Categories
Jawatan Swasta Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor

KPMG Malaysia

Berikut merupakan info penuh iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan kerja ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Hub hanya menyiarkan kembali iklan kekosongan untuk memudahkan permohonan anda. 

Pencari kerja yang berkelayakan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: KPMG Malaysia
  • Lokasi Kerja: Pelbagai Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan: 11 Februari 2021

MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Learning & Development Assistant 
2. Officer – RMD
3. Officer – ITS
4. Associate – Information Risk Management (IRM) Specialist
5. Audit Centralize Team (Audit – Admin)
6. Audit Senior Associate
7. Audit Associate 

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

SYARAT MEMOHON:

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MOHON:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.


[tabs]
[tab title=”JOIN TELEGRAM SPA9″ id=””][/tab]
[/tabs]

Categories
Jawatan Kosong Kerajaan

Kementerian Luar Negeri

Berikut merupakan info penuh iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan kerja ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Hub hanya menyiarkan kembali iklan kekosongan untuk memudahkan permohonan anda. 

Pencari kerja yang berkelayakan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan: Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
  • Lokasi Kerja: Tidak Dinyatakan 
  • Tarikh Tutup Permohonan: 22 Januari 2021

MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Penulis / Penyunting 

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

SYARAT MEMOHON:

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan menarik
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

CARA MOHON:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.


[tabs]
[tab title=”JOIN TELEGRAM SPA9″ id=””][/tab]
[/tabs]

Categories
Kerjaya

Perkongsian Dari Gadis Ini tentang Pengalaman Kerja “Offshore” Yang Mengejutkan

Seperti yang kita semua tahu, kerja offshore ini memang menjanjikan pulangan wang yang lumayan. Tetapi cabaran yang umum diketahui oleh kita semua adalah terpaksa berpisah dari darat selama beberapa bulan yang ditetapkan.

Bukan senang tau! Nak dapat line coverage pun susah apabila berada di laut ini. Seorang gadis bernama Nabila Mohd Saifullah melalui laman Facebooknya baru-baru ini kongsikan pengalamannya bekerja di offshore.

Pengalaman yang dikongsikan ini sememangnya tidak dijangka oleh kita semua!

PENGALAMAN SEORANG GADIS BEKERJA OFFSHORE

Menurut perkongsian Nabilah, di offshore, banyak syarikat dengan kerja dan pangkat masing-masing. “Kalau u client side, 2 weeks usually offshore. Kalau pangkat2 sis (contractor), 42 days max. Tapi sis penah sampai 60 hari offshore.” 

Mandi Air Karat Perkara Biasa

Pernah terfikir bagaimana pekerja offshore mandi? Memang susah sebenarnya nak dapatkan air bersih untuk mandi. Menurut Nabilah,

Mandi air karat is a norm. Dolu2 rambut sis panjang mengurai, so i have to cut my hair short. Every single time before mob, I go hair salon to wash blow my hair. Balik darat after 42 days, jadilah mak lampir balik. End up, I cut my hair short.

Makanan 6 Kali Sehari Disediakan, Tetapi….

Wah! Banyak tu 6 kali sehari makanan disediakan, tetapi…

The food walaupun 6 kali sehari, janganlah anda ingat bahawa anda akan dihidangkan hidangan 5 bintang. Namun hanya hidangan biasa2 sahaja. Janji makan. Unless u stay LQ, client workboat or rig. Nak makan sedap, buat2 la ada kerja kat rig. Hahahaha.

Minum Air Masin Itu Biasa

Menurut Nabila, minum air masin itu sudah menjadi perkara biasa. Sebab itu perlu perlu bawa air mineral kalau nak minum air.

Anda akan menghadapi situasi minum air masin sekali sekala dalam hidup. Well, we do have water filter. But sometimes, u still can taste the air masin. Nak x nak, bedal je la. So usually, I bring few mineral bottles. Kalau betul2 terpaksa, sis minta simpati dari client. Dapat la 2 3 botol. Hahahahaha

Bawa Jajan Sendiri!

Memang makanan disediakan, tetapi pasti bosan kan tak ada jajan? Maka, bawa lah jajan sendiri.

Bawalah jajan anda bila anda disuruh mob. Makan memang ada. But usually no jajan onboard. So bawak la sendiri. Jajan paling panas kalau dekat offshore will be kuaci. Kalau nak makan tapi xda, maka bersistem barter la.

Kes Kehilangan Stoking Perkara Biasa

Siapa sangka di offshore pun kerap hilang stoking?

Pack light. Laundry twice a day. So x perlu bawa pakaian byk. Sis biasa ada 2 t-shirt, 2 seluar dan 2 coverall. Tudung pun 1. Hari2 tudung sama. And the crew x pernah perasan pun. Paling penting bawak lah tudung x perlu iron. Unless anda rajin bawak iron which im not. Hahahaha. But socks bawalah lebih. Sebab kes kehilangan socks sangat kerap terjadi.

Perempuan Ada Bilik Sendiri

Jika sebelum ini anda fikir di offshore lelaki dan perempuan berkongsi bilik, anda salah.

Girls we have our own room. So i usually clean my own room and toilet. Minta adik roomboy tinggalkan pencuci toilet saja. I do the rest.

Tiada Coverage

Ini perkara biasa yang pastinya semua dah tahu. Cabaran utama!

No phone coverage unless platform dekat dengan shore. Kalau jauh, memang xda. If platform yg ada coverage, celcom and maxis ja yang ada. Digi, hampeh. Maybe org kuning terlalu berat nak lompat masuk fcb. Hahahahaha.

Wifi Kongsi

Memanglah ada wifi dan televisyen disediakan, tetapi..

Wifi share ramai2. So memang slow. Makanya, download lah movie dan kdrama sebelum mob. So ada la nak d tonton. Maklumlah, TV biasa kena conquer dengan uncle2. Hormati lah mereka.

Nak Naik Darat, Tunggu Turn

Nak balik darat? Kena lah tunggu next available FCB. FCB is fast crew boat… Fast? Meh… Hahahaha. Kena book dulu baru blh balik. Pastikan sudah ada crew change ya. Unless u balik 2 hari saja. This happened kalau xda cc and u have to set day jadi day 1 balik. Client requirement, cannot stay more than 42 days. Fatigue management.

Tak Susah Pun Kerja Offshore

Sebenarnya tidak susah pun kerja offshore..

Tak susah pun keja offshore. Janji anda bukan kategori nak 24 jam video call, nak tengok astro, wifi mesti laju, makan mesti mewah. Cuma untuk certain trade memang penat. Lagi2 golongan direct crew. So give and take.

Bagaimana anda rasa lepas baca perkongsian ini? Memang banyak cabaran, tetapi gaji yang diperoleh boleh tahan lumayan! Pengalaman pun tidak ternilai. Kalau nak cuba, bolehlah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sebagai gambaran bekerja di offshore.

Sumber

Categories
Kerjaya

Adakah Anda Boleh Dipecat Kerana Terlalu Banyak MC?

Pernah tak anda terfikir jika tiba-tiba sesuatu terjadi terhadap kesihatan anda? Anda dah habiskan hidup selama 8 tahun untuk pekerjaan anda yang anda suka. Namun semuanya berubah apabila anda disahkan menghidapi kanser perut. Anda terpaksa membuat rawatan yang kerap di hospital.

Dalam situasi ini, anda kena buat pilihan sama ada ambil cuti selama 6 bulan atau berhenti kerja. Tetapi jika dilihat kos rawatan, berhenti kerja bukanlah jawapannya. Namun disebalik dilema ini, tiba-tiba majikan anda hubungi anda dan beritahu bahawa mereka terpaksa memecat anda dengan alasan syarikat akan alami kerugian jika mereka biarkan anda kerap ambil cuti sakit nanti.

Boleh ke majikan membuat keputusan seperti itu? Boleh ke majikan pecat pekerja kerana pekerja ambil banyak sangat MC untuk dapatkan rawatan?

Untuk menjawab persoalan ini, ikuti perkongsian di bawah.

BOLEH KE MAJIKAN PECAT PEKERJA KERANA AMBIL BANYAK MC?

Mendapatkan cuti sakit adalah hak setiap pekerja. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, setiap pekerja akan diberikan cuti sakit minimum sebanyak 14 hari setahun (jika anda bekerja kurang dari 2 tahun). Jumlah cuti sakit tu akan meningkat berdasarkan berapa lama anda bekerja.

Akta ni seterusnya menyatakan yang anda kena dapatkan MC daripada doktor untuk memohon cuti sakit. Tapi ada juga kemungkinan yang anda tak boleh dapatkannya (sebab masalah jarak dan sebagainya).

Dalam kes macam ni, majikan masih tidak boleh pecat atau ambil tindakan terhadap anda. Sebabnya, anda berhak ambil cuti sakit dalam keadaan yang munasabah.

Macam mana kalau anda perlukan cuti sakit lebih dari sehari?

Jika anda perlukan cuti sakit lebih dari sehari juga majikan masih tidak boleh pecat anda. Sebabnya, Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melindungi pekerja dari dipecat secara tak adil.

“Di mana seorang pekerja … menganggap bahawa dia telah diberhentikan tanpa sebab atau alasan oleh majikannya, dia boleh membuat perwakilan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan semua kerjanya …

Dalam situasi seperti ini, kalau anda sakit sebab kena cacar air atau patah tulang dan perlu cuti lebih dari sehari sebab nak tunggu sembuh, majikan anda tidak boleh memecat anda sesuka hati. Sebabnya, anda masih ada hak mendapat cuti sakit dengan MC dari doktor.

Macam mana untuk pekerja yang ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan?

Contohnya jika anda diserang strok atau lumpuh yang pastinya menghalang anda dari bekerja. Situasi ni juga jadi tak adil untuk syarikat dan majikan, kalau mereka terus menggaji anda sebagai pekerja.

Jadi dalam situasi sebegini, konsep Medical Board Out akan digunapakai. Majikan dibenarkan untuk memberhentikan pekerja mereka kerana alasan perubatan jika mereka boleh kemukakan faktor-faktor berikut:

  • Sifat atau jenis penyakit yang dialami oleh pekerja.
  • Tempoh ketidakhadiran semasa tempoh pemulihan.
  • Impak ketidakhadiran kepada syarikat dan pekerja lain.
  • Sifat kerja pekerja yang sakit.

Ini cuma beberapa faktor yang majikan perlu buktikan, sebelum menamatkan kontrak pekerjaan anda. Tapi apa yang kita semua kena tahu, memecat pekerja mestilah jadi pilihan terakhir.

ANDA BERHAK SAMAN MAJIKAN DAN SYARIKAT ANDA

Jika anda merasakan anda dalam situasi dipecat secara tidak adil hanya kerana anda sakit, anda boleh bawa kes anda ke Mahkamah Perusahaan.  Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan:

“Mahkamah hendaklah bertindak mengikut ekuiti, hati nurani yang baik dan merit penting kes tanpa mengambil kira bidang teknikal dan undang-undang.”

Pada asasnya, mahkamah akan mengambil kira kebajikan pekerja yang dah dipecat secara tidak adil. Tapi apa yang anda kena ingat adalah, aduan tu mesti dibuat dalam tempoh 60 hari selepas dipecat. Kalau mahkamah dapati yang anda telah dipecat secara tidak adil, anda akan menerima manfaat-manfaat tertentu.

Pekerja yang dipecat secara tak adil berhak menuntut apa yang dinyatakan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980. Bagaimanapun, ada sesetengah syarikat yang mempunyai polisi dan peraturan mereka sendiri tentang faedah penamatan kerja. Jadi, apa yang terbaik periksalah dengan syarikat anda dulu.

Categories
Kerjaya

Contoh Surat Aduan Ke Jabatan Buruh Seandainya Anda Diberhentikan Kerja Tanpa Sebab Oleh Majikan Di Masa PKP

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia termasuk Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat dunia. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  banyak isu mengenai pekerjaan kita dapat lihat.

Banyak industri terjejas akibat daripada PKP dan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang banyak. PKP ini memberi impak kepada majikan dan pekerja sehinggakan ada pekerja yang diberhentikan dan diberi cuti tanpa gaji.

Namun sebenarnya majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja.

Bagi pekerja yang telah diberhentikan kerja sepanjang PKP ini tanpa sebab, anda boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan membuat surat aduan.

Berikut adalah contoh surat aduan yang boleh pekerja gunakan untuk membuat aduan ke JTK melalui email.

CONTOH SURAT ADUAN DIBERHENTIKAN KERJA

Anda boleh gunakan contoh draf surat di bawah untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja jika diberhentikan kerja oleh majikan tanpa sebab.

Anda boleh juga tambah lagi maklumat yang perlu anda kemukakan dan padam apa yang tidak perlu di dalam surat tersebut.

Setelah anda sediakan surat aduan seperti di atas dan save dalam bentuk PDF, hantar ke alamat email [email protected]  Lampirkan sekali dengan Offer Letter/Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong, Email oleh majikan mengenai Unpaid Leave atau apa-apa dokumen yang boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi idea kepada anda untuk membuat surat aduan kepada JTK jika anda diberhentikan kerja tanpa sebab. Ingat, majikan tidak selalunya betul. Walaupun kuasa mereka lebih besar, kita juga mempunyai hak untuk bersuara kerana tindakan memberhentikan kerja ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.

Categories
Kerjaya

Jana RM3,000 Sebulan Sebagai Freelancer Dengan Top 5 Pekerjaan Ini

Apa itu kerja freelance? Freelance ini ditafsirkan sebagai seseorang yang bekerja di atas kaki sendiri iaitu berdikari dan tidak terikat dengan komitmen mana-mana majikan.

Kerja ini biasanya melibatkan pelbagai bidang seperti penulisan, penerbitan, novelis, skrip, jurnal gambar, aturcara, pengurusan, dan bermacam lagi.

Dengan kemahiran yang anda ada, anda boleh mencari pendapatan secara sampingan atau tetap. Tidak mustahil untuk anda dibayar secara lumayan selagi hasil kerja anda ditonton umum kerana anda biasanya anda dibayar royalti.

Ketahui 5 Top kerja freelance ini yang boleh menjana pendapatan sehingga RM3,000 mengikut kemahiran yang anda ada.

5 TOP FREELANCE PENDAPATAN LUMAYAN

1. Photographer/ Videographer

Pendapatan bagi kerja freelance ini boleh mencecah sehingga RM20,000 jika anda mendapat kerja bagi majlis perkahwinan, event dan sebagainya. Jika anda rajin mempromosikan hasil kerja anda di platform Facebook, Instagram dan Twitter, semakin mudah untuk anda memperoleh pelanggan.

Keuntungan lagi mudah diperoleh jika tibanya musim perkahwinan seperti setiap hujung tahun iaitu bersamaan dengan cuti sekolah yang panjang. Pasti ramai yang memerlukan photographer untuk majlis perkahwinan mereka. Anda hanya perlukan kemahiran untuk tangkap gambar serta camera yang bagus untuk shooting.

Tak tahu nak mula bisnes fotografi bukan masalah. Anda boleh dapatkan panduan memulakan bisnes fotografi di bawah:

5 Cara Lain Buat Duit Melalui Fotografi Selain Dari Gambar Wedding

KLIK UNTUK ORDER EBOOK PANDUAN BISNES FOTOGRAFI

2. Pemandu Grab

Ramai yang tidak tahu sebenarnya menawarkan perkhidmatan Grab ini sebenarnya mampu meraih pendapatan yang lumayan iaitu sehingga RM4,500 sebulan. Sebagai contoh jika anda memperoleh RM150 sehari, maka sebulan pendapatan anda boleh mencecah RM4,500.

Lebih untung jika anda tawarkan perkhidmatan ini di kawasan bandar di mana ramai yang memerlukan pengangkutan untuk ke sesuatu tempat. Waktu yang sesuai juga dapat menjadi faktor peningkatan pendapatan anda.

3. Agen Dropship

Menjadi agen dropship ini sesuai bagi yang berminat untuk berniaga. Dropship adalah seseorang yang berada di bawah agent/stokis di mana anda tidak perlu memegang atau menyimpan barang-barang yang dijual. Anda hanya perlu membantu dalam mempromosikan secara online atau offline dan mendapat keuntungan melalui setiap barang yang anda jual.

Menjadi dropship ini adalah mudah kerana anda tidak perlukan modal tetapi anda hanya perlukan internet, elektrik dan masa. Semakin rajin anda mempromosikan barang, semakin banyak keuntungan yang akan anda perolehi.

Ok tak tahu nak promote produk dropship juga kini bukan masalah, anda boleh terus sahaja join channel Telegram UNICO melalui pautan di bawah.

CHANNEL DROPSHIP MUDAH

4. Programmer

Kerjaya sebagai Programmer adalah salah satu kerjaya yang agak tinggi dan ada ‘class’ dalam bidang IT. Kerjaya ini memang menjanjikan gaji yang lumayan lagi-lagi kalau anda dah expert dalam Programming dan boleh digelar senior Programmer.

Tetapi jika anda ingin menjadi seorang Programmer anda mestilah seorang yang jenis suka menyelesaikan masalah, suka mencipta sesuatu dan paling penting anda perlu suka bekerja dengan komputer.

5. Wedding Planner

Jika anda seorang yang kreatif dan suka menghias, anda boleh mulakan kerjaya anda sebagai Wedding Planner. Tugas utama Wedding Planner adalah sebagai koordinator atau penyelaras sesebuah majlis perkahwinan.

Mungkin dahulunya peranan Wedding Planner ini hanya digunakan oleh golongan atasan yang berpendapatan tinggi atau golongan VVIP sahaja. Namun sekarang khidmat Wedding Planner telah banyak diguna pakai oleh pelbagai golongan.

Sangat untung jika anda lakukan perkhidmatan ini tambahan pada musim perkahwinan!

Sebenarnya pendapatan dalam bekerja sebagai freelance ini adalah berdasarkan kerajinan individu itu sendiri. Semakin rajin anda mendapatkan pelanggan, semakin banyaklah untung yang diperoleh. Gunakan kemahiran anda sebaiknya dalam menambah pendapatan. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Categories
Kerjaya

4 Nikmat Bekerja Sendiri Yang Tak Akan Dapat Dirasai Oleh Orang Yang Makan Gaji

Setiap kerjaya sama ada kerja kerajaan, kerja swasta dan bekerja sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada minat dan rezeki individu untuk memilih sektor mana yang lebih sesuai dengan dirinya.

Menjadi cita-cita setiap orang untuk bekerja sendiri kerana banyak kelebihannya lebih-lebih lagi bagi yang tidak suka bekerja dibawah arahan orang. Bekerja sendiri sama sekali tidak seperti bekerja makan gaji. Malah bekerja sendiri ini banyak kelebihan yang orang makan gaji tidak akan dapat merasakannya.

Untuk memulakan kerjaya anda sendiri, anda perlukan mental yang kuat kerana hanya anda yang berfikir dan merancang bagaimana mahu menggunakan modal untuk permulaan perniagaan anda dengan sebaiknya. Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat.

Namun apa yang pasti adalah bekerja sendiri lebih seronok berbanding bekerja di bawah orang. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelebihan bekerja sendiri berbanding makan gaji.

KELEBIHAN BEKERJA SENDIRI

1 Kurang Tekanan Kerja

Antara kelebihan bekerja sendiri adalah tekanan kerja lebih kurang berbanding bekerja dibawah orang lain. Apabila bekerja sendiri, setiap kerja yang dilakukan bergantung kepada keputusan sendiri.

Oleh kerana itu, kerja yang anda lakukan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan tenang kerana kita bebas untuk membuat keputusan. Untuk jadi seorang yang lebih bersistematik, anda harus membuat satu jadual kerja supaya masa anda jadi lebih teratur. Barulah kerja yang dilakukan akan jadi lebih menyeronokkan nanti.

2 Tiada Had Waktu Bekerja

Bekerja sendiri menjadikan masa kerja anda lebih flexible kerana anda bebas bekerja mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Tidak sama seperti bekerja makan gaji yang perlu mengikut waktu pejabat iaitu lebih kurang lapan jam sehari.

Anda boleh bekerja kurang atau lebih dari waktu lapan jam tersebut setiap hari. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada orang yang bekerja sendiri. Anda juga boleh berehat bila anda ingin beristirehat, dan pergi bercuti pada bila-bila masa yang anda mahu untuk menenangkan fikiran dari memikirkan hal kerja buat sementara waktu.

Tidak perlu meminta kebenaran sesiapa untuk bercuti.

3 Kerja Lebih, Dapat Lebih

Bagi yang rajin bekerja tanpa mengira masa sudah tentu menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan. Kalau malas, sedikit lah hasil pendapatannyanya. Pendapatan adalah berdasarkan kerajinan seseorang individu. Oleh itu, semangat dan keyakinan yang tinggi diperlukan dalam setiap tugas yang dilakukan.

Jika anda bersungguh-sungguh dan ikhlas tidak kira di awal atau sewaktu anda telah berjaya dengan kerjaya anda sendiri, pendapatan anda akan meningkat dengan baik dan semangat anda akan semakin membara untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.

4 Mendapat Kepuasan

Apabila pekerjaan yang dilakukan mendatangkan hasil yang lumayan, anda akan merasa puas kerana keuntungan itu adalah dari hasil titik peluh anda sendiri. Tambahan pula, kerja yang anda lakukan adalah sesuatu yang anda suka dan anda pakar dalam melakukannya. Pasti tiada erti lelah!

Anda akan rasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam dunia pekerjaan anda sendiri dengan adanya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam diri sendiri.

Tidak kisahlah jika anda bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan. Apa yang penting adalah keselesaan dan anda seronok dalam melakukan kerja anda. Barulah kurang tekanan kerja. Bekerja dengan majikan pun bukannya semua memberi tekanan. Ada juga tempat kerja yang memberi keselesaan dan tekanan yang kurang. Kena ingat, bekerja sendiri mungkin mempunyai banyak kelebihan tetapi untuk menjayakannya tidak mudah. Selamat maju jaya!

Categories
Kerjaya

Elak Guna 8 Jenis Gambar Ini Di Profile LinkedIn Anda

Jika anda berhasrat untuk mencari kerja melalui LinkedIn, first impression bakal majikan terhadap profil LinkedIn anda sangatlah penting. Bagi yang memiliki kerjaya profesional, anda perlu memastikan profil LinkedIn anda pada tahap yang bagus dan gambar adalah perkara penting yang wajib anda tahu jaganya. Jangan main letak sahaja!

Untuk pengetahuan anda, LinkedIn tidak akan mempamerkan gambar anda jika ada meletakkan gambar yang tidak profesional. Dalam memuat naik gambar dalam profil LinkedIn juga ada syaratnya. Contohnya gambar yang tidak menampakkan bahagian muka, LinkedIn tidak akan mempamerkannya.

Ingat, LinkedIn bukan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ya! Berikut adalah 8 jenis gambar yang perlu anda elakkan daripada letak di profil LinkedIn anda.

8 JENIS GAMBAR YANG PERLU DIELAKKAN LETAK DI LINKEDIN

1. Gambar Penuh

Anda tidak perlu pun meletakkan gambar penuh dari kepala hingga ke kaki. Cukuplah sekadar menampakkan muka sehingga atas dada sedikit seperti mana gambar passport anda. Elakkan juga gambar yang mempamerkan profile yang tidak senonoh.

2. Gambar Separuh Badan/Muka

Jangan sesekali crop bahagian muka anda untuk gambar profil tersebut. Pastikan muka anda penuh di dalam gambar tersebut. Ini akan menujukkan bahawa anda seorang yang serius dan sebahagian dari pengguna LinkedIn yang profesional.

3. Gambar Selfie Di Hadapan Cermin

Gambar seperti ini hanya sesuai untuk media sosial sahaja bukan di LinkedIn. Ini akan membuatkan anda nampak sangat amatur dan tidak matang dalam LinkedIn, tak kiralah kalau anda memakai baju jenama Hugo Boss atau apa apa pun yang anda rasa hebat. Jangan salah platform!

4. Gambar Dengan Filter Yang Melampau

Kalau anda kurang berkeyakinan tanpa filter, ambillah filter yang biasa dan tidak terlalu ketara sahaja. Kalau boleh tak perlu gunakan apa apa filter pun, sekiranya untuk LinkedIn. Bakal majikan dan klien anda ingin melihat wajah anda yang sebenar, bukannya kerana filter.

5. Gambar Yang Menunjukkan Anda Tertekan

Jangan sesekali muat naik gambar profil anda dengan menunjukkan muka anda yang anda sedang tertekan atau emosional. Lagi baik jika anda muat naik gambar yang menunjukkan anda gembira dan senyum. Apa yang anda perlukan cumalah senyuman untuk pesaing anda untuk menampakkan anda yakin dan bersemangat kuat. Itu yang penting.

Jangan pula gambar anda gembira seperti menang cabutan bertuah!

6. Gambar Yang Blur

Jika anda hanya ada gambar yang blur sebagai pilihan, anda boleh edit gambar anda dengan menggunakan ‘Sharpening’ di Photoshop. Sekiranya gambar itu masih tidak bagus dan tidak jelas, lebih baik disarankan untuk tukar sahaja dengan gambar yang lebih baik.

7. Gambar Bersama Haiwan

Peringatan penting! Jangan sesekali muat naik gambar anda dengan haiwan peliharaan anda, melainkan anda seorang veterinar. Tak kiralah macam mana anda suka dan sayang haiwan anda, LinkedIn bukanlah tempat yang sesuai. Cuma gambar anda yang penting.

8. Gambar Tanpa Muka/Gambar Bayang-bayang

Gambar seperti ini membuatkan kita nampak pelik dan kurang keyakinan dalam diri sendiri kerana kelihatan bersembunyi disebalik nama sendiri.

Anda akan rugi kerana tidak meletakkan gambar anda. LinkedIn sendiri pernah mengatakan bahawa sekiranya anda meletakkan gambar anda sendiri, pengguna lain akan 7 kali lebih tertarik dengan profil anda. Jadi tak perlulah gunakan gambar default LinkedIn (bayang bayang sahaja) sebagai gambar profil anda.

Sekian sahaja 8 jenis gambar yang anda tidak patut muat naik di profil LinkedIn anda. Jika anda dapati anda melakukan salah satu kesalahan seperti di atas, tukarlah dengan segera. Semoga tips ini mampu membantu anda menjadikan profil anda kelihatan lebih profesional. Selamat maju jaya!

Categories
Kerjaya

Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Nak Jadi Akauntan Bertauliah

Bidang Perakaunan merupakan salah satu bidang yang sangat terkenal dalam kalangan kita. Maklumlah, pasti anda semua sudah difahamkan bidang perakaunan akan menjamin kerjaya yang lebih cerah berbanding bidang lain.

Memang betul, perakaunan merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi akauntan bertauliah bagi yang berhasrat untuk teruskan perjalanan dalam bidang perakaunan.

KERJAYA AKAUNTAN

Untuk menjadi seorang akauntan bukannya mudah. Calon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda dan ke atas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Jika anda berhasrat untuk teruskan kerjaya sebagai akauntan bertauliah, ada beberapa laluan yang perlu anda lalu antaranya adalah lulus Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan banyak lagi.

TIPS BERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN BERTAULIAH

1) Jangan Berhenti Setakat Ijazah

Sekiranya anda adalah pelajar dalam bidang Perakaunan dari mana-mana universiti di dalam atau luar negeri, jangan berhenti setakat segulung Ijazah sahaja. Ia tidak mencukupi. Teruskan pengajian anda hingga ke peringkat Tauliah Professional dari badan perakaunan antarabangsa seperti CIMA, ACCA, ICAEW, CPA dan sebagainya.

2) Kuasai Bahasa Inggeris

Pastikan anda dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana semua ilmu perakaunan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya anda tidak faham bahasa ini, tentulah sukar untuk memahami dan menjawab soalan peperiksaan.

3) Mendaftar Dengan MIA & Lulus Peperiksaan

Untuk bergelar sebagai ‘Akauntan’, pastikan anda mendaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Barulah anda boleh mendapat pengiktirafan ‘CA (M)’ selepas nama anda.

Ahli MIA ni ada beberapa kelebihan salah satunya dalam sektor awam ni kalau dapat jawatan dalam kumpulan penguran dan profesional tangga gaji permulaan adalah lebih tinggi daripada orang lain sebab dalam kategori ahli badan yang diiktiraf.

4) Rancang Sumber Kewangan Untuk Yuran

Anda perlu tahu bahawa Yuran pengajian untuk peringkat Tauliah Professional global adalah pelaburan yang agak besar, terutamanya kerana faktor mata wang asing. Misalnya, yuran peperiksaan dan keahlian untuk CIMA dan ACCA ialah dalam Pound Sterling.

Jadi, anda perlu merancang sumber kewangan dari awal agar tidak kecewa di kemudian hari. Setengah syarikat korporat besar memberi bantuan kewangan khas atau biasiswa kepada pekerja untuk meneruskan pengajian di peringkat professional.

5) Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kata-Kata Negatif

Ramai di sekeliling kita asyik sebut-sebutkan bahawa bidang perakaunan susah dan nak lulus CIMA/ACCA/ICAEW bukan satu benda yang mudah. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata negatif sebegitu. Setiap kebolehan orang adalah berbeza-beza.

Mungkin anda mempunyai kebolehan yang lebih hebat dalam kuasai bidang ini? Yakin dengan diri sendiri boleh lakukan. Anda pasti boleh mencapai impian untuk menjadi Akauntan Bertauliah dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda yang berasrat untuk terus pergi jauh dalam bidang akauntan.

Categories
Kerjaya

Jenis-jenis Bidang Kejuruteraan Yang Ada Dan Peluang Kerjaya

Selain daripada kerjaya sebagai seorang doktor, jurutera juga merupakan antara kerjaya popular yang sering menjadi sebutan dan idaman pelajar-pelajar sekolah semasa mencari kerjaya yang sesuai buat mereka. Namun tak semua tahu jenis bidang-bidang dalam kejuruteraan yang ada dan peluang kerjaya dalam bidang ini.

Bukan sahaja pelajar sekolah, ada juga pelajar universiti yang masih keliru jenis bidang ini. Ada yang menganggap semua bidang dalam kejuruteraan ini sama sahaja. Sebenarnya salah, setiap bidang kejuruteraan adalah berbeza, peluang kerjaya juga berbeza!

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis bidang kejuruteraan yang ada dan peluang kerjaya dalam bidang ini, ikuti perkongsian di bawah.

APA ITU KEJURUTERAAN?

Kejuruteraan adalah satu perniagaan. Perniagaan wujud disebabkan ada permintaan. Semakin tinggi permintaan, sesebuah syarikat pun semakin banyak dapat projek dan untuk siapkan projek akan memerlukan pekerja dengan tugas dan kepakaran yang tersendiri.

Contohnya untuk projek membina rumah bandar baru, sudah tentu dalam bandar tersebut perlu dibina kemudahan seperti bangunan, jalanraya, sistem pengairan, sistem pengagihan elektrik, stesen minyak dan fasiliti lain-lain. Pembinaan semua itu memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan yang berbeza-beza

JENIS BIDANG KEJURUTERAAN & KERJAYA

Bidang kejuruteraan terbahagi kepada 4 cabang utama iaitu Civil Engineering, Electrical Engineering, Mechanical Engineering dan Chemical Engineering.

Kejuruteraan Sivil (Civil Engineering)

Civil Engineering atau Kejuruteraan Sivil Ini fokus kepada tugas berkaitan rekabentuk,  membina dan selenggara bangunan dan infrastruktur seperti jalanraya, lebuhraya, terowong, landasan keretapi, jambaran, jejantas, sistem pengairan, empangan dan lain-lain

Kerja dalam bidang ini berhadapan dengan faktor-faktor seperti cuaca, bentuk muka bumi, kekuatan tanah, pihak berkuasa tempatan dan orang awam. Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya seperti objek-objek yang jatih dari tempat tinggi, bahan atau peralatan yang tidak disimpan atau dikendalikan dengan betul.

Peluang Kerjaya Dalam Civil Enginnering:

  • Civil Engineer,
  • C&S Engineer,
  • Site Engineer,
  • Site Supervisor,
  • COW atau Clerk of Works,
  • Safety Officer,
  • Planners,
  • M&E Engineers,
  • General Workers
  • Dan sebagainya.

Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)

Kejuruteraan Elektrik pula focus kepada rekabentuk, membangunkan, menguji dan memantau kerja-kerja membuat atau menyelenggara sistem serta peralatan elektrikal. Antara perkara dalam kehidupan seharian berkaitan kejuruteraan elektrik adalah bekalan elektrik, sistem penghantaran elektrik, sistem pengagihan elektrik, control system, electronic devices, semiconductor dan computer.

Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah kepada renjatan elektrik yang mengancam nyawa.

Peluang Kerjaya Dalam Kejuruteraan Elektrik:

  • Electrical Engineer,
  • M&E Engineer,
  • Automation Engineer,
  • System Engineer,
  • Chargeman, Wireman,
  • Electrician
  • Dan sebagainya

Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)

Mechanical Engineering pula focus kepada rekabentuk, membangunkan, memasang, menguji dan selenggara sistem atau peralatan mekanikal.

Contoh dalam kehidupan seharian seperti enjin kenderaan, sistem paip, tangki, pump, compressors, blowers, pendingin hawa, sistem melawan kebakaran, mesin kilang, pembuatan besi dan lain-lain. Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah pada bahaya akibat kegagalan mesin, kecuaian dan kesilapan pada sistem mekanikal tersebut.

Peluang kerjaya Dalam Kejuruteraan Mekanikal:

  • Mechanical Engineer,
  • Automotive Engineer,
  • Maintenance Engineer,
  • Design Engineer,
  • Mechanical Supervisor,
  • Boilerman, Technician,
  • Fitter, Welder,
  • Foreman,
  • Inspector
  • Dan sebagainya

Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)

Chemical Engineering pula focus kepada rekabentuk, memasang, selenggara dan memantau sistem pengeluaran atau penghasilan produk-produk kimia. Lebih focus kepada pemprosesan contoh macam proses minyak mentah, gas asli, ammonia, acrylic monomers, alcohols, butanediol, acid, aroma ingredients dan sebagainya. Oil & Gas atau Petroleum juga termasuk bawah kategori Chemical Engineering ini.

Menekankan aspek keselamatan supaya pekerja atau pengguna tidak terdedah kepada bahaya bahan kimia yang bersifat menghakis, mudah terbakar, meletup, merosakkan sistem pernafasan dan lain-lain.

Peluang Kerjaya Dalam Chemical Engineering:

  • Chemical Engineer,
  • Process Engineer,
  • Production Engineer,
  • R&D Engineer
  • Dan sebagainya

KAITAN 4 BIDANG KEJURUTERAAN INI

Adakah keempat-empat bidang kejuruteraan ini ada kaitan antara satu sama lain? Jawapannya adalah, YA ada kaitan. Contohnya natural gas di Malaysia ini.

  1. Telaga minyak digali di tengah laut untuk keluarkan natural gas. Ini melibatkan kejuruteraan Petroleum.
  2. Kemudian natural gas tu akan mengalami proses separation, sweetening, dehydration, removal of heavy hydrocarbon, liquefaction sampai ke onshore terminal akan mengalami regasification pula. Ini melibatkan kejuruteraan kimia
  3. Komponen-komponen yang terlibat dengan penghasilan, proses dan penghantaran natural gas sehingga ke stesen janakuasa seperti piping, valves, compressors, pumps, storage tank, pipeline, turbine dan lain-lain melibatkan kejuruteraan mekanikal
  4. Bila natural gas sudah sampai di stesen janakuasa, pusingkan turbine, pusingkan generator hasilkan tenaga elektrik, kemudian tenaga elektrik dinaikkan voltan oleh step-up transformer lalu Sistem Grid Nasional, sistem agihan elektrik, pencawang dan lain-lain melibatkan kejuruteraan elektrikal
  5. Sepanjang nak hantar tenaga elektrik melalui Sistem Grid Nasional sampai kepada industri dan pengguna, memerlukan infrastruktur seperti Pylon atau kita panggil tiang elektrik tinggi besar itu melibatkan kejuruteraan awam

Nampak tak kaitan keempat-empat bidang tersebut? Semoga perkongsian ini dapat memberikan maklumat yang lengkap berkaitan bidang kejuruteraan yang ada beserta tugas-tugas setiap bidang ini. Bagi pelajar SPM yang berhasrat untuk sambung pengajian dalam bidang ini, pastikan anda yakin dengan diri anda untuk minat dengan bidang tugas ini.

Selamat maju jaya!

Sumber