Categories
Temuduga

15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41 Untuk Rujukan Dan Panduan Anda

Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41

Tahniah kerana berjaya untuk ke proses seterusnya iaitu untuk sesi temuduga bagi jawatan Pegawai Penerangan Gred S41. Apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi temuduga ini?

Sebelum itu, mari kita lihat terlebih dahulu info ringkas mengenai jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 ini.

Info Ringkas Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

Untuk jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 ini, ia berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan akan ditempatkan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan serta kementerian yang berkaitan.

Tangga Gaji Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

  • Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Ingin Lulus Temuduga?

Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

Inginkan contoh-contoh soalan temuduga jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 untuk rujukan dan persediaan untuk mendapatkan jawapan? Ini adalah contoh soalan yang akan ditanya ketika temuduga anda.

  1. Perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit mengenai pendidikan anda.
  2. Mengapa anda memilih pekerjaan ini?
  3. Terangkan deskripsi tugas seorang Pegawai Penerangan Gred S41
  4. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia?
  5. Apakah objektif serta misi dan visi Jabatan Penerangan Malaysia?
  6. Apakah tema kemerdekaan pada kali ini dan kita menyambutnya untuk kali yang ke berapa?
  7. Apakah pendapat anda tentang keadaan politik di negara sekarang ini?
  8. Apakah tugas anda sebagai seorang Pegawai Penerangan Gred S41 di Jabatan Kesihatan?
  9. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan serta Menterinya?
  10. Sebutkan 5 senarai Menteri Kabinet beserta kedudukan mereka.
  11. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan yang terkini?
  12. Apakah objektif serta misi dan visi Jabatan Kesihatan Malaysia?
  13. Sebutkan Rukunegara mengikut turutan.
  14. Apakah maksudnya bunga raya yang ada pada logo Rukunegara?
  15. Apakah Teras 5 Kementerian Kesihatan Malaysia?

Nota : Sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan melalui laman web serta sumber-sumber yang berkaitan.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Categories
Temuduga

15 Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Untuk Lulus Temuduga Anda Nanti

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Nama anda tersenarai untuk hadir temuduga jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29? Tahniah diucapkan kepada anda dan anda boleh membuat persediaan untuk menghadapi temuduga mulai sekarang. Apa yang perlu anda lakukan? Anda boleh membuat beberapa persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mendapatkan maklumat serta membuat latihan temuduga dengan menyiapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29?

Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan.

Tangga Gaji

  • Gaji Minimum :  RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Kementerian Penerangan

  • Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc’ di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.

Kementerian Kesihatan

  • Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah. Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.

Tips Lulus Temuduga

Anda ingin lulus temuduga dengan cemerlang? Anda boleh amalkan tips yang diberikan ini sebagai panduan dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.

  1. Persediaan yang secukupnya : Setelah mengetahui bahawa ada telah dipanggil temuduga, anda perlu membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Malahan anda perlu dapatkan maklumat penting mengenai jabatan yang akan anda bertugas. Juga dapatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  2. Buat latihan temuduga : Penting untuk anda membuat latihan temuduga dengan membuat soalan serta menjawab soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan lupa untuk study dan ingat semula istilah-istilah penting yang selalu digunakan dengan pekerjaan anda.
  3. Buat persiapan pakaian : Penampilan yang kemas dan meyakinkan sangat penting. Siapkan pakaian anda dengan lebih awal supaya tidak ada sebarang masalah.
  4. Persiapan sijil dan dokumen : Pastikan sijil dan dokumen yang diperlukan disusun mengikut panduan SPA. Klik sini untuk dapatkan panduan penuh susunan dokumen anda.
  5. Hadir awal : Untuk temuduga yang dianjurkan oleh SPA, anda perlu hadir 30 minit awal untuk urusan dokumentasi oleh urusetia temuduga.
  6. Sopan dan yakin : Pastikan anda sopan ketika masuk temuduga dan menjawab soalan dengan yakin. Jangan lupa senyum ya.
  7. Ucap terima kasih : Setelah tamat temuduga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga.

Dapatkan tips checklist yang digunakan oleh penemuduga dan anda boleh buat persiapan dengan lebih baik menjelang hari temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Berikut adalah beberapa contoh soalan untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 untuk panduan anda.

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Mengapakah anda memohon pekerjaan ini?
  3. Adakah bidang yang anda pohon sama atau berlainan dengan pelajaran anda sebelum ini? Sila terangkan.
  4. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  5. Apakah kelebihan yang ada pada anda untuk diambil bekerja dalam jawatan ini?
  6. Apakah maksud warna pada bendera Malaysia?
  7. Sebutkan 5 prinsip Rukun Negara.
  8. Siapkah Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan?
  9. Apakah misi dan visi serta objektif Kementerian Penerangan / Kementerian Kesihatan?
  10. Siapakah Menteri dan Timbalan bagi Kementerian Penerangan / Kementerian Kesihatan?
  11. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke tempat lain selain daripada negeri anda menetap sekarang?
  12. Apakah kaitan Jabatan Penerangan dengan pihak media seperti RTM?
  13. Apakah senario politik negara sekarang?
  14. Apakah lagu patriotik yang anda tahu?
  15. Apakah tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 di Kementerian Kesihatan?

Categories
Temuduga

Persiapan Sebelum Temuduga SPA Jawatan Gred 29 Dan Ke Atas Boleh Ikut Panduan Ini Untuk Interview Berjalan Lancar

Info Penting Persiapan Sebelum Temuduga SPA Jawatan Gred 29 Dan Ke Atas

Anda mungkin merupakan salah seorang calon yang dipanggil temuduga. Apakah persiapan atau persediaan penting yang perlu anda lakukan sebelum hadir temuduga?

Perkara-perkara penting ini perlu anda ikuti dan lakukan agar temuduga anda berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu proses-proses temuduga yang diperlukan.

Sebelum anda hadir temuduga, pastinya anda ingin tahu persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga bukan? Persediaan sebelum temuduga adalah :

Sebelum Temuduga

Beberapa hari sebelum anda menghadapi temuduga, anda boleh membuat persediaan seperti berikut:

  • Dapatkan maklumat tentang syarikat dan panel penemuduga
  • Berlatih menjawab soalan
  • Membaca semula huraian pekerjaan
  • Gunakan Kaedah STAR dalam menjawab soalan
  • Berlatih menjawab soalan bersama rakan
  • Sediakan senarai rujukan
  • Bersedia dengan contoh kerja anda
  • Sediakan soalan untuk penemuduga anda

Untuk dapatkan tips semasa dan selepas temuduga, klik sini dan dapatkan panduan semasa dan selepas temuduga anda.

Persiapan Sebelum Temuduga SPA Jawatan Gred 29 Dan Ke Atas

Rujuk juga persiapan untuk menghadapi temuduga SPA dengan klik disini. Anda jug akan diberikan langkah-angkah untuk mengisi MyResume serta sijil-sjil akademik yang perlu dibawa bersama ketika temuduga dan cara menyusunnya di dalam fail anda.

Gunakan kreativiti anda untuk jadikan fail akademik / dokumen yang dibawa menjadi menarik serta disusun mengikut kehendak SPA.

Kestabilan Capaian Internet Semasa Melayari Sistem Dan Aplikasi SPA

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan temuduga, anda boleh hubungi SPA di :

  • Telefon: +603 8091 9000
  • Portal Rasmi : SPA
Categories
Temuduga

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Syariah Gred LS19 Dan Jadikan Panduan Untuk Anda

Temuduga Pembantu Syariah Gred LS19

Adakah anda terpilih untuk temuduga Pembantu Syariah Gred LS19? Tahniah kerana anda telah berjaya dalam peperiksaan online yang lalu dan bersediakah untuk menghadapi temuduga yang akan dijalankan tidak lama lagi? Ingin dapatkan contoh-contoh soalan dan tips untuk hadapi temuduga? Jika rasa anda seorang yang berdarah gemuruh, gunakan tips yang dikongsikan ini agar temuduga anda berjalan dengan lancar seperti :
  • Cara untuk atasi gemuruh ini mudah sahaja. Pastikan anda datang awal ke tempat temuduga tersebut. Anda perlulah sampai ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit awal. Jadi, anda akan memperoleh banyak waktu untuk menyusun dokumen dengan kemas di dalam fail serta tidak perlu kelam-kabut.
  • Jangan lupa juga untuk bawa buku catatan untuk anda membuat catatan. Pastikan juga anda merancang soalan yang hebat untuk ditanyakan kepada penemuduga kerana soalan anda kepada penemuduga juga sangat penting.
  • Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan panjang serta cuba untuk kawal diri anda semasa ingin memasuki bilik temuduga. Hiasi wajah anda dengan senyuman serta pandang wajah penemuduga dengan penuh keyakinan.

Info Ringkas Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Untuk makluman, jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 ini, ia berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di jabatan-jabatan tertentu mengikut kekosongan seperti Jabatan Perdana Menteri serta pejabat pentadbiran negeri.

Gaji Yang Ditawarkan

  • Gaji Minimum : RM1,355.00
  • Gaji Maksimum : RM4,007.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskripsi Tugas Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Bidang tugas seorang Pembantu Syariah Gred LS19 ialah :
  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Contoh Soalan Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19

Berikut adalah beberapa contoh soalan bagi jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 :
  1. Ceritakan kepada kami tentang diri anda, latar belakang pendidikan serta akademik anda.
  2. Adakah kelayakan anda sesuai untuk menjawat jawatan ini?
  3. Mengapa anda memohon jawatan ini?
  4. Terangkan dengan lengkap tugas-tugas sebagai Pembantu Syariah Gred LS19.
  5. Di manakah seorang Pembantu Syariah akan diletakkan untuk menjalankan tugas?
  6. Bolehkah anda terangkan serba sedikit dan secara ringkas mengenai Prosedur Mahkamah berkaitan hukum Faraid?
  7. Siapakah Perdana Menteri Malaysia, Timbalannya dan Menteri Hal Ehwal Agama?
  8. Pada pandangan anda, adakah seorang Mufti sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri?
  9. Apakah kelebihan anda dalam hal pentadbiran dan perkeranian?
  10. Apakah fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?
  11. Terangkan secara ringkas objektif JAKIM.
  12. Siapakah Ketua Pengarah JAKIM?
 
Categories
Temuduga

Tema Kemerdekaan Tahun 2010-2020. Jawab Ini Sekiranya Anda Disoal Masa Interview Nanti

Tema Kemerdekaan Tahun 2010-2020

Berpeluh juga sekiranya anda disoal mengenai tema kemerdekaan bermula tahun 2010 sehingga tahun 2020. Soalan ini selalu ditanya jika anda menghadiri temuduga kerajaan iaitu temuduga SPA. Ia bertujuan untuk menilai pengetahuan am seorang calon serta serta menilai usaha seorang calon untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang dipohon. Sebelum itu, anda perlu ketahui tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957 dan lagu Negaraku dikumandangkan serta diikuti 7 laungan “Merdeka” yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2010-2020

Tahun : 2010

  • Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
  • Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi

Tahun : 2011

  • Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
  • Tema : 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Tahun : 2012

  • Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
  • Tema : 55 tahun merdeka – Janji Ditepati

Nota : Logo ditarik balik kemudian

Tahun : 2013

  • Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
  • Tema : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tahun : 2014

  • Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
  • Tema : Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tahun : 2015

  • Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
  • Tema : Malaysia #SehatiSejiwa

Tahun : 2016

  • Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.
  • Tema : Malaysia #SehatiSejiwa

Tahun: 2017

  • Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun.
  • Tema: Negaraku #SehatiSejiwa

Tahun: 2018

  • Sambutan Kemerdekaan ke-61 tahun.
  • Tema: Sayangi Malaysiaku

Tahun: 2019

  • Sambutan Kemerdekaan ke-62 tahun.
  • Tema: Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Tahun: 2020

  • Sambutan Kemerdekaan ke-63 tahun.
  • Tema: Malaysia Prihatin

Categories
Temuduga

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Setelah berhempas pulas menjawab soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam atau PSEE, pastinya masing-masing menunggu agar nama naik untuk dipanggil temuduga pula. Syukur kerana nama anda tersenarai sebagai calon untuk temuduga.

Sebelum hadir untuk temuduga, pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Kebanyakan calon akan membuat beberapa persediaan termasuklah mendapatkan contoh soalan temuduga seterusnya menyediakan jawapan untuk soalan-soalan tersebut.

Sebelum kita pergi ke bahagian contoh soalan, mari lihat info ringkas mengenai jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 terlebih dahulu.

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Untuk jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, anda akan berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas

Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Untuk pengetahuan anda, bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, calon akan ditempatkan di pelbagai Kementerian atau Jabatan seperti :

  • Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)

Oleh itu, jadikan contoh soalan ini sebagai rujukan anda dan sesuaikan mengikut jawatan yang ditawarkan kepada anda kerana soalan yang dikongsikan ini lebih bersifat terbuka dan general untuk jawatan tersebut.

Contoh Soalan Temuduga

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas serta nyatakan tahap pendidikan anda.
  2. Didapati jurusan pengajian anda tidak mempunyai kaitan dengan jawatan ini. Mengapa anda memohon jawatan ini?
  3. Mengapakah anda memilih untuk bekerja sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29?
  4. Apakah kelebihan unik yang ada pada anda untuk menjawat jawatan ini?
  5. Terangkan tugas-tugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29.
  6. Apakah misi dan visi serta objektif jabatan? (Jabatan yang berkaitan)
  7. Adakah anda sanggup untuk dihantar berjauhan dengan ahli keluarga atau ke Sarawak / Sabah?
  8. Siapakah Perdana Menteri serta YDP Agong Malaysia terkini?
  9. Siapakah Ketua Pengarah jabatan (Jabatan yang berkaitan)?
  10. Siapakah Menteri dan timbalannya bagi Kementerian ini?
  11. Apakah tema kemerdekaan pada tahun 2019?
  12. Apakah isu semasa terkini dan dunia secara amnya?
  13. Bagaimanakah kedudukan politik yang berlaku di Malaysia sekarang?
  14. Sebutkan Rukun Negara satu persatu mengikut susunan yang betul.

Tips Menghadapi Temuduga

Sebelum Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan :

  • Lengkapkan sijil serta dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga. Rujuk sini.
  • Buat persediaan diri, latihan dan pakaian untuk temuduga. Rujuk cara pilih pakaian temuduga
  • Jangan lupa study ya.
  • Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Daftar diri kepada urusetia temuduga terlebih dahulu.

Semasa Temuduga

  • Masuk ke bilik temuduga dengan tertib.
  • Jawab soalan dengan yakin dan tidak gugup.
  • Dengar dengan teliti dan fokus pada soalan yang diajukan.
  • Senyum sepanjang temuduga dijalankan.

Selepas Temuduga

  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Berjabat tangan bagi sama jantina atau letakkan tangan di dada.
  • Keluar dengan sopan dan tutup pintu bilik temuduga dengan perlahan.
  • Baca juga apa nak buat selepas temuduga
Categories
Temuduga

10 Gaya Rambut Yang Sesuai Digayakan Untuk Hadiri Temuduga Bagi Calon Wanita

12 Gaya Rambut Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga Bagi Wanita

Apakah gaya rambut yang sesuai ketika menghadiri temuduga? Bolehkah jika membuat pelbagai gaya atau merapikan sahaja rambut? Takut juga kalau tersilap gaya rambut, penemuduga akan berikan pandangan yang negatif terhadap anda.

Dikongsikan disini 12 gaya rambut yang sesuai untuk hadiri temuduga bagi wanita.

Gaya Rambut Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

1. French Twist 

2. Sleek Low Knot

3. Low Sleek Ponytail 

4. Long Wavy Locks

5. Half Up Bump

6. Natural Twisted Hair Style 

7. Sleek Hairstyle 

8. Medium Braided Bun

9. Pendek & Bergaya

10. Choppy Bob

Anda boleh memilih mana satu gaya rambut yang sesuai dengan anda seperti di atas. Apa sahaja jenis rambut anda gayakan, pastikan ianya tidak berlebihan ketika temuduga.

Sesuaikan dengan solekan dan sesuaikan dengan pakaian ketika anda menghadiri temuduga.

Jika rambut anda panjang, anda boleh menggayakan sama ada dengan melepaskan rambut tetapi dirapikan atau anda boleh sanggul dengan bergaya dan kemas.

Jika rambut pendek pula, mungkin anda boleh memilih gaya Pixie Pretty atau Bob Choppy. Asalkan anda selesa dan penampilan anda kemas ketika menghadiri temuduga.

Pastikan juga anda bersederhana ketika menggayakan rambut anda. Tidak perlu memakai aksesori yang berlebihan di rambut dan fokus pada temuduga anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda. Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Untuk Panduan Calon SOP Temuduga Dan Ujian Fizikal SPA Sepanjang PKPP

SOP Temuduga Dan Ujian Fizikal SPA Sepanjang PKPP

Adakah anda merupakan calon temuduga dan ujian fizikal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malayia (SPA)? Jika ya, anda perlu mengikuti SOP yang telah diberikan sebelum anda hadir temuduga dan ujian fizikal yang akan dijalankan nanti.

Anda boleh baca dan teliti panduan SOP yang dikongsikan ini sebelum hadir temuduga anda dan patuhi panduan yang telah diberikan.

Kawalan Teras

Kawalan teras ini merangkumi :

  • Temu duga dan ujian fizikal secara bersemuka di pusat temuduga dan pusat ujian SPA, Kementerian dan Jabatan.
  • Anda perlu patuh dengan SOP PKPP iaitu memakai topeng muka, sanitasi tangan, check suhu badan dan penjarakan sosial sekurangnya 1 meter semasa menunggu dan semua aktiviti. Anda juga perlu menjaga jaga jarak sosial antara panel dan calon.
  • Panel temuduga, calon dan urus setia temuduga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

  • Calon tidak dibenarkan berhimpun di dalam pusat temuduga. Kehadiran calon ke pusat temuduga dan pusat ujian adalah mengikut masa yang ditetapkan.
  • Pengiring atau ahli keluarga tidak dibenarkan masuk di dalam pusat temuduga.

Arahan Tetap

  • Panel temuduga, calon dan urusetia temuduga mestilah bukan dari kumpulan PUI, PUS atau mempunyai gejala Covid-19.
  • Arahan serta panduan SOP ini adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan undang-undang yang berkaitan.

Tanggungjawab Calon Temuduga/Ujian Fizikal

Sebagai seorang calon temuduga/ujian fizikal, anda perlu menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi arahan seperti :

Sebelum Temuduga / Ujian Fizikal

  • Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing. Android / iOS
  • Anda perlu membawa alat tulis anda sendiri. Tidak digalakkan meminjam alat tulis orang lain.

Semasa Temuduga / Ujian Fizikal

  • Membuat saringan suhu badan dan gejala dilakukan di pintu masuk premis.
  • Calon yang mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak, selsema atau sesak nafas atau suhu badan yang melebihi 37.5° tidak dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk segera ke klinik kesihatan yang berdekatan.
  • Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau imbasan QR Code SPA di Kaunter Pendaftaran, pusat temuduga/pusat ujian. Calon yang tidak mempunyai telefon pintar perlu mendaftar kehadiran di buku log pendaftran yang disediakan.
  • Urusan pergerakan calon OKU di pusat temuduga akan dibantu oleh urusetia temuduga sehingga selesai.
  • Amalkan penjarakan sosial dan kebersihan tangan disepanjang sesi temuduga dijalankan.

Selepas Temuduga / Ujian Fizikal

  • Amalkan penjarakan sosial dan cuci tangan anda.
  • Beredar dari premis dengan kadar segera setelah urusan temuduga/ujian fizikal selesai.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan temuduga/ujian fizikal sepanjang PKPP ini, anda boleh hubungi SPA di saluran berikut :

Categories
Resume

Copy Dan Paste Objektif Resume Bahasa Inggeris Ini Dalam Resume Anda Sekarang

Objektif Resume Bahasa Inggeris

Objektif resume sangat penting dalam resume sekiranya anda benar-benar serius untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Majikan akan membaca objektif tersebut kerana ia merupakan satu ringkasan mengenai kelebihan diri anda serta pengalaman yang ada pada diri anda.

Perkara yang paling utama ketika anda menulis objektif resume ialah anda perlu menulis dengan jujur dan benar tentang apa yang anda mahu dan cari.

Tahukah anda bahawa terdapat 9 point penting yang perlu ada dalam resume dan telah di kemaskini dari semasa ke semasa? Dapatkan 9 point tersebut disini dan sila kemaskini resume anda sekarang.

Contoh Objektif Resume Bahasa Inggeris

Pening juga ya untuk fikir ayat yang sesuai untuk menghasilkan objektif resume yang sesuai ke dalam resume bahasa Inggeris anda. Sekarang, anda boleh copy dan paste sahaja contoh objektif mengikut kategori yang dikongsikan disini. Juga, jangan buat sebarang kesilapan ketika menghasilkan resume anda supaya majikan tidak tong sampahkan resume anda seperti perkongsian ini.

Objektif Resume Tiada Pengalaman Kerja

“Organized and motivated employee able to apply time management and organizational skills ini various environments. Seeking to join ABC Company (company name) as an administrative assistant to help ensure good internal communications and budget management.”

Objektif Resume Fresh Grads

“Highly-motivated (strong trait) Bussiness Administration graduate with a 3.9 GPA (education) looking to fill a position as a Management Assistant at ABC Company (position and company). Wishing to use strong data-analysis anda management skills to help the ABC Company with your upcoming challenges  (added value).”

Objektif Resume Student

“Senior year chemist student at Malaysia University (current CGPA : 3.8) (education), looking to join Open University Department of Chemist Research Team as a part-time researh assistant (organization dan position). Seeking to leverage strong data entry anda lab maintenance skills (skills) gained through volunteer lab experience at the campus to ensure all research database and libraries are easily accessible to XYZ State’s students (added value).”

Objektif Resume Lepasan SPM

“Dedicated team player (captain of the swim team 2 years) (strong trait) with proven leadership anda communication skill earned as an editor-in-chief of the official school blog. Seeking an opportunity  to leverage my talents as a server at your restaurant (position you’re appling for). I have the follow-through and positive attitude that will allow me to achive company targets (added value).”

Objektif Resume Untuk Perkembangkan Kerjaya

“Diligent customer support representative with 4+ years experience at high-volume call centre. Seeking to leverage fast-paced work ethic with top-rated customer service (100%) to help DHL grow and meet future demand as the new delivery driver.”

Objektif Resume Jawatan Admin dan Staf Pejabat

“English graduate with proven communication, travel planning and email management skills. Seeking a position as an administrative assistant at ABC Industry, to leverage organizational and research skills to support internal and external communication.”

Objektif Resume Jawatan Receptionist

“Outgoing college grad hoping to work in the private sector. Looking to apply proven organizational and technical skills in a receptionist role with XYZ Marketing. Eager to expand my skill set through external trainings to help boost all major front desk KPIs.”

Objektif Resume Jawatan Customer Service

“Passionate, engaging and attentive customer service specialist trained in conflict resolution and communication. Seeking to leverage interpersonal skills to build customer loyalty for Center Cable System.”

Objektif Resume Jawatan Sale Marketing

“Highly-engaged sales representative with a BS in Biology, seeking to enhance sales figures for ABC Medical. Worked as part-time sales rep for XYZ Company for three 3 years. Built relationship with 40 key customers in own landscaping company. Maintained 99% accurate product knowledge in a high-colume retail store.”

Anda tidak perlu runsing lagi untuk fikirkan apakah objektif yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda. Dapatkan disini danmasukkan sahaja ke dalam resume anda.

Categories
Resume

Maklumat Yang Wajib Ada Dalam Resume Beserta Contoh

Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Resume

Terdapat beberapa bahagian maklumat yang perlu dilengkapkan dan dinyatakan di dalam resume anda. Maklumat ini diringkaskan untuk menyatakan kelayakan anda berdasarkan pekerjaan yang dipohon.

Maklumat apa yang perlu ada di dalam resume?

Anda boleh merujuk perkongsian ini untuk menulis resume anda dengan memasukkan perkara dan maklumat penting yang perlu ada dalam resume.

Maklumat Penting Yang Perlu Ada

  • Maklumat perhubungan
  • Objektif / ringkasan
  • Pengalaman kerja
  • Pencapaian
  • Pendidikan
  • Kemahiran
  • Minat / hobi
  • Sijil profesional
  • Rujukan

1. Maklumat perhubungan

Untuk bahagian ini, ada masukkan maklumat wajib seperti berikut :

  • Nama
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Emel

Anda juga boleh memasukkan maklumat tambahan seperti :

  • Tarikh lahir
  • Url media sosial
  • Url laman web anda

2. Objektif / ringkasan

Objektif adalah satu bahagian yang digunakan untuk menunjukkan tujuan pekerjaan anda kepada HR atau bakal majikan.

Ia juga merupakan pengenalan ringkas mengenai profil dan ringkasan kerjaya anda. Sesuaikan mengikut pekerjaan yang dipohon.

3. Pengalaman kerja

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting dan menjadi fokus utama majikan ketika membaca resume anda.

Bahagian ini merupakan ringkasan kerjaya anda kerana terdapat :

  • Pencapaian selama bekerja
  • Kemahiran dalam bidang yang diceburi
  • Pengalaman utama yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon

Anda juga boleh memasukkan pengalaman kerja anda seperti :

  • Kerja sambilan
  • Internship
  • Kerja sementara
  • Bekerja sendiri / freelance

 

4. Pencapaian

Masukkan pencapaian dan anugerah yang telah anda capai sepanjang anda bekerja. Anda boleh senaraikan mengikut tahun dan tahap pencapaian anda.

Contoh :

2016 : Mencapai tahap produktiviti mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan memberi bimbingan kepada pekerja baru mengikut SOP Jabatan Sumber Manusia syarikat.

2017 : Mendapat penghargaan daripada Pengarah Urusan selepas menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia atas penyediaan proposal Pusat Latihan yang sempurna pada mereka.

5. Pendidikan

Untuk bahagian ini, anda masukkan :

  • Tahap pendidikan yang tertinggi atau secara menurun ( Ijazah – Diploma – SPM)
  • Tidak perlu memasukkan gred CGPA sekiranya bawah 3.0
  • Jenis Ijazah anda
  • Major / minor pengajian
  • Nama institusi
  • Tahun graduasi

6. Kemahiran

Masukkan kemahiran yang ada pada anda sama ada ‘hard skill’ atau ‘soft skill’.

Hard Skill : Kemahiran seseorang selepas melalui proses pembelajaran atau pengalaman seperti pereka grafik, analisis data, perakaunan dan pentadbiran.

Soft Skill : Kebolehan seseorang seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif dan keyakinan diri yang tinggi.

7. Minat / hobi

Ini adalah bahagian yang boleh anda masukkan ke dalam resume anda. Sekiranya resume anda tidak mempunyai ruang, anda boleh memilih untuk tidak memasukkannya.

Anda boleh singkatkan maklumat hobi anda dengan memasukkan ikon yang sesuai mengikut minat anda.

Anda boleh rujuk disini untuk melihat minat / hobi yang sesuai dimasukkan ke dalam resume anda : Hobi Dan Minat 

8. Sijil profesional

Sekiranya anda mempunyai siji profesional yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, ia amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Berikut adalah contoh sijil profesional yang berkaitan dengan kerjaya yang ditawarkan :

  • Jurutera Keselamatan : Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO).
  • Jurutera Elektrik : Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Kesihatan (SHO) Elektrik.
  • Jurutera Pesawat : LAME – Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen

9. Rujukan

Rujukan adalah maklumat yang terakhir yang perlu ada di dalam resume. Rujukan adalah orang yang akan mengesahkan bahawa semua maklumat anda yang dinyatakan di dalam resume adalah tepat dan benar.

Format dan Template

Pastikan resume anda di setting ke dalam format yang betul. Anda boleh menggunakan template daripada Google Docs dan menggunakan format yang sedia ada. Masukkan maklumat yang diperlukan dan simpan di dalam fail Google anda sahaja.

Diharap perkongsian ini membantu anda menyiapkan resume yang berkualiti sebelum dihantar kepada majikan anda. Semoga berjaya