Portal Jawatan Kosong Terkini

Cara Yang Betul Masukkan Kemahiran Multitask Dalam Resume Buat Majikan Teruja

0 997

Masukkan Kemahiran Multitask Ke Dalam Resume

Jika anda mempunyai kemahiran multitask dan ianya sangat unik serta bernilai tinggi, sila masukkan ke dalam resume anda. Ini adalah kerana banyak syarikat dan majikan sangat berminat dengan pekerja yang mempunyai kemampuan untuk melakukan pelbagai tugas atau multitasking.

Cara Memasukkan Kemahiran Multitasking  Dalam Resume

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk menyenaraikan kemahiran multitasking pada resume anda :

1. Highlight Kebolehan Anda Dalam Objektif / Ringkasan Resume Anda

Objektif merupakan satu ringkasan resume yang menceritakan dengan ringkas dan padat mengenai diri anda, kemahiran dan pencapaian anda.

Jadi, ringkaskan dengan menceritakan kemahiran serta kemampuan anda melakukan pelbagai tugas dengan sempurna. Tunjukkan kemampuan anda dengan menggunakan frasa atau ayat yang menunjukkan anda adalah seorang yang multitasking.

Contoh ayat :

“Saya adalah seorang pembantu akauntan yang boleh menyiapkan akaun syarikat serta boleh menyiapkan laman web syarikat menggunakan perisian web terkini dan memimpin ahli kumpulan dalam persediaan laporan tahunan.”

Secara objektifnya ada telah menunjukkan kemampuan anda untuk mengendalikan tugasan yang diberikan secara sekaligus tanpa sebarang masalah.

2. Masukkan Contoh Di Bahagian Pengalaman Kerja

Seperti anda ketahui, pada bahagian ini diceritakan tentang pengalaman kerja anda pada masa lalu. Jadi, masukkan contoh dengan meletakkan keterangan yang berkaitan dengan kemahiran multitasking anda seperti :

” Berjaya memasarkan produk syarikat dengan peningkatan graf sebanyak 30% selama 2 tahun dalam kerjaya. Pada masa yang sama juga membantu pengarah syarikat menjalankan mesyuarat yang tepat dan teratur.”

Huraian ini dengan jelas menerangkan tugas anda dan yang paling penting menunjukkan kemampuan anda untuk berjaya menguruskan tugasan secara sekaligus.

3. Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Kemahiran

Anda boleh masukkan kemahiran multitasking di bahagian kemahiran pada resume. Masukkan ayat yang menunjukkan hasil yang positif daripada usaha anda seperti :

“Mengenal pasti masalah sesuatu projek dengan cepat seterusnya menyiapkan tugasan kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah.”

4. Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Minat

Jika anda mempunyai beberapa aktiviti luar seperti aktiviti sukarela atau minat dan hobi yang berkait langsung dengan pekerjaan yang dipohon, senaraikan secara berasingan dibahagian bawah resume anda.

Ini menunjukkan anda dapat menangani pelbagai aktiviti berterusan dalam kehidupan seharian seiring dengan kerjaya anda.

 

Dengan memasukkan kemahiran multitasking anda, resume anda pastinya unik serta lain daripada yang lain. Jadi, ia menarik perhatian majikan untuk terus berminat mengambil anda menyertai syarikat.

Selamat mencuba.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.