Categories
Kerjaya

Cara Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris Dengan Betul. Jom Hafal Dan Tiru Jawapan Ini

Cara Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris Dengan Betul. Hafal Dan Tiru Jawapan Ini

Jangan risau jika temuduga anda nanti menggunakan bahasa Inggeris. Pastinya anda boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan sekiranya anda mengikuti perkongsian ini sehingga habis.

Apakah soalan dan jawapan yang boleh digunakan ketika temuduga nanti?

Contoh Soalan Temuduga Bahasa Inggeris & Jawapan

Antara soalan dan jawapan untuk temuduga dalam bahasa Inggeris ialah :

Soalan : Why do you want to work in this company?

Jawapan : I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so i can handle any kind of task with minimal supervision.

Soalan : Tell us about yourself / Introduce  yourself

Jawapan : My name is Siti and i’m 25 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business.

Soalan : What did you quit your last job?

Jawapan : I love my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.

Soalan : Where do you see yourself in five years?

Jawapan : I hope to become very well-experienced in what I do a have better understanding of my field.

Soalan : What’s your greatest weakness?

Jawapan : I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time.

Nota : Sertakan kelebihan anda apabila menceritakan tentang kelemahan anda.

Soalan : What salary are you looking for?

Jawapan : I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience.

Soalan : Why should I hire you?

Jawapan : I’m team player, I work  well under pressure and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.

Nak siapkan cover letter dalam bahasa Inggeris? Klik disini dan jadikan cover letter anda yang terbaik di mata majikan anda.

Categories
Kerjaya

5 Kerja Online Dari Rumah Dan Dibayar Dalam USD

5 Kerja Online Di Rumah Dengan Gaji USD

Adakah anda ingin bekerja di rumah sambil mengawasi anak-anak? Atau anda mepunyai komitmen yang lain dan memerlukan anda menjadi seorang freelance? Oleh itu, anda boleh mencuba 5 jenis pekerjaan ini dan menghasilkan pendapatan yang lumayan dimana anda dibayar gaji dengan nilai USD.

5 Jenis Kerja Online Di Rumah

1. Upwork : Pelbagai Kerja Online 

Melalui platform Upwork, anda boleh tambahkan pendapatan anda sama ada pada hujung minggu atau anda boleh jadikan sebagai pekerjaan utama anda.

Terdapat pelbagai pilihan pekerjaan yang boleh anda lakukan setiap hari dengan mudah.

Daftar akaun dan pilih kategori yang berkaitan dengan anda. Setelah mendaftar, anda boleh lihat senarai pekerjaan yang diupload oleh pelanggan.

2. Udemy : Mengajar Kursus Jangka Pendek Online

Udemy merupakan satu platform online memberikan peluang kepada guru atau pensyarah untuk mengajar kursus jangka pendek berdasarkan kemahiran dan minat.

Sediakan slaid PowerPoint, video syarahan, rujukan dan ebook untuk pelajar mengikuti kelas pada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh menetapkan harga sesuatu kursus dan tunggu pelajar untuk menyertai kelas anda.

Jika anda seorang guru atau pensyarah dan ingin mendapatkan pendapatan sampingan, klik disini untuk mendaftar dan menjadi salah seorang tenaga pengajar.

3. Web Stock Photo : Jual Gambar Profesional

Anda gemar bermain-main dengan kamera dan suka mengambil gambar? Anda boleh menjual pelbagai jenis gambar di laman web berikut :

Edit sedikit gambar-gambar anda, muat naik ke laman web dan tunggu pelanggan membelinya. Anda mampu meraih pendapatan sehingga USD120 bagi setiap gambar yang dimuat turun pelanggan.

 

4. Fiverr : Micro Service

Terdapat pelbagai pilihan kerja mudah yang boleh anda lakukan di platform Fiverr.

Apakah kerja mudah tersebut? Senarai kerja tersebut adalah :

  1. Mencipta logo
  2. Mengisi borang survey
  3. Menaip dokumen PDF ke Word
  4. Menyediakan PowerPoint
  5. Ambil gambar mengikut kehendak pelanggan

Setiap upah kerja anda bernilai USD5 bagi setiap kerja yang telah siap dan akan dibayar melalui akaun Paypal anda.

5. Etsy : Jual Barang Kraftangan

Adakah anda seorang yang kreatif dan mempunyai kemahiran seni yang sangat unik? Gunakan platform ini sebaiknya dengan menjual barangan kraftangan anda melalui patform Etsy ini.

Daftar akaun Etsy dan masukkan gambar kraftangan yang ingin dijual dengan memasukkannya ke dalam senarai katalog akaun anda. Tteapkan harga dalam USD dan tunggu emel tempahan.

Melalui platform ini, anda boleh menjana pendapatan sehingga RM1000 dalam masa 1 hari sahaja.

 

Categories
Kerjaya

10 Kerja Part Time Yang Femes Di Masa Kini Membantu Untuk Tambah Income Anda

Tambah Income Dengan Kerja Part Time

Kalau masih lagi tergaru-garu kepala kerana duit tidak cukup untuk membayar bil, loan kereta serta hutang piutang yang lain, apa kata jom kita lakukan kerja part time untuk menambahkan income bulanan. Kalau menunggu sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan, tidak ada guna juga. Kerja partime apa yang boleh dibuat? Lihat senarai yang dikongsikan ini dan mana tahu dapat membantu anda untuk menambahkan income bulanan.

10 Kerja Part Time Yang Femes Masa Kini

Ada 10 jenis kerja part time yang sedang femes pada masa kini dan kerja part time ini juga telah menjadi kerja tetap pada seseorang kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan berbanding pekerjaan hakiki. Antaranya ialah :

1. Rider Delivery / Grab Food / Food Panda / Bungkusit / Freelancer

Inilah kerja part time yang sangat femes buat masa kini. Ada pekerja part time ini merupakan pekerja kilang yang malamnya bekerja dikilang, siangnya menjadi rider Food Panda. Satu minggu boleh collect pendapatan sebanyak RM200 kalau 4 minggu? Anda boleh bayangkan tak berapa pendapatan seorang rider jika part time sahaja?

2. Pemandu Kereta E-Hailing

Dah ramai dah yang jadi pemandu kereta Grab / Uber ni. Mana mungkin dapat gaji yang lumayan kalau buat Grab / Uber ni? Boleh sahaja. Kalau budak universiti boleh dapat satu hari RM300 dengan kereta Axia, takkanlah anda tidak boleh?

3. Personal Shopper

Tak perlu simpan barang pun. Sebaliknya anda boleh ambil gambar barang atau produk, anda letakkan bersama harga barang ke dalam Facebook / Instagram anda. Kemudian war-warkan bahawa anda merupakan seorang personal shopper barangan IKEA contohnya. Bayaran adalah ke atas perkhidmatan anda. Susah tak?

4. Ejen Insurans & Takaful

Belajar dari bawah dahulu. Dapatkan ilmu daripada orang yang telah berjaya dalam bidang ini. Tiru apa yang telah beliau lakukan sehingga berjaya. Jika beliau pergi berjumpa dengan klien, minta izinnya untuk ikut. Manakan tahu, klien tersebut boleh rekemen saudara maranya pula untuk ambil insuran dengan anda.

5. Penulis E-Book / Ghost Writer

Jika anda gemar berkongsikan cerita dalam Facebook anda, apakata anda tuliskan di dalam Microsoft Words dan jadikan ia sebagai e-book. Almaklumlah, zaman sekarang ini semuanya dihujung jari sahaja. Tidak perlu lagi anda pergi ke kilang dan cetak. Makan modal yang besar tu.

6. Jual Makanan / Minuman Secara COD

Kalau share masakan anda yang sedap dalam Facebook saja, dapat like sahajalah. Tetapi duitnya macam mana nak dapat? Apakata anda gunakan gambar tersebut dan tanyakan ke dalam Facebook / Instagram, “Ada nak order ke Nasi Ayam Hainan esok? RM7 sahaja termasuk caj COD”. Cuba promosikan pada hari Sabtu dan Ahad. Bukan semua orang rajin nak masak time-time cuti ni.

7. Affiliate dan Dropship

Part time ini memang femes di Malaysia. Tak perlu keluarkan modal kecuali anda perlu meluangkan masa untuk membuat promosi sahaja. Barang pun tak perlu simpan dirumah dan anda juga tidak perlu untuk sorok stok di bawah katil sekiranya tidak habis dijual. Cuma, belajar sedikit demi sedikit untuk mendapatkan ilmu baru.

8. Ejen Penapis Air

Anda suka kerja outdoor dan bersembang ramah dengan semua orang? Kerja part time ini sememangnya sesuai dengan anda. Pendapatan seorang part time sebagai ejen penapis air sahaja boleh mencecah RM7,600 sebulan. Bayangkan kalo yang full timenya pula berapa?

9. Cleaning Service

Macam mana kerja part time cleaning service ni? Anda pernah lihat iklan seperti perkhidmatan cuci rumah? Cuci bangunan? Servis lipat baju? Servis buang sampah? Ini adalah salah satu contoh yang berada dalam cleaning service yang boleh anda lakukan. Untuk cuci satu rumah, upah adalah dalam kiraan jam. Satu jam RM100. Jika 3 jam? RM300 x 2 rumah x 1 hari = RM600. Jika 8 hari (Sabtu Ahad setiap minggu)? Sikit ke banyak?

10. Upah Iklan Online Marketing

Bukan semua peniaga online rajin membuat iklan. Ada yang tidak sempat untuk update fanpage jualan mereka pun. Mudah sahaja, anda buat iklan sperti ini “Satu iklan RM10. Jika beserta video, RM30. Add saya sebagai admin page anda. Untuk iklankan ke page glemer, RM60 untuk satu iklan.” Nah, ramai yang mahukan khidmat anda. Satu hari anda boleh dapat, RM10 x 10 orang = RM100 x 30 hari = RM3,000 untuk anda.

Jom Tambah Income Dengan 10 Kerja Part Time Yang Femes Masa Kini

Mahukan income dalam USD? Jom try part time online ini.

Mahukan kerja part time yang lain? Buat dahulu salah satu senarai ini dan sekiranya ada lagi kerja part time yang terkini, kami akan kemas kini dari semasa ke semasa. Yang penting, guna kreativiti anda untuk menghasilkan pekerjaan yang lain. Hendak 1000 daya, tidak hendak 1000 dalih. Segalanya terletak pada anda.

Categories
Resume

Step Tukar Resume Dalam Bentuk Word ke PDF, Senang Nak Email Majikan

Resume telah siap dan telah disemak. Anda berpuas hati dan akan menghantar resume anda melalui emel. Kebiasaannya, resume disimpan dalam bentuk Word.

Tetapi tahukah anda, anda boleh emel resume anda di dalam bentuk PDF? Ianya lebih mudah untuk majikan anda buka dan baca isi kandungan resume anda.

Anda juga boleh buat yang serupa dengan CV anda setelah mengubah resume anda menjadi CV. Anda juga boleh tukar CV anda ke bentuk PDF.

Mengapa dalam bentuk PDF dan bagaimana untuk tukar resume daripada bentuk Word ke PDF? Anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini untuk menukar resume daripada bentuk Word ke PDF.

Resume PDF

Resume PDF adalah resume biasa dimana ianya ditukar daripda bentuk Word ke PDF sahaja. Sesetengah majikan akan meminta anda untuk menghantar resume melalui emel dengan menggunakan bentuk PDF.

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda menghantar resume dalam bentuk PDF iaitu :

Tidak ada kata atau frasa yang ditanda

Apabila disimpan di dalam bentuk PDF, resume yang dibuka dan dibaca tidak akan ditanda dengan garisan merah atau pembetulaan ejaan atau tatabahasa. Jadi tidak ada gangguan ketika membaca resume berbanding menggunakan format Word.

Tidak ada perubahan format 

Resume akan tersusun rapi dan formatnya tidak akan berubah walaupun satu patah perkataan atau garisan yang ada di dalam resume anda berbanding Word kerana terdapat sistem yang tidak sama ketika membuka fail di dalam bentuk Word.

PDF tidak dapat diubah

Apabila resume di simpan di dalam bentuk PDF, resume tersebut tidak dapat diubah dengan sengaja atau tidak sengaja. Jadi, bakal majikan anda dapat melihat kekemasan hasil kerja anda berdasarkan resume yang telah dihantar kepadanya. Pastikan resume anda tiada sebarang kesalahan ejaan atau tatabahasa sebelum ditukar ke bentuk PDF.

PDF bebas virus

Jika menghantar resume anda melalui emel, digalakkan menghantar di dalam bentuk PDF kerana format fail ini kurang terdedah kepada virus.

Memilih Bentuk Fail

Terdapat banyak faedah sekiranya anda  menghantar resume di dalam bentuk PDF. Untuk memastikan format yang dikehendaki bakal majikan sila dapatkan kepastian melalui :

  • Baca iklan jawatan dengan teliti kerana terdapat maklumat mengenai bentuk resume yang telah ditentukan oleh bakal majikan.
  • Mengikut jenis fail yang telah ditetapkan, terutamanya permohonan menggunakan aplikasi tertentu.
  • Sekiranya tiada arahan tetap, anda boleh menghubungi syarikat tersebut untuk bertanyakan format yang mereka kehendaki.
  • Fikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk membuat pilihan sebelum menghantar resume anda. Gunakan format yang terbaik dan selamat untuk menghantar resume.

Bilakah Resume PDF Digunakan?

Ianya akan digunakan apabila :

  • Diminta oleh bakal majikan. Baca arahan dengan teliti disetiap arahan permohonan jawatan yang telah ditetapkan.
  • Menghantar resume melalui emel. Ini dapat mengelakkan emel anda dihantar ke bahagian spam dan ianya merupakan cara mudah emel anda terus dihantar ke bahagian inbox bakal majikan anda.
  • Sebagai lampiran permohonan melalui aplikasi atas talian atau permohonan secara online. Apabila resume anda disimpan di dalam bentuk PDF, secara automatik resume anda dapat dibaca dengan mudah.

Pelbagai Bentuk Resume

Terdapat juga beberapa situasi yang memerlukan setiap resume dihantar di dalam bentuk yang berbeza selain daripada bentuk PDF. Antaranya ialah :

  • Microsoft Word
  • Google Document
  • Resume Online

Microsoft Word

Terdapat majikan yang akan meminta anda untuk menghantar resume dalam bentuk Word kerana memudahkannya untuk membuka sebarang dokumen mengikut keselesaannya.

Pilihan majikan

Majikan mungkin meminta resume anda dalam bentuk Word kerana mudah dibuka di mana-mana sahaja. Oleh itu,pastikan anda menghantarnya dalam bentuk fail .doc dan bukannya fail .docx, kerana dikhuatiri fail tersebut tidak dapat dibuka kerana sistem tersebut adalah sistem yang lama.

Memuat naik ke sistem permohonan

Automatik Transfer Switch (ATS), adalah jenis program yang akan mengimbas resume anda untuk mendapatkan kata kunci dan data tertentu. Namun ATS tidak dapat mengimbas PDF dengan tepat. Oleh itu, gunakan format seperti Word supaya ATS dapat mengimbas maklumat anda.

Google Document

Google Docs menawarkan bentuk fail yang mudah kerana dapat dilihat dalam talian dan di mana sahaja. Anda boleh berkongsi dokumen secara read-only dan dokumen tersebut tidak dapat diubah oleh sesiapa. Namun begitu, anda masih boleh membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan.

Resume Online

Pilihan lain adalah membuat resume secara online. Anda boleh membuat resume yang kreatif dan menarik. Seperti Google, anda juga boleh mengemas kini resume anda walaupun anda telah menghantarnya dan memastikan bakal majikan melihat versi terbaru resume anda.

Kelebihan yang lain, majikan dapat mencari anda walaupun anda belum memohon pekerjaan dengan syarikat mereka. Anda berpotensi untuk dihubungi oleh bakal majikan untuk menawarkan peluang pekerjaan.

Cara Membuat Resume PDF

Berikut terdapat langkah-langkah untuk anda menukar resume dalam pelbagai bentuk dokumen ke bentuk PDF.

 Microsoft Word

Langkah-langkahnya ialah :

  • Klik pada File.
  • Klik Save As.
  • Klik pada menu Drop-Down di sebelah Format File.
  • Pilih PDF dari menu.
  • Klik Save.
  • Resume PDF yang baru anda buat akan disimpan dalam folder yang sama dengan versi asal.

Google Document

Langkah-langkahnya ialah :

  • Klik pada File.
  • Klik Download.
  • Apabila menu muncul, pilih PDF Document.
  • Versi resume PDF  anda akan muncul dalam folder muat turun di komputer anda.

Tips Memastikan Resume Dihantar Dalam Format Betul

Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan anda memilih format resume yang betul dan terbaik untuk dihantar.

Periksa semula arahan permohonan

Sentiasa membaca maklumat dengan teliti. Kebiasannya bakal majikan akan menyatakan bentuk dokumen yang perlu dihantar kepada mereka dibahagian maklumat permohonan.

Simpan beberapa format yang ada

Untuk memudahkan anda, buat resume dalam pelbagai bentuk yang ada dan simpan di dalam satu folder. Anda boleh memilih bentuk mana yang akan digunakan mengikut yang dikehendaki tanpa perlu membuang masa untuk menukar bentuk dokumen berulang kali.

Buat pilihan yang terbaik

Anda boleh menentukan sendiri format yang sesuai untuk dihantar sekiranya bakal majikan tidak meletakkan dibahagian maklumat permohonan. Sebagai contoh, jika anda membuat permohonan melalui aplikasi dalam talian, pilihan paling selamat anda ialah menggunakan Word. Walau bagaimanapun, jika anda menghantar resume melalui emel, bentuk PDF merupakan pilihan yang terbaik.

Mesra ATS

Buat resume versi ringkas tanpa format yang rumit untuk digunakan untuk aplikasi dalam talian iaitu menggunakan Microsoft Word. Walau bagaimanapun, simpan resume dalam bentuk yang lain supaya anda mudah untuk menghantarnya terus sekiranya diminta oleh bakal majikan.

Untuk menyiapkan resume dalam apa jua bentuk yang dikehendaki oleh bakal majikan bukanlah satu perkara yang rumit sekiranya anda tahu cara untuk menyelesaikannya. Apa jua pilihan anda, pastikan ianya dapat dibaca dan difahami oleh majikan anda. Baca dengan teliti apakah kehendak majikan dan ikuti arahan yang telah diberikan.

Semoga perkongsian ini membantu anda. Semoga berjaya.

Categories
Kerjaya

Cara Convert File PDF ke Word Tanpa Perlu Download Apps

Adakah anda merasakan sukar untuk menukar format PDF kepada Word? Sebenarnya ada pelbagai cara yang mudah untuk menukar format ini. Cuma bila kerja tersebut diperlukan dengan segera dan kekangan masa, ianya menjadi sangat rumit buat anda.

Disini dikongsikan cara mudah untuk menukar format dokumen PDF kepada Word tanpa anda perlu mendownload apa-apa perisian berat dan tanpa perlu apa-apa kemahiran kritikal yang memerlukan kepakaran tinggi.

Hanya 3 langkah ini sahaja, anda boleh tukar PDF ke Word dengan cepat dan mudah.

3 Langkah Penting Convert PDF Ke Word

Berikut adalah 3 langkah asas untuk tukar format daripada PDF ke Word :

1. Pilih Setting Penukaran Format.

Terdapat beberapa jenis setting seperti PDF to Word, PDF to Excel, Word to PDF, Excel to PDF dan sebagainya. Jadi anda perlu pilih tetapan PDF to Word.

2. Upload Bahan Atau Dokumen 

Pastikan anda upload (muat naik) dokumen atau bahan yang anda ingin tukarkan formatnya. Pastikan anda ingat nama dokumen tersebut.

3. Download Bahan Atau Dokumen Yang Siap Di Tukarkan Format

Biasanya anda perlu tunggu dalam lebih kurang 1 minit untuk biarkan website itu menukar format dokumen anda. Selepas selesai anda akan diberitahu dan anda boleh terus muat turun dokumen anda ke dalam komputer.

Dan tukar format dokumen anda telah siap.

11 Website Tukar Format PDF Kepada Word

Ini adalah 11 website yang mungkin dapat membantu anda untuk tukar format PDF kepada word dengan mudah dan cepat.

1. Simplypdf.com

2. Pdf2go

3. PDFtoWord

4. SmallPDF

5. PDFOnline

6. IlovePdf

7. FreePDFConvert

8. PDF2Docx

9. Pdfpro

10. Convertpdftoword

11. PDFCandy

Semoga dengan perkongsian 3 langkah penting convert PDF kepada Word dan 11 website untuk tukar format dokumen anda ini memberikan manfaat untuk kerja seharian anda.

Selamat mencuba.

Categories
Resume

Jom Baca Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter Untuk Panduan Anda

Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter

Penggunaan keywords yang betul dan sepadan dengan kehendak dan keperluan majikan adalah sangat penting untuk menjadikan resume, CV dan cover letter anda adalah pilihan utama majikan.

Secara tidak langsung penggunaan keywords penting dalam resume boleh membuatkan anda akan tersenarai sebagai calon yang akan dipanggil temuduga menjawat sesuatu jawatan.

Jadi apa itu keywords dalam resume?

Keywords adalah perkataan atau frasa pendek yang berkaitan dengan keperluan tertentu untuk jawatan yang dipohon. Keywords yang digunakan adalah berkaitan dengan kemahiran, kebolehan, tauliah dan kualiti yang dicari oleh majikan.

Mengapa Keywords Penting?

Keywords penting dalam resume, CV dan cover letter kerana ia memudahkan majikan untuk membuat saringan calon yang layak untuk jawatan yang diiklankan.

Sekiranya majikan menggunakan sistem ATS (Aplicant Tracking System) untuk membuat saringan calon pula, keywords yang betul dan tepat sangat penting disini kerana sistem ATS akan membuat imbasan pada resume, CV dan cover letter yang dihantar melalui online.

Jika ATS dapat mengesan keywords yang dikehendaki ada pada permohonan anda, anda akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga berbanding dokumen yang tidak menggunakan keywords yang berkaitan.

Pastikan dokumen anda tidak terlalu fancy dengan pelbagai warna, fonts yang tidak sesuai, text box dan table sekiranya diupload secara online.

Malahan, anda perlu simpan fail dalam bentuk yang mesra ATS seperti .doc dan PDF. Ini untuk memastikan ATS boleh membaca dan imbas dokumen yang dihantar sebelum dibuat saringan.

Jenis Keywords Resume, CV Dan Cover Letter

Keywords yang perlu ada dalam resume, CV dan cover letter anda mestilah merangkumi deskripsi jawatan yang ditawarkan seperti:

  • Kemahiran
  • Kecekapan
  • Kelayakan yang relevan
  • Jawatan
  • Majikan sebelumnya

Untuk lebih faham, keywords merupakan satu perkataan atau ayat pendek yang menunjukkan anda menepati kehendak dan kriteria yang diperlukan oleh majikan.

Berikut adalah contoh keywords berdasarkan pengalaman :

Pengurus Sumber Manusia

  • Pelan faedah pekerja
  • Kemahiran sistem filling maklumat pekerja
  • Kemahiran asas komputer
  • Bekerjasama dengan PERKESO dan KWSP
  • Mahir dengan sistem pekerja asing

Perkhidmatan Pelanggan

  • Perkhidmatan pelanggan
  • Sistem tracking pelanggan
  • Kemahiran komputer
  • Mahir komunikasi dengan pelanggan

Tips Untuk Dapatkan Keywords

Luangkan masa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan deskripsi jawatan yang dipohon. Dapatkan keywords berdasarkan maklumat yang diperolehi dan pastikan ia sepadan dengan jawatan yang dipohon. Sesuaikan dengan latar belakang, kemahiran dan pengalaman anda.

Sekiranya anda mendapatkan maklumat melalui laman web syarikat, dapatkan keywords pada bahagian Tentang Kami atau bahagian Misi dan Visi Syarikat. Sekiranya anda mendapati penerangan syarikat berkaitan dengan kreatif dan berdaya maju, anda boleh masukkan kemahiran kreatif, berfikir dengan kreatif dan sentiasa belajar untuk menambahkan ilmu ke dalam resume, CV dan cover letter anda.

Pastikan anda sentiasa memgemaskini setiap keywords sebelum menghantar resume, CV dan cover letter supaya keywords yang ada bertepatan dengan kehendak majikan.

Tips Menggunakan Keywords

Spesifikkan keywords

Spesifik keywords yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Semakin fokus dan spesifik keywords anda, semakin besar peluang untuk anda mendapatkan pekerjaan tersebut kerana dokumen anda mempunyai padanan keywords yang dikehendaki.

Dapatkan maklumat syarikat

Dapatkan maklumat syarikat melalui laman web atau portal rasmi mereka. Anda boleh menambah keywords yang berkaitan melalui maklumat tersebut. Anda juga boleh menggunakan LinkedIn untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai syarikat. Luang sedikit masa untuk klik profil pekerja syarikat yang mempunyai kedudukan yang serupa dengan jawatan yang dipohon untuk melihat review mereka mengenai syarikat. Jadi mudah untuk anda mendapatkan keywords yang sepadan dengan mereka.

Gunakan seberapa banyak kata kunci

Gunakan keywords yang relevan dengan setiap jawatan yang dipohon. Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran mengikut kriteria yang disenaraikan, jangan masukkan ke dalam resume, CV dan cover letter anda.

Masukkan seberapa banyak keywords yang sesuai untuk menjadikan anda layak menjawat jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, jangan masukkan keywords dengan keterlaluan dan sehingga mencacatkan resume, CV dan cover letter anda.

Gabungkan keywords

Anda boleh gabungkan keywords seperti soft skill, sijil profesional, kemahirantermasuk kemahiran insaniah, kemahiran keras, kata kunci industri, pensijilan dan banyak lagi. Menggunakan pelbagai kata kunci akan menunjukkan bahawa anda mempunyai semua kualiti yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut.

Taburkan keywords

Anda boleh masukkan keywords pada bahagian yang berkaitan dalam resume, CV dan cover letter anda. Teknik ini akan menjadikan sistem ATS mudah mengimbas dokumen anda. Apabila keywords yang digunakan sepadan, anda akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga dan kemungkinan besar anda menjadi calon yang tepat untuk menjawat jawatan tersebut.

Mudah rupanya untuk mendapatkan keywords yang sepadan dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume, CV dan cover letter. Cuma ikuti tips yang dikongsikan ini untuk menjadikan anda adalah calon yang sesuai dan yang dicari oleh majikan.

 

Categories
Resume

Kenapa Headline Sangat Penting Dalam Resume? Ini Sebabnya

Mengapa Headline Penting Dalam Resume Anda?

Headline sangat penting dalam resume kerana ia boleh menarik perhatian majikan yang sedang membaca butiran di dalam resume anda.

Jadi, sekiranya anda ingin menghasilkan headline yang baik dan memanfaatkan kelebihan headline pada resume anda, baca perkongsian ini.

Apa Itu Headline?

Headline adalah satu pernyataan pendek di bahagian atas resume yang menggambarkan tentang diri anda. Headline menarik perhatian orang yang membacanya sekaligus memperkenalkan pembaca kepada topik tersebut.

Bilakah Headline Digunakan?

Headline digunakan pada resume untuk menyatakan kekuatan terbaik anda. Majikan akan lebih fokus dengan anda sekiranya pengalaman kerja membezakan anda dengan calon yang lain.

Melalui headline juga, anda boleh merumuskan segala pengalaman kerja dan meyakinkan sesiapa sahaja yang membaca resume anda.

Kelebihan Menggunakan Headline

Dengan menggunakan headline yang sesuai, resume anda pasti berbeza dari calon lain. Perbezaan ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada anda.

Majikan hanya membaca resume beberapa saat saja dan hanya fokuskan kepada tajuk-tajuk penting dalam resume sahaja. Jika resume anda menonjol, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk diambil bekerja oleh majikan anda.

Headline Resume vs Profil Resume

Pasti ada yang keliru antara headline resume dengan profil resume. Perbezaan antara headline dengan profil adalah :

  • Headline resume ditulis dalam satu baris yang merangkumi kekuatan dan kelebihan utama anda.
  • Profil resume pula mengandungi beberapa ayat dan lebih banyak membincangkan tentang kemahiran, sifat keperibadian dan pengalaman anda.

Contoh :

Headline resume : Akauntan Berorientasikan Perincian Dengan Pengalaman 10 Tahun

Profil resume : Akauntan berorientasikan perincian dengan pengalaman 10 tahun bekerja untuk perniagaan kecil. Saya mempunyai kemahiran matematik dan analitik yang kuat dan berpengetahuan mendalam mengenai pelbagai perisian perakaunan seperti AutoCount.

Cara Menulis Headline

Pastikan ringkas

Headline harus pendek dan tepat. Ini kerana headline yang ideal bukanlah ayat yang panjang, tetapi ringkas, padat dan menarik.

Cari Kelebihan Anda Yang Unik 

Tulis kelebihan anda yang paling unik untuk menjadikan anda sesuai untuk jawatan tersebut. Fikirkan berapa banyak pengalaman yang dimiliki, kemahiran yang diperolehi atau sifat keperibadian yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.

Gunakan Nombor

Gunakan nombor tertentu untuk menyatakan pengalaman dan kemahiran anda. Contoh, mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dan boleh bertutur 3 bahasa. ( Tidak menggunakan perkataan)

Tidak Klise

Elakkan membuat ayat yang sama atau meniru resume orang lain. Fahami bahawa headline merupakan satu cara yang membantu anda lebih menonjol daripada orang lain. Gunakan ungkapan yang kreatif untuk menggambarkan kelebihan anda dan berlainan daripada orang lain.

Gunakan Keywords

Kebanyakan majikan akan mencari keywords yang bertepatan dengan kehendak mereka semasa membaca resume.

Resume anda akan menjadi perhatian sekiranya keywords yang digunakan sama seperti yang dicari. Untuk mendapatkan keywords yang sepadan, dapatkan maklumat syarikat dan deskripsi jawatan yang ditawarkan.

Masukkan keywords yang tepat ke dalam headline anda setelah anda mendapat maklumat tersebut.

Spesifik Pekerjaan

Headline yang dihasilkan perlu difokuskan pada pekerjaan yang dipohon. Masukkan dengan tepat nama jawatan atau apa sahaja kriteria yang sepadan dengan pekerjaan yang dipohon.

Contoh Headline

Berikut adalah beberapa contoh headline resume yang boleh anda edit dan gunakan :

  • Jururawat Profesional Beserta Sijil Profesional Kejururawatan Dengan Pengalaman Selama 5 Tahun.
  • Pereka Bentuk Kasut Vans Edisi Terhad Dengan Pengalaman Rekaan Selama 10 Tahun.
  • Calon Guru Kreatif Dan Inovatif Peringkat Negeri.
  • Profesional Pemasaran Melebihi Sasaran Sebanyak 10% 3 Tahun Berturut.
  • AutoCount Pro Dengan Pengalaman Perakaunan Serta Audit Syarikat Selama 7 Tahun.

Jika anda lihat dengan teliti, headline di dalam resume sangat penting untuk menarik perhatian majikan dalam tempoh masa yang singkat. Ia membantu majikan untuk fokus kepada matlamat yang mereka mahukan daripada anda serta nilai penting yang ada pada anda untuk disumbangkan ke dalam syarikat.

Manfaatkan perkongsian serta panduan ini agar anda mencapai impian anda. Semoga berjaya.

Categories
Kerjaya

5 Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Anda Hantar Resume

Waktu Yang Terbaik Untuk Hantar Resume

Tahukah anda bahawa hantar resume juga memerlukan waktu yang sesuai dan terbaik agar resume anda mendapat perhatian daripada pihak majikan.

Salah timing, boleh menyebabkan resume anda diletak ditepi dan kemungkinan besar langsung tidak dipandang oleh majikan.

Tips Untuk Memilih Waktu Yang Terbaik

Melalui perkongsian ini, anda akan diberi panduan untuk memilih waktu yang sesuai menghantar resume anda mengikut bidang pekerjaan.

1. Bidang Kreatif

Jika anda ingin memohon pekerjaan dalam bidang kreatif, anda boleh menghantar resume anda seperti :

  • Hantar permohonan dan resume pada akhir bulan kerana pekerjaan dalam bidang kreatif menggunakan jadual waktu bekerja yang fleksibel.
  • Hasilkan CV dan resume yang kreatif dan menarik sesuai dengan jawatan yang dipohon.

2. Hantar Hari Isnin / Hari Bekerja

Pastikan anda menghantar resume dan permohonan anda pada hari bekerja serta :

  • Jangan hantar resume pada hari cuti.
  • Hantar pada hari Isnin kerana kebarangkalian 30% dipanggil temuduga.

3. Hantar Antara Jam 6-9 pagi dan 1-2 Petang

Anda juga perlu tahu waktu yang betul untuk menghantar resume dan permohonan anda. Waktu yang terbaik untuk  menghantar resume dan permohonan anda adalah :

  • Jam 6 hingga 9 pagi adalah waktu yang terbaik untuk menghantar resume dan permohonan kerja anda.
  • Antara jam 1 hingga 2 petang pula adalah waktu yang terbaik kerana sebanyak 11% majikan akan melihat dan membaca resume serta permohonan anda.
  • Jangan hantar resume dan permohonan anda selepas jam 10 pagi dan 2 petang kerana kemungkinan besar majikan tidak akan memberi tumpuan kepada resume anda.

4.  Mohon Awal

Pastikan anda menghantar resume dan permohonan anda seawal mungkin atau ;

  • Hantar resume pada hari pertama tawaran kerja diiklankan. Cepat mohon setelah anda melihat tawaran jawatan kosong diiklankan.
  • Cepat anda meghantar resume dan mohon, cepat juga majikan melihat dan membaca resume anda. Mungkin juga majikan terus memilih anda untuk menjawat jawatan tersebut kerana tertarik dengan kelebihan anda.

Jadi selepas ini, gunakan tips masa terbaik yang dikongsikan ini untuk menghantar resume anda. Mungkin selepas ini majikan akan memberi respon kepada resume dan permohonan anda. Semoga berjaya.

Categories
Resume

Cara Yang Betul Masukkan Kemahiran Multitask Dalam Resume Buat Majikan Teruja

Masukkan Kemahiran Multitask Ke Dalam Resume

Jika anda mempunyai kemahiran multitask dan ianya sangat unik serta bernilai tinggi, sila masukkan ke dalam resume anda. Ini adalah kerana banyak syarikat dan majikan sangat berminat dengan pekerja yang mempunyai kemampuan untuk melakukan pelbagai tugas atau multitasking.

Cara Memasukkan Kemahiran Multitasking  Dalam Resume

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk menyenaraikan kemahiran multitasking pada resume anda :

1. Highlight Kebolehan Anda Dalam Objektif / Ringkasan Resume Anda

Objektif merupakan satu ringkasan resume yang menceritakan dengan ringkas dan padat mengenai diri anda, kemahiran dan pencapaian anda.

Jadi, ringkaskan dengan menceritakan kemahiran serta kemampuan anda melakukan pelbagai tugas dengan sempurna. Tunjukkan kemampuan anda dengan menggunakan frasa atau ayat yang menunjukkan anda adalah seorang yang multitasking.

Contoh ayat :

“Saya adalah seorang pembantu akauntan yang boleh menyiapkan akaun syarikat serta boleh menyiapkan laman web syarikat menggunakan perisian web terkini dan memimpin ahli kumpulan dalam persediaan laporan tahunan.”

Secara objektifnya ada telah menunjukkan kemampuan anda untuk mengendalikan tugasan yang diberikan secara sekaligus tanpa sebarang masalah.

2. Masukkan Contoh Di Bahagian Pengalaman Kerja

Seperti anda ketahui, pada bahagian ini diceritakan tentang pengalaman kerja anda pada masa lalu. Jadi, masukkan contoh dengan meletakkan keterangan yang berkaitan dengan kemahiran multitasking anda seperti :

” Berjaya memasarkan produk syarikat dengan peningkatan graf sebanyak 30% selama 2 tahun dalam kerjaya. Pada masa yang sama juga membantu pengarah syarikat menjalankan mesyuarat yang tepat dan teratur.”

Huraian ini dengan jelas menerangkan tugas anda dan yang paling penting menunjukkan kemampuan anda untuk berjaya menguruskan tugasan secara sekaligus.

3. Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Kemahiran

Anda boleh masukkan kemahiran multitasking di bahagian kemahiran pada resume. Masukkan ayat yang menunjukkan hasil yang positif daripada usaha anda seperti :

“Mengenal pasti masalah sesuatu projek dengan cepat seterusnya menyiapkan tugasan kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah.”

4. Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Minat

Jika anda mempunyai beberapa aktiviti luar seperti aktiviti sukarela atau minat dan hobi yang berkait langsung dengan pekerjaan yang dipohon, senaraikan secara berasingan dibahagian bawah resume anda.

Ini menunjukkan anda dapat menangani pelbagai aktiviti berterusan dalam kehidupan seharian seiring dengan kerjaya anda.

 

Dengan memasukkan kemahiran multitasking anda, resume anda pastinya unik serta lain daripada yang lain. Jadi, ia menarik perhatian majikan untuk terus berminat mengambil anda menyertai syarikat.

Selamat mencuba.

Categories
Resume

5 Perkara Yang Tak Patut Ada Dalam Resume Anda

Resume Yang Baik, Relevan Buatkan Anda Dipanggil Kerja

Sudah pastu anda tahu cara untuk membuat resume yang terbaik sebelum mmeohon pekerjaan idaman anda. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa isi kandungan resume yang tidak perlu anda masukkan ke dalam resume anda?

Jangan Masukkan Benda Ini Dalam Resume Anda

Antara isi kandungan yang tidak perlu anda masukkan ke dalam resume ialah :

1. Senarai Pengalaman Kerja Yang Tidak Relevan

Anda mohon minta kerja sebagai seorang Penyelia Operator, tetapi anda masukkan pengalaman yang tidak berkaitan. Contohnya, anda masukkan pengalaman sebagai tukang masak, pelayan restoren dan pembantu mekanik. Pastinya pengalaman tersebut tidak mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon.

2. Perkara Peribadi

Jangan sesekali memasukkan status perkahwinan, agama, hobi atau perkara yang agak peribadi dalam resume anda. Jika ada, sila edit resume anda. In kerana perkara ini boleh ditanya oleh penemuduga sekiranya mereka ingin tahu.

3. Meletakkan Emel Peribadi

Tidak perlu anda memasukkan emel peribadi dan nampak keanak-anakan ke dalam resume anda. Cipta emel baru dan nampak lebih profesional dan masukkan ke dalam resume anda.

4. Meletakkan Jumlah Gaji Yang Dipohon

Anda dilarang sama sekali memasukkan jumlah gaji yang dipohon ke dalam resume. Ini boleh menyebabkan bakal majikan anda terus reject resume anda mentah-mentah tanpa sebarang pertimbangan.

5. Masukkan CGPA Dan Gred

Majikan lebih mementingkan pengalaman dan kemahiran berbanding CGPA dan Gred pencapaian anda. Jika anda menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang berharga serta lain daripada orang lain, itu lebih penting dan pastinya majikan akan lebih senang untuk menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Jangan lupa semak semula resume anda dan edit semula sebelum anda hantar resume kepada bakal majikan.