Portal Jawatan Kosong Terkini

Maklumat Yang Wajib Ada Dalam Resume Beserta Contoh

0 4,755

Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Resume

Terdapat beberapa bahagian maklumat yang perlu dilengkapkan dan dinyatakan di dalam resume anda. Maklumat ini diringkaskan untuk menyatakan kelayakan anda berdasarkan pekerjaan yang dipohon.

Maklumat apa yang perlu ada di dalam resume?

Anda boleh merujuk perkongsian ini untuk menulis resume anda dengan memasukkan perkara dan maklumat penting yang perlu ada dalam resume.

Maklumat Penting Yang Perlu Ada

  • Maklumat perhubungan
  • Objektif / ringkasan
  • Pengalaman kerja
  • Pencapaian
  • Pendidikan
  • Kemahiran
  • Minat / hobi
  • Sijil profesional
  • Rujukan

1. Maklumat perhubungan

Untuk bahagian ini, ada masukkan maklumat wajib seperti berikut :

  • Nama
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Emel

Anda juga boleh memasukkan maklumat tambahan seperti :

  • Tarikh lahir
  • Url media sosial
  • Url laman web anda

2. Objektif / ringkasan

Objektif adalah satu bahagian yang digunakan untuk menunjukkan tujuan pekerjaan anda kepada HR atau bakal majikan.

Ia juga merupakan pengenalan ringkas mengenai profil dan ringkasan kerjaya anda. Sesuaikan mengikut pekerjaan yang dipohon.

3. Pengalaman kerja

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting dan menjadi fokus utama majikan ketika membaca resume anda.

Bahagian ini merupakan ringkasan kerjaya anda kerana terdapat :

  • Pencapaian selama bekerja
  • Kemahiran dalam bidang yang diceburi
  • Pengalaman utama yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon

Anda juga boleh memasukkan pengalaman kerja anda seperti :

  • Kerja sambilan
  • Internship
  • Kerja sementara
  • Bekerja sendiri / freelance

 

4. Pencapaian

Masukkan pencapaian dan anugerah yang telah anda capai sepanjang anda bekerja. Anda boleh senaraikan mengikut tahun dan tahap pencapaian anda.

Contoh :

2016 : Mencapai tahap produktiviti mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan memberi bimbingan kepada pekerja baru mengikut SOP Jabatan Sumber Manusia syarikat.

2017 : Mendapat penghargaan daripada Pengarah Urusan selepas menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia atas penyediaan proposal Pusat Latihan yang sempurna pada mereka.

5. Pendidikan

Untuk bahagian ini, anda masukkan :

  • Tahap pendidikan yang tertinggi atau secara menurun ( Ijazah – Diploma – SPM)
  • Tidak perlu memasukkan gred CGPA sekiranya bawah 3.0
  • Jenis Ijazah anda
  • Major / minor pengajian
  • Nama institusi
  • Tahun graduasi

6. Kemahiran

Masukkan kemahiran yang ada pada anda sama ada ‘hard skill’ atau ‘soft skill’.

Hard Skill : Kemahiran seseorang selepas melalui proses pembelajaran atau pengalaman seperti pereka grafik, analisis data, perakaunan dan pentadbiran.

Soft Skill : Kebolehan seseorang seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif dan keyakinan diri yang tinggi.

7. Minat / hobi

Ini adalah bahagian yang boleh anda masukkan ke dalam resume anda. Sekiranya resume anda tidak mempunyai ruang, anda boleh memilih untuk tidak memasukkannya.

Anda boleh singkatkan maklumat hobi anda dengan memasukkan ikon yang sesuai mengikut minat anda.

Anda boleh rujuk disini untuk melihat minat / hobi yang sesuai dimasukkan ke dalam resume anda : Hobi Dan Minat 

8. Sijil profesional

Sekiranya anda mempunyai siji profesional yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, ia amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Berikut adalah contoh sijil profesional yang berkaitan dengan kerjaya yang ditawarkan :

  • Jurutera Keselamatan : Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO).
  • Jurutera Elektrik : Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Kesihatan (SHO) Elektrik.
  • Jurutera Pesawat : LAME – Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen

9. Rujukan

Rujukan adalah maklumat yang terakhir yang perlu ada di dalam resume. Rujukan adalah orang yang akan mengesahkan bahawa semua maklumat anda yang dinyatakan di dalam resume adalah tepat dan benar.

Format dan Template

Pastikan resume anda di setting ke dalam format yang betul. Anda boleh menggunakan template daripada Google Docs dan menggunakan format yang sedia ada. Masukkan maklumat yang diperlukan dan simpan di dalam fail Google anda sahaja.

Diharap perkongsian ini membantu anda menyiapkan resume yang berkualiti sebelum dihantar kepada majikan anda. Semoga berjaya

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.