Categories
Kerjaya

Jawatan Kerajaan (SPA)Yang Boleh Dimohnon Kelulusan PMR / PT3 / SRP

Bekerja dalam sektor awam sememangnya impian setiap orang kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil dengan pelbagai faedah yang menarik.

Bagi lepasan PMR/PT3/SRP ataupun calon yang memiliki kelayakan setakat PMR/PT3/SRP sebenarnya banyak jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang boleh anda mohon dengan menggunakan sijil tersebut. Sama sahaja seperti permohonan lain, permohonan jawatan bagi lepasan PMR/PT3/SRP juga dilakukan secara online di sistem SPA9.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai jawatan yang boleh dimohon oleh lepasan PMR/PT3/SRP.

SENARAI JAWATAN BUAT LEPASAN PMR/PT3/SRP

  • Bentara Parlimen Gred N11
  • Operator Lokji Gred H11
  • Pemandu Kenderaan Gred H11
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pembantu Hidupan Liar Gred G11
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
  • Pengawal Keselamatan Gred KP11
  • Pengawas Hutan Gred G11
  • Penghantar Gred N11

Anda boleh semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan DI SINI.

SYARAT LANTIKAN

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu:

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Calon yang memiliki keputusan PMR seperti berikut adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PMR/SRP iaitu:

  • Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
  • Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Calon yang memiliki kelayakan PT3 seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR iaitu:

  • Memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;dan
  • Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang – kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam, anda boleh buat permohonan melalui sistem SPA9. Sudah mendaftar ke belum?

  • Jika belum: Daftar akaun baru SPA9
  • Jika sudah: Dapatkan ID baru untuk log masuk SPA9

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Adakah Perlu Bawa Diploma Untuk Temuduga Kelulusan SPM?

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa permohonan jawatan dalam sistem SPA9 adalah berdasarkan prinsip “One Step Lower“. Prinsip ini membawa maksud bahawa setiap pemohon boleh memohon jawatan menggunakan kelulusan tertinggi dan kelulusan yang rendah satu tangga sahaja dari yang sekarang.

Contohnya sekiranya anda mempunyai kelulusan Diploma, anda boleh mohon jawatan menggunakan Diploma dan SPM sahaja. Anda tidak boleh menggunakan sijil PMR/PT3.

Namun, perlukah anda bawa sijil Diploma untuk temuduga jawatan kelulusan SPM sahaja?

LULUSAN DIPLOMA, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN SPM

Soalan: 
Saya merupakan pemegang Diploma. Perlukah saya membawa Diploma dan transkrip semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?

Jawapan:

Ya, calon perlu membawa Diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja.

LULUSAN IJAZAH, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN DIPLOMA

Soalan:
Saya merupakan pemegang Ijazah. Perlukah saya membawa Ijazah, transkrip dan sijil SPM semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan Diploma sahaja?

Jawapan:

Ya, calon perlu bawa Ijazah, transkrip dan sijil SPM ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut adalah mensyaratkan kelulusan Diploma sahaja.

Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA

LULUSAN SPM, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN PMR/PT3

Soalan:
Saya merupakan pemegang sijil SPM. Perlukah saya membawa sijil SPM semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan PMR sahaja?

Jawapan:

Ya, anda wajib bawa sijil kelulusan SPM walaupun anda menghadiri temuduga jawatan dengan kelulusan PMR/PT3 sahaja.

Baca juga: Senarai Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Bawa Ketika Temu Duga

Berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut. Jadi tidak kira serendah mana pun jenis jawatan yang memanggil anda untuk temuduga, anda tetap perlu membawa semua kelayakan akademik yang anda ada.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Bila Calon Akan Dipanggil Untuk Temuduga Selepas Mohon Jawatan Dalam SPA9?

Bekerja dalam Perkhidmatan Awam sememangnya impian setiap orang. Namun nak dapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengikuti ujian dan temuduga bukan satu perkara yang mudah dan bukan semua orang berpeluang untuk mendapat tawaran ini.

Persoalan yang sering ditanya oleh calon adalah berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temuduga selepas proses pendaftaran jawatan di sistem SPA9?

Maklumlah, setiap calon pasti sentiasa tertunggu-tunggu keputusan panggilan. Dapatkan jawapannya di perkongsian bawah.

MASA DIAMBIL UNTUK PANGGILAN TEMUDUGA SELEPAS MOHON JAWATAN

Untuk makluman anda,

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan

Hanya pemohon yang melepasi tapisan semasa sahaja akan dipanggil oleh SPA bagi menghadiri ujian/ temuduga berdasarkan jawatan yang dipohon.

Secara ringkasnya, calon hanya akan dipanggil temuduga jika terdapat kekosongan jawatan sahaja pada masa-masa tertentu dan memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon.

DAH LAMA MENDAFTAR, TETAPI TIDAK DIPANGGIL TEMUDUGA?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temuduga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti:

  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA

Semua permohonan yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temuduga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.

Namun, calon perlu pastikan permohonan jawatan adalah tidak melepasi tarikh luput iaitu setahun daripada tarikh permohonan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

7 Rahsia Untuk Mudah Dapat Kerja Sebelum Konvo

Sekarang ini semua dah tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu pekerjaan tidak kira dalam sektor swasta atau kerajaan. Tambahan lagi lepasan graduan kini semakin meningkat. Tahu tak sebenarnya anda boleh dapat tawaran kerja sebelum convo!

Nampak macam mustahil, tapi jika anda tahu rahsia-rahsia yang akan dikongsikan ini dan amalkan pasti anda berjaya dapat tawaran kerja. Selepas convo, terus masuk kerja!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 8 rahsia mudah dapat tawaran kerja sebelum convo.

7 RAHSIA DAPAT TAWARAN KERJA SEBELUM CONVO

Buat Kerja Part Time

Semasa berada di tahun akhir pasti pelajar akan mempunyai banyak masa yang lapang. Tidak kira pada tahun akhir atau pada cuti-cuti sem yang ada, cuba ada isikan masa dengan membuat kerja part time atau freelance yang berkaitan dengan bidang pengajian anda.

Contohnya anda boleh buat kerja freelance sebagai seorang pereka grafik, web designer, pelukis draf dan pelbagai pekerjaan yang sesuai. Gunakan bakat dan ilmu yang anda ada untuk bina portfolio kerja. Portfolio anda boleh digunakan untuk dipersembahkan semasa permohonan kerja nanti.

Bina Hubungan Baik Dengan Majikan Semasa Internship

Jangan jadikan latihan industri atau internship sebagai tugasan untuk lulus pengajian semata-mata. Semasa internship, bina hubungan baik dengan majikan sepanjang tempoh latihan. Bukan hanya hubungan, pastikan juga anda buat kerja sebaiknya walaupun ia sekadar latihan industri.

Tidak mustahil anda akan diambil kerja terus selepas tamat pengajian jika majikan semasa internship dah suka dengan anda.

Belajar Skil-skil Baru

Pada masa kini kebanyakan majikan akan cari pekerja yang berdikari dan boleh melakukan pelbagai kerja. Mereka tidak ada masa sebenarnya nak ambil fresh graduate bekerja dan ajar satu demi satu. Apa yang boleh anda lakukan mulai dari sekarang adalah cuba belajar pelbagai kemahiran jika ada masa terutama pada cuti sem.

Mahirkan diri anda dengan skil-skil yang sememangnya diperlukan majikan pada masa kini. Apa yang paling utama anda perlu asah bermula sekarang adalah soft skills anda.

Job Hunting Seawal Mungkin

Job hunting atau pencarian kerja ini boleh bermula selepas anda habis final exam semester akhir. Kalau boleh seawal mungkin. Contohnya anda habis exam bulan 6, bulan 3 dan boleh mohon kerja. Mohon sahaja sebanyak yang boleh tidak kira secara walk in atau menerusi email. Untuk contoh email memohon kerja yang mantap anda boleh lihat DI SINI.

Baca juga: Jam 6 Pagi Merupakan Waktu Paling Sesuai Untuk Anda Email Mohon Kerja. Ini Sebabnya

Sertai Career Fair

Sebenarnya ramai yang tak minat untuk ke career fair dan lebih memilih mohon kerja secara online. Tetapi ramai tak tahu sebenarnya career fair banyak sangat membantu. Career fair bukan sahaja untuk graduan yang telah tamat belajar, yang sudah tahun akhir pun boleh! Jika anda ke career fair, anda berpeluang untuk direct communication dengan HR company. Drop resume sebanyak yang boleh, mana tahu rezeki anda datang dari situ.

Sebelum terjah booth mana-mana company pastikan anda ada sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut. Bila bersembang dengan HR ada lah nampak anda one step ahead daripada orang lain.

Ambil Peluang Yang Ada

Bila dan mohon kerja dari pelbagai syarikat kadang-kadang ada syarikat yang panggil temuduga dan tawarkan jawatan yang kita tak minat sangat. Jangan tolak temuduga tersebut dan pergi sahaja temuduga tu. Ambil pengalaman dan tengok macam mana temuduga tersebut berjalan dan soalan-soalan yang ditanya. Jadikan ia sebagai latihan untuk anda hadiri temuduga lain nanti.

Sekurang-kurangnya nanti untuk temuduga seterusnya anda lebih bertenang dan tahu cara-cara tackle soalan. Percayalah, sebaik sahaja anda pernah ditemuduga, temuduga berikutkan tidak akan menjadi masalah kepada anda lagi.

Connection

Ini bukan bermaksud anda masuk kerja melalui cable tau! Cuba tanya kenalan-kenalan anda yang sudah bekerja sekiranya syarikat mereka mempunyai kekosongan. Cuba sahaja mohon di syarikat tersebut kerana ada kerja kosong yang syarikat tidak iklankan.

Nak dapatkan sesuatu mestilah ada effort sedikit. Jika anda hanya duduk sahaja di rumah memang sampai bila-bila pun tak dapat kerja! Para graduan kena ingat yang kita yang perlu cari kerja kerana kerja tidak pernah cari kita.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Nak Sambung Master Atau Kerja Dahulu? Kami Kongsikan Kelebihan Dan Panduan Untuk Anda

Niat nak sambung master, tetapi berbaloikah sambung master terus selepas tamat degree? Nak sambung terus atau kerja terlebih dahulu? Pasti ada graduan yang buntu memikirkan hal ini. Niat nak bekerja adalah untuk mendapatkan pengalaman.

Ya! Memang tidak dinafikan pengalaman kerja adalah penting tidak kira di mana pun anda berada. Di mana-mana pun majikan hanya akan pandang pengalaman kerja.

Ketahui kelebihan bekerja dahulu selepas degree sebelum sambung master untuk panduan anda membuat keputusan.

KELEBIHAN BEKERJA DAHULU SELEPAS DEGREE

Minda Akan Lebih Terbuka

Suasana di tempat kerja sangat berbeza dengan suasana di tempat anda menuntut ilmu. Memang betul bekerja juga adalah sebahagian daripada menuntut ilmu, tetapi apabila anda bekerja minda akan lebih terbuka luas. Di tempat kerja anda akan mendengar dan menerima pendapat yang berbeza-beza.

Kepelbagaian perspektif akan anda lalui yang bakal memberi anda pengalaman yang sangat berguna.

Belajar Tentang Etika & Disiplin Kerja

Ketika anda bekerja, anda berpeluang untuk belajar tentang etika dan disiplin kerja. Tidak kira berapa lama atau sekejap anda bekerja, pengalaman yang anda peroleh pasti akan memberi pengajaran. Kerja 2 – 3 tahun dan dapatkan pengalaman. Selepas itu, sambung master.

Selepas tamat pengajian peringkat master, pasti anda lebih bersedia untuk ke alam pekerjaan.

BERBALOIKAH SAMBUNG MASTER TERUS?

Kalau habis degree terus sambung master, nak dapat peluang pekerjaan agak susah. Kenapa? Sebab utama adalah anda tak ada pengalaman. Kecuali pengalaman internship (kalau ada).

Jika anda dapat kerja terus selepas master tanpa pengalaman pun mungkin gaji permulaan adalah lebih kurang dengan gaji graduan degree. Lebih baik jika anda dapatkan pengalaman dalam 2 -3 tahun terlebih dahulu baru anda sambung master.

Sekurang-kurangnya selepas tamat master anda boleh mohon kerja menggunakan master dan selitkan pengalaman kerja yang anda ada. Bolehlah anda demand gaji sedikit.

Walaubagaimanapun, berbaloi atau tidak ini adalah berdasarkan pandangan masing-masing. Jika anda berasa yakin dengan sesuatu keputusan, teruskan! Jangan teragak-agak. tetapi pastikan anda ketahui kelebihan dan keburukan yang akan anda terima daripada setiap keputusan yang anda buat.

Semoga bermanfaat!

Categories
Resume

Tips Pemilihan Warna Yang Sesuai Untuk Resume Anda Kelihatan Profesional & Kreatif

Tahu tak, pemilihan warna yang sesuai dalam resume adalah penting bagi memberikan kesan yang positif kepada pemohon. Jika hitam putih menampakkan resume anda kelihatan profesional, penggunaan warna yang lain pula menunjukkan anda seorang yang kreatif.

Namun, nak pilih warna bukan boleh main pilih sahaja! Warna yang dipilih mestilah sesuai, dan dipadankan dengan betul bagi menarik perhatian majikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips pemilihan warna dalam resume.

TIPS PEMILIHAN WARNA RESUME

Minimum 3 Warna

Untuk resume yang menarik anda digalakkan untuk menggunakan minimum 3 warna ke dalam resume anda. Jika anda ingin gunakan lebih daripada 3 warna dalam resume, pastikan warna yang dipilih adalah sesuai yang tidak terlalu kontra sehingga kelihatan seperti kanak-kanak pula. Pastikan seimbang!

Jangan pula pilih terlalu sedikit warna dalam resume sehingga resume anda kelihatan ‘sendu’ dan tidak menarik. Ini contoh resume yang tidak menarik perhatian dan resume yang lebih menarik:

Pilih Warna Yang Sesuai

Dalam memilih warna resume, pastikan anda gadubngkan warna yang sesuai. Permainan warna adalah penting dalam resume agar resume anda tidak kelihatan seperti sarkas ataupun serabut. Ini contoh warna yang dicadangkan:

  • Hijau
  • Hitam
  • Putih
  • Biru
  • Merah
  • Biru
  • Oren

Jika anda nak guna banyak warna, ini contoh resume menarik menggunakan banyak warna yang boleh dijadikan contoh:

Sepadankan Dengan Jenis Jawatan Yang Dipohon

Keperibadian dan watak yang anda tunjukkan dalam resume dapat membantu majikan dan pengurus sumber manusia adakah anda sesuai dengan kehendak mereka. Sekiranya anda memohon kerja dalam bidang kreatif seperti pereka grafik, pelukis animasi, pereka dalaman dan lain-lain, pastikan resume anda bukan yang biasa-biasa. Majikan dapat menilai kreativiti anda melalui resume yang anda hantar.

Ini contoh resume bidang kreatif yang boleh dijadikan contoh:

Jika anda mohon untuk jawatan bukan dalam bidang kreatif pun tidak salah jika anda hasilkan resume yang kreatif untuk tarik perhatian majikan.

PENGGUNAAN WARNA HITAM PUTIH DALAM RESUME

Dalam beberapa situasi, penggunaan hitam dan putih boleh menjadi lebih berkesan daripada warna dalam resume. Berikut adalah cadangan untuk penggunaan warna hitam putih dalam resume:

Kekurangan Pengalaman Reka Bentuk

Menggunakan warna hitam dan putih lebih mudah dan sederhana daripada  menggunakan warna. Ini juga membolehkan anda memberi tumpuan kepada kandungan anda tanpa gangguan atau elemen yang kompleks.

Sekiranya isi kandungan disusun dengan baik dan resume ditulis dengan baik, ia tetap akan menarik perhatian dan berkesan walaupun tiada warna.

Permohonan Secara Online

Salah satu kelemahan penggunakan warna dalam resume untuk permohonan kerja secara online adalah kemungkinan reka bentuk menjadi rosak atau berubah ketika anda menghantar resume. Pertimbangkan juga sekiranya resume anda di imbas menggunakan sistem ATS, resume berwarna-warni mungkin berubah ketika dibuka di skrin orang lain.

Sekiranya warna berubah, ayat anda mungkin sukar untuk dibaca. Sekiranya anda menggunakan hitam dan putih atau kelabu, anda boleh mengelakkan masalah ini sepenuhnya. Ini contoh resume hitam putih yang menarik:

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan warna yang sesuai untuk resume anda bagi menghasilkan resume yang menarik perhatian majikan. Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon untuk tonjolkan kebolehan anda dan membolehkan majikan fokus pada maklumat tentang diri anda yang mereka inginkan untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Categories
Jawatan Kosong Kerajaan

Senarai Tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM Anda Perlu Tahu

Ketahui senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM untuk persediaan sekiranya anda mendapat panggilan untuk ujian PSEE atau temuduga bagi jawatan ini nanti.

Jika anda belum pernah dengar tentang jawatan atau tugas sebagai Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) KKM, perkongsian ini akan memberikan keterangan yang jelas buat anda!

Secara rasminya Pegawai Tadbir Rekod Perubatan ini adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) atau lain-lain kementerian/jabatan. Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Rekod Perubatan, anda boleh mengisi permohonan di Portal SPA9.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM.

JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 (REKOD PERUBATAN)

Sebelum tahu senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM, ketahui serba sedikit mengenai sejarah jawatan Pegawai Tadbir Rekod Perubatan.

Jabatan atau Unit Rekod Perubatan telah diwujudkan pada tahun 1985 di hospital kerajaan dengan kumpulan perintis pertama terdiri daripada Pembantu Perubatan Gred C9 yang ditawarkan jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan B11.

Pada tahun 1986, jawatan tersebut telah ditawarkan kepada pegawai berkelulusan diploma dan STPM dan kemudiannya diletakkan di bawah skim Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred B11. Kini, umumnya kelayakan yang diperlukan bagi jawatan ini adalah diploma dan ijazah sarjana muda.

Skim ini telah diklasifikasikan sebagai perkhidmatan tertutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan gelaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N6 apabila Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan. Manakala jawatan Pengurusan & Profesional iaitu Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N41 diwujudkan pada tahun 2005.

Nak tahu senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM? Ketahui di bawah.

SENARAI TUGAS PEGAWAI TADBIR REKOD PERUBATAN KKM GRED 41

Pasti ramai yang jarang dengar atau tidak tahu apakah senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM Gred 41.

Secara umumnya, setiap pesakit yang mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) samada Pesakit Luar, Pesakit Dalam atau Pesakit Rawatan Harian akan mempunyai rekod perubatannya sendiri dan disimpan sebagai rekod individu dan sinonim dengan sebutan “One Patient One Folder“.

Tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan yang berada Unit Rekod Perubatan di setiap hospital dan klinik KKM adalah pihak yang bertanggunggungjawab dalam memastikan rekod perubatan pesakit:

  • Sentiasa ada dalam simpanan
  • Senang diperolehi atau dicari bila diperlukan
  • Boleh dikesan dengan cepat
  • Keselamatan dokumen dan kerahsiaan maklumat pesakit terjamin
  • Menyediakan laporan
  • Pengurusan anggota Unit Rekod Perubatan

Secara ringkasnya, tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan ini adalah bertanggungjawab menjaga dan menguruskan setiap laporan perubatan pesakit untuk kegunaan selanjutnya.

Sudah jelas dengan senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM yang dinyatakan di atas? Jika sudah, semoga calon yang bakal duduki ujian PSEE atau berjaya ke temuduga bagi jawatan ini lebih peka apabila ditanya mengenai senarai tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM nanti.

Bagi yang berminat untuk menyandang jawatan ini selepas tahu tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM, anda boleh mohon segera melalui Portal SPA9.

RUJUKAN PEGAWAI TADBIR REKOD PERUBATAN

Untuk persediaan peperiksaan Pegawai Tadbir Rekod Perubatan anda boleh dapatkan rujukan khas di bawah yang dikeluarkan khas untuk panduan peperiksaan kali ini.

TEMPAH RUJUKAN PEGAWAI TADBIR

Categories
Temuduga

5 Tips Bantu Fresh Graduate Dapat Kerja Dengan Senang

Bila sebut sahaja ‘Fresh Graduate’ pasti ramai yang membayangkan susah dapat kerja. Mungkin sebab pengalaman kerja tidak ada menyebabkan ramai berfikiran begitu. Sebenarnya tanggapan itu salah, fresh graduate pun senang dapat kerja jika ikut cara yang betul!

Selain usaha, ada beberapa perkara yang graduan perlu tahu dalam memohon kerja. Persediaan untuk memohon kerja mestilah sesuai dengan diharapkan oleh bakal majikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips mudah dapat kerja buat graduan.

5 TIPS BANTU GRADUAN MUDAH DAPAT KERJA

1 Resume

Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti resume anda. Dengan pelbagai jenis resume yang diterima, tidak mungkin mereka akan mengambil masa yang lama. Jadi, anda dinasihatkan untuk pastikan resume anda kemas tetapi padat.

Baca juga: Tiada Pengalaman Kerja, Ini Perkara Yang Perlu Ada Dalam Resume Untuk Memikat Majikan

2 Mohon Kerja Yang Sesuai

Bila dah berada di semester akhir sebelum tamat pengajian, anda sudah boleh mula buat kajian, mencari dan menganalisis pasaran kerja yang ada terutamanya bidang yang diceburi. Pastikan bidang kerja yang dimohon sesuai dengan kelayakan pengajian anda.

3 Hadir Temuduga

Tidak kira jawatan yang ditawarkan rendah atau anda tidak berminat, pastikan anda hadir ke semua tawaran temuduga yang anda dapat. Setiap temuduga yang dihadiri akan memberikan pengalaman yang berbeza-beza. Ambil pengajaran dari setiap temuduga yang anda hadiri untuk perbaiki diri dari pelbagai aspek.

4 Study Trend Soalan Temuduga

Jika anda perasan, soalan temuduga selalunya sama sahaja. Jangan terlalu yakin apabila hadir ke temuduga. Tidak salah untuk kekal berkeyakinan, tetapi pastikan anda buat penyelidikan soalan-soalan asas untuk temuduga supaya tidak terlalu ‘terkejut’ nanti. Persediaan soalan-soalan temuduga akan membuatkan anda kekal berkeyakinan semasa menjawab soalan temuduga sebenar nanti.

5 Penampilan

Selain calon yang berkeyakinan, penemuduga juga akan sentiasa melihat penampilan diri calon. Penampilan adalah sangat penting. Pastikan anda pakai pakaian yang formal dan sesuai semasa temuduga. Buat penyelidikan pakaian temuduga sesuai calon wanita dan pakaian temuduga sesuai calon lelaki.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih bersedia untuk mencari kerja selepas tamat belajar. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Nak dapatkan kerja pun kena ada usaha. Apa yang penting sekali adalah jangan pernah putus asa.

Categories
Temuduga

3 “Jawapan Tambahan” Terbaik Untuk Tarik Perhatian Penemuduga

Persediaan awal untuk menghadapi temuduga pasti telah dilakukan oleh calon sebelum menghadapi temuduga. Lagi-lagi persediaan tentang jawapan yang akan diberikan oleh penemuduga kerana rata-rata soalan temuduga adalah lebih kurang sama dan tidak lari maksudnya.

Namun, anda perlu tahu bahawa walaupun soalan yang diajukan oleh penemu duga adalah kedengaran soalan yang biasa dan umum, mereka pastinya mengharapkan jawapan yang menarik dan mampu meyakinkan mereka untuk menerima anda sebagai pekerja.

Lain daripada calon lain, ini 3 jawapan tambahan yang boleh menarik perhatian penemuduga dalam menjawab soalan temuduga.

CONTOH JAWAPAN TAMBAHAN TERBAIK UNTUK SETIAP SOALAN TEMUDUGA

1. Soalan: Ceritakan Serba Sedikit Kemahiran Yang Anda Miliki

Pastikan anda cuba faham maksud tersirat di sebalik soalan yang berkaitan dengan kemahiran diri anda yang diajukan oleh penemuduga. Soalan sebegini diajukan kerana penemuduga cuba mengetahui :

Apakah kemahiran yang anda perolehi dan apakah manfaat yang dapat anda berikan kepada syarikat mereka di masa akan datang.

Ayat tambahan yang terbaik dapat diberikan bagi membantu anda untuk menjawab dengan lebih baik adalah seperti berikut:

”... and that’s why i’m actually so excited about this position. I think it’ll be a great opportunity for me to use my knack for detail-oriented work.”

Jawapan tambahan seperti ini secara tidak langsung akan menarik minat penemuduga untuk meneruskan sesi temuduga sehingga sesi temuduga anda tamat.

2. Simpulkan Jawapan Anda

Penemuduga akan berasa bosan dan tidak tertarik untuk terus mendengar jawapan anda jika anda terlalu kerap melibatkan jawatan yang anda mohon atau mengenai syarikat tersebut dalam jawapan anda.

Bagi mengelakkan dari memanjang-manjangkan jawapan sehingga ianya kedengaran seperti anda hanya mengulangi jawapan yang sama setiap masa dan membuatkan penemuduga berasa bosan, cuba simpulkan jawapan anda.

Ayat di bawah adalah contoh untuk pengakhiran jawapan yang akan anda simpulkan:

”So in general, you could say I take a very lead-by-example approach to leadership,”

Atau anda boleh juga gunakan ayat seperti di bawah ini.

”Going back to the original question, I do make every effort to learn about and see the issue from the other person’s point of view before take any action when faced with a conflict.”

3. Tanya Soalan Anda Sendiri

Jika sesi temuduga hampir tamat, jangan biarkan sesi temuduga anda berakhir dengan begitu saja. Pastikan anda mengambil peluang untuk bertanya soalan-soalan yang anda mahu tahu daripada penemuduga.

Jika anda mengajukan soalan, secara tidak langsung akan menyedarkan penemuduga yang anda benar-benar memberi tumpuan sepanjang sesi temuduga berlangsung dan menampakkan anda berminat untuk bekerja di syarikat tersebut. Perkara ini juga dapat mengurangkan rasa tegangan di bilik temuduga.

Jadi, jika anda ingin bertanya berkenaan jawatan yang dimohon, ceritakan tentang kemampuan anda dalam melakukan kerja-kerja tersebut dan sertakan beberapa contoh kemahiran yang anda boleh lakukan.

Bagi penutup soalan tadi, soalan boleh diakhiri dengan ayat seperti di bawah supaya soalan yang anda ajukan lebih menarik perhatian mereka.

”As I said before, working on teams really helps me be more productive and creative. Actually, while we’er on the topic, can you tell me a bit more about how the team operates here?”

Ajukan soalan kepada penemuduga juga penting untuk menambahbaikkan perbincangan bersama penemuduga.

Jangan takut untuk memberi jawapan yang diluar kotak pada hari temuduga anda nanti dan sentiasa yakin dengan setiap jawapan yang diberikan. Tetapi pastikan jawapan yang diberikan tidak tersasar dari maksud yang sebenar dan soalan yang ditanya.

Categories
Kerjaya

Langkah-langkah Mohon Kerja Kerajaan Tanpa Mohon Melalui SPA9

Bekerja dalam sektor kerajaan pastinya menjadi impian ramai orang. Pasti ramai sudah tahu, nak dapat tawaran kerja apabila memohon melalui sistem SPA9 agak sukar kerana permohonan yang yang terlalu banyak daripada pelbagai latar belakang calon.

Tahu tak sebenarnya anda masih boleh mohon kerja kerajaan tanpa memohon melalui SPA9? Mana tahu anda lebih mudah mendapat tawaran apabila mohon melalui saluran yang dikongsikan ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan memohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA9.

CARA MOHON KERJA KERAJAAN TANPA MELALUI SPA

Berikut adalah panduan membuat permohonan kerja kerajaan tanpa melalui SPA yang ramai tak tahu.

1. Pergi Ke Website Agensi Kerajaan

Untuk mohon kerja tanpa melalui SPA, mudah sahaja sebenarnya. Anda perlu pergi ke laman web agensi kerajaan bila ada jawatan kosong disiarkan. Antara contoh agensi kerajaan yang anda boleh cuba cari jawatan kosong adalah seperti:

  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Agensi Kelayakan Malaysia
  • Lembaga Pembangunan Langkawi
  • Yayasan Bina Upaya Darul Riszual
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Dan banyak lagi agensi kerajaan yang anda boleh terokai berdasarkan negeri anda.

2. Cari Pengumuman & Iklan Kekosongan

Bila dah buka laman web agensi kerajaan, cuba cari iklan jawatan kosong dan pengumuman-pengumuman terkini. Memang agak rumit jika nak buka satu demi satu laman web, nak lebih mudah anda boleh rujuk laman pencarian kerja kerjaya.co yang sentiasa kemaskini kekosongan jawatan di seluruh negara yang terkini.

3. Daftar Dan Mohon Jawatan

Bila dah jumpa jawatan di agensi kerajaan yang ditawarkan sesuai dengan kelayakan dan anda berminat, anda boleh terus mohon secara online melalui website itu terus. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan mula mohon jawatan.

Mudah kan? Mungkin anda masih tiada rezeki mendapat panggilan dari SPA, tetapi anda mungkin dapat panggilan dari agensi kerajaan negeri. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pencari kerja. Jangan pernah putus semangat dalam terus mengejar cita-cita.