Categories
Kerjaya

Cara Mudah Dapat Kerja Luar Dari Bidang Pengajian

Sudah berbulan menganggur kerana masih menanti peluang pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan bidang pengajian? Jangan begitu, keluar dari zon selesa anda sekarang dan ambil peluang untuk cuba ceburi bidang kerjaya lain daripada bidang anda!

Tidak salah pun nak mohon kerja yang lari dari bidang pengajian untuk ambil pengalaman sebanyak mungkin. Pengalaman yang ditimba tidak akan merugikan, malah akan meningkatkan kemahiran anda.

Untuk mohon kerja yang lari dari bidang pengajian, ketahui tips yang dikongsikan di bawah.

TIPS MOHON KERJA LUAR BIDANG

Improve Softskills Anda

Perkara utama yang kebanyakan majikan akan nilai adalah softskilss calon terutamanya graduan yang mohon kerja luar daripada bidang pengajian mereka. Graduan ini perlulah bijak tackle bakal majikan sepanjang temuduga, pasti nak lulus mudah!

Apa yang perlu anda ingat sebelum hadir temuduga adalah pastikan anda buat penemuduga yakin dengan kebolehan anda.

Buat Sedikit Penyelidikan

Banyak sebenarnya pekerjaan yang boleh dimohon dari pelbagai bidang walaupun bidang pengajian lari jauh daripada bidang kerja tersebut. Cuma anda sahaja yang tidak tahu dan tidak membuat penyelidikan. Contohnya graduan kejuruteraan boleh memohon jawatan sebagai pemasaran atau editor.

Walaupun bidang pengajian jauh tersasar, tetapi dengan kemahiran yang anda ada dan keyakinan yang anda berikan semasa temuduga, tidak mustahil anda diambil bekerja!

Jangan Berbohong

Jangan sesekali memanipulasi resume anda dengan menambahkan pengalaman yang tidak wujud semata-mata takut tidak diterima bekerja. Buruk padahnya! Anda berkemungkinan akan diuji tahap kemahiran dalam bidang kerja yang dipohon semasa penemuduga.

Jadi, jangan sesekali cuba sembunyikan apa-apa atau berbohong.

Bersedia Dengan Soalan ” Kenapa Tukar Bidang?”

Bidang anda dah sedar jawatan yang dipohon lari daripada bidang pengajian, jangan terkejut jika ditanyakan soalan sebegini. Sediakan jawapan yang sesuai dan jawab soalan ini dengan penuh keyakinan. Contohnya anda boleh jawab anda ingin mencabar diri dan melihat sejauh mana kemampuan anda keluar daripada zon selesa.

Sesuaikan juga dengan jawapan yang anda seorang yang cepat berapdatasi dan mempunyai kemahiran dalam bidang yang dipohon.

Kukuhkan Resume & Cover Letter

Kukuhkan resume anda dengan pengalaman-pengalaman yang anda ada dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon bagi menarik perhatian bakal majikan. Di dalam cover letter, jelaskan kenapa anda layak menerima kerja tersebut.

Jelaskan walaupun di luar bidang, anda mampu untuk bekerja di bawah bidang yang dipohon.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang masih mencari pekerjaan di luar sana. Ingat, jangan terlalu menanti kerja yang sesuai dengan bidang pengajian. Ambil peluang yang ada dengan tambah pengalaman melalui pelbagai bidang lain juga.

Categories
Kerjaya

Job Scope Juruaudit Gred W41 & Penolong Juruaudit Gred W29 Yang Anda Perlu Tahu

Semak senarai tugas Juruaudit Gred W41 dan senarai tugas Penolong Juruaudit Gred W29 di bawah.

Berkelayakan dan berminat untuk menjawat jawatan sebagai seorang Juruaudit ataupun Penolong Juruaudit? Anda boleh mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruaudit Gred W29 dan Juruaudit Gred W41 yang ditawarkan dalam sektor awam di bawah Jabatan Audit Negara.

Permohonan jawatan adalah dibuka sepanjang masa dan boleh buat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan melalui sistem SPA9. Sebelum mohon, anda perlu tahu juga senarai tugas Juruaudit Gred W41 dan senarai tugas Penolong Juruaudit W29.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai tugas Juruaudit Gred W41 dan senarai tugas Penolong Juruaudit Gred W29 seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA.

SENARAI TUGAS JURUAUDIT GRED W41

Tugas Juruaudit Gred W41 seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA adalah mengaudit dan menyediakan draf-draf laporan berikut:

  • Laporan Audit
  • Akaun-akaun Kerajaan
  • Badan-badan Berkanun
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Majlis Agama Islam
  • Lain-lain kumpulan wang

SENARAI TUGAS PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

Tugas Penolong Juruaudit Gred W29 seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA adalah menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap:

  • Akaun dan aktiviti-aktiviti Kerajaan
  • Badan Berkanun
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara

Sekiranya anda terpilih untuk menduduki ujian temuduga bagi jawatan Juruaudit atau Penolong Juruaudit, senarai tugas ini adalah pengetahuan yang paling asas yang perlu anda tahu kerana kemungkinan besar ia akan ditanya dalam temuduga nanti.

CHANEL TELEGRAM RASMI JURUAUDIT & PENOLONG JURUAUDIT

Kepada semua calon Juruaudit dan Penolong Juruaudit, pastikan anda join chanel Telegram rasmi Juruaudit SPA9 di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh soalan terkini peperiksaan dan juga rujukan.

Klik pautan dibawah untuk join telegram Juruaudit.

CHANEL TELEGRAM JURUAUDIT

Categories
Kerjaya

PERKESO 2.0 Daftar PenjayaKerjaya: Peluang Kerja Untuk Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500

Program PenjanaKerjaya 2.0 merupakan satu Program Perantisan di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) yang dilaksanakan bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia.

Program ini juga ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk menggaji belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Semak kelayakan dan maklumat lanjut pendaftaran Program PenjanaKerjaya 2.0 di perkongsian bawah.

OBJEKTIF PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0

Objektif utama Program PenjanaKerjaya 2.0 dilancarkan adalah bagi:

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job bagi meningkatkan  kebolehan mereka

KELAYAKAN MENDAFTAR

Antara syarat kelayakan belia yang layak mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:

  • Lepasan sekolah/ graduan berumur 18 hingga 30 tahun
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (Internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara

INSENTIF PERANTISAN

Dalam menggalakkan pengambilan belia bekerja insentif perantisan diberikan seperti berikut:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Gaji/ elaun minimum adalah RM1,500 sebulan
  • Majikan boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/ bantuan

SYARAT TAMBAHAN

Berikut adalah syarat tambahan bagi majikan yang berminat untuk sertai Program perantisan:

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MyFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Tarikh permohonan adalah bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021
  • Sekiranya permohonan adalah pada 30 Jun 2021, majikan layak membuat tuntutan bagi elaun gaji bulan Julai, Ogos dan September 2021
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap

CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN

Majikan

Mulai 1 Januari 2021, majikan yang berminat boleh mendaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang:

Serta membuat permohonan insentif bagi Program Perantisan ini di laman sesawang:

Belia (Pencari Kerja)

Panduan lengkap pendaftaran dan permohonan kerja bagi belia telah lengkap dinyatakan di pautan berikut.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300/ 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected].

Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500 Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500

 

Categories
Kerjaya

Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan Sebelum Mohon Kerja SPA sila Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini

Sebelum membuat permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui sistem permohonan SPA9, pastikan anda buat sedikit kajian mengenai jawatan yang ingin dimohon.

Kenapa kena rujuk Trend Pelantikan Jawatan ini dan dimana nak rujuk? Untuk menjawab persoalan anda, baca selanjutnya di bawah.

KEPENTINGAN TREND PELANTIKAN JAWATAN

Berbalik kepada persoalan tadi, kenapa calon perlu rujuk Trend Pelantikan Jawatan ini? Rujukan ini adalah penting untuk:

  • Mengambil kira data pelantikan setiap jawatan yang ditawarkan
  • Menilai jenis jawatan yang tiada pengambilan langsung
  • Mengelakkan dari memohon jawatan yang tiada pengambilan
  • Mengelakkan memohon jawatan yang membuat pelantikan terlalu sedikit dalam setahun (ada yang hanya mengambil 1 orang sepanjang 4 tahun)

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

INFO PENTING: Salah satu faktor yang menyebabkan calon tidak terpilih untuk sebarang panggilan peperiksaan atau temuduga oleh SPA adalah kerana jawatan-jawatan yang dimohon oleh calon melalui sistem SPA9 tidak mempunyai urusan pengambilan pada tahun permohonan dibuat.

SEMAK TREND PELANTIKAN JAWATAN SPA

Pihak Seuruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA telah mengeluarkan data Trend Pelantikan Jawatan Mengikut Kelayakan untuk Tahun 2016 hingga 2019 di laman web rasmi mereka. Anda boleh semak trend pelantikan jawatan di bawah.

Ringkasan Trend Pelantikan Jawatan Mengikut Kelayakan Akademik

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Trend Urusan Pelantikan Tetap Jawatan Ijazah

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Trend Urusan Pelantikan Tetap Jawatan Diploma

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Trend Urusan Pelantikan Tetap Jawatan SPM/ Sijil

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Trend urusan Pelantikan Tetap Jawatan PMR/PT3

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Trend Urusan Pelantikan Tetap Jawatan Separa Perubatan

Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan

Untuk rujukan akan datang, anda boleh muat turun data trend pengambilan jawatan di bawah:

RUJUK TREND PENGAMBILAN JAWATAN DIBAWAH

Categories
Kerjaya

Program Skim Latihan Kerja Untuk Graduan Anak Pahang

Berita baik buat graduan anak kelahiran Negeri Pahang yang masih mencari pekerjaan. Yayasan Pahang kini membuka tawaran Program Skim Latihan Graduan Anak Pahang kepada graduan yang masih belum bekerja.

Graduan anak Pahang berpeluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui skim latihan yang ditawarkan.

Sekiranya anda berminat dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mohon sekarang.

SYARAT KELAYAKAN

Graduan yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Graduan Anak Negeri Pahang Darul Makmur (Ditakrifkan sebagai salah seorang dilahirkan di Negeri Pahang sama ada Graduan/ Ibu/ Bapa)
  • Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur
  • Telah tamat pengajian dan masih belum bekerja
  • Mencapai CGPA 2.5 ke atas
  • Pengajian dalam bidang:
    – Pegawai Perunding Latihan: Ijazah Sarjana Mudah Bidang Pengurusan Perniagaan/ Sumber Manusia/ Kewangan/ Komunikasi Korporat atau kelulusan yang setara
    – Arkitek Lanskap: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap
    – Penganalisa Data: Ijazah Sarjana Muda Bidang Matematik/ Statistik/ Ekonomi/ Pemasaran

CARA MEMOHON SKIM LATIHAN

Sekiranya anda merupakan graduan yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk sertai skim latihan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat).

Hantarkan resume kepada pegawai Yayasan Pahang bertugas melalui alamat email berikut:

Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sebarang pertanyaan hendaklah melalui email sahaja melalui alamat email di atas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ikut perkembangan di laman Facebook Yayasan Pahang.

Categories
Kerjaya

Tawaran Pembiayaan, Latihan Kemahiran & Peluang Pekerjaan Buat Belia

Skim PENJANA MARA ialah kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan kepada kumpulan sasar yang terjejas akibat wabak Pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Peluang terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjalani kursus dan latihan kompetensi bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut PENJANA MARA dan cara membuat permohonan.

KEMUDAHAN PENJANA MARA

Kemudahan PENJANA MARA adalah berbentuk:

  • Pembiayaan kursus
  • Latihan kompetensi
  • Jaminan pekerjaan
  • Peluang menjalankan perniagaan

Pembiayaan ini merupakan pinjaman boleh ubah dan terikat dengan kontrak perjanjian dalam tempoh masa yang ditetapkan

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini ditawarkan adalah dengan tujuan untuk:

  • Memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pemberian geran kepada belia
  • Pengupayaan Digital dan Punca Pendapatan Baharu
  • Keyakinan Diri & Daya Saing

GOLONGAN SASARAN

Kumpulan sasar yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 adalah seperti berikut:

  • Belia yang tidak bekerja
  • Pekerja yang dibuang kerja
  • Lepasan sekolah
  • Gelandangan
  • Usahawan teknikal baharu
  • Graduan TVET
  • Komuniti setempat

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  • Perantisan
  • e-Usahawan
  • Kursus Jangkamasa Pendek
  • Penjagaan Kesihatan & Keselamatan Kebiasaan Baharu

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program Jaminan Pekerjaan dan Usahawan Teknikal Menerusi PENJANA MARA dan dapatkan pembiayaan yang bersesuaian, anda boleh mengisi permohonan sekarang di pautan berikut:

Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan dianggap TIDAK BERJAYA. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

Categories
Kerjaya

Proses Dan Kriteria Pengambilan Guru Baharu KPM

Kerjaya sebagai seorang guru ini boleh dikatakan antara kerjaya yang paling dikejar-kejar. Nak memasuki ke alam kerja sebagai guru ini sebenarnya banyak laluannya. Anda juga boleh mohon menjadi guru menggunakan SPM.

Dah tahu laluan-laluan menjadi seorang guru, anda juga perlu tahu bagaimana proses pengambilan guru baharu yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah proses pengambilan guru baharu KPM yang anda perlu tahu.

PROSES PENGAMBILAN GURU BAHARU KPM

Urusan penyelarasan pengambilan guru baharu adalah mengikut turutan seperti berikut:

1. Penyelarasan Pengumpulan Data

  • Bermula di peringkat pengumpulan data graduan yang diperoleh daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA).
  • Penyelarasan pengambilan dan penempatan gra­duan pendidikan ini dilaksanakan berdasarkan kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen.

2. Penyelarasan Pengambilan & Penempatan

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mendapatkan maklumat keperluan opsyen daripada Sektor Operasi Pendidikan (SOP), KPM berdasarkan jumlah kekosongan jawatan semasa bagi merancang jumlah bekalan graduan yang diperlukan untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah di bawah pentadbiran KPM.

3. Penyelarasan Jumlah Keperluan Bekalan Guru

  • Seterusnya, jumlah bekalan yang diperlukan akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan temu duga.

4. Penyelarasan Proses Temuduga

  • Calon perlu memohon terlebih dahulu untuk panggilan temuduga melalui SISTEM PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) di https://myspp.gov.my.

5. Penyelarasan Proses Penempatan

  • Calon yang berjaya dalam temuduga akan mengemas kini maklumat melalui sistem e-Graduan dan SOP yang terlibat akan menguruskan penempatan calon.

KRITERIA URUSAN UNJURAN PENGAMBILAN GURU

Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan & keperluan opsyen.

Kekosongan jawatan ini merangkumi:

  • Guru-guru yang bersara wajib,
  • Bersara pilihan,
  • Berlakunya peletakan jawatan dan
  • Kematian serta pembukaan institusi (sekolah) baharu.

Keperluan opsyen pula berdasarkan:

  • Kekosongan opsyen guru di sesebuah sekolah/institusi,
  • Jumlah pembukaan institusi baharu serta perubahan dasar semasa Kerajaan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan membuat perancangan unjuran pengambilan guru baharu dengan mengambil kira kriteria-kriteria tersebut melalui kerjasama dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai Bahagian peringkat kementerian dan agensi pusat sebelum diselaraskan dengan IPGM dan juga UA.

DASAR PENGAMBILAN GURU BAHARU

Memandangkan sekarang terdapat banyak IPT yang menawarkan Ijazah dalam bidang pendidikan, dasar semasa kementerian dalam urusan pengambilan guru baharu adalah dengan:

  • Memberi keutamaan kepada graduan IPGM dan UA keluaran semasa khususnya yang diberi tajaan oleh KPM untuk ditemu duga lantikan tetap oleh SPP berdasarkan kekosongan jawatan yang terhad dan keperluan opsyen di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian KPM.
  • Proses penempatan guru baharu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa tertakluk kepada keputusan rasmi temu duga yang diterima daripada SPP.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Categories
Kerjaya

Cara Mohon 2196 Kekosongan Pembantu Tadbir N19 Buat Lepasan SPM Melalui SPA

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian kesihatan Malaysia (Semenanjung) kini membuka peluang kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) khas buat lepasan SPM/SKM dan setaraf.

Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan info lanjut jawatan yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: JPA & KKM
  • Jawatan: Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N19
  • Lokasi Kekosongan: Semenanjung Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Januari 2021 (Ahad)
  • Bilangan Kekosongan: 2196

SYARAT LANTIKAN

Calon lepasan SPM yang memenuhi syarat lantikan berikut adalah dialu alukan untuk memohon jawatan:

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

 

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/Setaraf . Pilih jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi Gred N19) di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN

Rujuk iklan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operani Gred N19) seperti yang ditawarkan:

Categories
Kerjaya

Terbuka Untuk Lepasan SPM & Graduan Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini membuka pengambilan Bakal Pegawai dan Perajurit Muda buat lepasan SPM dan juga graduan yang memenuhi syarat kelayakan. Pelbagai elaun dan kelebihan ditawarkan.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan mempunyai keupayaan serta kemampuan (capability and capacity), selain jati diri yang tinggi dipelawa menjadi Bakal Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Akademik

  • Pegawai PSSTLDM
    – Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 ke atas.
    – Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam peperiksaan SPM atau setaraf
  • Perajurit Muda PSSTLDM
    – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM atau setaraf

Kelayakan Lain

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 45 tahun (Pegawai), 18 – 35 tahun (Anggota Lain-Lain Pangkat)
  • Sihat tubuh badan/ Penglihatan terang dan jelas
  • Syarat minima ukuran fizikal
    – Ketinggian: 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita)
    – Berat Minima: 47.5 kg (Lelaki) / 45.0kg (Wanita)
    – Body Mass Index: 18 – 26.9 (Lelaki/Wanita)
    – Ukuran Dada: 76.2cm biasa/ 81.2cm kembang

KELEBIHAN MENYERTAI PSSTLDM

Antara kelebihan menyertai PSSTLDM adalah:

  • Elaun latihan
  • Elaun perjalanan
  • Saguhati tahunan
  • Pakaian seragam disediakan
  • Rawatan Hospital/ Masuk Wad sempurna (Terma & syarat)
  • Peluang diserap menjadi anggota tetap TLDM (Terma & syarat)

Pelbagai latihan ketenteraan yang menarik juga menanti anda:

  • Latihan menembak
  • Kem tahunan
  • Kelas Renang
  • Pelayaran Bersama Kapal-Kapal TLDM

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan bagi pengambilan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan langkah berikut:

  1. Layari laman hqnr.navy.mil.my/nrrex/ 
  2. Klik REGISTER/LOGIN untuk daftar akaun

  3. Pilih kategori anda RMNVR OFFICER (Pegawai) atau RMNVR RATINGS (Perajurit muda)

  4. Klik LOGIN TO APPLY JOB untuk mohon
  5. Lengkapkan langkah permohonan seperti yang diminta

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk terus ke laman hqnr.navy.mil.my/nrrex.

 

Categories
Kerjaya

Langkah-langkah Mengemukakan Permohonan Pegawai Bomba Gred KB19 Menggunakan SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

Tahukah anda permohonan setiap jawatan yang ditawarkan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlulah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Untuk maklumat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuka peluang permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Bomba KB19.

Permohonan jawatan Pegawai Bomba KB19 ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dilakukan pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan dalam jawatan tersebut.

Adakah anda berminat untuk mempunyai kerjaya sebagai seorang Pegawai Bomba Gred KB19? Jika anda berminat, pastikan anda baca panuan permohonan ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pegawai Bomba KB19.

Berdasarkan hebahan diatas diharapkan anda mengambil peluang ini untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Untuk memohon jawatan Bomba anda boleh ikuti panduan permohonan di bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Beberapa syarat-syarat kelayakan permohonan perlu anda penuhi sebelum anda mengisi permohonan. Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
    • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
    • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
      memanjat tali.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEGAWAI BOMBA KB19

Untuk memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19, sebaiknya anda mengetahui bidang tugas ataupun skop kerja yang dijalankan oleh seorang pegawai bomba. Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh seorang Pegawai Bomba KB19 adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi pemohon yang permohonannya telah berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini adalah dijalankan secara online. Anda akan diuji dalam pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Anda perlulah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Untuk lulus dengan temuduga ini, tunjukkan keyakinan diri anda serta kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik.

PEMERIKSAAN FIZIKAL BOMBA

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA. Sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA9) dan isi permohonan anda. Anda boleh klik link yang kami sediakan.

Link Permohonan SPA9: Klik Sinii

Untuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19

Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.