Categories
Temuduga

“Apa Yang Paling Anda Suka Tentang Pekerjaan Terakhir Anda?” Kami Kongsikan Tips Menjawab Soalan Ini

Apa Yang Paling Anda Suka Tentang Pekerjaan Terakhir Anda?

Apa yang akan anda jawab sekiranya anda mendapat soalan ini?

Sebelum temuduga, pastikan anda memikirkan jawapan yang sesuai untuk jawapan ini. Pastikan anda tidak menceritakan sisi yang negatif sekiranya anda ditanya mengenai pekerjaan terakhir anda.

Mengapa Majikan Bertanya Soalan Ini

Soalan ini memberi peluang kepada HR untuk mengetahui jenis pekerjaan yang sesuai dengan anda jika anda bekerja di syarikat tersebut. Mereka boleh mengukur tahap pengalaman anda dengan situasi tempat kerja dan menilai kemahiran insaniah anda. Syarikat ingin memastikan mereka memberikan jawatan kepada orang yang betul dan sesuai.

 

Langkah Menjawab Soalan

Berikut adalah 4 langkah untuk membantu anda menjawab soalan ini:

  • Buat senarai aspek yang tidak sesuai dengan pekerjaan terakhir anda
  • Kenal pasti penyelesaian untuk masalah tersebut
  • Bandingkan penyelesaian anda dengan apa yang ditawarkan oleh pekerjaan
  • Berlatih

1. Buat senarai aspek yang tidak sesuai dengan pekerjaan terakhir anda

Kenal pasti perkara yang mungkin tidak anda suka pada pekerjaan anda sebelumnya. Fokus pada elemen yang boleh diubah atau dielakkan dalam pekerjaan baru. Langkah ini dapat memastikan anda menceritakan tentang pekerjaan anda sebelum ini dari segi bagaimana ia tidak sesuai dengan matlamat kerjaya, keseimbangan kerja dan kehidupan anda.

2. Kenal pasti penyelesaian untuk masalah tersebut

Untuk setiap perkara yang tidak anda suka mengenai pekerjaan anda sebelumnya, ceritakan bagaimana perkara itu dapat diperbaiki dalam pekerjaan anda yang seterusnya. Langkah ini dapat membantu anda mengekalkan sikap membina terhadap pekerjaan anda yang lalu.

3. Bandingkan penyelesaian anda dengan apa yang ditawarkan oleh pekerjaan

Sebaik sahaja anda menceritakan jalan penyelesaian kaitkan ia dengan jawatan yang anda mohon. Lihat strategi yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut.

4. Berlatih

Pilih beberapa jawapan yang sesuai dan berlatih menjawab soalan tersebut. Anda perlu berlatih untuk menjawab soalan tersebut supaya anda lebih yakin ketika menjawab soalan tersebut. Melalui latihan juga, anda boleh mengenalpasti kesesuaian jawapan dengan pengalaman kerja anda yang lepas.

Contoh jawapan

Anda boleh menggunakan jawapan di bawah dan sesuaikan dengan pengalaman kerjaya anda.

  • Contoh 1 : Keinginan untuk mengembangkan kemahiran anda

“Saya sangat suka bekerja di syarikat lama kerana ia menawarkan satu peluang untuk terus maju dalam bidang yang saya lalui. Namun, ianya agak terhad untuk saya memperkembangkan kemahiran yang lain. Saya lihat syarikat ini memberi peluang yang besar untuk saya memperkembangkan kemahran saya dan sekaligus mempelajari kemahiran yang baru. Oleh hal yang demikian, saya amat berminat untuk bekerja di syarikat ini.”

  • Contoh 2 : Mencari cabaran profesional

“Semasa pekerjaan terakhir saya, tidak banyak ruang untuk mengembangkan karier saya selain kemahiran tertentu sahaja. Setelah bekerja selama dua tahun dengan jawatan tersebut, saya ingin melakukan tugas dengan kemahiran yang berbeza .Namun, saya tidak berpeluang untuk melakukannya di tempat kerja yang lama. Ini menyebabkan saya sangat teruja untuk bekerja ditempat baru yang lebih berpotensi dan mencabar.”

  • Contoh 3 : Berminat dengan kerja yang fleksibel

“Saya suka pekerjaan yang diberikan dan kepercayaan oleh majikan kepada saya melalui tugas-tugas tersebut. Walaupun terdapat kekurangan fleksibiliti dalam jadual saya, saya masih menikmati pengalaman yang saya lalui dalam pekerjaan ini. Memandangkan syarikat ini menawarkan peluang untuk bekerja dari jarak jauh dan waktu yang diperlukan, ia sangat sesuai dengan apa yang saya inginkan selama ini”

Pentingnya disini memberikan jawapan yang positif kerana jawapan anda memberikan perspektif yang berbeza daripada majikan. Ia juga menunjukkan prestasi kerja anda dan mereka mengukur kemampuan serta kemahiran anda ditempat kerja yang terdahulu.

Yakin dan sentiasa bersiap sedia sebelum anda menghadapi sebarang temuduga. Diharap perkongsian ini membantu anda menjawab soalan “Apa yang paling anda suka tentang pekerjaan terakhir anda?” dengan baik.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

Apakah Kelebihan Anda Yang Tidak Tercatat Di Resume? Jawab Begini Confirm Majikan Puas Hati

Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume? Ini Cara Menjawabnya

Kadangkala penemuduga ingin tahu kelebihan anda yang anda tidak masukkan ke dalam resume. Mungkin penemuduga ingin mengenali anda dengan lebih dekat dan ingin tahu kelebihan lain yang ada pada diri anda.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengambil sedikit masa dan jangan tergopoh gapah untuk menjawabnya agar jawapan yang diberikan tidak sama seperti yang ada dalam resume.

Sebelum itu, buat semakan resume mengenai point penting yang dimasukkan agar resume anda menarik perhatian bakal majikan.

Cara Untuk Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Cara untuk menjawab soalan ini ialah :

1. Semak Resume Anda

Pentingnya mempunyai salinan resume pada anda kerana anda boleh membuat semakan. Jadi anda boleh semak pada bahagian ini dan ceritakan perkara yang tidak dimasukkan kepada penemuduga anda.

  • Pengalaman
  • Kemahiran
  • Sijil Ikhitisas / Profesional
  • Penghargaan atau pencapaian
  • Aktiviti luar
  • Minat

2. Pilih Kelebihan Yang Paling Unik

Setiap majikan inginkan pekerja yang mempunyai kelebihan serta kemahiran yang unik dan lain daripada yang lain. Jadi, jangan lupa masukkan kemahiran sahsiah atau Soft Skill yang boleh memberi kelebihan kepada anda untuk menjawat jawatan tersebut berbanding orang lain.

3. Kaitkan Kelebihan Anda Dengan Misi Syarikat

Jika anda membuat research mengenai syarikat tersebut, pastinya anda ketahui misi dan visi serta objektif syarikat. Oleh itu, kaitkan kelebihan anda dengan kehendak syarikat. Mungkin mereka mahu pekerja yang kreatif dan berdaya saing untuk memajukan diri sendiri serta syarikat itu sendiri. Maka, ceritakan perancangan anda dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang serta pencapaian syarikat tersebut.

Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan bahawa anda layak untuk memenuhi kehendak syarikat dengan maklumat yang diberikan.

Tips Menjawab Soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Berikut adalah tips untuk menajwab soalan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

  • Yakin dan jawab soalan dengan jelas dan bersahaja untuk  menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda layak untuk menjawat jawatan tersebut.
  • Ringkaskan jawapan anda agar difahami oleh penemuduga. Pastikan anda tidak memberikan jawapan dengan meleret.
  • Terangkan mengapa anda tidak memasukkan maklumat tersebut di dalam resume anda dengan menyatakan bahawa ianya tidak begitu sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Contoh Jawapan “Apakah Kelebihan Anda Yang Tiada Dalam Resume?”

Berikut adalah contoh menjawab soalan ini :

Contoh 1

“Satu pengalaman yang tidak dimasukkan ke dalam resume saya adalah sebagai pemandu pelancong kampus. Saya mengetuai lawatan berkumpulan calon pelajar dan keluarga mereka di sekitar sekolah dan membincangkan pengalaman saya sebagai pelajar. Saya tahu apa yang mereka lalui kerana saya berada di tempat mereka tiga tahun sebelum itu. Saya menjadi pakar di kolej saya untuk membantu golongan muda merasa lebih yakin dengan pendidikan masa depan mereka.

Oleh kerana saya memohon jawatan sebagai copywriter, saya memilih untuk fokuskan resume saya berkaitan dengan pengalaman seperti menulis dan menyunting. Namun, tugas saya sebagai pemandu pelancong meningkatkan kemampuan saya untuk berhubungan dengan orang lain serta mempunyai keperluan dengan pelanggan dan penting untuk jawatan ini. ”

Contoh 2

“Saya menyertai kumpulan larian yang bertemu setiap hujung minggu untuk larian jarak jauh. Semasa mula-mula pindah ke sini, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan mengedar risalah di gym, tetapi sekarang saya bertugas di bahagian media sosial dan menguruskan aturcara acara kumpulan tersebut. Ia bermula dengan hanya beberapa orang, tetapi sekarang ini terdapat 30 ahli yang ingin menjadi lebih aktif dan sihat. Saya menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi media sosial dan semangat keusahawanan untuk membantu orang lain. Saya faham bahawa kemahiran ini sangat sesuai untuk jawatan sebagai penyelaras media sosial. ”

Contoh 3

“Saya memilih untuk tidak memasukkan kemahiran membuat kod  pada resume saya kerana pekerjaan ini nampaknya lebih tertumpu pada reka bentuk grafik dan penjenamaan produk. Namun, saya mempunyai pengalaman dengan HTML, CSS dan JavaScript dan saya berminat untuk menggunakan kemahiran ini pada pelbagai projek pembangunan web yang dapat saya tetapkan. ”

Jika anda menjawab dengan yakin, pastinya penemuduga berpuas hati dengan jawapan yang anda berikan. Tetapi ingat, pastikan jawapan yang anda berikan padat dan ringkas. Semoga anda berjaya dalam temuduga anda dan mendapat jawatan yang ditawarkan.

Categories
Temuduga

Panduan Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga

Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Dan Tudung Untuk Hadir Temuduga?

Hari temuduga semakin lama semakin dekat. Tetapi tidak tahu padanan yang betul dan sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Baju, kasut semuanya dah siap. Tapi tidak tahu hendak membuat padanan baju dan tudung pula. Sebentar, jangan pening-pening untuk memikirkan padanan warna baju dan tudung. Anda boleh terus membuat padanan baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai pada hari temuduga nanti melalui perkongsian ini.

Padanan Warna Baju Dan Tudung

Baju Dusty Pink

Pastinya ramai wanita diluar sana yang gemarkan warna Dusty Pink ini bukan. Ini kerana warna ini menunjukkan bahawa anda yang memakinya adalah seorang yang feminim, lemah lembut dan memukau orang yang melihatnya. Warna tudung yang sesuai dengan warna ini ialah :

  • Mauve purple
  • Soft rossy pink
  • Barely beige

Soft Yellow

Bukan semua orang menyukai warna ini kerana ianya kelihatan terlalu terang. Tetapi anda boleh memakai warna kuning jenis Soft Yellow ini yang nampak lebih lembut dan tidak menyilaukan mata. Warna kuning ini menyerlahkan diri anda seperti seorang yang ceria, positif dan sentiasa bertenaga. Warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju berwarna Soft Yellow ialah :

  • Sage green
  • Peach
  • Cranberry

Soft Brown

Warna ini sering menjadi pilihan usahawanita, wanita yang bekerjaya dan golongan profesional dalam bidang masing-masing. Selalunya mereka yang memakai pakaian berwarna ini akan kelihatan lebih matang dan nampak profesional. Padanan warna tudung yang sesuai ialah :

  • Dark gold
  • Hitam
  • Dark greyish blue

Royal Purple

Golongan kreatif sangat menggemari warna ungu kerana ia meningkatkan daya pemikiran yang kreatif dan menenangkan saraf mereka setelah seharian berfikirkan idea-idea baru. Warna tudung yang sesuai ialah :

  • Light lavender
  • Deep red violey
  • Ocean green

Deep Silver Grey

Tahukah anda bahawa warna ini memperlihatkan sisi yang mewah serta keyakinan yang  tinggi pemakainya? Malahan ia juga menunjukkan mereka yang memakainya adalah seorang yang berfikiran jauh dan kreatif. Warna tudung  yang sesuai dipadankan dengan baju berwarna ini ialah :

  • Blue grey
  • Dusty pink
  • Soil brown

Semoga Bermanfaat!

Sumber : Puan Mary

Categories
Temuduga

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga Yang Harus Calon Elakan Jika Nak Dapat Kerja

Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Seorang penemuduga telah berkongsikan pengalaman beliau melihat secara sekali imbas beberapa kesalahan etika yang telah dilakukan oleh calon-calon ketika sesi temuduga dijalankan.

Malahan, kesalahan yang dilakukan ini adalah ketika menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mari kita lihat apakah kesalahan-kesalahan tersebut yang mana 90% markah terus ditolak oleh penemuduga tersebut.

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Antara 17 kesalahan etika yang disenaraikan oleh penemuduga ialah :

Calon Lelaki

  1. Tidak menepati masa : Sesi temuduga yang telah ditetapkan adalah pada jam 930 pagi. Tetapi calon hadir temuduga pada jam 940 pagi. Lewat 10 minit. Sepatutnya calon hadir pada jam 9 pagi iaitu 30 minit lebih awal seperti mana yang telah ditetapkan dalam panduan temuduga SPA.
  2. Terlupa membawa neck tie : Untuk temuduga perjawatan tertentu, calon lelaki diwajibkan memakai tie kerana memakai blazer. Bagi penemuduga tersebut, memakai blazer tanpa mengenakan tie sangat tidak kemas dan apabila ditanya, calon pula menjawab terlupa untuk membawa tie.
  3. Memakai neck tie yang tidak sesuai : Bila sudah pakai, tienya pula berbunga-bunga dengan corak yang besar dan berwarna-warni. Sakit pula mata ahli panel penemuduga lihat. Macam hadir majlis anugerah pula.
  4. Memakai seluar skinny : Seluar slack hitam sudah elok dan sesuai. Tetapi sayangnya seluar yang dipakai jenis skinny atau terlalu ketat pula. Sehingga nampak terlampau melekat pula badan tubuh badan.
  5. Pakai kasut futsal/kasut sukan : Ada pula calon lelaki penampilan yang lain sudah cukup elok dan sesuai. Tetapi sayangnya pakai kasut futsal dan kasut sukan apabila hadir temuduga.
  6. Tidak memakai stokin : Apabila calon duduk dihadapan penemuduga, sudah pasti penemuduga dapat lihat calon secara menyeluruh. Stokin pula tidak dipakai. Nampak tidak kemas. Ada pula yang memakai stokin berwarna oren dan gambar kartun. Selepas ini, jika kasut berwarna hitam atau coklat gelap, sila pakai stokin berwarna gelap ya.
  7. Baju kemeja bercorak : Alamak, pakai baju kemeja bercorak seperti nak mandi pantai pun ada. Jika anda hadir temuduga SPA, pastikan anda memakai kemeja kosong. Tidak perlu berbunga-bunga dan berwarna warni.
  8. Tidak memakai tali pinggang : Masuk ke dalam bilik temuduga dengan mengangkat seluar tidak berhenti. Bila duduk tidak selesa dan asyik betulkan seluar.
  9. Kepala tali pinggang terlalu besar : Ini bukan nak pergi konsert rock. Ada calon yang memakai tali pinggang besar, dengan bentuk kepala ular yang besar seperti mahu hadir konsert rock, kan. Jadi, jangan pakai tali pinggang yang begini. Pakai yang biasa dan kecil sahaja. Asalkan anda selesa.
  10. Jam tangan getah : Penemuduga tahu, anda mampu memakai jam tangan G-Shock yang terkini dan mahal. Tapi seeloknya tinggalkan sekejap dirumah dan pakai jam tangan yang agak kasual dan profesional sedikit.
  11. Bau ketiak : Alamak, kenapa tidak pakai deodorant? Atau calon ini tidak mandi? Ini bukan rekaan tetapi inilah yang dialami oleh penemuduga ya. Jangan lupa untuk pakai deodorant sebelum hadir temuduga ya.
  12. Susunan sijil tidak betul : Panduan susunan sijil yang betul kan sudah ada. Mengapa tidak ikut panduan yang diberikan? Kalau susunan sijil pun tidak betul, bagaimana pula jika diberikan arahan untuk tugasan nanti?

Untuk susunan sijil anda ketika hadir temuduga SPA, rujuk sini untuk dapatkan panduan yang betul serta cara-cara mengisi MyResume.

Calon Wanita

Calon wanita pun ada beberapa kesalahan etika yang dilakukan ya seperti :

  1. Tudung singkat : Calon wanita perlu ingat, anda hadir temuduga. Bukan pergi ke pasaraya untuk shopping. Pakailah tudung yang agak labuh hingga ke paras dada. Tidak perlu belit-belit sampai kelihatan singkat.
  2. Kaca mata yang tidak sesuai : Pakai kaca mata itu tidak salah. Tetapi jika anda memakai kaca mata hitam atau berwarna-warni ketika temuduga, memang tidak sesuai dengan anda sebagai seorang calon.
  3. Baju warna-warni dan tidak sesuai : Elakkan memakai baju kurung atau blouse yang berwarna-warni serta mempunyai corak bunga yang besar-besar. Seeloknya anda memakai baju kurung yang mempunyai sekurangnya 3 warna sahaja.
  4. Tumit kasut terlalu tinggi : Memang elok anda memakai kasut bertumit ketika hadir temuduga. Tetapi kalau tingginya sehingga 5 inci, sudah seperti anda menjadi model dan buat catwalk pula.
  5. Mekap terlalu tebal : Mesti nak cantik ketika temuduga. Tetapi jangan pula sampai tebal sangat. Mulut merah menyala, bulu mata sampai panjang sejengkal. Mekap nipis-nipis pun tidak mengapa.
  6. Memakai sandal dan stokin : Memang nampak elok. Tetapi elakkan untuk memakai sandal dan stokin. Anda perlu memakai kasut yang bertutup dan jangan lupa memakai stokin ya.
  7. Fesyen tudung yang tidak sesuai : Tudung berbelit-belit dan rambu-ramba. Diingatkan kepada calon wanita, jika anda akan hadir temuduga, sila pakai tudung yang fesyennya tidak keterlaluan dan bersederhana sahaja.
  8. Potongan skirt yang pendek : Seksi betul calon yang memakai skirt pendek ketika hadir temuduga. Disarankan anda memakai skirt yang melepasi paras lutut dan digalakkan untuk memakai seluar atau baju kurung sahaja ketika hadir temuduga terutamanya bagi calon non muslim.
  9. Memakai blazer dengan baju kurung : Jika anda memakai baju kurung, anda dinasihatkan untuk tidak memakai blazer dengan baju kurung. Tetapi jika anda memakainya, sila pakai name tag ya.
  10. Perfume terlalu kuat : Tidak semua panel penemuduga suka dengan bau perfume anda. Ada yang alah dengan bau perfume yang terlalu wangi ya. Pakai perfume itu tidak salah, seeloknya pakai perfume dengan cara sederhana sahaja.
  11. Susunan sijil salah : Sama seperti calon lelaki, masih lagi yang tidak ikut panduan yang diberikan oleh pihak SPA.

Calon wanita boleh dapatkan rujukan mengenai cara pemakaian suit yang sesuai untuk hadir temuduga.

Categories
Temuduga

Panduan Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadir Temuduga Untuk Calon Wanita

Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Jika anda memilih untuk memakai suit atau three atau two piece skirt atau pants suit,anda mesti memakai suit yang sesuai untuk menghadiri temuduga anda. Bagaimana pula untuk memakai suit yang sesuai?

Jika anda ingin dapatkan panduan untuk memakai suit yang sesuai ketika hadir temuduga, teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan panduan suit yang sesuai dengn anda.

9 Panduan Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Berikut adalah 9 panduan memakai suit yang sesuai untuk hadiri temuduga ialah :

  1. Pastikan corak suit seperti blazer, skirt atau seluar anda sesuai sama ada kosong, berteksktur halus dan berjalur.
  2. Pakai suit temduga anda yang paling simple dengan warna neutral seperti warna hitam, coklat, biru laut, kelabu atau berwarna krim.
  3. Elakkan memakai blouse atau kemeja yang mempunyai potongan yang singkat di atas paras punggung. Nampak seksi dan tidak sesuai sebagai calon penemuduga. Labuhkan kemeja dan blouse anda melepasi paras punggung supaya kelihatan sesuai untuk hadir temuduga.
  4. Anda dilarang sama sekali untuk memakai suit yang pendek, ketat dan sendat. Bentuk tubuh badan akan tertonjol dan mengganggu tumpuan penemuduga serta secara tidak langsung menjatuhkan maruah calon.
  5. Pastikan juga skirt atau seluar anda berwarna gelap dengan menggunakan warna korporat seperti  hitam, biru laut, biru gelap, kelabu dan coklat gelap. Jangan memakai skirt kembang dibahagian bawah.
  6. Bagi calon wanita non muslim, anda digalakkan untuk memakai skirt yang labuh dan sehingga menutupi paras lutut.
  7. Anda juga dilarang untuk memakai blouse atau kemeja yang terlalu berfesyen dan nampak pelik. Anda digalakkan untuk memakai blouse atau kemeja yang mempunyai potongan konservetif supaya dapat menonjolkan kewibawaan anda sebagai seorang calon.
  8. Pilih fabrik untuk skirt atau seluar yang kelihatan terletak elok dan kemas apabila dipakai. Jangan memakai fabrik jenis likra, jeans atau jersi kerana ia tidak sesuai dan tidak menepati kod etika pemakaian untuk hadir temuduga.
  9. Akhir sekali pastikan potongan seluar yang dipakai bukan jenis skinny atau melekat pada peha anda. Penemuduga tidak ingin melihat bentuk tubuh anda ketika sesi temuduga nanti.

Pastikan first impression penemuduga kepada anda adalah satu pandangan yang paling terbaik. Seterusnya jawab soalan dengan baik, yakin menepati soalan. Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Persediaan Nak Lulus Temuduga SPA Mudah. Follow Tips Ini

Baca Ini Confirm Anda Boleh Jawab Soalan Temuduga Dengan Mudah

Nak baca isu apa, maklumat apa ya agar mudah untuk menjawab soalan yang ditanya ketika temuduga nanti? Semua isu dan maklumat dah Google dan search. Risau pulak kalau nanti lain yang keluar ketika sesi temuduga yang betul.

Sebelum lihat isu yang perlu dibaca untuk dapatkan maklumat, jom lihat dahulu serba sedikit tips berkaitan 10 perkara yang dilarang untuk anda lakukan ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Apakah bahan bacaan yang sesuai dibaca sekiranya menghadapi temuduga SPA?

Antara bahan bacaan yang perlu dibaca untuk menghadapi temuduga ialah :

  • Isu semasa negara yang berlaku dalam dan luar negara.
  • Isu semasa berkaitan jawatan yang di pohon. Contohnya isu semasa pendidikan sekiranya anda memohon jawatan seorang guru.
  • Akta-akta yang berkaitan dengan jawatan yang di pohon.
  • Pengajian am untuk dapatkan maklumat mengenai maklumat berkaitan Perlembagaan, Perjanjian dan sebagainya.
  • Teras 5, Integriti, Misi & Visi serta Objektif Jabatan / Kementerian.
  • Sejarah Malaysia, Dasar Pendidikan, Rukunegara dan lain-lain.
  • Senarai Menteri Kabinet yang terkini.
  • Maklumat sesuatu jabatan, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha dan Menteri yang berkaitan.
  • Deskripsi tugas jawatan yang dipohon.
  • Nama penuh Perdana Menteri , Timbalannya dan YDP Agong.
  • Istilah-istilah yang berkaitan dengan bidang jawatan yang dipohon.

Jadi, banyakkan membaca maklumat-maklumat yang berkaitan dengan negara, luar negara serta maklumat yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Disinilah penemuduga menilai kesungguhan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Apakah perkara yang perlu dilakukan terutamanya berkaitan penampilan diri untuk hadir temuduga? Klik sini  dan dapatkan tips yang sesuai untuk anda amalkan ketika temuduga anda nanti.

Categories
Temuduga

Antara Contoh Soalan Dan Jawapan Untuk Temuduga Berkumpulan Di Syarikat Swasta

Contoh Soalan Dan Jawapan Untuk Temuduga Berkumpulan Di Syarikat Swasta

Banyak pula nama disebut untuk masuk ke dalam bilik temuduga. Kemudian bila anda masuk ke bilik temuduga ternyata anda akan ditemuduga secara berkumpulan.

Temuduga cara ini semestinya menjimatkan masa majikan dan dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang cepat.

Walaupun agak menakutkan kerana ramai calon, namun anda perlu bertenang dengan mengikut langkah persediaan yang dikongsikan ini.

Apa Itu Temuduga Berkumpulan?

Temuduga berkumpulan ini adalah di mana anda dan beberapa calon yang lain dipanggil masuk bersama-sama untuk ditemuduga. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui seberapa baik calon dapat berkomunikasi, bekerja sebagai satu pasukan dan bagaimana anda bekerja dalam situasi yang tertekan.

Contoh Soalan Dan Jawapan

Berikut adalah contoh soalan dan jawapan yang digunakan di dalam temuduga secara berkumpulan.

Perlu diingatkan bahawa jawapan ini hanya bertujuan sebagai panduan sahaja :

  1. Beritahu saya tentang situasi di mana anda naik ke atas dan seterusnya untuk memenuhi keperluan pelanggan.
  2. Bagaimana anda mendorong pelanggan untuk membeli salah satu produk kami?
  3. Bagaimana anda fikir kelebihan anda dapat memberi manfaat kepada syarikat kami?
  4. Namakan salah satu kelemahan anda yang ingin anda perbaiki.
  5. Apakah peranan anda dalam menyusun rancangan projek yang dibuat oleh kumpulan anda?
  6. Bagaimana menurut anda, matlamat anda sesuai dengan budaya syarikat kami?

1. Beritahu saya tentang situasi di mana anda naik ke atas dan seterusnya untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Soalan ini memerlukan anda untuk berfikir dengan cepat dan membuat pertimbangan yang tepat. Dengan membincangkan senario pengurusan krisis dengan kumpulan, majikan dapat mengenalpasti bagaimanakah caranya anda menangani masalah ini.

Contoh: “Seorang pelanggan dipanggil untuk menyatakan keprihatinan mengenai kontraktor yang dilantik oleh syarikat kami. Saya mendengar kebimbangan mereka dan menghubungi kontraktor untuk bertanya mengapa terdapat kelewatan dalam menyelesaikan projek pelanggan yang penting. Selepas bercakap,kami membuat perjanjian untuk memberikan temujanji baru kepada kontraktor untuk hadir ke rumah pelanggan dan menyelesaikan projek tersebut. Selepas temujanji yang dijadualkan, saya memanggil pelanggan kembali untuk menerima maklum balas mengenai projek tersebut. Mereka memberitahu saya bahawa kontraktor gagal untuk hadir dan sangat kecewa. Saya bercakap dengan pengurus saya dan mendapat kebenaran untuk mengupah kontraktor lain dan menyuruh mereka menyelesaikan kerja secara percuma. Pelanggan mengucapkan terima kasih dan sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kontraktor. ”

2. Bagaimana anda mendorong pelanggan untuk membeli salah satu produk kami?

Soalan ini sesuai untuk temuduga untuk jawatan jurujual. Tunjukkan kemampuan anda menyelesaikan soalan ini dengan kreatif dan rasional. Melalui jawapan anda, majikan dapat mengetahui kebolehan anda untuk mengajak pelanggan berminat membeli produk dengan anda.

Contoh: “Saya akan berusaha melibatkan pelanggan dalam perbincangan mengenai minat mereka dan untuk apa mereka menggunakan produk ini. Walau bagaimanapun, anda perlu fokus membina hubungan dengan mereka untuk meningkatkan peluang penjualan pada masa sekarang dan masa depan. Ini adalah mengenai cara anda bercakap dengan pelanggan, bukan hanya produk atau mendapatkan hasil akhir penjualan sahaja. Sebagai contoh, jika pelanggan mendengar muzik dengan salah satu produk di kedai, saya mungkin bertanya kepada mereka jenis muzik yang mereka gemari. Dengan cara itu, saya dapat memulakan perbualan untuk mengetahui model mana yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Saya mempunyai pengalaman untuk jenis penjualan ini dalam pekerjaan saya sebelumnya, iaitu saya membimbing dan menerangkan kepada pelanggan melalui telefon mengenai pelbagai model telefon bimbit yang ditawarkan oleh syarikat untuk dijual.

3. Menurut anda bagaimana kelebihan anda dapat memberi manfaat kepada syarikat kami?

Tunjukkan kemahiran anda dan bagaimana anda menerapkannya dalam suasana yang profesional. Ini dapat mendorong minat majikan apabila mereka menghargai kisah yang anda ceritakan dan menyesuaikannya dengan pengalaman anda yang tercatat di resume.

Contoh: “Saya percaya bahawa saya adalah seorang boleh bekerja di dalam berkumpulan. Saya telah bekerja dalam jawatan yang memfokuskan kepada pelanggan selama lima tahun dan tahu betapa pentingnya tindak balas yang dan fleksibel terhadap keperluan pasukan saya dan juga keperluan pelanggan. Saya menyukai kenyataan bahawa syarikat anda mendorong kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk mengambil inisiatif dan berusaha menyelesaikan semua pertanyaan dalam satu panggilan. Saya juga berpendapat bahawa kebolehpercayaan saya akan menjadi aset yang besar untuk anda. Dalam dua peranan saya sebelumnya, saya mendapat pujian kerana kehadiran saya yang tinggi dan kemampuan saya untuk menyelesaikan kerja dalam jangka masa yang dipersetujui dengan pengurus saya. ”

4. Namakan salah satu kelemahan anda yang ingin anda perbaiki.

Soalan ini memberi anda peluang untuk menunjukkan peningkatan diri dalam kerjaya anda. Majikan ingin mengetahui bagaimana peningkatan diri anda boleh menyumbang ke arah perkembangan organisasi mereka.

Contoh: “Kadang kala, saya terlalu cerewet terhadap pekerjaan saya. Ini boleh menyebabkan kelewatan projek kerana saya merasa perlu memastikan semuanya kelihatan sempurna. Namun, sejak saya mula bekerja secara langsung dengan pelanggan sejak setahun yang lalu, saya mula belajar mengurus diri dan mengatur emosi saya dalam situasi tekanan tinggi.”

5. Apakah peranan anda dalam menyusun rancangan projek yang dibuat oleh kumpulan anda?

Tunjukkan peranan anda dalam kumpulan. Ceritakan pengalaman anda di tempat kerja yang terdahulu dan ceritakan dengan penuh keyakinan. Majikan akan menganalisis jawapan anda untuk melihat kemahiran insaniah dan komunikasi bukan lisan ketika menerima jawapan anda.

Contoh: “Saya secara sukarela mencatat perbincangan dan maklum balas dari pasukan saya mengenai bagaimana meneruskan strategi penjualan yang komprehensif. Saya seronok melakukannya kerana saya seorang yang teratur dan dapat meringkaskan maklumat serta dapat berfikir secara kreatif. Saya memastikan bahawa cadangan semua orang dicatat dan memastikan kami tidak membuang masa semasa perbincangan. Semasa menulis strategi penjualan, saya bekerjasama dengan kakitangan barisan depan dan menggunakan komputer rakan saya untuk membuat draf dan berkongsi dengan seluruh pasukan. ”

6. Menurut anda bagaimana matlamat anda sesuai dengan budaya syarikat kami?

Matlamat yang ada pada anda menentukan sama ada pekerjaan yang anda ditemuduga sesuai dengan anda. Sentiasa bersedia dengan maklumat mengenai  matlamat dan hala tuju syarikat semasa menjawab soalan ini.

Contoh: “Matlamat yang terpenting buat saya adalah komuniti dan tanggungjawab. Saya percaya kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjadi sukarelawan dalam komuniti tempatan kita dan mempunyai kesan yang lebih besar pada perkara yang telah kita tinggalkan. Saya suka syarikat anda yang begitu fokus membantu keluarga tempatan mencari pilihan tentang penjagaan anak dan saya ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Saya berasa puas apabila mengetahui bahawa saya melakukan sesuatu yang mempunyai faedah kepada pelanggan dan saya rasa kerja yang akan saya lakukan di sini akan memberi saya lebih banyak peluang.

“Selain itu, saya suka dengan faedah yang diberikan syarikat terhadap pekerjanya. Saya seronok bekerja di persekitaran di mana rakan sekerja berinteraksi antara satu sama lain secara sosial dan profesional. Itulah sebabnya saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja. ”

Persiapan Untuk Menjawab Soalan

Persiapan untuk temuduga secara berkumpulan mungkin kelihatan seperti tugas yang luar biasa pada mulanya, tetapi tips di bawah ini menunjukkan beberapa strategi yang dapat dilaksanakan untuk membantu anda..

1. Teliti syarikat yang menemuduga anda

  • Teliti maklumat syarikat seperti bidang yang dikendalikannya, apa yang dilakukan pekerjanya dan budaya korporatnya.
  • Dapatkan maklumat melalui portal rasmi syarikat kerana kemungkinan penemuduga meminta anda untuk membuat sedikit penyelidikan yang berkaitan dengan syarikat. Sekurangnya anda tidak terkejut dan dapat membuat penyelesaian dengan mudah, kreatif dan tenang.

2. Fahami kekuatan dan kelemahan anda

  • Fikirkan kemahiran, kekuatan dan kelemahan anda dan bandingkan dengan deskripi tugas yang disenaraikan.
  • Tunjukkan beberapa contoh untuk menggambarkan kekuatan ini. Sebagai contoh, jika anda seorang ahli kumpulan yang baik, anda boleh menyebutkan bagaimana kumpulan pemasaran terakhir anda berjaya mengatasi sasaran jabatan anda selama 10 bulan berjalan.
  • Sebagai alternatif, anda boleh menyatakan bahawa anda telah meluangkan waktu untuk mengambil minit dalam mesyuarat untuk menunjukkan kesungguhan anda.
  • Menyenaraikan kekuatan anda dan kaitkan ia dengan matlamat syarikat boleh menonjolkan anda dengan calon yang lain.

3. Ceritakan perjalanan kerjaya yang anda mahukan

  • Setiap orang yang ditemubual dalam kumpulan ini akan mempunyai alasan yang berbeza mengapa mereka ingin mendapatkan pekerjaan ini.
  • Pastikan untuk membincangkan perjalanan kerjaya anda selaras dengan kedudukan dan matlamat syarikat.
  • Rancang untuk menerangkan motivasi peribadi dan profesionalisme anda untuk perkembangan kerjaya anda.
  • Gunakan kaedah SMART (Specific, Measurable, Actionable, Relevant and Time-based)  untuk membantu anda menyampaikan objektif kerjaya anda.

4. Berlatih bercakap dan bahasa badan anda

  • Temuduga berkumpulan juga penting untuk meninggalkan kesan positif yang  Anda perlu bercakap dengan yakin dan bersikap terbuka.
  • Buat latihan temuduga dengan rakan dan keluarga untuk menolong anda yakin dengan temuduga yang akan dilalui.
  • Praktikkan kaedah STAR (Situation, Task, Action, Result) untuk mengenal pasti jawapan anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menghadapi temuduga dengan tenang dan lancar.

Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Tips Susun Dokumen & Sijil Serta Cara Lengkapkan Resume Untuk Temuduga SPA

Cara Susun Dokumen / Sijil Serta Cara Lengkapkan Resume Untuk Temuduga SPA

Tahukah anda bahawa terdapat panduan untuk anda hadir temuduga jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan panduan ini anda perlu patuhi tanpa gagal.

Untuk mematuhi arahan ini sangat mudah, anda hanya perlu teruskan membaca perkongsian ini dan lengkapkan segala keperluan yang dikehendaki.

Mari kita lihat apakah keperluan yang perlu anda ikuti supaya anda tidak gagal dalam temuduga nanti.

Semasa Hadir Temuduga

Semasa anda hadir temuduga SPA, anda perlu membawa bersama dokumen ASAL semasa temuduga serta anda perlu menyusun mengikut turutan seperti :

  1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak.
  2. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan).
  3. SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf.
  4. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
    skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan).
  5. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah.
  6. Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah.
  7. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan.
  8. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan).
  9. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan).
  10. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan).
  11. Sijil kegiatan luar.
  12. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun.
  13. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

Cara Melengkapkan Resume

Anda juga perlu melengkapkan resume dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

  1. Untuk melengkapkan resume, anda perlu klik di pautan myResume.
  2. Kemudian, anda perlu muat naik gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah, sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan dan skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan.
  3. Jangan lupa untuk mencetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume.
  4. Anda juga perlu membuat semakan pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA.
  5. Berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.

Anda juga diingatkan untuk mematuhi arahan dan panduan ini dan anda juga perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tidak palsu kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan pihak SPA untuk membuat lantikan.

Keputusan Temuduga

Anda akan mengetahui keputusan temuduga dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temuduga dengan melayari portal rasmi SPA disini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan temuduga, anda boleh hubungi SPA di :

  • Telefon: +603 8091 9000
  • Portal Rasmi : SPA
Categories
Temuduga

Tips Berpakaian Simple Tetapi Kemas Semasa Hadir Temuduga Untuk Calon Lelaki

Pakaian Untuk Hadir Temuduga

Jika hendak hadir temuduga pastinya ramai memikirkan untuk menyediakan semua sijil serta persediaan menjawab soalan dengan betul sekiranya ditanya oleh penemuduga. Tetapi jangan lupa perkara penting ini iaitu penampilan diri dari segi pemakaian untuk hadir temuduga nanti.

Terdapat pelbagai jenis tips berpakaian untuk hadir temuduga tetapi tahukah anda pakaian warna apa yang sesuai untuk dipakai ketika temuduga nanti? Dapatkan tips warna yang sesuai dipakai disini terlebih dahulu untuk temuduga anda nanti.

Tips Berpakaian Simple Tetapi Kemas Dan Menarik Ketika Temuduga

Seperti anda tahu, pakaian merupakan satu lambang keperibadian pemakainya dan perkara ini perlu dititikberatkan serta mempengaruhi pandangan pertama bakal majikan anda.

1. Jam Tangan

Jam tangan yang sesuai dipakai ialah jenis profesional dan nampak formal serta bertali kulit atau jenis besi. Elakkan memakai jam tangan jenis sport walaupun jam tangan anda tersebut dengan harga yang sangat mahal. Juga, elakkan daripada memakai jam tangan yang bertali getah dan berwarna warni.

2. Stokin Dan Kasut

Seeloknya pakai kasut berwarna hitam atau dark brown dan padankan dengan stokin berwarna hitam atau dark brown juga. Elakkan memakai kasut sport dan pilih kasut yang sesuai.

3. Tali Leher

Jika anda ingin memakai tali leher ketika temuduga, pilih tali leher yang bersesuaian warnanya dengan baju kemeja yang anda pakai. Sekiranya anda memakai kemeja berwarna putih, anda boleh memilih warna biru atau hitam dengan corak yang kecil dan tidak berwarna warni atau pilih sahaja tali leher kosong tanpa sebarang corak.

4. Seluar Jenis Slack

Jangan sesekali memakai seluar jeans ketika temuduga. Malah, anda juga dilarang memakai seluar jenis potongan skinny atau slim fit kerana ia sangat tidak sesuai ketika temuduga.

Terdapat 3 jenis potongan seluar slack yang sesuai dipakai ketika temuduga ialah :

  • Double Pleat : Sesuai untuk anda yang berbadan besar
  • Single Pleat : Sesuai untuk anda badan bersaiz sederhana dan kecil
  • Flat Front : Sesuai untuk anda berbadan kecil

Sebaiknya pakai seluar yang berwarna gelap ketika temuduga dan tidak terlalu terang seperti warna kuning, pink, kuning dan ungu.

5. Kemeja

Juga diingatkan kepada calon lelaki untuk memakai kemeja yang selesa dan tidak terlalu fit seperti kemeja slim fit semata-mata untuk kelihatan terlalu kemas. Risau juga nanti bila duduk butang baju tercabut pula. Jangan pula anda memakai baju yang terlalu besar.

Pakai kemeja yang berwarna putih, navy blue dan  pink lembut dan padankan dengan warna seluar anda.

6. Blazer

Blazer bukanlah pakaian yang wajib dipakai ketika temuduga. Tetapi jika anda ingin pakai blazer ketika temuduga, pakai dengan betul dan padankan dengan warna seluar dan kemeja anda. Kebanyakan calon lelaki memilih suit berwarna hitam kerana ia adalah warna pakaian yang paling selamat ketika temuduga anda.

Semoga member manfaat!

Categories
Temuduga

5 Tips Persediaan Mental & Fizikal Menghadapi Temuduga

Tips Persediaan Mental Dan Fizikal Untuk Menghadapi Temuduga

Semua calon temuduga pasti tahu persediaan yang perlu dilakukan beberapa hari sebelum hadir temuduga. Namun terdapat beberapa rungutan daripada bakal majikan dimana calon yang dipanggil untuk temuduga tidak membuat persediaan yang secukupnya dan hadir tanpa persediaan mental dan fizikal yang secukupnya.

Hal ini sangat mengecewakan para majikan kerana mereka juga mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada setiap calon ketika proses temuduga dijalankan.

Untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi sesi temuduga dengan penuh persediaan, sila buat persediaan yang secukupnya seperti berikut :

  • Persediaan Fizikal
  • Dokumentasi
  • Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)
  • Emosi / Mental
  • Penampilan Diri

1. Persediaan Fizikal

Anda digalakkan untuk tidur awal sehari sebelum hadir temuduga dan tidur dengan waktu yang berkualiti. Mengapa anda perlu tidur dengan awal? Ia bertujuan untuk membolehkan tubuh badan anda mendapat rehat dengan secukupnya dan cergas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

2. Dokumentasi

Pastikan semua dokumen penting yang diperlukan lengkap dan berada dalam keadaan yang baik sebelum di bawa ke sesi temuduga. Pastikan salinan dokumen anda di cop pengesahan dan sediakan dalam 2 atau 3 salinan untuk diberikan kepada panel penemuduga.

Digalakkan untuk meletakkan semua dokumen penting anda ke dalam satu fail khas dan disusun dengan susunan yang betul.

Anda juga boleh lihat disini panduan untuk menyusun sijil dengan betul dan gunakan kreativiti anda untuk jadikan ia lebih menarik perhatian majikan sekiranya anda memohon pekerjaan dalam sektor swasta.

3. Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)

Pengetahuan dalam diri ini merupakan antara elemen utama yang akan dinilai pada diri setiap calon. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugas jawatan dengan jawatan yang dipohon seperti :

  • Deskripsi tugas jawatan yang dipohon
  • Isu semasa berkaitan jawatan
  • Pelbagai isu terkini

4. Emosi / Mental

Semua orang akan rasa gelisah dan gementar sebelum hadir temuduga. Tapi pastikan perasaan ini dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang lain seperti hilang keyakinan untuk menjawab soalan ketika sesi temuduga dijalankan.

Pastikan emosi dan mental anda stabil agar anda dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik serta berjaya memikat penemuduga anda.

5. Penampilan Diri

Ini adalah salah satu bahagian yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua calon yang bakal menghadapi temuduga. Ini adalah kerana penampilan diri merupakan satu perkara pertama yang akan dinilai sebaik sahaja calon melangkah kaki masuk ke bilik temuduga.

Pastikan anda sentiasa kemas dan beretika ketika hadir temuduga. Maklumlah, penampilan anda dinilai oleh penemuduga ya.

Calon lelaki, anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan ini untuk berpenampilan menarik dan kemas ketika hadir temuduga. Klik sini dan jadikan ianya panduan yang berguna buat anda.