Portal Jawatan Kosong Terkini

Kenapa Headline Sangat Penting Dalam Resume? Ini Sebabnya

0 607

Mengapa Headline Penting Dalam Resume Anda?

Headline sangat penting dalam resume kerana ia boleh menarik perhatian majikan yang sedang membaca butiran di dalam resume anda.

Jadi, sekiranya anda ingin menghasilkan headline yang baik dan memanfaatkan kelebihan headline pada resume anda, baca perkongsian ini.

Apa Itu Headline?

Headline adalah satu pernyataan pendek di bahagian atas resume yang menggambarkan tentang diri anda. Headline menarik perhatian orang yang membacanya sekaligus memperkenalkan pembaca kepada topik tersebut.

Bilakah Headline Digunakan?

Headline digunakan pada resume untuk menyatakan kekuatan terbaik anda. Majikan akan lebih fokus dengan anda sekiranya pengalaman kerja membezakan anda dengan calon yang lain.

Melalui headline juga, anda boleh merumuskan segala pengalaman kerja dan meyakinkan sesiapa sahaja yang membaca resume anda.

Kelebihan Menggunakan Headline

Dengan menggunakan headline yang sesuai, resume anda pasti berbeza dari calon lain. Perbezaan ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada anda.

Majikan hanya membaca resume beberapa saat saja dan hanya fokuskan kepada tajuk-tajuk penting dalam resume sahaja. Jika resume anda menonjol, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk diambil bekerja oleh majikan anda.

Headline Resume vs Profil Resume

Pasti ada yang keliru antara headline resume dengan profil resume. Perbezaan antara headline dengan profil adalah :

  • Headline resume ditulis dalam satu baris yang merangkumi kekuatan dan kelebihan utama anda.
  • Profil resume pula mengandungi beberapa ayat dan lebih banyak membincangkan tentang kemahiran, sifat keperibadian dan pengalaman anda.

Contoh :

Headline resume : Akauntan Berorientasikan Perincian Dengan Pengalaman 10 Tahun

Profil resume : Akauntan berorientasikan perincian dengan pengalaman 10 tahun bekerja untuk perniagaan kecil. Saya mempunyai kemahiran matematik dan analitik yang kuat dan berpengetahuan mendalam mengenai pelbagai perisian perakaunan seperti AutoCount.

Cara Menulis Headline

Pastikan ringkas

Headline harus pendek dan tepat. Ini kerana headline yang ideal bukanlah ayat yang panjang, tetapi ringkas, padat dan menarik.

Cari Kelebihan Anda Yang Unik 

Tulis kelebihan anda yang paling unik untuk menjadikan anda sesuai untuk jawatan tersebut. Fikirkan berapa banyak pengalaman yang dimiliki, kemahiran yang diperolehi atau sifat keperibadian yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.

Gunakan Nombor

Gunakan nombor tertentu untuk menyatakan pengalaman dan kemahiran anda. Contoh, mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dan boleh bertutur 3 bahasa. ( Tidak menggunakan perkataan)

Tidak Klise

Elakkan membuat ayat yang sama atau meniru resume orang lain. Fahami bahawa headline merupakan satu cara yang membantu anda lebih menonjol daripada orang lain. Gunakan ungkapan yang kreatif untuk menggambarkan kelebihan anda dan berlainan daripada orang lain.

Gunakan Keywords

Kebanyakan majikan akan mencari keywords yang bertepatan dengan kehendak mereka semasa membaca resume.

Resume anda akan menjadi perhatian sekiranya keywords yang digunakan sama seperti yang dicari. Untuk mendapatkan keywords yang sepadan, dapatkan maklumat syarikat dan deskripsi jawatan yang ditawarkan.

Masukkan keywords yang tepat ke dalam headline anda setelah anda mendapat maklumat tersebut.

Spesifik Pekerjaan

Headline yang dihasilkan perlu difokuskan pada pekerjaan yang dipohon. Masukkan dengan tepat nama jawatan atau apa sahaja kriteria yang sepadan dengan pekerjaan yang dipohon.

Contoh Headline

Berikut adalah beberapa contoh headline resume yang boleh anda edit dan gunakan :

  • Jururawat Profesional Beserta Sijil Profesional Kejururawatan Dengan Pengalaman Selama 5 Tahun.
  • Pereka Bentuk Kasut Vans Edisi Terhad Dengan Pengalaman Rekaan Selama 10 Tahun.
  • Calon Guru Kreatif Dan Inovatif Peringkat Negeri.
  • Profesional Pemasaran Melebihi Sasaran Sebanyak 10% 3 Tahun Berturut.
  • AutoCount Pro Dengan Pengalaman Perakaunan Serta Audit Syarikat Selama 7 Tahun.

Jika anda lihat dengan teliti, headline di dalam resume sangat penting untuk menarik perhatian majikan dalam tempoh masa yang singkat. Ia membantu majikan untuk fokus kepada matlamat yang mereka mahukan daripada anda serta nilai penting yang ada pada anda untuk disumbangkan ke dalam syarikat.

Manfaatkan perkongsian serta panduan ini agar anda mencapai impian anda. Semoga berjaya.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.