Categories
Temuduga

Amalkan Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga Ini

Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga. Amalkan Ini Ketika Temuduga Nanti

Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan diri ketika sesi temuduga dijalankan. jadi, ketika sesi memeprkenalkan diri, Anda perlu menjadi calon yang unik dan berbeza dengan calon yang lain dan menarik perhatian bakal majikan anda.

Namun diingatkan disini supaya anda tidak lagi memperkenalkan diri dengan menggunakan teknik yang lama seperti berikut :

” Nama saya Laila. Saya berasal dari Perlis. Tarikh lahir saya adalah 1 Disember 1999 dan saya baru menamatkan pengajian di…..”

3 Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga

Pastikan anda mencipta kelainan ketika memperkenalkan diri untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Cipta kelainan dan tunjukkan kesungguhan dan minat anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Tips yang boleh anda amalkan ialah :

Fokuskan Kelebihan Anda

Pada bahagian ini, lihat dahulu apakah jawatan yang anda mohon. Dapatkan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan jawatan tersebut dan nayatakan pada sesi awal perkenalan.

Contoh :

” Nama saya Laila. Saya mempunyai kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan. Saya percaya kemahiran ini akan membantu saya untuk meningkatkan prestasi syarikat dari semasa ke semasa.”

Elevator Pitch

Teknik ini adalah teknik yang paling banyak digunakan ketika sesi memperkenalkan diri. Ia diibaratkan anda sedang menaiki sebuah lif dari tingkat 1 ke tingkat 5 dan bertemu dengan bakal majikan di dalam lif. Apakah yang akan anda sebutkan dalam masa yang singkat itu supaya bakal majikan itu ingat akan anda.

Ada tiga komponen utama dalam elevator pitch iaitu :

  • Siapa anda?
  • Apakah kepakaran anda?
  • Kenapa anda berminat terhadap jawatan ini?

Contoh :

” Nama saya Laila binti Munir. Saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Pengurus HR di Syarikat ABC. Impian saya adalah untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga percaya jawatan ini dapat membantu saya merealisasikan impian ini.”

PBN

Anda perlu fokus menjawab soalan cara memperkenalkan diri terbaik adalah dengan memasukkan 3 elemen ini iaitu :

  • Pencapaian
  • Bakat istimewa
  • Nilai yang boleh diberikan

Contoh :

” Nama saya Ahmad bin Husin. Saya merupakan pelajar terbaik SPM di Sekolah Kebangsaan Tuanku Mahmud. kawan-kawan menggelarkan saya ‘The Precious Genius’. Kemahiran saya adalah menyelesaikan sesuatu yang dimulakan dengan terbaik dan saya percaya kemahiran ini dapat menjadi satu aset bernilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat.”

Jadi, ini adalah 3 cara memperkenalkan diri semasa temuduga dan anda boleh gunakan ketika sesi perkenalkan diri kepada penemuduga.

Categories
Temuduga

Sebagai Panduan Anda Kami Senarai 10 Dokumen Yang Perlu & Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan rapi sangatlah diperlukan buat anda yang akan menghadiri temuduga. Selain persediaan, pengetahuan tentang temuduga juga sangatlah penting. Salah satu perkara yang harus anda beri perhatian tentang temuduga adalah dokumen-dokumen yang perlu anda bawa bersama semasa temuduga tersebut.

Dokumen-dokumen sokongan ini adalah sebagai bukti ataupun sebagai ringkasan tentang diri anda. Penemuduga juga ingin melihat dokumen-dokumen ini bagi sebagai protokol temuduga. Namun, tahukah anda bahawa bukan semua dokumen perlu anda bawa semasa hari temuduga tersebut?

Terdapat beberapa dokumen yang wajib anda bawa tetapi ada juga beberapa dokumen yang tidak perlu anda bawa semasa temuduga. Hanya dokumen yang ada kaitan dengan dunia pekerjaan yang dimohon sahaja perlu dibawa bagi menarik perhatian majikan manakala selebihnya tidak perlulah dibawa. Hal ini untuk memastikan penemuduga tidak berserabut memeriksa dokumen anda yang terlalu banyak tetapi sebenarnya tidak diperlukan.

Terdapat ramai calon yang menyangka membawa dokumen-dokumen yang banyak adalah penting untuk memastikan penemuduga tertarik dengan anda. Tanggapan tersebut salah sama sekali. Penemuduga sebenarnya tidak tertarik dengan dokumen yang banyak dan tidak penting.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 dokumen yang perlu dan juga yang tidak perlu anda bawa bersama semasa temuduga. Jadi, bolehlah anda sediakan semua dokumen yang perlu dibawa ke temuduga dan juga bolehlah anda simpan dokumen yang tidak perlu di rumah.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

Pastikan kesemua dokumen-dokumen ini dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda dalam membawa semua dokumen ini bakal menjejaskan keputusan penemuduga sama ada ingin mengambil anda bekerja atau tidak. Berikut merupakan kesemua dokumen-dokumen tersebut.

1.) Kad Pengenalan

Kad pengenalan sebenarnya perlu dibawa ke mana-mana bukan sahaja ke temuduga. Kad pengenalan menunjukkan identiti anda dan menjadi bukti bahawa anda merupakan warganegara Malaysia. Semasa temuduga, kad pengenalan akan menjadi bukti identiti diri anda seperti umur, taraf kewarganegaraan dan lain-lain.

Bukan sahaja kad pengenalan yang wajib anda bawa semasa temuduga. Anda juga wajib membawa salinan kad pengenalan kerana penemuduga akan menyimpan salinan kad pengenalan tersebut. Adalah dinasihatkan untuk anda membawa sekurang-kurangnya tiga salinan kad pengenalan bersama anda semasa temuduga.

Terdapat banyak kes sebelum ini, ramai calon yang menghadiri temuduga tidak membawa salinan kad pengenalan. Penemuduga akan memberi peluang untuk fotokopi kad pengenalan anda tetapi perkara ini akan menyebabkan penemuduga memberi tanggapan buruk kepada anda kerana anda seolah-olah tidak membuat persediaan rapi sebelum datang temuduga.

2.) Resume

Resume merupakan maklumat secara ringkas tentang diri anda. Resume sangat penting untuk penemuduga mengetahui maklumat diri anda seperti pencapaian, pendidikan serta pengalaman anda.

Adalah sangat penting juga untuk anda menyusun resume ini dengan baik bagi mengelakkan penemuduga hilang mood. Susun resume dengan baik dan teratur. Anda boleh membuat bacaan di internet tentang cara-cara menyusun resume dengan baik.

Resume sangat penting dan perlu dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda membawa resume akan menyebabkan permohonan kerja anda di tempat itu ditolak kerana majikan akan menganggap anda tidak serius.

3.) Sijil

Bukan semua sijil yang perlu dibawa sebenarnya. Hanya sijil yang berkaitan dengan alam pekerjaan sahaja perlu dibawa. Sijil ini menjadi bukti pencapaian dan penglibatan anda.

Penemuduga mahu melihat sijil anda untuk memastikan anda layak bekerja dengan syarikat tersebut. Bawa juga bersama salinan sijil tersebut kerana penemuduga berkemungkinan ingin memintanya untuk disimpan.

4.) Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan merupakan apa-apa sahaja dokumen yang berkaitan dengan permohonan pekerjaan anda. Dokumen sokongan ini penting bagi meningkatkan lagi keyakinan penemuduga terhadap diri anda di samping melihat sejauh mana kesediaan anda untuk bekerja di situ.

Contoh dokumen sokongan adalah seperti surat kebenaran majikan, surat panggilan temuduga dan lain-lain. Jangan sesekali lupa untuk membawa dokumen sokongan ini semasa temuduga.

5.) Dokumen Peribadi

Dokumen peribadi wajib dibawa untuk penemuduga memastikan status anda. Dokumen jenis ini termasuklah surat kahwin, surat beranak dan lain-lain. Susunlah kesemua dokumen ini secara teratur. Jangan lupa juga untuk membawa salinan dokumen-dokumen ini jika penemuduga memerlukannya.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG TIDAK PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

Di samping anda mengetahui dokumen-dokumen yang wajib anda bawa semasa temuduga, anda juga perlu ambil tahu dokumen-dokumen yang tidak sepatutnya anda bawa semasa temuduga.

Kesemua dokumen-dokumen ini sebenarnya tidak pun diperlukan oleh penemuduga. Oleh itu, anda tidak perlulah bawa, simpan sahaja di rumah. Contoh dokumen-dokumen yang tidak perlu dibawa adalah seperti berikut.

1.) Slip Keputusan Peperiksaan Semester

Tidak perlu bawa slip peperiksaan anda untuk setiap semester. Ini akan menyebabkan penemuduga menjadi serabut melihat terlalu banyak slip peperiksaan anda.

Ya! memang benar penemuduga perlu tahu keputusan anda. Namun, anda sebenarnya tidak perlu membawa slip keputusan peperiksaan setiap semester. Anda hanya perlu bawa transkrip sahaja ketika temuduga.

2.) Sijil-sijil Semasa Zaman Persekolahan

Tidak kiralah jika anda merupakan Ketua Tingkatan, Ketua Pengawas atau Ketua Keceriaan Kelas sekalipun, anda tidak perlu membawa sijil-sijil yang anda peroleh di sekolah dahulu. Tidak dapat dinafikan sijil-sijil ini sangat diperlukan semasa anda menghadiri temuduga ke IPT dahulu tetapi sijil-sijil ini tidak lagi laku untuk anda memohon kerja.

Mungkin ada di antara anda yang suka membawa banyak sijil bagi menarik perhatian penemuduga. Sebenarnya, penemuduga tidak tertarik langsung malah beliau akan rimas dengan sijil yang terlalu banyak. Bagi siji berkaitan peperiksaan awam seperti Sijil Ujian Lisan, letakkan sekali bersama dengan Sijil SPM dan perlu dibawa semasa temuduga.

3.) Keputusan UPSR & PMR

Sijil peperiksaan awam di sekolah yang perlu anda bawa semasa temuduga hanyalah sijil SPM dan STPM. Sijil UPSR dan PMR tidak perlu sama sekali. Sebenarnya, penemuduga tidak berminat dengan sijil-sijil di sekolah kerana beliau akan lebih berminat dengan pencapaian anda di IPT.

4.) Sijil AJK Kelab Kampung

Jika anda menjawat jawatan dalam kelab-kelab bertaraf kampung dan memperoleh sijil penghargaan bagi menghargai jasa anda itu, maka simpan sahaja sijil itu. Tidak perlu dibawa ke temuduga. Penemuduga tidak berminat sama sekali dengan sijil-sijil seperti itu. Sijil-sijil tersebut tidak langsung membantu dalam menarik perhatian penemuduga.

5.) Sijil Penyertaan

Jika sijil penghargaan pun tidak dilayan, apatah lagi sijil penyertaan. Penemuduga akan memberi reaksi yang buruk kepada anda kerana beliau akan menganggap anda ingin menunjuk-nunjuk dengan penyertaan anda. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah bawa sijil-sijil ini. Bawalah sijil yang diperlukan sahaja.

Pihak kami berharap agar artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Pastikan anda teliti setiap dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga dan juga dokumen yang tidak perlu dibawa. Selamat berjaya buat anda!

Categories
Temuduga

Tips Hadapi Walk-in Interview Kerja Kilang. Pasti Berguna Untuk Anda

Cara Hadapi Walk In Interview Kerja Kilang. Ini Tips Berguna Untuk Anda

Ingin hadir walk in interview kerja kilang? Terdapat pelbagai kategori pencari kerja bermula daripada sijil SPM, Diploma dan juga yang memiliki Ijazah.

Namun anda harus ingat, terdapat pelbagai jenis pekerjaan di kilang ya. Tidak semestinya sebagai operator atau penjaga mesin sahaja. Malahan terdapat juga seperti supervisor, bahagian kualiti, pentadbiran dan pelbagai jawatan yang ditawarkan.

Kebiasaannya walk in interview akan dilakukan dengan cepat untuk menjimatkan masa sekiranya calon yang hadir terlalu ramai.

Tips Persediaan Agar Lulus Walk In Interview Kerja Kilang

Jika anda ingin lulus dan berjaya dalam walk in interview apa yang perlu anda lakukan ialah :

Resume

Sediakan resume dalam 2 salinan. Mengapa 2 salinan? 1 salinan untuk simpanan anda dan 1 lagi untuk diserahkan kepada panel penemuduga.

Gambar Ukuran Pasport

Bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport yang terkini milik anda. Apabila anda mengisi borang, lekatkan gambar anda agar bahagian HR lebih mengenali siapa anda dan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan mudah.

Pakaian

Pakai pakaian dengan kemas dan tampil dengan personaliti yang menarik perhatian bakal majikan anda.

Latar Belakang Syarikat

Buat sedikit research tentang kilang yang bakal anda pergi temuduga. Ambil tahu latar belakang kilang dan ketahui industri pembuatan kilang tersebut.

Yakin

Ketika nama anda dipanggil untuk temuduga, masuk dengan yakin dan jaga emosi anda. Jangan gemuruh dan gugup. Jawab soalan dengan penuh keyakinan dan berikan jawapan yng boleh menarik perhatian penemuduga anda.

Jika anda berjaya ikut tips yang dikongsikan diatas, anda sangat berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang ditawarkan.

Sekiranya anda ingin dapatkan soalan-soalan yang mencabar ketika sesi temuduga beserta jawapan, klik sini dan jadikan soalan-soalan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda.

Categories
Temuduga

Cara Jawab Soalan ”Mengapa Anda Mahu Pekerjaan Ini?” Ketika Temuduga

“Mengapa anda mahu pekerjaan ini?”. Nampak macam mudah, tetapi soalan ini akan menjadi satu soalan yang boleh buat anda gelabah pada hari temuduga jika tidak buat persiapan awal.

Apa yang majikan nak lihat sebenarnya melalui soalan ini?

Sebenarnya majikan nak lihat sama ada calon ada membuat persiapan dari segi pengetahuan mengenai syarikat atau tidak. Calon yang membuat kajian mengenai syarikat menandakan mereka betul-betul berminat untuk bekerja.

Jika anda nak tahu macam mana nak jawab soalan ini dengan jayanya, ikuti perkongsian di bawah.

“MENGAPA ANDA MAHUKAN PEKERJAAN INI?”

Gunakan soalan ini sebagai satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada majikan. Fokus dan senaraikan kekuatan syarikat berdasarkan maklumat yang anda perolehi. Ketengahkan matlamat kerjaya anda, ceritakan kelebihan dan kemahiran anda mengikut keperluan yang diinginkan mereka.

Bangkitkan kelebihan dan kemahiran yang anda ada dengan penuh yakin agar majikan nampak bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan ini

Teknik Menjawab Dengan Mudah

Jika anda ingin menjawab soalan ini dengan mudah, pastikan anda buat beberapa perkara ini:

  • Menyelidiki syarikat terlebih dahulu
  • Ketahui kelebihan dan kemahiran yang anda ada sesuai dengan jawatan
  • Tekankan apa yang anda boleh sumbangkan
  • Jangan sesekali sebut mahukan pekerjaan tersebut kerana faedah yang ditawarkan

 

CONTOH JAWAPAN TERBAIK

Sekiranya anda tidak pasti macam mana nak berikan jawapan terbaik untuk soalan ini, lihat contoh di bawah.

“Saya mahukan kerja ini kerana……”

i) Saya mahu kerja ini kerana ia menekankan jualan dan pemasaran, dua set kemahiran saya yang paling hebat. Dalam pekerjaan terdahulu saya, saya meningkatkan jualan sebanyak 15 peratus dalam apa yang pada masa itu dianggap sebagai industri yang rata. Saya tahu saya dapat membawa pengalaman jualan dan pemasaran sepuluh tahun ke syarikat ini, dan membantu anda meneruskan pertumbuhan tahun anda.

ii) Saya faham bahawa ini adalah syarikat yang semakin meningkat. Seperti yang saya baca di laman web anda dan dalam pelbagai siaran akhbar, anda merancang untuk melancarkan beberapa produk baru dalam beberapa bulan akan datang. Saya ingin menjadi sebahagian daripada perniagaan ini kerana ia tumbuh, dan saya tahu pengalaman saya dalam pembangunan produk akan membantu syarikat anda ketika anda melancarkan produk ini.

ii) Tugas ini sesuai untuk apa yang saya lakukan dan menikmati sepanjang kerjaya saya. Ia menawarkan campuran projek jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kemahiran organisasi saya membolehkan saya berjaya multitask dan menyelesaikan kedua-dua jenis projek.

Ini adalah sekadar contoh sahaja. Pastikan anda gunakan jawapan yang lebih bernas dan sesuai dengan jawatan dan kelayakan anda. Anda boleh gunakan contoh di atas sebagai panduan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya Temuduga

Khas Untuk Calon Temuduga Pendidikan Disini Kami Kongsikan Tips Untuk Anda Lulus Temuduga

Tahniah! Jika anda dapat ditawarkan untuk menghadiri temuduga dalam program pendidikan. Bukan mudah untuk seseorang melepasi syarat kelayakan bagi dipanggil untuk temuduga program  ini. Namun pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi temuduga yang akan datang.

Cabaran untuk merebut kuota tempat yang disediakan dalam program ini lebih mencabar berbanding program lain kerana dalam temuduga program ini anda perlu menonjolkan kemahiran berkomunikasi yang baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam program pendidikan yang dipohon dan kelihatan berkeyakinan .

Jadi bagi membantu anda membuat persediaan, di bawah telah dikongsikan tips temuduga sebelum dan semasa anda menghadiri temuduga serta punca kenapa anda gagal dalam temuduga.

TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai temuduga yang anda perlu tahu sebagai persediaan awal.

  • Sesi temu duga dijalankan sekiranya calon telah melepasi kelayakan akademik atau syarat minimum untuk sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan. Satu sesi temuduga akan dikendalikan dalam masa 10 hingga 30 minit.
  • Panel temuduga adalah pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula masuk ke bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak geri dan pertuturan calon diperhatikan.

PROSES TEMUDUGA

Berikut merupakan langkah-langkah/proses yang harus dan akan dilalui oleh calon dalam temuduga:

  1. Melapor diri pada petugas di hadapan bilik temuduga. Sila hadir pada waktu yang ditetapkan. Ketidakhadiran menandakan temuduga anda gagal.
    (Tip: Berpakaian kemas seperti seorang guru)
  2. Ujian rabun warna dijalankan sebelum bermula soal jawab temuduga (sama ada di luar atau di dalam bilik). Sesetengah program seperti Elektrik & Elektronik tidak membolehkan calon rabun warna mengikut programnya.
  3. Masuk ke bilik temuduga dengan sopan dan serahkan dokumen sokongan seperti sijil aktiviti dan akademik.
    (Tip: Susun dokumen dengan kemas dan cermat ikut kronologi masa)
  4. Duduk di kerusi setelah dibenarkan panel.
    (Tip: Cara anda bergerak dari saat anda masuk ke bilik hingga duduk juga dinilai oleh panel kerana ia menggambarkan perwatakan anda)
  5. Ketepikan sebarang gangguan seperti beg tangan, gajet dengan meletakkannya di sisi kerusi
    (Tip : Gangguan seperti pen di tangan mengundang reaksi luar sedar seperti pen dipusingkan seperti helikopter, jari mengetik hujung pen dan sebagainya)
  6. Duduklah dengan tegak dan yakin, telapak tangan di atas peha.
    (Tip: Jangan goyangkan kaki kerana ia menunjukkan keyakinan anda yang rendah. Berpeluk tubuh amatlah ditegah.)
  7. Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab persoalan yang diajukan dalam BM.
    (Tip 1: Jangan campur adukkan penggunaan English dan BM)
    (Tip 2: Gunakan tangan dengan gaya yang betul untuk menerangkan sesuatu hujah, jangan terlalu kaku)
  8. Gunakan English sepenuhnya jika soalan diajukan dalam English kerana salah satu komponen penilaian ialah kebolehan berkomunikasi dalam English.
    (Tip: Beranikan diri untuk menyampaikan idea dalam BI. Panel tidak menilai tatabahasa ayat tetapi keberanian serta idea yang ingin disampaikan)

KAEDAH PENILAIAN YANG DILAKUKAN OLEH PANEL

Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang akan dilakukan panel dalam menilai kebolehan calon semasa temuduga. Berikut adalah kaedah penilaian tersebut:

  •  Mock-teaching
    Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar.
    (Tip: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar).
  • Debat
    Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel.
    (Tip: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang.)
  • Uji bakat
    Calon diminta menyatakan rukun negara,berlakon dan lain2
    (Tip: Lakukanlah tanpa segan silu dengan penuh yakin)
  • Isu semasa
    Lengkapkan diri anda dengan isu-isu semasa pendidikan.
    (Tip: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara).
  • Pengetahuan bidang yang dipohon
    Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon.
    (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

PUNCA-PUNCA GAGAL TEMUDUGA

Berikut adalah punca-punca yang boleh menyebabkan anda gagal temuduga:

  • Isytihar terang-terangan tidak meminati program ISMP, mungkin atas desakan keluarga dan sebagainya
  • Menolak untuk melakukan simulasi pengajaran/uji bakat
  • Tidak berupaya untuk berhujah atau jawapan diberikan semasa temuduga tidak munasabah
  • Tiada ciri-ciri pendidik. (seperti suara tak kedengaran sayup-sayup bunyinya, gugup yang keterlaluan, kusut, selekeh)
  • Anda lulus temuduga, cuma kuota program telah dipenuhi dengan calon yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih baik.

Baca juga: 4 Panduan Berguna Untuk Anda Hadiri Sesi Temuduga Guru MRSM

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan kepada anda sebagai persediaan menghadapi temuduga kelak. Jangan terlalu seronok jika dipanggil temuduga kerana beribu calon yang ditemuduga dan hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan tempat untuk program berkenaan.

Jadikan tips ini sebagai panduan anda untuk melakukan persediaan supaya anda menjadi antara yang bertuah ditawarkan program yang anda idamkan.

 

Categories
Temuduga

5 Perkara Ini Untuk Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan awal untuk temuduga sangatlah penting bagi calon untuk memastikan semuanya rapi dan berjalan lancar. Terdapat beberapa keperluan yang perlu dibawa untuk melancarkan proses temuduga sebagai persediaan calon. Barang-keperluan sampingan yang boleh membantu calon bila tiba ‘waktu kecemasan’ juga penting untuk dibawa

Selain daripada dokumen-dokumen penting seperti resume dan sijil-sijil penting, anda pasti tidak pernah terfikir untuk menyediakan beberapa keperluan lain untuk dibawa ke temuduga yang akan datang kan? Kebiasaannya calon hanya terfikir untuk membawa dokumen penting sahaja.

Walaupun kelihatan seperti keperluan ini tidak penting, namun keperluan inilah yang akan bantu calon pada hari temuduga nanti. Beberapa keperluan yang penting untuk calon bawa semasa temuduga adalah seperti di bawah.

5 KEPERLUAN LAIN UNTUK DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

1. Pastikan Bateri Telefon 100%

Telefon bimbit adalah barang keperluan yang paling penting pada masa sekarang. Persediaan telefon bimbit untuk dibawa ke temuduga adalah penting ketika kecemasan. Jadi, pastikan bateri telefon adalah sentiasa penuh terlebih dahulu sebelum tiba di lokasi temuduga.

Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi semasa perjalanan ke lokasi temuduga. Perkara yang tidak diduga mungkin akan terjadi seperlu kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan anda lambat sampai ke tempat temuduga.

Jika berlaku perkara kecemasan sedemikian, maklumkan terlebih dahulu kepada syarikat yang berkenaan tentang keadaan yang sebenar. Ini adalah supaya mereka tidak menganggap anda tidak menghadirkan diri untuk ditemuduga pada hari tersebut.

2. Sediakan Gula-Gula Mentos

Sebelum menghadiri temuduga, anda pasti akan mengisi perut terlebih dahulu sebagai persediaan menghadapi temuduga. Selepas makan, kebiasaannya mulut akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan setiap kali bercakap.

Anda tidak sepatutnya ambil mudah mengenai bau mulut kerana sesetengah penemu duga sangatlah teliti tentang persekitaran  dan ada juga yang menilai tahap kebersihan  terutamanya apabila calon mula membuka mulut untuk menjawab soalan-soalan yang diberi.

Oleh sebab itu, pastikan gula-gula mentos disediakan di dalam beg supaya nafas serta bau mulut sentiasa segar dengan segera. Sekurang-kurangnya calon tidak akan berasa lebih risau untuk menghadapi penemuduga.

3. Sediakan Wang Tunai

Barang keperluan seterusnya yang perlu dibawa ialah wang tunai. Pastikan anda tidak membawa dompet yang kosong. Sediakan wang tunai yang mencukupi di dalam dompet  sebelum keluar dari rumah. Wang tunai adalah penting untuk digunakan jika berlaku sebarang kecemasan.

Pastikan wang tunai yang dibawa adalah mencukupi untuk membayar tempat letak kereta anda atau tambang kenderaan awam yang anda naiki. Sebaik baiknya bawalah berlebihan supaya sebarang perkara berlaku, anda ada wang berlebihan. Wang tunai penting supaya anda tidak menjadi kelam kabut sebab tidak mencukupi wang.

4. Cermin Muka

Pasti anda tidak terfikir untuk membawa cermin muka untuk menghadiri temuduga terutamanya lelaki. Tidak kira lelaki atau perempuan, cermin muka adalah penting untuk membantu anda untuk touch-up balik muka sebelum masuk ke tempat temuduga. Tidak menjadi masalah kalau lelaki cermin muka untuk rapikan diri sendiri.

Jika anda membawa cermin muka sendiri, tidak perlu lagi buang masa untuk pergi ke tandas semata-mata untuk menggunakan cermin. Tambahan pula jika tandas pula jauh akan melambatkan anda ke bilik temuduga.

Jadi, cermin muka juga penting untuk pastikan diri anda sentiasa rapi kerana perkara pertama yang penemuduga lihat disaat anda melangkah masuk ke bilik temuduga ialah muka dan diri anda.

5. Deodorant

Bau badan yang menyegarkan sangat penting untuk pandangan penemuduga terhadap kita. Deodorant berfungsi untuk menyegarkan ketiak dan menggurangkan bau badan. Jadi, sangat penting sebelum melangkah ke tempat temuduga untuk memakai deodorant supaya bau badan anda tidak mengganggu keselesaan orang lain semasa sesi temuduga.

Bau badan adalah penting untuk diambil berat kerana ianya adalah salah satu lambang yang anda seorang pembersih ataupun sebaliknya.

Pastikan anda bawa deodorant kemana saja anda pergi. Senang untuk diri sendiri jika terlupa untuk memakainya di rumah dan pastikan badan sentiasa segar selepas menghadapi perjalanan yang jauh.

Pepatah pernah menyatakan, ”Kecil-kecil cili padi”. Walaupun keperluan-keperluan yang disenaraikan di atas kelihatan kecil dan tidak penting, namun inilah barang yang pasti akan membantu anda di hari temuduga nanti. Jangan lupa untuk membuat senarai di atas kertas untuk pastikan perkara yang perlu dibawa adalah lengkap.

Categories
Temuduga

Elak Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Tamat Temuduga Jika Tidak Mahu Gagal

Selalunya anda dengar tips-tips hadiri temuduga atau semasa temuduga. Namun kali ini anda akan didedahkan dengan perkara yang anda tidak boleh lakukan SELEPAS tamat temuduga. Mana tahu, dalam tidak sedar anda lakukan perkara ini dan menjadi punca anda gagal temuduga!

Jangan terkejut jika anda dah ‘perform‘ sebaik mungkin semasa temuduga, tetapi tiba-tiba anda dapat keputusan bahawa anda GAGAL. Mungkin anda telah lakukan 5 perkara ini selepas temuduga!

ELAKKAN 5 PERKARA INI SELEPAS TEMUDUGA

Memburukkan Penemuduga

Memang lumrah kehidupan remaja sekarang semua benda kena bagitahu di media sosial! Tidak salah nak update media sosial, tetapi jangan sesekali memburukkan penemuduga di media sosial selepas tamat sesi temuduga.

Dalam tidak sedar mungkin ada pekerja di syarikat yang anda temuduga mengikuti anda. Jadi, sebarang perkara berkaitan temuduga jangan ceritakan di media sosial. Ceritakan yang baik-baik sahaja seperti pengalaman anda.

Bercakap Santai

Dah tamat sesi temuduga, kadang-kadang ada penemuduga yang suka berborak dengan calon. Sebenarnya mereka hanya ingin melihat tingkah laku sebenar calon. Jangan bercakap dengan cara yang santai walaupun sesi temuduga anda tamat.

Cakap dalam keadaan yang biasa sahaja, jangan berlebihan macam mereka itu kawan anda!

Tidak Hantar Email Terima Kasih

Cuba anda lihat balik permohonan kerja anda yang lepas, ada tak anda hantar email terima kasih selepas sesi temuduga? Jika tidak pernah, sila ubah! Pastikan anda hantar emel ucapan terima kasih atas masa mereka menemuduga anda. Pastikan anda hantar dalam tempoh 24 jam.

Terlalu Agresif Follow Up

Nak follow up selepas temuduga, jangan terlalu agresif. Apa yang dimaksudkan dengan agresif adalah hantar email atau pesanan whatsapp kepada majikan/ penemuduga setiap minit untuk ketahui keputusan temuduga. Perkara ini hanya akan membuatkan majikan berasa rimas dengan anda.

Berhenti Memohon Kerja Lain

Dah tamat sesi temuduga jangan terlalu selesa. Jangan pernah berhenti memohon kerja lain dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap temuduga yang anda hadiri. Ingat, bukan anda seorang sahaja hadir untuk sesi temuduga. Jadi, peluang untuk anda diterima kerja bukanlah 100%.

Teruskan mohon kerja dan jangan pernah jemu untuk hadir temuduga. Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

Soalan Temuduga Yang Mencabar Dan Anda Perlu Berhati-hati Ketika Menjawab. Kami Senaraikan 5 Soalan Sebagai Panduan Anda

Setiap calon yang akan menghadiri temuduga pasti akan membuat persiapan dari segi persediaan jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga. Untuk peringatan semua, jangan terlalu berharap soalan yang anda hafal akan sepenuhnya ditanya nanti.

Tak salah nak hafal jawapan, tetapi jangan terlalu hafal sehinggakan tak tahu nak jawab soalan lain. Sebenarnya ada beberapa soalan temuduga mencabar yang kerap ditanya semasa temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 7 soalan temuduga mencabar yang sering ditanya.

5 SOALAN TEMUDUGA MENCABAR

1 Mengapa anda tidak bekerja dalam tempoh ini?

Setiap penemuduga pasti akan membaca sekali impas resume yang anda hantar sebelum saat temuduga sebenar tiba. Perkara yang paling diambil perhatian adalah pada bahagian pengalaman kerja. Sekiranya mereka mendapati terdapat kekosongan pada tahun tertentu, pasti mereka ingin tahu apa yang anda lakukan pada tempoh tersebut.

Jangan tersalah langkah, jangan pula anda cakap anda tidak melalukan apa-apa. Jawapan ini hanya akan menampakkan diri anda sebagai seorang yang pemalas dan tiada usaha untuk bekerja atau melakukan sesuatu.

Contoh jawapan

“Untuk pengetahuan tuan, pada tempoh kekosongan tersebut, saya tidak bekerja kerana menyambung pengajian di universiti. Sepanjang tempoh pengajian, saya memperolehi banyak pengalaman dan mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran”

2 Apa yang anda suka dan tidak suka dengan kerja sebelum ini?

Jika ditanya soalan begini, pastikan anda jaga intonasi suara anda. Sama ada anda suka atau tidak pada pekerjaan lama, jangan sesekali  berbicara hal negatif tentang syarikat lama. Kadang-kadang penemuduga saja nak “pancing” anda dengan memulakan perbualan mengenai soalan negatif. Jangan sesekali terpedaya, walau apa pun jenis soalan pastikan anda fokus kepada benda-benda positif sahaja.

Contoh Jawapan

“Banyak kelebihan dan pengalaman yang saya peroleh ketika bekerja di syarikat lama. Majikan merupakan seorang yang sentiasa bertolak ansur dan memberi tunjuk ajar kepada saya sekiranya saya diberikan tugasan yang tidak pernah dilakukan. Secara tidak langsung, pelbagai ilmu dan kemahiran baru yang saya peroleh di syarikat tersebut.”

3 Siapakan staf yang terbaik dan tidak di syarikat lama

Anda ada simpan dendam dengan staf lama? Jangan terus menjawab dengan penuh emosi dan jangan jadikan temuduga tempat anda luah perasaan. Soalan ini ditanya kerana penemuduga nak lihat personaliti anda sama ada anda seorang yang mudah bekerja dengan orang ataupun tidak.

Contoh Jawapan

“Saya sangat berterima kasih kepada rakan sekerja dan pengurus saya kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya boleh melakukan pelbagai tugasan dengan baik. Rakan sekerja sentiasa memberi semangat untuk saya hadir bekerja. Semua rakan sekerja saya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memberi semangat.”

4 Apakah yang kamu harapkan daripada majikan anda?

Penemuduga ingin tahu apakah anda harapkan daripada seorang majikan apabila bekerja. Nyatakan perkara yang positif sahaja berbanding hal-hal negatif. Namun, jangan pula anda menyatakan anda mengharapkan  majikan anda naik gaji atau sebagainya.

Contoh Jawapan

“Apa yang saya harapkan adalah majikan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya agak prestasi kerja saya semakin baik dan berada pada landasan yang betul. Ini kerana saya sangat minat cara kerja majikan saya yang sentiasa up to date dan seiring dengan cara kerja pada masa kini.”

5 Berapakan anggaran gaji yang anda harapkan?

Nampak mudah kan soalan ni? Tersilap langkah, gagal lah temuduga anda! Jangan main jawab sahaja bab gaji ini. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu. Bagi anggaran gaji yang logik. Tidak salah nak meminta gaji lebih daripada yang ditawarkan sekiranya anda mempunyai kepakaran atau pengalaman yang tidak ada pada orang lain.Yang penting sekali yakinkan penemuduga bahawa berbaloi jika ambil anda bekerja.

Contoh Jawapan

“Berdasarkan pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dalam bidang ini, saya mohon gaji sebanyak RM4,500 sebulan kerana kepakaran yang saya ada diiktiraf oleh agensi yang berkaitan dan saya bersedia untuk berunding mengenai hal ini.”

Jika anda merupakan fresh graduate, jangan sesekali demand gaji anda! Terima sahaja gaji yang ditawarkan memandangkan anda masih tiada pengalaman dalam bekerja. Ingat, setiap orang yang berjaya pasti bermula dari bawah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Kerja Bagus, Tapi Pengalaman Kurang! Cuba Praktikkan Tips Ini

Categories
Temuduga

Periksa 7 Perkara Ini Jika Nak Tahu Tawaran Kerja Itu Scam Atau Tidak

Anda pernah kena tak dengan penipuan scammer dalam tawaran kerja? Jika belum, jangan ambil mudah kerana kini ramai scammer sedang berleluasa di luar sana demi mencari mangsa.

Scammer sekarang seolah-olah sangat terlatih dan bijak dalam memperdayakan orang ramai. Walau terdesak macam mana sekali pun anda mencari kerja, selidik dalam-dalam dahulu bakal majikan anda untuk elak dari ditipu.

Semak 7 perkara di bawah untuk cara kenalpasti tawaran kerja adalah scam atau tidak.

7 PERKARA UNTUK KENALPASTI TAWARAN KERJA SCAM

Temuduga Secara Online

Takkan pernah berlaku bagi sesebuah syarikat untuk mengadakan sesi temuduga melalui perkhidmatan pesanan dalam talian atau online instant messeging.

Sekiranya anda dijemput untuk ditemuduga dengan cara sedemikian, berwaspada lah dan selidik dahulu latar belakang syarikat serta carta organisasi mereka. Bukanlah semua syarikat yang temuduga dengan kaedah ini scammer, tetapi sebaiknya anda selidik dahulu.

Tawaran Terlalu Bagus

Tawaran pekerjaan yang baik termasuk pakej faedah lumayan serta amaun gaji yang tinggi adalah susah untuk diperolehi kerana sememangnya tiada istilah pekerjaan yang sempurna. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran gaji yang tinggi!

Apa yang scammer selalu lakukan adalah mereka yang menghubungi anda dulu dan mengatakan mereka jumpa resume anda dalam talian sedangkan anda tidak pernah hantar resume kepada syarikat mereka.

Diminta Kongsi Maklumat Peribadi

Majikan sebenar tidak akan meminta anda untuk kongsi maklumat peribadi yang tiada kaitan dengan jawatan kosong yang dipohon.

Sekiranya anda mendapati ‘majikan’ tersebut meminta sebarang maklumat seperti akaun peribadi atau menyuruh anda membuka akaun bank yang baru, jangan layan! Walau terdesak sekalipun anda ingin dapat kerja, jangan kongsikan maklumat peribadi anda dengan sembarangan orang.

Emel Yang Tidak Profesional

Kebanyakan syarikat akan mempunyai alamat email yang profesional, sempurna dan lengkap. Syarikat tidak akan gunakan email peribadi untuk menghantar tawaran kerja kepada calon. Kesilapan yang sering scammer lakukan adalah dengan menulis email yang caca merba serta penggunaan tatabahasa yang salah.

Skop Kerja & Kelayakan Tidak Jelas

Iklan jawatan kosong yang sebenar akan menyertakan tahap kelayakan dan skop kerja yang jelas bagi memudahkan urusan syarikat mencari calon yang paling sesuai untuk menyertai organisasi mereka.

Diminta Bayar Untuk Sesuatu Perkara

‘Majikan’ meminta anda bayar sesuatu perkara contohnya yuran temuduga, kemudahan atau sebagainya? Jika diminta, dah sah itu bukan majikan sebenar! Pihak syarikat tidak akan meminta calon yang bakal bekerja untuk bayar sesuatu kerana sepatutnya semuanya telah disediakan oleh mereka untuk calon bekerja.

Tiada Rekod Dalam Keputusan Carian

Sebelum anda mengatakan ‘ya’ terhadap sesuatu tawaran temuduga, pastikan anda selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut di dalam talian. Jika tidak menemui sebarang maklumat, ianya kemungkinan adalah job scam.

Namun ada juga para scammer yang bijak dalam membuat satu laman web syarikat yang profesional bagi memperdaya pencari kerja. Oleh itu, anda perlu bijak menilai sebelum tertipu.

Dah tahu teknik-teknik scammer ini, semoga anda lebih berwaspada!

Categories
Temuduga

4 Panduan Berguna Untuk Anda Hadiri Sesi Temuduga Guru MRSM

Menjadi seorang guru ini memang cita-cita ramai orang. Banyak sebenarnya laluan nak jadi guru ini. Selain guru sekolah rendah atau menengah, anda juga boleh cuba mohon jadi guru MRSM. Bagi yang tak tahu macam mana proses pengambilan atau temuduga, perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat anda.

Seorang pemuda melalui laman Facebook nya kongsikan pengalaman beliau menghadiri sesi temuduga Guru MARA. Beliau pernah gagal sebanyak 2 kali temuduga SPP dan akhirnya temuduga MARA, beliau berjaya ditawarkan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Berikut adalah 4 peringkat temuduga Guru MARA yang perlu dilalui oleh calon berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh pemuda ini.

4 PERINGKAT TEMUDUGA GURU MRSM

Terdapat 4 peringkat temuduga yang dikongsikan dan ianya dijalankan dalam satu hari sahaja iaitu:

1. Psycometric Test

Menurut calon, Psycometric Test ini agak mencabar. Namun jika anda ada jiwa pendidik, ia akan menjadi senang. Calon diberi masa 40 minit untuk jawab soalan. Psycometric test ini dijawab secara online. Calon akan diberikan satu pautan untuk menjawab soalan sebelum hadir ke temuduga.

2. Fitness Test

Apabila hadir ke pusat temuduga, selepas ujian Psycometric, calon terus ke Fitness Test. Ujian yang perlu dibuat adalah Beep Test. Menurut perkongsian, ujian ini ada beberapa peringkat dan calon boleh buat mengikut kemampuan masing-masing. Katanya boleh tahan mencabar beep test ini.

Namun untuk memudahkan urusan nanti, anda dinasihatkan untuk buat latihan secukupnya terlebih dahulu sebelum ujian sebenar. Dah selesai Fitness Test, calon perlu tukar baju untuk ke sesi Mock Teaching/Mock Counseling pula.

3. Mock Teaching/Mock Counseling

Untuk jawatan sebagai guru kaunseling pun kena hadapi Mock teaching ini. Calon diminta untuk masuk berdua untuk buat sesi mock teaching dalam bimbingan dan kaunseling. Namun tidak pasti pula untuk jawatan guru lain perlu masuk seorang atau berdua.

Mock teaching ini memang akan dilalui oleh calon yang nak menjadi pendidik. Calon akan dinilai dari segi kebolehan mengajar.

4. Temuduga Berkumpulan

Selesai sahaja sesi Mock teaching, anda perlu tunggu giliran untuk temuduga berkumpulan pula. Menurut perkongsian, kumpulan calon adalah seramai 6 orang dan semuanya calon yang memohon jawatan yang sama.

Calon diminta untuk memperkenalkan diri, berikan alasan kenapa nak jadi guru MARA, sedikit latar belakang mengenai MARA dan lain-lain. Bahasa yang digunakan sepanjang temuduga adalah bercampur-campur. Bila ditanya dalam Bahasa Melayu, sila jawab dalam Bahasa Melayu, begitu juga sebaliknya jika ditanya dalam Bahasa Inggeris.

Selesai sesi temuduga, penemuduga akan tanyakan kepada calon sekiranya ada apa-apa soalan yang mahu ditanya. Soalan terakhir adalah, “Adakah anda sanggup ditempatkan di Sabah dan Sarawak?”

KEPUTUSAN SELEPAS 3 BULAN

Lebih kurang 3 bulan selepas sesi temuduga, calon mendapat pesanan SMS menyatakan beliau BERJAYA dipilih sebagai Guru MRM (Bimbingan Kaunseling) di MRSM Tun Mustapha Tawau, Sabah. Pesanan beliau,

Kalau anda yang tengah baca ni akan pergi interview sebagai cikgu, aku ucapkan semoga berjaya, cuma satu ja nak pesan nak jadi cikgu ni banyak benda kita perlu berkorban dan jangan berkira, jadilah cikgu yang mempunyai jiwa sbg seorang guru, jika anda mempunyai jiwa seorang guru insha Allah anda akan jadi guru yang hebat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk mendapat gambaran sebenar sesi temuduga Guru MRSM dan dapat dijadikan panduan untuk lebih bersedia semasa sesi temuduga sebenar nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber