Categories
Temuduga

“Jangan” Lakukan 3 Perkara Ini Selepas Temuduga Selesai

Sesi Temuduga Selesai Dengan Selamat

Akhirnya sesi temuduga telah selesai dengan selamat dan anda sudah boleh menarik nafas dengan lega. Lagipun telah banyak masa yang telah diluangkan sebagai persediaan serta persiapan untuk menghadapi temuduga.

Tetapi tahukah anda bahawa sesi temuduga telah tamat sepenuhnya sekiranya anda telah menerima jawapan sama ada anda diterima bekerja atau tidak sahaja. Jika tidak, anda akan melalui proses yang sama iaitu mohon dan dipanggil temuduga.

Bagi anda yang tidak tahu membuat persiapan setelah menerima panggilan temuduga, rujuk sini apa yang perlu anda lakukan

3 Perkara “Jangan” Dilakukan Selepas Temuduga

Mesti ada diantara anda yang melakukan 3 perkara “jangan” ini seperti :

Overthinking

Mengapa jangan overthinking? Ini adalah supaya anda tidak terlalu memikirkan perkara yang telah berlaku dan doakan serta tawakal setelah anda melakukan yang terbaik ketika sesi temuduga dijalankan.

Anda juga tidak perlu memikirkan tentang sesi temuduga orang lain serta kesilapan-kesilapan yang telah anda lakukan ketika temuduga yang lepas. Jika anda rasa anda ada membuat kesilapan, jadikan sebagai panduan dan jangan ulangi lagi sekiranya anda dipanggil temuduga untuk jawatan yang lain.

2. Tidak hantar nota “Terima kasih”

Jangan lupa menghantar nota ucapan “terima kasih” kepada penemuduga atau urusetia temuduga yang menguruskan sesi temuduga anda pada hari tersebut.

Anda boleh membuat nota ucapan tersebut 1 atau 2 hari sebelum anda hadir temuduga. Ucapan terima kasih ini sangat berharga buat mereka kerana merasakan diri dihargai dan pastinya mempunyai markah tambahan untuk bahagian ‘attitude’ anda.

3. Berhenti mencari kerja

Jangan mudah berpuas hati selepas tamat temuduga dan teruskan mencari pekerjaan. Selagi anda tidak ditawarkan sebarang pekerjaan, anda boleh teruskan untuk mencari kerja dan anda bukanlah seorang yang tamak. Anda juga berhak untuk menerima tawaran kerja sama ada 2 atau 3 jenis tawaran kerja.

Anda boleh membuat pilihan dengan membuat perbandingan pekerjaan berdasarkan maklumat seperti :

  • Tempoh kontrak / tetap
  • Jarak tempat kerja dengan rumah
  • Gaji yang ditawarkan
  • Diskrepsi tugas
  • Faedah yang diperolehi

Oleh itu, tidak salah anda teruskan usaha anda memohon kerja walaupun anda sudah dipanggil temuduga kerana anda belum lagi dipanggil untuk melapor diri dan bekerja di syarikat tersebut.

Categories
Temuduga

“Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas” Follow 8 Point Yang Kami Kongsikan Untuk Jawab Soalan Ini

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas”

Macam mana pula nak jawab soalan ni? Dengar macam senang, tapi kalau salah teknik, boleh buat bakal majikan muak sebab meleret atau terlalu banyak info yang tidak diperlukan.

Jadi, dapatkan tips untuk menjawab soalan ini dengan ringkas dan menyenangkan penemuduga. Malahan jawapan yang anda berikan boleh buat majikan rasa senang hati kerana maklumat yang diinginkan menepati kehendaknya.

Berikut adalah point yang perlu ada ketika hendak menjawab soalan “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas”.

8 Point Penting Untuk Jawab Soalan Temuduga "Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas"

8 Point Penting Untuk Jawab Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas”

Berikut adalah 8 point untuk menjawab soalan ini ialah :

  • Nama penuh anda dan nama panggilan
  • Umur
  • Asal
  • Status perkahwinan
  • Kelayakan akademik (Nyatakan dengan jujur)
  • Tahun konvo
  • Minat (Pastikan ianya berkaitan dengan jawatan yang dipohon)
  • Pengalaman kerja (pastinya ia berkaitan dengan jawatan yang dipohon)

Sekiranya pemohon tidak pernah bekerja, apa yang perlu diceritakan untuk bahagian pengalaman kerja?

Ceritakan sahaja mengenai pengalaman anda ketika melalui latihan industri / praktikal / internship. Jika anda pernah kerja part time atau freelance serta melakukan tugasan projek ketika di universiti / kolej, ceritakan sahaja pengalaman anda. Jangan anggap anda tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman kerja ya.

Contoh Jawapan “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas”

Berikut adalah contoh jawapan bagi soalan “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas”.

“Assalamualaikum / Selamat pagi. Saya (nama anda), Tuan / Puan boleh panggil saya (nama panggilan) dan saya berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).

Saya mempunyai ijazah / diploma / sijil (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).

Saya mempunyai pengalaman bekerja di (nama syarikat) selama (tempoh bekerja) dan memegang jawatan sebagai (nama jawatan).

Semasa belajar, saya aktif mengikuti  (aktiviti / kelab / persatuan) dan memegang jawatan sebagai (jawatan / pencapaian)

Saya mahir dan pakar dalam bidang (kemahiran) serta boleh menguasai bahasa (bahasa yang anda mahir).”

Sekiranya anda mempunyai maklumat lain yang anda rasa perlu dimasukkan, masukkan sahaja dan pastikan ianya padat, ringkas dan berkaitan. Tetapi ingat, tidak perlu melebih-lebih.

Diingatkan bahawa soalan ini adalah merupakan sesi ICE BREAKING dimana ia diibaratkan sebagai sesi pemanasan dan penemuduga ingin mengenali anda dengan lebih dekat.

Jadi, jawab dengan berhati-hati, jangan gementar dan sentiasa menjaga body language anda terutamanya eye contact dengan panel penemuduga.

Categories
Temuduga

Gambaran Sebenar Sebenar Temuduga SPA. Follow Tips Yang Dikongsikan Untuk Lulus Interview

Dapatkan Gambaran Sebenar Temuduga SPA Ini

Inginkan gambaran sebenar temuduga SPA? Pastinya setiap calon yang pertama kali menghadiri temuduga SPA ingin tahu situasi sebenar temuduga agar dapat membuat persediaan yang secukupnya.

Berikut adalah tips yang dikongsikan sebagai gambaran sebenar untuk menghadapi temuduga SPA.

Gambaran Sebenar Temuduga SPA

Untuk menghadapi temuduga SPA, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Menyediakan Dokumen Secukupnya

Anda perlu menyediakan dokumen seperti sijil, borang dan resume seperti yang diminta oleh pihak SPA dan perlu membawanya ketika temuduga anda.

Bagaimanakah untuk menyediakan semua dokumen tersebut? Klik sini dan dapatkan panduan yang betul seperti mana arahan yang diberikan oleh pihak SPA.

Urusetia Temuduga

Anda akan berurusan dengan urusetia temuduga terlebih dahulu sebelum anda melalui temuduga yang sebenar. Anda perlu menyerahkan dokumen, sijil serta borang yang yang diperlukan untuk disemak oleh urursetia temuduga. Jadi, hadir 30 minit lebih awal untuk proses dokumentasi oleh urusetia temuduga.

Penampilan Diri

Pastinya anda tahu cara pemakaian yang betul untuk hadir temuduga bukan? Penampilan diri sangat penting ketika temuduga kerana anda memang dinilai untuk first impression penemuduga. Besar peranannya bahagian penampilan diri ini.

Untuk setiap calon pastikan anda memakai pakaian yang mengikut kod pemakaian dan pastikan ianya wangi dan bersih semasa temuduga.

Untuk calon lelaki, dapatkan tips pemakaian yang betul dan simple disini.

Cara Masuk Bilik Temuduga

Apabila nama anda dipanggil oleh urusetia temuduga, bangun dengan segera dan tarik nafas. Ketuk pintu sekurangnya 3 kali dan tunggu penemuduga memanggil anda untuk masuk.

Letakkan fail dokumen ke arah panel temuduga, langkah ke belakang dan jangan membelakangkan penemuduga. Jangan terus duduk. Tunggu sehingga salah seorang penemuduga meminta anda duduk di kerusi.

Duduk dengan sopan. Elakkan daripada menyilang kaki, tangan di dada dan menyandar dengan terlalu santai.

Percakapan

Jadi diri sebenar tetapi tolong bercakap dengan menggunakan daya dan nada yang betul. Jangan bercakap seperti robot. Cakap sahaja seperti biasa. Lontarkan sedikit suara anda agar penemuduga mendengar jawapan anda dengan jelas. Tetapi jaga-jaga, jangan sampai anda tertengking mereka pula.

Soalan Yang Sering DiSoal

Ingin tahu soalan yang sering dikemukakan ketika temuduga? Antara soalan yang sering disoal ialah :

  • Sila kenalkan diri anda.
  • Adakah anda sanggup dihantar ke Sabah Sarawak?
  • Apakah tugas-tugas jawatan anda?
  • Siapakah Perdana Menteri sekarang?
  • Apakah isu semasa dalam dan luar negara?

Inginkan contoh soalan temuduga? Klik sini dan dapatkan contoh soalan temuduga untuk latihan temuduga anda nanti.

Temuduga Tamat

Setelah sesi soal jawab tamat, mungkin panel penemuduga akan bertanyakan sama ada anda mempunyai soalan atau tidak. Sila siapakan 2-3 soalan untuk disoal kepada penemuduga. Apabila sesi temuduga anda tamat sepenuhnya, anda bangun dengan perlahan, pergi ke hadapan dan ambil fail dokumen anda.

Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih, berjabat tangan atau letakkan tangan di dada dan pastikan anda tersenyum. Tutup pintu perlahan dan tarik nafas lega.

Doakan agar urusan anda diselesaikan dengan baik dan lancar. Amalkan ya tips yang dikongsikan ini agar temuduga anda berjaya seterusnya dipanggil untuk melapor diri di jabatan yang menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Categories
Temuduga

Cara Baru Dan Mudah Untuk Perkenalkan Diri Semasa Temuduga

Tips Baru Dan Mudah Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview

Mungkin anda mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di hadapan penemuduga. Tetapi anda perlu mempunyai cara yang unik serta lain daripada orang lain agar menarik minat penemuduga untuk mendengar jawapan anda.

Malahan, anda perlu memperkenalkan diri dengan cara yang teratur agar jawapan yang diberikan tidak berulang-ulang atau ada yang tertinggal ketika menjawabnya.

5 Tips Mudah Memperkenalkan Diri

Untuk memperkenalkan diri anda dihadapan penemuduga, anda boleh ikuti 5 tips yang dikongsikan ini seperti :

1. Nyatakan Nama, Umur, Status Diri

Untuk pertama sekali, sebutkan nama penuh anda serta nama panggilan, umur dan status diri anda. Status ini ialah sama ada anda masih bujang atau sudah berkahwin.

2. Latar Belakang Pendidikan

Pada bahagian ini, ceritakan dimana anda belajar. Tetapi ingat, jangan pula anda ceritakan tempat anda sambung belajar dari zaman tadika pula. Ringkaskan dengan pendidikan menengah dan pendidikan terakhir anda. Sebutkan nama institusi, tahun bergraduan dan jenis kelulusan.

3. Pengalaman Kerja

Mengapa perlu ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja anda? Ini kerana jawapan anda berkaitan pengalaman kerja ini terdapat 3 faktor utama untuk menarik perhatian majikan seperti :

  • Majikan dapat menyemak kelayakan anda sepadan dengan kehendak mereka.
  • Adakah anda mempunyai pengalaman yang dikehendaki majikan?
  • Adakah kemahiran dan pengalaman anda sesuai dengan kehendak majikan?

Jadi, pastikan pengalaman anda sepadan dengan jawatan yang dipohon agar ia memenuhi kehendak majikan kerana mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

4. Pencapaian Yang Diperoleh

Jika anda pernah terlibat dengan projek yang diberikan oleh majikan sebelum ini walaupun tugasan yang anda lakukan adalah sekecil-kecil tugas, sila ceritakan serba ringkas kepada penemuduga.

Tidak pernah terlibat dengan sebarang projek besar dalam syarikat? Jika tiada, ceritakan tugasan harian yang paling penting dan paling utama anda lakukan sehingga membantu kelancaran syarikat.

5. Kesesuaian Dengan Jawatan Yang Dipohon

Pada bahagian ini, cakap dengan yakin bahawa anda adalah seorang yang boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan anda. Tetapi tidak perlu over confident dan melebih-lebih sehingga merosakkan pandangan penemuduga kepada anda.

Cara Untuk Mudah Menjawab Soalan Temuduga

Untuk memudahkan anda menajwab soalan-soalan penemuduga, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Sentiasa membuat latihan menyoal dan menjawab soalan-soalan yang kemungkinan akan ditanya ketika temuduga nanti. Ingin tahu contoh-contoh soalan temuduga? Klik sini dan buat latihan untuk membina keyakinan diri anda.
  • Ketika menjawab soalan ini, cuba ringkaskan dan padatkan jawapan anda sebaik mungkin. Seeloknya jawab soalan ini tidak melebihi 10 minit. Anda juga boleh rujuk sini untuk ketahui cara memperkenalkan diri.
Categories
Temuduga

Contoh Soalan Dan Tips Lulus Temuduga Pegawai Penerbitan Gred N41

Temuduga Pegawai Penerbitan Gred N41

Tahniah kerana berjaya untuk temuduga bagi jawatan Pegawai Penerbitan N41. Jangan lupa untuk membuat persiapan dengan sebaiknya sebelum hadir temuduga anda nanti.

Sebelum dikongsikan tips untuk menghadapi temuduga serta contoh soalan untuk latihan anda nanti, mari kita lihat secara ringkas mengenai jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41 ini.

Info Ringkas Jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41

Untuk jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41, anda akan berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional serta akan diletakkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan.

Gaji Yang Ditawarkan

  • Gaji Minimum :  RM2,080.00
  • Gaji Maksimum : RM9,546.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.

Ingin Lulus Temuduga?

Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga :

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Apakah kelayakan akademik anda?
  3. Mengapa anda memohon pekerjaan sebagai Pegawai Penerbitan Gred N41?
  4. Apakah tugas sebagai seorang Pegawai Penerbitan Gred N41?
  5. Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam perkhidmatan awam berbanding sektor swasta?
  6. Apakah sistem dokumentasi yang anda tahu dan sesuai untuk dipraktikkan dalam bidang tugas anda?
  7. Siapakah Perdana Menteri dan Timbalannya?
  8. Apakah isu semasa yang berlaku dalam negara?
  9. Adakah anda bersedia untuk dihantar berkhidmat ke tempat lain yang jauh dari keluarga anda?
  10. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian / Jabatan anda?
  11. Apakah misi dan visi Kementerian / Jabatan anda?

 

Categories
Temuduga

“Mengapa Anda Dipecat?” Kami Kongsikan Tips Untuk Anda Jawab Dengan Tepat, Ringkas Dan Terbaik

Mengapa Anda Dipecat?

Apakah cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini sekiranya anda ditanya oleh penemuduga?Walaupun soalan ini jarang ditanya tetapi kemungkinan besar penemuduga akan bertanyakan soalan ini kepada anda untuk melihat bagaimana anda menjadi seorang yang kreatif ketika menghadapi masalah.

Cara Menjawab Soalan “Mengapa Anda Dipecat?”

Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini adalah :

  • Berikan jawapan yang ringkas dan tepat. Nyatakan alasan yang positif kepada penemuduga anda.
  • Cuba alihkan perbualan anda dan penemuduga dengan topik yang lain.
  • Bersikap jujur ketika menyatakan alasan.

Tips Menjawab Dengan Baik

Bersedia Dengan Jawapan

Bincangkan topik ini dengan selesa dan yakin dengan penemuduga anda. Berlatih dan bersedia dengan soalan dan jawapan walaupun anda tidak mengetahui sama ada penemuduga akan bertanya atau tidak soalan ini kepada anda. Mungkin melalui jawapan anda, majikan beranggapan syarikat dahulu telah membuat kesilapan kerana melepaskan pekerja mereka yang terbaik.

Jujur Dan Ringkas

Jujur ketika memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tetapi pastikan jawapan yang anda berikan ringkas dan jangan memberikan terlalu banyak maklumat. Tukar kepada topik yang lain dengan membincangkan bagaimana kemahiran yang ada untuk menyelesaikan masalah syarikat.

Tekankan Nilai Positif Anda

Ketika menjawab soalan ini, anda boleh menekankan kepada kemahiran dan kebolehan anda dan kaitkan dengan kelayakan anda. Kaitkan dengan pekerjaan yang anda pohon. Tunjukkan bahawa anda sesuai dengan pekerjaan tersebut.

Ini bukan masanya untuk anda melepaskan rasa marah anda kepada rakan sekerja atau bekas majikan anda. Elakkan daripada bercerita perkara negatif yang telah berlaku semasa anda bekerja di tempat lama dahulu.

Elakkan Kata ‘Dipecat’

Gunakan istilah yang menunjukkan perkara positif ketika anda menjawab soalan ini. Anda boleh menukar perkataan daripada ‘dipecat’ kepada seperti ‘lepaskan’, ‘tukar’ atau perkataan lain yang sesuai.

Walaupun agak rumit untuk menjawab soalan ini, anda boleh jadikannya mudah dengan membuat persediaan jawapan yang sesuai dan positif. Pastikan anda ikut tips yang diberikan dan jawab dengan penuh keyakinan.

Untuk soalan-soalan temuduga mencabar yang seterusnya, anda boleh dapatkan beberapa contoh serta jawapan seperti yang dikongsikan disini.

Jangan lupa, buat latihan dan sentiasa bersedia dengan jawapan yang mampu menarik minat penemuduga untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

Categories
Resume

Perkataan-perkataan Yang Wajib Digunakan Dalam Resume & Cover Letter

Penyusunan dan penggunaan ayat serta perkataan dalam resume dan Cover Letter sangatlah penting dalam usaha menarik perhatian penemuduga. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu menyusun ayat seperti mengarang esei. Ingat! Resume dan Cover letter hendaklah ringkas dan mudah difahami pembaca.

Pemilihan perkataan merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam menghasilkan resume serta Cover Letter yang baik. Anda perlulah bijak dalam menggunakan perkataan-perkataan yang menarik dan sesuai.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 Perkataan Terbaik Yang Wajib Digunakan Dalam Resume Dan Cover Letter anda. Berikut merupakan 10 perkataan tersebut.

  • Positif
  • Fokus
  • Mengukuhkan
  • Mengurus
  • Meningkatkan
  • Kreativiti
  • Menyesuaikan
  • Tertib
  • Berdaya Saing
  • Bertanggungjawab

POSITIF

Positif membawa maksud melihat atau memikirkan sesuatu dengan kaca mata yang sentiasa baik. Seseorang yang positif akan sentiasa mencari hikmah ataupun kebaikan dalam sesuatu perkara walaupun ditimpa masalah.

FOKUS

Fokus adalah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, memberi fokus yang penuh kepada kerja dengan cara komited terhadap kerja tersebut.

MENGUKUHKAN

Mengukuhkan pula bermaksud memperkemaskan atau memperhebatkan. Perkataan ini berkaitan dengan diri conthnya seperti ayat ini. Saya akan mengukuhkan semnagat setiakawan dengan rakan sejawatan yang lain dalam berkhidmat untuk syarikat ini.

MENGURUS

Mengurus pula membawa erti melaksanakan sesuatu perkara dengan baik. Contoh ayatnya adalah dalam bahagian pengalaman dalam resume anda. Contoh: Menguruskan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri VIP.

MENINGKATKAN

Maksud meningkatkan adalah menambah atau menaik. Contoh ayat adalah seperti berikut. Kegigihan dalam bekerja sangat perlu dalam meningkatkan hasil kerja.

KREATIVITI

Perkataan kreativiti sangat sinonim dengan kita sebenarnya. Malah, majikan hari ini juga lebih gemar memilih pekerja yang kreatif untuk bekerja.

Kreatif membawa maksud keupayaan seseorang dalam menghasilkan sesuatu yang menarik. Contoh penggunaan perkataan ini dalam resume adalah seperti berikut. Mempunyai kreativiti dalam mengendalikan ICT.

MENYESUAIKAN

Kita sering mendengar ayat seperti ini. “Anda perlu menyesuaikan diri di tempat kerja baru.” Namun, apakah maksudnya menyesuaikan itu.

Menyesuaikan adalah membiasakan diri dengan sesuatu contohnya jika anda tidak pernah ada pengalaman kerja sebagai operator pengeluaran tetapi anda telah ditawarkan jawatan tersebut dan anda menerimanya. Anda perlulah menyesuaikan diri dengan jawatan itu.

TERTIB

Tertib adalah kemas atau teratur atau tersusun. Tertib ini selalunya merujuk kepada susunan ataupun penampilan. Anda bolehlah menggunakan perkataan ini dalam resume pada bahagian pengalaman.

BERDAYA SAING

Maksud perkataan ini adalah mempunyai keupayaan dalam bersaing secara sihat. Perkataan berdaya saing biasanya merujuk kepada sikap. Contoh ayatnya adalah seperti berikut. Sikap berdaya saing penting dalam memastikan pekerja di sesebuah syarikat berkualiti dan mampu memajukan syarikat.

BERTANGGUNGJAWAB

Maksudnya adalah berupaya menjalankan sesuatu amanah yang diberi dengan baik dan penuh dedikasi. Sikap bertanggunjawab juga sangat diminati oleh semua majikan. Jadi, gunakanlah perkataan bertanggungjawab ini dalam resume anda untuk menarik perhatian majikan.

Itulah 10 perkataan terbaik yang mampu menawan hati penemuduga yang membaca resume serta Cover Letter anda. jadi, anda jangan lupa pula untuk meletakkan perkataan-perkataan ini dalam resume serta Cover Letter anda. Selamat menulis resume dan Cover Letter!

Categories
Resume

Apa Itu Resume Moden? Ini Contoh Untuk Panduan Anda

Resume yang baik bukan sahaja mesti ringkas dan padat tetapi juga perlulah menarik. Hal ini kerana resume yang menarik akan dapat membantu dalam menarik perhatian penemuduga. Tentu sahaja sesiapa pun akan suka sekiranya resume anda menarik dan menepati trend design terkini.

Malangnya, kebanyakan daripada graduan hari ini mengambil jalan mudah dengan hanya menyediakan resume yang designnya tidak ‘up to date’. Sedangkan teknologi juga sudah berkembang dan berubah, begitu juga dengan resume. Bentuk dan gaya penulisan resume mestilah moden dan bukannya kuno.

Kebanyakan majikan menyukai resume moden kerana resume ini bukan sahaja menarik tetapi juga maklumat yang ingin disampaikan dalam resume tersebut mudah untuk difahami.

APAKAH ITU RESUME MODEN?

Dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami, kita boleh gelarkan resume jenis ini sebagai resume masa kini. Kesemua ciri-ciri yang ada pada resume ini mestilah sesuai dengan trend terkini termasuklah designnya, gaya penulisannya, warnanya dan lain-lain lagi.

Namun begitu, ini tidaklah bermaksud design resume itu perlu complicated seperti resume fancy. Bukan begitu! Design simple juga boleh digunakan asalkan design tersebut popular pada masa kini bukannya popular pada zaman 90an yang lalu.

Begitu juga dengan warna. Tidak bermaksud anda perlu gabungkan warna sehingga resume itu menjadi warna-warni seperti resume untuk memohon kerja dalam bidang Seni Visual. Kombinasi dua warna sudah mencukupi asalkan ianya kelihatan moden dan kontemporari.

Ramai graduan hari ini yang menghasilkan resume menggunakan cara lama iaitu tiada design langsung. Cukup sekadar sekeping kertas kosong yang tertera maklumat diri anda di dalamnya menggunakan teks seratus peratus. Cuba modenkan cara anda menyampaikan maklumat itu. Anda boleh gunakan grafik sebagai wakil kepada teks untuk memastikan penemuduga tidak jemu.

Resume design kuno yang anda bawa ini semestinya bakal menjejaskan peluang anda. Penemuduga bukan sahaja bosan melihatnya malah berkemungkinan mood beliau juga akan terjejas.

Jadi, adalah menjadi kewajiban buat anda untuk menyediakan resume dalam bentuk dan design yang moden. Tidak tahu bagaimana? Jangan risau! Kami telah sediakan contoh template resume moden di bawah.

BILAKAH RESUME MODEN SESUAI DIGUNAKAN?

Resume moden sesuai digunakan pada setiap situasi tidak kiralah untuk tujuan apa anda membuat resume itu sama ada untuk mencari kerja, memohon biasiswa, memohon untuk menyambung pengajian dan lain-lain lagi.

Dalam erti kata lain, ketika anda menulis resume untuk tujuan apa pun pastikan bentuk serta gaya resume anda itu dalam bentuk moden. Anda boleh rujuk contoh template yang telah kami sediakan di bawah untuk mengetahui bagaimana designnya, bagaimana gaya penulisannya dan lain-lain.

CONTOH TEMPLATE RESUME MODEN

Berikut disediakan 3 contoh template resume moden yang disediakan. Anda perlulah menelitit setiap daripada resume ini sebelum mula menulis resume.

1.) Contoh Template Resume Moden 1

Berikut merupakan contoh template resume moden yang pertama

2.) Contoh Template Resume Moden 2

Berikut merupakan contoh template resume moden yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Moden 3

Berikut merupakan contoh template resume moden yang ketiga.

Anda bolehlah teliti setiap daripada contoh resume moden yang kami kongsikan untuk dijadikan panduan. Selamat menulis resume!

Categories
Resume

Jangan Gunakan 10 Jenis Font Ini Untuk Menulis Resume Anda

Memang tidak dapat dinafikan bahawa graduan pada hari ini sememangnya kreatif dan kaya dengan idea yang menarik. Jadi, tidak hairanlah jika resume yang disediakan oleh graduan pada hari ini sangat cantik dihiasi dengan hiasan-hiasan grafik. Resume yang cantik ini memanglah ada kelebihannya iaitu untuk menarik perhatian penemuduga tetapi anda harus tahu bahawa hiasan mestilah tidak terlalu fancy sehingga menjadikan resume tersebut tidak lagi formal dan mengganggu penemuduga untuk membacanya. Salah satu aspek yang perlu anda ambil berat dalam penghasilan resume adalah font atau jenis tulisan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 jenis font yang anda dilarang sama sekali untuk gunakan dalam membuat resume. Berikut merupakan 10 jenis font tulisan yang anda tidak boleh guna untuk menulis resume.

COURIER NEW

Font jenis ini selalunya digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah dalam membuat karangan. Tulisannya sangat besar serta jelas dan juga akan memakan ruang yang sangat banyak. Jadi, hanya sedikit maklumat dapat dimuatkan dalam satu mukasurat. Oleh sebab itulah, anda tidak boleh menggunakan font ini untuk menulis resume.

LUCINDA CONSOLE

Font ini pula kelihatan seperti boleh diterima tetapi sangat memakan ruang yang besar dan banyak. Jadi, bukan sahaja banyak mukasurat diperlukan malah penemuduga juga sukar untuk mendapatkan mesej yang ingin anda sampaikan.

COMIC SANS

Jika anda perhatikan betul-betul pada jenis font ini, anda akan dapati font Comic Sans sebenarnya adalah berbentuk kasual dan tidak sesuai sama sekali untuk digunakan bagi tujuan formal. Tulisan bagi font jenis ini berbentuk senget dan bentuknya kelihatan seperti bulat-bulat. Jadi, font ini sangatlah tidak sesuai. Ingat! Ini adalah resume dan bukannya komik santai.

BRADLEY HAND ITC

Font Bradley Hand ITC pula sebenarnya merupakan satu jenis font yang sesuai digunakan untuk tujuan board games. Hanya gamers yang ramai menggunakan font ini. Jika anda perasan, bentuk tulisannya juga seperti tulisan permainan scrabble.

BRUSH SCRIPT

Font jenis Brush Script adalah untuk tujuan penulisan skrip seperti skrip drama dan sebagainya. Anda sekarang sedang menulis resume dan bukannya proposal skrip. Jadi, hindarilah daripada menggunakan font jenis ini.

CHALKDUSTER

Walaupun zaman telah berkembang moden dengan perkembangan ICT yang pesat namun, konsep tulisan kapur pada papan hitam masih lagi diiktiraf melalui font ini. Jadi, font Chalkduster tidaklah sesuai untuk penulisan resume.

APPLE CHANCERY

Sungguhpun font ini cantik kerana bentuknya kelihatan seperti tulisan berangkai ataupun “cursive writing” namun anda dilarang sama sekali untuk gunakannya untuk menulis resume. Mengapa? Anda mungkin menyangka font yang cantik akan menarik minat penemuduga. Salah sama sekali. Penemuduga hanya mahu melihat font yang formal dan selaras. Font yang cantik ini sama sekali tidak dilihat oleh penemuduga sekaligus beliau turut akan melabel anda sebagai tidak tahu tulisan formal.

MAYALAM MN

Font jenis ini mempunyai tulisan yang berbentuk terlalu narrow dan sebenarnya sangat sukar untuk dibaca. Walaupun bentuknya itu stylish dan sesuai dengan gaya moden sekarang, namun anda harus ingat dalam penghasilan resume, itu tidak penting. Jadi, jangan gunakan font ini.

HARRINGTON

Sekali pandang pun anda sudah tahu bahawa font jenis Harrington tidak sesuai untuk penulisan resume. Bentuknya yang comel ini lebih sesuai digunakan dalam penghasilan tulisan buku cerita kanak-kanak sahaja tetapi tidak untuk penghasilan resume.

BRAGGADOCIO

Font ini kelihatan unik dan sangat sesuai digunakan dalam penghasilan poster. Tulisannya yang besar dan jelas itu memudahkan orang lain untuk membacanya. Namun, dalam menulis resume, janganlah gunakan font ini. Bayangkan dengan tulisan sebesar itu, berapa mukasurat yang anda perlukan untuk resume anda. Oleh sebab itulah font ini tidak sesuai digunakan. Meskipun kelihatan remeh, namun pemilihan font adalah sangat penting dalam membuat resume. Jangan sesekali menggunakan kesemua 10 font yang disenaraikan di atas. Gunakanlah font yang selaras. Contoh font yang selaras adalah seperti Times New Roman dan juga Arial. Selamat menulis resume!
Categories
Resume

Nyatakan Satu Perkara Tentang Anda Yang Tiada Dalam Resume

Sekiranya penemuduga meminta anda untuk “Sebutkan satu perkara tentang anda yang tiada dalam resume,” apa yang perlu anda jawab?

Untuk menjawab soalan begini anda perlu memastikan anda telah membaca resume dengan teliti terlebih dahulu. Maknanya anda perlulah tahu tentang resume anda melebihi penemuduga. Barulah anda dapat memastikan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada penemuduga.

Bagaimana untuk menjawab soalan ini dengan yakin? Ikuti perkongsian dibawah untuk memudahkan anda menjawab soalan yang diajukan.

Rancang Jawapan Anda

Berikut adalah beberapa langkah yang harus diambil untuk menjawab soalan tersebut :

  • Semak resume anda
  • Pilih maklumat yang berpotensi tinggi
  • Kenal pasti faedahnya
  • Kaitkan maklumat dengan jawatan atau syarikat

1. Semak resume anda

Mungkin ada maklumat yang tidak dimasukkan ke dalam resume anda yang menunjukkan aspek penting berkaitan latar belakang profesional anda. Maklumat tersebut adalah :

  • Pengalaman 

Resume anda menunjukkan pengalaman yang paling sesuai dengan jawatan yang dipohon. Ketika temuduga anda boleh menyebut pekerjaan sambilan, sukarelawan atau menceritakan pelbagai pengalaman anda yang tidak diceritakan di dalam resume.

  • Kemahiran

Huraikan kemahiran anda dengan lebih terperinci dan anda boleh menceritakan kemahiran lain yang anda tidak letak di dalam resume.

  • Sijil Ikhitisas / Profesional

Anda mungkin mempunyai sijil teknikal, kemahiran pengurusan atau kelayakan profesional yang lain. Walaupun anda mungkin telah menyebutkannya dalam resume, anda dapat menjelaskan mengapa anda mendapatkan sijil tersebut dan bagaimana anda merancang untuk menggunakannya dalam jawatan baru.

  • Penghargaan atau pencapaian

Ceritakan penghargaan dan pencapaian yang telah anda perolehi kepada penemuduga. Ceritakan juga bagaimana anda mendapat penghargaan tersebut dan bagaimana anda mengatasi halangan untuk mencapai matlamat anda.

  • Aktiviti luar

Mempunyai hobi di luar tempat kerja dapat membantu anda mengembangkan kemahiran dan memberi anda masa untuk mengejar minat yang lain. Semasa temuduga, anda boleh membincangkan bagaimana elemen-elemen ini menjadikan anda seorang profesional yang cekap dan tekun dalam pekerjaan.

  • Minat 

Terangkan bagaimana anda meminati perkara tertentu, kerja amal atau minat lain di luar waktu kerja untuk memperluaskan perspektif penemuduga mengenai kelayakan anda.

2. Pilih maklumat yang berpotensi tinggi

Semasa menyemak resume anda, pilih maklumat yang membezakan anda dari pemohon lain dan tunjukkan kemampuan anda untuk cemerlang dalam jawatan tersebut. Walaupun kelayakan dan kepakaran anda dapat menjadikan anda adalah pilihan yang baik untuk jawatan tersebut tetapi pengalaman dan perspektif unik yang ada pada anda merupakan kelebihan buat anda.

3. Kenal pasti faedahnya

Sebelum anda memberi jawapan, kenal pasti faedahnya berdasarkan :

  • Kemahiran

Pilih kemahiran yang tiada dalam resume anda yang memberikan manfaat jika digunakan di tempat kerja baru.

  • Kelayakan 

Sekiranya maklumat tersebut membantu menentukan gaya kepemimpinan anda, etika kerja atau ciri  profesional yang lain, pertimbangkan untuk membincangkannya semasa temuduga.

  • Nilai atau hasrat

Nyatakan nilai atau hasrat sekiranya anda mendapat jawatan tersebut. Pastikan ianya merangkumi perkembangan kerjaya anda, matlamat kerjaya serta kehidupan yang seimbang untuk anda menghadapi cabaran baru.

4. Kaitkan maklumat dengan jawatan atau syarikat

Kaitkan maklumat anda dengan jawatan atau misi syarikat untuk dibincangkan. Pastikan anda mempunyai maklumat syarikat supaya jawapan yang diberikan mempunyai hubungkait dengan matlamat syarikat.

Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan bahawa anda layak untuk memenuhi kehendak syarikat dengan maklumat yang diberikan.

Tips Menjawab

Gunakan tips berikut ketika memberikan jawapan :

  • Yakin ketika memberikan jawapan. Jawab soalan ini dengan jelas dan bersahaja menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda mempercayai kelayakan anda, yang boleh menjadikan anda layak sebagai pekerja.
  • Ringkas.Ceritakan dengan ringkas jawapan anda dan pastikan penemuduga memahami jawapan yang anda sampaikan.
  • Gunakan kaedah Situation, Task, Action, Result (STAR) untuk menceritakan faedah maklumat yang anda nyatakan.
  • Terangkan mengapa anda tidak memasukkan maklumat tersebut di dalam resume anda. Nyatakan bahawa ianya tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh yang sesuai untuk anda memberikan jawapan jika ditanya dengan soalan tersebut.

Contoh 1: Pengalaman yang tidak berkaitan

“Satu pengalaman yang tidak dimasukkan ke dalam resume saya adalah sebagai pemandu pelancong kampus. Saya mengetuai lawatan berkumpulan calon pelajar dan keluarga mereka di sekitar sekolah dan membincangkan pengalaman saya sebagai pelajar. Saya tahu apa yang mereka lalui kerana saya berada di tempat mereka tiga tahun sebelum itu. Saya menjadi pakar di kolej saya untuk membantu golongan muda merasa lebih yakin dengan pendidikan masa depan mereka.

Oleh kerana saya memohon jawatan sebagai copywriter, saya memilih untuk fokuskan resume saya berkaitan dengan pengalaman seperti menulis dan menyunting. Namun, tugas saya sebagai pemandu pelancong meningkatkan kemampuan saya untuk berhubungan dengan orang lain serta mempunyai keperluan dengan pelanggan dan penting untuk jawatan ini. ”

Contoh 2: Hobi 

“Saya menyertai kumpulan larian yang bertemu setiap hujung minggu untuk larian jarak jauh. Semasa mula-mula pindah ke sini, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan mengedar risalah di gim, tetapi sekarang saya bertugas dibahagian media sosial dan menguruskan aturcara acara kumpulan tersebut. Ia bermula dengan hanya beberapa orang, tetapi sekarang ini terdapat 30 ahli yang ingin menjadi lebih aktif dan sihat. Saya menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi media sosial dan semangat keusahawanan untuk membantu orang lain. Saya faham bahawa kemahiran ini sangat sesuai untuk jawatan sebagai penyelaras media sosial. ”

Contoh 3: Kemahiran utama

“Saya memilih untuk tidak memasukkan kemahiran pengekodan pada resume saya kerana pekerjaan ini nampaknya lebih tertumpu pada reka bentuk grafik dan penjenamaan produk. Namun, saya mempunyai pengalaman dengan HTML, CSS dan JavaScript dan saya berminat untuk menggunakan kemahiran ini pada pelbagai projek pembangunan web yang dapat saya tetapkan. ”

Diharap anda memanfaatkan perkongsian ini agar anda lebih yakin untuk menjawab soalan, “Sebutkan satu perkara tentang anda yang tiada dalam resume.” Pastinya anda berjaya menjawab dengan mudah sekiranya anda merancang jawapan yang sesuai. Semoga berjaya.