Categories
Kerjaya

Peluang Kerjaya & Jenis- Jenis Bidang Perakaunan

Perakaunan merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.

Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntan untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai bidang dalam perakaunan, ikuti perkongsian di bawah.

BIDANG UTAMA PERAKAUNAN

Audit

Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet

Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.

Kewangan

Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.

Pengurusan Kewangan

Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Cukai

Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

JENIS KERJAYA PERAKAUNAN

Firma Perakaunan

Satu kumpulan akauntan bekerja dalam satu firma yang menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Terdapat beberapa firma utama yang dominan dalam bidang ini. Kerjaya perakaunan awam akan memberi anda permulaan yang baik di mana anda boleh mendapat menimba pengalaman sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.

Kerajaan

Akauntan Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.

Sektor Korporat

Kebiasaannya mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.

Bebas

Bekerja sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda sendiri. Memang tidak mustahil untuk anda jadi akauntan bebas Jika anda tuntut ilmu secukupnya.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

12 Soalan Temuduga Yang Lebih Kerap Ditanya Kepada Calon Wanita Berbanding Lelaki

Pasti anda tidak sangka kan sebenarnya ada soalan yang ditanya semasa temuduga adalah berbeza bagi calon lelaki dan perempuan. Ada beberapa soalan yang ditanya kepada calon wanita tetapi tidak ditanya kepada calon lelaki, begitu juga sebaliknya. Apa yang calon fikirkan adalah penemuduga sudah siap sedia soalan yang sama akan ditanya kepada semua calon.

Namun menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 2,000 individu, terdapat 12 soalan yang lebih kerap ditanya kepada calon wanita berbanding lelaki dan ada beberapa soalan yang lebih kerap ditanya kepada calon lelaki berbanding wanita.

Apakah soalan-soalan tersebut? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.

12 SOALAN KERAP DITANYA KEPADA CALON WANITA BERBANDING LELAKI

Berikut adalah 12 soalan yang sering ditanya kepada calon wanita berbanding calon lelaki beserta peratus kekerapan tersebut:

  • Kenapa syarikat perlu ambil anda bekerja? (45% ditanya kepada calon wanita berbanding 27% ditanya kepada calon lelaki)
  • Di mana anda lihat diri anda dalam masa 5 tahun? (43% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki)
  • Apakah kelemahan anda? (37% ditanya kepada calon wanita berbanding 37% ditanya kepada calon lelaki). Untuk jawapan terbaik, baca DI SINI.
  • Ceritakan sedikit saat kegagalan yang anda alami dan cara anda mengatasinya. (26% ditanya kepada calon wanita berbanding 20% ditanya kepada calon lelaki)
  • Apakah kelebihan anda? *greastest strengths (44% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda mahukan pekerjaan ini? (37% ditanya kepada calon wanita berbanding 31% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda rasa anda layak bekerja di syarikat ini? (40% ditanya kepada calon wanita berbanding 34% ditanya kepada calon lelaki) – Untuk jawapan terbaik, baca DI SINI
  • Kenapa anda memohon pekerjaan ini? (40% ditanya kepada calon wanita berbanding 35% ditanya kepada calon lelaki)
  • Boleh anda jelaskan sedikit mengenai jurang pada resume anda? (19% ditanya kepada calon wanita berbanding 18% ditanya kepada calon lelaki)
  • Kenapa anda tidak suka pekerjaan lama anda? (22% ditanya kepada calon wanita berbanding 21% ditanya kepada calon lelaki)
  • Bagaimana pendidikan anda memberi persiapan untuk kerjaya anda? (19% ditanya kepada calon wanita berbanding 18% ditanya kepada calon lelaki)

Calon wanita lebih tercenderung untuk diminta untuk dedahkan ‘nilai’ diri mereka ketika temuduga. Mereka akan lebih kerap ditanya soalan berbentuk pendedahan kekuatan dan kelemahan diri mereka serta sebab mereka rasa mereka perlu mendapat jawatan tersebut.

SOALAN YANG KERAP DITANYA KEPADA CALON LELAKI BERBANDING WANITA

Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang kerap ditanya kepada calon lelaki berbanding calon wanita:

  • Soalan berkaitan pandangan politik. (18% ditanya kepada calon lelaki berbanding 8% ditanya kepada calon wanita)
  • Sejauhmanakah tahap kejujuran anda? (22% ditanya kepada calon lelaki berbanding 13% ditanya kepada calon wanita)
  • Soalan berkaitan umur calon (34% ditanya kepada calon lelaki berbanding 26% ditanya kepada calon wanita)
  • Soalan berkaitan orentasi seksual (15% ditanya kepada calon lelaki berbanding 7% ditanya kepada calon wanita)
  • Apakah perasaan anda jika bekerja dengan pengurus yang lebih muda? (16% ditanya kepada calon lelaki berbanding 10% ditanya kepada calon wanita)
  • Apakah keputusan terburuk yang pernah anda lakukan? (14% ditanya kepada calon lelaki berbanding 9% ditanya kepada calon wanita)
  • Soalan berkaitan pendapatan (gaji) pekerjaan lalu (36% ditanya kepada calon lelaki berbanding 31% ditanya kepada calon wanita)
  • Soalan berkaitan penggunaan dadah (27% ditanya kepada calon lelaki berbanding 21% ditanya kepada calon wanita)

Jika anda nampak yang calon wanita lebih cenderung untuk mendedahkan nilai mereka ketika temuduga, calon lelaki pula lebih cenderung untuk diminta dedahkan pengetahuan dan personaliti diri mereka yang sebenar.

Soalan yang diajukan kepada calon wanita dan lelaki ini berbeza adalah kerana penemuduga ingin mengenal diri setiap calon dengan lebih mendalam. Namun apa yang pasti setiap temuduga akan bermula dengan pengenalan diri. Anda boleh baca DI SINI untuk contoh jawapan dan point penting untuk anda jawab ketika diminta memperkenalkan diri.

Sumber

Categories
Temuduga

Ketahui Cara “Ramal” Soalan Temuduga Kerja Yang Bakal Ditanya Oleh Panel

Macam mana nak tahu apa jenis soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti? Bila dah tiba 3 hari sebelum temuduga gemuruh dalam diri dah mula datang. Pasti macam-macam yang calon mula fikir. Apa yang paling difikir adalah macam mana nak jawab soalan temuduga nanti. Oleh itu, calon mestilah buat persiapan dari segi pengetahuan mengenai soalan yang akan ditanya nanti.

Tidak salah nak ramal soalan temuduga yang akan ditanya nanti, calon boleh jadikan ramalan ini sebagai persediaan temuduga nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara meramal soalan temuduga yang akan ditanya nanti.

CARA RAMAL SOALAN TEMUDUGA

Tips 1: Ketahui & fahami apakah bidang kerja anda

Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Anda juga mungkin akan diminta kaitkan kemahiran kerja yang anda ada dengan jawatan yang anda mohon.

Kadang-kala soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

Tips 1: Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am

Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga.

Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3: Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan

Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Kadang-kadang jika tidak sama pun soalannya, bentuk soalan yang akan ditanya lebih kurang sama sahaja. Dengan bertanyakan dengan orang berpengalaman, anda akan mendapat gambaran yang lebih luas.

Tips 4: Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga

Tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda.

Sekian sahaja tips-tips untuk anda membuat ramalan soalan yang akan ditanya semasa temuduga nanti. Jangan pula anda terlalu berharap dengan ramalan anda tanpa membuat persediaan untuk soalan lain! Calon kena ingat, soalan temuduga tidak semestinya seperti yang difikirkan.

Banyak lagi soalan lain yang mungkin akan ditanya semasa temuduga nanti. Panel penemuduga boleh mengubah soalan yang akan ditanya bila-bila masa sahaja! Mereka juga mungkin akan tanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan kerjaya anda.

Jadi, bersiap sedialah untuk jawab pelbagai kemungkinan soalan!

Categories
Kerjaya Temuduga

Amaran Buat Calon Temuduga, Hati-hati Dengan Soalan Psycho Atau Perangkap Dari Penemuduga Anda

Bila hadir temuduga, jangan terlalu letakkan harapan yang tinggi pada soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti. Walaupun ada beberapa soalan yang memang kerap diulang tanya kepada setiap calon, tetapi jika nasib anda kurang baik, soalan temuduga mungkin akan berubah dan menjadi semakin susah.

Ada juga panel yang suka psycho calon dengan memberi soalan-soalan perangkap untuk lihat respon calon. Apa yang calon perlu lakukan jika ditanya soalan jerat adalah BIJAK memberi jawapan.

SOALAN PSYCHO TEMUDUGA

Berikut adalah antara soalan-soalan psycho atau jerat yang mungkin ditanya oleh panel:

  1. Saya rasa awak ni tak layak, nanti cuba mohon untuk jawatan lain
  2. Saya tengok sijil kelulusan awam ni terlalu tinggi la, saya rasa awak tak layak untuk jawatan yang rendah ini
  3. Saya cadangkan awak pergi mohon jawatan lain, awak ni berpotensi untuk jawatan tinggi
  4. Kenapa anda nak kerja kerajaan sedangkan kerja swasta menawarkan gaji yang lebih tinggi?
  5. Apa awak akan buat kalau saya gagalkan temuduga awak ini
  6. Kenapa awak mesti diterima bekerja di sini

Mengikut pemerhatian, soalan-soalan ini memang ditanya kepada beberapa calon. Tujuan soalan sebegini ditanya bukanlah untuk memberi jawapan bahawa calon tidak lulus temuduga atau tidak sesuai dengan jawatan, tetapi sebaliknya untuk menguji calon.

Dengan jawapan yang betul diberikan oleh calon, tidak mustahil calon akan diterima kerja!

CARA JAWAB SOALAN PSYCHO

Macam mana nak jawab soalan pscho ni? Jika dilihat balik soalan-soalan itu nampak macam tidak ada harapan mendapat jawatan yang dipohon. Tapi sebenarnya anda masih mempunyai harapan yang cerah dengan sediakan jawapan yang terbaik!

Apa Yang Calon Perlu Lakukan?

Apa yang perlu calon lakukan jika dapat soalan psycho adalah jangan mengeluh atau putus harapan. Fikirkan jawapan yang sesuai. Jangan sesekali diam walaupun anda terkedu. Apa yang perlu anda lakukan adalah nyatakan bahawa anda tidak bersetuju atau tolak cadangan yang dinyatakan.

Nyatakan bahawa anda memang berminat dengan jawatan tersebut dan ceritakan pengalaman-pengalaman kerja yang ada kaitan dengan jawatan itu. Boleh juga anda nyatakan Sebab Anda Layak Dengan Jawatan Dipohon.

CONTOH JAWAPAN

Antara contoh jawapan bernas yang boleh anda gunakan untuk soalan psycho adalah seperti berikut.

Jika panel menyatakan mereka berasa anda tidak layak atau mencadangkan anda memohon jawatan lain, guna jawapan ini:

Saya betul-betul berminat dengan jawatan ini, sebab itu saya mohon, cuba belajar dan mendalami ilmu berkaitan jawatan ini. Semasa exam saya buat sehabis baik dan bila dapat temuduga kali ni saya memang berharap sangat saya diterima bekerja dalam KKM sebagai PPK.

Jika panel menyatakan bahawa kelulusan anda terlalu tinggi untuk jawatan dipohon, cuba guna jawapan ini:

Saya tak kisah pun jawatan ini lebih rendah dari kelulusan saya. Saya lebih suka belajar dari bawah untuk lebih faham tentang sesuatu dan banyak perkara yang boleh saya belajar.

Berikut adalah contoh jawapan yang telah dikongsikan oleh calon lepas yang ditanya soalan psycho dan berjaya lulus temuduga.

Untuk peringatan calon, jika panel menyatakan anda tiada harapan nak lulus tidak bermaksud anda betul-betul tiada harapan. Dengan usaha dan persediaan yang baik tidak mustahil anda akan diambil kerja. Jangan mudah putus harapan hanya disebabkan soalan yang diberikan oleh panel.

Walau apa pun jenis soalan yang ditanya, pastikan anda jawab dengan penuh yakin.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Senarai 20 Syarikat Yang Buka Peluang Pekerja Kepada Fresh Graduate

Lambakan graduan di negara kita telah menyebabkan peluang pekerjaan sekarang semakin berkurang. Tambahan lagi kebanyakan syarikat membuka jawatan kosong hanya untuk individu yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun.

Jika semua syarikat meletakkan pengalaman sebagai syarat, macam mana pula lepasan graduan nak mohon kerja? Macam mana nak dapatkan pengalaman jika syarikat tidak memberi peluang.

Untuk makluman anda, tidak semua syarikat hanya menerima individu yang berpengalaman sahaja. Ada lagi syarikat besar yang sanggup mengambil lepasan graduan untuk bekerja dan melatih mereka dari awal.

20 SYARIKAT YANG MENERIMA FRESH GRADUATE

Berikut adalah 20 buah syarikat terkemuka yang menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan baru:

Senarai ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jobstreet untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Jobstreet merupakan laman carian nombor 1 di Malaysia yang menerima puluhan ribu permohonan pekerjaan saban tahun.

Majoriti majikan juga berdaftar dengan mereka untuk mencari pekerja yang terbaik.

TIPS DAPATKAN KERJA BUAT FRESH GRADUATE

Sekiranya anda frest graduate dan ingin dapatkan pekerjaan, jangan sesekali mengalah dalam memohon pekerjaan. Tidak kira di syarikat mana pun, pastikan anda mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Anda bukan sahaja boleh memohon jawatan, terdapat juga skim latihan pekerjaan (traineeship) seperti Protege yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar kepada lepasan graduan. Mohon traineeship tersebut. Jika anda menunjukkan prestasi yang baik sepanjang traineeship, anda akan diserap terus bekerja di situ.

Jadikan peluang semasa latihan untuk buktikan kemampuan anda. Traineeship adalah salah satu peluang yang memberikan jaminan kerja yang baik buat lepasan graduan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Panduan Untuk Menjadi Seorang Jurutera (Ir) Yang Kompeten

Selain daripada kerjaya sebagai seorang doktor, jurutera juga merupakan antara kerjaya popular yang sering menjadi sebutan dan idaman pelajar-pelajar sekolah semasa mencari kerjaya yang sesuai buat mereka. Namun tak semua tahu jenis bidang-bidang dalam kejuruteraan yang ada dan peluang kerjaya dalam bidang ini.

Sekiranya anda kini berada di landasan kejuruteraan atau ingin menyambung pengajian dalam bidang ini kerana minat, anda patut tahu hala tuju untuk menjadi seorang Jurutera Profesional.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan menjadi seorang Jurutera Profesional (Ir).

PANDUAN MENJADI JURUTERA PROFESIONAL

1 Pilih Jurusan Yang Tepat

Antara elemen yang akan dapat membantu seseorang pelajar jurusan kejuruteraan ke arah menjadi Jurutera Profesional ialah dengan memulakan langkah dengan baik, dan ia bermula seawal memilih jurusan yang akan diambil di universiti.

Hal ini adalah kerana jurusan yang dipilih bakal menentukan hala tuju seseorang pelajar apabila bekerja kelak. Pastikan bidang itu bukan sekadar diambil kerana mengikut kawan mahupun sekadar diambil kerana mengikut pilihan orang ramai semata-mata.

Sekiranya seseorang itu mempunyai minat terhadap sesuatu bidang, maka nasihat saya ialah teruskanlah langkah ke arah merealisasikan minat tersebut. Hal ini adalah kerana minat itu akan dapat menjadi pendorong (driver) seseorang itu untuk terus mencari peluang dari segenap sudut dalam kerangka bidang yang diminati, meskipun bidang tersebut adalah bidang yang mencabar.

2 Peluang Melalui Latihan Industri (Internship)

Di Malaysia, rata-rata jurusan kejuruteraan di universiti mewajibkan para pelajar untuk menjalani latihan industri selama beberapa bulan (3 bulan, 6 bulan, atau sebagainya). Bagi para pelajar kejuruteraan, ini adalah pendedahan yang sangat baik bagi anda di mana anda seharusnya menggunakan peluang ini sebaiknya.

Anda akan mendapat gambaran tentang realiti kehidupan selepas anda bekerja semasa menjalani latihan industri. Anda juga akan dapat mengetahui apakah sebenarnya aktiviti yang dilakukan oleh seseorang jurutera. Gunakan peluang semasa latihan industri ini untuk belajar pelbagai perkara daripada syarikat.

Jika anda gunakan peluang latihan industri sebaiknya, anda boleh ceritakan pengalaman dan ilmu yang anda dapat melalui internship semasa temuduga kerja sebenar nanti.

3 Mendaftar Sebagai Jurutera Siswazah (Graduate Engineer) Selepas Graduasi

Adalah sangat penting bagi seseorang pelajar jurusan kejuruteraan untuk terus mendaftar dengan BEM (Board of Engineers Malaysia) sebaik sahaja anda sudah menggenggam sijil ijazah kejuruteraan. Pendaftaran sebagai seorang Jurutera Siswazah adalah sesuatu yang mandatori untuk seseorang jurutera kelak untuk memohon menjadi seorang Jurutera Profesional, di mana pengalaman minima yang diperlukan adalah selama sekurang-kurangnya 3 tahun setelah mendaftar sebagai seorang Jurutera Siswazah.

Harus diingatkan di sini bahawa sekiranya anda lambat mendaftar, pengalaman bekerja yang telah anda kumpulkan sebelum berdaftar sebagai seorang Jurutera Siswazah itu TIDAK akan dikira sekiranya anda ingin memohon untuk menjadi seorang Jurutera Profesional kelak. Rugilah anda sekiranya anda terpaksa melalui situasi sedemikian.

4 Kenali Jurutera-jurutera Profesional Dalam Industri

Pembinaan jaringan dalam industri merupakan sesuatu yang penting. Salah satu golongan yang wajar seseorang jurutera baru itu dekati ialah golongan Jurutera Profesional dalam industri.
Ini akan dapat sangat membantu anda yang baru hendak memulakan kerjaya dalam industri.

Anda akan memperoleh bantuan mereka dalam usaha anda ke arah menjadi seorang Jurutera Profesional kelak – daripada mendapatkan sokongan (endorsement) untuk pendaftaran anda menjadi seorang Jurutera Siswazah (Graduate Engineer), memperoleh tips-tips untuk menduduki Temuduga Profesional (Professional Interview), dan lebih baik lagi, memperoleh sokongan mereka untuk menduduki Temuduga Profesional kelak.

5 Kenali Organisasi-organisasi Kejuruteraan di Malaysia (BEM, IEM dan sebagainya)

Dua organisasi asas yang seharusnya dikenali oleh para pelajar kejuruteraan di Malaysia termasuklah BEM (Board of Engineers Malaysia) dan IEM (Institution of Engineers, Malaysia). Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, analogi sekolah memandu boleh diguna pakai. Dalam proses anda untuk mendapatkan lesen kenderaan, pihak yang akan memberikan lesen sekiranya anda lulus dalam ujian memandu ialah pihak JPJ, sementara anda akan belajar berkenaan teori dan praktikal memandu kenderaan di sekolah memandu.

BEM ialah “JPJ” bagi kes ini di mana BEM merupakan badan yang memantau dan menguatkuasakan Akta dan Peraturan berkenaan para jurutera di Malaysia

.Sementara itu, IEM pula ialah “Sekolah Memandu” bagi kes ini, di mana IEM merupakan organisasi yang membantu untuk mempromosi dan memperkasakan profesion kejuruteraan di Malaysia – termasuklah menganjurkan pelbagai inisiatif bagi membantu para jurutera untuk meningkatkan pengetahuan dan daya saing (melalui siri-siri penganjuran perkongsian kejuruteraan, kursus-kursus teknikal, sesi-sesi pembinaan rangkaian, dan sebagainya).

6 Mulakan Langkah Anda Sekarang

Jangan bertangguh untuk memulakan langkah yang baik. Proses untuk menjadi Jurutera Profesional (Ir) mengambil masa dan ketelitian. Mulakan ia dari sekarang walaupun anda hanya seorang pelajar, baru graduasi ataupun baru memulakan kerjaya sebagai Jurutera. Jangan berhenti setakat Ijazah, teruskan perjalanan anda ke langkah yang lebih tinggi.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

5 Soalan Favourite ”Billionaire” Dunia Ajukan Kepada Calon Pekerja Mereka Semasa Temuduga& Jawapan Yang Mereka Cari

Setiap syarikat pastinya mahukan pekerja yang dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memajukan, membesarkan dan bersama-sama mencapai misi syarikat.

Billionaire dunia seperti Bill Gates juga pernah menyatakan tidak suka dengan ‘bad hires’. Jadi sewaktu sesi saringan akhir bersama CEO, awal-awal lagi mereka sudah ada set soalan yang mencabar minda calon.

Melalui jawapan calon-calon yang bakal ditemuduga, mereka akan segera tahu membezakan pekerja yang betul-betul ‘akan bekerja’ dan staf “yang hanya mahu mendapatkan kerja”.

Oleh sebab itu setiap jenis soalan yang ditanya adalah penting untuk majikan menilai calon.

Soalan temuduga tidak dilontarkan secara sengaja, bagi mereka setiap soalan yang diajukan adalah bersebab.

Bagi calon pula, anda perlu tahu apa yang sebenarnya majikan cari dalam jawapan untuk setiap soalan. Setiap jawapan yang diberi akan memberi nilai yang besar untuk pengambilan pekerja.

Ketahui 5 soalan temuduga yang ditanya billionaire dunia kepada calon pekerja mereka dan jawapan yang mereka cari.

5 SOALAN TEMUDUGA YANG DITANYA BILLIONAIRE DUNIA

“Siapa individu yang paling hebat di dunia yang kamu jadikan idola dan mempengaruhi kerja-kerja kamu?”

Drew Houston Pengasas Dropbox

Houston berkata, dia hanya mahukan orang-orang yang betul-betul cintakan kerja mereka. Soalan-soalannya memang sukar, namun semuanya tentang bidang kerja dan kemahiran calon itu.

Kata Houston, soalan itu membantunya mendapatkan orang-orang yang sentiasa mahu menjadi lebih bagus serta mencari cara dan belajar untuk menjadi lebih hebat. Dia langsung tidak mahukan orang yang hanya bekerja untuk makan gaji.

“Beritahu saya satu risiko paling besar yang pernah kamu ambil untuk mendapatkan satu perkara yang baru” – Steve Cohen, pengasas Point 72 Asset Management

Kata Cohen, dia mahu mendengar jawapan yang unik dan daripada perspektif calon.

“Ini ‘risk-taking business’ pada tahap tertentu. Kita cuma mahukan orang-orang yang tidak takut mengambil risiko dan mampu mengawalnya.”

“Anda berada di mana?” – Elon Musk, pengasas Tesla

Cara Elon Musk agak berbeza. Dia sukakan soalan-soalan menguji minda. Contohnya:

“Kamu berdiri di satu tempat. Kemudian berjalan 1 batu ke arah selatan, satu batu ke arah barat dan satu batu ke arah utara. Tempat kamu berakhir itu, betul-betul di tempat kamu bermula tadi. Jadi, kamu sedang berada di mana?”

Elon Musk sebenarnya tidak mahukan jawapan. Dia hanya mahu melihat bagaimana cara calon berfikir ‘sendiri’ di luar kotak, memberi jawapan dan menjelaskan logik jawapannya. Google juga suka menggunakan soalan-soalan menguji minda seperti ini.

“Apa yang kamu tidak ceritakan dalam resume ini?” – Richard Branson, pengasas Virgin Group

Dalam bukunya, “The Virgin Way”, Branson menulis, tujuan sesi temuramah ialah untuk bertanya perkara yang tidak ada dalam ‘resume’ calon. Contohnya, pengalaman mereka.

Calon akan menjawab soalan ini dengan pelbagai cerita, termasuk membanggakan kejayaan-kejayaan lalu mereka. Jawapan yang ‘betul’ ialah yang menunjukkan ciri-ciri positif, empati, ketabahan dan kebijaksanaan.

“Kamu fikir, ini apa?” – Steve Jobs, pengasas Apple

Steve Jobs pula terkenal dengan caranya yang mahu melakukan sendiri sesi temuduga bersama pasukannya. Sepanjang kariernya, dia telah menemuduga lebih 5,000 orang calon. Steve Jobs mewujudkan ujian unik bagi mengenal pasti potensi calon.

Sewaktu sesi temuduga, Steve Jobs dan pasukannya akan menunjukkan prototaip produk Apple dan melihat reaksi calon. Calon yang jelas kelihatan teruja dengan potensi teknologi itu dan mula bertanya banyak soalan tentangnya, akan lulus.

Steve Jobs mahu semua pekerjanya merasakan mereka adalah sebahagian daripada kumpulan ‘pencipta’ dan ‘peneroka idea baru’ kerana mereka akan lebih mudah memahami dan menghadam, falsafah Apple – daripada proses temuduga sehingga kepada proses pengiklanan.

KESIMPULAN

Daripada soalan-soalan di atas, apa yang dapat anda huraikan?

Jika dilihat dari sudut jenis jawapan yang mereka mahu, jelas menyatakan bahawa mereka hanya mahu pekerja yang boleh buat kerja dan memberi kesan positif kepada syarikat sahaja. Apa yang dimaksudkan adalah pekerja yang mampu menyelesaikan masalah akan datang, mampu berfikir, bersifat positif dan mampu mengambil risiko dalam kerja.

Jadi sebagai calon pekerja, anda perlu ada sifat-sifat ini dalam diri anda. Jangan mohon kerja hanya untuk mendapatkan kerja dan bayaran. Setiap jawapan dalam temuduga adalah penting untuk menggambarkan diri anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Categories
Jawatan Kosong Kerajaan

Tips Jawab Soalan Temuduga “Berapakah Jumlah Gaji Yang Anda Inginkan?”

Jangan terlalu gopoh untuk jawab temuduga sekiranya anda disoal tentang jumlah gaji yang diingini. Hal ini adalah kerana soalan ini antara soalan ‘tricky’ ataupun perangkap daripada penemuduga. Walaupun penemuduga pasti akan tanya soalan ini, tetapi sebenarnya soalan berkaitan jumlah gaji adalah salah satu soalan yang tidak elok dibincang semasa temuduga.

Habis kalau ditanya nanti macam mana nak jawab?

Jangan gelabah, ini tips untuk jawab soalan temuduga “berapa gaji yang anda inginkan?”.

TIPS MEMBERI JAWAPAN BERKAITAN GAJI

Nyatakan anda boleh bertolak ansur

Anda boleh menjawab soalan ini dengan menyatakan bahawa anda boleh berunding mengenai gaji yang ditawarkan sekiranya anda mempunyai pengalaman dan kelayakan yang luas dalam bidang yang dipohon.

Pertimbangkan untuk menyatakan anggaran gaji sekiranya melibatkan pengalaman dan kelayakan.

Nyatakan anggaran

Sudah bertolak ansur dan berunding mengenai gaji, jika majikan menyuruh anda letakkan jumlah gaji yang anda mahu, anda boleh nyatakan anggaran jumlah yang masuk akal atau sesuai dengan jawatan yang dipohon. Contohnya anda boleh letakkan anggaran gaji seperti RM2,000 ~ RM2,500.

Ia kelihatan anda masih lagi bertolak ansur dengan anggaran gaji tetapi kelihatan jelas untuk majikan menentukan gaji yang anda inginkan.

Selidik jumlah gaji yang sesuai

Nak letak jumlah gaji anggaran pun jangan main letak sahaja. Jika anda pertama kali nak kerja, pastikan anda selidik terlebih dahulu berapa jumlah gaji yang sesuai dengan jawatan anda. Jangan letakkan anggaran gaji yang tidak sesuai dengan bidang tugas anda. Contohnya gaji untuk jawatan sebagai admin, anda boleh letak gaji anggaran RM1,800 ~ RM2,300.

Ceritakan pengalaman anda

Anda boleh tekankan mengapa anda sesuai dengan jawatan tersebut dan dengan gaji yang ditawarkan. Contohnya seperti ini ” Berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun dalam bidang ini, saya menjangkakan gaji saya sepatutnya adalah antara RM2,500 hingga RM3,000″.

Sebelum menyebut gaji tertentu, pastikan ianya berada dalam anggaran gaji yang ditawarkan oleh penemuduga. Jika pengalaman dan kemahiran yang anda ada banyak, anda boleh berunding untuk dapatkan gaji yang lebih bagus!

ELAKKAN 3 PERKARA INI

Elakkan 3 perkara ini bila berbincang mengenai gaji semasa temuduga:

  • Elakkan daripada menetapkan jumlah gaji anda. Lebih baik sekiranya anda membuat rundingan gaji bersama majikan anda
  • Elakkan daripada meletakkan nilai yang rendah pada kelebihan dan pengalaman anda. Sekiranya pengalaman kerjaya dan pencapaian anda diiktiraf oleh institusi tertentu, letakkan nilai yang sesuai dan berbaloi
  • Jangan bersikap negatif. Walaupun jumlah ditawarkan kelihatan sangat rendah, tanya kepada majikan dengan baik sebabnya dan adakah masih boleh berunding mengenai gaji yang ditawarkan
  • Fresh graduate atau tiada pengalaman jangan sesekali demand gaji

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

“Kenapa Mohon Kerja Lain?” Contoh 4 Jawapan Punca Calon Gagal Temuduga

Dalam membuat permohonan kerja, calon bukan sahaja perlu menyerlah daripada segi keterampilan malah personaliti juga harus dijaga. Majikan pada masa kini bukan sahaja melihat keputusan dan pencapaian di universiti, malah kemahiran berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan permasalahan juga diambil kira sebagai elemen utama yang harus diutamakan.

Bagi calon yang berhenti kerja untuk ”lompat kerja” lain pula, soalan yang sering ditanya oleh penemuduga di akhir segi temuduga adalah ”Kenapa berhenti kerja lama?”. Tahukah anda bahawa dalam menjawab soalan seperti ini ada caranya. Salah jawab, gagal lah anda!

Ikuti perkongsian ini bagi mengetahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan calon gagal dalam menjawab soalan ini.

JAWAPAN YANG BOLEH MENYEBABKAN ANDA GAGAL TEMUDUGA

1 Dedahkan Unsur Negatif Syarikat Lama

Walaupun hakikatnya pengalaman di tempat kerja lama berbaur negatif, jangan sesekali anda kutuk syarikat dan majikan lama semasa temuduga. Memang bagus untuk berkata jujur semasa temuduga, tetapi dalam terlalu jujur berkata hal buruk tentang syarikat lama akan memakan diri anda.

Cuba anda kutuk habis-habisan tentang tempat kerja lama anda pada bakal majikan, ianya akan memberikan tanggapan yang kurang elok kepada mereka sebenarnya. Pastikan anda sentiasa menceritakan hal yang positif tentang syarikat lama. Jika tidak ada perkara positif sekalipun, cuba anda menyatakan bahawa anda berterima kasih kepada syarikat lama kerana memberikan pengalaman kepada anda sepanjang bekerja.

2 Menyatakan Bahawa Anda Suka Lompat Kerja

Memang betul anda perlu jujur dalam setiap jawapan yang diberikan kepada penemuduga, tetapi jangan terlalu jujur sewaktu temuduga jika menceritakan perangai buruk anda. Ada baik dan buruknya bersikap begini.

Walaupun hakikatnya anda memang seorang yang suka lompat kerja untuk memperoleh pengalaman di setiap syarikat-syarikat lama dan lompat kerja lagi untuk memperoleh gaji yang lumayan, jangan sebut perkara ini di hadapan penemuduga.

Perspeksi penemuduga terhadap jawapan yang seperti ini adalah mereka akan menganggap bahawa anda juga berkemungkinan untuk lompat kerja lagi apabila bekerja dengan mereka apabila mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi. Kebanyakan syarikat berharap pekerja untuk kekal dengan syarikat dalam tempoh yang lama.

3 Menyatakan Anda Stress Di Syarikat Lama

Kadang-kadang bakal majikan sengaja tanyakan soalan-soalan mendesak sampai anda tidak tahu mahu beri jawapan apa atau kita tidak sengaja menceritakan sebab sebenar kita berhenti kerja.

Apabila anda menjadikan alasan syarikat lama memberi tekanan kerja kepada anda dan anda tidak dapat bekerjasama dengan pasukan yang ditetapkan, bakal majikan akan beranggapan bahawa anda tidak mampu bekerja dalam keadaan yang rumit. Setiap pekerjaan pasti tidak lari dengan tekanannya tersendiri. Jadi jika anda tidak dapat tahan dengan tekanan syarikat lama, bagaimana pula anda mahu tahan dengan syarikat akan datang?

4 Tidak Suka Bekerja Dengan Rakan Sekerja Di Syarikat Lama

Bekerja dalam pasukan juga sangat penting ketika melakukan tugas. Jika anda seorang yang tidak pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekitar dan dalam pasukan, sukar untuk anda mendapatkan sesebuah pekerjaan kerana setiap majikan akan mencari pekerja yang dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam sesebuah pasukan.

Kesimpulannya, anda perlu lah bijak dalam memberi jawapan kepada soalan sebab anda berhenti kerja kerana soalan seperti ini sebenarnya nak uji kredibiliti dan tahap profesional pada diri. Pastikan anda pandai memikat penemuduga dalam setiap temuduga anda.

Nak tahu jawapan yang TERBAIK untuk soalan seperti ini? Baca DI SINI.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Update Status Urusan Temuduga & Ujian SPA Bermula 13 Hingga 26 Januari 2021

Calon-calon yang telah mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga, ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi pelantikan perkhidmatan awam mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sila ambil perhatian.

Berikutan dengan pengumuman Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri, status temuduga dan ujian-ujian SPA yang dijadualkan akan mengalami pertukaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat hebahan status urusan terkini urusan temuduga dan ujian SPA mulai 13 hingga 26 Januari 2021.

STATUS TERKINI URUSAN TEMUDUGA & UJIAN SPA

Susulan daripada keputusan Kerajaan pada 11 Januari 2021 iaitu melaksanakan PKP, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengambil keputusan seperti berikut:

Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Temuduga:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 26 Januari 2021
  • Ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 26 Januari 2021

Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

  • Temuduga:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 15 Januari 2021
  • Ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 26 Januari 2021

Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

  • Temuduga:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 15 Januari 2021
  • Ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan:
    – Ditangguhkan mulai 13 hingga 26 Januari 2021

Status semua urusan yang ditangguhkan bagi negeri PKP, PKPB dan PKPP akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi SPA dan laman Facebook rasmi SPA. Calon yang telah mendapat tawaran temuduga atau ujian diminta untuk sentiasa ambil perhatian dengan pengumuman semasa agar tidak terlepas sebarang peluang.

Tahu tak, anda juga boleh mohon kerja kerajaan tanpa mohon melalui SPA9?

Baca: Cara Mohon Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA9