Categories
Kerjaya

Calon Wanita, Jangan Pandang Remeh Etika Berpakaian Ketika Hadir Temuduga

Mesti anda terfikir bagaimanakah etika pakaian sebenar ketika menghadiri temuduga. Maklumlah penampilan diri yang kemas adalah aspek yang paling penting ketika mempersiapkan diri untuk hadir temuduga.

Mengapa ianya sangat penting? Pasti anda pernah dengar ungkapan ”First Impression Matter?” bukan?. Ini adalah kerana penampilan diri yang terbaik terutama cara berpakaian yang betul akan memberikan gambaran yang terbaik kepada penemuduga anda.

Apakah etika berpakaian yang sesuai untuk calon wanita ketika temuduga?

Etika Berpakaian Calon Wanita Ketika Temuduga

Berikut adalah etika berpakaian bagi calon wanita iaitu:

Kemas Dan Bersih

Jarang-jarang sekali kedengaran calon wanita yang hadir temuduga dalam keadaan yang tidak kemas dan comot. Selalunya calon wanita yang hadir sentiasa kemas dan bersih.

Seterusnya calon wanita perlu berpakaian dengan pakaian formal iaitu memakai baju kurung yang kosong atau kurang bercorak dan dengan warna yang tidak terlalu terang.

Pastikan baju kurung yang dipakai tidak melekat di badan dan tampilkan kesopanan anda dalam berpakaian serta menjaga tatasusila apabila hadir temuduga.

Jika calon wanita memakai pakaian smart kasual ketika temuduga pula, pastikan anda memakai:

  • Seluar slack / berkain skirt labuh dan tidak ketat
  • Berwarna gelap
  • Berbaju kemeja berwarna cerah atau pastel
  • Berkot / blazer berwarna gelap
  • Pastikan pakaian anda mengikut jawatan yang dipohon dan sesuai.
Style Tudung Dan Rambut

Jika anda bertudung, pastikan anda menggayakan dengan ringkas dan kemas. Digalakkan untuk memakai tudung bawal berbanding tudung jenis shawl kerana tudung jenis shawl agak berbelit dan boleh menyesakkan mata penemuduga.

Bagi calon yang tidak bertudung pula, rambut mestilah disikat rapi atau diikat dengan kemas. Pastikan rambut tidak menutup mata atau muka anda. Jangan lupa untuk amalkan body language iaitu eye contact dengan penemuduga ya.

Aksesori Tambahan

Tidak salah memakai aksesori tambahan seperti jam, cincin atau gelang tangan. Tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan sehingga menggangu mata penemuduga ketika sesi temuduga dijalankan.

Kurangkan aksesori pada bahagian telinga, kaki dan jari kerana ia menunjukkan gambaran tidak baik mengenai calon kepada penemuduga.

Mekap Yang Sesuai

Pakailah sedikit mekap yang sesuai. Jangan hadir temuduga denganĀ  keadaan muka yang pucat. Pastikan juga anda tidak mekap dengan keterlaluan pula. Cukup jadikan wajah anda berseri agar penemuduga melihat calon yang hadir pada hari tersebut sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kasut Yang Sesuai

Mesti anda sedia maklum, semua calon yang hadir temuduga perlu memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap. Pastikan tumit kasut anda tidak terlalu tinggi.

Mengapa mesti kasut yang bertumit? Ia menujukan betapa profesionalnya seorang calon dalam berurusan dan ketika berhadapan dengan penemuduga. Jangan lupa, pakai sarung kaki yang bersesuaian.

 

 

Categories
Kerjaya

Jawapan Terbaik & Tepat Yang Anda Boleh Gunakan Jika Ditanya ”Mengapa Anda Dipecat?”

Jika anda dipecat dari tempat kerja lama, mestilah ada alasannya bukan? Tak semua alasan pekerja dipecat adalah positif. Kebanyakan alasan pekerja dipecat mestilah sebab pekerja telah melakukan sesuatu kesilapan.

Jarang penemuduga nak tanya kenapa calon dipecat dari tempat kerja lama. Namun sekiranya tiba-tiba soalan ini ditanya kepada anda, anda perlu bijak menjawab. Jangan sampai alasan yang anda berikan menjadi punca penemuduga memandang negatif terhadap anda.

Untuk persediaan calon temuduga, baca jawapan terbaik dan tepat yang boleh anda gunakan untuk soalan ini.

TIPS MENJAWAB SOALAN “MENGAPA ANDA DIPECAT?”

Berikut adalah tips menjawab soalan ini:

  • Berikan jawapan yang ringkas dan tepat. Nyatakan alasan yang positif kepada penemuduga anda
  • Cuba alihkan perbualan anda dan penemuduga dengan topik yang lain
  • Bersikap jujur ketika menyatakan alasan

CARA MENJAWAB DENGAN BAIK

“Mengapa anda dipecat?” Ini cara terbaik untuk anda jawab soalan ini:

Bersedia Dengan Jawapan

Bincangkan topik ini dengan selesa dan yakin dengan penemuduga anda. Berlatih dan bersedia dengan soalan dan jawapan walaupun anda tidak mengetahui sama ada penemudua akan bertanya atau tidak soalan ini kepada anda. Mungkin melalui jawapan anda, majikan beranggapan syarikat terdahulu telah membuat kesilapan kerana melepaskan pekerja mereka yang terbaik.

Jujur & Ringkas

Jujurlah ketika memberikan jawapan ketika disoal dengan soalan ini. Tetapi pastikan jawapan yang anda berikan ringkas dan jangan memberikan terlalu banyak maklumat. Tukar kepada topik lain dengan membincangkan bagaimana kemahiran yang ada untuk menyelesaikan masalah syarikat.

Tekankan Nilai Positif Anda

Ketika menjawab soalan ini, anda boleh menekankan kepada kemahiran dan kebolehan anda dan kaitkan dengan kelayakan anda. Kaitkan dengan pekerjaan yang anda pohon. Tunjukkan bahawa anda sesuai dengan pekerjaan tersebut.

Ini bukan masanya untuk anda melepaskan rasa marah anda kepada rakan sekerja dan bekas majikan anda. Elakkan daripada bercerita perkara negatif yang telah berlaku semasa anda bekerja di tempat lama.

Elakkan Kata ‘Dipecat’

Gunakan isitilah yang menunjukkan perkara positif ketika anda menjawab soalan ini. Anda boleh menukar perkataan daripada ‘dipecat’ kepada seperti ‘lepaskan’, ‘diganti’ atau perkataan lain yang sesuai. Perkataan dipecat akan menampakkan anda mempunyai masalah.

Walaupun memang hakikatnya anda dipecat oleh kerana beberapa masalah, cuba anda perbaiki kesilapan anda terlebih dahulu. Pastikan anda sudah betul-betul bermatlamat untuk berubah dan menjadi yang lebih baik untuk kerja di syarikat akan datang.

Jawab dengan penuh keyakinan dan ikut tips-tips yang dikongsikan ini.

Semoga bermanfaat!

Categories
Temuduga

Cara Jawab Soalan ”Mengapa Anda Mahu Pekerjaan Ini?” Ketika Temuduga

“Mengapa anda mahu pekerjaan ini?”. Nampak macam mudah, tetapi soalan ini akan menjadi satu soalan yang boleh buat anda gelabah pada hari temuduga jika tidak buat persiapan awal.

Apa yang majikan nak lihat sebenarnya melalui soalan ini?

Sebenarnya majikan nak lihat sama ada calon ada membuat persiapan dari segi pengetahuan mengenai syarikat atau tidak. Calon yang membuat kajian mengenai syarikat menandakan mereka betul-betul berminat untuk bekerja.

Jika anda nak tahu macam mana nak jawab soalan ini dengan jayanya, ikuti perkongsian di bawah.

“MENGAPA ANDA MAHUKAN PEKERJAAN INI?”

Gunakan soalan ini sebagai satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada majikan. Fokus dan senaraikan kekuatan syarikat berdasarkan maklumat yang anda perolehi. Ketengahkan matlamat kerjaya anda, ceritakan kelebihan dan kemahiran anda mengikut keperluan yang diinginkan mereka.

Bangkitkan kelebihan dan kemahiran yang anda ada dengan penuh yakin agar majikan nampak bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan ini

Teknik Menjawab Dengan Mudah

Jika anda ingin menjawab soalan ini dengan mudah, pastikan anda buat beberapa perkara ini:

  • Menyelidiki syarikat terlebih dahulu
  • Ketahui kelebihan dan kemahiran yang anda ada sesuai dengan jawatan
  • Tekankan apa yang anda boleh sumbangkan
  • Jangan sesekali sebut mahukan pekerjaan tersebut kerana faedah yang ditawarkan

 

CONTOH JAWAPAN TERBAIK

Sekiranya anda tidak pasti macam mana nak berikan jawapan terbaik untuk soalan ini, lihat contoh di bawah.

“Saya mahukan kerja ini kerana……”

i) Saya mahu kerja ini kerana ia menekankan jualan dan pemasaran, dua set kemahiran saya yang paling hebat. Dalam pekerjaan terdahulu saya, saya meningkatkan jualan sebanyak 15 peratus dalam apa yang pada masa itu dianggap sebagai industri yang rata. Saya tahu saya dapat membawa pengalaman jualan dan pemasaran sepuluh tahun ke syarikat ini, dan membantu anda meneruskan pertumbuhan tahun anda.

ii) Saya faham bahawa ini adalah syarikat yang semakin meningkat. Seperti yang saya baca di laman web anda dan dalam pelbagai siaran akhbar, anda merancang untuk melancarkan beberapa produk baru dalam beberapa bulan akan datang. Saya ingin menjadi sebahagian daripada perniagaan ini kerana ia tumbuh, dan saya tahu pengalaman saya dalam pembangunan produk akan membantu syarikat anda ketika anda melancarkan produk ini.

ii) Tugas ini sesuai untuk apa yang saya lakukan dan menikmati sepanjang kerjaya saya. Ia menawarkan campuran projek jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kemahiran organisasi saya membolehkan saya berjaya multitask dan menyelesaikan kedua-dua jenis projek.

Ini adalah sekadar contoh sahaja. Pastikan anda gunakan jawapan yang lebih bernas dan sesuai dengan jawatan dan kelayakan anda. Anda boleh gunakan contoh di atas sebagai panduan.

Semoga bermanfaat!

Categories
Kerjaya

Bolehkah Majikan Berhentikan Pekerja Serta Merta? Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja Melalui Info Yang Kami Kongsikan

Pekerja dipecat tanpa sebab kukuh ini merupakan isu yang sangat penting kerana melibatkan hak pekerja ketika bekerja. Bagaimana rasanya jika anda baru bekerja hari ini, tiba-tiba esok majikan panggil ke pejabat dan menyatakan bahawa anda dipecat? Apa yang telah anda lakukan dalam sehari bekerja sehingga boleh diberhentikan?

Jika majikan itu sendiri tidak boleh beri alasan kenapa anda diberhentikan, sudah terang lagi bersuluh majikan itu memberhentikan anda dengan sengaja. Anda kena ingat, walaupun majikan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada kita, majikan tidak boleh sesuka hati memecat pekerja dengan sengaja atau tanpa alasan munasabah.

Ingat, kita hidup dalam negara yang ada undang-undang.

MAJIKAN TIDAK BOLEH BERHENTIKAN PEKERJA SERTA MERTA

Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja secara serta merta jika syarikat menghadapi masalah. Majikan juga tidak boleh memberhentikan pekerja tempatan untuk membolehkan pengambilan pekerja asing kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing. Ini bermaksud jika majikan mahu membuat pemberhentian pekerja, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan.

Kerajaan pasti akan bela pekerja tempatan. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000.

HAK PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN

Menurut Akta Kerja 1955 (Akta 265), pekerja juga boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan. Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya,

  • Majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.
  • Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara.
  • Pekerja yang diberhentikan majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.

Majikan tak semestinya sentiasa betul. Pekerja perlu berani mempersoalkan. Selagi anda merupakan seorang pekerja yang mengikuti undang-undangĀ kat Malaysia ni, anda boleh membuat tuntutan termasuk jugalah warga asing yang bekerja di negara ini.

Categories
Kerjaya

Pendaftaran Karnival Usahawan Desa: eKUD@KPLB 2020 Dibuka Secara Online

Peluang menjana pendapatan melalui karnival usahawan secara online! Usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan semula jualan.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah menjadikan program berbentuk digital ini satu keperluan mustahak dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Karnival Usahawan Secara Online.

eKUD@KPLD 2020

Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) adalah julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bermula dengan segmen Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 serta Jualan Mega pada 4 hingga 6 Disember 2020.

Kesinambungan daripada KUD@KPLB Putrajaya 2019 telah mencetuskan idea untuk meneroka platform dalam talian berikutan potensi pasaran yang wujud pada ketika itu.

MANFAAT KARNIVAL USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 ini memberikan pelbagai manfaat kepada usahawan dan peserta seperti:

  • Mengikuti program keusahawanan secara dalam talian selama 3 hari seperti webinar dan talk show keusahawanan dari panel serta usahawan berpengalaman
  • Membolehkan usahawan mempromosi dan memasarkan produk dengan lebih meluas
  • Menyebarkan kesedaran mengenai keusahawanan kepada orang ramai
  • Bagi peserta baru, ia merupakan pengalaman pertama berniaga secara online

AKTIVITI PENGUNJUNG

Bagi pengunjung yang menyertai karnival akan berpeluang mengikuti aktiviti berikut:

  • Demonstrasi Memasak
  • Urban Farming
  • Laman Ternakan
  • Jualan Langsung bersama
  • Membeli belah sambil memperoleh pengetahuan mengenai keusahawanan melalui webinar serta dapat merasai pengalaman baharu dengan kemunculan pameran secara maya

Peserta juga berpeluang menangi cabutan bertuah!

 

PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN DESA

Antara program yang terdapat dalam Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 adalah:

  • Jualan Mega
  • Jualan Siber
  • Padanan Perniagaan
  • Pameran Digital
  • Seminar Digital

CARA DAFTAR

Tarikh untuk mendaftar sebagai pelawat dan usahawan adalah mulai 4 Disember 2020. Sekiranya anda berminat untuk sertai karnival online yang ditawarkan, ikut langkah-langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Daftar masuk di dewanmaya.ekud.my/login/
  2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik butang KLIK SINI untuk pendaftaran.
  3. Sekiranya anda merupakan usahawan atau pempamer yang ingin memprosikan perkhidmatan anda, klik DAFTAR SEKARANG di bahagian USAHAWAN/ PEMPAMER.
  4. Sekiranya anda merupakan pengunjung yang ingin mengikuti aktiviti jualan, masukkan maklumat diminta dan klik DAFTAR SEKARANG di bahagian PENGUNJUNG.

Selesai mendaftar, anda boleh log masuk semula dan sertai karnival usahawan online yang dijalankan sehingga 6 Disember ini.

KELEBIHAN eKUD@KPLB 2020

Antara kelebihan usahawan yang menyertai eKUD@KPLB 2020 ialah:

  • Usahawan dapat memasarkan produk mereka secara online menerusi platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.
  • Usahawan juga berpeluang menemui tradebuyers dari dalam dan luar negara secara digital.
  • Para usahawan berpeluang mengikuti program keusahawanan yang berlangsung dalam talian seperti iwebinar dan talk show dari para panel serta usahawan yang berpengalaman.
  • Usahawan boleh berinteraksi dengan pengunjung melalui virtual booth yang mengandungi maklumat produk, serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web ekud.my

Categories
Kerjaya Temuduga

Khas Untuk Calon Temuduga Pendidikan Disini Kami Kongsikan Tips Untuk Anda Lulus Temuduga

Tahniah! Jika anda dapat ditawarkan untuk menghadiri temuduga dalam program pendidikan. Bukan mudah untuk seseorang melepasi syarat kelayakan bagi dipanggil untuk temuduga programĀ  ini. Namun pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi temuduga yang akan datang.

Cabaran untuk merebut kuota tempat yang disediakan dalam program ini lebih mencabar berbanding program lain kerana dalam temuduga program ini anda perlu menonjolkan kemahiran berkomunikasi yang baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam program pendidikan yang dipohon dan kelihatan berkeyakinan .

Jadi bagi membantu anda membuat persediaan, di bawah telah dikongsikan tips temuduga sebelum dan semasa anda menghadiri temuduga serta punca kenapa anda gagal dalam temuduga.

TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai temuduga yang anda perlu tahu sebagai persediaan awal.

  • Sesi temu duga dijalankan sekiranya calon telah melepasi kelayakan akademik atau syarat minimum untuk sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan. Satu sesi temuduga akan dikendalikan dalam masa 10 hingga 30 minit.
  • Panel temuduga adalah pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula masuk ke bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak geri dan pertuturan calon diperhatikan.

PROSES TEMUDUGA

Berikut merupakan langkah-langkah/proses yang harus dan akan dilalui oleh calon dalam temuduga:

  1. Melapor diri pada petugas di hadapan bilik temuduga. Sila hadir pada waktu yang ditetapkan. Ketidakhadiran menandakan temuduga anda gagal.
    (Tip: Berpakaian kemas seperti seorang guru)
  2. Ujian rabun warna dijalankan sebelum bermula soal jawab temuduga (sama ada di luar atau di dalam bilik). Sesetengah program seperti Elektrik & Elektronik tidak membolehkan calon rabun warna mengikut programnya.
  3. Masuk ke bilik temuduga dengan sopan dan serahkan dokumen sokongan seperti sijil aktiviti dan akademik.
    (Tip: Susun dokumen dengan kemas dan cermat ikut kronologi masa)
  4. Duduk di kerusi setelah dibenarkan panel.
    (Tip: Cara anda bergerak dari saat anda masuk ke bilik hingga duduk juga dinilai oleh panel kerana ia menggambarkan perwatakan anda)
  5. Ketepikan sebarang gangguan seperti beg tangan, gajet dengan meletakkannya di sisi kerusi
    (Tip : Gangguan seperti pen di tangan mengundang reaksi luar sedar seperti pen dipusingkan seperti helikopter, jari mengetik hujung pen dan sebagainya)
  6. Duduklah dengan tegak dan yakin, telapak tangan di atas peha.
    (Tip: Jangan goyangkan kaki kerana ia menunjukkan keyakinan anda yang rendah. Berpeluk tubuh amatlah ditegah.)
  7. Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab persoalan yang diajukan dalam BM.
    (Tip 1: Jangan campur adukkan penggunaan English dan BM)
    (Tip 2: Gunakan tangan dengan gaya yang betul untuk menerangkan sesuatu hujah, jangan terlalu kaku)
  8. Gunakan English sepenuhnya jika soalan diajukan dalam English kerana salah satu komponen penilaian ialah kebolehan berkomunikasi dalam English.
    (Tip: Beranikan diri untuk menyampaikan idea dalam BI. Panel tidak menilai tatabahasa ayat tetapi keberanian serta idea yang ingin disampaikan)

KAEDAH PENILAIAN YANG DILAKUKAN OLEH PANEL

Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang akan dilakukan panel dalam menilai kebolehan calon semasa temuduga. Berikut adalah kaedah penilaian tersebut:

  • Ā Mock-teaching
    Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar.
    (Tip: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar).
  • Debat
    Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel.
    (Tip: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang.)
  • Uji bakat
    Calon diminta menyatakan rukun negara,berlakon dan lain2
    (Tip: Lakukanlah tanpa segan silu dengan penuh yakin)
  • Isu semasa
    Lengkapkan diri anda dengan isu-isu semasa pendidikan.
    (Tip: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara).
  • Pengetahuan bidang yang dipohon
    Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon.
    (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

PUNCA-PUNCA GAGAL TEMUDUGA

Berikut adalah punca-punca yang boleh menyebabkan anda gagal temuduga:

  • Isytihar terang-terangan tidak meminati program ISMP, mungkin atas desakan keluarga dan sebagainya
  • Menolak untuk melakukan simulasi pengajaran/uji bakat
  • Tidak berupaya untuk berhujah atau jawapan diberikan semasa temuduga tidak munasabah
  • Tiada ciri-ciri pendidik. (seperti suara tak kedengaran sayup-sayup bunyinya, gugup yang keterlaluan, kusut, selekeh)
  • Anda lulus temuduga, cuma kuota program telah dipenuhi dengan calon yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih baik.

Baca juga: 4 Panduan Berguna Untuk Anda Hadiri Sesi Temuduga Guru MRSM

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan kepada anda sebagai persediaan menghadapi temuduga kelak. Jangan terlalu seronok jika dipanggil temuduga kerana beribu calon yang ditemuduga dan hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan tempat untuk program berkenaan.

Jadikan tips ini sebagai panduan anda untuk melakukan persediaan supaya anda menjadi antara yang bertuah ditawarkan program yang anda idamkan.

 

Categories
Kerjaya

Tips Untuk Upgrade Cover Later Anda. Disini Kami Kongsikan 6 Komponen Penting Wajib Ada Dalam CV Anda

Penghasilan curriculum vitae (CV) yang baik adalah penting untuk menarik perhatian majikan terhadap kelayakan diri anda. Dalam menyediakan CV yang menarik perhatian majikan, ia perlulah dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman kerja anda yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon.

Mengetahui cara menulis CV yang menarik adalah penting untuk memasarkan diri anda sebagai calon yang paling sesuai dalam jawatan tersebut.

Berikut adalah perkongsian mengenai perkara yang perlu ada dalam CV dan proses penulisan CV untuk membezakan diri anda daripada calon lain

ELEMEN DALAM CV STANDARD

Antara elemen yang ada dalam CV standard adalah:

  • Maklumat diri termasuk nama, telefon, dan alamat e-mel anda
  • Profil peribadi yang menyatakan ringkasan CV atau objektif kerjaya anda
  • Pengalaman kerja termasuk tugas dan tanggungjawab sebelumnya dan semasa yang berkaitan dengan jawatan
  • Pendidikan
  • Kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan
  • Bahagian tambahan, termasuk hobi dan minat jika perlu

CARA MENULIS CV

Menulis CV melibatkan penyusunan kandungan anda ke dalam enam segmen utama. Ia merangkumi:

  1. Maklumat hubungan (Contact information)
  2. Profil diri (Personal statement/profile)
  3. Pengalaman kerja (Work experience)
  4. Pendidikan (Education)
  5. Kemahiran (Skills)
  6. Bahagian tambahan (Additional sections)

1) Contact Information

Maklumat hubungan anda adalah elemen pertama dalam CV dan ia berfungsi sebagai tajuk dokumen. Ia berada di bahagian atas CV sebagai rujukan untuk penemuduga hubungi anda dengan mudah. Bahagian tersebut hanya boleh mengandungi unsur-unsur berikut:

  1. Nama penuh anda
  2. Nombor telefon
  3. Tajuk kerja
  4. Alamat email
  5. Media sosial (pilihan)
  6. Laman web profesional (pilihan)

TIDAK PERLU masukkan maklumat seperti berikut:

  1. Tarikh lahir
  2. Alamat fizikal
  3. Gambar (melainkan dinyatakan dalam jawatan)
  4. Pengendali media sosial peribadi

Anda hanya perlu berikan maklumat yang diminta sahaja. Kalau boleh sertakan juga media sosial peribadi anda dalam CV kerana ia akan meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan. Gunakan alamat emel yang profesional seperti [email protected].

2) Profil Diri

Pernyataan peribadi (atau profil peribadi CV) adalah pernyataan ringkas di awal CV anda yang menerangkan kemahiran dan kemampuan tertinggi anda. Sebutkan kemahiran, pengalaman dan pencapaian yang berkaitan dengan pekerjaan.

Kadang-kadang profil peribadi tidak wajib ada dalam CV. Sekiranya anda ingin memasukkannya, pastikan profil ditulis dengan baik.

Profil peribadi CV anda haruslah:

  • Nyatakan siapa anda
  • Gariskan kemahiran dan pencapaian teratas
  • Sebutkan nama majikan sasaran anda
  • Matlamat anda sebagai bakal pekerja baru

TIDAK PERLU nyatakan perkara berikut dalam profil peribadi:

  1. Mengapa anda melamar pekerjaan itu
  2. Mengapa anda meninggalkan bekas majikan anda
  3. Keperluan gaji

Contoh keterangan profil diri yang baik adalah:

“Ahli farmasi yang mempunyai motivasi diri dengan pengalaman 10+ tahun. Ingin memanfaatkan kemahiran penyelidikan klinikal yang kuat sebagai penilai ujian klinikal utama untuk Lupin Drug Co. Menganjurkan 20,000 kajian klinikal subjek untuk menilai kesan suplemen estrogen terhadap barah ovari pada wanita. Melatih 20 doktor mengenai penggunaan data besar untuk analisis biofarmaseutikal. Tokoh terkemuka dalam Farmakope Ayurvedic”

3) Pengalaman Kerja

Pengalaman kerja akan membolehkan penemuduga melihat jenis pekerjaan yang pernah anda lakukan dan kaitannya dengan jawatan yang mereka tawarkan. Susunkan pengalaman kerja anda dalam susunan kronologi terbalik (paling baru berada di atas).

Bahagian pengalaman kerja anda boleh merangkumi hingga 15 tahun pengalaman dan nyatakan maklumat berikut:

  • Jawatan kerja
  • Nama syarikat
  • Tarikh bekerja
  • Tiga hingga lima perkataan yang menjelaskan tanggungjawab dan pencapaian anda untuk setiap kemasukan pekerjaan
  • Projek penyelidikan
  • Kerja makmal
  • Pengalaman di lapangan
  • Kerja sukarela

Pengalaman kerja anda TIDAK PERLU merangkumi:

  1. Jadual, carta atau gambar
  2. Jurang dalam sejarah pekerjaan
  3. Alamat syarikat
  4. Rujukan profesional atau nama penyelia
  5. Pekerjaan jangka pendek, melainkan anda mempunyai pengalaman kerja kurang dari dua tahun
  6. Pengalaman kerja yang tidak berkaitan

4) Pendidikan

Senaraikan pendidikan dan tarikh pendidikan anda dari yang terbaru hingga yang paling rendah. Dalam capaian pendidikan anda boleh masukkan kelas ijazah, tajuk tesis, kerja kursus, kelayakan profesional dan pencapaian akademik teratas yang berkaitan dengan jawatan.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari dua tahun pengalaman kerja yang relevan, anda boleh menyerlahkan semua kelayakan pendidikan pasca-menengah anda, termasuk nama ijazah dan institusi.

5) Kemahiran

Bahagian kemahiran menerangkan pencapaian anda ketika di tempat kerja lama, seperti kemahiran utama yang anda kembangkan dan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Kemahiran untuk disertakan dalam bahagian ini bergantung pada industri, kedudukan dan latar belakang peribadi anda.

Teliti kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Jika anda mempunyai banyak kemahiran yang relevan dengan jawatan, masukkan dalam CV.

Anda hanya perlu senaraikan 4 hingga 8 kemahiran yang berkaitan dengan jawatan termasuk kemahiran khusus pekerjaan, kemahiran insaniah dan hard skills.

Contohnya:

  • Bahasa asing
  • Kemahiran teknikal jika berkaitan
  • Kemahiran yang diperakui

6) Bahagian Tambahan

Bahagian tambahan dalam CV boleh merangkumi sijil profesional, penerbitan, penghargaan industri dan latihan tambahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Ini adalah peluang untuk anda menonjolkan diri. Jadi gunakan ruangĀ  tambahan ini dengan bijak untuk mempamerkan pencapaian unik anda.

Sekiranya anda seorang pelajar, anda boleh menyenaraikan pengalaman sukarela dan pencapaian akademik anda. Sebutkan perkara yang boleh anda bincangkan dengan lebih terperinci semasa temu ramah.

Boleh juga masukkan hobi dan minat pada CV anda jika anda mempunyai pengalaman kerja yang terhad.

TIPS MENULIS CV YANG BAIK

Gunakan tips ini untuk memperbaiki cara penulisan CV dan format CV anda.

  • Fon dan warna: Gunakan fon yang boleh dibaca dan standard seperti Calibri, Georgia, Open Sans dan Cambria. Gunakan saiz fon 10 hingga 12 titik dan konsisten dengan gaya dan ukuran keseluruhan CV anda. Gunakan fon yang lebih besar (ukuran 14 hingga 16 titik) untuk tajuk bahagian. Ini membantu memecahkan bahagian CV anda sambil menjadikan bahagiannya menonjol.
  • Format: Selaras dengan penggunaan huruf miring, tebal, senarai butir dan gaya fon. Tinggalkan ruang putih yang cukup dan pertahankan margin minimum 0.5 inci di semua sisi. Ini akan meningkatkan organisasi dan kesediaan membaca.
  • Struktur : Gariskan entri CV anda mengikut urutan kronologi terbalik sehingga perkara pertama yang dilihat oleh majikan adalah pencapaian terbaru anda.
  • Kandungan: Jadikan penulisan anda kuat dan ringkas. Gunakan kata kerja yang kuat dan aktif sepanjang masa. Pastikan anda mengedit, menyemak dan membaca semula CV anda sebelum menghantar.
  • Verb tense: Gunakan present tense untuk pekerjaan semasa dan past tense untuk pekerjaan sebelumnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang buntu dengan penyususnan komponen dalam CV untuk membuat permohonan kerja. Selamat maju jaya!

Categories
Kerjaya

”Krisis Suku Hayat” Amaran Kepada Pekerja Muda Yang Terlalu Memikirkan Tentang Kerja

Kajian telah membuktikan golongan pekerja muda negara ini berdepan peningkatan tekanan untuk berjaya secara peribadi dan profesional sebelum meningkat usia 30 tahun. Masalah ini banyak memberi kesan kepada diri pekerja secara mental.

Menurut kaji selidik oleh rangkaian profesional LinkedIn, 32 peratus lelaki dan 29 peratus perempuan mengakui mereka mengalami ā€˜krisis suku hayat’ pada usia 20-an dan 30-an.

Apa itu krisis suku hayat? Ketahui maksud krisis suku hayat beserta tanda-tanda anda mengalami masalah ini dan cara menghadapinya.

APA ITU “KRISIS SUKU HAYAT”?

ā€˜Krisis suku hayat’ menurut ahli psikologi adalah perasaan tidak puas hati dengan kehidupan yang dikecapi ketika ini dan mereka rasa kehabisan masa. Ini boleh menyebabkan kebimbangan atau kemurungan dalam kalangan orang muda tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Kaji selidik terhadap 1,003 golongan muda Malaysia yang bekerja mendapati kira-kira satu pertiga daripada mereka rasa tertekan untuk berjaya dalam hubungan, kerjaya atau kewangan, walaupun majoriti kedua-dua jantina sudah mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Mencari pekerjaan atau kerjaya yang mereka sukai adalah pencetus utama kebimbangan terhadap diri masing-masing.

TANDA KRISIS SUKU HAYAT

Antara tanda-tanda krisis suku hayat yang ketara dapat dilihat dalam diri seseorang adalah:

1. Kemurungan

Kemurungan adalah tanda paling utama yang perlu dikesan awal. Kemurungan boleh menjatuhkan kerjaya seseorang dan menjejaskan keseluruhan hidupnya. Jadi jika ada sebarang masalah yang mengganggu fikiran, jangan terus dipendam, kerana bimbang ia boleh menyebabkan keadaan anda bertambah buruk.

2. Rasa Kecewa

Apabila rasa kecewa, anda mudah mengalirkan air mata. Kekecewaan yang tidak dibendung boleh mencetuskan rasa marah. Kemarahan ini biasanya mencetuskan tindakan agresif sama ada melalui perkataan atau perbuatan yang boleh melukakan orang lain. Kekecewaan juga akan membuatkan anda hilang fokus dan tidak lagi gembira dengan diri sendiri.

3. Terasa Diri Tiada Pilihan

Anda mungkin tidak suka apabila sering diarah tetapi terpaksa melakukannya kerana berasa tiada pilihan lain. Sudah sampai masanya untuk anda memikirkan kepentingan diri dan cuba mencari perkara yang disukai. Ada ramai orang rela mendapat gaji yang lebih rendah asalkan kerjaya itu menggembirakannya.

4. Tiada Motivasi

Sering rasa hilang semangat dan tiada motivasi adalah antara gejala yang menandakan anda terperangkap dalam krisis suku hayat.

5. Terasa Diri Tersisih

Rasa diri tersisih, terasing dan ā€˜tertinggal’ yang menyebabkan seseorang melihat hidupnya seolah-olah tidak bererti dan tidak berguna.

6. Rasa Diri Gagal

Jika anda sering berasa diri kurang berjaya atau lebih teruk, gagal, anda sebenarnya menghukum diri sendiri tanpa sedar. Tanpa sedar anda sering membandingkan diri dengan orang lain termasuk ibu bapa, rakan sekolah atau teman sepejabat.

7. Rasa Diri Terperangkap

Anda mungkin berasa diri terperangkap dengan kerjaya, rumah tangga, pelajaran atau apa saja yang membuatkan anda berasa tidak gembira.

8. Hilang Keyakinan Diri

Keyakinan diri anda mula merosot dan anda mudah berasa ragu dengan kebolehan diri sendiri. Kelebihan diri dianggap sesuatu yang ā€˜biasa-biasa’ dan tidak boleh dibanggakan.

9. Sedar Masalah Yang Dihadapi, Tetapi Tidak Ambil Tindakan

Perkara ini boleh berlaku apabila anda berasa tindakan yang diambil tidak akan mengubah apa-apa. Ini hanya anggapan, kerana belum cuba anda tidak akan tahu hasilnya.

10. Tidak Dapat Mencari Kerja Yang Memberi Makna

Ini dialami oleh semua orang, namun anda perlu melihat kerjaya itu dari sisi positif dan cuba fikirkan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada orang lain sama ada melalui sumbangan derma sebahagian daripada gaji anda.

CARA HADAPI KRISIS SUKU HAYAT

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi krisis suku hayat.

1 Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain

Rakyat Malaysia sering membandingkan hampir setiap aspek kehidupan mereka dengan rakan sebaya. Membandingkan perjalanan karier anda sendiri dengan rakan sebaya pasti akan memburukkan perasaan kekecewaan dan kekurangan prestasi.

Ingat semua orang berada di tahap yang berbeza dalam kerjaya mereka, jadi jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Apa saja kejayaan dan apa saja yang membuatkan anda bahagia sudah cukup.

2 Dapatkan nasihat

Anak muda Malaysia yang mengalami krisis suku hayat mengatakan mereka mungkin bercakap tentang kerjaya dengan keluarga (59 peratus), rakan (59 peratus) dan pasangan (53 peratus) berbanding rakan sekerja (30 peratus) dan bos (11 peratus).

Walaupun mereka mencari nasihat, mereka sering tidak tahu di mana mencari jawapan dan merasa seperti mereka tidak mendapat sokongan yang cukup di tempat kerja untuk membantu mereka maju.

Hab Nasihat Kerjaya di LinkedIn adalah sumber yang baik untuk golongan muda Malaysia mendapatkan bimbingan dan nasihat kerjaya daripada mentor di luar tempat kerja. Anda juga boleh menjadi mentor dan berkongsi pengalaman dan pandangan anda dengan ahli lain.

3 Tingkatkan diri dan belajar

Hampir separuh (48 peratus) anak muda Malaysia merasa terperangkap dalam peranan mereka sekarang dan mencari jalan keluar. Linkedln mencadangkan agar mereka secara proaktif mencari peluang latihan, sama ada dari syarikat anda atau dari platform dalam talian seperti LinkedIn Learning, untuk memastikan anda sentiasa meningkatkan kemahiran dan mempelajari perkara baru.

Pelajari kemahiran baru dan tingkatkan pengetahuan mungkin membuka peluang untuk mencuba peranan baru atau berbeza dalam syarikat itu, dan akan membantu anda maju dalam kerjaya.

4 Pertimbangkan semua pilihan

Banyak syarikat menawarkan faedah pekerjaan yang tidak semua pekerja sedari. Malah, satu pertiga daripada syarikat di Malaysia menawarkan pilihan kerja yang fleksibel dan cuti berbayar.

Sama ada memulakan kerjaya baru atau teruskan kerjaya semasa, anda perlu mengetahui segala kemungkinan. Dengan memahami manfaat pekerjaan, anda akan mempunyai lebih banyak pilihan yang tersedia, dan ini akan membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih tepat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenali diri anda sendiri dengan menilai perasaan anda terhadap kerja yang dilakukan. Jika anda menilai diri anda mempunyai tanda-tanda krisis suku hayat, sila ubah “mind set” anda ke arah lebih positif dan kurangkan fikir apa yang membuatkan anda mempunyai tanda-tanda tersebut.

Categories
Temuduga

5 Perkara Ini Untuk Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan awal untuk temuduga sangatlah penting bagi calon untuk memastikan semuanya rapi dan berjalan lancar. Terdapat beberapa keperluan yang perlu dibawa untuk melancarkan proses temuduga sebagai persediaan calon. Barang-keperluan sampingan yang boleh membantu calon bila tiba ‘waktu kecemasan’ juga penting untuk dibawa

Selain daripada dokumen-dokumen penting seperti resume dan sijil-sijil penting, anda pasti tidak pernah terfikir untuk menyediakan beberapa keperluan lain untuk dibawa ke temuduga yang akan datang kan? Kebiasaannya calon hanya terfikir untuk membawa dokumen penting sahaja.

Walaupun kelihatan seperti keperluan ini tidak penting, namun keperluan inilah yang akan bantu calon pada hari temuduga nanti. Beberapa keperluan yang penting untuk calon bawa semasa temuduga adalah seperti di bawah.

5 KEPERLUAN LAIN UNTUK DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

1. Pastikan Bateri Telefon 100%

Telefon bimbit adalah barang keperluan yang paling penting pada masa sekarang. Persediaan telefon bimbit untuk dibawa ke temuduga adalah penting ketika kecemasan. Jadi, pastikan bateri telefon adalah sentiasa penuh terlebih dahulu sebelum tiba di lokasi temuduga.

Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi semasa perjalanan ke lokasi temuduga. Perkara yang tidak diduga mungkin akan terjadi seperlu kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan anda lambat sampai ke tempat temuduga.

Jika berlaku perkara kecemasan sedemikian, maklumkan terlebih dahulu kepada syarikat yang berkenaan tentang keadaan yang sebenar. Ini adalah supaya mereka tidak menganggap anda tidak menghadirkan diri untuk ditemuduga pada hari tersebut.

2. Sediakan Gula-Gula Mentos

Sebelum menghadiri temuduga, anda pasti akan mengisi perut terlebih dahulu sebagai persediaan menghadapi temuduga. Selepas makan, kebiasaannya mulut akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan setiap kali bercakap.

Anda tidak sepatutnya ambil mudah mengenai bau mulut kerana sesetengah penemu duga sangatlah teliti tentang persekitaranĀ  dan ada juga yang menilai tahap kebersihanĀ  terutamanya apabila calon mula membuka mulut untuk menjawab soalan-soalan yang diberi.

Oleh sebab itu, pastikan gula-gula mentos disediakan di dalam beg supaya nafas serta bau mulut sentiasa segar dengan segera. Sekurang-kurangnya calon tidak akan berasa lebih risau untuk menghadapi penemuduga.

3. Sediakan Wang Tunai

Barang keperluan seterusnya yang perlu dibawa ialah wang tunai. Pastikan anda tidak membawa dompet yang kosong. Sediakan wang tunai yang mencukupi di dalam dompetĀ  sebelum keluar dari rumah. Wang tunai adalah penting untuk digunakan jika berlaku sebarang kecemasan.

Pastikan wang tunai yang dibawa adalah mencukupi untuk membayar tempat letak kereta anda atau tambang kenderaan awam yang anda naiki. Sebaik baiknya bawalah berlebihan supaya sebarang perkara berlaku, anda ada wang berlebihan. Wang tunai penting supaya anda tidak menjadi kelam kabut sebab tidak mencukupi wang.

4. Cermin Muka

Pasti anda tidak terfikir untuk membawa cermin muka untuk menghadiri temuduga terutamanya lelaki. Tidak kira lelaki atau perempuan, cermin muka adalah penting untuk membantu anda untuk touch-up balik muka sebelum masuk ke tempat temuduga. Tidak menjadi masalah kalau lelaki cermin muka untuk rapikan diri sendiri.

Jika anda membawa cermin muka sendiri, tidak perlu lagi buang masa untuk pergi ke tandas semata-mata untuk menggunakan cermin. Tambahan pula jika tandas pula jauh akan melambatkan anda ke bilik temuduga.

Jadi, cermin muka juga penting untuk pastikan diri anda sentiasa rapi kerana perkara pertama yang penemuduga lihat disaat anda melangkah masuk ke bilik temuduga ialah muka dan diri anda.

5. Deodorant

Bau badan yang menyegarkan sangat penting untuk pandangan penemuduga terhadap kita. Deodorant berfungsi untuk menyegarkan ketiak dan menggurangkan bau badan. Jadi, sangat penting sebelum melangkah ke tempat temuduga untuk memakai deodorant supaya bau badan anda tidak mengganggu keselesaan orang lain semasa sesi temuduga.

Bau badan adalah penting untuk diambil berat kerana ianya adalah salah satu lambang yang anda seorang pembersih ataupun sebaliknya.

Pastikan anda bawa deodorant kemana saja anda pergi. Senang untuk diri sendiri jika terlupa untuk memakainya di rumah dan pastikan badan sentiasa segar selepas menghadapi perjalanan yang jauh.

Pepatah pernah menyatakan, ”Kecil-kecil cili padi”. Walaupun keperluan-keperluan yang disenaraikan di atas kelihatan kecil dan tidak penting, namun inilah barang yang pasti akan membantu anda di hari temuduga nanti. Jangan lupa untuk membuat senarai di atas kertas untuk pastikan perkara yang perlu dibawa adalah lengkap.

Categories
Kerjaya

Langkah-langkah Menulis Maklumat Peribadi Dalam Resume Yang Menarik Perhatian

Maklumat peribadi yang biasa kita tulis dalam resume adalah sangat penting untuk kita ambil berat sebagai pemohon kerja yang berdaya saing. “First impression” majikan terhadap resume kita adalah penting bagi memastikan resume kita menjadi pilihan. Pentingnya resume kepada setiap pemohon kerja, tetapi masih ada yang memandang ringan kepentingannya.

Menulis maklumat diri yang menarik dan ringkas adalah lebih mudah jika kita tahu caranya.

Ikuti perkongsian ini untuk ketahui apa itu maklumat diri dan cara menulis maklumat diri di dalam resume yang menarik.

APA ITU MAKLUMAT DIRI?

Maklumat diri yang biasa kita tulis di bahagian paling awal dalam resume merupakan pengenalan ringkas yang memberikan gambaran ringkas mengenai pencapaian profesional, kelayakan, pendidikan dan maklumat lain yang berkaitan.

Maklumat diri sering digunakan ketika mencari pekerjaan sebagai sinopsis tentang diri kita dan ringkasan yang menceritakan mengapa anda adalah calon yang layak untuk posisi yang diminta.

CARA MENULIS MAKLUMAT PERIBADI DI DALAM RESUME

Salah satu bahagian yang paling sukar dalam menulis maklumat diri adalah bahagian permulaan ayat. Luangkan sedikit masa anda untuk fokus dan masukkan butiran yang anda ingin sampaikan secara ringkas dan padat.

Ikuti garis panduan ini untuk memperoleh maklumat diri yang dapat menarik perhatian majikan.

1. Perkenalkan Diri

Mulakan penulisan maklumat diri anda dengan pengenalan ringkas yang menunjukkan siapa anda. Ayat pertama harus merangkumi nama anda diikuti dengan beberapa butiran penting yang anda ingin ketengahkan seperti pendidikan, perakuan atau pencapaian anda.

Selepas pengenalan diri yang ringkas, sertakan pula beberapa hasrat dan pandangan secara umum mengenai beberapa aspek diri anda dalam bidang tersebut:

  1. Kemahiran: Apa yang dapat anda bawa kepada kedudukan atau syarikat? Apa yang telah anda latih atau kuasai?
  2. Atribut: Faktor apa yang membuat anda pandai dalam apa yang anda lakukan?
  3. Nilai peribadi: Nilai apa yang membantu membentuk diri anda sekarang? Apa yang menolong anda menuju pekerjaan anda sekarang?
  4. Nilai profesional: Apa yang paling anda hargai di syarikat lama anda bekerja? Apa matlamat yang anda ada dalam kehidupan profesional anda?

Jawab semua persoalan tersebut secara ringkas dalam maklumat diri anda. Sertakan butiran lain yang berkaitan seperti tajuk pekerjaan anda sekarang, industri tempat anda bekerja dan apa tugas tugas anda.

2. Pastikan Ringkas

Maklumat ringkas tentang diri anda mestilah dalam satu perenggan sahaja untuk menggambarkan siapa anda. Sebaiknya maklumat peribadi diterangkan dalam 300 hingga 500 patah perkataan sahaja. Maklumat yang lebih pendek sebenarnya lebih menarik perhatian pembaca dan mendorong mereka membaca resume anda dengan lebih lanjut.

Pastikan ia ringkas dan menarik. Sekiranya anda ada banyak maklumat yang ingin disertakan, pastikan anda atur maklumat yang paling penting terlebih dahulu. Keluarkan maklumat yang tidak berkaitan.

3. Gunakan Orang Ketiga

Mungkin ada sesetengah orang berasa pelik atau mencabar untuk menulis mengenai diri sendiri. Jika anda berasa seperti itu, anda boleh gunakan kaedah lain untuk penulisan iaitu jadi seperti orang ketiga seolah-olah orang lain menulis tentang anda. Jika anda menjadi orang ketiga yang menulis tentang diri sendiri, anda perlu masukkan nama anda dalam maklumat tersebut.

Contohnya:

“Ali has spent his life using his personal and career experiences to help his clients overcome post-traumatic stress disorder and provide them with the support they need when their life seems to be more than they can handle. As the son of a Vietnam veteran, he knows how post-traumatic stress can affect every facet of one’s life as well as the lives of their loved ones. While his focus is on veteran care, he also provides services for children, adults and families who are dealing with traumatic situations of their own.”

4. Tulis Secara Strategik

Jika anda ingin masukkan banyak pencapaian dalam keterangan, elakkan memasukkan senarai yang terlalu banyak.

Sekiranya anda berasa sukar untuk memulakan ayat, mulakan dengan bertanya pada diri sendiri:

  • Siapa sasaran pembaca anda?
  • Apa yang anda peroleh dari bio anda?

Pastikan resume anda adalah lain daripada calon lain iaitu dengan menulis kisah menarik yang boleh dibaca oleh orang lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda.

Baca juga: Cara Ubah Resume Menjadi CV Dengan Mudah. Ikut Panduan Lengkap Ini

Sertakan kisah yang memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan kerjaya anda sekarang atau membentuk matlamat profesional anda.

5. Sertakan Maklumat Contact Anda

Maklumat diri dalam resume anda adalah perkara pertama yang dilihat oleh pembaca resume anda. Masukkan maklumat untuk hubungi anda supaya pihak pengurus pengambilan pekerja mudah untuk hubungi anda. Maklumat ini harus merangkumi:

  • Alamat emel
  • Nombor telefon
  • Sosial media

Maklumat hubungan anda mestilah di hujung bio anda dan mudah dilihat.

6. Edit Keseluruhan

Bahagian maklumat diri dalam resume anda menggambarkan anda sebagai seorang penulis dan penyunting. Pastikan anda membaca semula maklumatĀ  yang anda tulis untuk semak tatabahasa dan ejaan sebelum menerbitkannya. Anda juga boleh minta kenalan untuk memberi maklum balas yang jujur dan perspektif luar mengenai apa yang boleh diperbaiki.

Menyunting keseluruhan resume anda adalah satu langkah penting untuk memastikan tiada kesilapan yang dilakukan dalam penulisan anda kerana ini akan menggambarkan watak anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam memberi gambaran jelas mengenai penulisan maklumat diri dalam resume anda. Selamat maju jaya!