Portal Jawatan Kosong Terkini

Tips Temuduga Video Online Yang Win Untuk Anda Follow Jika Dipanggil Temuduga Secara Online

0 574

Temuduga Video Online

Pernahkah anda melalui sesi temuduga yang diadakan secara video online?

Jika tidak pernah, kebarangkalian untuk anda ditemuduga secara video online mungkin ada kerana pada masa kini semuanya boleh berlaku.

Tambahan pula dengan situasi pandemik yang melanda dunia sekarang. Jadi sebagai pencari kerja anda perlu bersedia sebaik mungkin.

Sedikit perkongsian maklumat berkaitan temuduga video online sebagai info persediaan anda.

Tips Temuduga Video Online

Terdapat beberapa tips yang boleh anda gunakan sebelum anda melalui sesi temuduga secara video online. Antara tips tersebut adalah seperti :

1. Ketahui Aplikasi Atau Platform Video

Sebelum anda menghadapi temuduga, anda perlu tahu beberapa aplikasi atau platform yang mungkin digunakan oleh pihak penemuduga. Antara aplikasi tersebut adalah :

  • Zoom
  • Skype
  • Google Meet / Hangouts
  • Microsoft Teams
  • Lain-lain

Masa yang diperuntukkan untuk setiap temuduga adalah :

  • Bawah 30 minit
  • Antara 30 minit hingga 1 jam
  • Lebih daripada 1 jam

2. Buat Perancangan

Buat persediaan temuduga anda dengan baik. Bersedia daripada segi mental dan fizikal terutamanya dalam penyediaan jawapan yang perlu anda jawab kepada penemuduga.

Selain daripada itu, persediaan yang penting perlu anda lakukan adalah memeriksa kamera web dan mikrofon anda. Pastikan kedua peralatan tersebut berfungsi dengan baik sebelum anda menghadapi temuduga.

Anda juga perlu memeriksa liputan internet anda berada dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada internet anda tersekat dan menyebabkan temuduga anda terganggu. Sekiranya liputan internet tidak begitu baik di kawasan anda, anda boleh keluar dan dapatkan liputan internet yang baik di tempat yang lain.

3. Periksa Background

Sebelum hari temuduga video online tiba, cuba dahulu latar belakang video online anda. Pastikan anda menggunakan latar belakang yang bersesuaian dan tidak bersepah. Anda boleh halakan kamera video anda ke arah dinding yang kosong.

Anda juga boleh menggunakan setting background yang ada di dalam aplikasi video online Pilih background yang sesuai untuk digunakan semasa sesi temuduga anda.

Pakaian Semasa Temuduga Video Online

Untuk temuduga video online ini, pakaian yang boleh dipakai ialah :

  • Pakaian Formal
  • Pakaian separuh formal atau formal kasual
  • Kasual

Semua pakaian di atas adalah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Perkara Yang Perlu Elak Ketika Temuduga

Semasa temuduga dijalankan, elakkan beberapa perkara seperti :

  • Background yang berserabut dan kotor. Pastikan meja dan kawasan persekitaran anda bersih dan kemas.
  • Pencemaran bunyi yang tidak diingini seperti bunyi mesin rumput, mesin vacuum, bunyi ekzos kenderaan, salakan anjing, bayi menangis, muzik yang bising. Segala gangguan bunyi ini akan menyebabkan temuduga anda terganggu.
  • Gangguan pop up email dan mesej daripada telefon yang masuk bertalu-talu akan mengganggu temuduga anda. Ia akan menyebabkan anda hilang fokus untuk temuduga.
  • Jangan ketuk pen atau meja anda ketika temuduga. Ini kerana mikrofon yang digunakan adalah jenis sensitif pada bunyi. Penemuduga akan mendengar bunyi tersebut dan rasa terganggu.
  • Kurangkan penggunaan body language terutamanya penggunaan tangan. Sekiranya liputan internet anda ada gangguan dan lag time, ia akan menyebabkan pergerakan tangan anda akan memburukkan suasana temuduga anda.

Jadikan Anda Sebagai Calon Yang Sesuai

Melalui temuduga video online ini, anda boleh praktikkan beberapa perkara ini untuk menjadikan anda adalah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

  • Jawab soalan yang diajukan. Sama seperti temuduga biasa, penemuduga akan mengajukan soalan berkaitan jawatan yang ditawarkan mengikut deskripsi tugasan. Jawab soalan dengan jawapan yang paling terbaik daripada. Pastikan jawapan anda bertepatan dan sepadan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Tunjukkan kreativiti. Dalam jawapan anda, ceritakan pengalaman yang menunjukkan bahawa anda dapat melaksanakan pekerjaan yang diperlukan.
  • Bersedia. Pastikan anda memakai pakaian yang betul dan praktikkan jawapan anda. Mungkin penemuduga akan merakam temuduga bersama anda supaya mereka dapat melihat semula kelebihan dan menjadikan anda calon yang sesuai.
  • Mempunyai resume dan permohonan. Walaupun temuduga dilakukan melalui video online, anda masih lagi perlu menghantar resume dan permohonan melalui emel. Pastikan semua maklumat yang diberikan melalui resume sama dengan apa yang anda persembahkan semasa proses temuduga.

Gunakan tips ini sekiranya anda bakal melalui sesi temuduga secara video online. Tidak jauh perbezaannya berbanding temuduga biasa cuma menggunakan teknologi yang terkini dan ia memudahkan kedua pihak untuk hadapi temuduga. Semoga berjaya.

Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.