Portal Jawatan Kosong Terkini

12 Jenis Soalan Dalam Bahasa Inggeris Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

12 Jenis Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Adakah anda mempunyai apa-apa soalan untuk ditanya kepada saya? Jangan sesekali mengatakan bahawa anda tidak mempunyai soalan. Katakan ya dan tanyakan soalan kepada penemuduga dengan yakin sekali. Tidak mengapa sekiranya anda membawa nota soalan dan ia merupakan salah satu persediaan yang terbaik untuk anda menghadapi temuduga.

Apakah contoh soalan yang sesuai untuk ditanya kepada menemuduga?

12 Jenis Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga Dalam Bahasa Inggeris

1. Can you tell me more about the day-to-day responsibilities of this job?

Ini adalah peluang anda untuk belajar seberapa banyak yang mungkin mengenai jawatan tersebut sehingga anda dapat ketahui adakah pekerjaan ini sesuai atau tidak dengan anda.

2. What do you think are the most important qualities for someone to excel in this role?

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya yang tidak terdapat dalam deskripsi tugas anda dan membantu anda mengetahui budaya kerja syarikat tersebut dengan tepat.

3. What are your expectations for this role during the first 30 days, 60 days, year?

Secara tidak langsung, anda dapat mengetahui harapan dan kehendak majikan bagi pekerja untuk jawatan ini.

4. Describe the culture of the company.

Sekurangnya anda dapat mengetahui adakah anda sesuai atau tidak dengan budaya kerja di syarikat tersebut.

5. Where do you think the company is headed in the next 5 years?

Jika anda merancang untuk bekerja dengan lebih lama dengan syarikat ini, soalan ini sangat sesuai diajukan kepada penemuduga dan anda mendapat gambaran yang sesuai untuk plan yang akan datang dalam kerjaya anda.

6. Who do you consider your top competitor, and why?

Sekurangnya penemuduga dapat memberikan gambaran mengenai pesaing syarikat dan anda dapat memberikan idea kepada majikan anda sekiranya berjaya menjawat jawatan ini.

7. What are the biggest opportunities facing the company/department right now?

Ia mendorong anda untuk merebut peluang dengan lebih baik dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hala tuju bagi masa akan datang.

8. What are the biggest challenges facing the company/department right now?

Soalan ini dapat membantu anda tahu dengan lebih lanjut trend terkini dalam industri dan mengenalpasti kemahiran yang sesuai untuk masa akan datang.

9. What do you like best about working for this company?

Dapatkan pengalaman peribadi penemuduga sebagai seorang majikan untuk maklumat tambahan mengenai cara kerja syarikat tersebut.

10. What is the typical career path for someone in this role?

Soalan ini menunjukkan anda sangat berminat untuk mengembangkan syarikat dan medapatkan cara bagaimana syarikat mempromosikan perniagaannya.

11. How do I compare with the other candidates you’ve interviewed for this role?

Soalan ini agak berisiko tetapi ia mampu membina hubungan yang baik dengan penemuduga dan dapat menunjukkan anda seorang calon yang terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

12. What are the next steps in the interview process?

Soalan ini menunjukkan bahawa anda ingin terus maju dalam proses temuduga akan datang dan ingin mendapatkan keputusan untuk masa akan datang.