Categories
Temuduga

Periksa 7 Perkara Ini Jika Nak Tahu Tawaran Kerja Itu Scam Atau Tidak

Anda pernah kena tak dengan penipuan scammer dalam tawaran kerja? Jika belum, jangan ambil mudah kerana kini ramai scammer sedang berleluasa di luar sana demi mencari mangsa.

Scammer sekarang seolah-olah sangat terlatih dan bijak dalam memperdayakan orang ramai. Walau terdesak macam mana sekali pun anda mencari kerja, selidik dalam-dalam dahulu bakal majikan anda untuk elak dari ditipu.

Semak 7 perkara di bawah untuk cara kenalpasti tawaran kerja adalah scam atau tidak.

7 PERKARA UNTUK KENALPASTI TAWARAN KERJA SCAM

Temuduga Secara Online

Takkan pernah berlaku bagi sesebuah syarikat untuk mengadakan sesi temuduga melalui perkhidmatan pesanan dalam talian atau online instant messeging.

Sekiranya anda dijemput untuk ditemuduga dengan cara sedemikian, berwaspada lah dan selidik dahulu latar belakang syarikat serta carta organisasi mereka. Bukanlah semua syarikat yang temuduga dengan kaedah ini scammer, tetapi sebaiknya anda selidik dahulu.

Tawaran Terlalu Bagus

Tawaran pekerjaan yang baik termasuk pakej faedah lumayan serta amaun gaji yang tinggi adalah susah untuk diperolehi kerana sememangnya tiada istilah pekerjaan yang sempurna. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran gaji yang tinggi!

Apa yang scammer selalu lakukan adalah mereka yang menghubungi anda dulu dan mengatakan mereka jumpa resume anda dalam talian sedangkan anda tidak pernah hantar resume kepada syarikat mereka.

Diminta Kongsi Maklumat Peribadi

Majikan sebenar tidak akan meminta anda untuk kongsi maklumat peribadi yang tiada kaitan dengan jawatan kosong yang dipohon.

Sekiranya anda mendapati ‘majikan’ tersebut meminta sebarang maklumat seperti akaun peribadi atau menyuruh anda membuka akaun bank yang baru, jangan layan! Walau terdesak sekalipun anda ingin dapat kerja, jangan kongsikan maklumat peribadi anda dengan sembarangan orang.

Emel Yang Tidak Profesional

Kebanyakan syarikat akan mempunyai alamat email yang profesional, sempurna dan lengkap. Syarikat tidak akan gunakan email peribadi untuk menghantar tawaran kerja kepada calon. Kesilapan yang sering scammer lakukan adalah dengan menulis email yang caca merba serta penggunaan tatabahasa yang salah.

Skop Kerja & Kelayakan Tidak Jelas

Iklan jawatan kosong yang sebenar akan menyertakan tahap kelayakan dan skop kerja yang jelas bagi memudahkan urusan syarikat mencari calon yang paling sesuai untuk menyertai organisasi mereka.

Diminta Bayar Untuk Sesuatu Perkara

‘Majikan’ meminta anda bayar sesuatu perkara contohnya yuran temuduga, kemudahan atau sebagainya? Jika diminta, dah sah itu bukan majikan sebenar! Pihak syarikat tidak akan meminta calon yang bakal bekerja untuk bayar sesuatu kerana sepatutnya semuanya telah disediakan oleh mereka untuk calon bekerja.

Tiada Rekod Dalam Keputusan Carian

Sebelum anda mengatakan ‘ya’ terhadap sesuatu tawaran temuduga, pastikan anda selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut di dalam talian. Jika tidak menemui sebarang maklumat, ianya kemungkinan adalah job scam.

Namun ada juga para scammer yang bijak dalam membuat satu laman web syarikat yang profesional bagi memperdaya pencari kerja. Oleh itu, anda perlu bijak menilai sebelum tertipu.

Dah tahu teknik-teknik scammer ini, semoga anda lebih berwaspada!

Categories
Temuduga

4 Panduan Berguna Untuk Anda Hadiri Sesi Temuduga Guru MRSM

Menjadi seorang guru ini memang cita-cita ramai orang. Banyak sebenarnya laluan nak jadi guru ini. Selain guru sekolah rendah atau menengah, anda juga boleh cuba mohon jadi guru MRSM. Bagi yang tak tahu macam mana proses pengambilan atau temuduga, perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat anda.

Seorang pemuda melalui laman Facebook nya kongsikan pengalaman beliau menghadiri sesi temuduga Guru MARA. Beliau pernah gagal sebanyak 2 kali temuduga SPP dan akhirnya temuduga MARA, beliau berjaya ditawarkan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Berikut adalah 4 peringkat temuduga Guru MARA yang perlu dilalui oleh calon berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh pemuda ini.

4 PERINGKAT TEMUDUGA GURU MRSM

Terdapat 4 peringkat temuduga yang dikongsikan dan ianya dijalankan dalam satu hari sahaja iaitu:

1. Psycometric Test

Menurut calon, Psycometric Test ini agak mencabar. Namun jika anda ada jiwa pendidik, ia akan menjadi senang. Calon diberi masa 40 minit untuk jawab soalan. Psycometric test ini dijawab secara online. Calon akan diberikan satu pautan untuk menjawab soalan sebelum hadir ke temuduga.

2. Fitness Test

Apabila hadir ke pusat temuduga, selepas ujian Psycometric, calon terus ke Fitness Test. Ujian yang perlu dibuat adalah Beep Test. Menurut perkongsian, ujian ini ada beberapa peringkat dan calon boleh buat mengikut kemampuan masing-masing. Katanya boleh tahan mencabar beep test ini.

Namun untuk memudahkan urusan nanti, anda dinasihatkan untuk buat latihan secukupnya terlebih dahulu sebelum ujian sebenar. Dah selesai Fitness Test, calon perlu tukar baju untuk ke sesi Mock Teaching/Mock Counseling pula.

3. Mock Teaching/Mock Counseling

Untuk jawatan sebagai guru kaunseling pun kena hadapi Mock teaching ini. Calon diminta untuk masuk berdua untuk buat sesi mock teaching dalam bimbingan dan kaunseling. Namun tidak pasti pula untuk jawatan guru lain perlu masuk seorang atau berdua.

Mock teaching ini memang akan dilalui oleh calon yang nak menjadi pendidik. Calon akan dinilai dari segi kebolehan mengajar.

4. Temuduga Berkumpulan

Selesai sahaja sesi Mock teaching, anda perlu tunggu giliran untuk temuduga berkumpulan pula. Menurut perkongsian, kumpulan calon adalah seramai 6 orang dan semuanya calon yang memohon jawatan yang sama.

Calon diminta untuk memperkenalkan diri, berikan alasan kenapa nak jadi guru MARA, sedikit latar belakang mengenai MARA dan lain-lain. Bahasa yang digunakan sepanjang temuduga adalah bercampur-campur. Bila ditanya dalam Bahasa Melayu, sila jawab dalam Bahasa Melayu, begitu juga sebaliknya jika ditanya dalam Bahasa Inggeris.

Selesai sesi temuduga, penemuduga akan tanyakan kepada calon sekiranya ada apa-apa soalan yang mahu ditanya. Soalan terakhir adalah, “Adakah anda sanggup ditempatkan di Sabah dan Sarawak?”

KEPUTUSAN SELEPAS 3 BULAN

Lebih kurang 3 bulan selepas sesi temuduga, calon mendapat pesanan SMS menyatakan beliau BERJAYA dipilih sebagai Guru MRM (Bimbingan Kaunseling) di MRSM Tun Mustapha Tawau, Sabah. Pesanan beliau,

Kalau anda yang tengah baca ni akan pergi interview sebagai cikgu, aku ucapkan semoga berjaya, cuma satu ja nak pesan nak jadi cikgu ni banyak benda kita perlu berkorban dan jangan berkira, jadilah cikgu yang mempunyai jiwa sbg seorang guru, jika anda mempunyai jiwa seorang guru insha Allah anda akan jadi guru yang hebat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk mendapat gambaran sebenar sesi temuduga Guru MRSM dan dapat dijadikan panduan untuk lebih bersedia semasa sesi temuduga sebenar nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Categories
Kerjaya

6 Industri Yang Masih Memberi Peluang Pekerjaan Di Zaman Covid19

Penularan Covid-19 menyaksikan satu demi satu hotel terpaksa mengambil keputusan perit dengan menghentikan operasi mereka susulan impak pandemik itu terhadap industri perhotelan negara.

Ini bermakna ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar, malah ada mula mengenang nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Bukan sahaja industri perhotelan yang terjejas akibat pandemik ini, malah industri penerbangan dan banyak lagi terjejas. Sekiranya anda merupakan salah seorang pekerja yang kurang bernasib baik dibuang kerja akibat pandemik, anda perlu tahu ada lagi industri yang masih ambil pekerja.

6 INDUSTRI YANG MASIH AMBIL PEKERJA

1 E-Commerce

Memang tidak dapat dinafikan zaman sekarang penggunaan e-commerce seperti Lazada dan Shoppee adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan semua orang tidak kira golongan. Tambahan musim-musim pandemik ini pengguna lebih memilih untuk shopping secara online sahaja.

Sekiranya anda dibuang kerja dan sudah buntu nak buat apa, anda boleh cuba ceburi diri dalam bidang perniagaan dalam e-commerce. Jangan fikir susah dahulu, yang penting adalah anda usaha. Memang tidak dinafikan perniagaan di ecommerce adalah sangat menguntungkan.

2 Logistik

Bila dah pembelian barang secara online kini semakin berleluasa, semestinya penggunaan perkhidmatan penghantaran juga semakin meningkat. Jika anda lihat, perkhidmatan logistik di negara kita kini semakin sibuk menguruskan bungkusan yang terlalu banyak terutama semasa musim perayaan.

Banyak syarikat logistik yang menawarkan jawatan sebagai ‘runner’ untuk hantar bungkusan yang terlalu banyak. Contohnya J&T Express, Pos Laju dan banyak lagi.

3 Delivery Services

Pasti semua sudah kenal dengan delivery services yang ada di Malaysia seperti Foodpanda, Grabfood, Lalamove dan lain-lain kan? Jangan pandang rendah dengan pekerjaan ini. Jika anda rajin ambil order untuk delivery, pendapatan bulanan anda boleh cecah RM5,000 sebulan!

4 Peruncitan

Barang keperluan harian memang tidak akan pernah berhenti dicari. Cuba lihat balik saat awal-awal pengumuman PKP, ramai yang panic shopping menyebabkan pasaraya menjadi sesak. Sehingga kini, industri peruncitan masih tidak terjejas dengan pandemik Covid-19.

Jadi anda boleh cuba memohon kerja di pasaraya yang ada tidak kisah secara sepenuh masa atau separuh masa.

6 Kesihatan

Ubat-ubatan, rawatan dan keperluan kesihatan yang lain antara keperluan yang tidak mungkin dikurangkan walaupun masalah ekonomi berlaku. Kita semua memang sudah terbiasa dari dulu jika sakit sahaja pasti akan cari ubatnya. Tambahan orang-orang zaman sekarang hanya mengharapkan ubat-ubatan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Jadi, orang tidak akan pernah berhenti cari ubat-ubatan untuk kekal sihat.

Anda boleh cuba mohon kerja yang ditawarkan di farmasi, klinik dan kedai-kedai ubatan yang menawarkan pekerjaan yang boleh anda lakukan.

Sebenarnya masih banyak industri yang masih mengambil pekerja walaupun pendapatan mereka agak terjejas. Namun, anda dinasihatkan untuk memilih untuk bekerja di industri yang betul-betul kukuh supaya risiko dibuang kerja apabila berlaku sesuatu adalah kurang.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

7 Cara Mudah Dapat Kerja Sebelum Konvo

Sekarang ini semua dah tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu pekerjaan tidak kira dalam sektor swasta atau kerajaan. Tambahan lagi lepasan graduan kini semakin meningkat. Tahu tak sebenarnya anda boleh dapat tawaran kerja sebelum convo!

Nampak macam mustahil, tapi jika anda tahu rahsia-rahsia yang akan dikongsikan ini dan amalkan pasti anda berjaya dapat tawaran kerja. Selepas convo, terus masuk kerja!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 8 rahsia mudah dapat tawaran kerja sebelum convo.

7 RAHSIA DAPAT TAWARAN KERJA SEBELUM CONVO

Buat Kerja Part Time

Semasa berada di tahun akhir pasti pelajar akan mempunyai banyak masa yang lapang. Tidak kira pada tahun akhir atau pada cuti-cuti sem yang ada, cuba ada isikan masa dengan membuat kerja part time atau freelance yang berkaitan dengan bidang pengajian anda.

Contohnya anda boleh buat kerja freelance sebagai seorang pereka grafik, web designer, pelukis draf dan pelbagai pekerjaan yang sesuai. Gunakan bakat dan ilmu yang anda ada untuk bina portfolio kerja. Portfolio anda boleh digunakan untuk dipersembahkan semasa permohonan kerja nanti.

Bina Hubungan Baik Dengan Majikan Semasa Internship

Jangan jadikan latihan industri atau internship sebagai tugasan untuk lulus pengajian semata-mata. Semasa internship, bina hubungan baik dengan majikan sepanjang tempoh latihan. Bukan hanya hubungan, pastikan juga anda buat kerja sebaiknya walaupun ia sekadar latihan industri.

Tidak mustahil anda akan diambil kerja terus selepas tamat pengajian jika majikan semasa internship dah suka dengan anda.

Belajar Skil-skil Baru

Pada masa kini kebanyakan majikan akan cari pekerja yang berdikari dan boleh melakukan pelbagai kerja. Mereka tidak ada masa sebenarnya nak ambil fresh graduate bekerja dan ajar satu demi satu. Apa yang boleh anda lakukan mulai dari sekarang adalah cuba belajar pelbagai kemahiran jika ada masa terutama pada cuti sem.

Mahirkan diri anda dengan skil-skil yang sememangnya diperlukan majikan pada masa kini. Apa yang paling utama anda perlu asah bermula sekarang adalah soft skills anda.

Job Hunting Seawal Mungkin

Job hunting atau pencarian kerja ini boleh bermula selepas anda habis final exam semester akhir. Kalau boleh seawal mungkin. Contohnya anda habis exam bulan 6, bulan 3 dan boleh mohon kerja. Mohon sahaja sebanyak yang boleh tidak kira secara walk in atau menerusi email.

Sertai Career Fair

Sebenarnya ramai yang tak minat untuk ke career fair dan lebih memilih mohon kerja secara online. Tetapi ramai tak tahu sebenarnya career fair banyak sangat membantu. Career fair bukan sahaja untuk graduan yang telah tamat belajar, yang sudah tahun akhir pun boleh! Jika anda ke career fair, anda berpeluang untuk direct communication dengan HR company. Drop resume sebanyak yang boleh, mana tahu rezeki anda datang dari situ.

Sebelum terjah booth mana-mana company pastikan anda ada sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut. Bila bersembang dengan HR ada lah nampak anda one step ahead daripada orang lain.

Ambil Peluang Yang Ada

Bila dan mohon kerja dari pelbagai syarikat kadang-kadang ada syarikat yang panggil temuduga dan tawarkan jawatan yang kita tak minat sangat. Jangan tolak temuduga tersebut dan pergi sahaja temuduga tu. Ambil pengalaman dan tengok macam mana temuduga tersebut berjalan dan soalan-soalan yang ditanya. Jadikan ia sebagai latihan untuk anda hadiri temuduga lain nanti.

Sekurang-kurangnya nanti untuk temuduga seterusnya anda lebih bertenang dan tahu cara-cara tackle soalan. Percayalah, sebaik sahaja anda pernah ditemuduga, temuduga berikutkan tidak akan menjadi masalah kepada anda lagi.

Connection

Ini bukan bermaksud anda masuk kerja melalui cable tau! Cuba tanya kenalan-kenalan anda yang sudah bekerja sekiranya syarikat mereka mempunyai kekosongan. Cuba sahaja mohon di syarikat tersebut kerana ada kerja kosong yang syarikat tidak iklankan.

Nak dapatkan sesuatu mestilah ada effort sedikit. Jika anda hanya duduk sahaja di rumah memang sampai bila-bila pun tak dapat kerja! Para graduan kena ingat yang kita yang perlu cari kerja kerana kerja tidak pernah cari kita.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Ramai Pekerja Yang Tidak Tahu Hak Undang-undang Sebagai Pekerja Di Malaysia

Ketahui hak undang-undang anda sebagai pekerja di Malaysia! Sebagai pekerja, anda pun mempunyai hak untuk bertindak sekiranya majikan melakukan sesuatu yang tidak menepati undang-undang di Malaysia.

Malangnya ramai yang kurang ambil tahu mengenai undang-undang yang ada menyebabkan banyak majikan yang menindas pekerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui undang-undang dan hak sebagai pekerja di Malaysia yang ramai tak tahu.

HAK UNDANG-UNDANG PEKERJA DI MALAYSIA

  1. Pembayaran Gaji
    Pekerja harus dibayar gaji bulanan mereka tidak lewat daripada hari ketujuh selepas pembayaran gaji bulan lalu. Kadar gaji minima yang ditetatapkan di Wilayah Bandar-bandar Utama adalah RM1200.
  2. Waktu Bekerja
    Pekerja di Malaysia tidak digalakkan untuk bekerja lebih dari lapan jam sehari, 48 jam seminggu ataupun bekerja selama lima jam seturut-turut tanpa rehat.
  3. Kerja Lebih Masa
    Pekerja perlu dibayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa, dua kali ganda pada haru cuti berehat dan tiga kali ganda pada hari cuti umum.
  4. Cuti Rehat
    Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari berehat dalam seminggu dan mereka perlu dibayar pada waktu tersebut.
  5. Cuti tahunan
    Pekerja berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak 8 hari bagi yang bekerja kurang dari 2 tahun, 12 hari bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun, dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun.
  6. Cuti Sakit
    pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun berhak mendapatkan cuti sakit 14 hari, 19 cuti sakit bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan 22 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun.
  7. Cuti Umum
    Pekerja berhak dibayar jika bekerja pada cuti umum dan berhak meminta cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari itu
  8. Pekerja Wanita
    Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja-kerja perindustrian, pertanian, mahupun pekerjaan di bawah tanah antara jam 10 malam sehingga 5 pagi.
  9. Perlindungan Bersalin
    Pekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari dan juga gaji bulanan
  10. Penamatan Kerja
    Tempoh notis penamatan kerja (jika tidak diberikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama 5 minggu jika bekerja kurang dari 2 tahun, 6 minggu jika bekerja lebih 2 tahun dan 8 minggu jika sudah bekerja 5 tahun lebih.
  11. Faedah Sampingan (Bonus)
    Pekerja layak mendapat bonus sebanyak 10 hari gaji setiap tahun jika sudah bekerja kurang dari 2 tahun, 15 hari gaji jika bekerja lebih dari 2 tahun dan 20 hari hari gaji jika bekerja lebih dari 5 tahun

Bila dah tahu, semoga anda dapat mempertahankan hak anda sebagai pekerja sekiranya majikan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan adalah melaporkan kepada pejabat buruh berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Lebih 50,000 Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam & GLC Untuk Dimohon Melalui MYSTEP

Satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja atau menganggur telah diperkenalkan dengan peruntukan lebih RM700 juta melalui pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas.

Inisiatif tersebut diperkenal dengan nama MySTEP atau Short-term Employment Programme. Bagi graduan dan individu yang dibuang kerja, jangan lepaskan peluang ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan inisiatif MySTEP.

 50,000 PELUANG PEKERJAAN DITAWARKAN

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif ini menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Peluang Pekerjaan Sektor Awam

Di bawah inisiatif MySTEP, 35000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti:

  • Jururawat
  • Atendan Perubatan
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Guru Sementara

Peluang Pekerjaan Syarikat GLC

Syarikat GLC pula menyediakan 15000 peluang pekerjaan yang mengutamakan:

  • Bidang teknikal dan kewangan
  • Turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan

Walaubagaimanapun, inisiatif ini akan bermula pada tahun 2021. Segala info lanjut permohonan dan penyertaan akan dimaklumkan kemudian.

Categories
Kerjaya

Siswazah Mengutamakan Gaji Dan Bonus Dalam Memilih Kerja. Releven Atau Tidak?

Melalui tinjauan yang dijalankan syarikat pegambilan siswazah, Talentbank, baru-baru ini mendapati siswazah lelaki dan wanita di negara ini mengutamakan gaji dan bonus dalam pilihan pekerjaan mereka.

Sebagai siswazah, pastilah perkara ini wajar pada pandangan mereka setelah penat lelah menghabiskan pengajian selama beberapa tahun.

Namun, wajarkan perkara ini sebenarnya? Ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan lanjut.

LIMA KEUTAMAAN DICARI OLEH MAHASISWA

Tinjauan mendapati gaji dan bonus adalah pilihan utama daripada lima keutamaan yang dicari oleh mahasiswa di tempat kerja ideal mereka selain:

  • Peluang pengembangan kerjaya
  • Majikan dan pemimpin yang baik
  • Peluang belajar dan pembangunan
  • Budaya syarikat yang baik
  • Waktu kerja yang fleksibel

HASIL KAJIAN TALENTBANK

Pengasas Talentbank, Ben Ho berkata kebanyakan siswazah berkongsi pendapat bahawa mereka menjangkakan gaji permulaan antara RM2500 dan RM3500 dalam pekerjaan pertama serta elaun latihan praktikal RM1000 sebulan.

Namun, responden lelaki memilih pengembangan kerjaya sebagai keutamaan kedua, sementara responden wanita mencari bos dan pemimpin yang baik.

WAJARKAH GRADUAN MENGUTAMAKAN BONUS DAN ELAUN?

Berbalik kepada persoalan, wajarkah tindakan graduan mengutamakan bonus dan elaun?

Pastikan Kemahiran Cukup

Tidak salah sebenarnya graduan nak memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang mereka mahu. Tetapi pastikan kemahiran yang mereka ada sesuai dengan permohonan pekerjaan. Ingat, majikan tiada masa untuk mengajar pekerja dari awal. Kalau boleh, majikan mahukan pekerja yang masuk bekerja dengan kemahiran yang mereka mahu.

Mempunyai Pengalaman

Seperti yang kita tahu, pengalaman adalah perkara yang paling dipandang oleh setiap majikan di mana-mana syarikat. Apa yang menjadi kebimbangan graduan adalah macam mana nak dapatkan kerja kalau tiada pengalaman?

Bagi graduan yang tiada pengalaman kerja, penting untuk anda mula membina portfolio sendiri seawal waktu anda melanjtukan pengajian. Semasa cuti semester, pastikan anda lakukan sesuatu kerja yang berkaitan dengan bidang anda. Contohnya sekiranya anda dalam bidang Creative Design, anda boleh buat kerja freelance dengan menawarkan service design kepada peniaga online dan sebagainya.

Bermula Dari Bawah

Sekiranya anda merasakan anda adalah graduan yang tiada pengalaman kerja, kurang kemahiran dan sebagainya, sangat tidak wajar untuk anda utamakan bonus dan elaun yang tinggi untuk memilih kerja. Anda patut bermula dari bawah, tidak kisah jumlah gaji yang ditawarkan, tetapi pastikan masuk akal.

Pada tahap ini, jumlah pendapatan bukanlah perkara yang perlu diutamakan. Apa yang perlu anda utamakan adalah pengalaman dan pembangunan kerjaya. Ambil masa 1 hingga 2 tahun bekerja untuk meningkatkan kemahiran diri bekerja. Tidak salah pun bermula pada gaji yang tidak seberapa. Bila dah ada kemahiran kerja yang bagus, bolehlah anda demand gaji.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Entrepreneur MOHE@PUNB: Terima Elaun RM1,200 Melalui Tawaran Kursus Usahawan Buat Graduan.

Perhatian buat graduan tahun 2020 dan 2019 yang masih belum bekerja! Tawaran khas buat graduan untuk menyertai Program Entrepreneur MOHE@PUNB ” Empowering Business Through Digitalisation” di bawah PENJANA KPT-CAP.

Inilah masanya untuk graduan menceburi bidang perniagaan kerana program ini akan melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar.

Peserta akan didedahkan dengan ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini. Baca selanjutnya di bawah untuk maklumat penyertaan.

PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan program adalah seperti berikut:

  • Tempoh program adalah selama 3 bulan dengan penglibatan 500 graduan bumiputera
  • Pelaksanaan program ini adalah secara berfasa dengan penglibatan seramai 100 orang peserta bagi setiap fasa

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program dijalankan adalah:

  • Memperkenalkan keusahawanan sebagai salah satu cabang kebolehpasaran graduan
  • Melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah kedunia perniagaan yang sebenar
  • Membangunkan graduan dengan ilmu keusahawanan yang komprehensif

SYARAT PENYERTAAN

Hanya graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Graduan bumiputera di Universiti Awam, Politeknik & Kolej Komuniti
  • Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda Diploma/ Sijil (Graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
  • Graduan tahun 2020 & 2019 yang masih belum bekerja
  • Belum ditawarkan sebarang program dibawah PENJANA
  • Berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Bersedia untuk mengikuti program yang ditetapkan secara sepenuh masa
  • Berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

KELEBIHAN PROGRAM

Peserta akan menikmati kelebihan berikut:

  • Elaun sara hidup RM1,200 (3 bulan)
  • Pendedahan dalam ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini
  • Pembelajaran keusahawanan yang komprehensif
  • Pemantauan selama 3 bulan
  • Sesi Biz – Konsultansi dari PUNB
  • Peluang mendapatkan pembiayaan perniagaan PUNB bagi yang layak
  • Berpeluang menyertai program JUMPER PUNB

PROSES PERMOHONAN

Graduan yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh buat pendaftaran selewat-lewatnya 7 Disember 2020 dengan langkah berikut:

  1. Pendaftaran melalui laman pendaftaran Entrepreneur MOHE@PUNB
  2. Sesi saringan dan temuduga bakal peserta oleh pihak PUNB
  3. Surat tawaran dikeluarkan kepada peserta yang berjaya
  4. Sesi latihan keusahawanan yang praktikal
  5. Pemantauan & Biz Konsultansi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program, anda boleh hubungi salah satu urus setia program berikut:

  • KPT: 03 8870 5088/ 5445
  • JPT: 03 8870 6473/ 6464
  • JPPKK: 03 8888 226/ 3406
  • Emel: [email protected]

Categories
Temuduga

Ketahui 6 Tanda Awal Anda Bakal Gagal Temuduga

Saat selesai temuduga adalah antara saat yang paling melegakan oleh setiap calon. Jangan terlalu yakin dan gembira kerana beranggapan sesi temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan majikan akan panggil untuk melapor diri nanti.

Anda kena ingat, banyak aspek yang dinilai semasa temuduga. Walaupun penemuduga nampak macam tiada masalah dengan anda semasa temuduga, tidak mustahil anda gagal.

Oleh itu, ketahui 6 tanda-tanda awal anda gagal temuduga ini.

6 TANDA ANDA GAGAL TEMUDUGA

1 Soalan Yang Ditanya Sangat Senang

Nampak macam majikan tanya soalan yang sangat senang dan tidak mencabar? Jangan seronok dahulu. Ramai calon yang salah anggap dengan perkara ini. Soalan yang senang dan dapat berikan jawapan bukan penentu anda bakal lulus temuduga.

Mungkin juga penemuduga tidak tertarik dengan calon, sebab itu soalan diberikan terlalu mudah. Majikan yang betul-betul berminat dengan seseorang calon akan menanyakan soalan-soalan yang mencabar untuk calon berfikir.

2 Masa Temuduga Sangat Singkat

Bagi calon mesti seronok kan bila proses temuduga dijalankan sangat singkat? Tak sampai 5 minit, temuduga dah tamat! Itu tanda-tanda awal anda gagal temuduga. Sesi temuduga yang baik akan memakan masa yang panjang kerana penemuduga berminat untuk ambil tahu lebih mendalam tentang diri calon.

Bila dah pelbagai soalan ditanya mengenai diri calon dan sesi temuduga melebihi 15 minit, peluang anda diambil kerja adalah lebih cerah.

3 Calon Tidak Dapat Menjawab Banyak Soalan

Setiap soalan yang ditanya oleh majikan, pastikan anda dapat jawab dengan yakin. Walaupun jawapannya anda tidak pasti, tetapi cuba tackle soalan tersebut dengan yakin. Kadang-kala soalan yang terlalu susah yang menyebabkan calon tak mampu jawab ini dapat cover dengan keyakinan menjawab.

Sebab itulah penting untuk anda praktis dan buat persediaan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga sebenar.

4 Penemuduga Tidak Menceritakan Tentang Skop Kerja

Nak tahu macam mana kita nak tahu kemungkinan lulus atau tidak? Bila majikan sudah mula menceritakan tentang skop kerja, tunjukkan ruang kerja, kenalkan dengan pekerja lain dan sebagainya, itu bermakna majikan berminat untuk ambil anda bekerja.

Jika skop kerja pun tidak diterangkan semasa temuduga, peluang untuk anda lulus temuduga adalah tipis.

5 Penemuduga Tidak Fokus Ketika Calon Bercakap

Ketika kita bercakap kita akan tahu sama ada pendengar fokus atau tidak dengan setiap penjelasan kita. Jadi, semasa bercakap di temuduga, cuba anda perhatikan penemuduga anda. Adalah mereka kelihatan tertarik atau tidak dengan cerita anda, atau sebaliknya.

Apabila penemuduga sudah tidak menunjukkan minat terhadap seseorang calon, mereka akan mula tidak fokus apabila calon bercakap.

6 Mendengar Keluhan Penemuduga

Memang tidak mustahil jika anda akan mendengar keluhan daripada penemuduga! Selalunya penemuduga akan mula mengeluh jika calon tidak dapat menjawab soalan ataupun gagap sepanjang sesi temuduga berjalan. Jangan tunjukkan sikap yang boleh menyebabkan penemuduga berasa bosan semasa sesi temuduga.

Bila dah tahu tanda-tanda gagal temuduga ini, anda diingatkan untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi selepas sesi temuduga. Jangan berhenti berusaha untuk mencari kerja. Sekali gagal tidak bermakna anda akan gagal pada cubaan berikutnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah perbaiki diri dari masa ke semasa.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

16 Perkara Yang Harus Dielakkan Jika Anda Tidak Mahu Gagal Temuduga

Nak GAGAL temuduga senang sahaja! Tapi nak LULUS temuduga memang susah. Sebab itulah calon perlu buat persiapan dari pelbagai aspek sebelum hadir temuduga. Antara persiapan yang boleh calon lakukan adalah bersedia dengan Soalan Yang Wajib Ditanya Ketika Temuduga, persediaan dari segi Pemakaian Yang Betul,  beberapa etika yang perlu dijaga ketika temuduga.

Ada beberapa perkara yang calon tak sedar dan sering disebut yang boleh menyebabkan mereka GAGAL temuduga. Walaupun ada perkara itu nampak remeh sahaja, tetapi kesannya adalah kepada penilaian penemuduga terhadap calon.

Berikut adalah 16 perkara dilarang sebut ketika temuduga yang boleh menyebabkan calon gagal.

16 PERKARA YANG DILARANG SEBUT SEMASA TEMUDUGA

“Saya benci pekerjaan saya”

Apabila anda berkata sedemikian, ianya membawa perpepsi bahawa anda bakal benci dengan pekerjaan baru anda juga.

“Saya telah merancang percutian dalam beberapa minggu lagi”

Anda seharusnya menunggu sehingga mendapat tawaran kerja dari bakal majikan sebelum memaklumkan tentang rancangan percutian anda.

“Bos saya adalah seorang majikan yang teruk”

Adakah anda akan berkata sedemikian dengan bos baru juga sekiranya berlaku sebarang permasalahan di kemudian hari?

“Tempat kerja saya yang sekarang tidak seronok”

Bakal majikan akan berpendapat bahawa anda akan berasa tidak seronok juga dengan persekitaran baru kelak. Elakkan daripada mengadu perkara yang tiada kaitan.

“Berapakah gaji yang akan saya terima untuk jawatan ini?”

Kebanyakan iklan jawatan kosong akan disertakan sekali dengan amaun gaji. Tetapi, ada juga yang tidak disertakan. Oleh itu anda seharusnya membiarkan bakal majikan yang bertanyakan soal gaji, bukan anda.

“Bila atau berapa jumlah cuti yang akan saya terima?”

Elakkan daripada bertanya akan faedah kerja sehingga mendapat tawaran daripada bakal majikan anda.

“Saya hendak menjawab panggilan telefon sebentar”

Sebelum sesi temuduga, sila matikan telefon bimbit anda. Jangan sesekali jawab panggilan atau berbalas mesej ketika temuduga berjalan.

“Saya betul-betul perlukan kerja ini”

Elakkan daripada kelihatan seperti anda sangat terdesak dan seolah-olah memaksa bakal majikan untuk terima anda bekerja.

“Saya tidak mempunyai pengalaman yang seperti anda harapnya, tetapi saya adalah seorang yang cepat belajar.”

Biarkan penemuduga yang menentukan tahap kebolehan anda. Anda hanya fokus dengan menjual kemahiran yang anda ada untuk jawatan yang dipohon.

“Saya tidak tahu”

Jangan panik jika anda tidak tahu akan jawapan terhadap soalan yang ditanya. Ambil masa yang anda perlu dan seeloknya tanyakan kepada penemuduga jika anda perlukan penjelasan.

“Semuanya ada di dalam resume saya”

Jika penemuduga bertanyakan soalan, jangan balas dengan perkataan tersebut. Memang betul semua maklumat ada di dalam resume, tetapi mereka mahu dengar jawapan dari mulut anda sendiri bagi menilai cara anda berkomunikasi.

“Saya ada temujanji sebentar lagi. Bilakah temuduga ini akan selesai?”

Anda seharusnya merancang sekurang-kurangnya sejam setengah untuk ditemuduga dan turut bersiap sedia untuk ditemuduga lebih lama dari yang anda sangkakan.

“Maaf, saya terlambat”

Jangan sesekali lambat hadir ke sesi temuduga anda, kecuali jika mempunyai hal kecemasan. Ianya tidak mencerminkan prinsip keperibadian diri yang bagus.

Berkata kasar atau memaki hamun

Sebagai pencari kerja, anda seharusnya tampil profesional dan sopan. Elakkan berkomunikasi dengan penemuduga seperti bersembang dengan kenalan rapat.

“Bolehkah saya bekerja dari rumah?”

Elakkan berbincang tentang situasi kerja alternatif sebelum menerima tawaran kerja dari pihak bakal majikan.

“Adakah saya telah diterima bekerja?”

Di akhir sesi temuduga, elakkan daripada bertanya soalan sedemikian. Anda seharusnya memberikan bakal majikan sedikit masa untuk membuat keputusan. Jikalau anda merupakan calon terbaik sekalipun, ianya adalah hak mereka untuk bertanyakan soalan tersebut kepada anda. Bukan sebaliknya.

Semoga bermanfaat!