Categories
Kerjaya

Jangan Sesekali Tanya 5 Soalan Ini Semasa Temuduga

Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan ketika anda menghadiri temuduga adalah pertanyaan anda kepada penemuduga. Tidak dapat dinafikan bahawa pertanyaan perlu untuk memastikan penemuduga tidak melihat anda sebagai seorang yang terlalu pasif.

Namun, anda perlulah berhati-hati dengan soalan-soalan yang akan ditanyakan itu. Terdapat beberapa soalan yang akan menyebabkan penemuduga memberikan pandangan negatif kepada anda seterusnya melabel anda sebagai tidak beradab.

Berikut merupakan senarai soalan yang haram anda tanya kepada penemuduga ketika temuduga. Pastikan anda tidak sesekali bertanyakan soalan-soalan ini kerana dengan berbuat demikian akan menyebabkan penemuduga berubah reaksi dan perkara ini akan menjejaskan keputusan penemuduga untuk memilih anda.

SIAPAKAH SASARAN PELANGGAN SYARIKAT INI?

Soalan ini jelas menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai pengetahuan tentang syarikat yang memanggil anda temuduga itu.

Hal ini kerana anda sepatutnya sudah tahu sasaran pelanggan syarikat tersebut kerana itu merupakan sebahagian daripada pengetahuan tentang syarikat tersebut yang wajib anda tahu. Jadi, elakkan sama sekali daripada bertanyakan soalan seperti ini. Pastikan anda memiliki pengetahuan yang luas tentang syarikat tersebut.

BERAPAKAH ELAUN TAMBAHAN YANG BAKAL SAYA PEROLEH?

Soalan ini boleh dianggap sebagai biadap kerana anda baru sahaja datang untuk temuduga. Anda bukan lagi sah menjawat jawatan itu. Pertanyaan tentang elaun serta bonus bakal menyebabkan penemuduga melabel anda sebagai mementingkan duit semata-mata.

Setiap majikan memerlukan pekerja yang komited dan mampu memberikan yang terbaik untuk syarikat bukannya pekerja yang mementingkan duit semata-mata. Anda sebenarnya boleh bertanyakan soalan ini tetapi bukan pada waktu temuduga. Anda boleh bertanya soalan ini ketika anda sudah diterima bekerja nanti. Adalah lebih bagus jika anda bertanya soalan seperti ini.

“Adakah syarikat ini menyediakan latihan dan pembelajaran kemahiran bagi meningkatkan lagi kemahiran saya?” Soalan seperti ini menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk bekerja di syarikat itu.

BOLEHKAH SAYA BEKERJA DARI RUMAH?

Walaupun terdapat sesetengah iklan jawatan kosong yang memaparkan bahawa anda boleh bekerja dari rumah tetapi anda tidak sepatutnya bertanyakan soalan ini kepada penemuduga.

Sebenarnya, walaupun anda boleh bekerja dari rumah tetapi majikan lebih menginginkan anda untuk menyertai pekerja-pekerja lain sebagai satu pasukan dan bekerjasama dalam menghasilkan input yang baik, bukannya kerja di rumah sepenuh masa.

Jika anda ingin juga bertanya untuk mendapatkan kepastian, tanyalah seperti ini. “Bagaimanakah waktu bekerja saya di sini?” Soalan ini lebih sopan.

BILAKAH SAYA BOLEH NAIK PANGKAT JIKA BEKERJA DI SINI?

Persoalan tentang kenaikan pangkat dan gaji tidak sepatutnya ditanya kepada penemuduga. Sebaliknya, anda harus tanya diri sendiri layakkah anda mendapat kenaikan pangkat dengan cepat. Hal ini bergantung pada komitmen serta kredibiliti anda dalam bekerja untuk memajukan syarikat.

Jika prestasi kerja anda pada tahap yang cemerlang serta mendapat maklum balas yang baik daripada semua orang di sekeliling, maka anda layak untuk dinaikkan pangkat dalam masa yang sekejap. Sebaliknya, sekiranya prestasi kerja anda anda tidak memberansangkan serta terpalit dengan banyak kes disiplin, anda akan mengalami kesukaran untuk memperolah kenaikan pangkat.

Tanamkan dalam minda anda bahawa kenaikan pangkat adalah sebagai hasil tuaian. Jika kuat anda bekerja, semakin cepatlah hasil tuaian tiba dan begitu juga sebaliknya. Jadi, untuk mengejar pangkat supaya dapat kenaikan pangkat dengan cepat, berilah sepenuh komitmen kepada kerja.

SOALAN PERIBADI BERKAITAN DENGAN PENEMUDUGA

Soalan berbentuk peribadi perlu dielakkan sama sekali. Sebagai contoh “Adakah tuan/puan sudah berkahwin?” ataupun “Berapa ramai anak tuan/puan?” Soalan-soalan seperti ini bukan sahaja akan menyebabkan penemuduga memandang serong terhadap anda tetapi juga penemuduga mungkin akan terasa hati jika beliau sedang menghadapi masalah peribadi ketika itu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda manfaat tentang soalan-soalan yang tidak sepatutnya anda tanya ketika temuduga. Ingat! Berhati-hatilah ketika mengajukan soalan kerana temuduga. Bak kata pepatah ‘kerana lidah badan binasa’.

Categories
Kerjaya

6 Tips ”Menjual” Diri Ketika Temuduga

Setiap calon yang menghadiri temuduga mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk diterima dalam pekerjaan yang dipohon itu. Namun, harus diingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghadiri temuduga tersebut. Ramai lagi calon lain yang turut menghadiri temuduga itu.

Jadi, persaingan anda untuk diterima bekerja di tempat itu bukanlah sedikit. Untuk memastikan anda berjaya dalam temuduga tersebut dan diterima bekerja, anda perlulah betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penemuduga serta melakukan sehabis baik semasa temuduga itu.

Terdapat beberapa tips yang perlu anda ambil perhatian dan ikuti dalam usaha untuk berjaya semasa temuduga. Tip-tip ini bukan sahaja untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penemuduga tetapi juga untuk menarik hati penemuduga tersebut.

Dalam artikel ini, pihak kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda ikut tentang bagaimana untuk “menjual” diri anda semasa temuduga. Antara tip-tip tersebut adalah seperti berikut.

LEBIHKAN SENYUMAN PADA PENEMUDUGA

Anda semestinya pernah mendengar kata-kata senyuman merupakan satu sedekah. Kata-kata ini tepat sama sekali. Senyuman bukan sahaja berpahala mengikut kepercayaan pengganut agama Islam, tetapi juga mampu mengubah mood seseorang itu.

Andai kata penemuduga itu sedang dalam keadaan mood tidak baik, keputusannya untuk memilih anda bekerja bakal terjejas. Oleh yang demikian, senyumlah sentiasa kepada penemuduga itu.

Selain senyuman, kata-kata anda juga memainkan peranan penting. Oleh itu, kata-kata anda haruslah sentiasa dijaga. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat ataupun kasar.

Gunakan bahasa yang sopan walaupun penemuduga itu umurnya lebih muda daripada anda. Letakkan dalam diri anda bahawa penemuduga merupakan seorang yang sangat perlu untuk dihormati.

Senyuman merupakan tip yang paling mudah untuk dilakukan semasa temuduga. Oleh itu, janganlah lupa untuk senyum semasa temuduga kelak. Gunakanlah juga bahasa yang lembut dan berhemah dengan penemuduga anda.

TANYA SOALAN YANG UNIK

Bertanya soalan boleh menyebabkan penemuduga menganggap anda sebagai seorang yang tidak pasif dan berminat dengan jawatan tersebut. Namun, soalan yang ditanya haruslah soalan-soalan yang baik dan bukanlah soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya tersebut.

Rahsia untuk membezakan anda dengan calon-calon temuduga yang lain adalah bertanya soalan yang baik. Anda akan kelihatan bersemangat dan bersikap ingin tahu dengan cara banyak bertanya soalan yang baik.

Soalan yang baik di sini bermaksud soalan yang menunjukkan minat terhadap pekerjaan yang anda pohon itu. Sebagai contoh, anda boleh bertanyakan soalan seperti ini. Adakah produk syarikat ini mempunyai ciri-ciri seperti selamat, bernilai dan lain-lain? Soalan-soalan ini bergantung kepada anda selagi ianya menunjukkan minat anda terhadap kerja yang anda pohon.

NYATAKAN PENCAPAIAN ANDA DALAM BENTUK KUANTITI

Adalah penting untuk anda nyatakan segala pencapaian anda dalam bentuk kuantiti apabila ditanya oleh penemuduga. Gunakan angka untuk menerangkan sejauh mana kejayaan yang telah anda capai.

Sebagai contoh, penemuduga bertanya kepada anda terangkan sejauh mana kejayaan projek anda semasa pekerjaan dahulu. Semestinya ramai daripada calon temuduga akan menjawab “Saya berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan projek itu.”

Tidak salah untuk menjawab dengan cara itu tetapi jawapan yang diberikan ini terlalu subjektif. Penemuduga tidak tahu sejauh mana kejayaan anda dalam projek jika merujuk kepada perkataan “hampir keseluruhan” yang anda berikan.

Adalah lebih baik jika anda membeikan jawapan menggunakan angka kuantiti. Contohnya seperti ini. “Dalam projek di tempat kerja yang lepas, saya telah berjaya menyelesaikan 75% daripada projek yang diberikan kepada saya.” Jawapan seperti ini lebih realistik dan lebih meyakinkan penemuduga.

DAPATKAN “FIRST IMPRESSION” YANG BAIK

“First Impression” merupakan pandangan penemuduga terhadap anda sebaik sahaja beliau melihat anda. Beliau tidak kenal lagi siapa anda ketika itu namun sebenarnya beliau sudah menilai anda buat kali pertama.

“First Impression” ini sangat penting sebenarnya kerana ini merupakan permulaan tanggapan penemuduga terhadap anda. Jika “first impression” baik maka tanggapan penemuduga buat anda akan baik juga untuk keseluruhan temuduga itu dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimana untuk mendapat “first impression” yang baik daripada penemuduga? Mudah sahaja sebenarnya! Pertama sekali, pastikan anda membuat pemilihan pakaian yang betul. Pastikan anda berpakaian kemas dan mengikut kod etika pemakaian yang telah ditetapkan. Jangan sesekali pakai selipar ketika temuduga. Mood penemuduga akan berubah sama sekali jika anda berbuat demikian.

Berhati-hati juga dengan masa. Pastikan anda sampai sebelum waktu temuduga bermula. Tidak salah untuk sampai awal di tempat temuduga tersebut. Jangan sesekali lewat kerana kelewatan akan menyebabkan penemuduga melabel anda sebagai tidak berdisiplin.

Seterusnya, cara anda jalan untuk bertemu dengan penemuduga. Pastikan anda menunjukkan semangat yang tinggi dan bukannya jalan secara lemah-longlai. Pastikan juga anda menggunakan bahasa tubuh semasa anda memberikan jawapan kepada penemuduga. Bahasa tubuh penting dalam menunjukkan keyakinan anda.

JAWAB SOALAN YANG DITANYA SECARA JUJUR TETAPI POSITIF

Kebanyakan calon temuduga akan menghadapi masalah apabila penemuduga bertanyakan soalan kepada mereka tentang kegagalan yang pernah mereka alami ketika di tempat kerja lama dahulu.

Ada daripada calon temuduga yang menipu dan ada juga yang mengakui kegagalan mereka. Namun, malangnya mereka hanya mengakui kegagalan tersebut tanpa menambah jawapan secara positif.

Berikut merupakan contoh jawapan untuk memudahkan anda faham apa itu jawapan secara positif.

“Kegagalan yang saya pernah alami semasa bekerja di tempat kerja lama saya dahulu adalah pernah diberi amaran kerana datang lambat ke tempat kerja. Namun, dengan amaran itu, saya mula sedar betapa pentingnya waktu kepada seorang pekerja dan berusaha untuk mematuhi waktu sejak itu.”

Anekdot ataupun kesan secara positif daripada kegagalan itulah yang sebenarnya menarik perhatian penemuduga. Jangan sesekali menipu. Anda harus menyatakan kegagalan anda yang sebenar dan sertakan juga impak positif terhadap diri anda.

JAWAB SOALAN DENGAN YAKIN

Soalan yang ditanya oleh penemuduga perlulah dijawab dengan betul dan yakin. Buat persediaan secukupnya. Pastinya anda menghabiskan banyak masa membuat kajian tentang syarikat yang memanggil anda temuduga serta kerjaya yang anda pohon sebelum menghadiri temuduga. Hal ini untuk memastikan anda tahu segalanya dan tidak terkaku apabila disoal nanti.

Keyakinan diri juga penting kerana penemuduga ingin melihat sejauh mana keyakinan anda terhadap jawapan yang anda berikan. Menjawab soalan dengan betul dan yakin juga sudah semestinya akan menarik perhatian penemuduga untuk mengambil anda bekerja.

Pihak kami berharap supaya anda dapat mengambil manfaat daripada artikel ini. Pastikan anda melakukan kesemua perkara yang dicatatkan dalam artikel ini dalam usaha menarik minat penemuduga terhadap anda untuk mengambil anda bekerja. Kami doakan kejayaan anda.

Categories
Kerjaya

Beri Perhatian Kepada 4 Komunikasi Non-Verbal Ini Semasa Temuduga

Selain daripada memberikan jawapan yang terbaik dan lengkao semasa temuduga, anda juga perlulah mengambil berat akan suatu lagi aspek dalam temuduga untuk memastikan penemuduga tertarik dengan anda dan seterusnya mengambil anda bekerja.

Aspek tersebut adalah komunikasi non-verbal. Walaupun komunikasi non-verbal ini
dilihat remeh tetapi percayalah ia mampu membawa impak yang besar kepada anda.

Walaupun penemuduga tidak menilai gaya non-verbal anda ini secara rasmi akan tetapi komunikasi non-verbal yang salah bakal menjejaskan emosi penemuduga seterusnya memberikan kesan buruk kepada anda juga.

Komunikasi non-verbal sebenarnya bermula sebaik sahaja anda memasuki kamar temuduga. Sebelum anda mengeluarkan suara, anda pastinya akan berjabat tangan terlebih dahulu dengan penemuduga.

Berjabat tangan juga merupakan salah satu komunikasi non-verbal. Di sini dapatlah kita lihat betapa pentingnya komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal bermula sebelum temuduga bermula lagi.

Seterusnya, setelah anda duduk di atas kerusi sementara menanti soalan daripada penemuduga, komunikasi non-verbal turut terlibat di sini iaitu postur tubuh anda, senyuman anda ataupun reaksi muka gementar anda. Semua komunikasi non-verbal ini penting untuk menarik perhatian penemuduga.

Bayangkan jika anda merupakan seorang penemuduga dan anda sedang menemuduga seorang calon yang tidak langsung senyum kepada anda. Bukan itu sahaja, calon itu juga duduk dalam keadaan lemah ketika menanti soalan daripada anda serta menunjukkan wajahnya yang gelisah. Adakah anda akan mengambil calon itu bekerja dengan anda?

Satu lagi contoh adalah ketika anda belajar di sekolah dahulu. Guru jenis manakah yang anda minat kaedah pembelajarannnya. Guru A hanya mengajar menggunakan papan hitam tetapi tidak langsung senyum dan menunjukkan gaya menggunakan anggota badannya ataupun guru B yang selalu senyum serta menggunakan anggota badan untuk melakukan gerakan bagi memudahkan pemahaman anda.

Semestinya anda berminat dengan guru B. Begitu juga dengan penemuduga. Beliau sangat meminati calon temuduga yang aktif menggunakan komunikasi non-verbal serta menunjukkan minat yang tinggi.

Dalam artikel ini akan dikongsikan 4 komunikasi non-verbal yang perlu anda beri perhatian semasa temuduga. Berikut merupakan 4 komunikasi non-verbal tersebut.

BERJABAT TANGAN

Berjabat tangan sangat penting kerana ianya merupakan perbuatan pertama yang anda lakukan sebaik sahaja bertemu dengan penemuduga. Tip yang perlu anda beri perhatian adalah pastikan anda genggam erat tangan penemuduga itu tetapi tidak terlalu kuat kerana itu akan menyakitkan beliau.

Genggam erat tangan penemuduga semasa berjabat tangan menandakan anda berkeyakinan dan bersemangat untuk menghadiri temuduga tersebut. Jangan sesekali berjabat tangan dengan lemah-longlai.

Jangan juga sesekali berjabat tangan secara tidak formal dengan sekadar menyentuh tanggan penemuduga sahaja. Anda seolah-olah menunjukkan bahawa anda kurang berminat dengan pekerjaan yang anda pohon itu.

POSTUR BADAN

Berdiri tegak dan duduk tegak. Buka dada anda (untuk lelaki) dan jangan sesekali duduk dalam keadaan membongkok seperti orang dalam keletihan. Hal ini menampakkan anda seolah-olah layu dan tiada bersemangat.

Postur badan sangat penting sebenarnya. Walaupun postur badan tidak diuji secara rasmi, namun penemuduga akan tetap menilai kelakuan anda. Beliau akan melihat anda sebagai seorang yang bersemangat sekiranya anda berdiri atau duduk tegak. Anda bolehlah mempraktikkan postur diri dan duduk anda di hadapan cermin sebelum menghadiri temuduga.

HUBUNGAN MATA (EYE CONTACT)

Eye contact juga sangat penting. Motivator pernah berkata jika ingin lihat seseorang itu bercakap benar maka lihat pada matanya. Menurut kajian, seseorang yang bercakap benar itu akan melihat ke dalam mata orang yang sedang berkomunikasi dengannya. Bukan itu sahaja, eye contact yang baik juga menunjukkan keyakinan anda.

Jadi, semasa temuduga, jagalah eye contact dengan baik. Lihat ke dalam mata penemuduga tersebut ketika memberikan jawapan. Tidak perlu melihat ke sini dan ke sana kerana penemuduga akan berserabut melihat anda di samping melabel anda sebagai kurang keyakinan.

JANGAN TUNJUKKAN KEGELISAHAN MELALUI ANGGOTA BADAN

Tidak dapat dinafikan sebenarnya telah menjadi tabiat buat sesetengah orang yang sedang dalam kegelisahan untuk menggerakkan anggota tubuhnya sebagai contoh menghentak kaki, memintal rambut, memukul meja supaya berbunyi seperti gendang dan sebagainya.

Jika anda mempunyai tabiat ini, anda dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. Perkara ini sangatlah tidak disukai oleh penemuduga. Bayangkan penemuduga sedang bersemangat untuk menyoal anda tiba-tiba terganggu akibat bunyi yang anda hasilkan daripada hentakan kaki. Hal ini bakal mengubah moodnya.

Buat anda yang sukar untuk meninggalkan tabiat ini, anda disarankan untuk praktikkan di rumah terlebih dahulu. Cuba untuk tidak membuat perkara-perkara itu di rumah dan anda tidak akan melakukannya semasa temuduga nanti.

Jadi, pastikan anda mengambil berat keempat-empat komunikasi non-verbal ini. Anda juga perlulah berhati-hati kerana sebenarnya anda sedang dinilai secara non-verbal walaupun secara tidak formal. Selamat berjaya dalam temuduga anda.

Categories
Kerjaya

Bagaimana Cara Jawab Soalan ”Adakah Anda Bersedia Untuk Berpindah?” Ketika Di Interview?

Bagaimana Cara Jawab : “Adakah Anda Bersedia Untuk Berpindah?”

Proses temuduga berjalan dengan lancar. Tiba-tiba panel penemuduga bertanyakan soalan ini, “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Mungkin anda terfikir, belum lagi dapat kerja, sudah bertanyakan soalan begini. Setiap soalan yang dikemukakan mempunyai alasannya yang tersendiri.

Mungkin juga soalan ini digunapakai untuk temuduga kenaikan pangkat yang memerlukan anda untuk berpindah ke cawangan yang lain.

Jadi, apakah yang perlu anda jawab? Bagaimana untuk menjawab soalan ini?

Mengapa majikan bertanya “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Ini adalah salah satu strategi majikan untuk memilih calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut. Majikan juga memikirkan kesan jangka panjang di mana terdapat pekerja tidak dapat bekerja di syarikat tersebut akibat jarak perjalanan yang jauh untuk berulang alik dan membuatkan majikan kerugian masa untuk mencari pekerja yang baru.

Bagaimana menjawab “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Untuk menjawab soalan ini, pastikan anda :

  • Menjawab soalan dengan jujur
  • Buat rancangan untuk berpindah
  • Menyatakan semangat untuk jawatan tersebut
  • Kongsi rancangan anda untuk berpindah
  • Pastikan majikan yakin dengan jawapan

1. Menjawab soalan dengan jujur

  • Jawab soalan ini dengan jujur.
  • Sebelum memohon dan menerima pekerjaan ini, anda harus memahami bahawa anda akan bekerja dan melalui perubahan gaya hidup baharu.
  • Anda juga boleh menjawab dengan jujur bahawa anda agak sukar untuk membuat perjalanan yang jauh tetapi dalam masa yang sama nyatakan bahawa anda sangat gembira untuk menerima pekerjaan ini.

2. Buat rancangan untuk berpindah

  • Teliti kos sara hidup di mana anda akan berpindah. Bandingkan kos sara hidup anda sekarang dengan lokasi baru dengan pendapatan anda.
  • Pertimbangkan kawasan yang anda akan tinggal. Berpindah dari bandar besar untuk bekerja di kawasan luar bandar merupakan perubahan besar dalam gaya hidup. Semakin teliti anda meneliti potensi hidup anda di lokasi baru anda, lebih jujur anda dapat menjawab soalan tersebut.
  • Sebaik sahaja anda memahami kos sara hidup yang baru, kaji susunan hidup. Pertimbangkan kos kediaman dan jarak perjalanan anda. Pastikan sewa rumah berada di dalam lingkungan bajet anda.
  • Pindah juga memerlukan sedikit masa. Jadi anda mungkin memerlukan masa hingga seminggu untuk mengemas, memindahkan dan menyusun barang-barang anda.

3. Menyatakan semangat untuk kedudukan

  • Semasa memberikan jawapan, nyatakan kesediaan anda untuk berpindah tempat kerja dengan menyatakan kegembiraan anda mengenai pekerjaan anda.
  • Ini menunjukkan anda mempunyai motivasi yang kuat untuk berjaya dengan jawatan tersebut.

4. Kongsi rancangan anda untuk berpindah

  • Tidak perlu ceritakan semua plan berpindah anda kepada majikan atau Pengurus Sumber Manusia. Tetapi dengan menyatakan beberapa strategi tentang hal ini membuatkan anda terlihat serius untuk memegang jawatan yang ditawarkan.
  • Jawapan ini juga dapat menunjukkan bahawa anda bersikap bijaksana dan proaktif bahkan berkualiti untuk jawatan yang lain.

5. Pastikan majikan yakin dengan jawapan

  • Setelah menjelaskan rancangan dan semangat anda, yakinkan majikan mengenai kemampuan anda untuk berpindah.
  • Ceritakan mengenai langkah seterusnya atau rancangan jangka panjang yang boleh anda buat setelah anda berpindah.

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh jawapan untuk pertanyaan, “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

“Saya tidak mempunyai masalah untuk berpindah dan menerima jawatan ini kerana saya percaya peluang untuk bergabung dengan staf anda sebagai pembangun perisian terlalu baik untuk ditolak. Saya telah meninjau kawasan berhampiran dan didapati ianya sesuai dengan kehendak saya di mana terdapat pelbagai kemudahan seperti dekat dengan sekolah, kedai, LRT, jarak yang dekat dan harga sewa rumah juga sangat berpatutan. Walaupun ia merupakan satu perubahan besar, saya bersedia untuk melakukannya.”

“Pindah dari Melaka ke Sabah adalah satu perubahan besar bagi saya. Tetapi saya lebih bersedia untuk menerima jawatan ini. Walaupun saya terpaksa meninggalkan rakan sekerja yang baik dan berjauhan dengan keluarga. Tetapi saya sudah mendapat tawaran daripada rakan saya untuk tinggal serumah dengannya sekiranya saya berpindah ke Sabah.”

Jadi bagaimana? Adakah anda bersedia untuk berpindah setelah melihat jawapan dan alasan daripada majikan?

Semoga perkongsian ini memberi ilham dan semangat untuk anda untuk menjawab soalan dengan lebih tenang dan jujur.

Semoga bermanfaat.

Categories
Kerjaya

Cara Menjawab Soalan ”Apa Yang Anda Suka?” Jika Di Tanya Ketika Interview

Cara Menjawab Soalan ”Apa Yang Anda Suka?” Ketika Interview

Jika anda ditanya dengan soalan ini ketika temuduga, bagaimanakah untuk menjawabnya? Melalui perkongsian ini anda akan mendapat tips untuk menjawab soalan tersebut dengan yakin dan kreatif serta mengaitkannya dengan jawatan anda.

Mengapa majikan bertanya “Apa yang anda suka?”

Majikan bertanyakan soalan ini untuk mengetahui kelebihan,kemahiran dan seterusnya mengenali peribadi anda dengan lebih dekat melalui jawapan yang diberikan oleh anda.

Bagaimana menjawab, “Apa yang anda suka?”

Anda boleh menjawab soalan ini dengan menggunakan 4 cara berikut :

  • Pilih sesuatu yang sangat anda minati
  • Terangkan mengapa anda meminatinya
  • Berikan contoh bagaimana anda berjaya mencapai perkara tersebut
  • Kaitkannya dengan pekerjaan anda

1. Pilih sesuatu yang sangat anda minati

Ceritakan apa yang anda suka seperti hobi serta minat yang anda suka dan anda yakin untuk berikan jawapan anda. Fikirkannya dengan pantas dan berilah jawapan dengan jujur dan kreatif. Ceritakan dengan penuh yakin kerana ia menunjukkan bahawa anda benar-benar meminati perkara tersebut.

2. Terangkan mengapa anda meminatinya

Terangkan kepada penemuduga mengapa anda sangat meminati perkara tersebut. Kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon. Jadikan ia kreatif kerana kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon sangat berharga untuk majikan anda.

3. Berikan contoh bagaimana anda berjaya mencapai perkara tersebut

Seterusnya, terangkan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan minat anda. Ceritakan bahawa anda berminat sebagai sukarelawan dengan NGO atau mengambil bahagian secara aktif dalam projek untuk komuniti yang kurang bernasib baik. Tunjukkan bahawa anda komited terhadap minat anda dan berusaha secara aktif untuk mengejar impian anda.

4. Kaitkannya dengan pekerjaan anda.

Akhiri jawapan anda dengan mengaitkan perkara tersebut dengan jawatan anda. Nyatakan bahawa secara tidak langsung perkara yang anda suka telah meningkatkan kemahiran dan kelebihan anda dalam kerjaya anda.

Menjelaskan minat dan apa yang anda suka  semasa temuduga dapat membantu majikan mengetahui mengenai perkara yang menjadi motivasi anda.

Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan jawapan yang sesuai bagi soalan ” Apa yang anda suka” ketika temuduga nanti.

Selamat berjaya.

Categories
Kerjaya

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Cawangan / Jabatan / Negeri

Surat Rayuan Pertukaran Cawangan / Jabatan / Negeri

Kepada anda yang ingin membuat surat rayuan pertukaran cawangan / jabatan / negeri, anda boleh membuat surat rayuan dengan menggunakan format secara formal.

Mungkin anda ingin menambahkan pengalaman ditempat baru, ingin dekat dengan keluarga dan pelbagai lagi alasan yang kukuh untuk bertukar tempat kerja anda.

Cara Memohon Rayuan Pertukaran

Sebelum anda menghantar surat rayuan pertukaran, anda boleh membuat langkah-langkah berikut terlebih dahulu.

  • Bertanya kepada Pengurus Sumber Manusia mengenai proses urusan pertukaran.
  • Minta khidmat nasihat daripada Pengurus Sumber Manusia mengenai pertukaran anda.
  • Nyatakan alasan serta sebab yang kukuh untuk membuat pertukaran.
  • Buat surat rayuan pertukaran dengan format yang betul dan menggunakan format surat formal.
  • Emel kepada Pengurus Sumber Manusia atau hantar sendiri.
  • Buat 1 salinan surat rayuan pertukaran untuk simpanan anda sendiri.
  • Pastikan anda mendapat maklumbalas daripada bahagian Sumber Manusia mengenai kelulusan pertukaran anda.

Format Surat Rayuan

Berikut adalah format surat rayuan pertukaran yang sesuai untuk digunakan :

  • Nama dan alamat pengirim.
  • Nama dan alamat penerima
  • Tarikh.
  • Tajuk utama surat rayuan.
  • Isi kandungan.
  • Penutup.
  • Tandatangan.
  • Nama pengirim.

Contoh Surat Rayuan Pertukaran

Ini adalah contoh surat rayuan pertukaran cawangan / jabatan / negeri yang sesuai untuk anda.

Pastikan anda memberikan alasan yang kukuh untuk membuat pertukaran di cawangan, jabatan atau negeri yang lain. Sekiranya bahagian sumber manusia atau pengurus cawangan boleh memberikan solusi yang terbaik dalam proses rayuan pertukaran, sila ikuti saranan mereka.

Categories
Kerjaya

Proses & Langkah-langkah Mohon Kerja Untuk Panduan Anda

Proses Mohon Kerja & Langkah Demi Langkah

Adakah anda tahu bagaimanakah proses memohon pekerjaan serta langkah demi langkah yang boleh anda jadikan rujukan untuk memohon  pekerjaan bagi masa yang akan datang? Proses memohon pekerjaan ini sangat sesuai bagi anda yang belum pernah memohon pekerjaan serta bagi anda yang ingin membuat permohonan kerja yang baharu.

Langkah-Langkah Memohon Pekerjaan

Untuk memohon pekerjaan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini seperti :

  • Sediakan resume : Sediakan resume dengan lengkap dan mengikut jenis pekerjaan yang dipohon sebelum anda menghantar kepada bakal majikan anda.
  • Menyiapkan cover letter : Jangan lupa menyediakan cover letter semasa menghantar resume anda. Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemohon kerja iaitu menghantar resume tanpa cover letter.
  • Buat permohonan kerja : Setelah resume dan cover letter anda siap, anda sudah boleh membuat permohonan kerja anda sekarang. Anda boleh membuat permohonan kerja secara online, melalui media sosial atau terus melalui syarikat tersebut.
  • Proses “Screening” : Kebanyakan syarikat kini menggunakan software seperti ATS atau “Applicant Tracking Software” untuk proses penyaringan, mengesan, mengurus dan memilih calon yang membuat permohonan. Software ini akan membantu majikan membuat saringan calon dengan mudah serta menepati kehendak majikan sepertimana yang diiklankan. Pastikan anda menggunakan keyword yang tepat.
  • Ujian : Terdapat beberapa jenis ujian selepas anda membuat permohonan kerja seperti Ujian Online Memasuki Perkhidmatan Awam, Ujian Fizikal Kecergasan SPA serta ujian kira-kira / pengetahuan am bagi syarikat swasta.
  • Sesi temuduga : Pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya sebelum hadir temuduga supaya anda lulus dan ditawarkan untuk mengisi jawatan tersebut.
  • Proses pengambilan kerja : Sekiranya anda memohon kerja di syarikat swasta, anda boleh membuat follow up dengan HR atau bahagian pengambilan pekerja melalui telefon atau emel.
  • Surat tawaran bekerja : Jika anda telah berjaya dalam temuduga, anda akan ditawarkan untuk bekerja dan akan menerima surat tawaran kerja sebelum anda hadir untuk lapor bekerja. Jangan hilangkan surat tawaran kerana terdapat pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut dan anda perlu tunjukkan surat tersebut pada hari pertama anda melapor diri.

Platform Mohon Pekerjaan

Terdapat pelbagai platform untuk memohon pekerjaan di sektor awam serta swasta dan anda perlu mengisi permohonan secara online iaitu dipautan berikut :

Dan pelbagai lagi platform-platform yang menyediakan pelbagai jenis jawatan kosong untuk diisi oleh anda. Jadikan perkongsian ini sebagai satu panduan untuk anda membuat permohonan kerja serta ke langkah-langkah yang seterusnya.

Categories
Kerjaya

Follow Tips Ini Kalau Mahu Berjaya Dalam Kerjaya Anda Sekarang

Mahu Berjaya Dalam Kerjaya

Setiap orang pastinya mengimpikan kejayaan dalam kerjaya yang diceburi. Malahan ingin terus mengembangkan kerjaya sehingga ke peringkat yang tertinggi dengan pelbagai pencapaian. Jadi bagaimana untuk terus bekerja dengan cemerlang seterusnya berjaya dalam kerjaya yang diceburi?

Tiada benda ajaib yang membantu kita semua untuk berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing. Hanya diri sendiri sahaja mampu mencipta kejayaan dengan melakukan perkara-perkara positif dalam kehidupan dan merealisasikan impian.

Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan beberapa tips untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Tips Berjaya Dalam Pekerjaan

Jika orang lain boleh berjaya dalam kerjaya masing-masing mengapa anda tidak boleh? Cuba amalkan tips yang dicadangkan ini agar anda semua berjaya dalam apa sahaja kerjaya yang diceburi.

1. Buat Perubahan Dari Segi Penampilan

Untuk berjaya dalam kerjaya anda sekarang, anda boleh nilai penampilan diri anda dengan bertanya melalui rakan-rakan dan minta mereka berikan jawapan yang jujur supaya anda boleh lakukan perubahan yang lebih baik. Mungkin sebelum ini anda memakai pakaian yang agak lusuh, bermisai, berjambang dan rambut yang agak serabut untuk pergi bekerja.

Untuk berjaya, anda ubah penampilan dengan memakai pakaian yang agak baru dan tidak lusuh, potongan rambut yang lebih kemas dan sentiasa bersemangat.

Positifkan diri dengan lebih yakin dan setiasa senyum ketika melakukan tugasan dan ketika bekerjasama dengan rakan-rakan.

2. Berkawan Dengan Orang Yang Berjaya

Rakan juga merupakan pengaruh yang kuat dalam kehidupan. Cari orang yang berjaya dan berkawan dengan mereka. Tanya kepada mereka rahsia kejayaan mereka dan sentiasa minta pendapat mereka untuk medapatkan maklumbala yang positif.

Pastinya mereka akan menceritakan cerita-cerita kejayaan yang akan menjadi dorongan buat anda. Tips yang dikongsikan boleh menjadi pelan kita yang seterusnya dan sudah pasti berjaya mempengaruhi tindakan yang akan diambil.

3. Fokus

Anda terlalu banyak membuat perancangan sehingga tidak mencapai apa yang diinginkan kerana tidak fokus dengan 1 perkara. Ya, anda boleh cuba dan mencuba. Tetapi jika tidak fokus dengan 1 perkara kemungkinan anda boleh tersasar daripada perancangan asal.

Fokus untuk berjaya dalam kerjaya, fokus untuk siapkan tugasan, fokus untuk mengembangkan kerjaya, fokus untuk tambahkan kemahiran dan fokus untuk tampil dengan lebih.

Lakukan apa yang anda fokuskan dan dapatkan bantuan rakan sekerja agar anda berjaya mencapai apa yang anda inginkan.

4. Elakkan Bersikap Sempurna

Untuk mencapai kejayaan dalam pekerjaan, anda perlu membuang sikap untuk menjadi seorang yang terlalu sempurna. Ini kerana anda perlu tahu bahawa anda tidak boleh melakukan semua tugasan yang diberikan secara maksimum dan terlalu sempurna dalam satu-satu masa. Ia akan menyebabkan anda hilang tenaga, membuang masa dan sangat tertekan.

5. Tidak Takut Gagal

Sentiasa berusaha dan tidak takut dengan kegagalan. Ramai orang yang terkenal pada masa kini adalah orang yang pernah gagal pada masa lalu. Anda boleh jadikan penulis buku Harry Potter iaitu  J.K rowling yang tidak pernah berputus asa walaupun ditolak penulisannya oleh 12 orang penerbit. Adakah beliau masih gagal sehingga kini? Tepuk dada tanya selera.

6. Bercuti

Ambil masa untuk beriadah atau bercuti. Tenangkan fikiran dan jangan fikirkan perihal pekerjaan sehingga kualiti kerjaya tidak sebaik masa yang lalu. Sekurangnya dengan bercuti dan beriadah, minda anda akan refresh dan anda menjadi lebih bersemangat untuk bekerja.

7. Belajar Perkara Baru

Tidak semestinya anda hanya pergi berkursus untuk mendapatkan kredit tahunan perkhidmatan, tetapi anda juga digalakkan untuk belajar pada waktu lapang sama ada hadir kelas atau melalui online untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Anda juga boleh mahirkan diri dengan kemahiran baru selain daripada yang berkaitan dengan bidang pekerjaan anda sahaja. Malahan, dengan adanya kemahiran terbaru yang anda pelajari itu, boleh dijadikan sebagai satu cara baru untuk diadaptasi dalam pekerjaan anda.

Categories
Kerjaya

Confirm Mudah Dapat Kerja Jika Anda Ikut Step Ini Sebelum Minta Kerja, Semasa & Selepas Temuduga

Nak Dapat Kerja Dengan Mudah

Setiap calon yang meminta kerja pastinya ingin mendapatkan pekerjaan tersebut dengan mudah, bukan? Kalau boleh biarlah satu atau dua kali memohon terus mendapat pekerjaan tersebut setelah berhari atau berminggu membuat pelbagai persiapan.

Oleh itu, teruskan membaca perkongsian ini kerana terdapat beberapa tips yang akan diberikan untuk anda mendapat sesuatu pekerjaan dengan mudah sekali.

Rahsia Mudah Mendapat Pekerjaan

Kini ia bukan satu rahsia lagi kerana telah didedahkan dan dikongsikan disini. Mari ikuti beberapa tips ini untuk dijadikan panduan buat anda.

Cover Letter & Resume

1. Menghantar Cover Letter Bersama Resume

Kebanyakan graduan serta peminta kerja kini tidak menyertakan cover letter bersama resume terutamanya melalui emel. Tahukah anda bahawa cover letter sangat penting untuk dihantar bersama resume setiap kali anda memohon kerja kerana ia menunjukkan tahap profesionalisme anda dan menunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh mohon pekerjaan tersebut.

2. Berikan Resume Yang Padat, Ringkas Dan Jelas

Jika resume anda penuh warna warni tetapi maklumat yang diberikan tidak menepati kehendak bakal majikan serta tidak jelas, anda mungkin bakal di reject oleh bakal majikan atau bahagian pengambilan pekerja.

Untuk pengetahuan anda, bahagian pengambilan pekerja dan bakal majikan ingin mengetahui beberapa maklumat penting tentang diri anda seperti kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, kelebihan diri anda serta pencapaian terkini yang boleh memberi sumbangan buat syarikat. Ceritakan kemahiran dan kelebihan unik anda secara detail pada resume anda.

Tidak perlu anda meletakkan tahap pendidikan anda dari tadika, pencapaian sekolah rendah dan perkara-perkara yang tidak begitu menarik perhatian bakal majikan anda ketika membaca resume anda.

Ringkaskan dengan menggunakan nombor dan bukan menggunakan perkataan. Contohnya 2 dan bukan dua. Anda juga boleh menggunakan bullet point untuk menjadikan resume anda ringkas dan padat.

3. Save Resume Dalam Bentuk PDF 

Siapkan resume anda dalam apa jua bentuk sekalipun tetapi sebelum anda hantar resume anda secara emel, save resume anda dalam bentuk PDF. Sekurangnya resume anda tidak akan berubah bila diterima oleh pihak HR atau bahagian pengambilan pekerja.

Ini kerana program Microsoft Word setiap orang tidak sama dan mungkin semua format resume akan berubah apabila dibuka dengan menggunakan format Microsoft Word.

4. Had Penggunaan Warna Dalam Resume

Hadkan penggunaan warna dalam resume anda dan sebolehnya tidak lebih daripada 3 warna. Jika terlalu fancy dan berwarna-warni nampak seperti lukisan kanak-kanak tadika pula ya. Yang penting disini adalah maklumat anda yang lengkap dan padat untuk menarik perhatian HR dan bakal majikan.

5. Maklumat Jawatan Yang Betul & Tepat

Apabila anda meletakkan nama jawatan pada resume atau cover letter, pastikan maklumat jawatan atau nama jawatan tersebut adalah betul dan tepat. Khuatir anda salah meletakkan nama jawatan dan mungkin jawatan yang anda letakkan langsung tidak wujud pada syarikat tersebut.

6. Letakkan Gaji Yang Dipohon

Anda boleh sahaja letak gaji yang dipohon. Tetapi dapatkan dahulu beberapa maklumat mengenai kadar gaji yang relevan mengikut pekerjaan tersebut. Sekiranya anda ingin letakkan gaji yang lebih tinggi berbanding kadar gaji biasa, anda mesti sertakan sebab serta alasan kukuh mengapa anda meletakkan kadar gaji lebih tinggi daripada biasa. Mungkin kerana pengalaman atau kemahiran anda yang diiktiraf secara profesional.

Nota : Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh supaya anda boleh terangkan jawapan ini ketika anda dipanggil temuduga.

7. Masukkan Sijil Profesional Dan Sijil Kursus Yang Bernilai Tinggi

Apa guna punyai sijil profesional yang diiktiraf oleh badan-badan tertentu tetapi tidak dinyatakan dalam resume anda. Masukkan segala maklumat berkaitan sijil profesional, sijil ikhtisas dan sijil kursus yang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi di mata bahagian pengambilan pekerja.

Mengapa perlu masukkan maklumat mengenai sijil-sijil ini dalam resume anda? Ini kerana bahagian pengambilan pekerja akan memberikan kredit tambahan kepada anda dan pastikan membawa sijil-sijil tersebut apabila dipanggil temuduga nanti.

 

Temuduga

1. Cara Menjawab Soalan : Ceritakan Tentang Diri Anda.

Macam mudah sahaja soalan ini. Tetapi ada teknik-teknik untuk menjawab soalan ini. Pertama sekali perkenalkan diri anda walaupun penemuduga sudah membaca resume anda. Nyatakan bersama nama panggilan anda dan terus fokus untuk menceritakan tentang kemahiran dan kelebihan anda yang tiada pada orang lain.

Ingat, buat latihan untuk menjawab soalan-soalan temuduga supaya anda dapat menjawab dengan yakin dan tidak gugup di hadapan penemuduga.

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Sudah pasti anda tahu cara berpakaian yang sesuai untuk hadir temuduga. Pakai pakaian yang sopan, bersih dan tidak lusuh. Bagi calon lelaki, pastikan rambut anda dipotong pendek, kemas dan rapi. Jika berambut panjang, kemaskan dengan mengikat rambut anda. Anda perlu berkasut dan kasut anda mestilah bersih dan sesuaikan dengan jawatan yang dipohon.

Bagi calon wanita, jangan pakai pakaian yang terlalu seksi. Pakai baju kurung atau pakaian lain yang lebih sesuai. Elakkan memakai sandal dan berstokin. Kurangkan memakai aksesori yang tidak berkaitan.

3. Tanya Soalan 

Sediakan beberapa soalan sebelum anda hadir temuduga. Sediakan soalan berkaitan syarikat yang anda tidak temui maklumatnya. Pasti penemuduga sangat berbesar hati untuk menceritakan tentang syarikat dengan lebih mendalam. Ia menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk ambil tahu tentang syarikat dan menyertai syarikat tersebut sebagai pekerja yang baru.

4. Ucap Terima Kasih & Sopan

Selepas tamat temuduga, ucap terima kasih kepada penemuduga dan sentiasa bercakap dengan sopan dengan penemuduga anda. Tidak perlu meninggikan suara sekiranya tidak sependapat.

Selepas Temuduga

1. Tindakan Susulan /Follow Up

Kebanyakan calon tidak akan membuat tindakan susulan ini kerana rasa malu untuk bertanyakan kepada HR atau bahagian pengambilan pekerja. Jika mohon kerja tidak ada rasa malu, mengapa pula perlu malu untuk ketahui keputusan temuduga anda?

Mudah sahaja, buat email anda dengan :

  • Tajuk emel ( Terima kasih atas panggilan temuduga pada ________).
  • Nyatakan nama anda, temuduga bila, jawatan apa.
  • Ucapkan terima kasih dan kemudian anda boleh tanyakan status permohonan anda.
  • Nyatakan juga bahawa anda berminat untuk menyertai syarikat tersebut serta sebutkan sumbangan yang boleh anda berikan.
  • Kemudian nyatakan anda menunggu emel balasan daripada mereka.

Sebenarnya mudah sahaja untuk mendapatkan pekerjaan jika anda mengikut tips yang dikongsikan ini. Pastinya anda senang-senang mendapat kerja setelah anda hadir temuduga. Tidak salah mencuba dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.

Categories
Kerjaya

25 Perkataan Paling Top Dalam CV Bahasa Inggeris Yang Anda Harus Guna

Perkataan Paling Top Dalam CV

Apakah perkataan yang terbaik untuk dimasukkan dalam CV untuk menonjolkan diri anda kepada bakal majikan? Perkataan ini juga merupakan antara keywords yang terbaik untuk anda masukkan ke dalam CV.

Perkataan Positif Untuk Ceritakan Diri Anda

Untuk menggambarkan tentang diri anda, anda boleh gunakan perkataan berikut :

1. Dependable (Boleh Diharap)
I am a dependable person who is great at time management.

2. Able ( Kemampuan)
I am able to handle multiple tasks on a daily basis.

3. Flexible (Fleksibel)
I am flexible in my working hours, being able to work evenings and weekends.

4. Innovative (Inovatif)
I am always coming up with innovative ideas.

5. Experience (Berpengalaman)
I have experience working as part of a team and individually.

6. Organised (Tersusun)
I have organised the staff functions for the last four years with great success.

7. Creative (Kreatif)
I use a creative approach to problem solve.

8. Hardworking (Rajin)
I am hardworking and always the last to leave the office in the evening.

9. Sense of humour 
Even though I take my work seriously, I do have a good sense of humour.

10. Imaginative (Berimaginasi)
I work with the team to provide imaginative solutions for our customers.

11. Energetic (Bertenaga)
I am always energetic and eager to learn new skills.

12. Motivated (Bermotivasi)
I am motivated to go to the gym before work to get fit and healthy.

13. Honest (Jujur)
I am honest and trustworthy when I am counting money after our church bake-sales.

14. Reliable (Boleh Dipercayai)
Co-workers rely on me to be on time.

Perkataan Positif Untuk Menggambarkan Pencapaian Anda

Manakala untuk menggambarkan pencapaian anda pula, anda boleh gunakan perkataan berikut :

15. Managed (Pengurusan)
Lucy has managed the team through several large projects.

16. Competed (Berdaya Saing)
I competed at national competitions in cheerleading.

17. Won (Menang)
I won gold in my very first cross-fit competition.

18. Delivered (Penyerahan)
I delivered all projects in a timely fashion.

19. On time (Menepati Masa)
I am always on time for organised events, work-related or otherwise.

20. Helped (Membantu)
I helped out at the local care home during my spare time.

21. Participated ( Ambil Bahagian)
Alice participated in her local Race for Life 10k charity run.

22. Supervised (Pengawasan)
During this time, I supervised swimming galas at her local pool.

23. Achieved (Pencapaian)
I achieved a pass grade for my Level 2 Exercise to Music Instructor course.

24. Savings (Penjimatan)
I made cost savings on projects by using local manufacturers.

25. Identified (Penilaian)
In the role, I identified a need for a new system and, with management backing, it has since been implemented.

Contoh Ayat

I am a talented, ambitious and creative individual, with broad skills and experience in digital and printed marketing, social media and leading projects.

Furthermore, I am adept at handling multiple tasks on a daily basis competently and at working well under pressure.

A key strength is communication; building strong relationships with people in order to deliver the best results.

Recently, I completed Graphic And Design degree, including Business and Management modules at the UITM Shah Alam and I am now fully employed by Kreatif Anggun as a Digital Media Manager.