Categories
Resume

Maklumat Dalam Resume Yang Perlu Disusun Mengikut Turutan Yang Betul

Soalan yang sering didengari daripada graduan adalah “Apakah maklumat yang perlu saya masukkan dalam resume?” dan juga “Bagaimana nak susun maklumat dalam resume mengikut susunan yang betul?”

Sebagai seorang graduan dan calon temuduga, anda wajib ketahui maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam resume mengikut struktur yang betul.

Jadi, kami akan kongsikan dengan anda Maklumat-maklumat Yang Perlu Dimasukkan Dalam Resume Anda Mengikut Struktur Dan Turutan Yang Betul berdasarkan pengalaman calon temuduga.

Sila pastikan anda menyediakan kesemua maklumat yang diinginkan dalam resume serta menyusun resume mengikut turutan yang betul seperti yang kami kongsikan.

MAKLUMAT-MAKLUMAT APAKAH YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM RESUME?

Berikut merupakan maklumat-maklumat yang wajib calon temuduga masukkan ke dalam resume anda. Nasihat kami adalah jangan sesekali tertinggal walaupun satu maklumat yang disenaraikan ini.

Berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan mengikut susunannya.

  1. Nama Dan Contact
  2. Ringkasan Karier
  3. Sejarah Pekerjaan
  4. Skil
  5. Pendidikan
  6. Penglibatan
  7. Pencapaian

1.) NAMA DAN CONTACT

Pada bahagian paling atas resume anda, sila letakkan nama, alamat emel yang profesional. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk meletakkan nombor telefon serta alamat anda. Alamat sangat penting terutama sekali sekiranya anda memohon kerja di luar kawasan.

Seterusnya, di bahagian ini, anda dinasihatkan untuk menggunakan corak yang simple serta warna yang menarik tetapi tidak menganggu konsentrasi penemuduga. Gunakan juga font tulisan yang formal seperti Arial dan Times New Roman.

Berikut kami sediakan satu contoh resume untuk bahagian nama dan contact yang boleh anda jadikan panduan.

2.) RINGKASAN KARIER

Di bawah nama dan contact anda, sertakan maklumat ini. Maklumat ini hanya memerlukan 2 hingga 3 baris untuk diisi berkaitan dengan kelayakan serta kepujian yang anda miliki sepanjang karier anda.

Untuk makluman anda, ruangan ini bukanlah untuk ruangan objektif. Jadi, tidak perlu masukkan objektif di ruangan ini. Sebenarnya, majikan sudah pun tahu objektif anda iaitu untuk bekerja di tempat mereka.

Ringkasan karier ini adalah untuk penemuduga melihat kemajuan serta pencapaian yang berjaya anda raih sepanjang karier anda yang lalu.

3.) SEJARAH PEKERJAAN

Jika anda pernah bekerja sebelum ini (termasuklah internship) di sinilah ruangan untuk anda masukkan maklumat-maklumat tersebut. Maklumat inilah sebenarnya yang majikan ingin lihat dalam resume anda.

Jadi, maklumat ini perlulah diletakkan di bahagian hadapan resume iaitu selepas muka surat yang mengandungi nama serta contact calon temuduga.

Sijil-sijil ataupun bukti-bukti pekerjaan anda ini perlulah disusun dalam susunan yang betul berdasarkan masa bertugas (Letakkan yang [paling terkini letakkan dahulu.), senarai tajuk, nama syarikat, dan juga tarikh.

Anda memerlukan setengah ataupun satu mukasurat resume. Kemudian, sila tulis senarai kerjaya anda menggunakan point form tetapi perataannya secara lengkap. Pada point form itu, tidak perlu tulis tentang bidang tugas anda tetapi ketengahkan pencapaian karier anda.

Berikut kami sediakan contoh bagi ruangan Sejarah Pekerjaan dalam resume anda.

4.) SKIL

Ruangan skil merupakan salah satu ruangan maklumat yang sangat penting juga untuk anda masukkan dalam resume. Hal ini kerana majikan sangat memerlukan pekerja yang mempunyai skil yang tinggi. Jadi, amat penting untuk anda sertakan maklumat tentang skil anda.

Anda mungkin merasakan bahawa skil sepatutnya diletakkan terlebih dahulu sebelum ruangan Sejarah Pekerjaan kerana majikan semestinya mahu melihat skil apa yang anda ada sebelum anda bekerja.

Namun, seperti yang diterangkan tadi, ruangan Sejarah Pekerjaan merupakan ruangan yang pertama akan dilihat oleh majikan, Jadi sebab itulah ruangan Sejarah Pekerjaan diletakkan lebih atas daripada skil.

Majikan akan melihat ruangan sejarah kerja dan dengan mengetahui tempat anda bekerja, beliau sebenarnya sudah mendapat tahu sedikit sebanyak skil yang anda miliki.

Nasihat kami kepada anda adalah letakkanlah skil yang releven dan sesuai dengan kerjaya yang anda pohon itu. Tidak ada had untuk jumlah skil anda. Letakkanlah seberapa banyak skil yang anda ada dalam resume tersebut.

5.) PENDIDIKAN

Untuk ruangan pendidikan, letakkan nama sekolah, kolej, universiti yang anda belajar. Seterusnya letakkan nama bidang kursus serta tarikh graduasi anda. Jika anda telah lama graduasi tetapi masih tidak dapat kerja, anda boleh untuk tidak mengisi ruangan tarikh graduasi.

Anda juga digalakkan untuk meletakkan maklumat keputusan GPA anda dalam resume. Namun, ini sekiranya keputusan GPA anda adalah antara 3.00 – 4.00. Jika anda mendapat keputusan GPA yang kurang daripada itu, kami sarankan anda untuk tidak memmasukkan maklumat ini dalam resume.

6.) PENGLIBATAN

Sekiranya anda aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, komuniti, chariti dan lain-lain sertakanlah juga semua aktiviti ini di dalam resume anda. Sila sertakan sekali lokasi, tarikh dan juga nama aktiviti yang anda terlibat itu.

Persoalannya, bagaimana sekiranya anda tidak menyertai apa-apa aktiviti kemasyarakatan? Jangan risau! Jika anda tidak menyertai apa-apa aktiviti kemasyarakatan, jangan letakkan ruangan ini dalam resume anda.

7.) PENCAPAIAN

Letakkan juga maklumat berkaitan semua kejayaan serta anugerah yang dianugerahkan kepada anda. Terpulang kepada anda sama ada untuk memisahkan ruangan ini kepada beberapa bahagian atau tidak. Sebagai contoh, bahagian pencapaian ini diasingkan kepada banyak bahagian iaitu pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum dan lain-lain.

Akan tetapi, sekiranya anda ingin mencampurkan kesemua pencapaian dalam satu bahagian sahaja pun tidak salah juga, bergantung kepada anda sama ada ingin memisahkannya ataupun tidak.

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mengetahui maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam resume mengikut struktur dan susunan yang betul. Selamat menulis resume dan selamat berjaya daripada kami.

Categories
Resume

5 Kandungan Yang Dah Tak Releven Dalam Resume Anda Pada Tahun 2021

Permohonan kerja tahun 2020. Sedar tak anda yang industri sekarang makin sibuk, tidak lagi seperti dulu. Majikan sekarang hanya mahukan sesuatu perkara yang ‘ringkas tapi padat’.

Salah satu contoh paling ketara adalah resume untuk kita mohon kerja, kita semua tahu bahawa majikan kini lebih gemar resume yang tidak melebihi 3 muka surat.

Resume yang bagus infonya pendek namun padat untuk memudahkan majikan membaca butiran penting anda. Namun butiran-butiran peribadi amatlah penting untuk diletakkan bagi memperkenalkan kepada majikan. Kalau sebelum ini segelintir butiran dianggap penting dalam resume, tapi bila dah masuk 2020. Butiran ini sudah dianggap lapuk, lihat apa butiran tersebut dan update resume anda sekarang!

1. Buang Butiran Semasa Zaman Pengajian Kolej Anda

Terlalu banyak details mengenai zaman kolej mengganggu ruang dalam resume anda. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MUDA butiran ini dah tak relevan lagi bagi majikan. Mereka takkan pandang lagi segala penglibatan kurikulum, ahli kelab persatuan, CGPA semua itu.

Hanya kekalkan apa yang perlu dalam resume anda mengikut peredaran semasa anda. Jika anda dah graduate lebih dari 10 tahun, maka butiran lanjut semasa anda di kolej adalah tidak relevan lagi.

2. Bahasa

Kebolehan anda berbahasa bukan tidak penting. Namun sila sesuaikan dengan permohonan kerja anda. Majikan dah tak hairan dengan bahasa lagi dah, melainkan kerja yang anda mohon ada melibatkan penggunaan bahasa asing sebagai syarat utama permohonan jawatan.

Namun, kebolehan berbahasa ini boleh diletakkan jika anda sememangnya fasih bahasa ketiga. Ikutkan logik, boleh dikatakan semua industri memerlukan anda fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris.

3. Internship, Anugerah Serta Penghargaan Yang Anda Pernah Terima

Tanya diri anda, releven lagi tak maklumat mengenai internship, anugerah dan penghargaan semasa belajar yang pernah anda terima dahulu. Perlu tak semua butiran ini dalam permohonan kerja baru? Kalau tak perlu dan relevan, sila buang! Tapi jangan lupa bahagian ini kalau semua ini ada kaitan dengan bidang kerja baru tu.

4. References atau Rujukan

Anda boleh maklumat references atau rujukan sekiranya di minta. Namun, apa yang terbaik anda cuba dapatkan bantuan ulasan daripada ekskutif yang anda kenal adalah jauh lebih penting daripada hanya sekadar letak namanya.

5. Tempoh Perkhidmatan Kerja Untuk Mengukur Pengalaman

Berapa lama anda dah kerja di sesebuah syarikat bukan lagi aset utama untuk mengukur ‘kehandalan’ kerja anda. Ia hanyalah sebagai jangkaan untuk membuat perundingan gaji sahaja.

Apa kata semak resume anda sekarang. Ada tak butiran-butiran yang anda tidak perlukan dan buat pembaikan.

Categories
Resume

Cara Mudah Buat Resume Menggunakan Google Docs

Buat Resume Menggunakan Google Docs

Terdapat pelbagai cara yang mudah untuk menyediakan resume dan kebanyakannya menggunakan template kerana anda hanya perlu memasukkan sahaja maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dalam template.

Jadi, manfaatkan kelebihan dan kemudahan yang ada pada Google Docs untuk menyiapkan resume anda.

Pilihan Tepat

Sekiranya anda menggunakan Google Docs sebagai pilihan untuk membuat resume anda, ia merupakan pilihan yang tepat buat anda. Malahan Google Docs juga menawarkan pelbagai pilihan templates yang sesuai untuk anda gunakan.

Ini adalah kerana ia menjimatkan masa dan sangat mudah untuk disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.

Pilih template, masukkan maklumat, save dan hantar kepada majikan anda.

Cara Membuat Resume Menggunakan Google Docs

Berikut adalah cara-cara untuk membuat resume dengan menggunakan Google Docs :

  1. Masuk ke akaun Google dan klik Google Docs.
  2. Pergi ke bahagian template dan pilih template yang sesuai.
  3. Sesuaikan template resume anda.
  4. Rename file dan muat turun resume anda.

1. Masuk ke akaun Google dan klik Google Docs

  • Pertama sekali anda perlu masuk ke laman Google.
  • Jika tiada akaun Google, daftar baru akaun Google anda.
  • Masuk akaun Google dan pilih Google Docs.

2. Pergi ke bahagian template

  • Setelah klik Google Docs, Galeri Template akan naik diatas skrin.
  • Pilih template yang sesuai untuk kegunaan anda.
  • Terdapat 5 pilihan template yang sesuai dengan anda iaitu Serif, Coral, Swiss, Spearmint dan Modern Writer.

3. Sesuaikan template resume anda

  • Setelah pilih template yang sesuai, anda boleh ubah warna, fonts, teks dan juga beberapa elemen mengikut pilihan anda.
  • Padam contoh teks dan masukkan pengalaman, pendidikan serta kemahiran yang sesuai ke dalam resume anda.
  • Anda juga boleh memasukkan beberapa bahagian atau column sekiranya ada penambahan maklumat penting dan tidak disediakan di dalam template tersebut.

4. Rename file dan muat turun resume anda

  • Setelah resume anda siap dimasukkan maklumat yang berkaitan, klik bahagian sudut atas sebelah kiri dan rename file template anda.
  • Pilih FILE dan muat turun ke laptop, komputer atau telefon anda dengan menggunakan file PDF.

Sekiranya anda telah mempunyai resume di dalam fail Microsoft Words, anda boleh sahaja copy dan paste ke dalam template dan sesuaikannya mengikut pilihan anda.

Mudah dan cepat, bukan? Jadi, buka akaun Google anda sekarang dan terokai kelebihan Google Docs yang disediakan.

Categories
Resume

7 Langkah Menulis Resume Dalam Bahasa Inggeris

Menulis Resume Dalam Bahasa Inggeris

Mungkin anda belum pernah menulis resume dalam bahasa Inggeris dan kali ini anda ingin menulis resume dalam bahasa Inggeris pula. Bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menulis resume yang terbaik dalam bahasa Inggeris?

Ikuti tips yang dikongsikan ini untuk menulis resume yang terbaik dalam bahasa Inggeris beserta contoh.

7 Langkah Menulis Resume Dalam Bahasa Inggeris

Berikut adalah 7 langkah menulis resume dalam bahasa Inggeris :

1. Masukkan Contact Details 

Lengkapkan contact details anda dengan :

  • Nama penuh
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Emel profesional
  • Link website (jika berkaitan dengan pekerjaan anda)

2. Masukkan Maklumat Peribadi Yang Berkaitan

  • Jangan dedahkan nombor PERKESO / KWSP anda dalam resume.
  • Tidak perlu memasukkan umur, status perkahwinan, tanggungan atau kehidupan peribadi anda.
  • Masukkan gambar sekiranya anda pekerjaan anda berkaitan lakonan, modelling atau rekaan fesyen.

Majikan boleh mendapatkan maklumat peribadi untuk simpanan pejabat setelah anda diambil bekerja.

3. Masukkan Objektif 

Masukkan ringkasan maklumat resume atau objektif yang menunjukkan pengalaman atau matlamat kerjaya anda yang sepadan dengan tugasan dan matlamat syarikat itu sendiri. Masukkan objektif yang ringkas, padat serta mempunyai keywords yang sepadan dengan kehendak majikan anda.

4. Asingkan Bahagian Pendidikan / Kemahiran Dan Kelayakan

Masukkan maklumat pendidikan mengikut turutan pendidikan yang terkini beserta nama institusi pendidikan, tarikh dan pencapaian akademik yang diperolehi.

Asingkan bahagian pendidikan dengan bahagian kemahiran dan kelayakan. Ia bertujuan supaya bakal majikan anda dapat terus fokus dengan kehendak yang mereka inginkan dan pastikan ia sepadan dengan syarat tawaran pekerjaan yang diletakkan oleh bakal majikan anda.

5. Masukkan Nombor Untuk Menunjukkan Pencapaian Anda

Masukkan nombor untuk menunjukkan pencapaian dalam kerjaya anda. Contoh, “Mencapai 20% target melebihi target yang ditetapkan oleh syarikat” atau “2 tahun berturut mencapai KPI syarikat sebanyak 89% hingga 92%”.

6. Sesuaikan Resume Dengan Tawaran Pekerjaan

Masukkan keywords yang sesuai dalam resume anda dan padankan dengan deskrepsi tugasan pekerjaan anda. Ingat, majikan akan mencari keywords yang sepadan dengan kehendak mereka untuk mendapatkan calon yang sesuai dengan kerja yang ditawarkan.

7. Elakkan Memasukkan Rujukan

Jika resume sebelum ini meminta anda untuk memasukkan rujukan, tetapi bagi resume ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari rujukan dan masukkan ke dalam resume anda.

Anda cuma perlu mengasingkan dokumen untuk rujukan dan berikan kepada penemuduga sekiranya mereka meminta anda untuk memberikan senarai rujukan.

Gantikan dibahagian bawah resume anda dengan , “Rujukan tersedia atas permintaan” untuk menunjukkan anda bersedia untuk memberikan senarai rujukan sekiranya diminta. Jadi, jangan lupa untuk menyiapkan satu senarai rujukan dalam dokumen yang berasingan .

Contoh Resume

Contoh 1

Contoh 2

Categories
Resume

Sample Resume Pembantu Tadbir & Kerani Terkini Dan Terbaik

Resume Kerani & Pembantu Tadbir Terkini dan Terbaik

Walaupun anda memohon pekerjaan sebagai seorang Kerani dan Pembantu Tadbir, anda perlu menyediakan satu resume yang menerangkan deskripsi tugas dan tonjolkan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Melalui perkongsian ini, disediakan contoh resume yang boleh membantu anda menyiapkan resume terkini dan terbaik untuk jawatan kerani dan pembantu tadbir.

Format Resume

Sama seperti resume yang lain, terdapat beberapa bahagian dan maklumat penting yang perlu anda masukkan ke dalam resume anda atau terus menggunakan template yang bersesuaian untuk kegunaan anda.

Maklumat yang perlu dilengkapkan ialah :

  • Maklumat anda seperti nama dan alamat.
  • Ringkasan kerja anda.
  • Pendidikan.
  • Pengalaman kerja.
  • Kemahiran kerja.

Untuk resume ini, anda tidak perlu memasukkan senarai rujukan anda. Namun anda perlu menyediakan satu dokumen senarai rujukan sekiranya diminta oleh bakal majikan.

Contoh Resume

Berikut adalah contoh resume yang sesuai untuk anda jadikan contoh.

Penting untuk anda tonjolkan kemahiran anda sebagai seorang kerani dan pembantu tadbir dalam resume ini dan pastikan keyword yang digunakan sepadan dengan kehendak bakal majikan.

Diingatkan juga bahawa anda perlu mengasingkan resume mengikut jenis pekerjaan atau jawatan yang dipohon supaya ianya relevan dan memudahkan bakal majikan fokus kepada kemahiran yang ditonjolkan. Elakkan menggunakan resume yang sama untuk pekerjaan yang berlainan.

Categories
Resume

Sample Dokumen Senarai Rujukan Untuk Temuduga

Dokumen Senarai Rujukan Untuk Temuduga

Apabila anda menyiapkan resume, pastinya anda perlu meletakkan senarai nama rujukan dibahagian bawah resume anda. Tetapi untuk menghasilkan resume yang lebih baik, anda perlu mengasingkan senarai rujukan anda dalam dokumen yang lain. Anda hanya berikan senarai rujukan kepada penemuduga sekiranya diminta oleh mereka sahaja.

Dapatkan Kebenaran

Sekiranya anda bekerja, dapatkan kebenaran daripada supervisor / ketua jabatan atau rakan sekerja anda untuk menjadi sumber rujukan anda. Tetapi sekiranya anda tidak bersedia untuk memberitahu kepada mereka mengenai permohonan kerja baru anda, anda boleh pertimbangkan alternatif yang lain untuk menjadi rujukan anda.

Nota : Sebelum anda masukkan nama senarai rujukan, pastikan anda mengetahui siapa yang akan menjadi rujukan anda dan minta kebenaran terlebih dahulu.

Nyatakan kepada individu tersebut mengapa anda ingin menjadikannya sebagai rujukan, jawatan yang dipohon dan beritahu kepada individu tersebut bahawa mereka mungkin akan dihubungi oleh syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat diri anda.

Dicadangkan kepada anda untuk berikan salinan resume dan surat panggilan temuduga agar individu yang menjadi rujukan anda tahu dengan terperinci mengenai tawaran kerja yang ditawarkan serta menulis surat RECOMMENDATION kepada penemuduga anda nanti.

Jumlah Senarai Rujukan

Kebiasaannya bakal majikan akan meminta sekurangnya 2 atau 3 senarai rujukan. Tetapi jika anda boleh dapatkan lebih senarai rujukan, itu lebih baik. Pastikan senarai rujukan tersebut seorang yang positif, boleh menceritakan perihal anda dengan baik dan tahu selok belok pekerjaan yang ditawarkan.

Baca juga artikel ini : Mengapa Majikan Ingin Melihat “Reference List” Dalam Resume Anda

Format Dokumen Senarai Rujukan

Perkara yang perlu anda masukkan ke dalam dokumen senarai rujukan adalah seperti berikut :

1. Masukkan maklumat anda seperti :

  • Nama
  • Alamat rumah
  • Nombor telefon
  • Emel

2. Masukkan tajuk SENARAI RUJUKAN.

3. Diikuti maklumat senarai rujukan iaitu :

  • Nama
  • Jawatan
  • Syarikat dan alamat syarikat
  • Nombor telefon
  • Emel

4. Kekalkan format dimana sekiranya senarai pertama mempunyai alamat yang lengkap, senarai rujukan seterusnya juga perlu mempunyai alamat yang lengkap.

5,. Periksa ejaan pada nama dan alamat senarai rujukan adalah betul dan tepat. Anda boleh check melalui platform LinkedIn untuk dapatkan pekerjaan dan alamat syarikat senarai rujukan yang betul dan tepat.

6. Ucapkan terima kasih kepada senarai rujukan anda diatas kesudian mereka menjadi senarai rujukan anda. Sama ada anda berjaya mendapat tawaran kerja tersebut atau tidak, bersikap profesional dengan mereka dan ucapkan terima kasih.

7. Beritahu kepada senarai rujukan anda mengenai keputusan temuduga anda. Pastinya mereka gembiranya sekiranya anda mendapat pekerjaan tersebut dan beritahu juga sekiranya anda tidak mendapat jawatan tersebut. Pastinya mereka akan menyokong anda dan memberi kata-kata positif.

Contoh Senarai Rujukan

Berikut adalah senarai rujukan yang boleh anda download dan edit mengikut keperluan anda.

Categories
Resume

11 Ciri Budaya Kerja Yang Dicari Majikan Dalam Setiap Resume Calon

Ciri Yang Dicari Majikan Melalui Resume

Terdapat beberapa ciri yang dicari oleh majikan melalui resume yang anda hantarkan kepada mereka. Tahukah anda bahawa ciri yang dicari merupakan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu ada dalam setiap pencari kerja untuk memajukan sesuatu organisasi.

Jadi, ciri apakah yang selalu oleh majikan untuk dimasukkan ke dalam resume anda?

Ikuti perkongsian ini untuk dapatkan beberapa ciri budaya kerja cemerlang untuk anda masukkan ke dalam resume anda?

Senarai Ciri Budaya Kerja Cemerlang

Berikut adalah senarai ciri Budaya Kerja Cemerlang yang dicari oleh majikan dalam resume anda :

1. Menepati Masa

Pastikan anda meletakkan ke dalam resume mengenai ketepatan masa anda menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan yang diberikan oleh majikan atau pensyarah anda. Ini kerana seseorang yang berdisiplin akan melaksanakan sesuatu projek dan tugasan yang diberikan mengikut waktu yang diberikan. Pekerja yang menepati masa juga tidak akan hadir lambat untuk bekerja dan tidak mempunyai masalah disiplin yang akan merosakkan sesuatu organisasi.

2. Berinisiatif

Jika anda mempunyai sikap inisiatif atau kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah, anda merupakan antara calon pekerja yang sememangnya dicari oleh majikan masa kini. Ini kerana pekerja ini gemar berusaha melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh dan tidak memerlukan pengawasan yang maksimum.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.

3. Sentiasa Positif

Pekerja yang mempunyai sikap positif akan menghasilkan persekitaran tempat kerja yang tenang dan dan sentiasa berkomitmen untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

4. Bertanggungjawab 

Setiap pekerja yang bertanggungjawab akan memudahkan sesuatu syarikat kerana mempunyai fikiran yang rasional untuk tidak melakukan perkara yang tidak diingini oleh syarikat. Pekerja tersebut akan bertanggungjawab dengan setiap projek dan tugasan yang diberikan oleh majikan dan menghasilkan keuntungan buat syarikat.

5. Amanah 

Sifat amanah adalah antara sifat yang dicari majikan terutamanya bagi mereka yang memohon pekerjaan yang berkaitan dengan rahsia syarikat seperti pendapatan, jualan, duit keluar masuk dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kerahsiaan syarikat. Jika pekerja memecahkan amanah yang diberikan, segala urusan syarikat akan terganggu dan boleh menyebabkan anda kehilangan pekerjaan.

6. Komitmen

Pekerja yang berkomitmen akan memberikan seluruh perhatiannya kepada syarikat dan pekerjaan. Jadi, anda perlu bersungguh-sungguh terhadap apa sahaja kerja yang dilakukan. Dengan adanya komitmen terhadap pekerjaan, mutu hasil kerja yang dilakukan juga akan menjadi lebih cemerlang.

7. Integriti

Tahap integriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri. Pekerja yang mempunyai sikap ini akan bersikap jujur dengan majikan dan rakan-rakan sekerja. Pekerja yang mempunyai sikap integriti juga akan melakukan perkara yang diucapkan dan tidak hanya bercakap kosong sahaja iaitu dengan mengamalkan prinsip WALK THE TALK.

8. Cergas Dan Cerdas

Dapat dilihat dalam resume melalui penglibatan anda dalam aktiviti sosial dan pencapaian. Pekerja yang cergas dan cerdas akan menyumbang lebih 60 peratus daripada produktiviti mereka. Cerdas dan cergas yang berkaitan dengan budaya kerja yang dicari oleh majikan ialah keupayaan menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas yang diberi dan menyelesaikan masalah.

9. Komunikasi Berkesan

Mengapa komunikasi berkesan? Jika anda bakal bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan komunikasi, marketing dan sektor yang memerlukan anda perlu bercakap dengan dengan ramai orang, ia adalah salah satu ciri penting yang perlu ada dalam diri anda. Anda perlu yakinkan pelanggan, pembeli atau pelabur untuk terus bekerjasama dengan syarikat anda. Jadi, masukkan kelebihan ini ke dalam resume anda dibahagian kemahiran dan jangan lupa masukkan di dalam bahagian pencapaian sekiranya ada.

10. Kepimpinan

Pekerja yang mempunyai sifat kepimpinan sangat mudah mendengar arahan dan mempunyai ciri untuk memimpin orang lain untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan oleh majikan. Mereka yang mempunyai ciri ini sangat membantu majikan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan urusan-urusan lain di syarikat.

Selalunya, pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi untuk mencapai matlamat syarikat.

11. Berdaya Saing

Pekerja yang mempunyai sikap atau ciri berdaya saing sangat membantu syarikat untuk terus maju dari masa ke semasa. Mereka juga sentiasa mempunyai cadangan dan juga usul baru untuk dibentangkan kepada majikan. Malahan mereka juga akan mendapatkan maklumat, membuat penyelidikan, kreatif dan sentiasa berkeinginan untuk mencuba perkara baru yang mendatangkan hasil.

Anda juga boleh dapatkan maklumat yang berkaitan melalui pautan ini : 11 Kelayakan Yang Mempunyai Demand Tinggi Sekiranya Anda Letak Dalam Resume

Categories
Resume

9 Point Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda

9 Point Penting Dalam Resume

Apakah perkara penting yang perlu ada dalam resume anda? Untuk pengetahuan anda, terdapat 9 point yang penting dan perlu ada dalam resume anda. Tetapi, anda perlu ringkaskan maklumat dalam 9 point tersebut agar dapat dibaca dan difahami dengan mudah oleh bakal majikan.

Fokus kepada kemahiran serta kebolehan unik anda dan pastikan ianya berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Diingatkan supaya anda sentiasa mengemaskini resume anda mengikut jawatan yang dipohon dan jangan jadikan resume anda sebagai resume yang diguna untuk semua jenis jawatan. Dikhuatiri pengalaman, kemahiran serta kebolehan anda tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Ingin menggunakan template untuk resume, klik sini.

9 Point Penting Perlu Ada Dalam Resume Anda

Antara 9 point penting tersebut ialah :

1.  Maklumat Diri Anda

Maklumat diri anda sangat penting supaya majikan atau bahagian pengambilan pekerja dapat menghubungi anda selepas mereka berpuas hati dan ingin menawarkan anda untuk mengisi jawatan tersebut.

Maklumat tersebut ialah :

  • Nama anda
  • Nombor telefon
  • Alamat
  • Emel

2. Objektif

Nyatakan ringkasan kerjaya anda secara ringkas dan padat. Pastikan ianya sesuai dengan jawatan yang dipohon dan letakkan angka untuk menunjukkan pencapaian terbaik anda.

Contoh : Ingin mencapai misi dan visi syarikat dengan pengalaman dalam bidang Teknologi serta pencapaian terbaik selama 5 tahun berturut.

3. Pengalaman Kerjaya

Pengalaman kerja anda sangat penting untuk dimasukkan ke dalam resume. Ini kerana kebanyakan majikan mementingkan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

Masukkan pengalaman kerja yang relevan sahaja ke dalam resume anda. Tidak perlu memasukkan pengalaman kerja yang tidak berkaitan semata-mata ingin memenuhkan resume anda.

4. Pencapaian Atau Anugerah 

Jika anda mendapat anugerah atau pencapaian yang berkaitan dengan kerjaya anda selama ini, sila masukkan ke dalam resume anda. Masukkan tahun, anugerah dan pencapaian anda.

Pastikan anda meletakkan tahun pencapaian yang terkini pada bahagian ini.

5. Tahap Pendidikan 

Elakkan daripada meletakkan tahap pendidikan yang tidak perlu seperti pendidikan tadika, sekolah rendah dan menengah rendah.

Tahukah anda bahawa majikan akan melihat tahap pendidikan anda yang tertinggi terlebih dahulu dan tidak akan membaca senarai pendidikan yang lain? Oleh itu, masukkan sahaja tahap pendidikan terkini ya.

6. Sijil Profesional

Ini adalah satu bonus buat anda sekiranya sijil profesional ini sangat berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Letakkan nama sijil beserta tahap pencapaian sijil tersebut seperti :

  • Sijil Profesional Jurutera Elektrik : Kursus Peringkat 3 Kemahiran Selenggara

7. Kemahiran / Kebolehan

Jika anda pasti bahawa anda mempunyai kemahiran / kebolehan yang unik serta lain daripada yang lain, ia sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Masukkan kemahiran ‘hard skill’ dan diikuti dengan kemahiran ‘soft skill’ supaya majikan tahu bahawa anda adalah seorang calon yang sangat sesuai untuk  jawatan tersebut.

8. Penguasaan bahasa

Ini merupakan satu bahagian atau point yang jarang-jarang dimasukkan ke dalam resume. Namun bagi sesetengah jawatan, penguasaan bahasa tertentu sangat penting dan diambil kira oleh majikan.

Pastikan anda benar-benar mahir menguasai bahasa tersebut barulah dimasukkan ke dalam resume. Ini kerana majikan akan menemuduga anda menggunakan bahasa yang anda mahir untuk menguji penguasaan bahasa anda.

9. Kokurikulum / Kegiatan Luar

Senaraikan jenis sukan, persatuan, NGO, kelab atau badan beruniform yang pernah anda sertai. Juga diingatkan supaya anda meletakkan kegiatan yang relavan dan terkini sahaja. Majikan akan menilai serta lebih mengenali diri anda berdasarkan kegiatan yang anda ikuti selama ini.

Bagaimana pula dengan senarai rujukan? Untuk pengetahuan anda, resume terkini tidak mewajibkan anda untuk memasukkan senarai rujukan. Sebaliknya anda perlu menyediakan dokumen senarai rujukan secara berasingan dan berikan kepada majikan sekiranya diminta.

 

Categories
Resume

Cara Mudah Dan Cepat Create Resume Guna Apps Dari Handphone

Mudah, Cepat Dan Berbaloi. Guna Handphone Je Buat Resume

Mungkin anda rasa lambat pula nak balik rumah, buka laptop dan buat resume. Sambil menunggu rakan-rakan untuk minum atau tunggu LRT, bolehlah anda buat resume menggunakan handphone anda dengan menggunakan aplikasi yang akan dikongsikan ini.

Ingin membuat resume sendiri tetapi tidak tahu format yang betul? Dapatkan cara membuat resume dan lihat tajuk utama yang perlu dimasukkan ke dalam resume anda disini.

Cara Membuat Resume Dengan Menggunakan Handphone

Untuk membuat resume menggunakan handphone,

  • Pilih TEMPLATE yang sesuai mengikut kehendak dan minat anda.

  • Setelah membuat pilihan dan klik template dan edit kini resume anda sudah siap.

Cepat dan mudah bukan? Jadi, jangan berikan alasan untuk menyiapkan resume anda. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyiapkan resume dan CV anda dimana-mana sahaja dengan mudah dan cepat.

Categories
Temuduga

5 Ayat Yang Tak Perlu Dikatakan Kepada Penemuduga Semasa Temuduga

Anda bebas untuk bercakap apabila penemuduga mengajukan soalan kepada anda. Malah, adalah lebih baik jika anda banyak bercakap ketika temuduga kerana ini menampakkan anda sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi.

Namun, harus diingat bahawa terdapat beberapa ayat yang anda tidak boleh sesekali cakap ketika temuduga. Ayat-ayat ini termasuklah yang melibatkan perkara sensitif, ayat yang berbaur perasaan meninggi diri dan lain-lain lagi.

Tidak dinafikan, kadang-kala tidak terniat pun dalam hati anda untuk mengucapkan ayat-ayat seperti ini tetapi oleh kerana terlalu gemuruh, tanpa sedari anda telah mengeluarkan ayat-ayat yang mampu membunuh peluang anda ini.

Oleh itu, anda perlulah sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Berikut dikongsikan 5 ayat yang tidak sepatutnya anda ungkapkan kepada penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan.

“Saya Sangat Pakar Dalam Bidang Ini.”

Tidak dapat dinafikan terdapat sesetengah bidang yang anda sangat arif tentangnya. Oleh sebab itulah anda memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang tersebut. Bahkan, temuduga tentang bidang itu seolah-olah seperti “makanan” sahaja buat anda.

Anda perlu ingat bahawa walau sehebat mana sekalipun anda dalam bidang tertentu, jangan sesekali sebutkan kehebatan anda itu kepada penemuduga. Anda pasti menjangkakan bahawa penemuduga akan tertarik dengan anda setelah anda menyebutkan kehebatan anda dalam bidang itu.

Namun, hakikatnya bukanlah begitu. Penemuduga malah melihat anda sebagai seorang yang mementingkan ego dan suka meninggi diri. Percayalah, tidak ada majikan yang suka untuk menggaji pekerja yang suka meninggikan diri.

Sebaliknya, anda perlulah mengucapkan ayat seperti ini. “Saya sangat berminat untuk belajar lebih lagi dalam bidang ini bagi menambahkan pengetahuan saya.”

“Saya Sering bertukar Kerja Sebelum Ini Kerana Masih Belum Menjumpai Kerja Yang Sesuai Dengan Saya.”

Tanpa anda sedari, ayat ini sangatlah bahaya. Penemuduga akan mula melabel anda sebagai seorang yang suka memilih kerja dan tidak ada pendirian tetap. Mereka juga akan mula mempersoalkan kesetiaan anda sekiranya mereka mengambil anda bekerja dengan mereka.

Ingatlah bahawa majikan memegang satu prinsip yang tetap iaitu tidak akan sesekali melepaskan pekerja mereka yang berkualiti dengan mudah. Jadi, jika anda berpotensi dan mampu menyumbang untuk syarikat mereka, sudah pasti mereka tidak mahu melepaskan anda.

Berdasarkan ayat anda tadi, mereka dari awal lagi akan berfikir adalah baik untuk tidak mengambil anda bekerja kerana jika mereka mengambil anda, suatu hari nanti anda akan tinggalkan syarikat mereka juga sekiranya anda tidak lagi berminat.

“Boleh Saya Tahu Syarikat Ini Buat Apa?”

Dengan bertanyakan soalan seperti ini, jelaslah kepada majikan bahawa anda merupakan seorang yang tidak peka. Sebagai seorang penemuduga, anda sepatutnya menjalankan sedikit kajian tentang syarikat yang anda pohon kerja itu. Antara salah satu maklumat yang anda perlu tahu mengenai syarikat tersebut adalah apakah yang syarikat tersebut lakukan.

Maksudnya, anda perlu tahu sendiri dan bukannya bertanya kembali kepada penemuduga. Pertanyaan anda itu jelas menunjukkan bahawa anda tidak bersedia untuk bekerja di syarikat tersebut.

“Sebab Saya Tinggalkan Kerja Lama Saya Adalah Kerana Tempat Kerja Itu Teruk.”

Tahukah anda bahawa dengan menyatakan aduan tentang mengapa anda meninggalkan kerja lama anda kepada penemuduga seperti ini, kemungkinan untuk anda tidak diterima di tempat kerja itu adalah sangat tinggi.

Sedarlah bahawa anda bukannya sedang berada di sesi kaunseling sebaliknya anda sedang menjual diri anda dalam suatu lubuk rezeki. Jadi, jika ingin menjual diri anda, perkara yang baik perlulah ditekankan. Ingatlah! majikan ingin menggaji seorang pekerja yang betul-betul berminat untuk bekerja dengan mereka dan bukannya menggaji pekerja yang mempunyai masalah.

“Saya Tidak Ada Sebarang Soalan.”

Kebiasaannya, sebelum sesi temuduga tamat, penemuduga akan bertanya kepada calon soalan ini. “Adakah anda ada apa-apa soalan untuk saya?” Jadilah bijak! Jika anda menjawab tidak ada apa-apa soalan, penemuduga akan menganggap anda tidak berminat untuk bekerja di tempat itu.

Oleh itu, tanyalah sebarang soalan kepada penemuduga tersebut. Namun, pastikan soalan yang ditanya itu bernas dan berkaitan dengan karier yang anda pohon. Lebih baik lagi, soalan tersebut mestilah jawapannya tidak ada dalam laman web syarikat. Dengan melakukan ini, anda akan dilihat seperti seorang yang bersemangat dan ingin tahu.

Anda sudah tahu senarai lima soalan yang tidak sepatutnya anda tanya kepada penemuduga. Jadi, janganlah sesekali bertanyakan soalan-soalan seperti ini. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan selamat berjaya dalam temuduga.