Portal Jawatan Kosong Terkini

Tips Bagaimana Cara Jawab Soalan Berkaitan Pandangan Politik Semasa Di Malaysia Ketika Temuduga

0 753

Soalan Temuduga Berkaitan Pandangan Politik Semasa Di Malaysia. Ini Tips Untuk Anda

Terdapat pelbagai soalan yang sering disoal oleh penemuduga ketika proses temuduga dijalankan.

Untuk soalan berkaitan ini juga, ia adalah berkaitan dengan pengetahuan anda terutamanya dalam bidang politik atau keadaan politik yang sedang berlaku dalam negara.

Persediaan Menghadapi Soalan Berkaitan Politik Negara

Untuk mendapatkan jawapan berkaitan soalan politik negara, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Sentiasa mengambil tahu dan membaca surat khabar mengenai isu politik terkini yang sedang berlaku.
  • Buat pencarian di internet kerana isu politik terkini negara sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.
  • Pastikan info yang diperolehi adalah betul dan lengkap serta jawab dengan memberikan jawapan yang betul kepada penemuduga anda.

Cara Untuk Menjawab Soalan Berkaitan Politik Negara

Sekiranya anda mendapat soalan ini ketika temuduga anda, tarik nafas dan sila berfikir secara rasional. Ini kerana soalan ini adalah salah satu soalan yang agak sensitif dan juga agak tricky dimana penemuduga akan menilai cara anda menjawab, tahap kecergasan anda serta apakah arah politik anda.

Untuk menjawab soalan berkaitan politik ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Jawab dengan jujur dan yakin serta ringkaskan jawapan anda dengan jawapan yang padat dengan info.
  • Ketika menjawab soalan, anda perlu menjadi seorang yang neutral dan tidak terlalu taksub dengan pegangan politik anda.
  • Hindarkan daripada mengutuk parti bukan kerajaan walaupun anda tidak menyukai parti atau pembangkang tersebut.
  • Hati-hati ketika memberikan jawapan walaupun anda sangat menyokong kerajaan yang terkini. Ini kerana tidak semua panel penemuduga sependapat dengan anda.
  • Sentiasa bersederhana dalam memberikan pandangan dan jawapan ketika menjawab soalan ini.
  • Pastikan jawapan anda tidak terlampau ke arah sesebuah pihak sahaja dan berikan pandangan secara umum dan menyeluruh.

Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Politik Negara

Contoh-contoh soalan berkaitan politik yang sering ditanya ketika temuduga ialah :

  1. Antara Perdana Menteri sekarang dan terdahulu, siapakah yang paling anda minati? Mengapa?
  2. Apakah parti politik yang ada sokong? Nyatakan mengapa.
  3. Saya suka pimpinan Dato Seri Najib berbanding Perdana Menteri sekarang. Apa pula pendapat anda?
  4. Adakah keadaan politik sekarang dalam keadaan yang stabil?
  5. Apakah kekurangan kerajaan yang sekarang?

Contoh Jawapan Soalan Berkaitan Politik Negara

Buntu untuk menjawab soalan berkaitan politik negara? Lihat contoh ini dan ubahsuai mengikut soalan yang disoalkan kepada anda.

  • Pada pendapat saya, keadaan politik sekarang berada dalam keadaan yang baik dan saya sentiasa mendukung apa sahaja yang dinyatakan oleh pihak kerajaan untuk kebaikan bersama.
  • Bagi saya, apa yang telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pada masa kini adalah sangat baik dan buat masa sekarang tiada penambahbaikan yang perlu dilakukan.
  • Setiap pemimpin mempunyai kelebihan masing-masing. Pastinya mereka memikirkan hal ehwal rakyat dan lakukan yang terbaik untuk negara secara amnya.

Terdapat beberapa lagi soalan-soalan yang agak mencabar yang sering ditanya ketika temuduga. Ingin dapatkan soalan tersebut beserta contoh jawapan? Klik sini, baca dan sesuaikan dengan contoh jawapan yang diberikan.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.