Portal Jawatan Kosong Terkini

4 Jenis Hobi Yang Boleh Anda Letakkan Dalam Resume Bagi Menarik Perhatian Penemuduga

0 4,713
Sesuai dengan namanya, resume sememangnya perlu dalam keadaan yang ringkas tetapi padat. Resume merupakan senjata untuk menawan hati penemuduga. Jadi, jika resume anda panjang dan melalut, sudah pasti penemuduga akan berasa bosan untuk membacanya. Hal ini sekaligus bakal menyebabkan penemuduga tidak tertarik dengan anda. Ingat! Penemuduga hanya mengambil masa beberapa minit untuk memerhati sejenak resume anda. Jadi, pastikan resume anda ringkas supaya penemuduga dapat melihat maklumat yang ditulis tentang diri anda dalam sekali pandang. Bahagian yang perlu anda ringkaskan adalah bahagian butiran peribadi. Tidak perlu letakkan pelbagai maklumat dalam bahagian butiran peribadi contohnya seperti hobi. Namun, harus diingat bahawa terdapat sesetengah majikan yang berminat mengetahui tentang hobi anda terutama sekali jika kerja yang anda mohon itu melibatkan kreativiti. Jadi, anda bolehlah letakkan hobi di dalam resume tetapi ingat, hanya beberapa hobi sahaja yang sesuai diletakkan dalam resume anda tersebut. Hobi-hobi mestilah berkaitan dengan kerjaya anda. Dalam artikel ini akan dikongsikan 4 senarai hobi yang boleh anda letakkan dalam resume bagi menarik perhatian penemuduga. Berikut merupakan senarai hobi tersebut.

YOGA

Salah satu kelebihan mengamalkan senaman yoga adalah menunjukkan keupayaan seseorang itu untuk sentiasa tenang dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Jadi, jika pekerjaan yang anda mohon itu merupakan pekerjaan yang sibuk dan memerlukan ketahanan fizikal serta mental yang tinggi, letakkanlah hobi senaman yoga dalam bahagian butiran peribadi anda. Penemuduga akan berasa tertarik kerana beliau akan melabel anda sebagai seorang yang bijak mengawal tekanan. Contoh pekerjaan yang sesuai untuk diletakkan hobi yoga dalam resume adalah pekerja di agensi perhubungan awam.

VIDEO PRODUCTION

Bagi anda yang mempunyai hobi membikin video, pekerjaan yang sesuai adalah bekerja di syarikat produksi dan event planning. Penyiaran secara langsung ataupun live streaming merupakan sesuatu yang pasti akan dilakukan dalam sesebuah majlis. Jadi, buat anda yang memohon pekerjaan jenis ini, letakkanlah hobi membikin video dalam resume anda.

SUKAN KETAHANAN (ENDURANCE SPORTS)

Contoh sukan ketahanan adalah seperti larian marathon, berbasikal jarak jauh dan lain-lain. Hobi-hobi seperti ini menunjukkan anda seorang yang memiliki ketabahan serta dedikasi yang tinggi. Hobi jenis ini sangat membantu dalam pekerjaan pembangunan perniagaan, pengurusan akaun dan juga peranan jualan. Hobi ini juga akan membantu dalam proses penilaian pemilihan pekerja dalam kesemua bidang yang disenaraikan ini.

BLOGGING

Blogging merupakan satu hobi yang sesuai untuk anda yang memohon pekerjaan dalam bidang pemasaran, penulisan, komunikasi dan lain-lain. Namun, anda haruslah memastikan isi dalam blog anda itu berkualiti dan bukannya picisan. Pastikan juga penulisan anda dalam blog tersebut tidak ada kesalahan. Walaupun hobi dilihat sebagai sesuatu maklumat yang kurang penting untuk diletakkan dalam resume namun ingatlah, hobi yang sesuai sebenarnya dapat membantu anda dalam penilaian pemilihan oleh penemuduga.
Daftar Pencari Kerja
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Jawatan Kosong Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.