Categories
Resume

5 Perkara Yang Tak Patut Ada Dalam Resume Anda

Resume Yang Baik, Relevan Buatkan Anda Dipanggil Kerja

Sudah pastu anda tahu cara untuk membuat resume yang terbaik sebelum mmeohon pekerjaan idaman anda. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa isi kandungan resume yang tidak perlu anda masukkan ke dalam resume anda?

Jangan Masukkan Benda Ini Dalam Resume Anda

Antara isi kandungan yang tidak perlu anda masukkan ke dalam resume ialah :

1. Senarai Pengalaman Kerja Yang Tidak Relevan

Anda mohon minta kerja sebagai seorang Penyelia Operator, tetapi anda masukkan pengalaman yang tidak berkaitan. Contohnya, anda masukkan pengalaman sebagai tukang masak, pelayan restoren dan pembantu mekanik. Pastinya pengalaman tersebut tidak mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon.

2. Perkara Peribadi

Jangan sesekali memasukkan status perkahwinan, agama, hobi atau perkara yang agak peribadi dalam resume anda. Jika ada, sila edit resume anda. In kerana perkara ini boleh ditanya oleh penemuduga sekiranya mereka ingin tahu.

3. Meletakkan Emel Peribadi

Tidak perlu anda memasukkan emel peribadi dan nampak keanak-anakan ke dalam resume anda. Cipta emel baru dan nampak lebih profesional dan masukkan ke dalam resume anda.

4. Meletakkan Jumlah Gaji Yang Dipohon

Anda dilarang sama sekali memasukkan jumlah gaji yang dipohon ke dalam resume. Ini boleh menyebabkan bakal majikan anda terus reject resume anda mentah-mentah tanpa sebarang pertimbangan.

5. Masukkan CGPA Dan Gred

Majikan lebih mementingkan pengalaman dan kemahiran berbanding CGPA dan Gred pencapaian anda. Jika anda menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang berharga serta lain daripada orang lain, itu lebih penting dan pastinya majikan akan lebih senang untuk menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Jangan lupa semak semula resume anda dan edit semula sebelum anda hantar resume kepada bakal majikan.

Categories
Kerjaya

Jom Kami Guide Anda Cipta Akaun Di LinkedIn Supaya Mudah Nak Apply Kerja

Cari Kerja Melalui LinkedIn

Betul ke boleh cari kerja dan dapatkan kerja melalui platform LinkedIn? Ya, memang boleh. LinkedIn ini merupakan satu platform yang banyak kegunaan terutamanya untuk mencari kerja serta menjadi tempat untuk anda mengembangkan kerjaya.

Untuk pengetahuan anda juga, sekali anda update profile LinkedIn anda, bahagian pengambilan akan terus menghubungi anda untuk offer kerja pada anda.

Tetapi sebelum itu, sila daftar dahulu akaun LinkedIn sebelum anda update dengan maklumat-maklumat yang boleh menarik perhatian bakal majikan.

Cara Mendaftar LinkedIn

Untuk mendaftar akaun LinkedIn, anda boleh ikut langkah-langkah ini :

  • Klik pautan ini : LinkedIn
  • Klik SERTAI SEKARANG.

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik SETUJU & SERTAI.
  • Anda sudah boleh log masuk akaun LinkedIn anda seperti biasa.

  • Untuk log masuk, anda masukkan emel atau nombor telefon serta masukkan kata laluan dan klik DAFTAR MASUK.

  • Masukkan semua maklumat yang diminta dan akaun LinkedIn anda telah siap.

Akaun LinkedIn anda telah siap. Bolehlah anda explore dan lihat bagaimana profesional buat dengan akaun mereka dan dapatkan tips-tips yang berguna yang dikongsikan mereka. Selamat mencuba.

Categories
Kerjaya

Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

Ujian Kecergasan / Ujian Fizikal SPA

Ujian kecergasan / ujian fizikal adalah satu bentuk ujian yang dilakukan secara fizikal dan perlu dilalui oleh calon-calon yang memohon jawatan yang berkaitan dengan badan beruniform khasnya seperti :

  • Pegawai / Penolong Penjara
  • Pegawai / Penolong Bomba
  • Pegawai / Penolong Penguatkuasa
  • Pegawai / Penolong Kastam
  • Pegawai / Penolong Imigresen
  • Pegawai / Penolong Kesatria
  • Jawatan lain yang berkaitan

Namun tidak semua calon boleh hadir ujian kecergasan SPA berdasarkan beberapa kategori. Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui kategori calon yang tidak debenarkan hadiri ujian kecergasan.

Arahan Ujian Kecergasan / Fizikal

1. Pada hari ujian calon hendaklah berpakaian sukan dan membawa perkara berikut :

  • Surat panggilan pemeriksaan atau salinan emel / salinan portal pemeriksaan fizikal dan pancaindera.
  • Kad Pengenalan.

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji / penguji.

3. Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan.

Jenis Ujian Kecergasan / Ujian Fizikal SPA

Terdapat beberapa jenis ujian kecergasan/ fizikal SPA yang akan dijalankan mengikut kategori jantina seperti :

1. Larian 2.4 Km

  • Lelaki : 14 minit
  • Wanita : 17 minit

2. Bangun Tubi dalam masa 2 Minit

  • Lelaki : 30 kali
  • Wanita : 28 kali

3. Lari Ulang Alik ( 4 x 10 meter)

  • Lelaki : 11 saat
  • Wanita : 13 saat

4. Lompat Jauh Berdiri

  • Lelaki : 215 sentimeter
  • Wanita : 162 sentimeter

Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

Antara calon yang tidak dibenarkan hadir ujian kecergasan SPA ialah :

  • Calon wanita yang mengandung. Pegawai penguji tidak akan menghalang anda untuk membuat ujian kecergasan,tetapi mereka akan megesyorkan anda untuk tarik diri sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini.
  • Calon wanita baru lepas melahirkan anak dalam tempoh tidak kurang dari 24 bulan. Dikhuatiri akan memberikan kesan yang lebih serius kerana sistem ketahanan tubuh badan manusia tidak sama. Anda akan dinasihatkan untuk tidak meneruskan ujian kecergasan.
  • Calon yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan kronik seperti sakit jantung, asma, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Calon yang mempunyai besi di dalam anggota badan akibat kemalangan yang serius.

Calon yang mempunyai masalah disebutkan di atas TIDAK DIBENARKAN untuk hadiri ujian kerana ujian ini melibatkan Ujian Kecergasan. Ujian ini tidak sama seperti temuduga biasa kerana memerlukan anda untuk membuat beberapa ujian seperti yang telah dinyatakan di atas.

Bagi anda yang akan hadir temuduga SPA dalam masa yang terdekat, lihat sini untuk dapatkan jenis dokumen yang perlu dibawa, cara susunan sijil dalam fail dan cara lengkapkan MyResume.

Categories
Kerjaya

Rujuk Disini Apa Kerjaya Yang Terbaik Dan Sesuai Untuk Personaliti ESFJ

Kerjaya Yang Terbaik Dan Sesuai Untuk Personaliti ESFJ

Jika anda mempunyai personaliti ESFJ, pastikan kerjaya tersebut dengan personaliti anda. Adakah anda mempunyai senarai kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda? Bagaimana pula untuk mengenalpasti persoanaliti anda sama ada anda memiliki personaliti ISFJ atau ESFJ?

Maksud Personaliti ESFJ

ESFJ bermaksud Ekstroversi, Sensing, Feeling dan Judging. Orang yang berpersonaliti ESFJ mempunyai sifat seperti :

  • Sangat praktikal
  • Suka membantu orang lain
  • Komited terhadap tugasan yang diberikan.
  • Tidak berkira dengan masa
  • Setia dengan kerja
  • Mengikut jadual dan produktif

Personaliti ESFJ mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain dan cepat memberikan pertolongan.

Kerjaya Yang Sesuai Dan Terbaik

Mereka yang mempunyai personaliti ESFJ mudah memberi kerjasama di tempat kerja dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Bagi mereka tindakan sama ada betul atau salah mendorong mereka untuk mengharapkan perkara yang sama daripada orang lain.

Merasa mudah selesa dalam pelbagai bidang kerjaya. Peka terhadap perasaan orang lain, rasa tanggungjawab yang kuat menjadikan mereka setia dan popular di tempat kerja mereka.

Berikut adalah senarai kerjaya yang sesuai dengan personaliti ESFJ.

Kesenian dan Kemanusiaan

Dengan mempunyai sifat kerja yang terperinci dan teliti, personaliti ESFJ sesuai bekerja sebagai :

  • Kurator Muzium
  • Pengarah filem
  • Koreografer
  • Pereka pakaian

Media Komersial dan Komunikasi

Melalui kemahiran menyelesaikan masalah, suasana kerja yang berstruktur dan suka membantu orang lain menjadikan mereka sesuai bekerja sebagai :

  • Photojournalist
  • Pakar sokongan teknikal
  • Pengajar korporat
  • Editor

Perniagaan

Mempunyai peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan membolehkan mereka bekerja sebagai :

  • Pengurus pejabat
  • Pengurus sumber manusia
  • Pengurus akaun
  • Pengurus Perolehan

Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan

Oleh kerana mereka mudah bersimpati ketika bekerja dengan orang lain, kerjaya yang sesuai dengan mereka ialah :

  • Pustakawan
  • Pengetua kolej
  • Ahli psikologi
  • Penyelidik perubatan

Kerjaya Yang Tidak Sesuai

Sama seperti ISFJ, personaliti ESFJ juga perlu menghindari pekerjaan yang tidak sesuai dengan mereka. Contoh kerjaya yang tidak sesuai dengan personaliti ESFJ ialah :

  • Pembangun perisian
  • Freelancer
  • Pelakon
  • Peguam
  • Wartawan

Situasi Positif Dan Negatif

Kecenderungan atau sifat personaliti seseorang juga mempengaruhi pekerjaan anda. Terdapat hari dimana situasi anda adalah positif dan juga sebaliknya.

Situasi positif

  • Bersedia untuk memimpin projek atau inisiatif.
  • Teruja untuk mengetuai aktiviti membina pasukan seperti persatuan sosial baru.
  • Bermotivasi dengan memberi inspirasi dan pengajaran kepada pelajar atau rakan sekerja.

Situasi negatif

  • Tidak suka terganggu dari tugas untuk jangka masa yang panjang.
  • Mudah cemas dengan perubahan besar.
  • Rasa kecewa jika berlaku masalah yang tidak diingini.

Mengetahui jenis personaliti anda dapat memberikan maklumat yang berguna semasa anda memohon dan temuduga kerja. Ini kerana majikan sentiasa ingin mengetahui kelebihan diri anda ketika proses temuduga dijalankan.

Bagi personaliti ESFJ, mendapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka adalah satu kepuasan yang yang terbesar. Dengan sifat serba boleh menjadikan mereka sesuai bekerja di mana sahaja dan sentiasa ingin berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Semoga perkongsian ini membantu anda yang berpersonaliti ESFJ mendapat kerjaya yang sesuai seperti yang anda inginkan.

Categories
Kerjaya

Langkah-langkah Mohon Jawatan Pensyarah Untuk Anda Follow

Tips Mohon Jawatan Pensyarah. Ikut Langkah-Langkah Yang Dikongsikan Ini

Pada zaman sekarang, terlalu ramai pelajar yang bijak pandai dan menyambung pelajaran sehingga ke tahap yang tertinggi iaitu PHD. Terdengar juga rungutan-rungutan dimana pemegang PHD ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan setelah menamatkan pengajian masing-masing.

Ada yang menunggu sehingga 2 hingga 3 tahun baru mendapat kerja yang diidamkan. Ada juga yang bekerja di luar bidang dengan gaji yang rendah asalkan mempunyai pekerjaan.

Tips Mohon Jawatan Pensyarah

Untuk memohon jawatan sebagai seorang pensyarah universiti, anda tidak perlu menunggu iklan jawatan kosong dibuka.

1. Tidak Perlu Menunggu Iklan Jawatan Kosong

Seperti yang sedia maklum untuk memohon jawatan sebagai pensyarah, jarang-jarang sekali iklan untuk jawatan pensyarah dibuka. Anda hanya perlu membuat permohonan dan terus mencuba sehingga berjaya.

2. Sediakan Dokumen Penting Untuk Hardcopy

Anda perlu membuat permohonan secara hardcopy iaitu sebanyak :

  • 2 salinan

Mengapa 2 salinan hardcopy?  Ini kerana dua salinan hadrcopy ini perlu dihantar kepada :

  • Dekan / Ketua Jabatan (Peringkat Fakulti)
  • Pejabat Pendaftar (Peringkat Universiti)

Apakah dokumen yang perlu dihantar semasa permohonan? Antara dokumen yang perlu dihantar semasa permohonan ialah :

  • CV : Siapkan cv anda dengan kemas dan anda boleh edit dengan menggunakan Powerpoint sahaja. Gunakan kertas yang sedikit tebal untuk dicetak.
  • Cover Letter : Cover letter yang terbaik adalah dalam bahasa Inggeris. Pastikan cover letter anda disiapkan dalam 2 salinan dan pada akhir cover letter masukkan ‘sk’ (salinan kepada) untuk Ketua Jabatan / Dekan dan Pejabat Pendaftar. Pastikan cover letter anda kemas dan berbentuk formal.
  • Manuskrip & Sijil : Kepilkan bersama manuskrip Ijazah, Master dan PhD anda dalam permohonan. Tidak perlu berikan sijil-sijil lain ketika permohonan dan bawa sahaja ketika anda dipanggil temuduga.
  • Fail Lutsinar : Masukkan semua dokumen ke dalam fail lutsinar untuk mengelakkan basah daripada terkena hujan. Kemudian masukkan ke dalam sampul A4 yang berwarna putih.

3. Permohonan Secara Online

Selain daripada permohonan secara manual, anda juga boleh membuat permohonan secara online. Rajin-rajin ye tengok laman web rasmi uninversiti yang anda ingin pohon. Jika perlu, terus isi borang permohonan anda secara online.

4. Jangan Berputus Asa

Mungkin ada orang yang mana rezekinya mudah dan sekali mohon terus dipanggil temuduga. Jadi, jangan malas untu terus membuat permohonan.

Jangan lupa, anda boleh mencuba untuk memohon sebagai pensyarah di universiti luar negara. Mana tahukan, rezeki anda.

Categories
Kerjaya

Tips Temuduga Untuk Graduan Pointer Biasa-biasa Aje

Graduan Pointer Biasa

Jika anda merupakan seorang graduan yang tamat pelajaran dengan CGPA atau pointer yang rendah atau biasa-biasa, jangan merendah diri ketika menghadapi sesi temuduga anda. Sentiasa tonjolkan yang terbaik dalam diri anda serta tunjukkan keyakinan diri yang tinggi dihadapan penemuduga.

Lihat perkongsian ini untuk mengetahui tips temuduga yang boleh anda praktikkan ketika sesi temuduga nanti.

Tips Temuduga

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan majikan akan lihat dan fokus kepada kemahiran anda berbanding pointer anda. Majikan juga pernah mengalami pengalaman mengambil staf yang mempunyai pointer tinggi tetapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh syarikat.

Antara karektor yang di cari oleh majikan adalah :

1. Kemahiran Komunikasi

Ini adalah kemahiran yang memang dicari oleh para majikan masa kini. Kemahiran komunikasi yang diperlukan adalah kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis. Anda perlu menonjolkan kelebihan anda berkomunikasi ketika temuduga dengan bercakap secara yakin dan menggunakan fakta yang tepat.

Ambil masa untuk menjawab soalan yang ditanya dan fokuskan kepada kemahiran anda dan kaitkan dengan keperluan syarikat.

Jadi, ambil sedikit masa untuk dapatkan maklumat syarikat serta senarai tugasan jawatan anda supaya anda boleh kaitkan dengan kemahiran anda.

2. Berpengetahuan 

Sebelum temuduga, pastikan anda tahu tentang info semasa dan terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Anda juga perlu mengambil tahu tentang teknologi terkini serta mengenai skop tugasan jawatan yang anda pohon. Semuanya akan dikaitkan dalam beberapa soalan yang akan ditanya kepada anda.

Ketika inilah majikan akan membuat penilaian terhadap anda dan dapat mengetahui adakah anda ada membuat kajian dan persediaan sebelum hadir temuduga.

3. Yakin

Ini adalah salah satu kelebihan yang dicari oleh majikan. Mungkin majikan tahu bahawa anda tidak membuat persediaan sebelum hadir temuduga dan menjawab soalan tanpa gagal walaupun tidak menggunakan fakta yang betul.

Namun, disebabkan kerana anda mempunyai teknik meyakinkan orang lain, majikan akan terus bertanya soalan yang seterusnya dan meneruskan sesi temuduga sehingga peringkat yang terakhir.

4. Berhujah

Ada beberapa jenis majikan yang suka mengorek perangai negatif dengan mengajak calon untuk berhujah berdasarkan beberapa topik yang boleh menyebabkan calon terus tidak bersetuju dan menyuarakan rasa tidak puas hati dihadapan penemuduga.

Jadi, elakkan untuk mengeluarkan cerita yang negatif kepada penemuduga walaupun di provokasi dengan soalan atau topik yang tidak sepatutnya.

Atau anda boleh berhujah dengan isi yang lebih positif serta berikan jalan penyelesaian terhadap topik tersebut.

5. Berikan Senyuman Dan Ucap Terima Kasih

Sentiasa berikan senyuman ketika anda berhadapan dengan penemuduga. Tetapi jangan asyik tersenyum sehingga tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Walaupun anda diprovokasi dan ditekan dengan soalan yang mencabar, senyum dan ucap terima kasih selepas tamat temuduga anda. Jaga adab sopan anda ketika temuduga dijalankan.

Jangan jadikan pointer anda sebagai satu ukuran kejayaan temuduga anda. Gunakan tips yang dikongsikan ini untuk menghadapi temuduga. Semoga berjaya.

Categories
Kerjaya Resume

CGPA Rendah Tidak Menjadikan Anda ”Bodoh”. Tunjuk Perkara Ini Untuk Pikat Hati Majikan

CGPA Rendah Bukan Bermakna Anda Malas atau “Bodoh”

Ramai saja graduan diluar sana yang mempunyai CGPA rendah tetapi mempunyai pekerjaan yang bagus, baik dan menyandang jawatan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa CGPA yang rendah bukan bermakna anda sorang yang malas atau bodoh dimata orang lain. Sekiranya CGPA rendah, apa yang perlu anda tonjolkan supaya menarik perhatian majikan ketika temuduga atau membaca resume anda nanti?

Tonjolkan Kelebihan Anda

Apakah kelebihan yang perlu ditonjolkan kepada majikan di dalam resume dan ketika temuduga? Dapatkan 4 tips berikut untuk menonjolkan kelebihan anda.

1. Tonjolkan Kemahiran Anda

Lupakan sebentar tentang CGPA rendah anda. CGPA yang rendah tidak bermaksud anda gagal dalam kehidupan anda. Pastinya anda mempunyai pelbagai kemahiran yang unik dan lain daripada orang lain. Kemahiran tersebut tidak terletak pada kemahiran  teknikal sahaja, tetapi tonjolkan kemahiran insaniah (sof skill) yang ada pada anda seperti :

  • Public speaking
  • Penganalisis
  • Boleh menyelesaikan masalah
  • Menepati masa
  • Berkepimpinan

Padankan kemahiran yang ada pada anda dengan jawatan yang dipohon. Pastinya majikan tertarik dengan kelebihan skill yang ada pada anda dan tidak ada pada orang lain.

2. Dapatkan Pengalaman Dari Syarikat Ternama

Dalam dunia pekerjaan kini, mempunyai pengalaman bekerja menjadi fokus utama yang diperlukan oleh majikan berbanding CGPA. Ini kerana kebanyakan majikan perlukan seorang pekerja yang berpengalaman untuk melakukan tugasan yang diberikan.

Apabila majikan mengetahui anda pernah bekerja disebuah syarikat yang ternama, apa anggapan mereka? Wow! Pekerja yang hebat dan berpengalaman daripada sebuah syarikat yang ternama bakal menyertai mereka.

Ingin tahu sebabnya? Seorang pekerja yang boleh berdikari menjimatkan masa, tenaga dan wang sesuatu syarikat kerana tidak memerlukan staf yang lain untuk memberi tunjuk ajar dalam tempoh yang lama. Jadi, ia menjimatkan masa dan staf yang berpengalaman dapat menyiapkan tugasnya dalam tempoh yang ditetapkan berbanding perlu meluangkan masa dalam tempoh yang panjang untuk mengajar staf baru.

3. Aktif Dalam Aktiviti Luar

Sudah pastinya anda juga seorang yang aktif dalam aktiviti luar sama ada di dalam kampus atau luar kampus. Pelbagai aktiviti luar yang boleh menonjolkan kelebihan dan kemahiran dimana anda dapat mengumpulkan pelbgai pengalaman yang dapat mengasah bakat anda yang sedia ada. Malahan, anda juga dapat mengasah bakat anda dalam bidang sosial terutamanya kemahiran komunikasi serta kreativiti yang ada pada anda selama ini.

Masukkan kelebihan seperti menjadi pemimpin ketika melaksanakan sesuatu aktiviti ke dalam resume dan ketika temuduga supaya majikan dapat melihat kelebihan serta kemahiran untuk menjawat jawatan tersebut.

4. Menjadi Seorang Sukarelawan

Tahukah anda menjadi seorang sukarelawan dapat menonjolkan kelebihan dan kemahiran unik anda yang tidak ada pada orang lain? Tidak semua orang mempunyai keinginan dan sifat ingin membantu orang lain. Sifat ini sebenarnya sangat diperlukan oleh majikan pada masa kini.

Ini kerana anda mempunyai beberapa kemahiran insaniah yang tidak ada pada orang lain iaitu skill :

  • Mengubah orang lain untuk menjadi lebih baik.
  • Mempunyai sifat ingin membantu orang lain.
  • Mempunyai kesabaran yang tinggi dalam melakukan tugasan.
  • Bersifat kempimpinan yang tinggi dan boleh memimpin pasukan menjadi lebih baik.

Jadi, jangan jadikan CGPA yang rendah sebagai satu halangan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baik serta menjawat jawatan yang lebih tinggi. Anda juga punyai kelebihan dan kemahiran yang jauh kebih baik daripada orang lain. Tonjolkan dalam resume anda dan ketika temuduga anda. Semoga berjaya.

Categories
Kerjaya Resume

Contoh Cover Letter Beserta Senarai Rujukan Dalam Bahasa Inggeris

Cover Letter Beserta Senarai Rujukan Dalam Bahasa Inggeris

Jika anda menghantar resume anda dalam bahasa Inggeris, pastikan juga anda menghantar cover letter dalam bahasa Inggeris juga. Aplikasikan kaedah ini kerana ia merupakan satu perkara yang mudah untuk anda lakukan walaupun sekadar menghantar cover letter bersama resume.

Jarang-jarang sekali atau mungkin tidak ada langsung pemohon kerja yang menghantar cover letter dengan menyertakan nama rujukan di dalamnya.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan sekiranya anda meletakkan nama rujukan di dalam cover letter anda?

Senarai Nama Rujukan

Seperti anda sedia tahu, nama rujukan akan diletakkan dibahagian akhir sekali resume. Tetapi lebih baik sekiranya anda tidak meletakkan nama senarai rujukan dan asingkan ke dalam dokumen SENARAI RUJUKAN yang lain.

Sentiasa bersedia dengan menyediakan salinan dokumen senarai rujukan ketika anda hadir temuduga. Berikan kepada penemuduga sekiranya diminta.

Walaupun anda telah meletakkan nama rujukan ke dalam cover letter, pastikan masukkan juga nama rujukan tersebut ke dalam dokumen senarai rujukan anda. Mana tahu semasa temuduga, penemuduga meminta salinan dokumen senarai rujukan daripada anda.

Cover Letter Bahasa Inggeris

Sama seperti cover letter bahasa Melayu, anda gunakan format yang sama untuk siapkan cover letter bahasa Inggeris anda. Anda boleh gunakan contoh cover letter dan template yang akan dikongsikan ini.

Contoh Dan Template Cover Letter Bahasa Inggeris

Download contoh dan template ini. Edit mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon.

Contoh 1

Contoh 2

Categories
Kerjaya

Cover Letter Beserta Nama Rujukan

Cover Letter Beserta Rujukan

Selalunya senarai nama rujukan dimasukkan ke dalam resume untuk mendapatkan kerja. Tetapi, anda juga boleh memasukkan nama rujukan ke dalam cover letter anda.

Bagaimanakah untuk memasukkan nama rujukan anda ke dalam cover letter anda? Ikuti tips untuk memasukkan nama rujukan ke dalam cover letter beserta contoh melalui perkongsian ini.

Cara Memasukkan Nama Rujukan Ke Dalam Cover Letter

Ikuti cara yang disenaraikan ini untuk dapatkan cara yang betul untuk memasukkan nama rujukan anda.

1. Profesional

Tulis cover letter anda dengan cara yang profesional iaitu mengikut format surat yang betul. Gunakan format cover letter yang betul tidak kira sama ada anda menghantarnya melalui emel atau menghantar surat.

Sama seperti format cover letter yang anda sediakan sebelum ini, diingatkan supaya jangan lupa untuk memasukkan maklumat penting berikut :

  • Nama dan alamat anda
  • Tarikh
  • Nama dan alamat majikan
  • Panggilan kepada individu yang bakal membaca cover letter anda dengan panggilan yang sesuai seperti Tuan / Puan, Encik / Cik, Mr / Mrs.
  • Tajuk cover letter.
  • Masukkan pendahuluan, isi penting, penutup dan nama anda.

2. Tujuan

Ceritakan tujuan anda menghantar cover letter dan seterusnya anda masukkan nama rujukan. Ceritakan secara ringkas hubungan anda dengan rujukan tersebut.

3. Tunjukkan Minat

Seterusnya ceritakan minat anda mengenai jawatan yang dipohon dan nyatakan mengapa anda layak untuk memegang jawatan tersebut. Tunjukkan semangat anda untuk bekerja di syarikat tersebut. Kebanyakan majikan sukakan bakal pekerja yang bersemangat dan menunjukkan minat dengan pekerjaan tersebut.

4. Ucap Terima Kasih

Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana meluangkan masa untuk membaca cover letter anda. Gunakan ayat dan bahasa yang sopan untuk menutup cover letter. Jangan lupa untuk tandatangan diikuti nama anda dibahagian bawah cover letter.

5. Baca Semula, Edit

Jangan mudah berpuas hati dengan cover letter anda. Baca semula dan edit sekiranya terdapat beberapa kesalahan dari segi ejaan serta tatabahasa.

Contoh Cover Letter Beserta Nama Rujukan

 

Categories
Kerjaya Resume

Berapa Muka Surat Yang Sesuai Untuk Cover Letter

Cover Letter: Berapa Mukasurat Yang Sesuai?

Tanpa cover letter ketika membuat permohonan kerja ibarat tidak sempurna permohonan anda kerana mengantar resume sahaja. Walaupun tidak diminta, siapkan sahaja cover letter dan hantar bersama resume anda.

Namun pastinya ada yang bertanya berapa muka surat yang sesuai untuk cover letter tersebut. Jika terlalu pendek, seolah-olah melepaskan batuk ditangga sahaja, Jika terlalu panjang, risau pulak bakal majikan tidak ada masa untuk membacanya pula dan mungkin tidak akan dipanggil untuk temuduga.

Juga lihat tips penggunaan keywords dalam resume, cv dan cover letter disini.

Berapa Mukasurat Yang Sesuai?

Adakah cover letter perlu ditulis dengan ringkas atau penuh muka surat? Cover letter seharusnya tidak boleh lebih daripada 1 muka surat sahaja. Tetapi jika anda menghantar melalui emel, pastikan ianya lebih ringkas dan padat dengan maklumat yang penting.

Tetapi jika mengikut fakta, cover letter yang ringkas dan padat adalah lebih baik.

Jika mengikut kajian, majikan sukakan cover letter :

  • Penuh 1 muka surat : 12.6%
  • Setengah muka surat : 43.7%
  • Tidak perlu cover letter : -5%
  • Lebih pendek lebih baik : -1%

Jadi, cover letter anda perlu menonjolkan kelayakan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan berikan tawaran yang terbaik kepada bakal majikan anda.

Gunakan Word Count

Untuk memudahkan anda, gunakan word count supaya cover letter anda tidak terlalu panjang dan padat dengan maklumat yang penting dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Gunakan saiz font yang sesuai seperti saiz font 12.

Cover letter yang sesuai dan padat hanya memerlukan lebih kurang 250 hingga 300 patah perkataan sahaja.

Pastikan cover letter anda disemak bacaannya oleh orang lain dan pastikan ianya boleh dibaca dan difahami sebelum anda menghantarnya kepada majikan anda.

Cover Letter Melalui Emel

Jika anda menghantar cover letter melalui emel pula, pastikan ianya ringkas dan padat dengan maklumat penting dan berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

Pastikan ianya mengandungi :

  • Pengenalan
  • Penerangan kelayakan anda untuk menjawat jawatan tersebut
  • Penutup