Categories
Kerjaya Temuduga

Ketahui Tips Pemilihan Tali Leher Berdasarkan Saiz Badan Anda.

Untuk menghadiri sesuatu temuduga, adalah menjadi kewajiban buat anda bagi mengenakan pakaian yang betul dan mengikut kod etika pemakaian yang betul. Adalah menjadi kewajiban juga buat anda untuk memakai tali leher ketika menghadiri temuduga.

Kesesuaian pemilihan tali leher sebenarnya bergantung kepada saiz badan anda. Hal ini bermakna jika anda berbadan kurus, jenis tali leher yang sesuai buat anda tidak sama seperti jenis tali leher yang sesuai dengan orang yang berbadan gempal. Namun, harus diingat bahawa tidak semua jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda boleh dipakai semasa temuduga.

Meskipun tali leher ini dilihat sebagai suatu perkara yang remeh dan tidak penting tetapi tahukah anda bahawa tali leher sebenarnya mempunyai banyak jenis dan tidak semua jenis tali leher ini sesuai dipakai semasa temuduga?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 jenis tali leher yang dijual di pasaran dan juga kesesuaian tali leher tersebut untuk dipakai semasa temuduga. Jadi, pastikan anda memilih jenis tali leher yang betul kerana pemilihan yang betul bakal menampakkan diri anda sebagai seorang yang profesional.

Ketiga-tiga jenis tali leher yang selalu anda jumpa adalah seperti berikut:

  • Tali leher Jenis Skinny
  • Tali Leher Jenis Narrow
  • Tali Leher Jenis Standard

Berikut merupakan contoh gambar ketiga-tiga jenis tali leher ini.

JENIS-JENIS TALI LEHER DAN KESESUAIANNYA

Berikut merupakan ketiga-tiga jenis tali leher iaitu Skinny, Narrow dan juga Standard serta kesesuaian setiap daripada jenis tali leher ini.

1.) Tali Leher Jenis Skinny

Tali leher jenis skinny mempunyai kelebaran antara 1.5 inci sehingga 2.0 inci. Tali leher jenis ini merupakan tali leher yang paling kecil. Tali leher ini juga sering menjadi pilihan anak muda kerana nampak lebih bergaya dan cantik berbanding tali leher jenis lain.

Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh orang yang berbadan kurus kerana saiznya yang kecil. Tali leher jenis skinny juga hanya sesuai dipakai ketika menghadiri majlis yang berbentuk kasual dan separa formal sahaja.

Walaupun tali leher jenis ini sesuai untuk anda yang berbadan kecil tetapi jangan sesekali pakai tali leher skinny semasa menghadiri temuduga kerana ia tidak sesuai sama sekali untuk aktiviti formal. Anda perlu pakai tali leher jenis standard atau jenis narrow.

2.) Tali Leher Jenis Narrow

Tali leher jenis narrow sesuai dipakai oleh semua bentuk badan tidak kisahlah sama ada berbadan kecil, berbadan sederhana mahupun berbadan gempal. Tali leher jenis ini mempunyai kelebaran antara 2.75 inci sehingga 3 inci.

Anda boleh memakai tali leher jenis narrow ketika menghadiri majlis-majlis formal serta urusan-urusan rasmi yang berkaitan dengan kementerian atau jabatan kerajaan. Tali leher jenis narrow juga boleh anda pakai semasa menghadiri temuduga.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memakai tali leher jenis ini ketika anda membuat pembentangan kertas kerja ataupun ketika menghadiri mesyuarat. Dalam erti kata yang lebih mudah, setiap aktiviti formal bolehlah anda kenakan tali leher ini.

3.) Tali Leher Jenis Standard

Sama seperti tali leher jenis narrow, tali leher jenis standard juga sesuai untuk anda pakai ketika majlis-majlis formal. Tali leher jenis ini juga boleh dipakai ketika menghadiri temuduga dan juga ketika menghadiri mesyuarat atau semasa pembentangan.

Tali leher standard memiliki ketebalan antara 3.5 inci hingga 4 inci. Tali leher ini adalah yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis-jenis tali leher yang lain. Individu yang berbadan gempal sahaja sesuai untuk memakai tali leher jenis ini.

Diharapkan semoga dengan perkongsian jenis-jenis tali leher serta kesesuaiannya ini dapatlah memberi anda panduan dalam pemilihan jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda. Selain itu, pemilihan jenis tali leher juga penting untuk anda menghadiri temuduga dan majlis-majlis formal.

Pastikan anda memilih jenis tali leher yang sesuai terutama sekali ketika menghadiri temuduga kerana penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang tidak profesional sekiranya tersalah pilih jenis tali leher yang tidak sesuai dipakai

Categories
Temuduga

Cara-Cara Mengatasi Rasa Gemuruh Sebelum Temuduga

Tidak dapat dinafikan rasa gemuruh akan memberikan kesan yang tidak baik kepada anda semasa temuduga. Sebenarnya, rasa gemuruh ini normal dirasai oleh setiap calon temuduga terutama sekali graduan.

Maklumlah, graduan belum pernah mempunyai pengalaman menghadiri temuduga kerja. Rasa gemuruh ini juga telah memberi kesan buruk kepada graduan. Berdasarkan kajian, majoriti graduan tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa temuduga adalah kerana perasaan gemuruh mereka.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajiban buat anda untuk berusaha mengatasi rasa gemuruh ini supaya anda dapat memberikan prestasi terbaik semasa temuduga.

Dalam artikel ini akan dikongsikan cara-cara untuk anda mengatasi rasa gemuruh sebelum temuduga. Anda bolehlah mengikuti cara-cara ini demi memastikan rasa gemuruh tidak mengganggu prestasi anda semasa temuduga. Berikut merupakan cara-caranya.

FIRST IMPRESSION

Pelbagai perkara perlu dititikberatkan bagi mendapatkan first impression yang baik daripada penemuduga. Contohnya seperti cara anda bersalam dengannya (bagi sesama jantina), postur badan anda dan juga susunan ayat-ayat anda dalam memperkenalkan diri.

Adalah sangat sukar untuk anda mengawal diri dan menjaga semua perkara-perkara ini sekiranya diri anda sedang berada di bawah penguasaan rasa gemuruh.

Graduan muda hari ini juga dilihat sebagai tidak mementingkan first impression yang baik daripada penemuduga. Aspek yang sepatutnya dijaga seperti tepati waktu dan pakaian yang kemas diabaikan oleh graduan.

Cara Untuk Atasi:

Cara untuk atasi gemuruh ini mudah sahaja. Pastikan anda datang awal ke tempat temuduga tersebut. Anda perlulah sampai ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit awal. Jadi, anda akan memperoleh banyak waktu untuk menyusun dokumen dengan kemas di dalam fail serta tidak perlu kelam-kabut.

Jangan lupa juga untuk bawa buku catatan untuk anda membuat catatan. Pastikan juga anda merancang soalan yang hebat untuk ditanyakan kepada penemuduga kerana soalan anda kepada penemuduga juga sangat penting.

Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan panjang serta cuba untuk kawal diri anda semasa ingin memasuki bilik temuduga. Hiasi wajah anda dengan senyuman serta pandang wajah penemuduga dengan penuh keyakinan.

HILANG MEMORI

“Memory lost” ataupun hilang memori merupakan suatu keadaan yang terjadi apabila anda  lupa segala perkara yang telah anda hafal sebelum ini. Keadaan ini terjadi apabila perasaan gugup telah menguasai diri anda.

Perkara ini akan menyebabkan graduan terus membisu walaupun pada awalnya dia telah menghafal kesemua jawapan yang ditanya oleh penemuduga.

Cara Untuk Atasi:

Untuk mengatasi masalah ini tidaklah sesukar mana. Jangan hafal sebaliknya cuba untuk fahamkan sesuatu perkara itu. Anda akan mudah lupa jika menghafal sesuatu perkara itu namun perkara itu akan kekal dalam minda anda jika anda memahaminya. Dengan memahami sesuatu perkara itu, anda tidak akan mengalami “memory lost” kerana maklumat yang anda ingin ingat itu sudah melekat dalam minda anda.

SOALAN LUAR JANGKAAN

Isu ini menjadi pembunuh utama impian seseorang graduan untuk bekerja dengan kerajaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penemuduga banyak memberikan respon bahawa terdapat ramai calon temuduga yang gagal untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan di luar jangkaan yang mereka tanya.

Anda mungkin melakukan banyak kajian dan pemerhatian tentang soalan-soalan yang sering ditanya semasa temuduga. Tidak dinafikan bahawa tindakan itu bagus tetapi anda harus ingat bahawa penemuduga mungkin akan bertanya soalan yang tidak anda jangka-jangka.

Cara Untuk Atasi:

Pastikan minda anda sentiasa segar dengan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu berkaitan. Anda mestilah membuat lebih banyak bacaan dan kajian tentang jawatan serta tugas yang bakal anda pikul sekiranya anda berjaya diterima di tempat kerja itu.

Contohnya jika anda memohon kerja sebagai seorang pendidik, anda haruslah tahu cara bagaimana mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan. Di samping itu, anda juga mungkin akan disoal tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan. Jadi, anda haruslah membuat persediaan yang rapi.

REAKSI PENEMUDUGA YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN

Penemuduga selalunya akan memberikan reaksi yang kurang menyenangkan sekiranya jawapan yang anda berikan kepadanya tidak menepati skop yang diharapkan olehnya. Hal ini juga berlaku sekiranya penemuduga itu tidak berminat dengan jawapan yang anda tuturkan.

Kesan daripada perkara ini, anda akan mula menjawab secara ala kadar kerana “mindset” anda sudah ditetapkan kepada mood “penemuduga ini tak suka saya.”

Cara Untuk Atasi:

Anda hanya perlu memberi fokus kepada jawapan anda. Jangan risau akan reaksi muka penemuduga itu. Teruskan memberi jawapan yang menarik dan terbaik.

Mungkin jawapan anda tidak bagus pada mulanya sehingga menyebabkan penemuduga itu memberi reaksi yang tidak memuaskan terhadap anda namun, janganlah mengalah. Anda sebenarnya masih ada harapan. Jadi, jangan putus asa dan berilah yang terbaik!

TERTUNGGU-TUNGGU

Sebaik sesi temuduga tamat, terdapat satu lagi fasa yang sangat menyeksakan anda iaitu penantian keputusan temuduga itu sama ada anda terpilih bagi menjawat jawatan tersebut ataupun tidak. Boleh dikatakan setiap hari anda akan buka email untuk periksa jika ada respon daripada majikan.

Cara Untuk Atasi:

Jika majikan tidak memberitahu anda langkah-langkah berikutnya yang perlu anda lakukan selepas temuduga, anda perlulah sentiasa hubungi majikan melalui emel untuk tujuan follow up.

Jangan anggap anda tidak diterima bekerja sekiranya tidak mendapat sebarang respon daripada majikan. Kadang-kala, majikan juga sibuk dengan kerja mereka sehingga lupa untuk memberi respon buat anda. Jadi, sentiasalah hubungi mereka untuk dapatkan respon.

Tidak dapat dinafikan bahawa rasa gemuruh ini sedikit sebanyak dapat menjejaskan anda semasa temuduga. Jadi, gunakanlah tips yang dikongsikan ini untuk mengatasi rasa gemuruh anda. Selamat berjaya diucapkan.

Categories
Resume

Contoh Template Resume Fancy

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan fancy? Fancy sebenarnya membawa erti cantik, verstyle, berwarna-warni dan lain-lain. Jadi, maksud resume fancy adalah resume yang mempunyai kombinasi warna pelbagai, bercorak-corak serta menarik dipandang mata.

Selalunya jarang untuk anda temui resume seperti ini kerana pada dasarnya, resume adalah ringkas dan simple. Hanya sesetengah resume sahaja boleh dicorakkan dan untuk menjadi fancy seperti ini.

Untuk makluman anda juga, tidak semua majikan boleh menerima resume seperti ini. Majoriti majikan dalam pelbagai bidang kerjaya menginginkan resume yang simple dan mudah untuk dibaca, bukannya resume yang berlatarkan pelbagai corak serta kombinasi warna.

Namun, terdapat juga beberapa bidang pekerjaan yang memerlukan anda untuk membuat resume yang fancy. Bidang-bidang pekerjaan tersebut adalah contohnya seperti pereka design grafik, kerjaya yang berkaitan dengan seni visual dan lain-lain lagi.

Hal ini kerana majikan ingin melihat sejauh mana tahap kreativiti anda dalam sehelai kertas resume. Jadi, sekiranya resme anda hanya kosong dan hanya berlatarkan kertas A4 putih pastinya anda akan dilabel sebagai tidak kreatif.

Permasalahan yang sering dihadapi oleh kebanyakan calon temuduga yang ingin membuat resume fancy adalah pemilihan design serta pemilihan warna-warna untuk digabungkan. Pemilihan ini sangat penting kerana sekiranya anda tersilap memilih design, sudah pasti resume itu akan kelihatan buruk.

Anda juga turut menghadapi masalah ini, jangan risau! Kami ada penyelesaiannya. Kami akan sediakan beberapa contoh template resume yang fancy sebagai panduan buat anda dalam memilih design untuk resume anda.

BILAKAH RESUME FANCY SESUAI DIGUNAKAN?

Untuk apa-apa sahaja temuduga seperti temuduga kerja, temuduga biasiswa, temuduga kolej dan lain-lain, penggunaan resume fancy adalah tidak digalakkan. Ingat! Majikan lebih suka resume yang coraknya sedikit dan dalam keadaan formal.

Namun, untuk temuduga kerja ataupun temuduga biasiswa dalam bidnag seni visual dan pereka design grafik, anda perlulah menggunakan resume fancy. Hal ini bagi memastikan majikan melihat anda sebagai seorang yang kreatif dan kemas.

Bagi yang bukan calon dalam bidang yang disebutkan di atas adaalah tidak sepatutnya digunakan resume fancy.

Anda pastinya ingin tahu bagaimana rupanya resume fancy. Jangan risau. Kami akan kongsikan contoh-contoh templete resume tersebut di sini. Semoga ianya menjadi panduan berguna buat anda.

CONTOH TEMPLATE RESUME FANCY

Berikut merupakan contoh template resume yang fancy yang telah kami sediakan. Kami telah menyediakan 3 contoh sebagai panduan untuk anda.

1.) Contoh Template Resume Yang Pertama

Berikut merupakan contoh template resume fancy yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Yang Kedua

Berikut merupakan contoh template resume yang kedua

3.) Contoh Template Resume Yang Ketiga

Berikut merupakan contoh template resume yang ketiga.

Pastikan anda berhati-hati dalam menyediakan resume kerana walaupun dilihat mudah tetapi prosesnya tidaklah semudah yang anda sangka. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Profesional

Anda sedang dalam usaha untuk menulis resume tetapi menghadapi masalah kerana tidak tahu bagaimana? Jangan bimbang! Apa yang anda perlukan hanyalah melihat contoh resume terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat idea serta panduan untuk menulis resume ini.

Terdapat pelbagai kategori resume yang boleh anda temui dan salah satu daripadanya adalah resume profesional. Dalam artikel ini akan disediakan beberapa Contoh Template Resume Profesional untuk tatapan anda.

APAKAH ITU RESUME PROFESIONAL?

Resume jenis ini adalah berkaitan dengan kerjaya profesional seperti Customer Service dan lain-lain lagi. Resume bagi kerjaya-kerjaya profesional ini mestilah dalam bentuk formal dan bukannya berbentuk fancy iaitu dipenuhi dengan corak serta warna yang pelbagai.

Sesuai dengan kategori kerjaya tersebut iaitu profesional, resumenya juga mestilah ditulis dengan cara penulisan yang profesional. Penulisan secara profesional di sini bukanlah bermaksud menggunakan ayat yang berbunga-bunga dan panjang seperti esei tetapi olahan ayat mestilah berbentuk formal dan sesuai dengan situasi kerjaya yang dipohon itu.

BILAKAH RESUME PROFESIONAL DIPERLUKAN?

Resume profesional suda pasti diperlukan semasa anda ingin memohon pekerjaan dalam bidang-bidang profesional. Ketika anda mengisi permohonan kerja itu, serahkan sekali resume profesional yang telah anda buat.

Selain itu, anda juga perlulah membawa resume ini ketika anda menghadiri temuduga bagi kerja tersebut. Tidak dinafikan sesetengah majikan tidak memerlukan resume anda semasa hari temuduga kerana mereka sudah ada resume anda tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, bawalah juga resume bersama anda pada hari tersebut.

CONTOH TEMPLATE RESUME PROFESIONAL

Berikut kami sediakan tiga contoh template resume profesional. Jika anda perhatikan denganbetul, anda akan dapati susunan dan olahan ayat dalam ketiga-tiga resume ini semuanya berbentuk formal. Begitu juga dengan design resume-resume ini. Kesemua design adalah berbentuk formal.

1.) Contoh Template Resume Profesional 1

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Profesional 2

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Profesional 3

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang ketiga.

Begitulah ketiga-tiga contoh template resume profesional yang boleh kami kongsikan bersama anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang dalam usaha menulis resume. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Graphic Designer

Graphic Designer ataupun dalam Bahasa Melayu digelar sebagai pereka grafik merupakan satu bidang kerja yang sangat memerlukan kreativiti, kekemasan dan juga kecantikan. Bukan calang-calang orang boleh menceburi bidang ini sebenarnya kerana ia memerlukan minat serta kreativiti yang mendalam.

Bersesuaian dengan itu, resume untuk memohon kerja dalam bidang ini juga mestilah dibuat dengan kreatif, kemas dan juga cantik. Resume untuk kerjaya dalam bidang graphic designer tidak boleh dibuat secara sambil lewa kerana kekemasan serta kreativiti turut diambil kira.

Seperti mana anda kreatif membuat sesuatu kerja yang melibatkan seni, begitu jugalah anda perlu kreatif dalam membuat resume bagi jawatan yang berkaitan dengan graphic designer.

Antara elemen yang perlu diambil perhatian dalam membuat resume graphic designer adalah seperti warna, corak, background design serta struktur ayat yang digunakan. Kesemua elemen ini mestilah sesuai dengan graphic designer.

Pertama, bagi elemen warna. Warna yang digunakan mestilah sesuai dan mudah untuk dibaca oleh penemuduga. Jangan sampai terlalu kreatif hingga penemuduga terpaksa berpedih mata hanya untuk membaca tulisan anda pada resume.

Bagi corak pula, corak yang dipilih perlulah up to date atau dalam erti kata lain ialah moden serta kontemporari dan sesuai dengan bidang kerjaya yang dipohon. Struktur ayat pula perlu mudah dan simple. Jangan sesekali tulis karangan dalam resume.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda tidak meletakkan background design tetapi anda akan memperoleh markah bonus sekiranya anda meletakkannya. Jadi, nasihat kami, letakkanlah background ini. Bukannya susah pun, anda hanya perlu gunakan software seperti canva.com, Picturearts dan sebagainya. Background design juga mestilah sesuai dan tidak terlalu complicated.

APAKAH ITU RESUME GRAPHIC DESIGNER DAN BILAKAH RESUME INI DIGUNAKAN?

Seperti yang telah diterangkan di atas, resume graphic designer adalah resume khas yang digunakan untuk kerjaya dalam bidang graphic designer. Jadi, resume ini diperlukan ketika anda memohon pekerjaan yang melibatkan bidang graphic designer.

Namun, terdapat juga beberapa kerjaya alam bidang lain yang turut memerlukan resume jenis ini contohnya seperti bidang seni visual, photography dan lain-lain.

CONTOH TEMPLATE RESUME GRAPHIC DESIGNER

Untuk memudahkan anda serta sebagai panduan buat anda, kami sediakan contoh template resume graphic designer buat anda. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut:

1.) Contoh Template Resume Graphic Designer 1

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Graphic Designer 2

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Graphic Designer 3

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang ketiga.Kami berharap semoga artikel ini dapat memberikan sedikit-sebanyak manfaat dalam usaha anda untuk menulis resume graphic designer ini. Selamat menulis resume!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Korporat

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai cara untuk anda hasilkan resume contohnya seperti secara formal, secara fancy, secara simple dan sebagainya? Hal ini perlulah disesuaikan dengan kerjaya yang anda pohon itu.

Sebagai contoh, jika anda memohon jawatan graphic designer, resume yang perlu anda hasilkan adalah resume fancy yang bercorak menarik dan kreatif.

Salah satu contoh jenis resume adalah resume korporat. Resume korporat adalah resume khas yang digunakan untuk kerjaya korporat seperti marketing manager, marketing asisstant dan sebagainya. Untuk kerjaya-kerjaya seperti ini, anda perlulah menggunakan resume korporat bagi tujuan memohon kerja.

CIRI-CIRI RESUME KORPORAT

Resume korporat tidaklah formal sepenuhnya. Hal ini bermakna anda bebas untuk memilih corak yang pelbagai serta warna-warni dalam menghasilkan resume ini. Resume jenis ini boleh dihasilkan secara kreatif tetapi ingat pemilihan corak serta warna haruslah sesuai.

Perkataan-perkataan yang digunakan haruslah simple dan mudah difahami majikan. Jangan guna ayat yang berbelit-belit kerana majikan akan pening memikirkan apa yang hendak anda sampaikan. Jangan juga tulis resume seperti tulis karangan kerana majikan tidak ada banyak masa untuk membaca resume anda.

APAKAH ITU RESUME KORPORAT?

Resume korporat adalah resume khas yang digunakan untuk memohon kerjaya-kerjaya bercorak korporat. Resume jenis korporat berbeza daripada resume biasa kerana coraknya yang lebih kreatif dan ayat pada butiran maklumatnya yang lebih simple.

BILAKAH RESUME KORPORAT DIGUNAKAN?

Sudah tentu anda perlu menyediakan resume korporat semasa anda memohon pekerjaan dalam bidang ini. Semasa sesi temuduga bagi jawatan-jawatan ini juga, anda perlu membawa resume ini supaya majikan mengetahui butiran maklumat diri anda.

CONTOH TEMPLATE RESUME KORPORAT

Berikut merupakan template resume korporat

1.) Contoh Template Resume Korporat 1

Berikut merupakan contoh template resume korporat yang pertama.

2.) Contoh template Resume Korporat 2

Berikut merupakan contoh template resume korporat yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Korporat 3

Berikut merupakan contoh template resume korporat 3

Bagi anda yang sedang mencari kerja dan perlu menulis resume dalam jawatan yang dipohon itu, nasihat daripada kami ialah anda perlulah lihat contoh template resume tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui struktur serta bentuk resume itu.

Baca terlebih dahulu artikel ini untuk melihat sendiri contoh template resume korporat yang disediakan. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Sample Template Resume Untuk Kerjaya Lakonan (Acting Resume Template)

Usaha untuk membuat resume sememangnya akan menjadi jauh lebih mudah sekiranya anda mempunyai panduan untuk menulisnya. Persoalannya, dari manakah anda boleh dapatkan panduan ini?

Banyak sebenarnya cara bagi anda untuk mendapatkan panduan tersebut. Salah satunya adalah dengan melihat kepada contoh template resume. Dengan melihat kepada template resume, anda boleh tahu bentuk resume tersebut, cara olahan ayat, design dan sebagainya.

Oleh itu, dalam artikel ini kami kongsikan kepada anda Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan sebagai panduan buat anda yang sedang dalam usaha untuk menulis resume bagi kerjaya ini.

APAKAH ITU RESUME BAGI KERJAYA LAKONAN?

Untuk makluman anda, resume bagi kerjaya lakonan ini agak berbeza daripada resume bagi kerjaya-kerjaya yang lain. Hal ini kerana resume untuk kerjaya lakonan perlu disertakan lebih banyak butiran maklumat daripada resume biasa.

Contoh maklumat yang perlu ditambah adalah seperti pengalaman lakonan anda dalam filem-filem TV serta pementasan teater di pentas dan juga maklumat latihan lakonan yang anda jalani sebelum ini.

Resume ini adalah khas untuk bidang kerjaya lakonan sahaja tidak kiralah sama ada anda memohon kerja sebagai pelakon TV mahupun pelakon teater pentas. Jadi, pastikan anda tidak menggunakan template resume jenis ini untuk kerjaya-kerjaya lain selain daripada lakonan.

BILAKAH RESUME KERJAYA LAKONAN DIPERLUKAN?

Resume kerjaya lakonan hanya sesuai dan valid digunakan untuk permohonan jawatan bidang lakonan sahaja. Jangan pula anda gunakan resume jenis ini untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Kastam. Awal-awal lagi resume anda akan ditolak.

Semasa anda memohon jawatan bagi bidang kerjaya lakonan, sediakanlah resume ini bersama dan serahkannya kepada majikan. Seterusnya, pada hari temuduga, bawalah juga resume ini untuk kegunaan majikan.

Resume ini tidak perlulah dicorakkan dengan design yang cantik dan fancy seperti resume bagi kerjaya graphic designer. Jika anda pilih design simple juga pun sudah memadai asalkan butiran maklumat tentang pengalaman lakonan serta latihan anda tertera di resume itu. Apa yang penting adalah butiran maklumat tersebut.

CONTOH TEMPLATE RESUME BAGI KERJAYA LAKONAN

Berikut disediakan beberapa contoh template resume bagi bidang kerjaya lakonan untuk anda lihat. Ketiga-tiga resume ini mempunyai design yang berbeza.

1.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 1

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 2

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 3

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang ketiga.

Semoga contoh resume ini bermanfaat buat anda yang ingin memohon kerja dalam bidang lakonan. Selamat berjaya kami ucapkan kepada anda!

Categories
Temuduga

Checklist Yang Digunakan Majikan Semasa Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

Seorang bekas pegawai di sebuah jabatan kerajaan, Puan Lily Sabrina Md Saberi berkongsikan pengalaman beliau mengenai 7 checklist temuduga yang dinilai oleh panel sepanjang pengalaman beliau dalam kerjayanya.

Di bawah merupakan 7 Checklist Utama Penilaian Semasa Temuduga yang dikongsikan beliau. Jika anda bakal hadiri temuduga pastikan anda baca checklist yang dikongsikan di bawah.

Dengan checklist ini anda boleh lakukan persediaan sewajarnya. Perkemaskan diri anda untuk lepasi setiap aspek temuduga yang dilontarkan kepada anda.

1. Penilaian Bermula Sejak Resume Anda di Terima

Penilaian bermula sejak resume anda diterima, menjawab emel, menjawab telefon dan menjawab SMS. Jika jawapan dalam bahasa Inggeris dibalas dengan bahasa Melayu, markah sudah mula dipotong. Menjawab telefon dengan nada yang tidak sopan juga bakal mengurangkan markah anda.

Jika panggilan sebanyak 3 kali tidak dijawab maka anda secara automatik dikeluarkan dari senarai temuduga. Rajinkanlah diri anda untuk menjawab setiap panggilan telefon, mungkin panel penemuduga anda mahu membuat temujanji dengan anda. Belajar untuk menjawab setiap panggilan telefon dengan sebaik-baiknya.

2. Anda di Sosial Media Merupakan Cerminan Peribadi Anda

Bakal majikan anda mungkin berminat untuk melihat akaun laman sosial anda. Setkan ia supaya boleh diilihat secara umum. Pastikan status dan gambar anda dipaparkan dengan sopan. Gambar berpeluk dengan teman lelaki atau teman wanita usahlah dipaparkan. Buanglah gambar tersebut dari laman sosial. Status yang tidak mencerminkan kata-kata yang sihat hendaklah dipadamkan.

Tunjukkan anda sebagai seorang yang berfikiran sihat dan positif. Artikel berunsur provokasi yang ada di internet, blog dan forum hendaklah dikeluarkan. Tulisan anda mencerminkan bagaimana cara anda berfikir. Panel penemuduga boleh memberitahu bakal majikan anda tentang keadaan diri anda berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

3. Kesungguhan Anda

Kehadiran ke tempat temuduga turut memberi kesan. 5 minit lewat boleh memberi kesan pada markah anda. Tiba lebih awal boleh dapat markah tambahan. Ketuk pintu dengan cara yang betul pun boleh dapat markah. Cara anda menarik kerusi pun akan dinilai. Ketika bersalaman dengan panel turut diberi perhatian.

Tunjukkan kesungguhan anda dengan mengatakan “Sebaik sahaja saya menerima panggilan dari wakil syarikat tuan, terus saya dapatkan lokasi dari internet dan datang semalam untuk tinjau pejabat ini”. Kesungguhan anda akan diberikan markah.

4. Bagaimana Anda Tackle Setiap Soalan Temuduga

Transkrip dan ketebalan fail akademik anda bukanlah keutamaan panel penemuduga. Mereka mahu mendengar suara dan jawapan anda. Mereka menilai gaya bahasa badan dan pertuturan anda. Suara yang terlalu perlahan dan terlalu kuat bukanlah tumpuan utama, tetapi mereka mahu mendengar suara anda bercakap dengan mereka.

5. Penampilan Anda Semasa Temuduga

Penampilan anda akan menjadi perhatian panel. Pakaian yang tidak sopan seperti seluar ketat, baju ketat, tudung singkat, kasut tinggi 6 inci, pakaian berwarna-warni, skirt ketat, duduk bersilang kaki, kuku berwarna, rambut pacak tinggi, misai dan jambang seperti artis, bergaya seperti raver dan hipster, gigi kuning, bulu hidung tidak dikemaskn dan badan yang berbau. Kebersihan adalah keutamaan majikan.

6. Sejarah Pekerjaan Anda Yang Terdahulu

Panel penemuduga akan membuat kajian di syarikat terdahulu tempat anda bekerja. Mereka akan soal anda, “Mengapa berhenti kerja di sana?”. Jika jawapan anda mencerminkan keburukan syarikat tersebut, maka anda akan kehilangan markah. Jika anda membuka keaiban majikan terdahulu, maka tidak mustahil anda akan membuat perkara yang sama apabila berhenti kerja di syarikat terkini.

Usah beritahu rahsia syarikat majikan yang terdahulu. Anda boleh gunakan jawapan yang lebih baik seperti “Saya hendak mencuba sesuatu yang berbeza dengan syarikat terdahulu”.

7. Bagaimana Anda Tamatkan Temuduga

Sebaik sahaja tamat temuduga, tinggalkan bilik temuduga dengan kerusi yang dimasukkan semula ke dalam meja tanpa sebarang bunyi yang kuat. Usah tinggalkan dalam keadaan yang tidak kemas. Jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk hadir ke sesi temuduga.

Mudah-mudahan markah anda bertambah dan mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dari yang diminta.

Categories
Resume

Tukar Tarikh Temuduga SPA Yang Dijadualkan. Boleh Ke?

Boleh dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya.

Permohonan pertukaran tarikh temu duga terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan maklumat berikut:

  1. nama
  2. no. kad pengenalan
  3. no. telefon
  4. jawatan
  5. tarikh temu duga asal
  6. tarikh temu duga baru dan
  7. alasan pertukaran bagi mendapatkan kebenaran Suruhanjaya.

Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis, faks atau emel kepada Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas seperti di bawah.

(Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II /Separa Perubatan): Puteri Baginda Siti Noor Azura binti Saharudin, Emel : [email protected], Tel : 03-88806244.

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan I /Kumpulan Pengurusan & Profesional):

Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia), Tel : 03-88856354, Faks : 03-88885044.

Categories
Temuduga

Confirm 5 Soalan Ini Akan Ditanya Ketika Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

Perkara yang sangat sinonim dengan temuduga dan menjadi perhatian setiap calon adalah soalan-soalan yang bakal ditanya. Soalan-soalan yang ditanya ini perlulah dijawab dengan baik bagi meyakinkan penemuduga bahawa diri anda layak untuk dipilih bekerja.

Oleh sebab itulah, setiap calon sememangnya sangat berminat untuk mengetahui soalan bocor yang akan ditanya untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.

Pelbagai persediaan untuk hadir temuduga perlu dilakukan oleh calon sebelum menghadiri sesi temuduga dan salah satu daripada persediaan tersebut adalah mengenal pasti soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga.

Untuk makluman anda, setiap penemuduga di setiap syarikat akan menyoal anda soalan-soalan yang berbeza mengikut kesesuaian syarikat dan jawatan yang anda mohon. Namun, terdapat beberapa soalan temuduga yang menjadi favorite penemuduga dan pasti akan ditanya semasa temuduga.

Berikut kami akan kongsikan 5 soalan yang confirm akan ditanya semasa temuduga. Dengan ini, anda bolehlah membuat persediaan jawapan bagi menjawab soalan-soalan ini.

APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG SYARIKAT INI?

Adalah sangat penting untuk anda memiliki pengetahuan yang luas tentang syarikat yang memanggil anda temuduga itu. Bukan itu sahaja, anda juga haruslah berpengetahuan luas tentang tugas bagi jawatan yang anda pilih di syarikat itu.

Pengetahuan anda yang luas dalam syarikat serta tugas jawatan yang dipohon bakal memberikan kelebihan buat anda. Penemuduga akan memberi gambaran baik serta positif terhadap anda. Malah, penemuduga akan menganggap anda sebagai seorang yang bermotivasi dan sangat berminat dengan pekerjaan tersebut.

Jadi, pastikan anda membuat sedikit kajian atau bacaan tentang syarikat serta jawatan yang anda pohon itu. Pelbagai medium boleh digunakan seperti internet, website syarikat, survey dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut.

MENGAPAKAH ANDA INGIN MENINGGALKAN PEKERJAAN LAMA ANDA?

Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk kerja pertama anda, jawab sahaja anda tidak bekerja sebelum ini. Namun, jika anda sedang bekerja di tempat lain ataupun sudah berhenti kerja, soalan ini perlu diberikan perhatian.

Anda tidak perlu risau kerana penemuduga hanya ingin mengetahui kronologi serta sebab-sebab anda bertukar kerja. Untuk menjawab soalan ini secara professional, anda boleh gunakan formula yang popular dan sering digunakan ini. Formula tersebut diberi nama LAMPS.

Location
Jarak tempat kerja lama dengan rumah anda tidak strategik (contohnya terlalu jauh).

Advancement
Nyatakan sebab mengapa karier anda tiada ruang untuk berkembang.

Money
Gaji yang dibayar kepada anda tidak setimpal dengan kemahiran serta sumbangan anda di tempat kerja lama.

Prestige/Pride
Anda ingin menyumbang kemahiran kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, tugasan dan vision.

Security
Kewangan tempat kerja anda tidak stabil. (Adalah dilarang sama sekali buat anda untuk mengutuk serta mencerca tempat kerja lama anda. Hal ini bakal memberikan kesan kepada penemuduga.)

APAKAH KEKUATAN UTAMA ANDA (STRENGTH)?

Tonjolkan kelebihan yang ada pada diri anda. Pertama sekali, adalah dinasihatkan supaya anda sebutkan kekuatan dari segi teknikal terlebih dahulu. Kemahiran teknikal merupakan kemahiran yang memerlukan teknik dan ilmu untuk menyelesaiakan sesuatu tugas.

Selepas itu, sebutkan pula sikap professional yang anda miliki. Sikap professional ini merupakan sikap-sikap positif yang anda miliki dan dapat membantu dalam menyelesaikan tugasan. Contoh sikap professional ini adalah seperti kemahiran berkomunikasi, menepati waktu, berfikiran aras tinggi, berkemahiran memimpin dan lain-lain lagi.

APAKAH KELEMAHAN UTAMA ANDA? (WEAKNESS)

Sedikit tips dalam menjawab soalan ini adalah jangan sesekali nyatakan kelemahan itu dan menunjukkan bahawa anda sudah berputus asa. Tunjukkan bahawa walaupun anda memiliki kelemahan tetapi anda tetap akan berusaha mengatasi kelemahan tersebut. Anda perlulah jujur dengan menyebut perkara yang anda lemah tetapi sedang berusaha untuk menguasainya.

Sebagai contoh, anda mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang ramai terutama sekali apabila mengadakan pembentangan di hadapan khalayak. Namun, anda sentiasa berusaha untuk mengatasinya dengan cara menonton video berkaitan komunikasi dan belajar perkara-perkara penting berkaitan pengucapan awam.

Pastikan anda sentiasa menonjolkan sikap ingin memperbaiki diri walaupun anda mempunyai kelemahan. Penemuduga akan melihat anda sebagai seorang yang positif dan tidak berputus asa.

APAKAH YANG ANDA BOLEH BERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG TIDAK DAPAT DIBERIKAN OLEH CALON LAIN?

Anda sememangnya tidak tahu kebolehan yang dimiliki oleh calon lain akan tetapi anda bolehlah menggunakan taktik ini. Terangkan bagaimana anda memahami tugas serta tanggungjawab jawatan yang anda pohon, masalah yang selalunya akan timbul dan juga sejauh mana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang dimiliki. Tutup jawapan anda dengan menerangkan sikap professional yang boleh anda sumbangkan.

Pastikan anda memberikan penekanan yang serius kepada 5 soalan yang dikongsikan ini. Kelima-lima soalan ini bukanlah soalan target tetapi merupakan soalan yang confirm akan ditanya. Diharapkan semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menghadapi temuduga. Kami mendoakan kejayaan anda dalam temuduga yang bakal anda tempuhi.

Baca juga: Isu Blacklist Kerana Tak Hadir Temuduga