Categories
Temuduga

Bawa Handbang Ketika Temuduga? Calon Wanita Sila Baca 7 Tips Yang Kami Kongsikan Disini

Calon Wanita Bawa Handbag Ketika Temuduga

Bagi calon wanita yang akan hadir temuduga, adakah boleh mereka membawa handbag ketika temuduga nanti? Ya, boleh. Tetapi anda perlu membawa handbag yang bersesuaian dan ikuti tips yang dikongsikan ini.

7 Tips Memilih Beg Tangan Ketika Temuduga

Antara tips yang boleh anda ikuti ialah :

Saiz Beg Tangan

Pastikan beg tangan mengandungi ciri-ciri praktikal, berstruktur, kukuh dan mudah untuk meletakkan barang-barang peribadi anda.

Pastikan saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan pastikan handbag anda sedang-sedang sahaja.

Pastikan juga, beg tangan anda boleh diletakkan dilantai atau disisi kerusi dan tidak mudah terbalik.

Berpoket

Mengapa perlu berpoket? Kerana anda boleh meletakkan barang-barang penting pada poket dan dalam keadaan tertutup. Jadi, penemuduga tidak akan melihat isi kandungan handbag anda ketika sesi temuduga dijalankan.

Beg Tangan Yang Tidak Lusuh

Pastikan anda membawa beg tangan yang tidak lusuh atau yang sudah buruk. Jika anda hanya mempunyai beg tangan yang sudah lusuh, sebaiknya jangan bawa handbag anda. Nanti cacat pula padangan penemuduga dan kurang markah temuduga anda.

Warna Beg Tangan Yang Betul

Gandingkan warna handbag anda dengan warna pakaian yang dipakai ketika temuduga anda.

Hindarkan daripada membawa handbag yang berwarna terang. Sebaliknya anda boleh membawa handbag yang berwarna coklat, hitam, kelabu dan navy blue. Warna-warna ini adalah warna korporat serta dapat menyeimbangkan saiz tubuh badan anda. Jangan gunakan beg tangan yang berwarna warni ya. Sangat tidak sesuai untuk anda.

Ini akan menampilkan bahawa anda adalah seorang calon wanita yang elegan dan profesional.

Cara Bawa Beg Tangan

Jangan sesekali membawa handbag anda secara bersilang atau menggalas dengan tali yang panjang sehingga ke lutut. Anda boleh sahaja membawa beg tangan anda dengan menjinjing dan pastikan tali handbag anda tidak terlalu panjang. Risau pula nanti sampai terseret handbag mahal anda.

Simple Dan Tidak Banyak Aksesori

Tidak perlu anda membawa handbag yang banyak aksesori dengan bunga besar, tali rambu ramba atau mempunyai bunyi loceng. Sangat tidak sesuai untuk anda membawanya ketika hadir temuduga. Risau pula nanti penemuduga minta anda tinggalkan handbag fancy anda di luar bilik temuduga.

Cara Letakkan Handbag Ketika Temuduga

Letakkan handbag anda ditepi kerusi atau dibawah tempat duduk anda. Jangan letakkan dihujung kaki anda kerana ia mencacatkan pandangan penemuduga terhadap anda.

Bawa handbag tu bawa juga. Jangan lupa kriteria penting untuk pemakaian yang betul ketika temuduga.

Categories
Temuduga

Jangan Buat 23 Kesalahan Etika Temuduga Ini Kalau Nak Dapat Kerja

Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Seorang penemuduga telah berkongsikan pengalaman beliau melihat secara sekali imbas beberapa kesalahan etika yang telah dilakukan oleh calon-calon ketika sesi temuduga dijalankan.

Malahan, kesalahan yang dilakukan ini adalah ketika menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mari kita lihat apakah kesalahan-kesalahan tersebut yang mana 90% markah terus ditolak oleh penemuduga tersebut.

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Antara 17 kesalahan etika yang disenaraikan oleh penemuduga ialah :

Calon Lelaki

  1. Tidak menepati masa : Sesi temuduga yang telah ditetapkan adalah pada jam 930 pagi. Tetapi calon hadir temuduga pada jam 940 pagi. Lewat 10 minit. Sepatutnya calon hadir pada jam 9 pagi iaitu 30 minit lebih awal seperti mana yang telah ditetapkan dalam panduan temuduga SPA.
  2. Terlupa membawa neck tie : Untuk temuduga perjawatan tertentu, calon lelaki diwajibkan memakai tie kerana memakai blazer. Bagi penemuduga tersebut, memakai blazer tanpa mengenakan tie sangat tidak kemas dan apabila ditanya, calon pula menjawab terlupa untuk membawa tie.
  3. Memakai neck tie yang tidak sesuai : Bila sudah pakai, tienya pula berbunga-bunga dengan corak yang besar dan berwarna-warni. Sakit pula mata ahli panel penemuduga lihat. Macam hadir majlis anugerah pula.
  4. Memakai seluar skinny : Seluar slack hitam sudah elok dan sesuai. Tetapi sayangnya seluar yang dipakai jenis skinny atau terlalu ketat pula. Sehingga nampak terlampau melekat pula badan tubuh badan.
  5. Pakai kasut futsal/kasut sukan : Ada pula calon lelaki penampilan yang lain sudah cukup elok dan sesuai. Tetapi sayangnya pakai kasut futsal dan kasut sukan apabila hadir temuduga.
  6. Tidak memakai stokin : Apabila calon duduk dihadapan penemuduga, sudah pasti penemuduga dapat lihat calon secara menyeluruh. Stokin pula tidak dipakai. Nampak tidak kemas. Ada pula yang memakai stokin berwarna oren dan gambar kartun. Selepas ini, jika kasut berwarna hitam atau coklat gelap, sila pakai stokin berwarna gelap ya.
  7. Baju kemeja bercorak : Alamak, pakai baju kemeja bercorak seperti nak mandi pantai pun ada. Jika anda hadir temuduga SPA, pastikan anda memakai kemeja kosong. Tidak perlu berbunga-bunga dan berwarna warni.
  8. Tidak memakai tali pinggang : Masuk ke dalam bilik temuduga dengan mengangkat seluar tidak berhenti. Bila duduk tidak selesa dan asyik betulkan seluar.
  9. Kepala tali pinggang terlalu besar : Ini bukan nak pergi konsert rock. Ada calon yang memakai tali pinggang besar, dengan bentuk kepala ular yang besar seperti mahu hadir konsert rock, kan. Jadi, jangan pakai tali pinggang yang begini. Pakai yang biasa dan kecil sahaja. Asalkan anda selesa.
  10. Jam tangan getah : Penemuduga tahu, anda mampu memakai jam tangan G-Shock yang terkini dan mahal. Tapi seeloknya tinggalkan sekejap dirumah dan pakai jam tangan yang agak kasual dan profesional sedikit.
  11. Bau ketiak : Alamak, kenapa tidak pakai deodorant? Atau calon ini tidak mandi? Ini bukan rekaan tetapi inilah yang dialami oleh penemuduga ya. Jangan lupa untuk pakai deodorant sebelum hadir temuduga ya.
  12. Susunan sijil tidak betul : Panduan susunan sijil yang betul kan sudah ada. Mengapa tidak ikut panduan yang diberikan? Kalau susunan sijil pun tidak betul, bagaimana pula jika diberikan arahan untuk tugasan nanti?

Untuk susunan sijil anda ketika hadir temuduga SPA, rujuk sini untuk dapatkan panduan yang betul serta cara-cara mengisi MyResume.

Calon Wanita

Calon wanita pun ada beberapa kesalahan etika yang dilakukan ya seperti :

  1. Tudung singkat : Calon wanita perlu ingat, anda hadir temuduga. Bukan pergi ke pasaraya untuk shopping. Pakailah tudung yang agak labuh hingga ke paras dada. Tidak perlu belit-belit sampai kelihatan singkat.
  2. Kaca mata yang tidak sesuai : Pakai kaca mata itu tidak salah. Tetapi jika anda memakai kaca mata hitam atau berwarna-warni ketika temuduga, memang tidak sesuai dengan anda sebagai seorang calon.
  3. Baju warna-warni dan tidak sesuai : Elakkan memakai baju kurung atau blouse yang berwarna-warni serta mempunyai corak bunga yang besar-besar. Seeloknya anda memakai baju kurung yang mempunyai sekurangnya 3 warna sahaja.
  4. Tumit kasut terlalu tinggi : Memang elok anda memakai kasut bertumit ketika hadir temuduga. Tetapi kalau tingginya sehingga 5 inci, sudah seperti anda menjadi model dan buat catwalk pula.
  5. Mekap terlalu tebal : Mesti nak cantik ketika temuduga. Tetapi jangan pula sampai tebal sangat. Mulut merah menyala, bulu mata sampai panjang sejengkal. Mekap nipis-nipis pun tidak mengapa.
  6. Memakai sandal dan stokin : Memang nampak elok. Tetapi elakkan untuk memakai sandal dan stokin. Anda perlu memakai kasut yang bertutup dan jangan lupa memakai stokin ya.
  7. Fesyen tudung yang tidak sesuai : Tudung berbelit-belit dan rambu-ramba. Diingatkan kepada calon wanita, jika anda akan hadir temuduga, sila pakai tudung yang fesyennya tidak keterlaluan dan bersederhana sahaja.
  8. Potongan skirt yang pendek : Seksi betul calon yang memakai skirt pendek ketika hadir temuduga. Disarankan anda memakai skirt yang melepasi paras lutut dan digalakkan untuk memakai seluar atau baju kurung sahaja ketika hadir temuduga terutamanya bagi calon non muslim.
  9. Memakai blazer dengan baju kurung : Jika anda memakai baju kurung, anda dinasihatkan untuk tidak memakai blazer dengan baju kurung. Tetapi jika anda memakainya, sila pakai name tag ya.
  10. Perfume terlalu kuat : Tidak semua panel penemuduga suka dengan bau perfume anda. Ada yang alah dengan bau perfume yang terlalu wangi ya. Pakai perfume itu tidak salah, seeloknya pakai perfume dengan cara sederhana sahaja.
  11. Susunan sijil salah : Sama seperti calon lelaki, masih lagi yang tidak ikut panduan yang diberikan oleh pihak SPA.

Categories
Temuduga

Cara Menjawab 10 Soalan Popular Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan

Soalan Femes Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan

Temuduga pun ada soalan femes juga ya. Soalan-soalan ini walaupun nampak mudah tetapi boleh goyah juga keyakinan calon bila hendak dihuraikan. Manakan tidak, calon hafal jawapan yang susah, tetapi yang lain pula keluar. Sabar, sesi temuduga anda panjang lagi tau.

Nak tahu tak apakah soalan-soalan yang femes tu? Jom tengok sini, baca sampai habis dan hafal jawapannya.

Contoh Soalan Femes Dalam Temuduga Kerajaan

Soalan ini memang femes dalam setiap temuduga kerajaan. Antara soalan tersebut ialah :

1. Sila perkenalkan diri anda 

Untuk soalan ini, anda hanya sebutkan :

  • Nama penuh
  • Nama penggilan
  • Umur
  • Asal
  • Perihal keluarga secara ringkas (Nama ibu ayah, bilangan adik beradik)
  • Hobi dan kegemaran
  • Kelebihan anda

2. Senaraikan deskripsi tugas bagi jawatan ini

Anda hanya perlu senaraikan deskripsi tugas bagi jawatan yang anda pohon beserta :

  • Kumpulan jawatan (Pelaksana/Sokongan)
  • Gaji yang ditawarkan
  • Senarai tugasan bagi jawatan tersebut

Anda boleh dapatkan senarai tugas beserta maklumat lain dibahagian maklumat jawatan yang diiklankan sahaja.

3. Anda mempunyai ijazah, mengapa anda memohon jawatan bagi diploma?

Ini memang sering ditanya apabila penemuduga melihat fail sijil akademik anda. Anda tidak perlu panik. Nayatakan sahaja perkaitan bidang yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan minat anda yang mendalam dengan pekerjaan tersebut.

4. Adakah anda sanggup sekiranya ditempatkan jauh daripada tempat tinggal sekarang atau ke Sabah Sarawak?

Sanggup tak dihantar bekerja jauh daripada ibu ayah dan kampung halaman anda? Pastinya semua calon akan menjawab ya. Jangan menjawab ya sahaja. Sebaliknya anda perlu sertakan sebab mengapa dan kenapa anda sanggup ditempatkan ke tempat lain yang jauh daripada keluarga anda.

5. Siapakah Perdana Menteri terkini dan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sekarang?

Penting untuk anda ketahui nama penuh Perdana Menteri, YDPA serta senarai terkini kabinet negara. Ini menunjukkan anda mengambil tahu tentang perkembangan pentadbiran negara terkini serta Menteri bagi Jabatan/Kementerian bakal anda bekerja nanti.

6. Apakah isu-isu panas dan terkini yang berlaku di Malaysia?

Bagaimana untuk menjawab soalan ini? Pentingnya disini untuk anda membaca surat khabar sama ada secara online atau menonton berita dan mengambil tahu isu terkini yang berlaku di dalam negara. Seeloknya elakkan untuk menceritakan tentang keadaan politik yang sedang berlaku walaupun ianya merupakan isu terkini yang panas dan menarik ketika itu.

7. Apakah dasar-dasar Kerajaan (berkaitan jawatan)?

Anda perlu dapatkan maklumat daripada buku atau rujukan yang berkaitan kerana ia melibatkan fakta yang sahih. Jadi, anda perlu membuat persediaan dengan secukupnya kerana soalan mengenai dasar-dasar kerajaan pasti muncul untuk jawatan tertentu.

8. Apakah misi dan visi Jabatan / Kementerian ini?

Dapatkan maklumat berkaitan misi dan visi Jabatan/Kementerian yang akan anda hadir temuduga. Pastikan anda tahu ya Jabatan/Kementerian tersebut. Kemudian anda boleh dapatkan semua jawapan yang berkaitan di portal rasmi setiap Jabatan/Kementerian tersebut.

9. Mengapakah kami perlu mengambil anda untuk mengisi jawatan ini?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu ceritakan mengenai kelebihan dan kemahiran anda yang sesuai dan sepadan dengan jawatan yang dipohon. Pastikan anda tidak cerita sampai melebih-lebih dan panjang lebar pula. Fokus dan ringkaskan supaya menarik perhatian penemuduga.

Mengapa mahukan pekerjaan ini? Rujuk sini untuk dapatkan jawapan yang berkaitan.

10. Mengapa anda memilih untuk bekerja dengan Kerajaan dan tidak dengan Swasta?

Macam perangkap pula soalan ini ya. Jangan risau, tiru sahaja jawapan ini.

” Saya ingin berbakti dengan seluruh kemahiran dan kebolehan yang ada pada saya serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan rakyat amnya”

“Bekerja dengan kerajaan serta untuk jawatan ini adalah minat dan cita-cita saya sejak zaman sekolah dan mendapat sokongan daripada seluruh keluarga. Besar hati sekiranya saya dapat menjawat jawatan ini.”

“Saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih luas sekiranya bekerja dalam sektor awam serta bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang cemerlang, cekap dan berilmu tinggi.”

Apakah cara terbaik untuk jawab soalan mengenai perkenalkan diri semasa temuduga anda? Dapatkan cara terbaik untuk menjawab soalan tersebut disini.

Cukup dahulu dikongsikan 10 soalan femes dalam temduga kerajaan beserta cara menjawabnya. Semoga anda berjaya dalam temuduga dan selamat bekerja.

Categories
Temuduga

Contoh Jawapan Jika Anda Ditanya ”Mengapa Ingin Kerja Kerajaan”

Mengapa Anda Ingin Bekerja Dengan Kerajaan?

Soalan ini simple tetapi kalau salah jawab, hilang markah temuduga anda hari ini. Bagaimana pula untuk menjawab soalan ini dengan memberikan jawapan yang betul serta boleh menarik perhatian penemuduga?

Anda boleh dapatkan beberapa contoh jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada penemuduga sekiranya anda diajukan dengan soalan ini.

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh jawapan bagi soalan “Mengapa Anda Ingin Bekerja Dengan Kerajaan?” :

  • “Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Walaupun gaji kerja kerajaan tidak setinggi kerja swasta, tetapi bagi saya ia merupakan satu pekerjaan yang terjamin masa depan. Saya juga tidak berisiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.”
  • “Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.”
  • “Saya tidak boleh lepaskan peluang ini. Saya yang memohon untuk jawatan ini. Malahan beribu-ribu permohonan yang dihantar saya antara yang terpilih dipanggil untuk temuduga. Saya mohon sebab saya hendakkan jawatan ini.Saya minat dan jawatan ini sesuai dengan kelayakan akademik saya. So this a chance to enter in the goverment sector. Ini sebagai langkah pertama. Tak boleh lepaskan peluang yang ada.”
  • “Saya memang minat kerja kerajaan. Saya suka tengok persekitaran kerja goverment sector. At least saya dapat menyumbang sesuatu kepada kerajaan. Kalau majoriti syarikat swasta pekerjanya bertungkus-lumus berkerja untuk mencapai keuntungan syarikat. Tetapi sektor kerajaan lebih kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Cuba untuk membantu dan memenuhi kepuasan pelanggan iaitu rakyat melalui perkhidmatan yang terbaik.”
  • “Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.”
  • “Seperti yang saya tahu, apabila saya bekerja dalam sektor awam, saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang. Pastinya pihak kerajaan memberi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya saya dapat menyumbang ilmu baharu dalam perkhidmatan awam sendiri.”
  • “Setiap orang pastinya mahukan perkembangan kerjaya apabila mendapat kerja dalam sektor awam. Jadi, saya juga inginkan kenaikan pangkat dan juga gaji yang menjamin masa hadapan saya. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan -kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.”

Jawapan Yang Perlu Dielakkan

Sekiranya anda mendapat soalan ini, elakkan untuk menjawab dengan jawapan seperti :

  • “Saya minat kerja kerajaan kerana ayah saya yang menyuruh saya kerja kerajaan.”
  • “Saya sebenarnya sekadar mencuba nasib sahaja. Tak sangka pula sampai dapat temuduga ini.”
  • “Saya ikut kawan sahaja ketika mengisi permohonan untuk jawatan ini. Jadi, bila dapat temuduga ini, cuba sajalah. Mana tahu rezeki saya, saya dapat kerja ini.”
  • “Dengar kata banyak kelebihan dari segi buat loan bank. Kalau dapat kerja ini, bolehlah saya mohon loan untuk beli kereta baru.”
  • “Saya boleh bercuti dan melancong ke sana sini apabila bekerja dengan kerajaan. cuti banyak, tidak sama sperti kerja dengan swasta. Cuti pun tidak dipotong gaji.”

Jadi, pertimbangkan untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga anda. Memang nampak mudah, tetapi berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada penemuduga.

Categories
Temuduga

Nampak Je Senang Tapi Sangat Mencabar Nak Jawab Soalan Temuduga Ini

Nampak Macam Senang Soalan Ini, Tetapi Mencabar Juga Nak Jawab

Pastinya setiap calon bersedia dengan soalan yang sukar dan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa soalan yang lebih sukar dan mencabar serta tidak dapat dijangka akan disoal oleh penemuduga.

Mengapa penemuduga bertanyakan soalan yang mencabar ini? Ini kerana bakal majikan anda ingin mengetahui :

  • Pengalaman kerja anda
  • Kemahiran anda
  • Kelebihan diri anda dalam pekerjaan
  • Mengetahui diri anda dengan lebih dekat
  • Memastikan anda menepati kehendak syarikat

Soalan-soalan ini dikatakan mencabar kerana ia tiba-tiba mencelah ketika sesi pengenalan diri calon diadakan secara santai. Apabila tiba-tiba ditanya, pastinya calon merasakan agak sukar dan mencabar kerana terpaksa menukar situasi ke arah yang lebih serius dan profesional.

Contoh Soalan Sukar & Mencabar

Anda boleh dapatkan contoh soalan yang mencabar seperti :

  • “Berdasarkan pada resume, anda telah berhenti kerja di syarikat AA pada tahun 2001, bolehkan anda terangkan mengapa anda berhenti di syarikat tersebut?”
  • “Saya dapati anda mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang ini. Tetapi jelaskan kepada saya mengapa anda meninggalkan pekerjaan tersebut dengan memohon jawatan ini?”
  • “Berdasarkan sejarah pekerjaan anda, saya dapati anda kerap bertukar kerja antara tahun 2014-2015. Mengapa?
  • “Pada tahun 2015 sehingga awal tahun 2016 tiada sebarang pekerjaan yang anda senaraikan dalam sejarah pekerjaan. Jelaskan kepada saya.”
  • “Ceritakan dengan jelas kaitan kemahiran unik anda dengan jawatan yang dipohon ini.”
  • “Anda mempunyai pelbagai pencapaian di dalam syarikat terdahulu. Malahan anda juga seorang pekerja terbaik syarikat tersebut. Sebab apakah anda berhenti ketika kerjaya anda sedang berada dikemuncak?”
  • “Mengapa anda memohon jawatan ini sedangkan kelayakan anda melayakkan anda memohon jawatan yang lebih tinggi?”
  • “Mengapa anda hendak bekerja dalam sektor awam dan bukan sektor swasta? / Mengapa anda hendak bekerja dalam sektor swasta dan bukan sektor awam?”

Cara Menjawab Soalan Yang Nampak Senang & Mencabar

Bagaimanakah untuk menjawab soalan yang nampak senang tetapi agak mencabar untuk dijawab ini?

Jawab Dengan Ringkas dan Tepat

Anda tidak perlu menjawab dengan panjang berjela sehingga hilang fokus dan point utama yang diperlukan oleh majikan. Jika terlalu panjang, kemungkinan jawapan yang diberikan berada diluar skop jawapan dan tidak memenuhi kehendak bakal majikan. Jawapan yang padat dan matang menunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang calon pekerja yang dikehendaki oleh majikan.

Gunakan Nada dan Intonasi Positif

Walaupun anda rasa sukar untuk menjawab soalan yang dikemukakan, tenang dan gunakan nada dan intonasi yang positif ketika menjawab soalan. Majikan hanya ingin tahu sebab serta alasan daripada anda sahaja.

Jangan Salahkan Syarikat Lama Atau Individu

Ingat, jangan salahkan syarikat lama anda. Gantikan dengan kata-kata yang positif walaupun penemuduga cuba mengasak anda dengan soalan memprovokasi. Mereka sekadar ingin melihat dan meneliti personaliti anda sahaja.

Sekadar Menduga

Tanamkan dalam hati dan minda anda bahawa majikan hanya sekadar ingin menduga anda. Ya, majikan ingin melihat kematangan anda untuk menangani masalah atau isu dalam bidang pekerjaan. Malahan majikan juga ingin dapatkan ciri-ciri seorang pekerja yang sesuai dengan kehendak mereka.

Anda juga boleh rujuk 4 soalan yang tidak perlu dijawab semasa temuduga dan klik disini.

Nampak senang tetapi agak mencabar untuk menjawabnya bukan? Pastikan anda membuat persediaan dengan pelbagai kemungkinan soalan yang tidak dijangka. Sentiasa bersedia dengan soalan yang nampak senang ini ya.

Categories
Temuduga

Walau Berpengalaman Tetap Gagal Temuduga SPA. Ini Sebabnya

Banyak Pengalaman, Tetapi Gagal Temuduga SPA

Pengalaman 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun dalam bidang pekerjaan bukanlah satu tiket yang mudah untuk anda lulus dalam temuduga terutamanya temuduga dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Seorang bekas panel penemuduga SPA telah mendedahkan punca-punca calon yang berpengalaman dalam bidang kerja gagal dalam temuduga yang dijalankan oleh SPA dan beliau telah kongsikan untuk dijadikan panduan untuk calon yang akan datang.

Punca Calon Gagal Temuduga SPA

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan calon-calon temuduga SPA gagal ketika temuduga dan punca-puncanya ialah :

1. Terlalu Santai

Oleh kerana mahu hilangkan rasa gemuruh ketika temuduga, ada segelintir calon yang menjadikan sesi temuduganya santai sehingga tidak mengamalkan etika temuduga yang betul.

Terdapat calon yang terlalu santai memberikan jawapan ketika menjawab soalan formal yang diajukan oleh panel penemuduga. Malahan ada yang terlalu santai sehingga menjadi terlalu ramah sehingga tidak fokus dengan soalan yang ditanya oleh penemuduga. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya. Maklumlah, banyak pengalaman, kan.

2. Berlagak dan Berlebihan

Tahulah calon berpengalaman 5 tahun dalam pekerjaan, tetapi tidak perlu tunjukkan lagak anda kepada panel penemuduga. Pada hari temuduga, mereka bukanlah staf atau rakan sekerja anda untuk berlagak secara berlebihan ketika sesi temuduga dijalankan.

Ada calon yang bercakap dengan meninggikan diri ketika menjawab soalan dan bercakap besar dengan panel penemuduga kerana merasakan sangat berpengalaman dan confident lulus dalam temuduga.

Anda hanyalah calon temuduga sahaja. Pastikan anda sentiasa sopan dan merendah diri setiap kali hadir temuduga ya.

3. Palsukan Resume

Kerana hendak menunjukkan diri calon sangat berpengalaman dan merasakan akan lulus dalam temuduga dengan mudah, ada calon yang sanggup memalsukan maklumat dalam resume.

Anda perlu sedar, jika anda memalsukan maklumat anda, ia adalah satu kesalahan yang besar. Ini kerana panel penemuduga akan membuat semakan dan anda mungkin akan terperangkap dengan soalan-soalan yang dirujuk melalui resume anda.

4. Terlalu Malu

Pastikan malu anda adalah malu yang bertempat. Tetapi jika terlalu malu sehingga tidak boleh bercakap ketika temuduga itu adalah satu masalah yang besar buat seorang calon temuduga SPA. Inilah sebabnya temuduga dijalankan. Bertujuan untuk melihat dan menilai tahap komunikasi seorang calon dan memastikan anda layak dengan pekerjaan tersebut.

Jadi, buang rasa malu untuk bercakap seketika. Buat latihan temuduga seminggu sebelum temuduga yang sebenar dan selesakan diri anda ketika sesi temuduga dijalankan. Tetapi ingat, jangan terlebih ramah dan santai pula ya.

5. Bahasa Badan Yang Salah

Jaga bahasa badan anda sepanjang sesi temuduga dijalankan. Sesi temuduga tidak lama pun, sekejap sahaja. Duduk dalam postur yang betul. Jangan terlalu ke depan, jangan bersilang kaki, jangan menguap dan jangan menyandar seoalah-olah menonton wayang.

Tunjukkan minat bahawa anda suka dengan sesi temuduga yang dijalakan dan gunakan kemahiran mendengar untuk fokus dengan soalan yang diberikan oleh penemuduga anda. Senyum.

6. Tidak Mengkaji Jawatan / Jabatan / Kementerian

Calon tidak membuat sebarang persediaan berkaitan jawatan / Jabatan / Kementerian ketika disoal dengan soalan yang berkaitan :

  • Terangkan deskripsi tugas jawatan ini.
  • Apakah misi dan visi jabatan ini?
  • Terangkan objektif jabatan ini.
  • Siapakan Menteri bagi Kementerian ini?

Jika calon tidak dapat menjawab soalan ini, bermakna calon tiada sebarang persediaan untuk menjawat jawatan ini. Tidak pernah mengkaji tentang jawatan yang dipohon dan mungkin sekadar mencuba nasib. Jadi, panel penemuduga menganggap calon tidak serius untuk mendapatkan jawatan tersebut.

7. Guna Bahasa Pasar

Jika panel penemuduga menggunakan bahasa pasar ketika menemuduga anda, ingat bahawa mereka sekadar ingin menduga anda sahaja. Jangan gunakan bahasa pasar ketika menjawab soalan. Gunakan bahasa yang formal atau baku ketika sesi temuduga dijalankan. Melainkan penemuduga mengatakan sesi temuduga telah tamat dan ingin berbual dengan anda secara santai. Mungkin penemuduga selesa dengan anda dan berminat untuk menawarkan anda untuk ke stage seterusnya.

8. Berpolitik

Tidak kisahlah siapa anda sokong dan parti apa yang ada sokong, jangan terlalu ghairah untuk berpolitik ketika sesi temuduga dijalankan walaupun soalan yang dikemukakan sangat menarik minat anda untuk membuat ulasan. Anda perlu neutral dan berhati-hati ketika menjawab soalan atau memberikan jawapan.

Cukup dahulu dikongsikan 8 punca calon yang berpengalaman gagal dalam temuduga berdasarkan penilaian seorang panel penemuduga SPA ini. Sebagai seorang calon, pastikan kesilapan ini tidak dilakukan atau diulang. Jadikan pengajaran. Bersederhana itu lebih baik.

Sekiranya anda ditanya, “Anda ada apa-apa soalan?” jangan jawab “Tiada soalan, Tuan”. Sebaliknya dapatkan contoh soalan yang akan ditanya kepada panel penemuduga dengan klik disini. Ada markah tambahan tau jika anda tanyakan soalan kepada mereka.

Categories
Temuduga

4 Jenis Interview Yang Femes Di Malaysia

Jenis-Jenis Temuduga Yang Femes Di Malaysia

Tahukah anda terdapat 4 jenis temuduga yang sangat femes dan selalu diadakan di Malaysia? Jenis temuduga yang bagaimana telah anda lalui? Jika anda tidak pasti jenis temuduga yang akan dijalankan nanti, pastikan anda membuat panggilan telefon kepada urusetia temuduga atau HR dan dapatkan maklumat jenis temuduga yang akan dijalankan supaya anda dapat membuat persediaan.

4 Temuduga Yang Femes Di Malaysia

Antara temuduga yang femes dan selalu diadakan di Malaysia adalah :

1. Temuduga Tradisonal

Temuduga ini adalah yang paling terkenal sekali. Kaedah yang digunakan adalah secara bersemuka diantara calon dan penemuduga. Penemuduga tersebut mestilah dikalangan wakil daripada syarikat. Bagi jumlah penemuduga pula mungkin terdapat seorang panel atau sehingga 3 orang.

Melalui temuduga jenis ini, anda akan ditanya secara ringkas mengenai diri anda, pengalaman kerja, pendidikan serta kemahiran anda.

2. Temuduga Berkumpulan

Terdapat beberapa agensi termasuk sektor awam yang menjalankan sesi temuduga secara berkumpulan. Antaranya ialah temuduga bagi jawatan perguruan. Untuk temuduga jenis ini, anda perlu memberi ruang kepada calon yang diajukan soalan untuk menjawab soalan. Untuk temuduga jenis ini, anda perlu fokus dan mendengar jawapan calon yang lain kerana kemungkinan besar soalan yang seterusnya adalah berdasarkan jawapan yang diberikan oleh calon sebelumnya.

3. Temuduga Melalui Telefon

Mustahil atau tidak, tetapi sebenarnya memang agak femes ya, temuduga melalui telefon. Terdapat banyak syarikat dan sektor swasta yang membuat temuduga melalui telefon. Ini memudahkan kedua belah pihak dimana calon tidak perlu hadir ke tempat temuduga dan pihak syarikat tidak perlu untuk setup bilik temuduga. Bagi calon, anda perlu berada di tempat yang agak sunyi dan tidak bising supaya tidak menganggu sesi temuduga anda.

4. Temuduga Secara Online / Webinar

Temuduga secara online/webinar juga selalu diadakan oleh syarikat-syarikat besar. Untuk menghadapi temuduga jenis ini, anda hanya perlu mempersiapkan diri dengan tampil kemas seperti mana anda hadir temuduga tradisional. Persediaan untuk temuduga juga sama seperti temuduga tradisional dimana anda perlu membuat persediaan yang secukupnya seolah-olah anda menghadapi temuduga secara berhadapan dengan penemuduga.

Tips temuduga secara online dan dapatkan disini.

Tindakan Selepas Temuduga

Selepas temuduga, anda perlu membuat beberapa tindakan susulan menandakan bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang dipohon. Antara tindakan yang perlu anda lakukan ialah :

Anda hanya perlu menghantar emel keapda HR atau urusetia temuduga seperti :

  • Tajuk emel ( Terima kasih atas panggilan temuduga pada ________).
  • Nyatakan nama anda, temuduga bila, jawatan apa.
  • Ucapkan terima kasih dan kemudian anda boleh tanyakan status permohonan anda.
  • Nyatakan juga bahawa anda berminat untuk menyertai syarikat tersebut serta sebutkan sumbangan yang boleh anda berikan.
  • Kemudian nyatakan anda menunggu emel balasan daripada mereka.

Categories
Temuduga

7 Tanda Anda Lulus Temuduga. Confirm Dapat Kerja Lah.

Confirm Dapat Kerja & Lulus Temuduga

Setelah tamat temuduga, pastinya setiap calon tertanya-tanya sama ada telah berjaya atau tidak dalam sesi temuduga yang dijalankan sebentar tadi. Tahniah kerana anda telah berjaya dalam temuduga dan anda boleh buat persiapan untuk dipanggil melapor diri. Bagaimanakah caranya untuk tahu tanda-tanda telah lulus dalam temuduga tersebut? Terdapat beberapa tanda-tanda positif yang akan ditunjukkan oleh penemuduga bahawa anda telah lulus temuduga dan anda telah menambat hati mereka untuk mengambil anda bekerja dengan mereka.

Tanda-Tanda Anda Lulus Temuduga

Antara tanda-tanda anda lulus temuduga ialah :

1. Penemuduga Bertanyakan Soalan Peribadi

Maksudnya disini, penemuduga akan bertanya tentang diri anda dengan lebih lanjut. Ini tandanya penemuduga sangat berminat dengan anda untuk diambil bekerja dan bersama dengan mereka. Tetapi perlu diingatkan, hadkan jawapan anda dan tidak semua soalan berkaitan peribadi perlu dijawab oleh anda.

2. Masa Temuduga Lebih Panjang

Sepatutnya anda telah tamat sesi temuduga 15 minit yang lalu. Tetapi dilanjutkan lagi dengan pelbagai soalan yang tidak formal. Ini menunjukkan mereka berminat dengan anda dan ingin mengenali anda dengan lebih rapat. Jangan rimas sebaliknya teruskan perbualan anda dengan penemuduga dan jawab soalan dengan formal dan profesional.

3. Penemuduga Tersenyum

Apa sahaja jawapan yang anda berikan, penemuduga akan tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju dengan setiap jawapan yang anda berikan. Ini adalah satu tanda yang positif dan peluang anda untuk lulus dalam temuduga adalah sangat tinggi.

4. Perbincangan Manfaat Pekerjaan, Gaji dan Kelebihan

Setelah penemuduga menghabiskan sesi bertanyakan soalan, tiba-tiba penemuduga berbincang mengenai manfaat pekerjaan, gaji dan pelbagai kelebihan yang diberikan kepada anda sekiranya ditawarkan pekerjaan tersebut.

5. Anda Dibawa Melawat Pejabat

Tiba-tiba anda diajak melawat pejabat dan diperkenalkan kepada staf yang lain. Kemudian penemuduga juga akan memperkenalkan anda kepada staf atasan yang lain dan menyatakan bahawa “Inilah calon yang akan mengisi jawatan yang telah lama kosong”.

6. Meminta Kad Nama Anda

Sebelum tamat sesi temuduga, penemuduga meminta kad nama anda serta nombor telefon yang boleh dihubungi dan berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk menghubungi anda semula dengan segera.

7. Adakah Anda Memohon Pekerjaan Di Tempat Lain?

Terdapat penemuduga bertanyakan soalan ini selepas sesi temuduga tamat. Mereka berharap anda menjawab “Tidak ada” kerana ingin menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Jadi, bagaimana? Masih ragu-ragu dengan temuduga anda? Jika anda sudah lakukan yang terbaik dalam temuduga, pastinya kejayaan akan datang pada anda.

Categories
Temuduga

Tips : Courtesy Bertanya Maklumat Jawatan Kosong Melalui WhatsApp / Telefon

Bertanya Maklumat Lanjut Mengenai Jawatan Kosong Melalui Whatsapp / Telefon

Seiring dengan teknologi terkini, kebanyakan majikan yang ingin mendapatkan pekerjaan telah mengiklankan iklan jawatan kosong melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan Twitter. Ia menepati golongan sasaran iaitu belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun ke atas dimana golongan ini sangat aktif di media sosial.

Jadi, semua maklumat berkaitan jawatan kosong tersebut terus dipaparkan dan pemohon diminta untuk menghubungi HR atau syarikat tersebut melalui Whatsapp atau telefon sahaja.

Untuk membuat sebarang pertanyaan, sebagai pemohon, anda perlu mempunyai etika atau adab untuk bertanyakan sebarang soalan walaupun melalui whatsapp sahaja.

Etika / Adab Bertanyakan Maklumat Berkaitan Iklan Jawatan Kosong

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan yang diiklankan melalui whatsapp atau telefon, berikut adalah beberapa etika atau adab yang perlu anda lakukan :

1. Baca Iklan Dengan Jelas

Pastikan anda membaca iklan dengan jelas dan fahamkan kesemua maklumat yang ada didalam iklan tersebut. Sekiranya maklumat yang anda inginkan tiada dalam iklan tersebut, senaraikan dan anda boleh bertanyakan kepada HR atau wakil syarikat tersebut. Jangan pula anda bertanya, “Bila ya tarikh tarikh tutup permohonan ini”, sedangkan maklumat tersebut telah pun dinyatakan di dalam iklan.

2. Tukar Gambar Profile

Tahulah anda seorang peminat kucing. Tetapi,gantikan dahulu gambar profile anda dengan gambar wajah anda dengan jelas. Takut juga nanti wakil syarikat fikir anda sekadar main-main dan kurang berminat untuk memohon jawatan. Jadilah seorang yang profesional walaupun mohon kerja melalui whatsapp sahaja.

3. Hantar Whatsapp Ketika Waktu Bekerja Sahaja

“Saya mana tahu waktu bekerja mereka.” Gunakan common sense anda dimana waktu bekerja di Malaysia adalah pada jam 9 pagi-5 petang. Jangan ganggu waktu privacy wakil syarikat untuk bertanyakan soalan.

4. Beri Salam / Greeting & Perkenalkan diri

Jangan main terjah sahaja untuk bertanyakan soalan. Sila jadi orang yang beradab. Anda boleh berikan salam atau beri ucapan selamat pagi kepada wakil syarikat.

Contoh :

“Assalamualaikum. Saya Azman dari Ipoh. Pada 22 Julai lalu, saya ada membaca iklan untuk jawatan Pegawai Logistik di syarikat tuan melalui lama Facebook. Jadi, saya ingin memohon jawatan jawatan ini. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan kerana tiada maklumat berkaitan cara untuk menghantar permohonan?. Terima kasih.”

5. Gunakan Panggilan Nama Yang Betul

Gunakan panggilan nama yang betul ketika bertanyakan soalan kepada mereka. Ingat, mereka bukan rakan baik anda. Jangan pula bertanya begini,

“Abang, boleh tahu tak macam ne nak mintak kerja sana?”

Gunakan panggilan nama yang sesuai seperti Tuan / Puan / Encik / Puan  / Cik semasa anda berhubung dengan mereka.

6. Elakkan Singkatan Perkataan

Tidak semua orang faham dengan singkatan perkataan yang anda taipkan. Anda perlu menaip dengan perkataan yang penuh seperti anda menulis surat rasmi walaupun pertanyaan anda melalui whatsapp sahaja.

7. Attach Resume Melalui Whatsapp

Biar betul kena attach resume melalui whatsapp. Zaman sekarang semuanya dihujung jari sahaja. Anda save dahulu resume dalam bentuk PDF di komputer anda. Kemudian gunakan whatsapp web untuk menghantar resume kepada wakil syarikat. Atau anda boleh save terus di telefon anda dan hantar sahaja kepada wakil syarikat. Jika wakil syarikat minta anda hantar resume kepada mereka melalui emel mereka, emelkan sahaja.Mudahkan?

Jadi, apa sahaja medium yang disediakan untuk anda membuat permohonan atau pertanyaan berkaitan jawatan kosong, sila gunakan dengan cara yag lebih profesional dan beradab.

Categories
Temuduga

10 Larangan Ketika Temuduga Yang Anda Perlu tahu

10 Kesalahan Besar Ketika Temuduga

Ramai calon tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan besar ini ketika temuduga dijalankan. Kesalahan yang disenaraikan ini juga telah menyebabkan calon gagal dalam temuduga serta temuduga yang akan datang sekiranya calon tidak membuat penambahbaikan.

Apakah 10 kesalahan besar yang sering dilakukan oleh calon ketika temuduga?

Teruskan bacaan anda dan dapatkan 10 kesalahan tersebut untuk dijadikan panduan untuk anda dan jangan sesekali mengulangi kesilapan ini dalam temuduga yang akan datang.

Senarai 10 Kesalahan Besar Ketika Temuduga

Antara kesalahan besar yang sering dilakukan oleh calon ketika temuduga ialah :

Tidak Bersedia

Ramai calon tidak bersedia untuk menghadapi temuduga. Apabila diajukan soalan yang berkaitan dengan deskripsi tugas serta maklumat berkaitan syarikat pun calon tidak boleh menjawab dengan betul.

Tiada Resume, Tiada Dokumen Penting

Berjalan masuk ke bilik temuduga lenggang kangkung tanpa sebarang salinan resume dan juga dokumen sokongan yang diperlukan oleh penemuduga. Anda perlu membawa salinan resume sekurangnya 5 salinan dan bawa sijil akademik serta dokumen lain yang original.

Aksesori Berlebihan

Calon temuduga tidak mengira lelaki atau perempuan memakai aksesori yang berlebihan seolah-olah memasuki pertandingan fesyen. Calon lelaki memakai tali pinggang yang mempunyai kepala besar dan memakai cermin mata berfesyen. Manakala calon perempuan pula memakai gelang serta pin tudung jenis  rambu ramba sehingga mengganggu pandangan mata penemuduga. Ini bukan masa yang sesuai untuk berfesyen ya.

Paksa Penemuduga Menerima Anda Bekerja

Anda tidak boleh memaksa penemuduga untuk menerima anda bekerja ketika temuduga dijalankan. Mungkin anda tidak menjawab atau menyatakan secara terus terang dihadapan penemuduga. Tetapi terdapat ayat-ayat tertentu yang menunjukkan anda memaksa penemuduga untuk menerima anda untuk bekerja bersama mereka.

Contoh :

“Saya sangat berpengalaman dalam bidang ini. Jadi, bila tuan boleh panggil saya bekerja? Saya bersedia untuk dipanggil bekerja bila-bila masa sahaja.”

Tidak Silent Telefon

Tiba-tiba telefon berbunyi dengan deringan yang paling kuat dan menyebabkan sesi temuduga terganggu. Kemudian tanpa minta kebenaran, anda ambil telefon dan menjawab panggilan dihadapan penemuduga. Ada calon yang menjawab mesej atau whatsapp ketika temuduga dijalankan dengan alasan untuk menghilangkan rasa gemuruh.

Kurang Eye Contact & Bahasa Badan

Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan tanpa disedari oleh calon temuduga. Calon gugup dan rasa kurang yakin sehingga tidak mampu melihat mata penemuduga. Habis semua tempat di bilik temuduga ditenung oleh calon. Selain dari eye contact, calon juga perlu menjaga bahasa badan ketika temuduga dijalankan. Jangan berpeluk tubuh, jangan menyandar dan keterlaluan menggunakan tangan ketika menjawab soalan.

Cerita Hal Peribadi

Lain disoal, lain dijawab. Penemuduga hanya minta anda perkenalkan diri. Anda pula terus ceritakan hal peribadi anda tanpa diminta oleh penemuduga. Penemuduga tidak ingin mengetahui tentang ibu tiri, bapa tiri, adik tiri, nenek meninggal dan sebagainya. Cukup perkenalkan diri anda secara ringkas sahaja.

Tidak Menjawab Soalan

Pening pula penemuduga apabila mendapat jawapan tidak seperti yang diinginkan. Sepatutnya calon hanya perlu menjawab soalan yang diajukan dengan ringkas dan padat. Tidak perlu mukadimah atau intro yang panjang. Nanti berbelit-belit sampai anda sendiri pula yang tidak faham.

Cerita Keburukan Bekas Majikan

Kadangkala terlebih ramah menjawab soalan sehingga menceritakan keburukan bekas majikan. Ada penemuduga yang akan memprovokasi anda dengan menyelitkan pernyataan supaya anda menceritakan keburukan bekas majikan anda. Tanpa anda sedar, sudah pasti anda menceritakan serba sedikit keburukan bekas majikan atau rakan sekerja anda.

Terlalu Gugup

Terlalu gugup sehingga tiada keyakinan diri ketika temuduga. Relaks. Penemuduga hanya ingin menilai anda sahaja. Anda boleh membuat latihan temuduga setiap hari untuk menghilangkan rasa gugup dan membangkitkan keyakinan diri anda semasa temuduga nanti.