Categories
Kerjaya Resume

Apakah Perbezaan Antara Resume, Biodata Dan CV Anda Perlu Tahu Sebelum Hadiri Temuduga

Adalah penting buat anda yang akan menghadiri temuduga untuk membawa dokumen-dokumen yang berkaitan semasa temuduga. Salah satu dokumen yang selalunya disuruh oleh majikan untuk anda bawa adalah resume.

Baca: 10 Dokumen Yang Perlu & Tidak Perlu di Bawa Semasa Temuduga

Pastikan anda tahu apa sebenarnya resume. Hal ini kerana sesetengah daripada orang yang menghadiri temuduga terkeliru antara resume, biodata dan juga Curriculum Vitae (CV). Kekeliruan ini akan menyebabkan anda membawa dokumen dengan format yang salah.

Sebagai contoh, syarikat meminta anda membawa resume sebagai rujukan mereka tetapi malangnya anda membawa CV kerana anda menyangka CV tersebut adalah resume.

Perkara ini sering terjadi kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak memahami apa itu resume, CV dan juga biodata serta tidak dapat membezakan ketiga-tiga dokumen ini.

Kesan daripada tersalah membawa dokumen yang diperlukan bakal menjejaskan emosi penemuduga. Penemuduga berkemungkinan akan menganggap anda tidak serius dalam memohon kerja tersebut kerana tidak membawa apa yang mereka inginkan.

Jadi, pastikan anda memahami perbezaan antara ketiga-tiga dokumen ini dan membawa dokumen yang sepatutnya disuruh bawa oleh majikan semasa temuduga kelak. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan perbezaan antara resume, CV dan biodata yang anda wajib tahu. Contoh resume, CV dan biodata turut akan kami sertakan.

RESUME

Resume membawa erti ringkasan dan berasal daripada Bahasa Perancis. Jadi, resume ini haruslah ringkas, seringkas yang mungkin. Resume harus menunjukkan maklumat yang padat tetapi ringkas. Resume juga memaparkan ringkasan tentang kemahiran, pendidikan dan juga maklumat pekerjaan seseorang.

Resume ini biasanya perlu dibawa semasa anda hendak memohon kerja. Semasa temuduga juga, resume perlu dibawa. Konsep resume adalah lebih pendek lebih bagus. Panjang resume pula adalah antara satu hingga dua muka surat.

BIODATA

Biodata berasal daripada bahasa Inggeris iaitu “biographical”. Biodata lebih merujuk kepada maklumat peribadi seseorang contohnya seperti nama, umur, taraf perkahwinan, status, agama, bangsa dan lain-lain.

Mungkin tiada masalah bagi anda untuk mengenali biodata kerana kebanyakan daripada anda sudah terbiasa dengan biodata sejak di bangku sekolah. Kebanyakan biodata berbentuk ‘point form’ dan hanya satu muka surat. Berikut merupakan contoh biodata.

CURRICULUM VITAE (VC)

Berdasarkan kajian, ramai daripada calon yang menghadiri temuduga sering tersilap antara CV dan resume dan kurang bermasalah dengan biodata. CV bermaksud perjalanan hidup dan berasal daripada bahasa Latin.

CV lebih kurang resume juga tetapi maklumat yang terdapat dalam CV lebih terperinci. CV juga lebih panjang daripada resume iaitu antara 2 hingga 3 muka surat atau lebih panjang berdasarkan kepada pencapaian seseorang itu.

PERBEZAAN UTAMA ANTARA RESUME DAN CV

Berikut kami ringkaskan perbezaan utama antara resume dan juga CV bagi memudahkan pemahaman anda. Antara perbezaan utamanya adalah seperti berikut.

  1. Maklumat dalam resume ditulis secara ringkas tetapi maklumat dalam CV ditulis secara lengkap dan berstruktur.
  2. Panjang resume hanya 1 hingga 2 muka surat atau kurang manakala panjang CV adalah antara 2 hingga 3 muka surat atau lebih.
  3. Maklumat dalam CV merangkumi semua pengalaman dan pencapaian professional dan disusun mengikut kronologi manakala maklumat dalam resume hanya melibatkan pencapaian berkaitan dengan jawatan.
    CV dihantar tanpa cover letter manakala resume dihantar bersama cover letter.

Pihak kami berharap semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda dalam membezakan antara ketiga-tiga dokumen ini iaitu CV, resume dan juga biodata.

Pastikan anda tidak lagi tersilap membawa dokumen yang diarahkan semasa temuduga. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dalam temuduga anda.

Categories
Temuduga

Tips Temuduga Video Online Yang Win Untuk Anda Follow Jika Dipanggil Temuduga Secara Online

Temuduga Video Online

Pernahkah anda melalui sesi temuduga yang diadakan secara video online?

Jika tidak pernah, kebarangkalian untuk anda ditemuduga secara video online mungkin ada kerana pada masa kini semuanya boleh berlaku.

Tambahan pula dengan situasi pandemik yang melanda dunia sekarang. Jadi sebagai pencari kerja anda perlu bersedia sebaik mungkin.

Sedikit perkongsian maklumat berkaitan temuduga video online sebagai info persediaan anda.

Tips Temuduga Video Online

Terdapat beberapa tips yang boleh anda gunakan sebelum anda melalui sesi temuduga secara video online. Antara tips tersebut adalah seperti :

1. Ketahui Aplikasi Atau Platform Video

Sebelum anda menghadapi temuduga, anda perlu tahu beberapa aplikasi atau platform yang mungkin digunakan oleh pihak penemuduga. Antara aplikasi tersebut adalah :

  • Zoom
  • Skype
  • Google Meet / Hangouts
  • Microsoft Teams
  • Lain-lain

Masa yang diperuntukkan untuk setiap temuduga adalah :

  • Bawah 30 minit
  • Antara 30 minit hingga 1 jam
  • Lebih daripada 1 jam

2. Buat Perancangan

Buat persediaan temuduga anda dengan baik. Bersedia daripada segi mental dan fizikal terutamanya dalam penyediaan jawapan yang perlu anda jawab kepada penemuduga.

Selain daripada itu, persediaan yang penting perlu anda lakukan adalah memeriksa kamera web dan mikrofon anda. Pastikan kedua peralatan tersebut berfungsi dengan baik sebelum anda menghadapi temuduga.

Anda juga perlu memeriksa liputan internet anda berada dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada internet anda tersekat dan menyebabkan temuduga anda terganggu. Sekiranya liputan internet tidak begitu baik di kawasan anda, anda boleh keluar dan dapatkan liputan internet yang baik di tempat yang lain.

3. Periksa Background

Sebelum hari temuduga video online tiba, cuba dahulu latar belakang video online anda. Pastikan anda menggunakan latar belakang yang bersesuaian dan tidak bersepah. Anda boleh halakan kamera video anda ke arah dinding yang kosong.

Anda juga boleh menggunakan setting background yang ada di dalam aplikasi video online Pilih background yang sesuai untuk digunakan semasa sesi temuduga anda.

Pakaian Semasa Temuduga Video Online

Untuk temuduga video online ini, pakaian yang boleh dipakai ialah :

  • Pakaian Formal
  • Pakaian separuh formal atau formal kasual
  • Kasual

Semua pakaian di atas adalah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Perkara Yang Perlu Elak Ketika Temuduga

Semasa temuduga dijalankan, elakkan beberapa perkara seperti :

  • Background yang berserabut dan kotor. Pastikan meja dan kawasan persekitaran anda bersih dan kemas.
  • Pencemaran bunyi yang tidak diingini seperti bunyi mesin rumput, mesin vacuum, bunyi ekzos kenderaan, salakan anjing, bayi menangis, muzik yang bising. Segala gangguan bunyi ini akan menyebabkan temuduga anda terganggu.
  • Gangguan pop up email dan mesej daripada telefon yang masuk bertalu-talu akan mengganggu temuduga anda. Ia akan menyebabkan anda hilang fokus untuk temuduga.
  • Jangan ketuk pen atau meja anda ketika temuduga. Ini kerana mikrofon yang digunakan adalah jenis sensitif pada bunyi. Penemuduga akan mendengar bunyi tersebut dan rasa terganggu.
  • Kurangkan penggunaan body language terutamanya penggunaan tangan. Sekiranya liputan internet anda ada gangguan dan lag time, ia akan menyebabkan pergerakan tangan anda akan memburukkan suasana temuduga anda.

Jadikan Anda Sebagai Calon Yang Sesuai

Melalui temuduga video online ini, anda boleh praktikkan beberapa perkara ini untuk menjadikan anda adalah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

  • Jawab soalan yang diajukan. Sama seperti temuduga biasa, penemuduga akan mengajukan soalan berkaitan jawatan yang ditawarkan mengikut deskripsi tugasan. Jawab soalan dengan jawapan yang paling terbaik daripada. Pastikan jawapan anda bertepatan dan sepadan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Tunjukkan kreativiti. Dalam jawapan anda, ceritakan pengalaman yang menunjukkan bahawa anda dapat melaksanakan pekerjaan yang diperlukan.
  • Bersedia. Pastikan anda memakai pakaian yang betul dan praktikkan jawapan anda. Mungkin penemuduga akan merakam temuduga bersama anda supaya mereka dapat melihat semula kelebihan dan menjadikan anda calon yang sesuai.
  • Mempunyai resume dan permohonan. Walaupun temuduga dilakukan melalui video online, anda masih lagi perlu menghantar resume dan permohonan melalui emel. Pastikan semua maklumat yang diberikan melalui resume sama dengan apa yang anda persembahkan semasa proses temuduga.

Gunakan tips ini sekiranya anda bakal melalui sesi temuduga secara video online. Tidak jauh perbezaannya berbanding temuduga biasa cuma menggunakan teknologi yang terkini dan ia memudahkan kedua pihak untuk hadapi temuduga. Semoga berjaya.

Categories
Temuduga

Bawa Nota Semasa Temuduga. Adakah Ianya Perlu?

Bawa Nota Semasa Temuduga

Membawa nota semasa temuduga sebenarnya boleh sekiranya bersesuaian dengan bentuk temuduga itu sendiri. Ia juga menunjukkan anda mempunyai beberapa persiapan untuk menghadapi temuduga anda.

Apakah nota yang sesuai dibawa ketika sesi temuduga nanti?

Untuk ketahui nota yang sesuai dibawa semasa temuduga, baca perkongsian ini sehingga habis untuk dapatkan maklumat seterusnya.

Nota Yang Boleh Dibawa Semasa Temuduga

Ikuti garis panduan jenis nota yang boleh dibawa ketika temuduga anda seperti :

1. Senarai Soalan Kepada Penemuduga

  • Anda boleh membawa nota ketika temuduga sekiranya mengandungi soalan yang anda ingin tanyakan kepada penemuduga.
  • Anda mungkin juga boleh senaraikan soalan mengenai maklumat syarikat yang anda tidak temui ketika anda cuba dapatkan maklumat yang berkaitan sebelum temuduga.
  • Ini menunjukkan anda seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk belajar mengenai pekerjaan dan syarikat yang bakal anda bekerja nanti.

2.  Salinan Resume 

  • Sediakan beberapa salinan resume untuk diberikan kepada penemuduga anda.
  • Anda juga boleh mengambil nota ringkas mengenai perkara-perkara yang ingin anda ketengahkan atau bincangkan semasa temuduga anda.
  • Sentiasa merujuk kepada resume atau CV semasa temuduga juga dapat membantu anda untuk fokus pada kelayakan dan pengalaman yang relevan dengan deskripsi tugas dan kehendak bakal majikan.

3. Point Perbincangan

  • Gunakan nota sebagai point untuk anda membincangkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarikat sekiranya sesuai.
  • Anda juga boleh jadikannya sebagai satu cara untuk menyenaraikan solusi bagi sesuatu masalah yang anda ketahui dan boleh dirujuk sekiranya ia dibangkitkan oleh penemuduga.

Nota jenis ini sangat bermanfaat kerana menunjukkan bukan sahaja anda telah melakukan penyelidikan tetapi turut mengambil inisiatif untuk mengenal pasti cara-cara yang dapat membantu syarikat. Ini menunjukkan semangat dan persiapan anda untuk bekerja di syarikat tersebut.

4. Senarai Soalan Mengenai Pekerjaan

  • Ia juga sangat bermanfaat untuk membawa senarai soalan yang ingin anda tanyakan kepada penemuduga.
  • Anda mungkin ditanya jika anda mempunyai pertanyaan untuk penemuduga dan merujuk kepada senarai perkara yang anda ingin ketahui mengenai syarikat itu serta maklumat tambahan mengenai pekerjaan tersebut.

5. Catat Maklumat Atau Soalan 

  • Anda boleh mencatat maklumat yang diberikan oleh penemuduga serta soalan yang dikemukakan agar anda lebih fokus dengan kehendak penemuduga.
  • Anda juga boleh menyemak semula maklumat yang diberikan oleh penemuduga sama atau tidak dengan maklumat yang anda dapati sebelum sesi temuduga. Ia akan menunjukkan anda adalah seorang yang teliti dan serius dengan tugasan anda terutamanya yang melibatkan fakta.

Baca juga : 10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga

Dokumen Selain Nota

Selain daripada nota senarai soalan, resume dan seperti yang diatas, anda juga boleh membawa :

  • Pen Dan Buku Catatan : Untuk menulis maklumat dan soalan yang dikemukakan oleh penemuduga kepada anda. Sangat sesuai sekiranya anda memohon pekerjaan berkaitan pentadbiran.
  • Portofolio Kerja : Ia bertujuan sebagai menunjukkan bukti mengenai kemahiran dan pengalaman kerja anda pada masa yang lalu. Ia menunjukkan anda seorang yang bermotivasi tinggi san bersemangat untuk berkongsi pencapaian anda dengan syarikat baru.
  • Senarai Rujukan Profesional : Jika anda tidak memasukkan senarai rujukan ke daalam resume anda, anda boleh membawa senarai rujukan dan ia merupakan satu persediaan sekiranya penemuduga meminta anda memberikan senarai rujukan kepada mereka.
  • Kad perniagaan / Business Card : Tahap profesional anda akan lebih terserlah apabila anda memberikan kad perniagaan anda kepada penemuduga sebelum atau selepas temuduga.

Jadi, boleh sahaja sekiranya anda ingin membawa nota bersama anda sekiranya anda menghadapi temuduga. Ini kerana ia mempunyai fungsi dan beberapa kebaikan yang memberi manfaat kepada anda. Semoga berjaya dalam temuduga anda nanti.

Categories
Temuduga

Cara Minta Cuti Dari Majikan Untuk Ke Tempat Interview Baru

Pergi Interview Pada Hari Bekerja

Walaupun anda sudah bekerja, sudah pasti anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan lain yang mempunyai kelebihan seperti bayaran gaji yang tinggi serta ia merupakan pekerjaan idaman anda. Ada juga yang memohon pekerjaan lain untuk meningkatkan mutu kerjaya serta ingin memperluaskan pengalaman kerjaya.

Apa sahaja alasan anda memohon pekerjaan yang lain, itu adalah pilihan yang terbaik buat anda.

Namun, bagaimanakah untuk menyatakan kepada majikan anda bahawa anda ingin pergi temuduga ditempat yang lain? Perlukah anda berterus terang atau anda berikan alasan lain yang tidak menimbulkan syak wasangka majikan kepada anda?

Melalui perkongsian ini, anda akan diberikan beberapa contoh yang sesuai untuk anda pergi temuduga tanpa mengganggu tugasan harian anda.

Jadual Kerja Fleksibel

Jika anda mempunyai jadual kerja yang fleksibel, ia agak mudah bagi anda untuk mengatur jadual temuduga anda. Namun anda harus ingat, temuduga yang diaturkan mungkin mengambil masa yang agak lama dan membuatkan anda masuk lewat ke pejabat.

Jadi, anda boleh memohon untuk masuk kerja separuh hari dengan memberikan beberapa alasan yang  kukuh seminggu sebelum anda membuat permohonan kerja separuh hari.

Mengambil Cuti 1 Hari

Anda juga boleh mengambil cuti satu hari untuk hadir temuduga. Jadi, anda tidak perlu memberikan alasan untuk pergi temuduga kepada bakal majikan anda. Pastikan anda membuat permohonan untuk bercuti seminggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Contoh Alasan

Berikut adalah beberapa contoh alasan yang sesuai digunakan sekiranya anda perlu menghadiri temuduga ketika waktu bekerja :

  • Saya ambil cuti selama 1 hari untuk percutian.
  • Saya masuk lewat selama 3 jam untuk uruskan persekolahan anak.
  • Saya perlu mengambil rakan di lapangan terbang.
  • Saya ada perkara kecemasan yang perlu diselesaikan segera.
  • Saya ada temujanji perubatan di klinik gigi.
  • Saya perlu pergi ke bank untuk menandatangani perjanjian.
  • Saya perlu bercuti untuk selesaikan beberapa masalah peribadi.

Anda mungkin perlu mengemukakan alasan yang berlainan sekiranya anda tahu akan terlambat atau ingin balik kerja lebih awal.

Perlukah Berlaku Jujur?

Berlaku jujur ketika memberikan alasan ketika waktu bekerja mungkin menyebabkan alasan anda tidak dapat diterima dan mungkin anda tidak dibenarkan untuk bercuti.

Anda tidak perlu memberikan alasan yang terperinci kerana apabila terlalu banyak alasan, majikan akan menganggap anda berbohong kepadanya.

Alasan Yang Perlu Dihindari

Terdapat beberapa alasan yang perlu anda hindari seperti :

  • Tayar kenderaan anda pancit. Ini kerana ia adalah alasan biasa yang selalu diterima oleh majikan sekiranya pekerja tidak mahu masuk bekerja sedangkan urusan menukar tayar tidak mengambil masa yang lama.
  • Laluan rumah ditutup oleh polis. Alasan ini sukar untuk diterima oleh majikan kerana zaman kini segala maklumat yang berkaitan dengan laluan serta lalu lintas akan diwar-warkan melalui media sosial dua atau tiga hari lebih awal.

Hantar Surat Permohonan Atau Emel

Anda perlu mohon terlebih dahulu kepada majikan anda sebelum anda bercuti. Pastikan anda menghantar surat atau emel secara formal dan profesional sebelum anda bercuti.

Ringkas Dan Profesional

Pastikan surat permohonan anda ringkas dan berbentuk formal untuk dihantar kepada majikan anda. Anda juga boleh memasukkan nama rakan setugas yang akan mengambil alih tugasan anda ketika anda bercuti untuk pergi temuduga.

Nyatakan Tarikh, Masa, Hari

Anda perlu menyatakan tarikh,masa dan hari ketiadaan anda serta anda perlu menyatakan tarikh, masa dan hari anda hadir semula bertugas. Ia adalah satu jaminan bahawa anda akan kembali bertugas setelah semua urusan anda selesai pada hari tersebut.

Hantar Seminggu Awal

Anda perlu menghantar surat permohonan cuti atau emel seminggu lebih awal untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti permohonan cuti anda ditolak oleh majikan. Sekurangnya anda boleh membuat persediaan dan memohon semula cuti dengan majikan anda.

Jalan yang terbaik untuk anda hadir temuduga dengan selesa dan tenang, seeloknya anda mengambil cuti separuh hari atau satu hari dan lalui sesi temuduga dengan tenang. Sekiranya anda mendapat pekerjaan tersebut, pastikan anda memberikan notis berhenti kerja di tempat lama dengan profesional serta mengikut terma dan syarat kontrak syarikat.

Categories
Temuduga

Hafal Soalan Dan Jawapan Ini Untuk Sesi Temuduga Inggeris Nanti

Temuduga Dalam Bahasa Inggeris?

Jangan risau sekiranya anda mendapat panggilan temuduga dan temuduga tersebut menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Anda boleh gunakan tips yang akan dikongsikan ini untuk sesi temuduga yang akan datang. Seterusnya hafal soalan dan jawapan ini . Sangat digalakkan sekiranya anda mempunyai soalan dan jawapan yang lain daripada perkongsian ini. Masukkan dalam senarai dan buat latihan persiapan.

Contoh Soalan Dan Jawapan Temuduga Bahasa Inggeris

1. Tell Me About Yourself

  • I’m really energetic and great communicator. Working in sales for two years helped me to build confidence and taught me the importance of customer loyalty.
  • I am punctual, dependable an can be counted upon to finish what I start.
  • I understand my customers’ needs.
  • I consider myself hardworking / reliable / dependable / helpful / outgoing / organised / honest / cooperative.

2. Why Did You Leave Your Previous Job

  • I’ve learned a lot from my current role, but now I’m  looking for a new challenge, to broaden my horizons and to gain a new skill-set. All of which I see the potential for in this job.
  • I’m looking forward to better opportunity to grow in job wise and financial wise. I want to learn more things, where am working.
  • I’m looking for a job where I can go grow with the company.
  • I’m looking for job that suits my qualifications.
  • I was laid off / made redundant, because the company relocated / downsized / needed to cut costs.

3. What Are You Currently Doing?

  • My work is important to me, so instead of rushing to accept the first thing that comes my way. I’m taking my time and being selective to make sure my next role is the right one.
  • I am working on several freelance projects, while actively job seeking.
  • I’m spending time being a stay-at-home mom and volunteering at my daughter’s school.
  • I’m taking some continuing education classes and seminars.

4. What Do You Find Most Rewarding About Being In Sales (Marketing, HR and So On)

  • I really enjoy making contacts ana spending time talking with people. The most rewarding part of being in sales, for me, is the time spent with customers, helping them make the right decision about a product.
  • I’m people person, I was always happiest-and most satisfied-when I was interacting with customers, making sure I was able to meet their needs and giving the the best possible customer experience.
  • I’d like to stay in a field related to training no matter what happens.
  • I was too interested in business. To work at a university, but I believe that teaching is somehow in my blood. I’ve been good at sales because I took  the time to educate my clients. Now I look forward to training the new hires.

5. What Are Your Strengths

  • I believe my strongest trait is my attention to detail. This trait has helped me tremendously in this field of work.
  • I’ve always been great team player. I’m good at keeping a team together and producing quality work in a team environment.
  • I’m an adaptable person. I work for three different managers, they have very different management styles and expectations of me. I am able to adjust my approach to meet each of their needs.

 6. What Are Your Weakness

  • I’ve never been very comfortable with public speaking which as you know, can be hindrance in the workplace. Realizing this was a problem, I asked my previous employer if I could enroll in a speech workshop and he said yes. I took the class anda was able to overcome my lifelong fear. Since then, I’ve given lots of presentations to audience of over a 100 high level executives.
  • I have had trouble in the past with planning and prioritization. However, I’m now taking steps to correct this. I just started using a pocket planner.
  • I might need to learn to be more flexible when things are not going according to plan. This is something I’m working on the moment.

7. Tell Me About A Difficult Situation You Have Faced

  • In my lost job I sometime had to find answers to IT questions. I would often go on internet and look for blogs on the topic I needed to learn about. I enjoy learning new things, so research is actually one of my hobbies.
  • I have faced a number of difficult situations, but the one that comes to mind now is (describe the situation). I was able to deal with it by assessing the situation, determining the possible different approaches and deciding on the most effective one. I had to remain unemotional and objective and focused on a solution.
  • I’m a perfectionist and I may be too hard on myself or my co-workers sometimes.

8. Where Do You See Yourself In 3-5 Years From Now

  • Although it is hard to predict the future, I sincerely believe that I will become a very good financial consultant. I believe that my abilities will allow me to excel to the point that I can seek other opportunities as a portfolio manager (the next step) and possibly even higher.
  • In five years I see myself as a valued employee of a company. I want to be an expert at my position and start training to be a manager.
  • My goal is to become a lead in five years. Although not everyone gets promoted to this level, I believe I can achieve this goal through hard work.

9. Why Should We Hire You?

  • I am fast learner, I had to learn a totally new operating system in my last job and I was up and running within a couple of weeks.
  • You require someone who can perform a wide range of administrative duties. I have a track record of carrying out these different tasks efficiently and successfully.
  • I have the right combination of skills and experience for this job. I also bring the additional quality of strong analytical and problem solving ability as shown by my introduction ao a more efficient work flow system at ABC Company.

Hafal dan buat latihan mulai hari ini untuk persediaan temuduga. Sentiasa yakin untuk bercakap dihadapan penemuduga dan sekiranya pengalaman kerja anda tidak sama seperti cadangan di atas, anda boleh ubah mengikut kesesuaian jawatan terdahulu dan jawatan yang dipohon.

Categories
Temuduga

6 Perkara Ini Sengaja Dilakukan Majikan Kepada Calon Temuduga

Perkara Sengaja Ini Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga

Terdapat beberapa perkara yang sengaja dilakukan oleh penemuduga untuk menguji calon temuduga dari segi mental dan emosi. Ini merupakan satu helah yang sangat ringkas dan calon tidak menyedarinya malahan gagal dalam sesi temuduga terutamanya dalam ujian psikologi.

6 Perkara Sengaja Dilakukan Untuk Uji Calon Temuduga

Antara helah yang sengaja dilakukan oleh penemuduga untuk menguji psikologi calon adalah seperti :

1. Sengaja Biarkan Anda Menunggu Dengan Lama Giliran temuduga anda bermula pada jam 9 pagi dan anda datang awal 30 minit sebelum. Kemudian anda didatangi oleh urusetia dan meminta anda menunggu lagi selama 10 hingga 15 minit dengan alasan penemuduga masih lagi sibuk. Melalui helah ini, penemuduga dapat melihat sama ada emsoi calon stabil atau tidak ketika melalui ujian ini. Jadi, jika anda mengalami situasi ini, jangan gelabah atau rasa tertekan. Duduk dengan tenang dan jika bawa telefon, boleh jenguk portal rasmi syarikat untuk persediaan seterusnya.

2. Ditengking Secara Tiba-Tiba Tiba-tiba penemuduga meninggikan suara dan menghalau anda keluar dari bilik temuduga sedangkan anda tidak membuat apa-apa perkara yang tidak diingini. Bertenang. Jangan lawan penemuduga tersebut. Itu hanyalah satu ujian untuk lihat adakah anda seorang calon yang jenis panas baran atau melawan majikan.

3. Jom minum kopi Ada majikan yang akan mengajak anda untuk minum kopi bersama ketika anda berada dalam bilik temuduga. Majikan akan menilai anda dari segi pergaulan terutamanya cara anda bekerja bersama kumpulan kerja anda. Majikan akan menilai dari permulaan iaitu mengambil cawan, cara meletakkan kopi, ketika minum dan terakhir sama ada anda tinggalkan cawan kopi atau mencucinya.

4. Penemuduga Tiba-Tiba Tinggalkan Anda Tiba-tiba penemuduga senyap dan bangun meninggalkan anda tanpa memberitahu apa yang akan berlaku dan sebagainya. Kemudian penemuduga masuk semula dan teruskan sesi temuduga seperti biasa. Tujuan helah ini adalah untuk lihat tahap fokus dan cara calon menyelesaikan masalah yang berlaku. Jadi, anda boleh bertanyakan soalan mengenai perkara yang berlaku, cadangkan cara untuk diselesaikan. Anda boleh minta untuk jadualkan semula temuduga pada hari yang lain sekiranya penemuduga mempunyai masalah untuk diselesaikan pada hari tersebut.

5. Anda Diperkenalkan Kepada Staf Penemuduga akan mengajak anda untuk keluar daripada bilik temuduga dan memperkenalkan anda kepada staf yang lain. Malahan kemungkinan penemuduga akan membiarkan anda untuk berkomunikasi dengan staf yang ada di pejabat. Ini adalah salah satu cara penemuduga melihat bagaimana anda berkomunikasi dengan rakan setugas serta keyakinan dalam melakukan sesuatu tugasan dan bekerja dalam kumpulan. Malahan staf yang lain juga dapat membuat penilaian terhadap calon selepas tamatnya sesi temuduga.

6. Sengaja Menjatuhkan Pen / Kertas Penemuduga secara tiba-tiba menjatuhkan pen atau kertas dengan sengaja untuk melihat tindakan dan sikap seseorang calon. Sikap yang dikeluarkan oleh calon sama ada akan mengutip atau membiarkan pen/kertas di atas lantai terus dapat dinilai oleh penemuduga. Calon yang bersedia untuk ambil dan kembalikan pen/kertas adalah calon yang rajin, bertanggungjawab dan mempunyai sikap suka menolong orang lain. Tahniah, anda adalah calon yang dicari oleh majikan. Jika sebaliknya, anda boleh cuba lagi hadir temuduga dan perbaiki kelemahan anda.

Jadi, anda perlu bersedia dan sentiasa bertenang sekiranya di uji dengan salah satu helah ini.

Categories
Temuduga

Adakah Calon Dibenarkan Pakai Blazer Dan Tanda Nama Sendiri Semasa Temuduga?

Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga

Nama anda tersenarai untuk hadir temuduga pada minggu depan. Tetapi pakaian yang bagaimanakah sesuai untuk dipakai pada hari temuduga nanti? Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu memakai blazer ketika temuduga. Adakah ianya benar?

Pakai Blazer Atau Tidak?

Sebenarnya anda boleh memilih untuk memakai blazer atau tidak ketika hadir temuduga. Ianya bukan satu kesalahan yang besar untuk memakai atau tidak malahan tiada pemotongan markah melainkan temuduga tertentu yang memerlukan anda untuk memakai blazer.

Antara temuduga yang memerlukan anda untuk memakai blazer ialah :

  • Temuduga Guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  • Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Temuduga Syarikat GLC
  • Temuduga bagi jawatan gred tinggi
  • Temuduga jawatan pentadbiran

Serta pelbagai jenis temuduga yang berkaitan.

Calon Lelaki

Bagi calon lelaki, anda perlu memakai pakaian dalam satu sut seperti :

  • Kemeja putih atau biru muda
  • Seluar berwarna hitam atau biru gelap
  • Tali leher yang lebih gelap daripada baju kemeja dan sepadan dengan kemeja.
  • Blazer yang sama warna dengan seluar sama ada hitam atau biru gelap.
  • Memakai tag nama ditempat yang betul iaitu sebelah kiri dada anda.

Calon Wanita

Bagi calon wanita pula,sekiranya anda memakai baju kurung, anda tidak digalakkan untuk memakai blazer ketika temuduga. Kebanyakan temuduga SPA atau SPP tidak menggalakkan anda untuk memakai blazer.

  • Pakai baju kurung yang tidak ketat dan pakai tudung  yang tidak keterlaluan warnanya.
  • Pilih warna baju yang tidak terlalu terang seperti ungu gelap, kelabu, hitam, biru gelap dan hijau gelap.
  • Pakai mekap yang nipis dan tidak keterlaluan.
  • Pakai kasut yang bertutup dan seeloknya berwarna hitam.
  • Pakai name tag anda juga pada sebelah kiri agar penemuduga dapat melihat nama anda dengan jelas.

Blazer Yang Sesuai

Jika anda ingin memakai blazer, pastikan :

  • Blazer tidak terlalu ketat dan tidak terlalu besar.
  • Memakai blazer yang betul iaitu calon wanita mesti memakai blazer potongan wanita dan calon lelakimesti memakai blazer potongan lelaki.
  • Warna blazer mestilah berwarna gelap dan warnanya tidak terlalu terang.
  • Tidak meletakkan aksesori lain di blazer anda selain name tag seperti sapu tangan, bunga, pen atau kertas pada poket blazer.
  • Pastikan blazer anda tidak terlalu lusuh dan dalam keadaan yang bersih.

Name Tag Yang Sesuai

Name tag juga terdapat dalam pelbagai jenis. Oleh itu, anda harus berhati-hati untuk memilih name tag yang sesuai untuk hadir temuduga. Anda boleh :

  • Tempah name tag dalam bentuk pekerja kerajaan.
  • Name tag tersebut mestilah berwarna hitam putih.
  • Tiada logo pada name tag anda.
  • Letakkan nama pendek sahaja sekiranya nama anda terlalu panjang. Contoh : Sharifah Sharina Aina Mardhiah. Jadi, pilih salah satu nama untuk diletakkan ke dalam name tag anda.

Apa sahaja pemakaian anda, anda boleh memilih untuk memakai blazer atau tidak. Yang penting disini, anda perlu memakai pakaian dengan kemas dan mengikuti etika pemakaian yang betul ketika temuduga.

Categories
Temuduga

Jawapan Terbaik Mengikut Kategori Jika Ditanya “Why Should We Hire You?”

Temuduga Bahasa Inggeris

Walaupun anda fasih dan mahir menguasai bahasa Inggeris, tetapi agak risau juga sekiranya anda mendapat soalan yang nampak mudah tetapi memerlukan jawapan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Buang kerisauan anda dan baca perkongsian ini untuk menjawab soalan “Why Should We Hire You?”.

Fikirkan Mengenai Soalan “Why Should We Hire You?” Sebelum Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan anda mendapatkan maklumat berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Kemudian tanyakan soalan ini kepada diri anda sendir untuk mendapatkan jawapan yang tepat mengapa majikan perlu memberikan jawatan tersebut kepada anda.

  • Apakah kelayakan yang paling penting untuk memohon jawatan ini?
  • Adakah saya benar-benar mempunyai kelayakan yang diinginkan oleh syarikat?
  • Adakah pencapaian saya mengagumkan penemuduga?
  • Apakah kelebihan yang membuatkan saya berbeza dengan calon yang lain?
  • Adakah kemahiran saya unik dan lain daripada yang lain?
  • Bagaimanakah pengalaman kerja saya membantu saya untuk diambil bekerja oleh majikan yang akan datang?

Tulis dan fikirkan jawapan yang paling terbaik supaya anda dapat menjawab soalan ini.

“Why Should We Hire You?” Beserta Jawapan

Jawatan Project Manager

Contoh Jawapan 

“Well, I have all of the skills and experience that you’re looking for and I’m confident that I would be a superstar in this project management role.It’s not just my background leading successful projects for top companies or my people skills, which have helped me develop great relationships with developers, vendors, and senior managers alike. But I’m also passionate about this industry and I’m driven to deliver high-quality work.”

Jawatan Programmer / Developer

Contoh Jawapan 

“Honestly, I almost feel like the job description was written with me in mind. I have the 6 years of programming experience you’re looking for, a track record of successful projects, and proven expertise in agile development processes. At the same time, I have developed my communication skills from working directly with senior managers, which means I am well prepared to work on high-profile, cross-department projects. I have the experience to start contributing from day one and I am truly excited about the prospect of getting started.”

New College Grad / Fresher (Graduan)

Contoh Jawapan 

“I have the experience and the attitude to excel in this production assistant position. I have almost two years of television production experience including two summers interning at The Ellen Show, where I was exposed to all aspects of TV production and worked so hard the first summer that they invited me back for a second summer and gave me more responsibilities. During my senior year at UC San Diego, I have been working part-time for a production company, where I have served in an assistant role but also recently had the chance to help edit several episodes. I have a reputation for getting things done and with a smile on my face.

That’s because I love working in the television industry and am excited to learn and get experience in every way possible.”

Hafal dan buat latihan untuk menjawab soalan ini. Pastikan anda mempunyai jawapan yang relevan dan fokuskan kepada kelebihan anda untuk membantu syarikat ini berkembang dengan lebih maju.

Juga anda boleh dapatkan contoh soalan temuduga bahasa Inggeris yang lain disni.

Categories
Temuduga

“What Are Your Strengths?” Hafal Dan Tiru Jawapan Ini Untuk Temuduga Nanti

Bagaimana Menjawab Soalan “What Are Your Strengths?”

Jika seronok sangat menyenaraikan kekuatan dan kelebihan diri sendiri sehingga tidak relevan dengan jawatan yang dipohon, ia boleh membuatkan majikan anda akan memotong percakapan anda kerana majikan bosan dengan jawapan yang tidak berkaitan.

Soalan ini nampak biasa sahaja tetapi mempunyai kesan sama ada baik atau tidak pada pandangan majikan dengan jawapan yang diberikan.

Mengapa Penemuduga Bertanyakan Soalan Ini?

Setiap soalan yang diajukan pastinya mempunyai sebab-sebab yang tertentu seperti :

  • Kekuatan anda sesuai dengan keperluan syarikat.
  • Anda boleh melakukan tugas pada tahap yang paling baik.
  • Anda adalah calon terbaik untuk pekerjaan tersebut.
  • Anda mempunyai kualiti, kemahiran atau pengalaman yang membezakan anda daripada calon yang lain.
  • Anda adalah seseorang yang berkualiti dan mampu membuat penambahbaikan untuk pasukan.

Masukkan Ini Untuk Menceritakan Kekuatan Anda

Untuk menceritakan tentang kekuatan anda, pertimbangkan untuk memasukkan :

  • Pengalaman : Berpengalaman dengan perisian atau jenis tugas tertentu, kepakaran dalam industri tertentu, rekod prestasi bekerja dan yang berkaitan.
  • Bakat : Mempunyai bakat seperti penulisan proposal, menjadi pengacara, menulis draf kes pengadilan dan menterjemahkan bahasa Mandarin.
  • Kemahiran Soft Skill : Antara kemahiran soft skill anda ialah, menyelesaikan masalah, berpengaruh, membina pasukan, berunding, mengurus dan berkaitan.
  • Pendidikan / latihan : Latar belakang yang relevan dengan pekerjaan seperti ijazah, sijil,pelbagai kursus, dan latihan kemahiran yang berkaitan.

Contoh Jawapan

  • “I think one of my greatest strengths is as a problem solver. I have the ability to see a situation from different perspectives and I can get my work done even in the face of difficult obstacles. I also feel that my communication skills are top-notch. I feel just as comfortable presenting to senior executives as I do mediate a conflict between junior team members. I worked as a programmer in the past so I have that perspective of a developer and I think that they respect me for that.”
  • “One of my strengths is my strong work ethic. When I commit to a deadline, I do whatever it takes to deliver. For example, last week we had a report due and got some numbers back late from our team in Singapore. I pulled an all-nighter to finish the spreadsheet because I knew that the client had to receive the report on time.”
  • I think this job is a great fit for my experience and my interests.
    First of all, I’m highly organized and very good at keeping a department running. I know the kinds of issues that come up in a busy marketing department and I actually enjoy the detail work of scheduling, prioritizing, organizing, and following up.On the other hand, I’m also a Creative person. I think that really comes in handy in marketing. And especially at an innovative company like this one.I’m known for coming up with creative solutions to problems — like when I came up with the fashion trivia contest for ShopSpree.com that led to tons of new sign-ups on the site and a huge new Instagram following.And I’m very Team-oriented. I love collaborating with other people, especially creative people.I’m also known for being the kind of person you can always count on in a pinch.Like when I got out of bed at 1am to run to the printer’s to pick up and collate presentations for a big 8am meeting.
  • “I am proud of my writing skills and believe that they will make me a better analyst. I am able to communicate complicated topics to different audiences. I can take a lot of data and information and find the story and themes that clients need to know about.

Categories
Temuduga

12 Jenis Soalan Dalam Bahasa Inggeris Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

12 Jenis Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Adakah anda mempunyai apa-apa soalan untuk ditanya kepada saya? Jangan sesekali mengatakan bahawa anda tidak mempunyai soalan. Katakan ya dan tanyakan soalan kepada penemuduga dengan yakin sekali. Tidak mengapa sekiranya anda membawa nota soalan dan ia merupakan salah satu persediaan yang terbaik untuk anda menghadapi temuduga.

Apakah contoh soalan yang sesuai untuk ditanya kepada menemuduga?

12 Jenis Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga Dalam Bahasa Inggeris

1. Can you tell me more about the day-to-day responsibilities of this job?

Ini adalah peluang anda untuk belajar seberapa banyak yang mungkin mengenai jawatan tersebut sehingga anda dapat ketahui adakah pekerjaan ini sesuai atau tidak dengan anda.

2. What do you think are the most important qualities for someone to excel in this role?

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya yang tidak terdapat dalam deskripsi tugas anda dan membantu anda mengetahui budaya kerja syarikat tersebut dengan tepat.

3. What are your expectations for this role during the first 30 days, 60 days, year?

Secara tidak langsung, anda dapat mengetahui harapan dan kehendak majikan bagi pekerja untuk jawatan ini.

4. Describe the culture of the company.

Sekurangnya anda dapat mengetahui adakah anda sesuai atau tidak dengan budaya kerja di syarikat tersebut.

5. Where do you think the company is headed in the next 5 years?

Jika anda merancang untuk bekerja dengan lebih lama dengan syarikat ini, soalan ini sangat sesuai diajukan kepada penemuduga dan anda mendapat gambaran yang sesuai untuk plan yang akan datang dalam kerjaya anda.

6. Who do you consider your top competitor, and why?

Sekurangnya penemuduga dapat memberikan gambaran mengenai pesaing syarikat dan anda dapat memberikan idea kepada majikan anda sekiranya berjaya menjawat jawatan ini.

7. What are the biggest opportunities facing the company/department right now?

Ia mendorong anda untuk merebut peluang dengan lebih baik dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hala tuju bagi masa akan datang.

8. What are the biggest challenges facing the company/department right now?

Soalan ini dapat membantu anda tahu dengan lebih lanjut trend terkini dalam industri dan mengenalpasti kemahiran yang sesuai untuk masa akan datang.

9. What do you like best about working for this company?

Dapatkan pengalaman peribadi penemuduga sebagai seorang majikan untuk maklumat tambahan mengenai cara kerja syarikat tersebut.

10. What is the typical career path for someone in this role?

Soalan ini menunjukkan anda sangat berminat untuk mengembangkan syarikat dan medapatkan cara bagaimana syarikat mempromosikan perniagaannya.

11. How do I compare with the other candidates you’ve interviewed for this role?

Soalan ini agak berisiko tetapi ia mampu membina hubungan yang baik dengan penemuduga dan dapat menunjukkan anda seorang calon yang terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

12. What are the next steps in the interview process?

Soalan ini menunjukkan bahawa anda ingin terus maju dalam proses temuduga akan datang dan ingin mendapatkan keputusan untuk masa akan datang.