Categories
Kerjaya Temuduga

Contoh Surat Menolak Panggilan Temuduga Melalui Email Untuk Fresh Graduate

Emel Panggilan Interview

Mungkin ada menghantar beberapa permohonan melalui emel dan apabila anda check, hanya ada satu emel sahaja yang anda terima meminta anda untuk hadir temuduga mengikut tarikh yang ditetapkan. Anda beranggapan bahawa anda mungkin tidak dipanggil temuduga oleh syarikat lain dan anda menerima tawaran kerja di syarikat yang telah anda hadir temuduga setelah ditawarkan bekerja di sana.

Kemudian anda check semula emel, terdapat emel baru yang dihantar oleh syarikat lain untuk memanggil anda untuk hadir interview. Tapi sayangnya anda telah pun menerima tawaran kerja di syarikat yang anda hadir interview sebelum itu.

Jadi bagaimana untuk menjawab emel-emel tersebut? Atau anda buat tidak tahu dan biarkan sahaja emel tersebut tanpa sebarang jawapan?

Teruskan baca perkongsian ini untuk tahu cara menjawab dan menolak panggilan temuduga tersebut melalui emel.

Tips Menolak Panggilan Interview Melalui Emel

Terdapat beberapa cara untuk anda menolak panggilan interview melalui emel seperti :

1. Beri Salam

Mudah sahaja. Buka emel anda dan mulakan dengan berikan salam pada penghantar emel anda. Lihat nama dan kedudukan penghantar emel tersebut dibahagian signature.

Contoh :

Selamat pagi Miss Chew.

Sekiranya tiada, boleh sahaja anda letakkan seperti berikut :

Selamat pagi Tuan / Puan / Encik / Cik.

2. Berikan Pujian

Berikan sedikit pujian kepada mereka kerana sudi membalas emel permohonan dan nyatakan bahawa anda rasa terharu kerana mereka sudi gunakan masa mereka untuk check dan review resume serta cover letter yang anda hantar kepada mereka.

3. Tolak Dengan Baik

Pada perenggan seterusnya, jangan terus menyatakan bahawa anda tidak berminat untuk hadir interview. Beritahu kepada mereka dengan baik bahawa anda rasa sedikit kecewa kerana terpaksa menolak panggilan interview mereka pada masa, hari dan tarikh yang disebutkan.

Jangan pula anda menyatakan bahawa mereka yang terlambat membalas emel anda dan sebagainya.

4. Beri Alasan Yang Relevan

Letakkan alasan yang relevan seperti anda telah menerima tawaran kerja di tempat lain sekiranya benar. Tetapi sekiranya anda tidak berminat untuk ditemuduga di tempat tersebut, anda tidak perlu meletakkan ayat bahawa anda tidak berminat untuk hadir temuduga. Beri sahaja alasan lain yang agak munasabah dan boleh diterima oleh bahagian pengambilan kerja syarikat tersebut.

Jika anda mempunyai interview pada hari yang sama, nyatakan sahaja bahawa anda mempunyai beberapa urusan dan minta untuk diberikan tarikh yang baru sekiranya dibenarkan.

5. Ucap Terima Kasih

Ucapkan terima kasih kepada mereka dan nyatakan kekesalan dengan berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di kemudian hari. Sekurangnya mereka akan faham bahawa anda sangat serius mohon kerja di syarikat mereka. Cuma mereka sedikit terlambat untuk reply emel anda dan anda mendapat tawaran kerja di tempat yang lain lebih awal daripada tawaran mereka.

6. Letak Signature

Jangan lupa untuk letakkan signature menandakan bahawa emel tersebut dihantar oleh anda sendiri dan bukan orang lain. Ia juga menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang profesional dan teliti dalam apa jua bidang walaupun membalas emel sahaja.

7. Bahasa Yang Digunakan

Sebaiknya anda balas semula emel menggunakan bahasa mengikut emel yang mereka hantar. Jika mereka menghantar emel dalam bahasa Malaysia, anda balas semula dalam bahasa Malaysia. Sekiranya mereka menggunakan bahasa Inggeris, anda juga membalasnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh

Apa sahaja alasan anda, nyatakan dengan sopan dan profesional. Ia menunjukkan salah satu keperibadian yang baik tentang anda walaupun anda tidak bekerja disana. Semoga anda semua berjaya.

Categories
Temuduga

30 Sample Soalan Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 Untuk Panduan Calon

Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Adakah anda dipanggil untuk hadir temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41? Jika ya, tahniah diucapkan kerana berjaya untuk ke langkah seterusnya. Jangan lupa membuat persiapan untuk menghadiri temuduga dan pastikan anda ditawarkan untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41. Inginkan tips untuk menghadapi temuduga serta contoh soalan? Anda boleh teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan tips menghadapi temuduga dan contoh soalan temuduga untuk anda hafal dan sediakan jawapan.

Jadual Gaji Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk pengetahuan anda, Pegawai Teknologi Maklumat F41 berada dalam kumpulan Penguruan dan Profesional di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadual gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Gaji Minimum : RM2,315.00
  • Gaji Maksimum : RM9,618.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berikut adalah senarai tugasan sebagai seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 :

  • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Antara soalan yang boleh dijadikan panduan ialah :

  1. Sila kenalkan diri anda.
  2. Ceritakan pengalaman kerja anda sebelum ini.
  3. Mengapa anda memohon pekerjaan ini?
  4. Ceritakan deskripsi tugas seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41.
  5. Sekiranya adan seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan staf dibawah anda mempunyai masalah disiplin, apakah yang akan anda lakukan?
  6. Adakah anda bersedia dihantar ke negeri lain termasuk Sabah atau Sarawak?
  7. Anda mempunyai sijil CCNA, terangkan cara untuk troubleshoot network.
  8. Apakah yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
  9. Adakah jawatan ini berkaitan dengan SKMM? Jika ya atau tidak, terangkan kaitannya.
  10. Apakah perbezaan antara e-Government dengan e-Commerce?
  11. Berikan contoh e-Government yang anda tahu.
  12. Jelaskan secara ringkas mengenai MSC dan apa itu MSC?
  13. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian?
  14. Bagaimanakah untuk meningkatkan perkhidmatan teknologi maklumat dalam perkhidmatan kerajaan?
  15. Apakah cabaran dan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
  16. Apakah yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
  17. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
  18. Apakah fasa pembangunan sistem?
  19. Adakah pendapatan melalui Youtube, Facebook serta berniaga secara online menjadi trend masa kini?
  20. Adakah anda minat menjadi seorang gamers atau menceburi sukan e-sports?
  21. Mengapakah siaran digital selalu bermasalah ketika cuaca buruk atau ketika hujan lebat? Bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah ini?
  22. Terangkan perbezaan website, blog dan portal.
  23. Apakah itu PCMCIA?
  24. Nyatakan jenis-jenis modem yang anda tahu.
  25. Jelaskan tentang perolehan komputer, pembelian komputer dan spesifikasinya.
  26. Bagaimanakah cara untuk blocked scammer yang membuat transaksi daripada bank tanpa pengetahuan mangsa?
  27. Terangkan mengenai LAN dan WAN.
  28. Apakah peralatan internet yang lengkap dalam sesebuah pejabat dan nayatakan fungsi-fungsinya.
  29. Nyatakan inovasi yang bakal anda lakukan sekiranya anda ditempatkan ke kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan ICT yang secukupnya.
  30. Berikan contoh format imej dan jelaskan perbezaannya.

Tips Sebelum,Semasa & Selepas Temuduga

Sebelum Temuduga

  • Dapatkan maklumat mengenai jawatan yang dipohon.
  • Buat latihan menjawab soalan berdasarkan maklumat yang anda perolehi.
  • Sediakan dokumen mengikut panduan yang diberikan atau klik disini.
  • Sediakan pakaian mengikut kod etika berpakaian yang betul.
  • Pastikan anda sampai lebih awal sekurangnya 30 minit sebelum temuduga untuk proses dokumentasi bersama urusetia temuduga.
  • Tunggu nama anda dipanggil untuk temuduga dengan tenang.

Semasa Temuduga

  • Pastikan anda ketuk pintu dan memberi salam semasa membuka pintu bilik temuduga.
  • Berikan fail dokumen kepada penemuduga seperti mana yang telah diarahkan oleh urusetia sebelum masuk temuduga.
  • Duduk selepas penemuduga mengarahkan anda untuk duduk.
  • Senyum ketika menjawab soalan yang diberikan.
  • Jawab dengan tenang dan fokus dengan soalan yang diberikan.
  • Anda boleh membawa nota berkaitan dengan soalan akhir yang akan anda tanya sebelum sesi temuduga berakhir.

Selepas Temuduga

  • Tolak dan susun semula kerusi tanpa sebarang bunyi dan sopan.
  • Senyum dan berjabat tangan dengan penemuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana meluangkan masa untuk menemuduga anda.
  • Keluar dan tutup pintu dengan perlahan.

Nota : Kemungkinan segala perilaku anda sepanjang sesi temuduga dinilai dan diberikan markah oleh penemuduga seperti artikel ini.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Categories
Temuduga

Tips Dapat Kerja Walaupun Anda Tidak Ada Pengalaman

Hakikat yang agak pahit untuk ditelan oleh “fresh graduate” pada hari ini adalah terlalu banyak majikan memilih pekerja yang memiliki pengalaman kerja. Hal ini seolah-olah sijil pengajian seperti Diploma, Degree dan lain-lain tidak bernilai lagi kerana majikan lebih menumpukan kepada pengalaman seseorang yang memohon pekerjaan.

Perkara ini sedikit-sebanyak meruntuhkan semangat graduan kerana sememangnya mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bekerja. Namun, anda tidak perlulah berputus asa kerana masih terdapat cara untuk anda lakukan bagi mendapatkan pekerjaan yang anda pohon itu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips untuk anda mendapatkan kerja walaupun anda tidak ada pengalaman bekerja. Pastikan anda mengikut tips ini untuk memastikan anda berjaya diterima menjawat jawatan yang anda pohon. Berikut merupakan tip-tip tersebut.

BERSEDIA UNTUK BELAJAR BENDA BARU

Mungkin anda mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pencari kerja lain yang sudah mempunyai pengalaman bekerja. Namun, anda sebenarnya ada suatu lagi peluang iaitu menyatakan kesediaan anda untuk berusaha belajar benda baru.

Ramai yang tidak menyedari perkara ini tetapi majikan sebenarnya sangat menyukai pekerja yang meletakkan “effort” yang tinggi untuk belajar perkara baru selain daripada individu yang mempunyai pengalaman bekerja.

Anda perlulah berusaha lebih sedikit dan tunjukkan kepada majikan bahawa anda sudah bersedia untuk belajar benda baru di samping memikul tanggungjawab besar yang akan diamanahkan kepada anda. Letakkan “effort” anda yang tinggi bagi memastikan majikan benar-benar yakin dengan keinginan anda untuk belajar benda baru.

KETAHUI KEMAHIRAN YANG DIMILIKI OLEH DIRI ANDA

Anda perlulah menyenaraikan setiap kemahiran yang dimiliki. Hal ini demi memastikan anda tahu apakah kelebihan yang ada pada diri anda. Lebih menarik lagi jika kemahiran-kemahiran yang anda miliki itu berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kemahiran yang wajib anda kuasai bersesuaian dengan zaman perkembangan teknologi hari ini. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti computer skill, communication skill, technical skill, research skill, problem-solving skill dan lain-lain.

BUAT KAJIAN TENTANG JAWATAN YANG ANDA MOHON

Letakkan persoalan mengapa anda memilih kerjaya yang dipohon itu? Tentunya ada sebab bukan? Jadi, cuba jalankan sedikit kajian tentang jawatan yang anda pohon itu dan kaitannya dengan diri anda.

Cuba cari pengalaman yang anda miliki sama ada secara formal mahupun tidak formal dan juga karakter diri anda yang berkaitan sehingga menyebabkan anda sesuai dengan jawatan yang dipohon itu.

KETENGAHKAN KEMAHIRAN INSANIAH YANG ANDA MILIKI

Kemahiran insaniah ataupun juga lebih dikenali sebagai “soft skills” sangatlah penting terutama pada zaman moden ini. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang tidak anda pelajari di dalam kelas. Pada zaman moden ini, ramai graduan hanya mementingkan ilmu yang disuap serta melupakan kemahiran insaniah ini.

Oleh yang demikian, anda akan dianggap sebagai istimewa dan dianggap lebih daripada orang lain sekiranya anda menunjukkan kemahiran-kemahiran insaniah yang anda miliki.
Jadi ketengahkanlah soft skill ini. Percayalah, penemuduga akan tertarik dengan anda.

TAHU UNTUK MENILAI DIRI SENDIRI

Meskipun anda tidak mempunyai pengalaman kerja namun, anda masih boleh menilai diri anda untuk mencari nilai-nilai yang baik yang ada pada diri anda. Hal ini demi memastikan majikan nampak kelebihan yang anda pada diri anda seterusnya mengambil anda bekerja dengan mereka. Pengalaman hidup anda boleh dikira juga jika ianya berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

PERLU SENTIASA REALISTIK

Anda perlu bersikap realistik terutama sekali dalam pemilihan kerjaya. Anda tidak mempunyai pengalaman jadi, adalah dinasihatkan supaya anda tidak sesekali memohon jawatan yang tidak sesuai dengan diri anda.

Jangan terlalu yakin memilih kerja yang terlalu berat untuk anda terima. Sebaliknya pilihlah kerja yang memang ideal dengan kelayakan yang anda miliki. Walaupun gaji yang ditawarkan tidaklah terlalu mewah namun percayalah, lama-kelamaan anda akan berjaya juga.

Oleh yang demikian, amalkanlah tips yang telah dikongsikan ini. Jangan sesekali berputus asa walaupun anda tidak ada pengalaman seperti pencari kerja yang lain. Anda sebenarnya masih mempunyai peluang yang cerah. Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda.

Categories
Kerjaya Temuduga

Ketahui Tips Pemilihan Tali Leher Berdasarkan Saiz Badan Anda.

Untuk menghadiri sesuatu temuduga, adalah menjadi kewajiban buat anda bagi mengenakan pakaian yang betul dan mengikut kod etika pemakaian yang betul. Adalah menjadi kewajiban juga buat anda untuk memakai tali leher ketika menghadiri temuduga.

Kesesuaian pemilihan tali leher sebenarnya bergantung kepada saiz badan anda. Hal ini bermakna jika anda berbadan kurus, jenis tali leher yang sesuai buat anda tidak sama seperti jenis tali leher yang sesuai dengan orang yang berbadan gempal. Namun, harus diingat bahawa tidak semua jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda boleh dipakai semasa temuduga.

Meskipun tali leher ini dilihat sebagai suatu perkara yang remeh dan tidak penting tetapi tahukah anda bahawa tali leher sebenarnya mempunyai banyak jenis dan tidak semua jenis tali leher ini sesuai dipakai semasa temuduga?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 jenis tali leher yang dijual di pasaran dan juga kesesuaian tali leher tersebut untuk dipakai semasa temuduga. Jadi, pastikan anda memilih jenis tali leher yang betul kerana pemilihan yang betul bakal menampakkan diri anda sebagai seorang yang profesional.

Ketiga-tiga jenis tali leher yang selalu anda jumpa adalah seperti berikut:

  • Tali leher Jenis Skinny
  • Tali Leher Jenis Narrow
  • Tali Leher Jenis Standard

Berikut merupakan contoh gambar ketiga-tiga jenis tali leher ini.

JENIS-JENIS TALI LEHER DAN KESESUAIANNYA

Berikut merupakan ketiga-tiga jenis tali leher iaitu Skinny, Narrow dan juga Standard serta kesesuaian setiap daripada jenis tali leher ini.

1.) Tali Leher Jenis Skinny

Tali leher jenis skinny mempunyai kelebaran antara 1.5 inci sehingga 2.0 inci. Tali leher jenis ini merupakan tali leher yang paling kecil. Tali leher ini juga sering menjadi pilihan anak muda kerana nampak lebih bergaya dan cantik berbanding tali leher jenis lain.

Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh orang yang berbadan kurus kerana saiznya yang kecil. Tali leher jenis skinny juga hanya sesuai dipakai ketika menghadiri majlis yang berbentuk kasual dan separa formal sahaja.

Walaupun tali leher jenis ini sesuai untuk anda yang berbadan kecil tetapi jangan sesekali pakai tali leher skinny semasa menghadiri temuduga kerana ia tidak sesuai sama sekali untuk aktiviti formal. Anda perlu pakai tali leher jenis standard atau jenis narrow.

2.) Tali Leher Jenis Narrow

Tali leher jenis narrow sesuai dipakai oleh semua bentuk badan tidak kisahlah sama ada berbadan kecil, berbadan sederhana mahupun berbadan gempal. Tali leher jenis ini mempunyai kelebaran antara 2.75 inci sehingga 3 inci.

Anda boleh memakai tali leher jenis narrow ketika menghadiri majlis-majlis formal serta urusan-urusan rasmi yang berkaitan dengan kementerian atau jabatan kerajaan. Tali leher jenis narrow juga boleh anda pakai semasa menghadiri temuduga.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memakai tali leher jenis ini ketika anda membuat pembentangan kertas kerja ataupun ketika menghadiri mesyuarat. Dalam erti kata yang lebih mudah, setiap aktiviti formal bolehlah anda kenakan tali leher ini.

3.) Tali Leher Jenis Standard

Sama seperti tali leher jenis narrow, tali leher jenis standard juga sesuai untuk anda pakai ketika majlis-majlis formal. Tali leher jenis ini juga boleh dipakai ketika menghadiri temuduga dan juga ketika menghadiri mesyuarat atau semasa pembentangan.

Tali leher standard memiliki ketebalan antara 3.5 inci hingga 4 inci. Tali leher ini adalah yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis-jenis tali leher yang lain. Individu yang berbadan gempal sahaja sesuai untuk memakai tali leher jenis ini.

Diharapkan semoga dengan perkongsian jenis-jenis tali leher serta kesesuaiannya ini dapatlah memberi anda panduan dalam pemilihan jenis tali leher yang sesuai dengan saiz badan anda. Selain itu, pemilihan jenis tali leher juga penting untuk anda menghadiri temuduga dan majlis-majlis formal.

Pastikan anda memilih jenis tali leher yang sesuai terutama sekali ketika menghadiri temuduga kerana penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang tidak profesional sekiranya tersalah pilih jenis tali leher yang tidak sesuai dipakai

Categories
Temuduga

Cara-Cara Mengatasi Rasa Gemuruh Sebelum Temuduga

Tidak dapat dinafikan rasa gemuruh akan memberikan kesan yang tidak baik kepada anda semasa temuduga. Sebenarnya, rasa gemuruh ini normal dirasai oleh setiap calon temuduga terutama sekali graduan.

Maklumlah, graduan belum pernah mempunyai pengalaman menghadiri temuduga kerja. Rasa gemuruh ini juga telah memberi kesan buruk kepada graduan. Berdasarkan kajian, majoriti graduan tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa temuduga adalah kerana perasaan gemuruh mereka.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajiban buat anda untuk berusaha mengatasi rasa gemuruh ini supaya anda dapat memberikan prestasi terbaik semasa temuduga.

Dalam artikel ini akan dikongsikan cara-cara untuk anda mengatasi rasa gemuruh sebelum temuduga. Anda bolehlah mengikuti cara-cara ini demi memastikan rasa gemuruh tidak mengganggu prestasi anda semasa temuduga. Berikut merupakan cara-caranya.

FIRST IMPRESSION

Pelbagai perkara perlu dititikberatkan bagi mendapatkan first impression yang baik daripada penemuduga. Contohnya seperti cara anda bersalam dengannya (bagi sesama jantina), postur badan anda dan juga susunan ayat-ayat anda dalam memperkenalkan diri.

Adalah sangat sukar untuk anda mengawal diri dan menjaga semua perkara-perkara ini sekiranya diri anda sedang berada di bawah penguasaan rasa gemuruh.

Graduan muda hari ini juga dilihat sebagai tidak mementingkan first impression yang baik daripada penemuduga. Aspek yang sepatutnya dijaga seperti tepati waktu dan pakaian yang kemas diabaikan oleh graduan.

Cara Untuk Atasi:

Cara untuk atasi gemuruh ini mudah sahaja. Pastikan anda datang awal ke tempat temuduga tersebut. Anda perlulah sampai ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit awal. Jadi, anda akan memperoleh banyak waktu untuk menyusun dokumen dengan kemas di dalam fail serta tidak perlu kelam-kabut.

Jangan lupa juga untuk bawa buku catatan untuk anda membuat catatan. Pastikan juga anda merancang soalan yang hebat untuk ditanyakan kepada penemuduga kerana soalan anda kepada penemuduga juga sangat penting.

Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan panjang serta cuba untuk kawal diri anda semasa ingin memasuki bilik temuduga. Hiasi wajah anda dengan senyuman serta pandang wajah penemuduga dengan penuh keyakinan.

HILANG MEMORI

“Memory lost” ataupun hilang memori merupakan suatu keadaan yang terjadi apabila anda  lupa segala perkara yang telah anda hafal sebelum ini. Keadaan ini terjadi apabila perasaan gugup telah menguasai diri anda.

Perkara ini akan menyebabkan graduan terus membisu walaupun pada awalnya dia telah menghafal kesemua jawapan yang ditanya oleh penemuduga.

Cara Untuk Atasi:

Untuk mengatasi masalah ini tidaklah sesukar mana. Jangan hafal sebaliknya cuba untuk fahamkan sesuatu perkara itu. Anda akan mudah lupa jika menghafal sesuatu perkara itu namun perkara itu akan kekal dalam minda anda jika anda memahaminya. Dengan memahami sesuatu perkara itu, anda tidak akan mengalami “memory lost” kerana maklumat yang anda ingin ingat itu sudah melekat dalam minda anda.

SOALAN LUAR JANGKAAN

Isu ini menjadi pembunuh utama impian seseorang graduan untuk bekerja dengan kerajaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penemuduga banyak memberikan respon bahawa terdapat ramai calon temuduga yang gagal untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan di luar jangkaan yang mereka tanya.

Anda mungkin melakukan banyak kajian dan pemerhatian tentang soalan-soalan yang sering ditanya semasa temuduga. Tidak dinafikan bahawa tindakan itu bagus tetapi anda harus ingat bahawa penemuduga mungkin akan bertanya soalan yang tidak anda jangka-jangka.

Cara Untuk Atasi:

Pastikan minda anda sentiasa segar dengan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu berkaitan. Anda mestilah membuat lebih banyak bacaan dan kajian tentang jawatan serta tugas yang bakal anda pikul sekiranya anda berjaya diterima di tempat kerja itu.

Contohnya jika anda memohon kerja sebagai seorang pendidik, anda haruslah tahu cara bagaimana mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan. Di samping itu, anda juga mungkin akan disoal tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan. Jadi, anda haruslah membuat persediaan yang rapi.

REAKSI PENEMUDUGA YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN

Penemuduga selalunya akan memberikan reaksi yang kurang menyenangkan sekiranya jawapan yang anda berikan kepadanya tidak menepati skop yang diharapkan olehnya. Hal ini juga berlaku sekiranya penemuduga itu tidak berminat dengan jawapan yang anda tuturkan.

Kesan daripada perkara ini, anda akan mula menjawab secara ala kadar kerana “mindset” anda sudah ditetapkan kepada mood “penemuduga ini tak suka saya.”

Cara Untuk Atasi:

Anda hanya perlu memberi fokus kepada jawapan anda. Jangan risau akan reaksi muka penemuduga itu. Teruskan memberi jawapan yang menarik dan terbaik.

Mungkin jawapan anda tidak bagus pada mulanya sehingga menyebabkan penemuduga itu memberi reaksi yang tidak memuaskan terhadap anda namun, janganlah mengalah. Anda sebenarnya masih ada harapan. Jadi, jangan putus asa dan berilah yang terbaik!

TERTUNGGU-TUNGGU

Sebaik sesi temuduga tamat, terdapat satu lagi fasa yang sangat menyeksakan anda iaitu penantian keputusan temuduga itu sama ada anda terpilih bagi menjawat jawatan tersebut ataupun tidak. Boleh dikatakan setiap hari anda akan buka email untuk periksa jika ada respon daripada majikan.

Cara Untuk Atasi:

Jika majikan tidak memberitahu anda langkah-langkah berikutnya yang perlu anda lakukan selepas temuduga, anda perlulah sentiasa hubungi majikan melalui emel untuk tujuan follow up.

Jangan anggap anda tidak diterima bekerja sekiranya tidak mendapat sebarang respon daripada majikan. Kadang-kala, majikan juga sibuk dengan kerja mereka sehingga lupa untuk memberi respon buat anda. Jadi, sentiasalah hubungi mereka untuk dapatkan respon.

Tidak dapat dinafikan bahawa rasa gemuruh ini sedikit sebanyak dapat menjejaskan anda semasa temuduga. Jadi, gunakanlah tips yang dikongsikan ini untuk mengatasi rasa gemuruh anda. Selamat berjaya diucapkan.

Categories
Resume

Contoh Template Resume Fancy

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan fancy? Fancy sebenarnya membawa erti cantik, verstyle, berwarna-warni dan lain-lain. Jadi, maksud resume fancy adalah resume yang mempunyai kombinasi warna pelbagai, bercorak-corak serta menarik dipandang mata.

Selalunya jarang untuk anda temui resume seperti ini kerana pada dasarnya, resume adalah ringkas dan simple. Hanya sesetengah resume sahaja boleh dicorakkan dan untuk menjadi fancy seperti ini.

Untuk makluman anda juga, tidak semua majikan boleh menerima resume seperti ini. Majoriti majikan dalam pelbagai bidang kerjaya menginginkan resume yang simple dan mudah untuk dibaca, bukannya resume yang berlatarkan pelbagai corak serta kombinasi warna.

Namun, terdapat juga beberapa bidang pekerjaan yang memerlukan anda untuk membuat resume yang fancy. Bidang-bidang pekerjaan tersebut adalah contohnya seperti pereka design grafik, kerjaya yang berkaitan dengan seni visual dan lain-lain lagi.

Hal ini kerana majikan ingin melihat sejauh mana tahap kreativiti anda dalam sehelai kertas resume. Jadi, sekiranya resme anda hanya kosong dan hanya berlatarkan kertas A4 putih pastinya anda akan dilabel sebagai tidak kreatif.

Permasalahan yang sering dihadapi oleh kebanyakan calon temuduga yang ingin membuat resume fancy adalah pemilihan design serta pemilihan warna-warna untuk digabungkan. Pemilihan ini sangat penting kerana sekiranya anda tersilap memilih design, sudah pasti resume itu akan kelihatan buruk.

Anda juga turut menghadapi masalah ini, jangan risau! Kami ada penyelesaiannya. Kami akan sediakan beberapa contoh template resume yang fancy sebagai panduan buat anda dalam memilih design untuk resume anda.

BILAKAH RESUME FANCY SESUAI DIGUNAKAN?

Untuk apa-apa sahaja temuduga seperti temuduga kerja, temuduga biasiswa, temuduga kolej dan lain-lain, penggunaan resume fancy adalah tidak digalakkan. Ingat! Majikan lebih suka resume yang coraknya sedikit dan dalam keadaan formal.

Namun, untuk temuduga kerja ataupun temuduga biasiswa dalam bidnag seni visual dan pereka design grafik, anda perlulah menggunakan resume fancy. Hal ini bagi memastikan majikan melihat anda sebagai seorang yang kreatif dan kemas.

Bagi yang bukan calon dalam bidang yang disebutkan di atas adaalah tidak sepatutnya digunakan resume fancy.

Anda pastinya ingin tahu bagaimana rupanya resume fancy. Jangan risau. Kami akan kongsikan contoh-contoh templete resume tersebut di sini. Semoga ianya menjadi panduan berguna buat anda.

CONTOH TEMPLATE RESUME FANCY

Berikut merupakan contoh template resume yang fancy yang telah kami sediakan. Kami telah menyediakan 3 contoh sebagai panduan untuk anda.

1.) Contoh Template Resume Yang Pertama

Berikut merupakan contoh template resume fancy yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Yang Kedua

Berikut merupakan contoh template resume yang kedua

3.) Contoh Template Resume Yang Ketiga

Berikut merupakan contoh template resume yang ketiga.

Pastikan anda berhati-hati dalam menyediakan resume kerana walaupun dilihat mudah tetapi prosesnya tidaklah semudah yang anda sangka. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Profesional

Anda sedang dalam usaha untuk menulis resume tetapi menghadapi masalah kerana tidak tahu bagaimana? Jangan bimbang! Apa yang anda perlukan hanyalah melihat contoh resume terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat idea serta panduan untuk menulis resume ini.

Terdapat pelbagai kategori resume yang boleh anda temui dan salah satu daripadanya adalah resume profesional. Dalam artikel ini akan disediakan beberapa Contoh Template Resume Profesional untuk tatapan anda.

APAKAH ITU RESUME PROFESIONAL?

Resume jenis ini adalah berkaitan dengan kerjaya profesional seperti Customer Service dan lain-lain lagi. Resume bagi kerjaya-kerjaya profesional ini mestilah dalam bentuk formal dan bukannya berbentuk fancy iaitu dipenuhi dengan corak serta warna yang pelbagai.

Sesuai dengan kategori kerjaya tersebut iaitu profesional, resumenya juga mestilah ditulis dengan cara penulisan yang profesional. Penulisan secara profesional di sini bukanlah bermaksud menggunakan ayat yang berbunga-bunga dan panjang seperti esei tetapi olahan ayat mestilah berbentuk formal dan sesuai dengan situasi kerjaya yang dipohon itu.

BILAKAH RESUME PROFESIONAL DIPERLUKAN?

Resume profesional suda pasti diperlukan semasa anda ingin memohon pekerjaan dalam bidang-bidang profesional. Ketika anda mengisi permohonan kerja itu, serahkan sekali resume profesional yang telah anda buat.

Selain itu, anda juga perlulah membawa resume ini ketika anda menghadiri temuduga bagi kerja tersebut. Tidak dinafikan sesetengah majikan tidak memerlukan resume anda semasa hari temuduga kerana mereka sudah ada resume anda tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, bawalah juga resume bersama anda pada hari tersebut.

CONTOH TEMPLATE RESUME PROFESIONAL

Berikut kami sediakan tiga contoh template resume profesional. Jika anda perhatikan denganbetul, anda akan dapati susunan dan olahan ayat dalam ketiga-tiga resume ini semuanya berbentuk formal. Begitu juga dengan design resume-resume ini. Kesemua design adalah berbentuk formal.

1.) Contoh Template Resume Profesional 1

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Profesional 2

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Profesional 3

Berikut merupakan contoh template resume profesional yang ketiga.

Begitulah ketiga-tiga contoh template resume profesional yang boleh kami kongsikan bersama anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang dalam usaha menulis resume. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Graphic Designer

Graphic Designer ataupun dalam Bahasa Melayu digelar sebagai pereka grafik merupakan satu bidang kerja yang sangat memerlukan kreativiti, kekemasan dan juga kecantikan. Bukan calang-calang orang boleh menceburi bidang ini sebenarnya kerana ia memerlukan minat serta kreativiti yang mendalam.

Bersesuaian dengan itu, resume untuk memohon kerja dalam bidang ini juga mestilah dibuat dengan kreatif, kemas dan juga cantik. Resume untuk kerjaya dalam bidang graphic designer tidak boleh dibuat secara sambil lewa kerana kekemasan serta kreativiti turut diambil kira.

Seperti mana anda kreatif membuat sesuatu kerja yang melibatkan seni, begitu jugalah anda perlu kreatif dalam membuat resume bagi jawatan yang berkaitan dengan graphic designer.

Antara elemen yang perlu diambil perhatian dalam membuat resume graphic designer adalah seperti warna, corak, background design serta struktur ayat yang digunakan. Kesemua elemen ini mestilah sesuai dengan graphic designer.

Pertama, bagi elemen warna. Warna yang digunakan mestilah sesuai dan mudah untuk dibaca oleh penemuduga. Jangan sampai terlalu kreatif hingga penemuduga terpaksa berpedih mata hanya untuk membaca tulisan anda pada resume.

Bagi corak pula, corak yang dipilih perlulah up to date atau dalam erti kata lain ialah moden serta kontemporari dan sesuai dengan bidang kerjaya yang dipohon. Struktur ayat pula perlu mudah dan simple. Jangan sesekali tulis karangan dalam resume.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda tidak meletakkan background design tetapi anda akan memperoleh markah bonus sekiranya anda meletakkannya. Jadi, nasihat kami, letakkanlah background ini. Bukannya susah pun, anda hanya perlu gunakan software seperti canva.com, Picturearts dan sebagainya. Background design juga mestilah sesuai dan tidak terlalu complicated.

APAKAH ITU RESUME GRAPHIC DESIGNER DAN BILAKAH RESUME INI DIGUNAKAN?

Seperti yang telah diterangkan di atas, resume graphic designer adalah resume khas yang digunakan untuk kerjaya dalam bidang graphic designer. Jadi, resume ini diperlukan ketika anda memohon pekerjaan yang melibatkan bidang graphic designer.

Namun, terdapat juga beberapa kerjaya alam bidang lain yang turut memerlukan resume jenis ini contohnya seperti bidang seni visual, photography dan lain-lain.

CONTOH TEMPLATE RESUME GRAPHIC DESIGNER

Untuk memudahkan anda serta sebagai panduan buat anda, kami sediakan contoh template resume graphic designer buat anda. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut:

1.) Contoh Template Resume Graphic Designer 1

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Graphic Designer 2

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Graphic Designer 3

Berikut merupakan contoh template resume graphic designer yang ketiga.Kami berharap semoga artikel ini dapat memberikan sedikit-sebanyak manfaat dalam usaha anda untuk menulis resume graphic designer ini. Selamat menulis resume!

Categories
Resume

Contoh Template Resume Korporat

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai cara untuk anda hasilkan resume contohnya seperti secara formal, secara fancy, secara simple dan sebagainya? Hal ini perlulah disesuaikan dengan kerjaya yang anda pohon itu.

Sebagai contoh, jika anda memohon jawatan graphic designer, resume yang perlu anda hasilkan adalah resume fancy yang bercorak menarik dan kreatif.

Salah satu contoh jenis resume adalah resume korporat. Resume korporat adalah resume khas yang digunakan untuk kerjaya korporat seperti marketing manager, marketing asisstant dan sebagainya. Untuk kerjaya-kerjaya seperti ini, anda perlulah menggunakan resume korporat bagi tujuan memohon kerja.

CIRI-CIRI RESUME KORPORAT

Resume korporat tidaklah formal sepenuhnya. Hal ini bermakna anda bebas untuk memilih corak yang pelbagai serta warna-warni dalam menghasilkan resume ini. Resume jenis ini boleh dihasilkan secara kreatif tetapi ingat pemilihan corak serta warna haruslah sesuai.

Perkataan-perkataan yang digunakan haruslah simple dan mudah difahami majikan. Jangan guna ayat yang berbelit-belit kerana majikan akan pening memikirkan apa yang hendak anda sampaikan. Jangan juga tulis resume seperti tulis karangan kerana majikan tidak ada banyak masa untuk membaca resume anda.

APAKAH ITU RESUME KORPORAT?

Resume korporat adalah resume khas yang digunakan untuk memohon kerjaya-kerjaya bercorak korporat. Resume jenis korporat berbeza daripada resume biasa kerana coraknya yang lebih kreatif dan ayat pada butiran maklumatnya yang lebih simple.

BILAKAH RESUME KORPORAT DIGUNAKAN?

Sudah tentu anda perlu menyediakan resume korporat semasa anda memohon pekerjaan dalam bidang ini. Semasa sesi temuduga bagi jawatan-jawatan ini juga, anda perlu membawa resume ini supaya majikan mengetahui butiran maklumat diri anda.

CONTOH TEMPLATE RESUME KORPORAT

Berikut merupakan template resume korporat

1.) Contoh Template Resume Korporat 1

Berikut merupakan contoh template resume korporat yang pertama.

2.) Contoh template Resume Korporat 2

Berikut merupakan contoh template resume korporat yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Korporat 3

Berikut merupakan contoh template resume korporat 3

Bagi anda yang sedang mencari kerja dan perlu menulis resume dalam jawatan yang dipohon itu, nasihat daripada kami ialah anda perlulah lihat contoh template resume tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui struktur serta bentuk resume itu.

Baca terlebih dahulu artikel ini untuk melihat sendiri contoh template resume korporat yang disediakan. Selamat berjaya!

Categories
Resume

Sample Template Resume Untuk Kerjaya Lakonan (Acting Resume Template)

Usaha untuk membuat resume sememangnya akan menjadi jauh lebih mudah sekiranya anda mempunyai panduan untuk menulisnya. Persoalannya, dari manakah anda boleh dapatkan panduan ini?

Banyak sebenarnya cara bagi anda untuk mendapatkan panduan tersebut. Salah satunya adalah dengan melihat kepada contoh template resume. Dengan melihat kepada template resume, anda boleh tahu bentuk resume tersebut, cara olahan ayat, design dan sebagainya.

Oleh itu, dalam artikel ini kami kongsikan kepada anda Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan sebagai panduan buat anda yang sedang dalam usaha untuk menulis resume bagi kerjaya ini.

APAKAH ITU RESUME BAGI KERJAYA LAKONAN?

Untuk makluman anda, resume bagi kerjaya lakonan ini agak berbeza daripada resume bagi kerjaya-kerjaya yang lain. Hal ini kerana resume untuk kerjaya lakonan perlu disertakan lebih banyak butiran maklumat daripada resume biasa.

Contoh maklumat yang perlu ditambah adalah seperti pengalaman lakonan anda dalam filem-filem TV serta pementasan teater di pentas dan juga maklumat latihan lakonan yang anda jalani sebelum ini.

Resume ini adalah khas untuk bidang kerjaya lakonan sahaja tidak kiralah sama ada anda memohon kerja sebagai pelakon TV mahupun pelakon teater pentas. Jadi, pastikan anda tidak menggunakan template resume jenis ini untuk kerjaya-kerjaya lain selain daripada lakonan.

BILAKAH RESUME KERJAYA LAKONAN DIPERLUKAN?

Resume kerjaya lakonan hanya sesuai dan valid digunakan untuk permohonan jawatan bidang lakonan sahaja. Jangan pula anda gunakan resume jenis ini untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Kastam. Awal-awal lagi resume anda akan ditolak.

Semasa anda memohon jawatan bagi bidang kerjaya lakonan, sediakanlah resume ini bersama dan serahkannya kepada majikan. Seterusnya, pada hari temuduga, bawalah juga resume ini untuk kegunaan majikan.

Resume ini tidak perlulah dicorakkan dengan design yang cantik dan fancy seperti resume bagi kerjaya graphic designer. Jika anda pilih design simple juga pun sudah memadai asalkan butiran maklumat tentang pengalaman lakonan serta latihan anda tertera di resume itu. Apa yang penting adalah butiran maklumat tersebut.

CONTOH TEMPLATE RESUME BAGI KERJAYA LAKONAN

Berikut disediakan beberapa contoh template resume bagi bidang kerjaya lakonan untuk anda lihat. Ketiga-tiga resume ini mempunyai design yang berbeza.

1.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 1

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang pertama.

2.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 2

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang kedua.

3.) Contoh Template Resume Bagi Kerjaya Lakonan 3

Berikut merupakan contoh template resume bagi kerjaya lakonan yang ketiga.

Semoga contoh resume ini bermanfaat buat anda yang ingin memohon kerja dalam bidang lakonan. Selamat berjaya kami ucapkan kepada anda!