untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga tersebut. Anda juga perlulah melakukan persediaan yang rapi sebelum menghadiri temuduga. Persediaan ini penting bagi memastikan jawapan yang anda berikan itu releven dan menarik. Bukannya jawapan yang karut dan bakal memberi kesan kepada diri anda sendiri. Dalam artikel ini akan dikongsikan contoh soalan yang anda tidak perlu anda lontarkan kepada penemuduga semasa menghadiri temuduga. Jadi, jangan sesekali bertanyakan soalan-soalan yang disenaraikan di bawah. Berikut merupakan contoh-contoh soalan tersebut.

1. “Berapa Gaji Saya? Sekiranya Saya Di Terima Bekerja Di Sini?”

Tidak dinafikan anda sebenarnya ada hak untuk mengetahui berapa gaji yang akan dibayar jika diterima bekerja di tempat itu. Namun, bertanya tentang gaji secara melulu kepada penemuduga adalah sesuatu yang tidak sepatutnya anda lakukan. Hal ini menunjukkan diri anda tidak ikhlas bekerja dan hanya ingin bekerja kerana gaji sedangkan majikan menginginkan pekerja yang betul-betul berkualiti. Jadi, jangan sesekali buka mulut untuk bertanya tentang jumlah gaji yang akan dibayar. Untuk makluman anda, pada akhir sesi temuduga, penemuduga akan berbincang tentang jumlah gaji yang akan dibayar kepada anda sekiranya anda diterima bekerja. Jadi, anda tidak perlu pun tanya kerana penemuduga akan memberitahu anda juga pada akhir sesi.

2. “Saya Tak Suka Dengan Bos Lama Saya!”

Jika anda pernah bekerja sebelum ini, anda mungkin akan diajukan dengan soalan “Mengapakah anda berhenti bekerja di tempat lama anda?” Mungkin soalan ini dilihat mudah sahaja untuk dijawab tetapi malangnya soalan jenis inilah yang merupakan soalan perangkap. Ramai calon temuduga yang akan menjawab “Saya tidak suka atau tidak sehaluan dengan bos lama saya.” Jangan sesekali jawab begini walaupun itulah realitinya. Kenyataan begini akan menampakkan lebih banyak keburukan pada anda. Oleh itu, anda disarankan untuk menjawab seperti ini sekiranya soalan tersebut diajukan kepada anda.
“Banyak ilmu dan pengalaman telah saya terima di tempat kerja dahulu. Namun, setelah difikirkan kembali, saya merasakan ada baiknya saya mencabar diri saya untuk bekerja di tempat lain bagi menimba pengalaman baharu.”

3. “Saya Dipecat Kerana…….”

Perihal tentang dipecat adalah suatu topik yang sangat ditegah untuk dibincangkan semasa temuduga kerana ianya bakal menunjukkan sisi buruk diri anda. Jadi, tidak perlu pun ceritakan tentang sebab anda dipecat melainkan jika ditanya. Jika ditanya sekalipun, tidak perlulah cerita secara menyeluruh tentang mengapa anda dipecat. Cukuplah sekadar memberikan jawapan begini.
“Saya sebenarnya berada dalam bidang kemahiran yang salah dan tidak sesuai dengan diri saya. Namun, apabila saya sedar, semuanya sudah terlambat. Saya akan pastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi!”
Adalah amat penting untuk anda berhati-hati dan menjaga perkataan-perkataan anda semasa menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga. Jangan sesekali berikan jawapan seperti yang dikongsikan dalam artikel ini. Kami mengucapkan selamat berjaya dalam temuduga anda.
Categories
Temuduga

Bagaimana Nak Jawab Jika Ditanya Penemuduga “Anda Ada Apa-apa Soalan?”

Soalan yang paling ditunggu ketika di akhir temuduga anda adalah, “Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk saya?”.

Bagaimanakah anda ingin menjawab soalan tersebut dan apa pula soalan yang akan anda tanya pada penemuduga?

Namun begitu, dalam menjawab soalan penemuduga ada juga Soalan Yang Tidak Perlu Anda Jawab Semasa Temuduga.

Lihat contoh dibawah untuk anda ajukan soalan kepada penemuduga dengan soalan yang baik dan kelihatan sesuai dengan situasi.

Mengapa Penting Untuk Bertanya

Peluang untuk belajar lebih banyak

Ini juga masa yang tepat untuk anda belajar lebih banyak mengenai syarikat dan pekerjaan. Fokus untuk bertanya mengenai topik yang ingin anda bincangkan dengan lebih terperinci.

Bukankah ini antara persediaan yang anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga?

Menunjukkan minat anda

Mengemukakan soalan yang bernas dalam temuduga menunjukkan minat anda terhadap pekerjaan tersebut. Ini juga menunjukkan kepada majikan bahawa anda telah memikirkan dengan serius untuk bekerja di syarikat ini. Dengan soalan yang betul, anda dapat menggambarkan pengetahuan anda tentang syarikat dan industri.

Memberi ingatan dan kesan yang baik

Mendapatkan panggilan temuduga sudah menunjukkan anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat jawatan tersebut. Dengan soalan yang bernas, anda boleh terus menonjol berbanding pesaing lain dan menunjukkan bahawa anda sangat sesuai untuk jawatan tersebut.

Proses Penyediaannya

Berapa banyak soalan yang harus anda sediakan?

Siapkan lebih kurang 10 soalan. Tulis di dalam buku nota atau portfolio yang anda bawa ketika temuduga. Pilih soalan yang dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai pekerjaan tersebut.

Dapatkan maklumat syarikat

Dapatkan maklumat syarikat adalah cara mudah untuk memahami sejarah, misi dan nilai syarikat. Dapatkan semua maklumat melalui laman web syarikat. Anda juga boleh mencari di internet untuk artikel berita terkini. Gunakan maklumat yang anda dapati untuk membantu pembentukan soalan anda. Inisiatif ini membuktikan anda berusaha dan meluangkan masa belajar mengenai syarikat.

Berlatih

Jadikan temuduga tersebut sebagai perbualan antara anda dan pihak majikan. Dengan membuat latihan mengenai soalan yang akan disoal membuatkan anda lebih yakin ketika hari sebenar temuduga.

Jenis Soalan Yang Perlu Ditanya

Berkaitan pekerjaan

Ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai tanggungjawab, harapan dan matlamat.

Soalannya ialah :

  • Bagaimana situasi bagi seseorang yang menjawat jawatan ini?
  • Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda untuk pengambilan pekerja baru dengan jawatan ini?
  • Bagaimanakah jawatan ini berkembang atau disesuaikan untuk memenuhi keperluan organisasi?

Mengenai syarikat

Tanya soalan mengenai syarikat. Ini menunjukkan bahawa anda telah melakukan penyelidikan dan memberi gambaran yang lebih baik mengenai pandangan, nilai dan budaya syarikat.

Selain itu, ini menunjukkan bahawa anda berminat untuk bersama dengan syarikat dalam tempoh yang panjang.

Soalannya adalah :

  • Mengapa anda seronok bekerja di sini?
  • Bagaimana anda menggambarkan budaya syarikat?
  • Apakah jenis perkembangan yang diharapkan oleh syarikat dalam lima tahun yang akan datang?
  • Bolehkah anda menerangkan beberapa cabaran dan pencapaian syarikat baru-baru ini?

Mengenai kelayakan anda

Pastikan majikan tidak mempunyai soalan yang mengenai kelayakan anda. Sekiranya tiada, ini adalah masa yang tepat untuk anda menyatakan bahawa kelebihan anda sangat sesuai dengan jawatan tersebut.

Ini soalannya :

  • Apakah kualiti yang anda cari dalam diri calon?
  • Adakah anda mempunyai kebimbangan mengenai pengalaman atau kemahiran saya?
  • Adakah kelebihan dan kemahiran saya sesuai dengan jawatan ini?

Langkah seterusnya

Simpan soalan terakhir anda untuk bertanya mengenai langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja. Ini menunjukkan anda sangat berminat dengan jawatan tersebut.

Soalan yang boleh ditanya adalah :

  • Saya sangat seronok untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan ini. Apakah langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerja?
  • Terima kasih kerana menerangkan mengenai jawatan ini dengan lebih mendalam. Bilakah saya akan mendapat maklum balas daripada anda mengenai keputusan temuduga ini?

Topik Yang Harus Dielakkan

Sekiranya anda masih dalam peringkat awal temuduga, elakkan bertanya mengenai gaji, faedah sebagai seorang pekerja, tempoh bekerja dan cuti tahunan atau bonus syarikat.

Soalan mengenai topik-topik ini harus disimpan sehinggalah anda ditawarkan pekerjaan secara rasmi. Sekiranya anda ingin bertanya mengenai perkara ini lebih awal, anda boleh menghantar mesej bahawa anda lebih berminat bagaimana syarikat itu dapat memberi manfaat kepada anda. Bukan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapat pelbagai soalan untuk ditanya ketika proses akhir temuduga.

Semoga anda mendapat keyakinan yang kukuh sepanjang temuduga dijalankan dan semoga berjaya.

Ikhlas, Portal Jawatan Kosong Kerajaan.

Categories
Temuduga

Soalan Yang Menarik Perhatian Penemuduga Jika Ditanya Oleh Calon Ketika Sesi Temuduga

Inilah Soalan Yang Menarik Perhatian Penemuduga Jika Disoal Oleh Calon Ketika Sesi Temuduga

Sebagai seorang calon temuduga, anda juga perlu menyediakan beberapa soalan untuk ditanya kepada penemuduga untuk memastikan anda mendapatkan maklumat yang seterusnya mengenai pekerjaan tersebut dan juga keadaan sesuatu syarikat.

Pastikan soalan yang disediakan kreatif dan berkaitan dengan misi dan visi syarikat serta matlamat kerjaya anda. Soalan yang ditanya juga mempunyai markah-markah tertentu dan mungkin ianya satu bonus untuk anda.

Apakah soalan-soalan yang bakal menarik perhatian majikan jika disoal oleh calon temuduga?

Contoh Soalan Untuk Ditanya Ketika Temuduga

Jika anda bakal hadir ke temuduga dalam masa yang terdekat atau pada bila-bila masa sahaja, anda boleh jadikan soalan ini sebagai contoh dan panduan kerana ianya mempunyai sebabnya yang sangat menarik.

1. Mengapa jawatan ini dikosongkan?

Mungkin jawatan tersebut adalah jawatan yang baru diwujudkan, pekerja yang dahulu diberhentikan atau pekerja sebelumnya meletakkan jawatan.

Sebagai calon sangat penting untuk tahu mengapa jawatan tersebut kosong kerana cabaran kerja adalah sangat berbeza.

2. Untuk jawatan ini, dengan siapa saya perlu laporkan diri dan bekerjasama dengan siapa?

Soalan ini bertujuan untuk memahami situasi kerja yang akan dihadapi oleh calon sekiranya diterima kerja nanti.

Dari sudut pandangan penemuduga pula, mereka akan melihat ketersediaan calon untuk bekerja dalam pasukan dan dapat mengurus pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu syarikat.

3. Apakah yang diharapkan dari penjawat setelah bekerja selama 3, 6, 9 dan 12 bulan? (KPI pekerja dan syarikat)

Soalan in bertujuan untuk memahami cara ukur prestasi cara kerja seorang pekerja sama ada calon boleh mencapainya atau tidak. Sekurangnya calon dapat membuat persiapan dengan baik agar dapat bekerja dengan baik dan mencapai kehendak syarikat.

Melalui soalan ini juga penemuduga memahami anda adalah seorang yang fokus dengan kerja dan akan mencapai matlamat yang ditetapkan.

4. Selepas mengenali saya, adakah terdapat kekurangan dari segi kemahiran dan pengalaman yang bakal menjejaskan peluang saya untuk menjawat jawatan ini?

Dengan bertanyakan soalan ini, secara tidak langsung anda akan memahami pandangan atau perspektif penemuduga terhadap anda selepas temuduga dijalankan.

Calon juga berpeluang untuk menjelaskan apa yang kurang pada pandangan mata penemuduga sekiranya penemuduga menyatakan pandangan mereka.