Portal Jawatan Kosong Terkini

Sample Dokumen Senarai Rujukan Untuk Temuduga

0 541

Dokumen Senarai Rujukan Untuk Temuduga

Apabila anda menyiapkan resume, pastinya anda perlu meletakkan senarai nama rujukan dibahagian bawah resume anda. Tetapi untuk menghasilkan resume yang lebih baik, anda perlu mengasingkan senarai rujukan anda dalam dokumen yang lain. Anda hanya berikan senarai rujukan kepada penemuduga sekiranya diminta oleh mereka sahaja.

Dapatkan Kebenaran

Sekiranya anda bekerja, dapatkan kebenaran daripada supervisor / ketua jabatan atau rakan sekerja anda untuk menjadi sumber rujukan anda. Tetapi sekiranya anda tidak bersedia untuk memberitahu kepada mereka mengenai permohonan kerja baru anda, anda boleh pertimbangkan alternatif yang lain untuk menjadi rujukan anda.

Nota : Sebelum anda masukkan nama senarai rujukan, pastikan anda mengetahui siapa yang akan menjadi rujukan anda dan minta kebenaran terlebih dahulu.

Nyatakan kepada individu tersebut mengapa anda ingin menjadikannya sebagai rujukan, jawatan yang dipohon dan beritahu kepada individu tersebut bahawa mereka mungkin akan dihubungi oleh syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat diri anda.

Dicadangkan kepada anda untuk berikan salinan resume dan surat panggilan temuduga agar individu yang menjadi rujukan anda tahu dengan terperinci mengenai tawaran kerja yang ditawarkan serta menulis surat RECOMMENDATION kepada penemuduga anda nanti.

Jumlah Senarai Rujukan

Kebiasaannya bakal majikan akan meminta sekurangnya 2 atau 3 senarai rujukan. Tetapi jika anda boleh dapatkan lebih senarai rujukan, itu lebih baik. Pastikan senarai rujukan tersebut seorang yang positif, boleh menceritakan perihal anda dengan baik dan tahu selok belok pekerjaan yang ditawarkan.

Baca juga artikel ini : Mengapa Majikan Ingin Melihat “Reference List” Dalam Resume Anda

Format Dokumen Senarai Rujukan

Perkara yang perlu anda masukkan ke dalam dokumen senarai rujukan adalah seperti berikut :

1. Masukkan maklumat anda seperti :

  • Nama
  • Alamat rumah
  • Nombor telefon
  • Emel

2. Masukkan tajuk SENARAI RUJUKAN.

3. Diikuti maklumat senarai rujukan iaitu :

  • Nama
  • Jawatan
  • Syarikat dan alamat syarikat
  • Nombor telefon
  • Emel

4. Kekalkan format dimana sekiranya senarai pertama mempunyai alamat yang lengkap, senarai rujukan seterusnya juga perlu mempunyai alamat yang lengkap.

5,. Periksa ejaan pada nama dan alamat senarai rujukan adalah betul dan tepat. Anda boleh check melalui platform LinkedIn untuk dapatkan pekerjaan dan alamat syarikat senarai rujukan yang betul dan tepat.

6. Ucapkan terima kasih kepada senarai rujukan anda diatas kesudian mereka menjadi senarai rujukan anda. Sama ada anda berjaya mendapat tawaran kerja tersebut atau tidak, bersikap profesional dengan mereka dan ucapkan terima kasih.

7. Beritahu kepada senarai rujukan anda mengenai keputusan temuduga anda. Pastinya mereka gembiranya sekiranya anda mendapat pekerjaan tersebut dan beritahu juga sekiranya anda tidak mendapat jawatan tersebut. Pastinya mereka akan menyokong anda dan memberi kata-kata positif.

Contoh Senarai Rujukan

Berikut adalah senarai rujukan yang boleh anda download dan edit mengikut keperluan anda.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.