Portal Jawatan Kosong Terkini

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 Untuk Anda Lulus Interview Nanti

0 580

Temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Tahniah kerana tersenarai untuk ditemuduga bagi jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Pastinya anda boleh menarik nafas lega kerana telah berjaya dalam peperiksaan secara online yang lepas. Ingin dapatkan contoh soalan untuk temuduga yang akan datang? Dapatkan disini dan anda boleh buat persiapan sebelum menghadapi temuduga yang sebenar.

Tips Lulus Temuduga

Untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19, anda perlu :

  • Membuat persediaan seperti membaca isu terkini negara.
  • Menghafal senarai Menteri Kabinet.
  • Mengetahui serba sedikit mengenai perkara berkaitan kenderaan.
  • Sediakan sijil yang diperlukan dengan betul.
  • Membuat persediaan pakaian
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Buat pendaftaran dengan urusetia temuduga.
  • Masuk dengan tertib ke bilik temuduga.
  • Jawab dengan yakin dan senyum.
  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Berjabat tangan dengan penemuduga.

Info Ringkas Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Jawatan ini berada dalam kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendaftaran Negara dengan gaji seperti berikut :

  • Gaji Minimum : RM1,355.00
  • Gaji Maksimum : RM4,007.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskripsi Tugas Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 :

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 ini?
  3. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas jawatan ini.
  4. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sekarang?
  5. Terangkan misi dan visi Jabatan Pendaftaran serta objektifnya.
  6. Apakah objektif Jabatan Pendaftaran Negara yang anda tahu?
  7. Sekiranya kad pengenalan seseorang hilang bagi kali pertama, berapakah denda yang dikenakan?
  8. Siapakah Menteri yang berada dibawah kementerian ini serta timbalannya yang anda tahu?
  9. Apakah isu terkini yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran dan sering menjadi viral di media sosial?
  10. Siapakah Ketua Setiausaha Jabatan Pendaftaran Negara?
  11. Adakah proses Sijil Perkahwinan dan Perceraian berada dalam bidang tugas Jabatan Pendaftaran Negara?
  12. Apakah perbezaan antara MyKad dengan MyPR?
  13. Bagaimanakah untuk mengatasi kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia?
  14. Jika ibu atau bapa bukan warganegara Malaysia, adakah anak yang lahir di Malaysia layak menjadi warganegara Malaysia?
  15. Apakah status anak pada ibu bapa yang berkahwin di luar Malaysia tetapi tidak mengesahkan perkahwinan mereka di Malaysia?
  16. Bagaimanakah prosedur pengangkatan anak angkat?
  17. Jika dihantar luar daripada tempat tinggal sekarang, adakah anda sanggup berjauhan daripada ahli keluarga anda?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.